Gunung Tui di Raub, Pahang

Salam,

Trip seterusnya adalah ke Gunung Tui di Raub Pahang. Beberapa bulan lepas Hj Azam ada bersama beberapa rakan OGKL mendaki ke sini. Diketuai oleh Abg Man, dan guide Hj Azam berserta chef kali ini Fendi, kami menerokai gunung di sebelah Lebah Timur ini.


Kami bertemu semua seramai 15 orang di Masjid Raub dan menyambung perjalanan ke Chalet Pak Teh selama 30 minit lagi. Chalet Pak Teh terletak di Kampung Sungai Kelang di Ulu Sungai Mukim Batu Talam, Raub, Pahang. 

sarapan nasi lemak

Selepas bersiap, kami sarapan yang disediakan oleh pihak chalet. Sekitar pukul 8.30 pagi, satu lori dan hilux datang mengambil kami ke start point.

bersiap letak beg

Di awal perjalanan kami berhenti di sebelum jambatan kecil. Salah satu kenderaan tidak menyambung perjalanan dan kami berjalan sahaja.


Agak malang sedikit kami tersasar sehingga 200 meter. 

memang dah tersasar dah ni

Pukul 9.50 pagi kami bergerak naik melalui kawasan terbakar dan kebun orang di ketinggian sekitar 450 meter.

starting point yang terbabas

Perjalanan agak panjang dan kami berhenti beberapa kali. Terdapat satu laluan balak di kanan lagi. Ada sekali rakan-rakan didepan tersasar dari laluan tapi tidak jauh

terbakar dah semuanya

Sepanjang perjalanan tiada air dan kami berhenti di satu tempat pukul 12.30 tengahari. Sekitar pukul 3 petang baru kami tiba di kemsite Simpang Angin yang merupakan satu laluan.

penat rehat dan makan lah

Setelah berkira-kira untuk berhenti di sini kami memasang fly dan Fendi menyiapkan makanan.

pasang khemah bertiangkan buloh

Untuk ke waterpoint, masa diperlukan adalah selama 30 minit untuk pulang semula ke kemsite. Dan bila ada yang pulang nampak muka keletihan sangat.


Kami tiba agak awal dari biasa dan selepas makan malam dan sessi taaruf, kami tido. Oleh kerana tempat kemsite kami adalah laluan binatang maka terdapat beberapa kijang lalu. Suara dari jauh menyalak seperti anjing tapi dari dekat agak halus-halus.

siap untuk jalan

Pukul 6 pagi kami bangun, sarapan dan bergerak ke puncak. Untuk ke puncak perlu menebas sedikit. Rasanya lama dah tak kena puncak tipu dan kali ini ada 2-3 puncak tipu. 


Selepas pukul 10 pagi kami tiba di puncak tipu yang pertama.


gopro take my photo

Untuk ke puncak ada lagi 30 minit namun perjalanannya agak mudah tapi lama. Yang di depan tiba d puncak pukul 10.30 pagi di ketinggian 1397 meter seperti yang terdapat di atasnya.



Ada beirut dibuat dari 3 kayu panjang sahaja dan nampak laluan ini adalah laluan binatang. Selepas bergambar kami turun. Masa naik adalah 3 jam manakala turun dalam sejam setengah. 

nampak gunung lebah timur di situ

Selepas tiba di kemsite kami makan dulu dan bersiap untuk turun sebelum gelap kerana takut terserempak dengan binatang liar seperti beruang kerana terdapat banyak kesan cakaran di pokok-pokok tertentu.  

penat jalan ... malas nak bukak fly dan hamok

Hasilnya selepas 3 jam lebih sahaja berjalan kami tiba semula dan 2 kenderaan sudah menunggu kami dalam suasana hujan agak lebat. Bila kami tiba di chalet hujan makin lebat. 

Kami bersiap dan menunggu sehingga selepas Maghrib untuk bergerak. Kami makan malam di sebelah Masjid Raub sebelum bergerak pulang ke haluan masing-masing.

Sekian. Gambar-gambar dari rakan-rakan trip.


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment