Gunung Jubar di Ulu Cheka, Temerloh Pahang

Salam,

Selepas trip minggu lepas, trip kali ini diteruskan ke Gunung Jubar di Temerloh. 7 org dari trip minggu lepas terlibat kali ini seperti abg Othman, abg Alai, Kak Pah, Haji Azam, Lim dan Shakey.

Dari LRT Gombak ke Temerloh sekitar sejam 15 minit manakala Temerloh ke Ulu Cheka pun hampir sama. Malam tu saya membawa kereta bersama Cikgu Ros dan Kak Pah untuk makan di Restoran Gobang di tepi sungai dan atas hiway tapi tutup. Abg Alai datang kemudian tapi Kak Pah tidak sehat lalu kami singgah di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, hospital kerajaan di Temerloh. Kami kemudian bergerak dan tiba di Ulu depan sekolah dan surau kecil di Cheka pukul 3.30 pagi.

Sekolah Pawang Nong  
Naik hilux

Guide kali ini adalah Ali yang pernah membawa OGKL ke Gunung Benum pada tahun 2011 dahulu, Beliau di temani oleh krunya iaitu Angah dan Atan. Pak Andak tak dapat hadir kerana ada beberapa kenduri di sekitar kampung.

Selepas sarapan kami bergerak menaiki hilux selama 15 minit ke starting point.

Sampai di starting point dan turun beg
Briefing

Di sini ada 3 check point atau CP. Kata Ali 2 jam ke CP1, sejam ke CP2 dan 2 jam ke CP3 dan seterusnya ke kemsite 2 jam lagi. Jadi jumlahnya adalah 7 jam.

Perjalanan bermula pukul 9.15 pagi. Awal-awal ada paku-pakis, Menuju ke CP1 laluan berbatu.

Kami tiba di CP1 dalam sejam 15 minit. Perjalanan agak rata menaik sedikit dari ketinggian 360 meter ke 600 meter.

mula-mula trek landai je sebelum menaik
Laluan dia turun jap 
Laluan dalam batu

Menuju ke CP2 laluan untuk sampai adalah berbatu. Kami tiba untuk makan tengahari dan solat jamak. Dari CP2 ke CP3 agak mencabar dan saya mengalami kecederaan di tangan. Beberapa laluan memerlukan tali digunakan dan kami perlu melalui banyak lagi halangan batu dan memasuki dalam batu seperti melalui gua.

Perjalanan ke kemsite di sekitar ketinggian 1045 meter kami tiba pukul 5.15 petang di sebelah beberapa kawasan air. Ada yang mandi tapi air terjun tidak tinggi. Dalam 6.45 petang makanan sudah sedia terhidang.

Kemsite untuk bermalam

Menjelang pukul 8.30 malam semua sudah tido.

Esok seawal 7.35 pagi kami sudah memulakan perjalanan ke puncak yang terus menaik. Kami melalui laluan dinding dan laluan runtuhan balak. 2 jam dari kemsite kami tiba di puncak Gunung Jubar yang berketinggian 1514 meter.

Gambar di puncak Jubar


Bersama Abg Rohim  

Cuaca sangat baik ketika ini. Dalam 20 minit kemudian kami rehat di sebelah.

Abg Othman  
Fatin dan Azie  
Shakey  
Abg Alai  
Yen budak baru 
Abg Rohim
Cikgu Ros  
Haji Azam lagi buat kali ke 3 berturut-turut bersama dalam trip 
Kak Pah  
Guide Ali  
Abg Rohim 
Pejal  
Ziezie 

Dalam pukul 9.45 pagi kami turun ke kemsite.

Ada banyak Periuk kera kat sini 

Selepas bersiap dan makan di kemsite kami turun sehingga ke tempat starting point kami pada pukul 6.10 petang.

Rehat di bawah CP1 lagi sejam nak sampai ke starting point 
 manequin challenge

Oleh kerana surau kecil, kami bergerak ke Lata  Lang yang terletak sekitar 2 kilometer.

Ada yang balik awal dan kami makan di Temerloh sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sekian.
Gambar dari rakan-rakan dalam watsap group.

Wsalam.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment