Salam,
Selepas trip minggu lepas, trip kali ini diteruskan ke Gunung Jubar di Temerloh. 7 org dari trip minggu lepas terlibat kali ini seperti abg Othman, abg Alai, Kak Pah, Haji Azam, Lim dan Shakey.
Dari LRT Gombak ke Temerloh sekitar sejam 15 minit manakala Temerloh ke Ulu Cheka pun hampir sama. Malam tu saya membawa kereta bersama Cikgu Ros dan Kak Pah untuk makan di Restoran Gobang di tepi sungai dan atas hiway tapi tutup. Abg Alai datang kemudian tapi Kak Pah tidak sehat lalu kami singgah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, hospital kerajaan di Temerloh. Kami kemudian bergerak dan tiba di Ulu depan sekolah dan surau kecil di Cheka pukul 3.30 pagi.
Naik hilux
Selepas sarapan kami bergerak menaiki hilux selama 15 minit ke starting point.
Sampai di starting point dan turun beg
Briefing
Perjalanan bermula pukul 9.15 pagi. Awal-awal ada paku-pakis, Menuju ke CP1 laluan berbatu.
Kami tiba di CP1 dalam sejam 15 minit. Perjalanan agak rata menaik sedikit dari ketinggian 360 meter ke 600 meter.
mula-mula trek landai je sebelum menaik
Laluan dia turun jap
Laluan dalam batu
Perjalanan ke kemsite di sekitar ketinggian 1045 meter kami tiba pukul 5.15 petang di sebelah beberapa kawasan air. Ada yang mandi tapi air terjun tidak tinggi. Dalam 6.45 petang makanan sudah sedia terhidang.
Kemsite untuk bermalam
Menjelang pukul 8.30 malam semua sudah tido.
Esok seawal 7.35 pagi kami sudah memulakan perjalanan ke puncak yang terus menaik. Kami melalui laluan dinding dan laluan runtuhan balak. 2 jam dari kemsite kami tiba di puncak Gunung Jubar yang berketinggian 1514 meter.
Gambar di puncak Jubar
Bersama Abg Rohim
Cuaca sangat baik ketika ini. Dalam 20 minit kemudian kami rehat di sebelah.
Abg Othman
Fatin dan Azie
Shakey
Abg Alai
Yen budak baru
Abg Rohim
Cikgu Ros
Haji Azam lagi buat kali ke 3 berturut-turut bersama dalam trip
Kak Pah
Guide Ali
Abg Rohim
Pejal
Ziezie
Ada banyak Periuk kera kat sini
Rehat di bawah CP1 lagi sejam nak sampai ke starting point
manequin challenge
Oleh kerana surau kecil, kami bergerak ke Lata Lang yang terletak sekitar 2 kilometer.
Ada yang balik awal dan kami makan di Temerloh sebelum pulang ke rumah masing-masing.
Sekian.
Gambar dari rakan-rakan dalam watsap group.
Wsalam.