XPDC Menelurusi Trail GTT V3 Kuar-1688-Aler-Berhid-YongYap

Salam,


Ucapan Ketua Program

Dalam perjalanan yg penuh dengan cabaran. Tak terlepas akan indahnya alam lukisan ilahi. Onak ranjau berduri asalnya adalah cabaran namun ia indah manis dalam kenangan abadi. Keluh kesah,keringat mengah, calar berdarah, nanah berduri, sakit tak terperi menjadi satu peringkat menjatikan diri. Sering diri berasa terlalu kerdil berbanding tingginya puncak untuk digapai, namun sang khalifah tidak kan pernah menidak akan seruanNya. Ilmu, keinginan, semangat, saling percaya, bersatu, doa restu, iltizam, sabar teguh menjadi pengiring menelusuri denai-denai kerohanian. Dalam sesebuah pengembaraan, moga-moga dikurnia menjadi sesuatu yang malah lebih elok dari semalam dan bersyukur andai menjadi contoh buat yang lain.

Saya khal, dari kelab OGKL selaku ketua Program bagi Ekpedisi Trans Kuar-1688-Aler-Berhid-Yong Yap (Trans K1688ABYY) menelusuri rintis V3 sepanjang 5 hari 4 malam merakamkan rasa syukur kehadrat Allah dengan kejayaan kali ini.

Jutaan terima kasih tak terhingga saya tujukan khas buat para AJK OGKL Ijam, Hadri, Kuak,Cikgu Ros dan Zul bertungkus lumus bersama-sama menjayakan program ini. Tidak dilupakan para rakan AJK yang lain yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang persiapan ekspedisi.

Tahniah buat 15 orang peserta Ekspedisi Abg Deeno, cik Burn, Ahmad, Dr Zamri, Kak Rohaiza, Abg Taha, Abg Othman, Abg Amir, Farhana, Hana, Jay, Izzar, Hisam, Parok dan CK yang memberikan komitmen serta amat berdisiplin sepanjang 5 hari kita bersama dan berjaya sampai ke kemuncaknya dengan selamat.

Penghargaan yang tak berbelah bahagi saya dedikasikan khas buat penereraju utama rintis v3 ini selaku jurupandu arah kami iaitu abang Poncho yang amat berkaliber, profesional dan sungguh bertenaga dalam mencanting seni denai di Banjaran Titiwangsa yang menjadi tulang belakang kebanggaan Malaysia amnya dan peminat arena mendaki gunung khususnya.

Akhir kata saya sudahi dengan ucapan tahniah buat semua dan terima kasih bersama-sama bekerjasama menjayakan ekspedisi ini. Saya juga memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan saya sepanjang sebelum, semasa dan selepas ekspedisi ini. Segala teguran saya terima dengan hati terbuka. Sesungguhnya yang buruk itu datang dari diri saya dan yang baik itu milik Allah jua. Sekian Terima Kasih. Sampai jumpa lagi dalam ekspedisi yg lain.

Kita tidak pasti apa dihadapan,
Tapi kita yakin, pasti ada jalan.
Khal El.

Berikut dari GPS Ahmad Taqiyuddin

hari pertama ke last water point(LWP) Kuar 10 km
hari ke2 dari LWP ke puncak Gunung Kuar dan sampai ke Kemsite ST dalam 8.9 km
hari ke 3 dari Kemsite ST ke puncak Antenna- Kem Rosellep-1688-puncak Aler-puncak Berhid-Kem Potong dan ke Kem OGKL 15.8 km
hari ke4 kami 6 orang sahaja ke Kem agas.
Hari k3 5 dari Kem Agas  ke Kg Rengil sekitar 13.7 km
Jumlah K1688AB 55 ,7 km


Gambar-gambar secara rawak tanpa kira hari apa dari rakan-rakan yang terlibat.

banjaran titiwangsa
dah nak gerak pada hari pertama
deeno kali ke dua sejak 2010 
rehat dulu

CK yang gambar jarang-jarang keluar dalam FB 
2 sweeper yang sangat membantu bila kite pewai dalam perjalanan ke 1688 meter di hari ke 3 .... tq cik burn dan amad

puncak Berhid
mereka yang meneruskan perjalanan ke Yong Yap 

makan durian di pondok Rajis 
puncak kuar 


4 series di Kem Agas 
bersama Dr Zamri dan Hisam 
Geng Alumni Hacc 
J yang kuat gelak ... belum cakap dah gelak 
ape yang dimenungkan tu 
sapa kata tak penat 

KP Korea
puncak Gunung Kuar 
puncak Gunung Aler 
anak-anak Rajis 

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment