Dapat tiba di puncak Jade walaupun taufan melanda

Salam,

Selepas tidak berjaya sampai di puncak tertinggi di Taiwan 4 tahun lepas, saya merancang untuk menyinggahi semula Taipei. 4 bulan dari tarikh ini kami membeli tiket dan menempah slot untuk bermalam di Paiyun Lodge agenda bersama sahabat-sahabat yang sampai awal di Korea Selatan semasa mendaki Gunung Hallasan tahun lepas iaitu Fuad, Fahmi dan Tok Gajoh pun bermula dan kami melakukan persiapan awal. Masing-masing sudah diarahkan untuk membeli keperluan dan tugasan. 

taiwan ... kami datang

Trip kali ini tidak ramai cukup untuk muat satu kereta sahaja.     

26 Julai

berempat sahaja

Dari Lapangan Terbang Taoyuan, kami memandu sendiri sahaja melalui tempahan atas talian oleh Fuad. Namun kereta yang disewa iaitu Nissan Grand Livina tiada tapi digantikan dengan Nissan Tiida yang bersaiz mini. Fuad sudah pun sampai ke Gunung Jade bersama Thahar 2 tahun lepas jadi agak memudahkan urusan kami untuk tidak membuang masa. Pukul 9 malam dalam perjalanan selama 3 jam kami tiba di Tasik Sun Moon yang terletak di Nantou atau di tengah Taiwan berdasarkan Google Map. Semasa di KLiA2, kami ada menyewa portable wifi dari Tunetalk berjumlah RM105 campur deposit RM200 untuk penggunaan sepanjang 7 hari.

Kami bermalam di Hotel Min Ren berharga dalam 2200 NT(New Taiwan) semalam dan berbaloi. 

27 Julai

left hand drive

Pukul 5.30 pagi kami bangun dan sarapan cucur udang. Kereta terletak agak jauh dari tempat parking.

pemandangan di luar

Sekitar pukul 10.10 pagi kami tiba di Taman Nasional Yushan melalui jalan yang berliku-liku dan terdapat pagar yang tutup bila malam.

dalam taman nasional
di luar pejabat dan resit di balai polis di sebelah nya 

Saya membayar sebanyak 1920 NT untuk 4 orang dan melaporkan ke balai polis yang terdapat di sebelah. Kami perlu menulis di buku dan melengkapkan data di talian yang disediakan pada pc mereka. 

pintu masuk

Setelah siap, kami menaiki van dan jimat 1.5 km ke permulaan dan membayar 100 NT seorang yang sama seperti menaiki Gunung Kinabalu.


Perjalanan lagi berjarak 8.5 kilometer agak memenatkan. Di km 1.5 ada disediakan tempat rehat manakala di km 1.7 disediakan tandas di kanan nya. Tidak jauh dari sini terdapat laluan menuju ke Gunung Jade Font atau depan berjarak 800 meter dari simpang ini tapi kata Fuad ianya sangat jauh.

rehat dulu 

Tiba di km 5 terdapat satu lagi kawasan rehat yang luas di kiri. Kami mengambil kesempatan untuk berehat selama 30 minit sebelum meneruskan perjalanan.

rehat lagi

Sebelum sampai ke Paiyun Lodge jalan berbatu-batu menaik. Saya tiba pukul 4 petang dan mendaftar di sini. Pekerja memberitahu perlu satu surat pengesahan dari pejabat untuk menempah bilik.

papan tanda dah sampai

Setelah Fuad sampai kami naik ke atas untuk berehat. Masing-masing penat dan selepas makan brahim nasi tomato dan solat Maghrib, kami tidur di dorm yang disediakan untuk menanti esoknya. 

28 Julai

Sekitar pukul 11 malam di dalam dorm ada yang sudah bangun tapi tidak tahu ke mana. Begitu juga pukul 2 pagi di mana di luar dorm bunyi bising mungkin membuat persediaan ke puncak Gunung Jade. 

Kami yang tenang bangun pukul 5.30 pagi lalu solat subuh serta sarapan ala kadar dan bersedia untuk ke puncak Jade. Bila cuaca sudah cecah dan ramai yang sudah tiada, kami pun bergerak. Bermula pukul 6.30  pagi. 

penangan pagi-pagi ke puncak utama Jade
bertembung dengan pendaki tempatan

Papan tanda lagi 2.2 km Nampak agak sekejap tapi ternyata sukar. Di ketinggian lebih kurang 3600 meter kami melewati jalur berbatu dan berbentuk Z supaya agak senang naik. Awalnya sejuk tapi kemudian kami membuka baju down jaket.  

jauh lagi
terowong menuju puncak

Di pertengahan jalan terdapat jalur ke puncak Jade lain. Ketika rakan-rakan sudah mula perlahan dan pendaki-pendaki lain sudah mula turun, saya mula menjarakkan diri. Setiap kali terserempak dengan pendaki-pendaki pasti ucapan perkataan nihao(hello) atau Chai Yuk(good luck).

Lagi 300 meter untuk sampai ke puncak ada laluan terowong dan penghujung terowong ada simpang ke utara Gunung Jade. Kami tidak singgah ke sana kerana masa lagi pun pendaki yang saya jumpa kebanyakan nya apabila mendaki ke puncak utama Jade mereka akan ke puncak lain keesokannya.

sudah sampai



Pukul 8.10 pagi saya sudah tiba di puncak utama Gunung Jade. Ternyata terdapat satu monumen dan pemandangan gunung-ganang di semua arah di puncak ini.


Di ketinggian 3952 meter sudah pasti sejuk dan kabus tebal mula datang. Kata pendaki yang turun, typhoon atau taufan bakal datang tak lama lagi. Jadi perlu bersiap sedia untuk turun cepat. Di puncak ini saya bergambar dengan 3 orang tempatan yang sangat ramah walaupun berlainan bahasa dan mereka saling mengingatkan bila turun nanti perlu berhati-hati.

video di perjalanan ke Gunung Jade


Tidak lama kemudian sampai Fahmi dan Tok Gajoh serta Fuad. Maka kami dapatlah bergambar di puncak bersama dengan bendera negeri dan negara serta ucapan untuk keluarga.

masak nasi dan lauk dulu

Pukul 9 pagi kami turun semula ke Paiyun Lodge. Cuma sejam setengah je untuk turun. Kami masak nasi dan makanan tengahari berlaukkan ikan keli dan sardin. Pukul 11.37 pagi kami bersiap untuk turun lagi 8.5 km.

kenangan di Paiyun Lodge

Setelah beberapa kali berehat di km 5 dan km 1.5 kami tiba di pintu masuk pukul 3.40 petang. 

Setelah sampai di pejabat Yushan saya menyerahkan surat polis di balai polis untuk memberitahu kami sudah turun. 

Tidak jauh dari tempat letak kereta, kami menuju turun di laluan tepi untuk bermalam di dorm sekitar 1200 NT. Awal nya kami sahaja tapi tetiba ramai pelancong datang.

Malam nya lepas solat maghrib , saya makan meggi cup lagi dan mengecas telepon sebelum tidur.

pesanan dari media tentang taufan bakal melanda

29 Julai


Kami bangun awal seperti biasa. Menurut berita dari rancangan di TV dan membaca info di internet, Taufan Nesat sedang melanda di Filipina dan dalam perjalanan ke Taiwan. Selepas semua pelancong keluar, kami pun masak makanan kami. Menu utama kali ini adalah gulai masak lemak tambah ayam salai. Sedang kami masak, tuan punya dorm pun sudah bersiap dan lambat mahu memberitahu yang mereka akan meninggalkan dorm tersebut kerana sebagai langkah berjaga-jaga supaya tidak terkena taufan.

orang dah cabut

Kami bergegas siap dan makan di luar sahaja sambil tuan punya dorm bergerak meninggalkan kami. 


Selepas makan kami bergerak keluar melalui jalan yang sama. Sambil lalu di pintu masuk Taman Nasional Yushan pintu masuk nya ditutup rapat bermakna tiada aktiviti pendakian untuk hari ini.

pintu masuk ke Gunung Dompu

Kami singgah di laluan Gunung Dompu kurang 500 meter dari dorm ini pada pukul 9 pagi. Saya dan Fuad bergerak ke kaki Gunung Dompu sambil hujan turun. 


Perjalanan selama 800 meter dalam 35 minit mendaki sahaja memang nampak mudah tapi penat juga.


Kami kemudian sampai ke puncak dan turun semula lagi 20 minit untuk sampai ke kereta.

makanan yang tinggal

Perjalanan seterusnya adalah kembali semula ke Tasik Sun Moon dan memeriksa hotel-hotel murah tapi tiada yang murah dan kami memilih tinggal di Hotel Min Ren sekali lagi dan bilik yang sama. Kami tiba pukul 1 tengahari. Kami cuba mencari makanan halal tapi tidak berhasil. Hasil nya kami membeli telur dan membuat gulai kari ayam menggunakan telur serta ikan sardin lagi.

minum kopi dulu

Petang nya hujan lebat kami tiada aktiviti sehingga petang. Apabila hujan berhenti kami keluar semula tapi hujan turun lagi. Malamnya kami masak goreng telur lagi.

30 Julai

jalan masuk

Pagi seperti biasa saya menyediakan cucur tepung. Kami bergerak pagi-pagi untuk ke Gunung Maolan yang terletak tidak jauh dari sini. Apabila sampai di tangga setelah 1 kilometer lebih berjalan, terdapat reben dilarang masuk dan dengan itu kami tidak jadi naik ke Gunung Maolan. Kami bertemu dengan pendaki yang memotong kami tadi dan lepas dia turun lalu kami menyapa dia. Dia memberitahu terdapat runtuhan sebelum sampai di puncak. Dia juga memberitahu taufan ke 2 yang dipanggil taufan Haitang akan tiba tidak lama lagi dan harus bersedia. Sedikit perasan kecewa namun kami pasrah.


Kami kemudian bergambar di kawasan berhampiran menikmati pemandangan gunung di depan.

tutup pulak laluan ni 

Pukul 10 pagi kami kembali ke hotel dan bersiap-siap untuk keluar. Saya membayar 300 NT untuk parking.


Sebelum pukul 10.30 kami bergambar di sekitar tasik dan bergerak keluar menuju ke Lapangan Terbang Taoyuan untuk menghantar kereta.

Video semasa di Tasik Sun Moon

sekitar tasik Sun Moon

Sebaik tiba di terminal 1, kami menghantar kereta dan makan mee cup sedap

easycard
laluan MRT di Taipei

Kami membeli easycard berharga 500 NT seorang untuk menaiki MRT terus menuju ke main station Taipei selama 40 minit. Stesyen ini masih baru kerana dulu tak de dan kami menaiki bas.

Hostel Happy Family ... mudah carik kiss show di tepi tu 

Kami keluar ke pintu Y1 dan mencari hostel Happy Family. Tuan punya hostel En John Lee ternyata masih ingat saya walaupun sudah 4 tahun tidak bertemu. Menurutnya lagi yang berumur 65 tahun beliau tinggal bersama isteri yang sebaya dan sakit.

kedai outdoor

Kami duduk di bilik 302A. Petang nya kami ke kedai outdoor tidak jauh dari sini. Selepas kedai outdoor kami menaiki MRT ke garis merah menuju ke Taipower Building untuk menikmati juadah halal buat kali pertama sejak tiba. 

surau di keluar dari MRT Taipower Building

Juadah berharga 1150 NT di makan oleh 4 orang yang sangat lapar. Sebelum menuju ke MRT kami solat di surau tidak jauh dari sini.

Selepas solat kami pulang semula ke hostel.

31 Julai

Perjalanan hari ini adalah mendaki Gunung Gajah. Hujan pagi mengganggu perjalanan kami sebelum reda dan kami bermula pukul 10.30 pagi menaiki MRT sehingga ke hujun garis merah selepas 101 Taipei iaitu MRT Xiongshan.

kesan taufan 

Turun di sini terdapat bangunan-bangunan dan apatmen serta kejadian taufan yang meranapkan sedikit bandar Taipei. Kami tiba di pintu masuk Gunung Gajah.


pintu masuk ke Gunung Gajah



Perjalanan menaik ke Gunung Gajah hanya menggunakan tangga. Terdapat banyak pemandangan  di sini terutama dapat melihat 101 Taipei iaitu bangunan tertinggi di Taipei.


Video semasa mendaki Gunung Gajah

Di atas terdapat kawasan rekreasi dan kami rehat-rehat di sini.

Kami kemudian merancang ke Tamsui melalui garis merah yang sama tapi terletak di hujung satu lagi. Sebelum tu kami merancang untuk makan di Stesyen Taipower Building iaitu di kedai Indonesia di sebelah surau semalam yang kami tempuhi.

Selesai makan dan solat, kami berpindah ke Stesyen Chang Kei Shek dan keluar melihat memorial park sambil bergambar.

dataran Chang Khai Shek 


Kami meneruskan perjalanan ke Tamsui yang terletak di hujung. Di Tamsui kami membeli cenderahati dan menikmati pemandangan tasik dan Gunung serta minum teh tarik di kedai Pakistan.





sekitar tasik di Tamsui 



Video semasa berada di Chang Khai Shek dan Tamsui

Malam nya kami pulang semula.

1 Ogos

pagi yang sibuk di sebelah hostel

Pukul 5 pagi kami bangun dan bersiap. Kami kembali ke kedai outdoor tapi masih tutup. Kami menaiki MRT menuju terus ke Lapangan Terbang Taoyuan sebelum pulang ke haluan masing-masing. 

makanan tengahari di terminal 1 sekitar 250 NT

Sekian sahaja perjalanan saya kali ini. Perjalanan saya kali ini berbeza dengan 2 trip Taiwan pada tahun 2011 dan 2013 kerana kami memandu sendiri ke Taman Nasional Yushan dan kami singgah di memorial park serta banyak menaiki MRT sejak mula di Taipei. Walaumanapun syukur kami terhindar dari terkena ke 2-2 taufan tersebut. Maka dengan itu lengkaplah trilogi saya iaitu Gunung Fuji di Jepun pada 2015, Hallasan di Korea pada 2016 dan kini Jade di Taiwan. Itu belum masuk Gunung Apo di Filipina pada tahun 2011.

Gambar dari rakan-rakan semua.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment