Gunung Chingkai akhirnya sampai jua di kemuncak nya

Salam,

Tahun lepas kami termasuk Ramli sudah sampai di Kg Jalong di Sungai Siput berhampiran kawasan utara. Tapi berita Guide Mali berlanggar dengan babi hutan dan kerosakan pada 4wd nya menyebabkan kami bertukar ke Gunung Baling dan Pulai serta tido di Sungai Sedim.

Setelah beberapa kali bertukar tarikh, kami bergerak juga ke Gunung Chingkai dengan peserta seramai 17 orang. Chingkai adalah salah satu gunung yang menjadi rancangan Ramli untuk ke sana tapi tak kesampaian.

mana yang sempat je ambik gambar ... ni gogo gunung jubar, abg othman
kawan sekolah dia, alai@Zul Laili 
ni Apis, baru tahun ni nak naik gunung balik 
ni Hj Azam Rat, jauh datang dengan Alai 
ni kak pah, nak balik kl tergesak2 sebab dia
ni shakey belum makan ubat 
ni Lim dan Ms Lim dari Nibong Tebal 
ni Leya dan Dibah 
ni aku tak kenal 
ni sham, dipaksa kawin tahun ni oleh abg man 
ni lim, saya dari seremban, saya single

Walaupun Gogo masih lagi Ana@Nurhidayah, tapi dia tidak sehat serta mengalami kehilangan harta semasa kebakaran rumah minggu lepas tapi dia dibantu oleh beberapa rakan lain seperti Aki dan Leya.


masjid Kg Jalong
sarapan dulu
bersiap sedia

Kami menaiki 4wd sampai ke Kg Pisang. Di sini ada guide yang boleh membawa kami ke jalan pintas. 

di kampung pisang tunggu guide dan jumpa tok batin/ketua kampung
dah sampai staring point, makan tengahari dulu sebelum bergerak
Ana jalan slow sebab tak sehat

Perjalanan bermula agak lambat tapi ada harapan sampai awal menggunakan laluan lain. Lepas makan tengahari pukul 12.30 kami bergerak ke kemsite. Kami tiba sekitar pukul 5.15 petang sekitar ketinggian 1000 meter. Laluan ke air agak mencabar kerana laluan nya senget dan agak licin.


antara view dalam perjalanan ke kemsite
kemsite kami

Selepas makan malam pukul 9, kami tido awal. Esok pukul 9.15 pagi kami bergerak naik ke atas. Perjalanan mendaki sahaja selepas itu dan kami tiba di puncak berketinggian 1397 meter pada pukul 11 pagi. Dengan beirut yang tumbang sebelah, kami berehat kejap dan bergambar.

tiba di puncak pukul 11 pagi
sampai di puncak Gunung Chingkai




penghormatan terhadap seorang rakan
dari arah depan

Pukul 11.30 kami turun ke kemsite sekitar sejam perjalanan. Selepas makan tengahari kami turun. Jika semalam dari permulaan perjalanan ke kemsite ini adalah melalui laluan di sebelah nya, kali ini kami lalu di jalan lain seperti melalui trans. 

tengahari makan di kemsite
dah nak sampai Kg Pisang
tak makan ubat jadi hyper


Pukul 5.45 baru kami tiba di Kg Pisang untuk menaiki 4wd untuk pulanng ke Kg Jalong. Sekitar pukul 8 malam baru kami bergerak keluar. Ada yang singgah untuk makan, ada yang terus bergerak ke Raub seperti Hj Azam dan Abg Zul Laili, dan Shakey menghantar Ana ke hospital Kuala Kangsar untuk rawatan tak sehat nya. Saya membawa kereta terus ke hospital Sg Buloh menghantar Abg Man, Sham dan Apis dan terus ke TBS menghantar Kak Pah dan dia sempat membeli tiket bali ke Kulai pukul 11 malam.

Sekian untuk trip kali ini. Trip ke Gunung Jubar akan menyusul minggu depan.

Gambar-gambar dari go pro sendiri dan rakan-rakan trip.

Wsalam.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment