Gunung Serundum diluar jangkaan

Salam,

Permulaan trip selepas raya dengan leman, ketupat serta rendamg penuh di perut membawa kepada satu perasaan mampukan saya dan kami bergerak dengan pantas nanti. Trip OGKL yang disertai oleh seramai 46 orang termasuk ketua program yang baru sembuh dari kecederaan Ajib serta guide Kalili atau Khai.

Bas catar menunggu kami di perhentian LRT Gombak, Satu per satu rakan-rakan pendaki muncul menjelma diri. Ada juga pendaki-pendaki lain yang berkumpulan di sini untuk trip masing-masing.

Bas bergerak lewat pukul 12.30 malam. Kami tiba di R&R Temerloh dan tiba di Maran sekitar pukul 3.40 pagi. Kami diarahkan bersiap menaiki lori yang akan tiba tak lama lagi kerana jika lewat maka makin lewatlah kami kerana mengendalikan seramai 46 orang dalam satu trip bukan mudah.

sarapan pagi

Kami ke simpang masuk air terjun Berkelah yang terkenal dengan air terjunnya. Selepas solat dan bersarapan roti serta taklimat dan regangan badan, kami bergerak pukul 7.45 pagi. Jalan bersimen selama 20 minit kami tiba di pagar pintu masuk air terjun Berkelah.

signboard 
fobia dengan batu

Perjalanan berbatu putih bersaiz sederhana dan makin besar mula kelihatan di trek. Kami terpaksa panjat dan turun melalui batu-batu besar ini.


air terjun berkelah 

Sekitar pukul 10 pagi kami tiba di Kem 7 iaitu kem sebelah sungai paling atas setelah penat mengharungi laluan di kiri sungai. Di sini ramai mengambil kesempatan untuk mandi manda dan makan.


kem 7 

pak sheikh jadi memerang

Hampir pukul 12 tengahari barulah kami bersiap untuk bergerak menuju ke simpang yang terletak di sebelah Bukit Berkelah. Perjalanan menaik dah bermain dengan tali memang memenatkan. Jangkaan untuk tiba di kemsite seawal 4 petang dan selewat 6 petang  sudah tersasar. Kami tiba di simpang pukul 3.20 petang kerana ramai yang tercedera terutama gerabak di belakang. Ada yang ceria diawalnya mula senyap dan tiada suara melayan penat atau pewai.

Saya tidak membawa air kosong untuk minum atau untuk solat kerana dijangkakan sampai awal. Dan mana yang tiba awal sudah siap solat.

tunggu orang belakang yang ramai cedera

Kami meneruskan perjalanan ke kiri pukul 8 dari simpang tadi. Perjalanan menurun dari ketinggian 820 meter terus jatuh ke 700 meter dan rata-rata perjalanan awal menurun kemudian agak mendatar dan rata. Kami yang di belakang tiba di kemsite yang terletak di sebelah sungai Y atau simpang 2 sungai. pukul 7.45 malam

Kata ajk sungai tersebut tidak sesuai sebab airnya agak berbau. Maka kami diarahkan ke depan lagi untuk bermalam. Kami perlu melintasi laluan air dan bergerak ke atas sedikit. Di kemsite jugak tidak luas cukup untuk sekitar 40-45 orang sahaja.

Kami yang lewat tiba dan di belakang berhenti sebelum sungai untuk memasak makanan sendiri secara ala kadar untuk menghilangkan rasa lapar atau ringkas nya dipanggil dapur haram. Air teh o panas beberapa kali dihidangkan serta makanan cucur badak dan keropok dikeluarkan sebelum makan utama siap untuk dimakan.

Sekitar pukul 10 malam baru lah dapat makan. Sessi taklimat ringkas mengatakan kami perlu bangun seawal pukul 4 pagi dan bergerak sejam kemudian.

Di kemsite ini kami membuat unggun api kerana takut ada haiwan besar lalu.

Selepas solat subuh pukul 5.45 pagi, kami bergerak menuju ke puncak. Kami tiba di puncak sekitar pukul 9.15 pagi pada ketinggian 1055 meter. Kami bergmbar dengan baju trip dan baju raya.

sampai di puncak 





Pukul 10.20 pagi baru lah saya dapat turun ke kemsite. Bersama-sama rakan-rakan yang jalan bersama, saya tiba di kemsite pukul 12 tengahari. Setelah makan dan solat, kami semua bergerak pukul 1.45 tengahari. Perjalanan memacak naik menuju ke simpang Y mengambil masa hampir 2 jam. Kami ke Bukit Berkelah yang terletak 5 minit dari simpang untuk bergambar.



Perjalanan diteruskan ke Kem 7 dan kami dibelakang tiba pukul 6.30 petang dengan suasana hujan lebat. Rakan-rakan di depan ada yang sudah mandi dan bersiap untuk keluar.

Dalam perjalanan berbatu untuk keluar, beberapa rakan kami tersasar ke simpang lain dan ada yang ditinggalkan. Mujur kami di belakang dapat mengejar mereka.Kami di belakang juga tercari-cari laluan sebenar sebab suasana sudah gelap.

Mujur juga kami dapat jumpa laluan sebenar dan mula bergerak terhuyun-hayang untuk keluar. Sekitar pukul 10 malam barulah kami semua dapat keluar. Rakan di depan sudah pun dihantar oleh lori. Kami kemudian bersiap solat dan makan di masjid. Tepat pukul 12 tengah malam bas bergerak menuju ke LRT Gombak. Bas tiba di sana pukul 2.30 pagi dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Sekian trip OGKL kali ini. Moga kita bertemu lagi di trip akan datang. Gambar dari rakan-rakan diambil dari watsapp.



0 comments:

Post a Comment