Percutian Keluarga di Lexis Suite Penang.

Salam,

Sebulan sudah merancang untuk ke Lexis baru tercapai hajat. Sebelum ni 2 kali dalam tahun ni ke Lexis Port Dickson. Anak-anak memang suka mandi kolam.

Sebelum tu kami singgah ke kampung di Taman Indah Jaya. Kami bergerak lepas subuh. Jalan jem di Terowong Menora kerana lori tangki terbalik menghalang 2 lorong yang ada. Jadi 2 jam menunggu di jalan raya.

beza setahun atas akmal

Tak sangka ada kenduri kawin. Jadi singgah makan-makan dan bermalam di rumah Mak Teh.

anak jiran sebelah cik yang kawin 

Esok nya kami bergerak ke Penang tapi masuk melalui feri. Jarang kami lakukan sebab selalu masa balik sahaja dan sebab jambatan baru lagi dekat dan mengelak jem di tol Juru maka anak-anak suruh naik feri dulu. Malangnya perkhidmatan feri sangat lembab dan kami tunggu 2 jam baru lepas.

dalam feri lepas 2 jam


Lepas masuk dan makan di Restoran Hameed, kami bergegas ke Bayan Lepas untuk check in di Lexis. 2 hari tak keluar bilik. Janji nak jumpa kawan pun tinggal janji. Hanya kita je keluar beli makanan.

permainan kanak-kanak 


Depan ada kedai jeruk Pak Ali dan char kuey tiaw maka kami singgah sebelum keluar pulau.

dah nak balik

Hari Selasa kami pulang ke singgah ke rumah man sebab Pak Ngah ada situ. Lauk dari kedai mereka kami jamah. Petang baru kami balik ke rumah dengan kain menimbun un tuk dibasuhkan.

jambatan sultan abdul halim

Sekian


0 comments:

Post a Comment