5 Gunung di Cameron Highland

Salam,

2 minggu lepas raya, kami bergerak ke Cameron Highland meninggalkan suasana hari raya yang rancang di merata-rata di negara sendiri. Perjalanan menuju ke Masjid Abu Bakar di Tanah Rata agak lewat. Trip ini diketuai oleh Abg Othman dan guide Fendi seperti biasa.




Ringkasnya sekitar pukul 9 pagi kami bergerak ke Gunung Dungun yang terletak di Sungai Ubi. 


Di laluan biasa Ringlet-Tanah Rata-Brincang iaitu lebih tepat lagi selepas turun dalam 1-2 kilometer terdapat laluan ke kanan dari Tanah Rata. 


Simpang ke tempat pembakaran mayat orang cina. Kami masuk dan berhenti di Masjid Sungai Ubi.


jumpa orang india bawak guitar

Selepas mengadap Tok Batin orang asli, Fendi yang tidak ikut mengarahkan orang nya Zul membawa kami ke puncak Gunung Dungun. Perjalanan 3 jam menjadi satu jam setengah sahaja ke puncak. Menjelang pukul 2 petang kami sudah turun dan makan serta solat di masjid.



Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Perdah tapi terhalang oleh pasar malam yang dipindahkan dari tempat asal di Tanah Rata. Kami ke kiri tapi tidak dapat mencari tapak permulaan kerana kawasan sudah dimajukan, Kami kemudian ke Gunung Jasar di yang bermula di Oly apartmen di sebelah nya. Perjalanan selama 45 minit ke puncak. Terdapat laluan lama ke Gunung Perdah tapi di tutup. Sebelum sampai ke puncak kami perlu sampai di pencawang dahulu.



Selepas sampai di puncak Gunung Jasar, kami turun dan bermalam di Sungai Pauh.


Keesokan nya kami bergerak ke Gunung Ruil juga di tempat pasar malam baru. Perjalanan pun selama 45 minit. Selepas tu dalam tengahari kami mencari lagi puncak Gunung Perdah.



Selepas diamati kawasan puncak nya agak terbuka, Fendi dan Khal yang ikut sama mengesahkan bersamaan dengan topo dan GPS yang ini adalah puncak nya.  Gunung Jasar, Perdah dan Ruil pernah saya naik bersama Ramli sebelum ini jadi tiada masalah dengan permukaan trek.








Kami kemudian ke  Gunung Jor Peak yang terletak di Ringlet iaitu simpang pertama ke kiri dari Tapah dan tidak jauh dari simpang ke Gunung Gunting. Perjalanan melewati kebun-kebun dan agak sukar untuk meletakkan kereta. Dari sini cuma 45 minit ke puncak sahaja.


Selesai di Jor Peak kami mandi dan solat di Kuala Woh sebelum pulang ke haluan masing-masing.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment