Tragedy Damavand ... kau pergi


Salam,


Sudah lebih 2 minggu berlalu, dugaan yang ditempuh sungguh menyayati hati untuk diterima. Apa yang berlaku kena terima, pasrah dan redha.

Sekitar Mei

Aku sembang dengan Kichok, salah seorang sahabat yang bersama mendaki Gunung Kilimanjaro pada Ogos 2014. Kami berbual di watsap berkenaan Gunung Sumbing dan Sindoro di Jogjakarta. Tiba-tiba Kichok ajak ke Damavand di Iran. Ntah macam mane aku setuju mulut. Aku ajak rakan lain terutama Ramli dalam watsap kami yang pergi ke Latimojong ritu. Selain yang berminat cuma Dr Zamri dan dia membawa bersama isteri Dr Arfah. Kata Kichok nak comform kne beli tiket dulu. Tanpa berlengah aku beli dengan Ramli sekali seperti biasa tapi booking asing.  

Masa iftar OGKL kat Ulu Langat hari tu aku duduk dengan Ramli kat wakaf. Ramli agak kecewa kerana diberitau masa ni musim sejuk. Satu barang nak pakai pun tak de. “Tak pe lah aku sampai nanti aku jalan-jalan je kt Tehran … ngkorang naik je lah”. Aku pun berfikir dengan serba nak jawap tapi tak jadi. “ Itu la aku pun tak pasti naik ke tak”.

Bulan Ogos aku dan Dr Zamri dan Dr Arfah mendaki ke Korea Selatan bersama OGKL. Habis trip kami ke Seoul dan aku carik kasut La sportiva atau Millet tapi tak de saiz. Carik baju sejuk tgk jenama tapi tak nak beli. Jalan dengan geng 4 berempat Tok Gajoh, Fahmi dan Fuad tapi beli jugak. Tau-tau Dr Zamri dah beli kasut dan down jaket. Dr Zamri bercakap tak berenti masa penutup kat hotel masa KP bagi ucapan. Balik dari trip aku order barang kat Ng lafuma untuk kasut, suh abang Ayob beli jaket, crampon, topi dan goggle mask masa dia outstation di US dan order barang-barang lain di Amazon dan ebay.



Khamis 17 November

tak tau la nape aku buat muka macam tu

Aku half day kje rini. 2 hari sebelum ni tengah pikir ape nak sumbat dalam duffel. Macam trip2 antarabangsa yang lain klu Ramli ikut, selalunya aku dan Ramli watsap ape bende nak bawak. Rokok canyon memang wajib tapi kali ni 2 katon dia bawak.

Aku makan dgn bini dan anak aku sebelum bergerak ke Putrajaya Sentral. Selalu aku parking kat rumah Ramli tapi kali ni tak . Dan aku pesan kt Ramli mcm biasa ambik kat sana. Ramli kata dia sakit perut lak suh jalan dulu tapi aku tak baca watsap dia. Tapi kemudian lepas watsap balik baru dia datang bagi tau dah lambat dan dia sakit perut taim taim macam ni. ‘Kita dah lambat ke” … aku jawab “ takkkkkk kite on time lagi”.


Tiba di KLIA2 kami bersama ida isteri dia masuk dalam ke kaunter V. Ramli pesan masa dia gi New Zealand beg duffel dan beg masuk pesawat kne ngam-ngam klu tak kne bayar. Aku ikut je macam biasa. Dan masa check in beg kat penimbang Kichok datang salam Ramli tapi peluk aku. Kami beratur tapi aku kelam kabut masuk barang yang lebih kat Affendi atau Pang5 yang baru nampak dengan Kak Jaja isteri dia. Selepas dapat tiket aku jumpa Dr Zamri dan Dr Arfah di sebelah dia Pang5. Yang lain ntah sapa2.

Kami split. Aku dan Ramli serta Ida gi makan kat bawah. Ida membebel pasal Ramli kuat isap rokok sambil aku mencelah cucuk dan tengah nyala kan sebatang utk aku. Waktu-waktu ni sebelum trip ni aku tak pernah duduk ber3 dan makan dengan dia orang untuk 20 minit kat KLIA2 ni .

Dah makan kami ke last check tiket. Aku perati Ida dan Ramli berpelukan dan kiss2 untuk ucap selamat tinggal. Pun aku tak pernah lihat sebelum. Terpikir jugak adakah … aku lupe kan je niat tu. Semasa jumpa Kichok kami masuk dalam dan beratur. Sebelum sampai ke autogate Kichok memperkenalkan Rozaimi atau nama panggilan manja dia Kepet serta seorang lagi pakai spec(Syed). 

Aku dan Kepet serta Syed jalan terpisah dengan Kichok dan Ramli dan kami balik laluan bergerak. Depan orang asing 2 orang couple tak bergerak depan kami cam tak ambik peduli nak lalu atau tak. Syed pun membebel dalam bahsa melayu. “ Cepat lah sikit… tgk tu dia buat macam negara dia macam orang lain tak de je”. Dalam hati aku garang nye abang Syed ni.

Kami masuk ke dalam dan aku seat 41j Ramli 44. Rupa nya aku duduk sebelah Majidi atau AJ. Aku pun sembang2 dengan AJ sambil perati orang-orang Iran tgk muka dia orang dan stail dia orang. Macam mat salleh arab je tapi rambut warna. Ada juga dalam flight nampak orang kita tapi sebelah. Tak tau niat da orang gi Iran nak wat ape kat negara Syiah ni.

Selamat datang ke Tehran, Iran

10.30 malam kami tiba di airport Imam Khomeini. Beza lewat 4 jam setengah dengan Malaysia. Ambik gambar sikit yang ada tanda selamat datang ke Iran. Sampai di last check beg, beg pang5 kne tahan. Kami keluar sambil isap rokok tapi sejuk. 10 minit pang5 pun keluar katanya tak de apa2. 

Bas menunggu di tepi dengan jalan yang sibuk macam kat Jakarta tapi pemandu duduk di sebelah kiri. Kepet kata nak tukar duit Rial dan carik sim kard. Tgk dia beli sorang je dan tukar duit pun dia sorang je.

Jumaat 18 November

Lepas semua beg naik atas dan ikat ada yang kat belakang, kami jalan. Ada dalam sejam jalan atas hiway, datang satu kereta potong bagi tau barang jatuh. Bas pun berundur. Rupa nya beg Kepet yang jatuh. Botol MSR isi petrol kemek, cermin mata pecah dan beg pun koyak tapi tgk muka Kepet tak la mcm koyak. 

Kami masuk ke simpang ke Reyneh lagi sejam utk sampai. 

Selepas 4 jam dari airport baru kami tiba di homestay. Sejuk tak yah cite. Dah ketinggian 2000 meter. Kat airport Kichok perkenalkan Mustafa sbb dia pernah naik dengan Kichok utk trip-trip yang lepas. Mustafa ni jalan tak berapa normal … kne tolong dia. 

Kami dah puas tido kat flight dan dalam bas. So kami pun ramai-ramai solat jamak imam Dr Zamri pukul 4.20 pagi, Dan 5.40 pagi kami solat subuh imam Kichok. 

Pagi kul 8 kami sarapan roti dan sambal itam. Tak lama kemudian sessi takruf. Soklan mudah darjah 1 tahun bila. Masa ni la aku kenal yang tak kenal. Dah tak ingat sape mula dulu dari kanan aku tapi tgk gamba Amy Suhaimi tapi baru soklan pertama dah ada yang tinggal dekat-dekat. Macam nak sembang lama tapi disuruh keluar dulu. AKu orang seterusnya pun sama tinggal dekat-dekat jugak. Trip ni ada 2 couple dan ada yang ditanya anak berapa orang tapi tanya suami berapa lagi anak lain.

baru nak berkenalan

Tiba ke abang Syed, dah dia sembang pasal sekolah sebab dia sekolah Maxwell dan aku sekolah St John. Terkenang gaduh pasal bola masa tahun 80an dulu yang aku pun masih kanak2 dan main jawap je.

Bila tiba kat Ija, aku tiba-tiba teringat sebab baru 2 hari lepas add fren kat fb. Aku bagi tau nama dia Rosliza binti Saad. Married dan tarikh 23 july. Yang ni ingat sbb sama tarikh lahir aku dan najib PM. Dah dia orang kata aku peminat Ija.

mula-mula sarapan

Tiba ke Kepet pun aku baru add fren 2 hari lepas. Aku bagi tau dia dlm fb dia kje Maybank tapi bukan katanya. Dan klu nak sembang lama duk luar.


Selesai sessi takruf, kami jalan ke luar ambik angin sebab awal lagi.

di luar homestay tunggu nak ke pekan

Kami jalan sehingga ke hujung sebab kedai tutup dan dari jauh nampak orang jual roti lebar besar letak atas meja.

pekan reyneh yang sunyi ... jumpe orang kampung tak ramai

Rasa sekali nak lagi. Kepet beli 4 keping sebab dia je ade tuka.

jalan-jalan ke kedai roti 
besar nya nak masuk perut 
masing-masing menjamah selera lagi 
Kepet nak beli lagi satu tapi dia bagi 3 atau 4 

Balik homestay makan lagi. Kata Kichok sessi check equipment jap lagi dan aku orang pertama tunjuk barang. Pass

gamba trademark

jalan-jalan sekitar

Pukul 12.30 tengahari kami siap-siap naik ke Kem 2 tapi kami makan tengahari dulu.

bersiap untuk berangkat  


susun beg
tengok kasut ... baru-baru belaka
sebelum bergerak

Barang tak perlu simpan dalam stor. Aku mintak tolong Kepet yang di sebelah nak guna wifi nak wish kat bini aku selamat hari jadi.

pesan makanan tengahari







sedap dan boleh tahan
ni kedai nya

Lepas makan kami bergerak. Beli air mineral berkotak-kotak letak atas transport.

ade budak ikut pulak ... duduk belakang la dia

Dalam perjalanan ambik gambar Damavand dan sekitar. Abang Syed di kiri, Ramli di kanan dan aku di tengah. Kami tiba di kem 2 yang di panggil base shelter pada pukul 3.30 petang. Sebenarnya ini laluan selatan untuk mendaki Gunung Damavand dan ade beberapa lagi laluan naik.

jauh lagi perjalanan

Di sebelah Kem 2 ini terdapat masjid yang dinamakan Masjid Saheb el Zaman. Menurut kepercayaan orang tempatan masjid ini didirikan sempena turunnya Imam Mahdi.   

tiba di kem 2

Selepas susun beg, solak jamaak imam Kichok dan bersiap untuk acclamatize atau membiasa kan diri dengan ketinggian klu tak pening la ams la. Jalan naik tak jauh dalam sejam sebelum gelap dah turun.
Malam nya kami solat jamaak imam Kichok.

solat jamak dulu

Makanan di masak oleh Kichok dan aku tolong sikit2 sebab dapo aku cuma aku je paham. Ramli aku perati macam nak tdo tapi selalunya dia yang tolong klu tak ramai orang. Kata Kichok petang ni salji turun tapi kami tgk tak de pun. 

makan malam dari chef Kichok

Sabtu 19 November

2 pagi aku keluar nak kencing. Ada salji sikit. Lepas solat subuh tengok luar rupanya salji dah tebal. Kichok kata mula trekking pukul 8 pagi siap semua.

dari luar kem 2 kami .... salji turun dengan lebat nye pagi tu 

Keldai yang ditunggu-tunggu tak datang. Kata Kichok kita mula lewat sikit.


Dah pukul 11 pagi baru jumpa keldai. Semasa menunggu tu Kichok berkenalan dengan orang Turki nama Borhan. Aku pun datang juga nak dengar kesah dia. Sebab dia duduk di sebelah kabin kami. Dia kerja kat Algeria rupanya. 

keldai datang dan barang dibawak naik

Kami bergerak lepas baca doa selamat. Perjalanan salji habih begitu sahaja sebab salji tidak turun di semua tempat. Kata Kichok untuk sampai ke kem 3 atau nama tempat tu Barwah Sevom ada 5 jam. Perjalanan kami lewat sebenarnya.

jalan sejam dah berenti 

Jadi Kichok cuba menggerakkan kami secepat yang boleh. Di depan selalu nya AJ, Kepet dan abang Syed. Dan aku biasa duduk 2 last. Ada masa aku duduk depan ambik gamba dan video.



Kami dah pun beberapa kali berehat. Angin agak kuat masa ni. Waktu lagi kurang sejam nak maghrib. Aku dan Ramli yang dibelakang solat jamaak di satu batu besar untuk dilindungi dari angin.

cuaca kembali ok 



Kami meneruskan perjalanan yang menaik dan atas masih jauh lagi serta tiada tanda-tanda nak sampai awal. Penat aku pun dah mula datang. Ija dah mula potong dengan Amy. Ramli yang di belakang aku dah mula membebel nampak aku penat “Amir kau ade makan ke” “Dah tau macam ni kau kne makan … nanti Acon sape nak kasi kau makan” … sepanjang 2 jam tu “Semangat amir semangat”. Menjelang malam datang Kichok membantu beg aku letak di depan sikit. Datang abang syed yang dah sampai ke kem3 tanya “nak tolong apa2 ke” aku jawab “tak pe bang” sambil dia laju hilang naik ke atas. 

Aku tiba di tempat Ija berhenti dan Kichok azan dan memanggil nama Ija banyak kali tak dijawab. Hanya satu lampu bercahaya di kabin di Kem3 dengan  memberitahu dah nak sampai. Ada 2 lagi kabin di kiri gelap di laluan dan satu di kanan tak nampak. Aku perati dan terus berlalu nak cepat sampai kat lampu tu. Aku terus je jalan dalam gelap dengan headlamp yang hidup mati tak terang2. 10 minit carik jalan tapi nampak lampu kat situ dan aku tak berjaya sampai. Lalu aku patah balik ke tempat Ija dan mereka sedang bergerak. Rupanya laluan ke kanan bukan terus.

Sampai di Kem 3 aku rehat. Makan sikit dan carik katil atas di pintu kanan. Ramli pun sebelah dan atas juga. Satu bilik ade 3 katil double decker. Selepas solat jamaak aku lelap.

Ahad 20 November

Pagi subuh aku bangun seperti biase tapi sedikit malas. Sejuknya pagi ni … tido dah selubung dgn down jaket masih dipakai sepanjang naik semalam. Dengar dari luar Kichok mengarahkan kite semua yang fit jom traning acclamatize. Sebelum tu kami sarapan makan biase. Air kne minum 2 botol tapi tak cukup sebenarnya. 

Setelah sarapan mereka naik manakala aku bagi tau Kichok nak training bawah je. Tapi tak buat pun. Bukan pintu tengok … ya allah tebal nya salji. Pang5 dan Jaja keluar beberapa kali ambik gambar macam dah sampai tapi aku terus atas katil macam berserah je. 

Tiba sekitar pukul 3 ptg, rakan-rakan sampai ke kem 3. Hari ni tak banyak cerita sebab terpisah dengan yang naik ke atas.

dari arah kiri dan ke kenan untuk naik ke atas memulakan perjalanan 
mod malas ambik gambar 
laluan masuk ke kem 3

Menjelang malam dan kami bersiap untuk makan malam, tak pasti nasi minyak dihidangkan. Kata Kichok bergantung pada esok kalau cuaca elok kita naik kalau tak kita turun sahaja. Air sentiasa di masak walaupun bilangan air botol mineral dah nak habis. Aku masuk bilik lagi untuk tido selepas solat jamaak dab keluar balik . Sambil ke dapur aku jalan ke bilik sebelah sembang dengan Dr Zamri, Dr Arfah dan abang Syed berbual. Kata abang Syed dia dah sampai ke Siguniang dah sampai puncak jalan lagi 8 jam nak kem puncak satu lagi. Perbualan selama 15 minit bercerita gunung-gunung yang mereka naik dan aku dengar je macam biasa. Bila malas aku naik atas katil macam biasa dan tido.

makan malam terakhir rasanya bersama mereka 

Aku perati katil Ramli kosong sehingga ke pukul 2 pagi tak de lagi. 

Isnin 21 November

Nak balik esok tapi dengar Kichok kata jom kita gerak. Cuaca nampak ok je. Aku pun bersiap dengan yang lain. Semua dan siap. Pang5 dan Kak Jaja tak naik bersama Ija. Tapi aku dah keluar memasang mitten atau glove tebal tapi sejuk menggigit jari.

bersiap untuk naik ... 6 jam boleh ke

Beberapa langkah tetiba aku patah balik sebab tak tahan dengan gigitan. Aku bilang kat Kichok aku tak ikut tapi Kichok pesan ala sekejap je tu. Bile memikirkan 6 jam tu lama dan banyak perkara lain untuk di fikirkan aku tak jadi naik.

Ramli pun dah bersedia

Yang lain dah bergerak ke atas tapi Ramli tetiba masuk ke dalam tertinggal cermin mata. Dia tau aku tak ikut lalu cuba meminjam apa yang ada. Aku ada goggle mask lalu aku berikan pada Ramli dan kata nya ok ngam. Sebelum keluar dari kabin aku memberi ucapan … ucapan terakhir dari seorang sahabat “Moga selamat sampai puncak … jaga diri elok2” lalu di sapa “ok terima kasih … aku dah lambat ni … ramai dah jauh jalan dulu”. Itu lah ayat terakhir yang menjadi ingatan aku sampai bila-bila. 

Kadang-kadang aku rase kalau aku ikut pasti Ramli akan berada di belakang atau ditinggalkan terus atau keadaan berubah bila ada persimpangan. 

Menjelang pukul 1 tengah hari kedengaran bunyi bising. Dari atas katil dengan AJ sampai. Kata nya dia dari atas bersama abang Syed dan Kepet di depan sekali tapi rasa tak sedap badan lalu dia pun turun. Kata nya Dr Zamri pun turun. Menjelang 20 minit datang pulak Amy Suhaimi. Dia potong Dr Zamri yang masih duduk sambil mengisap rokok dan memberi isyarat akan turun nanti mengikut arahan Kichok. Kata nya Dr Zamri nak kejar Dr Arfah yang bersama Ramli tapi tak berjaya.

Kemudian baru muncuk Dr Zamri dengan muka pucat dan kena AMS. Tak lama kemudian datang yang lain-lain seperti Dr Arfah. Aku sambung tido dan rehat lagi sehingga pukul 6 petang dengar suara Kepet dan Kichok tengah berbual. Kata Kichok yang di belakang dan memerhatikan rakan-rakan bersama Borhan, dia berjumpa Dr Arfah dan Ramli di atas batu tidak jauh dari situ. Sambil memesan pada Ramli supaya lekas turun tapi Ramli memberitahu niat untuk meneruskan perjalanan ke atas. Itu la kali terakhir kata Kichok bila dia dapat berjumpa dengan Ramli kerana Kichok mahu mengejar Dr Arfah yang berseorangan turun di laluan yang agak salah.   

Tiba-tiba bunyi pintu dibuka dan kelihatan orang Turki yang bernama Borhan tiba di kabin Kem 3 pukul 6.07 petang hampit tepat seperti kata Kepet. Dengan rasa agak terkejut Kepet bertanyakan pada Borhan kedudukan dia kerana mereka sudah berjumpa sekitar waterfalls di ketinggian 5100 meter tadi. Kata Kepet yang Borhan paham dia akan berjalan sehingga mana dan akan patah balik pukul 3.45 petang selepas mereka berempat jumpa. Kata Kepet beliau yang paling depan sudah turun bersama abang Syed sehingga berjumpa Ramli dan muncul Borhan. Kepet sudah nasihat kan mereka berdua untuk turun tapi mereka bercadang untuk meneruskan ke puncak bersama Borhan. Aku rasa jika Kichok ada atau aku sendiri ada mungkin keadaan berubah kerana ini semua bergantung pada Ramli kerana Ramli perlukan ayat-ayat penting untuk mengubah hajat ke puncak tu di lain masa. Mungkin aku bole nasihat pada Ramli “kau naik tu tak de guide nak turun susah dah gelap nanti jgn confiden sangat.” “Hari tu ingat Deeno naik sorang je sampai puncak Stok Kangri tapi yang penting dia ada guide. Kau cukup syarat tak??”. Itu lah ayat aku pasti guna kan tapi malang nya aku tak de di situasi mereka. Malam tu kami berasa sangat risau dengan mereka dan tido kami tidak lelap. 

Selasa 22 November

Sehingga pukul  8 mlm dan 12 tengah malam, tiada berita didengar. Aku pejam kan mata lagi dan tiba-tiba dengar pintu di buka. Kepet yang juga dengar memanggil Dr ke tu sambil meruju pada abang Syed namun senyap. Kepet sudah mula risau. Pukul 2 pagi Kepet buka lampu dan meeting dengan Kichok untu tindakan selanjutnya sebab dah lama tak dengar pasal mereka tak turun-turun.

tiada Ramli di sebelah katil ... ape kah ????

No telepon di dinding di cari dan dihubungi serta kedutaan dimaklumkan. Keresahan mula dirasakan tapi kami tenang. Kata Kepet 4 team akan datang naik tak pasti bila.

Kami kemudian sambung tido sambil tunggu subuh. Airmata pertama ku sudah mengalir tapi aku tak bagitau sapa-sapa.

Pagi bangun aku termimpi di rumah Ramli, Ida berkaca mata dan kelihatan berada di tanah perkuburan. Kata Kichok dia juga mimpi Ramli datang di tempat tido dia dan berkali-kali minta maaf. 

Lepas solat subuh, Kichok bergerak naik ke atas. Yang lain bersiap turun ke Kem 2. AKu bercadang untuk tinggal di Kem 3 meneman Kepet yang bakal keseorangan. Kepet dilihat berjalan dari satu tempat ke satu tempat dan ada masa memerhati di tingkap tempat laluan menaik dan turun.

Aku masih berbelah bagi tapi sudah siap jika mau turun. Bila Kepet tanye aku stay aku angguk. Tapi bila AJ kate pukul 11 pagi dah nak jalan aku tiba-tiba ubah fikiran. Aku bagitau kat Kepet yang aku nak turun sambil salam pada dia dan aku lihat Kepet masih risau dan tidak memandang pada aku. Aku bergerak keluar dan turun kan beg duffel kat tempat mereka kumpulkan dan bergerak turun.

Sambil menanti 4 ekor keldai seperti yang dijanjikan turun untuk membawa duffel dan membawa Ija yang injured dan AJ, kami turun dulu di laluan bersalji. 8 orang turun dengan perlahan tapi bergerak lancar diketuai oleh Borhan yang turut turun sama dengan bantuan GPS nya. Borhan punya flight 2 jam lewat dari kami tak pasti ke Algeria atau Turki. Borhan menjadi guide tidak rasmi kami secara sukarela dan beliau sangat berpengalaman dengan laluan bersalji. 

Amy Suhaimi kelihatan menikmati laluan bersalji sebab katanya ini kali pertama dia berjalan atas salji. Tu yang dia nak duduk belakang sahaja walaupun Borhan mengarahkan aku yang duduk di belakang. 3 per4 perjalanan sekitar pukul 1.20 ptg kami nampak keldai baru naik. Entah apa dibisik dengan dengan penjaga keldai. Aku ke depan bertanya Borhan kenapa mereka lambat sebab lagi beberapa jam untuk tiba di airport tapi tak berapa jelas kata-kata Borhan. 

Selepas melalui laluan putih selama 3 jam, kami tiba di sebelah masjid. Tempat yang sejuk dan tidak sesuai, kami ke kabin di kem 2 untuk berehat menunggu keldai. 2 jam lebih menanti akhirnya keldai tiba. Kami nampak keldai dan Ija ade di atas salah seekor tapi AJ berlari dari jauh. Sambil membebel AJ kate “Celaka keldai ni , aku ingat 4 ekor rupa nya 3 je … dah aku kne berlari berkejar-kejaran dengan keldai ni … penat aku”. Tapi sekali aku tengok macam tak penat je.


Kem 2 lepas turun bersama Borhan

Kami yang tiba awal terpaksa jalan lagi 30 minit sebab kenderaan tak dapat masuk macam mase mula-mula dulu dengn laluan bersalji yang mungkin ada kejadian buruk boleh berlaku. Sambil lari-lari anak aku yang di depan turun. AJ dan Amy Suhaimi sudah jauh berlari. Kami ikut kesan keldai yang lalu sampai ke tempat kereta.

DI sini terdapat 2 kereta dari Red Cresent seolah baru tiba dengan 4 orang kelihatan berbaju putih dan tulisan serta logo berbold merah. Mereka sibuk mengalihkan barang dan bercakap sesama mereka. Ingatkan 4 team dari selatan dan barat yang akan naik dah tiba rupanya mereka ini sahaja.

Selepas mengundur kereta dan kami masuk, kereta mula bergerak dalam laluan salji. Nampak macam sama je tak de jalan tapi bergerak. Kami tiba di jalan raya dalam 30 minit rase nya dan bertukar lagi kenderaan. 2 kereta tadi naik semula ke kem 2 dan kami bergerak ke Reyneh. Dalam perjalanan pulang terserempak satu kereta peugeot macam teksi. Sini peugeot adalah teksi tak de meter dan tanda itu teksi. 

Selepas pemandu berbincang sesame mereka, Borhan yang duduk di sebelah diarahkan mengikut mereka untuk ke airport dan kami meneruskan perjalanan ke Reyneh.

Pukul 5 lebih kami tiba di homestay dengan salji tebal sejak mula kami tiba. Aku rasa berbelah bagi samada nak balik atau tunggu sambil melihat rakan-rakan laju menyusun barang nak balik. Bila di periksa aku tertinggal porch beg aku yang selama ini aku pegang. Lupa terus. Dah la tak ambik sim kard kat airport macam mana nak hidup masa semua balik nanti. Berderau jugak bunyi nya. Pelan-pelan aku tanya AJ pinjam 100 dolar dan Dr Zamri 100 dolar. Aku tukar duit dengan Mustafa dapat 3 juta rial selamat sekejap. Dah aku perhati ada lagi 100 dolar rasa Ramli punya. Selepas kekalutan mengemas dan solat kami pun gerak.

Tak pe lah aku tinggal. Bila nak gerak ke airport naik bas aku ikut sekali sebab lapar nak makan. Aku ambik no telepon Kepet, Kichok, Mustafa dan Fuad dari Dr Zamri sambil hantar pesanan ke Kepet dan Kichok yang porch aku masih di sana. Saja aku ambik nombor telepon Fuad sebab nak balik nanti dia boleh beli kan dulu sambil terkenang porch yang aku tinggalkan di kem 3. 

Dalam perjalanan ke airport kata AJ orang kedutaan nak jumpa. Tapi AJ bagi tau kat Mustafa kat pemandu dia tak jadi sebab nak cepat ke airport. Kami tiba ke airport pukul 9.10 malam dan rakan kami semua pulang meninggalkan aku meneruskan perjalanan pulang semula ke Reyneh.          

Dengar-dengar dalam watsap selepas bas jalan, ada wakil duta sampai jumpa mereka. Dalam perjalanan balik tu aku, Mustafa dan pemandu nya singgah makan. Habis makan aku nak bayar tapi dihalang oleh Mustafa. Katanya “you my guest I pay for you”. Ok terima kasih Mustafa dan kami pulang. 

Bila tiba di homestay aku cuba periksa lagi beg dan duffel kot ade walaupun aku dah periksa pada mula-mula tadi adakah porch aku tertinggal. Alhamduillah silap aku porch aku tersorok di dalam bawah duffel. Cemas aku bertukar menyesal sebab kalau aku ikut balik kan senang. Tapi atas nama persahabatan pun aku tetap tunggu juga sebab Ramli aku sangat kenal dan dia juga akan buat bende yang sama kalau aku hilang. Sampai di homestay pemandangan penuh dengan salji tidak seperti mana masa kami tiba mula-mula dulu. Semasa aku solat, aku berdoa supaya diketemukan segera mereka dan harap mereka selamat turun. 

Jadi malam tu aku berseorangan mengenang rakan-rakan yang di atas. 

Rabu 23 November

Pagi lepas solat subuh aku bangun dan pandang keliling. Aku ingat lagi kedudukan mereka semasa kami sampai dulu. Gelak ketawa yang menjadi ingatan aku. Kawan yang tak kenal macam 10 tahun kenal dalam 4 hari bagai adik beradik yang lama terpisah bercerita hal-hal lalu.

antara berita yang terawal 

Pagi-pagi aku tengok dan update kat watsap. Ada yang baru kenal dan tanya perkembangan.

hari ni tengok kat luar homestay lain betul masa mule-mule sampai hari tu  

laluan nak gi sarapan

Pukul 9 pagi yang sangat awal aku keluar seorang untuk carik makan tapi kedai tak bukak. Aku singgah di kedai yang pemandu dia yang bawak kami ke airport semalam. Nak order makanan pun tak de gambar ikan, ayam atau daging hanya harga yang riban je. Tapi untuk jimat masa aku order 2 makanan sekaligus dan makan sampai kenyang. Orang Iran tu duk bisik-bisik tunjuk-tunjuk dalam bahasa dia tentang kawan yang hilang tu yang aku paham dari percakapan mereka yang keluar dan masuk dalam kedai makan ni.

tak tau la nak order apa 

sedap jugak .... 10k rial

Lepas makan aku balik dan sambung layan watsap. Petang tu kata Kichok dia tak de buat apa-apa. Jadi Kichok dan Kepet pun bercadang turun sebab tak de benda nak tengok dah. Kami dah pesan semasa kami turun semalam, salji sangat tebal kat kem 2 jadi mereka kena jalan lagi 30 minit. Aku pesan kat Mustafa tunggu mereka tepi jalan. Kami bergerak sejam lepas dapat info. Mustafa sendiri yang pandu sambil bercakap pasal semua perkara melibatkan duit.  

Kami bergerak bersama kawan Mustafa yang juga seorang guide Damavand dan tukang jaga kedai berdekatan. Selepas sampai tepi jalan ade kereta baru naik. Tapi kata Mustafa bukan kereta tu yang ambik dia orang. Tiba-tiba Mustafa mendapat satu panggilan biasa. Panggilan kali ini menghubung aku dan Kichok yang memberitahu mereka kne jalan lagi 2 jam untuk sampai.

Setelah mendapat perkabaran tersebut, Mustafa kembali ke Reyneh menghantar kawannya dan aku sekali lagi pun perjalanan cuma 20 minit sahaja. Di homestay aku menunggu sehingga di beritahu oleh Mustafa yang mereka sudah sampai ke jalan dan menaiki teksi untuk ke homestay.

Mereka kemudian tiba di homestay dalam pukul 6 malam. Aku masakkan meggi dan air teh untuk dia orang yang kepenatan. “Kau makan ape tengahari tadi “tanye Kichok. “Aku belum makan”. Kat bawah ade periuk boleh guna’. Aku bilang tak pe dah kenyang’ tapi sebenar nya aku tak periksa pun walaupun aku lapar. Sambil sembang-sembang pasal aktiviti di kem 3 aku tuang kan mereka air. Kichok memuji2 pulak aku. Aku kata OGKL memang macam ni. Tolong sape yang penat.

Malam nya aku tengok Kepet dah tdo kat tengah sebelah heater tapi hari masih awal. Macam nak demam pun ada.  Kata Kichok beliau sudah mencari di sekitar laluan menaik tapi tak de tanda. 

Khamis 24 November

pagi-pagi teringat pulak ... tengok gamba ni

pagi yang sunyi tanpa mereka

Pagi tadi hujan turun agak lebat. Salji yang memutih sudah semakin lama semakin hilang.

gambar sebelum nye 
kite masak air gune dapo ni 

Lepas solat subuh dan sekitar pukul 8.30 pagi kami ke pejabat Red Cresent untuk bertemu dengan orang yang bertanggung jawab. Red Cresent lebih pada persatuan St John atau sukarelawan yang membantu jika ada kecelakaan. Perbincangan seperti ayam dan itik antara paham dan tak paham. Penat juga tengok Kepet memberitahu kedudukan rakan-rakan kita yang hilang tu.


meeting di pejabat Red Cresent 

Sekali sekala pegawai tersebut seolah-olah menyalahkan Borhan orang Turki yang menjadi orang terakhir yang jumpa mereka. Ada jugak cerita pasal permit. Kami datang 12 orang tapi resit daftar 11 orang dan orang bertanggung jawab hanyalah Mustafa yang menjadi perantaraan kami.  Perbincanggan tersebut jugak menitikberatkan kelewatan penggunaan helikopter. Kata Kichok kita dapat helikopter untuk meneruskan pencarian. Perbincangan selama 3 jam tersebut membuatkan aku tido sebab banyak cerita boleh di jawab oleh Kepet dan Kichok. 

heater old school 
kebab dan susu masam

Selesai dengan mereka kami pergi makan di kedai dalam perjalanan ke Amol. Dalam perjalanan, Mustafa ada menerima panggilan telepon dari wartawan Iran untuk ditemubual pada pukul 3 petang di Tehran. Keadaan sangat suntuk. Kepet dan Kichok mempunyai pendapat yang berbeza. Mungkin mereka mahu meraih publisiti atau mungkin selepas rancangan temubual ada pendaki Iran peka dan menelefon Kichok untuk turut serta mencari. Kata Mustafa beliau menggalakkan salah seorang dari kami pergi. 

Kami kemudian singgah makan tengahari sambil menikmati kambing bakar dan susu masam. Depan kedai ada rumah yang menyediakan kolam air panas. Selepas mencapai kata sepakat dan masa yang singkat Kichok pun tak jadi ke Tehran.

Untuk hari tersebut, kami sekadar rehat-rehat sahaja di homestay sambil menanti kedatangan 2 buah keluarga. Katanya dah sampai tapi tido di tempat kedutaan. Kami bersiap-siap mengemas rumah kerana selain mereka, kedutaan Malaysia juga akan turut serta. Kichok siap melukis kronologi dari hari pertama kami sampai dan kelengkapan kami serta keadaan kami sepanjang hari-hari kami di sini sehingga saat mendapat berita mereka belum turun.

kronologi yang ditulis oleh Kichok

Malam tu entah beberapa kali telepon Kepet berdering. Dengar cerita Kepet akan mendapat slot panggilan di tv3 untuk menceritakan kejadian yang berlaku.    

Jumaat 25 November

Klip dari media massa
Nukilan AJ

Selepas selesai ‘live’ dari Reyneh oleh Kepet, kami menanti kedatangan mereka. Tapi rancangan berubah kerana mereka akan ke pejabat Red Cresent sebab di sana semua orang akan berbincang. Maka kami pun bergegas ke sana dalam 30 minit. Kami bertemu dengan Ida isteri Ramli serta Ana yang menemani Ida serta akak Hanim isteri abang Syed dan abang Zuhairi atau Zu, abang pada kak Hanim yang merupakan ipar Syed dan 2 anak nya Shafwan dan Shauki(Aqi). Kami turut bertemu dengan wakil-wakil duta Dato Nor Shirwan, En Munir, En Muhaimin dan seorang lain rakan mereka yang membaca doa selamat.

wakil duta-duta malaysia di iran memberi ucapan 
fokus demgar taklimat 




Wakil dari Iran terdiri dari pegawai yang bertanggung jawab semalam, barisan2 penyelamat serta juru cakap mereka, seorang wanita yang lemah lembut percakapannya. Perjumpaan lebih kepada penerangan hasil beberapa hari barisan penyelamat sudah melewati kawasan-kawasan yang dijangka mereka berada.

amir


helikopter bergerak sejurus habis meeting

Selesai perbincangan, Kichok bersiap untuk bergerak menaiki helikopter mencari mereka bersama penyelamat. Untuk hari bermalam, 2 keluarga ini berbelah bagi samada untuk tinggal di Red Cresent yang juga menyediakan bilik tapi jauh dari kedai makanan tapi di Reyneh boleh beli makanan sendiri. Setelah memeriksa kawasan, kami pun pulang ke Homestay di Reyneh untuk melihat keadaan dan mereka berpuas hati dan setuju tinggal di sini. Saya bersama Ana dan Dato Norshirwan satu kereta. Sambil berborak baru sedar saya dan Dato bersekolah di tempat yang sama. Kami bercerita kesah kami di sekolah sebelum tiba di homestay.

Malamnya kami masak sendiri. Kata abang Zu beliau akan masak tapi tinggal tanya sahaja. Ida memasak ayam dan daging yang dibeli di pekan Reyneh. 

Malam tu kami berehat, bual dan bercerita tentang hal-hal keadaan rakan-ralan kami yang hilang tu.

Sabtu 26 November

Kepet menerima panggilan dari Tehran seawal 2 pagi. Banyak kali dia buat appointment kata nya nak ada perbincangan dengan doktor pagi nanti tapi terlalu awal untuk tiba di Tehran tambahan teksi belum dapat. Mustafa pula katanya kereta dia tak bole masuk bandar tapi bila Kepet kata perjumpaan tersebut ade di luar sikit dari Tehran dia bersetuju pula. 



pagi-pagi sambil layan bola oleh aqi

Pagi pukul 8 lebih baru ada teksi datang. Pagi-pagi ini abang Zu cuma memeriksa dengan menelefon abang Syed. Ada nada tapi tidak diangkat. Abang Zu, anak-anak abang Syed serta Kak Hanim cuba masuk ke akaun gmail dan mane-mane akaun abang Syed kot-kot membantu. Password gmail tak dapat tapi atas bantuan sahabat-sahabat di Malaysia, password gmail dapat dikesan tapi password yang pelik bunyinya.  

main-main dengan kucing liar ni

Kata Shafwan, ayahnya selalu letak telepon di dada nya untuk mengambil gambar. Beliau ada jam suunto yang bertanda namanya di tangan. Kami cuba mengesan jam di tempat yang ada kordinat atau GPS melalui kedai suunto di Iran atau Finland tapi kata mereka signal tersebut memang ada tapi tak membantu. Mungkin mereka takut kemudahan atau teknologi yang digunakan bole mengesan semua tempat dan perlu dirahsiakan penggunaan meluasnya jam suunto mereka.

Dan hari ini adalah hari tekanan di homestay berikutan Ana yang mengepos hal-hal yang berkaitan perbincangan di media facebook dan mendapat perhatian Wisma Putra. Ini menambahkan tekanan Ida yang sepatutnya kami tenangkan di sini. 

Ada sedikit kekecohan sehingga Ana meminta untuk ke Tehran. Dalam kesibukan melayan kejadian, sampai pula pihak Al-Bukhari yang dikenali sebagai tuan punya syarikat utama di Malaysia dan mereka datang untuk bertemu dengan Ida kerana Ramli bekerja dengan Proton dan wakil Al-Bukhari dari Iran tersebut datang berjumpa kami untuk membantu mana yang boleh. 

Dalam melayan tetamu kami meminta Ana supaya tidak pergi ke Tehran kerana baru sampai. Ana mungkin melihat situasi ini sebagai tindakan lambat untuk menyelamatkan Ramli dan abang Syed kerana mereka dilihat bekerja dengan protokol yang tinggi. Alhamdullillah suasana yang tegang kembali tenang dan kembali berdamai.  

Petang tu kami bersama abang Zu pergi ke pekan berjalan kaki untuk membeli bahan-bahan makanan. Abang Zu sangat sporting dan memberi kami tip-tip yang harus diikuti. 

Kami dengar berita wakil duta Malaysia dari Tehran akan tiba sebentar lagi sekitar pukul 7 malam.

ada spot di sana .... mungki mereka sedang turun

Pada malam tersebut, datang para penyelamat membawa hasil tangkapan gambar yang dipetik oleh jurukamera mereka semalam. Gambar-gambar ini di download ke dalam tumb drive kami untuk kami proses dan melihat arah mana agaknya perjalanan mereka.

tak jelas

Terdapat sekeping gambar yang kami percaya adalah laluan mereka. Di sini kepakaran abang Zu menggunakan beberapa software di laptop dan handphonenya memainkan peranan. Setelah meneliti dalam sejam ada spot warna merah dan biru yang dipakai oleh Ramli dan abang Syed. Abang Zu menggunakan Illustrator untuk menajamkan gambar sebaik yang mungkin. Kami berasa lega kerana gambar tersebut seperti menceritakan mereka sedang turun dan yakin itu adalah mereka. Buat sementara homestay kami merasa seperti mendapat nafas baru dan petunjuk bahawa mereka masih hidup.    

Setelah lama menunggu dan penat mencari spot dan ada yang sampai tertido. Sebelum tido, kami masak masakan yang dibeli dan makan apa yang ada sambil menunggu sampai ke subuh. Kami seperti biasa mengupdate perkembangan sesame pada rakan-rakan dan keluarga yang terlibat.

Ahad 27 November

Kami bangun sambil solat subuh. Aku sepatutnya balik malam ni kata Kepet tapi belum pasti sebab ada masalah booking number. Sekitar pukul 9 pagi wakil kedutaan sampai di homestay. Rupanya mereka dah tiba dan masuk di kawasan pintu tapi gelap kerana kami dah tido. Kata mereka, mereka tinggal di homestay berdekatan. Homestay mereka sangat sejuk dan mereka tak tahan. 

sarapan dulu

Sambil berbual kami bergerak ke Red Cresent untuk menunggu perkembangan di sana. Fikiran aku melayang-layang kerana tiket aku malam ni balik dan perlu buat laporan dengan boss aku. Perasaan nervous datang mengganggu aku sehingga ditenteramkan oleh Ana. Aku kne update boss yang memberitahu aku tak balik. Kata Kepet booking number aku ada masalah sehingga pagi ni baru dapat pengesahan untuk pertukaran. Tapi aku rase baik aku tunggu dulu sambil Kepet pun tanye nak extend ke tak. Jadi aku bagitau sambung lah sampai Selasa malam.

bersama abang Zu di pejabat Red Cresent... dibelakang nya Damavand

Sementara itu Kichok sudah bersiap bergerak untuk bersama dengan penyelamat bersama-sama mencari 2 rakan kami yang belum ditemui yang sudah masuk hari ke 6 hilang.

Sambil menunggu kami berbual dengan Omit, salah seorang penyelamat yang handal mendaki menggunakan tali. Beliau bersama rakan nya juga pandai berbahasa Inggeris jadi mudah bagi kami berbual.

sambil menunggu

Sekitar pukul 12 tengahari abang Zu dan Shafwan meminta diri untuk ke homestay kerana Kepet pun sudah ada di sana. 

dalam surau di pejabat Red Cresent ... nampak batu tu 

Aku dan Ana mengambil keputusan menunggu di sini dan menaiki teksi ke pekan berhampiran sebab lapar. Selepas membayar 100 ribu rial untuk teksi, kami kembali ke Red Cresent. AKu tengok ade beg tapi tak de orang. Mungkin pergi makan dalam sejam yang lalu. Sementara menunggu aku gi solat di surau mereka. Selepas solat dalam 10 minit datang Omit dari luar dan memberitahu ‘We found your friends body’. Tersentap aku dengar perkataan tu. Aku dan Ana cuba telepon Kepet memberitahu situasi.

Sedih dengar berita ini. Aku berjalan seorang ke luar di tepi jalan ingin lari kenyataan pedih ini tapi ditenangkan oleh Ana. Dalam tak lama sudah tersebar berita jenazah rakan kami sudah dijumpai di facebook dan media sosial. Kepet dan Sahfwan segera tiba di Red Cresent dan bertanya kami bagaimana boleh tersebar. Kata Kepet selagi belum membuat pengecaman dan selagi Kichok yang masih mencari belum mengesahkan mana-mana antara mereka maka tiada kenyataan dari media perlu dikeluarkan.

penyebar fitnah pertama ... tak menghormati ahli keluarga di malaysia

Antara yang terawal menyebar berita palsu adalah Ravi Everest yang terkenal dengan kes penipuan mendakinya. Beliau disuruh oleh Kepet membuang post di facebook takut merebak lagi dan mengganggu keluarga di kedua-dua belah pihak di Malaysia. Ravi yang degil akur mendeletekan post nya yang sudah tersebar di media massa bahagian terkini.


Dalam pada itu berita ini turut dimuatkan di bahagian pengumuman di Proton yang juga terburu membuat pemakluman tanpa menelepon kami di homestay dan di Red Cresent. Siap ada pengumuman bersuara lagi dari wakil Proton di Iran kerana suara nya aku kenal sangat.

Malam tu kami sedaya upaya menangkis asakan dari media-media social. Kami tido lewat hanya untuk memberitahu perkara-perkara sebenar dari menyebarkan berita palsu sejak dari awal petang tadi. Kata Kepet penyelamat-penyelamat akan mula mendaki ke kawasan objek yang di temui seawal 1 pagi esok.

Isnin 29 November

mohon viralkan

Pagi seperti biasa aku bangun awal dan solat subuh. Wakil duta pun tiba. Kata mereka, mereka tido di tempat yang lebih selesa dari sebelum ni. Wakil-wakil duta ini bersama penterjemah mereka turut bersama kami untuk memberitahu perkembangan semasa.

menunggu keputusan resque dengan berat hati

Sekitar pukul 11 pagi kami mendapat berita pertama bahawa penyelamat sudah sampai ke objek pertama melalui penterjemah yang turut serta tadi. Ternyata objek adalah satu mayat yang hanya dilihat melalui beg merah kerana mayat meniarap. 

bersama isteri wakil duta

Shafwan meminta pengesahan tentang jam tanya yang dipakai oleh ayah nya. Topi keselamatan yang dipakai tiada begitu juga telepon dan jam tangan. Penterjemah memberitahu mayat memakai jaket warna merah.

Mari kita sedekahkan al fatihah pada yang telah pergi

Dalam membuat beberapa pengesahan, abang Zu akur yang itu sudah hampir pasti mayat abang Syed kerana tiada lagi selain yang ada mendaki di kawasan seperti ini. Manakala objek dalam jarak 200 meter adalah batu hitam sahaja bukan Ramli. Lega dan tidak lega rasa kami.

laporannya di sini

Kedua-dua keluarga akur walau apa keputusan pun kerana tidak mahu menunggu lama kerana tekanan dari keluarga dari Malaysia sudah banyak kali bertanya situasi semasa.

Suasana sedih menyelubungi keluarga Syed bila menerima berita ini. Awalnya mereka sudah bersiap menyediakan persiapan untuk dikebumikan di mana dan kos penerbangan yang perlu diambil kira. Kata duta, Mahan Air boleh membawa jenazah terus ke Malaysia cuma proses dan menunggu penerbangan seterusnya yang memakan masa diperlukan.

Petangnya keluarga arwah Syed membuat laporan polis di balai berhampiran. Sementara aku meminta kebenaran untuk mencari Ramli di tempat yang dilaporkan oleh anak buah dan abangnya setelah beberapa hari memberi petunjuk secara tradisional.

Aku bersama Aqi anak ke 2 arwah Syed menaiki teksi yang turut dinaiki oleh bapa pemandu yang pandai berbahasa Inggeris itu.

Mula kami ke selatan mencari jambatan tapi ke timur dalam 6-7 kilometer mencari arah laluan. Kata mereka Ramli sudah turun ke bawah dan aku cuba mencari laluan dan jambatan dalam masa sejam lagi untuk gelap. 

Puas bertekak dengan bapa pemandu yang juga guide Damavand, kami berhenti kerana tak nampak tanda-tanda berada berhampiran. Dalam beberapa minit lalu 2 buah kenderaan dan bapa pemandu menyuruh kami mengikut kenderaan tersebut ke tempat rumah sakit. Katanya arwah akan sampai ke sana dalam masa sejam lagi.

Selepas tiba, aku tanya Aqi ada kah mau tunggu? Kata Aqi suh tunggu kejap kalau lama balik lah. Kami tunggu sampai aku berbual dengan bapa pemandu tersebut yang arif tentang Gunung Damavand dan boleh membawa sape-sape yang ingin mendaki.

Dalam menunggu, datang Kepet dan keluarga arwah Syed. Mereka baru habis membuat laporan dan terus ke sini. 

Dari jauh aku dan Kepet mendengar bunyi kuda-kuda berjalan di sinari lampu-lampu yang dibawa oleh para penyelamat. Perjalanan selama 40 minit yang panjang, aku mengambil keputusan untuk turut menghampiri ke kuda-kuda tersebut tapi dihalang oleh penyelamat supaya naik sahaja ke atas. Sementara di atas jalan keluarga arwah Syed menunggu dan memesan dibacakan selawat ke atas jenazah.

Dan kuda-kuda tersebut tiba dan perlahan-lahan naik ke atas ke tempat kami menunggu.  Dalam kegelapan malam kami nampak kelibat para penyelamat datang sorang demi seorang. Kepet dan aku melaungkan nama Kichok memang berada bersama mereka tapi tidak dibenarkan menghampiri jenazah. 

2 sahabat berpelukan .... maaf gamba-gamba lain sangat sensitif

Suasana menjadi pilu bila Kichok menyahut panggilan kami. Datang Kepet memeluk Kichok yang sama-sama meratapi pemergian rakan baik mereka. Sedih aku tengok pengorban mereka. Aku yang sudah tenang pergi ke arah mereka dan memeluk mereka serta menenangkan mereka dan memberitahu supaya redha sahajalah atas pemergian ini kerana sahabat aku pun belum lagi ditemui.

Selama 30 minit jenazah di bawa menaiki kenderaan untuk ditempatkan ke rumah mayat sementara. Kichok menaiki teksi bersama aku namun katanya ‘apa aku nak cakap nanti kat ida bila Ramli masih tak jumpa lagi’. Aku menyuruh Kichok bersabar dan rehat dulu kerana ada 45 minit dalam kereta. 

lagi laporan yg lain

Sampai di homestay kami masuk dan aku mengupdate di watsap. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Masuk Kichok ke dalam dan terlihat Ida di sana, dengan kesedihan Kichok meminta maaf. Sebak lagi kerana masih di pintu aku dan abang Zu mententeramkan Kichok yang meluahkan perasaannya tidak dapat membawa pulang Ramli. 

Setelah Kichok tenteram aku bertanya pada Ana ada buat apa-apa ke hari ni dan Ana tanya aku balik kenapa. Aku pun tak tau kenapa kerana baru baca watsap je belum masuk facebook. AKu nampak ada tulisan di watsap terus aku delete group dan untuk hari itu aku dah 2 group delete. Aku takut Ana bace nanti huru hara lagi.  

Dan tiba-tiba Ana menyuruh aku supaya memadam post di facebook berkaitan dirinya kerana aku pun turut di tag sama. Malam tu agak panas lagi tapi aku menyerahkan pada abang Zu untuk meredakan keadaan. Abang Zu memainkan peranan sebagai sorang motivasi menaikkan semangat kami supaya redha dengan ketentuan ilahi. Sambil menasihati kami kata nya Ramli memilih jalan yang sudah tertulis yang dia memilih sendiri haluan hidupnya tanpa paksaan kita. Aku rasa bersalah dan sangat bersalah kerana aku yang mengajaknya mengikut serta dalam trip ini dan lagi aku yang mengajak dia menyertai dunia hiking ini 11 tahun yang lalu. AKu rasa aku dah menyebabkan Ida menjadi keseorangan sambil membayangkan anak mereka, Fauzi di kampung. Banyak yang aku fikir kan beberapahari ni tentang kisah Ramli tentang kenangan bersama Ramli dan apa yang bakal ditinggalkan nya nanti andai dia tiada.

Malam tu aku tido lambat lagi. Sukarnya nak tido bila keadaan memaksa tidak boleh tido.

Selasa 30 November 

tiba hari sebenar untuk pulang tapi rase dengan berat hati

Hari ni rasa tenang dari biasa. Sebab aku akan pulang malam ni. Tapi setelah rasa sekian sepanjang hari-hari extend rasa nak balik tiba-tiba aku rasa tak nak balik.

pagi-pagi jalan-jalan ke timur melawat apa yang patut sebelum balik




Teringat kat kawan aku. Terkenang semula sejak kami berkenalan dari tahun 1997 semasa Ramli masuk Usahasama Proton DRB atau USPD dari company IT yang hantar kami iaitu Ramgate. Kami masuk satu team IT hardware boss kami Hisham Maaruf. 2 lagi team kami Kongkang dan Rosli Md Din(skrg manager IT kat Naza). Aku tengok selamba je Ramli melawan boss kami kalau ade je tak kne. 

Sehingga SAP di USPD ‘live’, kita yang di bawah Ramgate diserap masuk terus dan USPD bertukar nama ke Proton Edar sampai sekarang. Kemudian kite masuk kelab rekreasi Proton Edar. 2 minggu sebelum aku kawin pada tahun 2000 kite naik Gunung Nuang dengan geng ofis kite. Sekitar bulan Julai aku dan isteri serta Ramli dan isteri serta mak Ramli turut serta rombongan ke Hatyai anjuran arwah abang Najib. 

Bulan 8 tu kami ikut arwah Johari Kassim dan 6 rakan lagi naik Gunung Kinabalu. Aku tak sampai tinggal bawah sikit sampai ke Gunting Lagadan. Ramli dan arwah Joe yang saport newbie aku ni dari belakang.

Lepas tu aku stop aktiviti sehingga 2005 sebab 3 anak kecik2 lagi. Ada aktiviti yang sikit aku join seperti trip ke sungai pisang(bawak beg balik kampung je) dan berkayak. 2004 aku cuba mencari geng untuk mendaki semula dan aku nampak orang gunung kuala lumpur(OGKL) ada potensi tapi aku tak kenal siapa cuma arwah joe je tu pun dia dah lama tinggal. Aku cuba-cuba tanya Ona isteri Che Din tentang OGKL ni tapi belum tergerak untuk masuk.   

Sehinggalah entah macam aku bercerita kat Ramli hasrat untuk ikut trip ke Banjaran Nakawan di Perlis anjuran OGKL dan Ramli terus setuju je. Dan dari situ lah perjalanan 11 tahunnya tak berhenti sehingga ke Gunung Damavand.      

Dari trip OGKL ke Gunung Berembun di Negeri Sembilan pada musim Raya bulan 11 tahun 2005 tu, kami join team cakcibor yang diketuai oleh Khairul Anuar atau Tukang taip dan che din, Gunung Irau. Sebelum tu Ramli dah ikut trip Trans V1 masa krismas 2005 tapi aku tak ikut. Masa tu la Ramli kenal Presiden Deeno, adik dia, Apip, Eryn, abang Zaini, Azhar(Along), Kechik, Achong, Suraya Yusof dan Arrey Othman.   

Begitu lah bila teringat balik kesah-kesah lalu. Jam pukul 5 petang. Kicok pun katanya nak balik sama sebab dia ada urusan dia sendiri di JB nanti. Kami pun mengucapkan selamat tinggal pada Ida, kak Hanim dan Ana yang akan tinggal selama beberapa hari untuk menunggu berita dan menguruskan jenazah.

berangkat pulang bergamba dengan mustafa dan Kichok

Balik tu kami di sapa oleh pengikut Syiah dari Indonesia di airport. Ada aktiviti Arbain katanya. Arbain adalah istilah merujuk pada kematian Imam Hussin dan mereka berjalan ke Karbala untuk memperingatinya dalam masa 40 hari. Di sini terdapat juga rakyat Malaysia yang entah kenapa ikut juga. 

2 minggu baru jumpa anak-anak

Sekian sahaja kesah ku ini. Kesah 20 tahun mengenali sahabat ku Ramli akan kekal dalam ingatan. Tiada lagi rakan dapo haram, rakan tido sebelah, rakan sembang pasal trip dalam watsap, rakan hammock, rakan tukar dan bagi barang suka sama suka dan rakan yang same-same buat trip. Pasti aku akan teringatkan Ramli selagi ada hayat aku kerana bila Ramli berjalan dengan aku atau sapa-sapa yang bersama samada di belakang atau di depan atau dalam gelap, mesti dia akan suluh aku dan mereka di mana yang ada dikelilingi dia. Mungkin puncak Gunung Damavand adalah gunung ke 163 dalam senarai nya dan yang terakhir.

Aku doakan semoga Ramli sentiasa di tempatkan dikalangan orang yang beriman jika dia sudah tiada lagi di dunia ini.

tak de apa aku nak bagitau kat nko Ramli... lepas 20 tahun kenal dan 11 tahun jadi rakan setia trekking dengan kenangan yang tak bole padam ni ... dan ada masa kita pun manusia pernah juga aku rasa tak sehaluan tapi jiwa kite tetap sama ... memang tak berubah

Dan yang pasti nama Ramli Abd Majid akan menjadi ingatan sehingga ke akhir hayat aku dan rakan-rakan 

Gambar-gambar adalah dari rakan-rakan yang turut serta.
Wsalam


0 comments:

Post a Comment