TRip Kedah-Perlis

Salam,

Minggu ni trip kita ke utara iaitu Kedah dan Perlis. Hasil dari Persetujuan Kak Pah serta Kak Nah dari Kluang serta pemandu sepenuh masa Khairul Nizam atau Pak Sheikh yang boleh dihubungi di talian 0173294880 atau klvansewa@gmail.com.

Van Nizam dari Muzium Negara ke TBS ke LRT Gombak lalu mengambil kami Azie dan Abg Rohim di Hospital Sungai Buloh.

suasana padi di pagi hari

Kami seramai 9 orang tiba di Alor Setar sekitar pukul 8 pagi. Turun sama adalah Rohaiza dari Alor Setar.

Kami tiba di Sungai Batu Pahat untuk mendaki Bukit Wang Gunung.

sarapan pagi di Alor Setar ... pagi makan  macam makan tengahari

Setelah bersiap di kawasan rekreasi kami ke permulaan trek di tepi jalan. Di sini jabatan perhilitan sudah menunggu untuk memeriksa permit.

taman ular

Guide kami terdiri dari 2 budak sekolah tingkatan 4 dari sekolah berdekatan sambil di temani oleh rakan-rakan mereka yang lain sekitar 10 orang. Kami juga ditemani oleh rakan-rakan di sini seperti Pak Andak dan Pak Su yang menjadi guide Gunung Fakir Terbang yang terletak di sebelah Tasik Pedu.

tengok permit dulu

Kami bergerak mula pada pukul 9.40 pagi. Perjalanan awal menaik dan mendatar. Kami tiba di pintu rimba dan bilangan stesyen pun bermula. Di sini terdapat 14 stesyen.

jauh lagi nak tuju atas tu 

Permulaan trek menggunakan tali yang panjang dan pendek. Permukaan gunung di sini penuh berbatu sama seperti Gunung Pulai di Baling maka digalakkan memakai sarung tangan untuk menahan pedih dan kurang luka.

budak-budak dengan orang tua-tua

Kata budak-budak yang ikut dan pendaki-pendaki yang selisih turun untuk sampai ke puncak paling awal 30 minit dan paling lewat pun sejam setengah dan puncak nya besar.

awal-awal ada tali
baru stesyen 1 

batu sempadan di trek

Namun itu semua dusta belaka. Kami tiba di puncak berketinggian 499 meter pada pukul 1.30 tengah hari dan puncak nya tak muat untuk ramai-ramai walaupun ada pemandangan 360 darjah tapi masih terdapat pokok-pokok tinggi. 

dah sampai di puncak wng gunung

Di puncak ini terdapat pemandangan ke laut dan kami dapat melihat pulau-pulau serta pemandangan negara Siam. 



yang ini tipu ... 14 je
tak semua ada ... puncak kecik je

Tak lama selepas semua sampai kami pun bergambar dan turun. Di stesyen 1 hujan turun lebat. Azie yang di depan selepas keluar dari pintu rimba ternampak 2 ekor khinzir melintas di depan nya dan Azie patah balik.


Apabila tiba di van kami disapa oleh Cikgu Razak dari Hikers Perlis. Beliau banyak bertanyakan kabar rakan-rakan. 

Setelah menukar baju kering, kami ke tempat rekreasi untuk menukar solat dan makan. Hujan agak lebat dan trek menjadi licin melambatkan peserta di belakang.

Selepas makan kami bergerak ke Alor Setar sekitar pukul 5.30 petang. Tan dari Putarajaya yan turut sama ikut pulang ke rumahnya yang dihantar oleh Rohaiza dan tidak ikut ke Gunung Keriang. Tak sampai satu kilometer bergerak kami singgah di Ladang Harumanis tapi ramai orang. Kami menjamah di tepi jalan sahaja.

gambar tepi jalan
kalau dari google map

Kami tiba taman rekreasi Gunung Keriang pukul 6.30 petang. Kami hanya berselipar sahaja untuk naik kerana jalan nya guna tangga batu hampir sama dengan mendaki Gunung Soga di Batu pahat tapi bukan batu simen.

Gunung Keriang dapat dilihat di sepanjang perjalanan kami di sebelah kiri. Gunung ini ada gua dan terdapat laluan serta lift disediakan untuk turun. Gunung Keriang terletak di Bukit Kodiang, Bukit Choras dan Pulau Kerengga. Ada mitos mengatakan terdapat batu-batu menyerupai orang yang di sumpah dan ada batu berbentu serombong kapal.

di puncak Gunung Keriang

Perjalanan hanya 20-30 minit sahaja. Kami tiba beberapa minit sebelum maghrib dan melihat keindahan pemandangan matahari turun berwarna oren. 


Suara-suara azan jelas didengari dari bawah. Kami mengucapkan selamat tinggal pada Pak Su dan Pak Andak serta rakan-rakan mereka kerana esok mereka tidak ikut ke Gunung Jerai.


Setelah bergambar kami turun ke bawah. Memandangkan tadi hujan dan pakaian trekking basah dan ada yang jatuh jadi seluar sudah comot maka kami singgah di kedai dobi di depan tesco Mergong selama sejam untuk membasuh pakaian.



Selepas tu baru kami makan. Selepas makan kami bergerak ke Lembah Bujang sekitar 2 jam lagi. Kami tiba sekitar pukul 1.20 pagi dan tido di surau.

Lembah Bujang merupakan kawasan tinggal sejarah di Kedah. Orang dahulu banyak menanam emas di bawah tanah ini dan penduduk selalu menjumpai dan menjualnya Sejarah Lembah Bujang boleh dibaca di sini

Esoknya kami bersiap seawal 7.30 pagi untuk sarapan. Selepas sarapan, Tan datang dengan kereta dan Rohaiza tidak ikut kerana sakit kaki. 

Trek perjalanan adalah merupakan laluan larian Gunung Jerai baru dibuka beberapa tahun lalu. Untuk mendaki Gunung Jerai terdapat 4 trek iaitu 2 di Yan, satu di Gurun dan satu lagi di Lembah Bujang ini.

lalu air terjun dan taman rekreasi

Perjalanan 8 kilometer bermula pukul 9.10 pagi memotong sungai. 4 kilo pertama memacak sahaja. 


Di sini terdapat juga pintu rimba. Beberapa kali kami berehat menunggu rakan di belakang.


jauh lagi perjalanan 

puncak Kepala Angin 


Ada puncak tipu di sini dan agak saiko juga gunung ini. Di laluan ini kami tiba di puncak Kepala Angin pada ketinggian 1100 meter pada pukul 1.40 petang. 


Saya tak pasti kerana puncak Gunung Jerai sebenarnya tidak boleh dimasuki kerana kawasan larangan dan terdapat pencawang. 

sampai di jalan raya

Tan yang tiba awal sudah turun bersama pendaki veteran cina yang baru hendak turun di puncak ini kerana kereta dia diletak di Lembah Bujang tapi van kami tak lalu di sana.


Selepas semua sudah makan kami bergerak lagi. Perjalanan lagi 1.5 km menaik dan ke kiri sehingga ke jalan raya. Di jalan raya ke atas adalah pencawang dan kami tidak ke sana. Van tiba dalam 40 minit mengambil kami.


ambik air ... kasut tanggal

Kami kemudian singgah di Telaga Tok Sheikh mengambil air dari perigi. Sejarah Telaga Tok Sheikh ini ada diceritakan di sini.

Kami kemudian singgah di Jerai Hill Resort untuk mengambil gambar manakala Tan menumpang rakan tadi mengambil kereta di Lembah Bujang. Setelah selesai kami mandi dan bersiap di taman rekreasi di bawahnya.

takde permit
di kawasan jerai resort 

Setelah selesai mandi dan solat, kami turun dari bandar Yan dan mengambil Tan di rumahnya.

selamat tinggal Gunung Jerai ... lain kali datang lagi

Kemudian kami pekena cendol durian yang berharga dari RM7 ke RM28.

pekena cendol durian

Selesai makan, kami ke mee udang Sungai 2 di Butterworth untuk makan.

mee udang sungai 2

Perjalanan diteruskan dan kami tiba di Hospital Sungai Buloh.

Sekian sahaja trip utara kali ini. berjumpa lagi di trip seterusnya.
   

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment