Buat pertama kali nya selepas ketiadaan Ramli, kami mendaki ke luar negara iaitu di Indonesia. Segala perancangan berubah bilamana sepatutnya ke Bukit Raya ditangguhkan. Apis menyusulkan ke Gunung Tambora yang terletak di Kabupaten Dompu di Pulau Sumbawa di sebelah kanan Pulau Lombok kerana belum lagi singgah di sana. Saya mewarwarkan di wassap untuk mengajak rakan-rakan turut sama tapi yang berminat hanyalah Fuad. Jadi kami bertiga sahaja yang bersetuju untuk mendaki ke Gunung Tambora.
Bagi yang tidak tahu Gunung Tambora adalah gunung strato vulkanik yang asalnya adalah berketinggian 4300 meter ke atas namun akibat letusan gunung berapi paling dahsyat di dunia kira-kira 202 tahun yang lalu sehingga menyebabkan beribu-ribu manusia hilang nyawa. Ada kawah terbentuk di dalam nya sehingga 6-7 kilometer dan perjalanan mengelilingi di atas sekitar 16 kilometer. Tambora juga dikaitkan dengan kekalahan Napolean.
Pembelian tiket hanya bermula pada 5 mac. Ramai rakan-rakan pendaki sudah sampai ke Gunung Tambora tapi maklumat tentang perjalanan ke sana agak kurang dari segi transport dan bantuan guide/porter. Mungkin sebab itu saya memilih untuk mencari seorang rakan pendaki kami dari Indonesia yang lahir di Manado tapi tinggal di Surabaya iaitu Meryskhe Lelah atau Merys. Perkenalan di Gunung Raung menjadi titik persahabatan kami untuk saling berkerjsama dari segi masalah komunikasi dan pengurangan kos.
Perjalanan kami dari Malaysia pada hari pertama iaitu hari Rabu merupakan cuti wesak. Jam 12 saya sudah bergerak ke KLIA2 lalu mencetak kertas kemasukan di Airasia. Kami bergerak pukul 6.15 petang dam tiba sedikit lewat di bandara atau lapangan terbang Gusti Ngurah Rai di Bali. Kami bertemu Pak Agus seperti yang di rancang di wasap hasil perkenalan melalui teman kami Arrey dan beliau juga merupakan sahabat Triman sebab Triman merupakan guide kami ketika OGKL mendaki Gunung Agung di sini pada tahun 2007 dan menjadi Pak Supir semasa saya membawa keluarga di Bali pada tahun 2012 dahulu.
tunggu merys jap
Setelah semua selesai mendapatkan beg masing-masing, kami ke sebelah iaitu ke domestik untuk mengambil Merys yang tertunda pesawat nya.
Kami makan di luar bersebelahan tempat letak kereta di bandara. Setelah Merys sampai, kami terus ke Sunset Road di Jalan Merdeka 6 mencari penginapan di Indopurejoy. Kata Merys beliau sudah survey di sini. Alhamdullillah bila kami tiba lewat tengah malam, bilik masih kosong. Merys mendahulu kan 200 ribu rupiah atau rp kepada pengurus bilik.
Bilik sini ada beberapa jenis dan penginapan di sini baru di buka dalam setahun yang lalu. Ada bilik dorm dimana bole muat 16 orang katil double decker. Ada juga bilik mempunyai aircond tapi sudah ada orang. Apis yang merasa tidak selesa tidur di simen sebab panas.
bersebelahan Indopurejoi
Hari ke 2 kami bangun pukul 5 pagi dan solat subuh. Pak Agus sudah tiba di Indopurejoy di pagar.
Kami bergerak ke bandara semula dan kebetulan pesawat kami dan Merys sama beli asing-asing.
nak gerak dah
sampai sudah
suasana pasar di Bima
Kami sempat membeli Telkomsel untuk pulsa@jaringan tempatan sebanyak 75 ribu rp dan membeli makanan sendiri serta singgah di pasar membeli keperluan makanan seperti tempe dan telor.
tempe putih macam nak rosak
makan tengahaari di Dompu
Kata Apis tempe nya agak hampir expired kerana ada kacang yang sudah hitam.
rehat di air panas
Di satu pertiga perjalanan, kami makan di pekan Dompu yang agak sibuk di kiri kanannya dan bergambar di kawasan dipanggil air panas sambal makan jagung yang dibeli awal tadi. Kami sempa solat di wakaf yang disediakan.
ada buih asap dan terletak di laluan ke pantai
Perjalanan 5 jam kami melewati kawasan sahara yang di panggil Doro Ncanga dan penternakan walid. Sekitar pukul 3.30 petang kami tiba di rumah abang Saipul Bahri yang merupakan orang perantaraan untuk mendaki Gunung Tambora atau sebarang aktiviti di Desa Pancasila.
melewati savana
bersama porter kami
Sambil kami melayan gambar-gambar dari teman-teman pendaki yang pernah sampai beberapa tahun lepas, abang Saipul mencari porter dan mencari ojek-ojek untuk kami bergerak ke permulaan trek.
bersama abang saipul
bergerak naik ojek ke pintu masuk
kayu lapis ni mahal
2 ojek laju di depan
Sekitar pukul 5.40 petang kami bergerak selama 40 minit dari permulaan ke Pos 1 dengan perjalanan melalui tangga dan menaik sedikit.
di pintu gerbang
Kami tiba di Pos 1. Pos 1 ada telaga untuk mengisi air. Oleh kerana masih awal kami bertanya pada Pak Radja samada boleh diteruskan perjalanan. Pak Radja kata tiada masalah.
Setelah memasang lampu kami bergerak dan melalui paip pecah selepas 5 minit berjalan. Permulaan perjalanan sangat licin. Sekitar jam 11 baru kami tiba di Pos 2 untuk bermalam. Kami memasang fly sahaja. Apis menyediakan nasi lauk tempe goreng dan sardin untuk malam ini. Di Pos 2 ada sungai kecil cukup untuk mandi sedikit dan masak air.
tido di pos 2
Video perjalanan yang panjang
bersiap-siap untuk bergerak
Kami tiba di Pos 3 pukul 11 pagi. Pada permulaan Pos 3 ada jelatang iaitu daun yang berbentuk tajam serta jika terkena boleh terasa gatal-gatal yang sangat gatal.
di pos 3
Perjalanan ke Pos 4 hanya 45 minit sahaja dan tiada air. Tapak kemahnya luas.
rehat dulu di pos 3
tutup semua
Oleh kerana tiada apa-apa kami rehat 10 minit dan meneruskan perjalanan lagi 45 minit ke Pos 5.
jelatang di laluan pos 3 ke pos 4
Jam 3.45 kami siap makan tapi target kami adalah pukul 3.30 petang tadi untuk mendaki ke puncak. Jadi kami mengambil keputusan esok sahaja.
Nasib kami baik beberapa minit kemudian hujan turun membasahi bumi. Tidak lama kemudian datang binatang yang seperti dijanjikan iaitu kindzir mencari makanan.
Kami memasang api dan cuba menghalau tapi tak berjaya. Selepas hampir malam, datang sekumpulan pendaki yang tidur di Pos 1 semalam untuk bermalam di sebelah.
masak-masak di pos 5
Video menuju ke puncak Gunung Tambora
Jam 8 malam kami bersiap tidur. Keesokkan nya Apis bangun awal untuk menyediakan sarapan pagi. Kami bersiap dan bergerak pukul 3 pagi melalui jalur baru yang dipanggil jalur cemara atau jalur pemakaman kerana terdapat tugu mengenang kejadian orang meninggal di sini.
pemandangan di pos 5
Kata Pak Radja ini jalur baru di mana jalur lagi satu adalah 3 jam dan ada kesan runtuhan. Jam 5 pagi kami tiba di satu kawasan untuk solat subuh. Sejuk kata Merys tak boleh disangkal lagi. Selepas subuh pemandangan kawah sudah mula terbentuk.
solat subuh sebelum kawah
Dari atas di ketinggian 2300 meter kelihatan puncak dengan satu tiang 2 bendera. Untuk mendaki ke puncak Gunung Tambora sebenarnya tidak sesusah seperti yang dijangkakan.
khas untuk mu sahabat
apis
fuad
merys
suasana di puncak
Kami tiba di puncak Gunung Tambora sekitar pukul 7.30 pagi di ketinggian 2851 meter. Jika sebelah nya kawah, maka sebelahsatu lagi dapat melihat laut, Gunung Rinjani dan Pulau Satonda yang terkenal di Bima ini.
kawah yang menjelma
Selepas naik ke puncak dan bergambar kami turun ke bawah untuk masak air. Kelihatan pendaki-pendaki yang tiba lewat semalam sudah sampai. Mereka rupanya kelihatan berhijab dan jalan dengan perlahan-lahan.
dah nak turun
Jam 8 pagi kami sudah siap untuk turun ke Pos 5. Sekitar pukul 10.30 pagi kami tiba di di kolam air. Apis memasak nasi goreng tapi nasi sudah tidak berapa berasa lalu ditukar ke meggi.
Kami kemudian terus bergerak ke Pos 4 dalam 22 minit manakala ke Pos 3 selama 37 minit. Saya cuba menelepon abang Saipul tentang kelewatan kami tapi tiada signal.
Dari Pos 3 ke Pos 2 adalah selama satu jam 20 minit dan kami bertemu dengan 3 orang sahabat dari Medan, Palembang dan Surabaya. Selepas solat jamak, pukul 3.15 petang kami bergerak dan tiba di Pos 1 5 minit sebelum pukul 5. Dari sini kami bergerak ke permulaan trek untuk menanti ojek yang kami sudah bayar pada mula-mula naik semalam.
lalu taman jelatang
Bila tiba di sana, Pak Radja mencari mereka di pondok di bawah. Sebelum senja melabohkan tirai nya kami tiba di base camp Gunung Tambora di rumah abang Saipul. Sementara siap menunggu yang lain abang Saipul menerangkan terdapat satu lagi jalur juga sampai di Pos 5 yang boleh dinaiki melalui jip sehingga ke Pos 3 dan perjalanan ke puncak dalam 2 jam. Kos adalah dalam 3-4 juta rp. Yang sebenarnya jalur ini tidak sampai ke puncak tertinggi kerana ia tidak menghubungkan ke puncak Gunung Tambora. Baru lah saya paham kenapa mahal sangat dan kenapa di Pos 3 tiada laluan jip.
Erik tiba seawal jam 8 malam dan kami memasak makanan yang ada untuk makan kerana tidak memberitahu abang Saipul pukul berapa kami sampai ke basecamp.
di kawasan masuk sebelum meninggalkan Desa Pancasila
Sekjitar jam 10 malam kami bergerak keluar dari Desa Pancasila. Perjalanan awal ke Bima agak menduka citakan. Kami tiba terlalu awal iaitu seawal 2 pagi dan tiada kedai buka.
Kami rehat di rumah Erik untuk tidur seketika. Selepas subuh kami ke Pantai Lakey untuk melihat suasana pagi dan sarapan. Pantai Lakey sesuai untuk acara surfing kerana ombak nya tinggi.
sarapan mengopi
di pantai lakey
Sepatutnya kami ke pantai dalam sejam perjalanan tapi kecewa kerana dilaporkan ada berlaku peperangan antara kampung di Bima. Puncanya salah seorang penduduk di satu kampung disyaki mencuri ojek dari kampung sebelah. Walaupun mereka asalnya dari suku yang sama namun semangat kekampungan sangat tebal di hati mereka. Dilaporkan juga setiap tahun mahupun setiap bulan akan sentiasa ada pergaduhan antara sedara mara ini sehingga menyebabkan kematian. Pihak polisi yang tiba hanya sekadar melihat sahaja.
perang antara kampung beberapa hari lepas dan masih berlangsung
pemandangan Gunung Tambora
Kata Pak Radja, perkataan yang sesuai untuk menamatkan persengketaan ini adalah ‘Kalimboade’ iaitu bersabarlah kamu … jangan berperang.
Sebelum jam 10 pagi kami sudah tiba di bandara di mana Merys akan ke Lombok untuk pulang pagi esoknya dan kami ke Bali.
lamanya tunggu
Dilaporkan juga pesawar ke Bali tertangguh selama 4 jam dan rancangan mendaki ke Gunung Batur sudah dibatalkan.
Pukul 7 malam akhirnya kami tiba di bandara. Kami merancang tidur di Indopurejoy iaitu tempat bermalam kami tapi sebaik hampir tiba di sana Pak Gusti Budi iaitu pak supir yang kami jumpa di bandara menawarkan bilik di Hotel Kuta Suci di Kuta.
Oleh kerana tiada rancangan kami menelefon semula Pak Agus tapi dia sibuk lalu menyerahkan tugas ke sahabatnya Putu.
makan seafood dulu
Kami makan ikan bakar dan makanan laut di Jimbaran di tempat biasa saya pergi dan ke Krishna memberi cenderahati untuk di bawa pulang. Jam 7 kami sudah memasuki pesawat dan kami tiba di rumah dalam tengah malam.
Sekian perjalanan ke seberang. Jumpa lain di lain xpdc. Semua gambar dari Fuad, Apis, Merys dan saya sendiri.
Di sini adalah kos perjalanan ke Tambora memandangkan masih ramai yang belum merasai keunikannya sebab jauh dan tiada contact
1. Pesawat KLIA2 ke Bali atau Lombok – termasuk beg dalam RM550
2. Transport ke penginapan di Kuta – 100 – 150 ribu rp (Pak Agus +6281558013342 atau +62858230714) atau naik Uber jika sempat
3. Penginapan – kami memilih Indopurejoi di Sunset Road di Jalan Merdeka 6 sekitar 50 ribu rp seorang
4. Transport ke bandara – 150 ribu rp … kami lewat tiba dan awal bergerak jadi perlu transport segera
5. Pesawat Wings Air dari Bali ke Bima – termasuk beg 10 kg RM200
6. Transport dari bandara Bima ke Desa Pancasila perjalanan sehala 650 ribu rp dan benzin 200 ribu rp. Boleh hubungi Pak Udin (+628123716949) dan pak supir kami Erik(+6285239027607)
7. Permit masuk ke Gunung Tambora bagi orang luar adalah 150 ribu rp manakala orang Indonesia 5 ribu rp sahaja dan wakil di basecamp adalah abang Saipul Bahri(+6282340693138)
8. Untuk menaiki ojek perlu tambah 75 ribu rp seorang dan perlu bayar juga untuk setiap guide/porter yang ikut sekali
9. Transport dari Desa Pancasila ke Bima – 650 ribu rp dan benzin 200 ribu rp
10. Pesawat dari Bima ke Bali – termasuk beg 10 kg RM250
11. Transport dari bandara ke penginapan – 100 ribu rp. Boleh hubungi Putu(+6281236515886)
12. Makan-makan – 200 ribu rp
13. Transport dari penginapan ke bandara – 150 ribu rp
Jumlah keseluruhan RM556 + RM450 +RM 300 ~ RM1300
Mantaaap Abang Amir. Ditunggu pendakian selanjutnya di Indonesia (;
ReplyDelete