Gunung Irong di Jerantut Pahang

Salam, 


Kurang seminggu pulang dari Pulau Sumbawa, saya bergegas menyiapkan diri untuk mendaki ke Gunung Irong di Jerantut Pahang.

Seramai 22 orang teman-teman pendaki yang rata-rata nya adalah di kalangan sahabat yang sudah dikenali dan tahu gaya masing-masing.

masjid Kota Gelanggi 2

Dari LRT Gombak, perjalanan selama 3 jam dan berhenti rehat di RnR Temerloh sebelulm kami tiba di Masjid Kota Gelanggi 2. 

berenti jap ... lama bergerak dalam 4wil tu  

Seawal pukul 8.40 pagi, 2 pacuan 4 roda tiba di masjid dan membawa kami mengharungi 2 sungai dan perjalanan berdebu selama kurang 3 jam menuju ke permulaan. 

tiba di starting point  
sessi taklimat dari guide Djan Rock

Selepas makan tengahari, kami bergerak pukul 12.30. Perjalanan menaik dan terus menaiki. Kami berhenti di tempat yang tidak luas menunggu rakan-rakan di belakang.

jalan menaik tak berenti-renti 
lambat nak kumpul air 

Sehingga pukul 3 petang selepas mengharungi beberapa laluan ke dinding, kami berhenti di dinding terakhir untuk mengambil air yang agak kecil dan menghantar beg menggunakan tali ke atas. 

sampai di puncak Gunung Irong dan drone pun beraksi


Selepas semua naik kami meneruskan perjalanan lagi selama 2 jam untuk ke puncak. Gunung Irong yang berketinggian 1190 meter.

bersama Hj Azam ... ntah berapa kali dah ikut sekali untuk trip ni 

Puncak Irong memiliki pemandangan seluas 360 darjah. Salah seorang peserta iaitu Harith yang merupakan peserta terakhir mendaftar untuk xpdc ini membawa drone bersama kami dan banyak gambar dari arah lain di ambil menggunakan drone tersebut.

kemsite
gambar beramai-ramai

Sementara menunggu makanan siap, acara suai kenal pun bermula.

beirut di puncak

Esok nya sekitar pukul 9.40 pagi kami bergerak turun dan tiba di tempat permulaan pukul 1 tengahari. Pacuan 4 roda tiba lewat iaitu pukul 2.50 petang untuk membawa kami keluar. Kami tiba di masjid pukul 5.30 petang dan bersiap makan di ssebelah masjid sebelum bergerak keluar pulang ke haluan masing-masing.

dalam perjalanan pulang, harith pasang drone lagi

Sekian sahaja xpdc kali ini. Berjumpa di lain trip selepas puasa. Selamat berpuasa untuk semula muslimin dan muslimat.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

1 comments:

  1. Hutan di sini nampak cantik sangat, tetapi pembalakan nampaknya telah potong habis semua.

    ReplyDelete