Laporan Trans Kerjul-Sanggul-Namnam

(Dipetik dari website OGKL)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sempena menghampiri acara penutup pendakian dan penutupan hutan di beberapa negeri di hujung 2017 ini, OGKL merancang mengadakan trip adhoc ke Gunung Kerjul dan Sanggul yang terletak di Behrang, Perak pada 24 novermber lalu. Kekuatan seramai 24 orang bertemu di LRT Gombak pukul 10 malam. Ada yang datang jauh dari Alor Setar, Pulau Pinang, Ipoh dan Machang Kelantan semata-mata ingin mencari trip yang dikategorikan sebagai hardcore terutama menghampiri musim tengkujuh yang mencabar ini.

Rancangan tertunda sejak 2013 semasa arwah Nabil merintis trek. Selepas ketiadaan arwah Nabil, tiada rekod kemasukan sehinggalah awal tahun 2017. Tapi sejak beberapa minggu ini terdapat 3 kumpulan datang mendaki sini. Ini kerana jarak menaiki 4wd sudah dikurangkan dari 6 jam ke 2 jam sahaja.

Kami berkumpul di Tol Behrang sebelum berhenti di satu basecamp yang menempatkan satu kumpulan rekreasi dinamakan Delta Outdoor Malaysia atau DOM.

akak-akak bersiap sedia 

Selepas subuh dan sarapan pagi kami menaiki 2 biji 4wd menuju ke Pos Tenau. Jalan pada mulanya berbatu-batu tetapi apabila hampir tiba di pos, jalan grable bertukar ke jalan tar.

kolam air panas

Dalam perjalanan ini jugak terdapat pot untuk main water rafting di Kampung Hulu Slim serta kolam air panas.

sampai ke Pos Tenau

Selepas bertemu dengan penghulu di Pos Tenau, 4wd menghantar kami ke depan lagi untuk menjimatkan masa. Selepas tiba serta briefing tentang aturcara perjalanan, kami bergerak pukul 10.30 pagi sekitar ketinggian 900 meter diketuai oleh guide DOM iaitu Azizul Fitri atau panggilan manjanya Megu dan sweeper Mohd Hafifi Mohd Nor atau Mat Pie.

Briefing dari pemangku KP 

senaman ringkas

Selama lebih kurang 5 kilometer kami berjalan termasuk meredah/cross sungai dan trek melalui laluan sungai, laluan kami membelok ke kiri menamatkan jalan balak.

awal-awal redah sungai

10 minit selepas simpang, kami jumpa sebuah pondok orang asli di kanan laluan.

Megu tanya kabar

Sekitar pukul 1 tengahari, kami tiba di Kem Gajah Mati selepas mengharungi 6 laluan sungai. Di sini kami makan tengahari serta merancang mengambil air atau turun selama 30 minit di kemsite nanti.

trek yang masih asli

Selepas solat, kami bergerak pukul 2 petang menuju ke simpang 3 selepas 50 minit berjalan. Selang 15 minit kemudian kami berhenti di simpang Y iaitu simpang ke kiri menuju ke Gunung Kerjul. Sekitar 30 minit kami tiba di puncak yang beketinggian 1451 meter dan berkordinat di latitude: 4°6'53.28", 
longitude: 101°30'36.72".

kami di puncak Gunung Kerjul



Selesai bergambar di puncak Gunung Kerjul kami turun semula ke simpang Y untuk bergerak ke kanan pula. Pergerakan mencari air oleh penebas-penebas menemui kegagalan kerana tiada punca air.

tak cukup tidur

Perjalanan menuju ke kemsite kami berpisah kepada beberapa kumpulan kecil. Kumpulan awal tiba pukul 6 petang dan beberapa rakan turun mengambil air dengan jarak 30 minit turun. Menjelang pagi agas mula menyerang dan ada yang lebam-lebam dan tidak tidur diganggu serangan makhluk kecil ini. Selepas sessi takruf dan selesai makan kami tidur.

pagi di puncak Sanggul

Esok kami mula bersiap dan bergerak ke puncak Gunung Sanggul pukul 7 pagi.

kemsite sawit 

Perjalanan selama 1 jam setengah menaik sahaja. Di ketinggian 1658 meter dan berkordinat di latitude4°7'57.72", longitude: 101°30'20.16" pemandangan 360 darjah sangat menarik perhatian.


Namun terdapat banyak semut di puncak ini jadi kami perlu berhati-hati.

di puncak Gunung Sanggul
banyak periuk kera tumbuh di puncak-puncak gunung

Selepas tiba di puncak Gunung Sanggul, ada ura-ura untuk meneruskan perjalanan ke gunung yang tidak berada dalam senarai iaitu Gunung Namnam. Dalam topo ada satu petak sepanjang 1.3 kilometer harus dilalui untuk ke sana. Setelah mendapat arahan dari penebas di depan, kami bergerak tapi kami perlu turun dalam 200 meter dengan laluan masih baru dan sempit.

kena merangkak dan menunduk 

Kami turun naik dan meredah belukar yang agak kasar. Dalam separuh perjalanan, kami melalui beberapa puncak tipu dan beberapa puncak pemandangan atau puncak view serta mossey forest yang digambarkan pemandangan dalam hutan yang tidak tercemar dan cantik menghijau.

trek cantik

Di laluan ini juga terdapat beberapa batu sempadan antara Perak dan Pahang.

peta topo ke Gunung Namnam
Kami tiba di puncak Gunung Namnam yang berketinggian 1481 meter dan tiada beirut sekitar pukul 11.45 pagi. Kordinat nya adalah latitude: 4°8'36.96", longitude: 101°30'11.51" Kami cuba mencari plet tapi tak jumpa. Puncaknya rata dan tiada khusus menyatakan puncak nya yang betul. Kata Megu kami adalah kumpulan pertama tiba di sini. Tidak jauh dari sini ada satu lagi gunung iaitu Gunung Lohay yang berketinggian 1422 meter namun kami tidak sempat untuk meneruskan.

di puncak Gunung Namnam
Mereka semua juga adalah guide dan ada group sendiri iaitu Mountain AD Adventure
Megu dan Matpie

Setelah puas bergambar kami bergerak turun pukul 12.20 tengahari. Kami tiba di puncak Gunung Sanggul semula pukul 2 petang sambil menunggu rakan-rakan yang penat di belakang.


Hujan mula turun sebelum tiba di Kem Sawit. Cikgu Ros segera menyiapkan makanan sebelum kami turun pukul 5.30 petang.

suasana pemandangan di laluan sanggul-namnam 

Trek yang mula licin dan rakan-rakan di belakang nyata merungut tiada tempat untuk menahan dari terjatuh. 

Nizar masak air dulu sebelum bergerak keluar

Kami berehat agak lama di Kem Gajah Mati sambal Nizar memasak teh untuk rakan-rakan di belakang tiba.

meredah buloh di waktu malam 

Selesai solat dan minum teh pukul 8.30 malam kami bergerak keluar merentasi semula 6 laluan sungai. Sekitar pukul 11.30 malam kami tiba di Pos Tenau dan 4wd sudah lama menunggu kami.

tiba di 4wd tapi setting beg tak betul

Kami menaiki 4wd menuju ke basecamp DOM semula. Ada yang bersiap mandi di sebelah yang terdapat satu paip dan ada yang ke masjid. Selepas makan, kami pun pulang ke haluan masing-masing.

lepas bersiap pesan makanan di restoran yang masih buka 

Mengakhiri trip kali ini pihak OGKL berbesar hati ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jalinan kerjasama baik yang diberikan oleh wakil Delta Outdoor Malaysia atau DOM sepanjang pertemuan ini dan pihak OGKL juga berharap akan dapat meneruskan aktiviti lain bersama DOM pada masa hadapan .

Sekian

Rangkuman video dari Faizal FBK

Bagi yang teringin mengadakan ekspedisi ke Gunung Kerjul dan Sanggul serta meneruskan haluan ke Gunung Namnam, boleh la menghubungi ahli-ahli Delta Outdoor Malaysia iaitu Megu(017-5393680), Arif(017-3124639) dan Mat Pie(013-9205940) atau layari facebook DOM di sini.



Alamat : No 1, Jalan Slim Lama, Rumah Tamu Diamond Creeks, Behrang Ulu 35960 Behrang Stesyen, Perak,

#2018 OGKL 25 Tahun


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Kesah ku tentang Ramli

Salaam,
Coretan untuk mu sahabat.

Perkenalan kami bermula di USPD pada tahun 1997 di mana saya pada masa itu kekal di USPD dan dia baru tiba dari salah satu syarikat DRB dan baru kawin. Dia menaiki moto gamma masa itu. Selepas projek system SAP live di USPD, kami ditempatkan di bahagian hardware peripheral iaitu bahagian computer hardware bersama 2 lagi staff iaitu Kongkap dan Rosli dan boss kami En Hishamuddin. USPD kemudian di tukar nama ke nama sekarang iaitu Proton Edar.

Gunung Nuang  

Sekitar tahun 1999 kelab USPD ditubuhkan dengan arwah Abang Johari Kassim(Joe) sebagai presiden dan Sheikh Aidilfitri sebagai naib presiden. Banyak trip kami ikut kelab seperti ke hiking di Sg Pisang, berkayak di Empangan Klang Gate, Rafting di Kuala Kubu serta Ulu Dong di Pahang. 2 minggu sebelum saya kawin pada tahun 2000 kami ikut kelab mendaki Gunung Nuang.


Selepas saya kawin, kami ikut Abg Joe ke Sabah mendaki Gunung Kinabalu semasa merdeka tahun tersebut dan kami membawa isteri masing-masing ke Hatyai anjuran arwah Abang Najib. Dia membawa ibu nya sendiri serta adik dia. Ibu dia cina mualaf agak jenis ikut suka je. Kadang-kadang tengok dia layan ibu dia tanya nak makan apa.

Perjalanan kami untuk melihat dunia terhenti kerana saya menyambut 3 kelahiran dalam masa 5 tahun. Dia pernah cerita pada saya gunung yang pertama dia naik adalah Gunung Korbu pada tahun 1990 selama seminggu dengan membawa baju berlainan setiap hari.

Kami bekerja seperti biasa sehinggalah saya tergerak hati untuk mendaki gunung kerana aktiviti yang diatur oleh kelab USPD agak santai dan tidak melibatkan gunung-gunung. Mungkin kerana tergerak untuk memulakan langkah, saya bertanya pada seorang sahabat tentang OGKL dan melalui arwah Abg Joe sendiri kerana beliau adalah anli OGKL.

Setelah lama-lama memikirkan masa yang sesuai kami pun berhasrat bertanya pada ajk OGKL ketika itu dan tirp ke Banjaran Nakawan pada bulan ogos 2005 maka bermulalah aktiviti kami ke utara iaitu ke Perlis dengan menaiki keretapi selama 12 jam dari KL Sentral.

trip banjaran nakawan

Apabila kami merasa serasi dengan ahli-ahli kelab, kami meneruskan pulak trip seterusnya dari OGKL iaitu ke Gunung Berembun selepas hari raya sekitar November dan tema di puncak pun berbaju melayu.

Pada tahun berikutnya iaitu 2006, kami tidak bersedia mendaki keluar negara iaitu ke Gunung Daik walaupun kami banyak mengikuti trip-trip OGKL dalam negara. Pada Februari 2006 kami berkenalan dengan Khairul atau Tukang Taip serta Ona, Che Din , Zuhara  dan kami mendaki ke Gunung Irau. Mereka ada kumpulan sendiri iaitu Chakcibor. Pada bulan April dia bersama Arrey pakat-pakat mendaki Gunung Yong Yap dan bersama OGKL ke Chamah Ulu Sepat pada Jun. Sepanjang perkenalan itu, kami semua mendaki Gunung Liang Timur Barat dan Gunung Bujang Melaka. 


Pada tahun berikutnya iaitu 2007 baru lah kami mengorak langkah dengn mengembangkan sayap bersama OGKL di trip Rinjani-Agung. Saya masih ingat lagi sewaktu kami pertama kali jejak ke Pulau Lombok. Kami berdua order mee rebus di gerai-gerai tepi jalan pada tengah malam selepas rombongan sampai untuk check-in. Rupa-rupanya mee cup biasa sahaja atau indomie.


Pertama kali saya melihat apabila dia memberitahu amboi cantiknya danau segara anak semasa kami bangun pagi selepas turun dari puncak Rinjani. Masa ni la KP atau Presiden Deeno menggelar dia manusia ade 5 kuda sebab dia sangat laju walaupun kuat isap rokok.

Seterusnya kami ke Gunung Agung dan menghabiskan trip pertama kami di Pulau Bali. Pada hari merdeka tahun tersebut kami mengikuti rombongan ke Murud anjuran Deeno yang buat pertama kali nya pergi ke sana. Inilah kali pertama kali permulaan Big5 bersama. 

Tahun berikutnya pada 2008. Kami mengikuti rombongan OGKL ke Bromo Semeru Arjung Welirang. Kata dia trip kali ini adalah kenangan terindah beliau. Dapat tengok belirang secara dekat. Dia beli topi tutup kepala dengan harga murah dan membuat Deeno rasa bersalah sebab membeli di tempat lain lebih awal dengan harga lagi mahal. Trip ini kami mengharungi 21 jam dan 24 jam berjalan di Semeru semasa naik dan turun terus dan Arjuno-Welirang.




Kami juga mengikuti rombongan OGKL mendaki Gunung Trusmadi dam Tambuyukon. Malang bagi dia, katanya banyak kerja terpaksa balik awal sebelum naik ke Gunung Tambuyukon.

Gunung Trusmadi

Pada tahun tersebut juga Deeno mengajak kami mendaki ke Gunung Fansipan di Vietnam. Maka seronok lah dia. Kami dapat tengok pasar Bacha di Utara Vietnam pada hari Ahad dan ke Halong Bay selepas turun dari Lau Chai.


Namun pada tahun berikutnya dia sangat sibuk dengan kerja dan kelab USPD atau Proton Edar. Mula mengurangkan aktiviti mendaki di luar negara kerana terpilih sebagai Presiden kelab selama beberapa penggal. Kami sempat ke Gunung Mulu pada bulan mac.


Apapun tahun 2010 kami bermula garang dengan mengikuti trip GBBB iaitu Gunung Gerah Bieh Bilah Belatuh dan Apad Runan yang mana kami berjalan selama 47 jam tanpa henti. Dah pertama kali saya mengetuai trip ke Gunung Kerinci di Jambi, Sumatera. Dalam trip tu dia bersama Fahmi, Azlia dan Zuhara serta Apis. Alhamdullillah dalam 6 hari kami dapat naik Gunung Tujuh serta ke Bukit Tinggi mendaki Gunung Marapi serta Gunung Singgalang. Saya tau kompress adalah kesukaan dia dan dia selalu membantu terutama bab masak. Seterusnya tahun ini kami bersama Apis dan Thahar mendaki Trans Jelawang 9 puncak dan saya mengetuai lagi ke seberang iaitu ke Gunung Gede dan Pangrango di hujung tahun.  


Pada tahun 2011 dia mengikuti trip ke EBC anjuran Qobin. Trip ini mereka terkandas sehingga puasa hari pertama sebab cuaca. Di sini lah potensi dia dilihat oleh Qobin. Dia tak de masalah AQUT. Awal tahun dalam bulan mac semasa mendaki Gunung Nambuyokong,  kami dikejutkan dengan pemergian Arwah Zaidi Bidin. Kami sama-sama mendaki Gunung Fansipan dan Apad Runan diketuai oleh Deeno.


Pada tahun 2012 pula selepas kerja-kerja kelab dia tinggalkan, kami ikut Deeno ke Gunung Lawu dan Merapi tapi tidak sempat ke Merbabu. Tahun ini saya sambung semula mengetuai ke Gunung Dempo di Palembang. Kata dia trip ni agak adventure sebab dapat naik keretapi semasa balik.

Gunung Dempo di puncak marapi

Pada tahun 2013, dia terpilih menjadi anak Felda untuk cabaran ke Gunung Everest namun faktor usia dan kuat hisap rokok nya tu dia cuma menjadi kru sahaja selama 2 bulan. Al kesah nya dia pelupa sehingga passpot lupa nak cop. Selepas tiba semula di Katmandu sambil di temani Apip, dia ke airport buat pengesahan tiba. Untuk trip tersebut juga Deeno yang menjadi jurulatih pendaki Felda turut mengadakan trip EBC untuk rakan-rakan maka kami pun bertemu di laluan trek di Tungla. Kami sama-sama sampai ke base camp.


Hujung tahun tersebut saya mengetuai lagi trip ke Sulawesi tapi cuaca agak mendung. Kami mendaki Gunung Bawakareng serta 2 lagi gunung daypack. Kat sini dia berkaki ayam sahaja semasa turun sebab macam biasa tahap konfiden dia tinggi untuk tidak membawa kasut. Kata guide gunung ini senang je dan dia memutuskan memakan sendel sahaja. Di Sulawesi juga ada makanan yang dicustomizekan atau dibuahsuai. Dia serta Apis sangat suka makan seperti karipap dan pisang goreng cheese yang ketika itu belum terkenal lagi di Malaysia.


Pada tahun 2014, saya sibuk kerja di Brunei. Namun perancangan Deeno untuk ke Gunung Kilimanjaro di Tanzania Afrika diterima. Kami tiba awal bersama Abang Ayob dan Sobrie. Hari-hari awal kami ke Tasik Victoria dan melawat savanah di sebelah Nairobi dan Masai Mara dalam 300 kilometer dari Nairobi selepas mendaki. Selepas balik dari tasik Victoria, kami mencari kompleks terbesar di Kenya. Terdapat satu kat sana. Kami tiba lewat dan hendak solat jamak sebab masa dah suntuk. Di kompleks kami tanya jaga tapi tak paham. Kami cari sendiri tempat untuk solat dan termasuk ke satu tempat larangan. Malangnya kami ditangkap dan mahu diserahkan ke pejabat. 


Apapun syukur kami dilepaskan. Masa pulang tayar pancit tapi kami sempat tiba di airport. Kami transit di Abu Dhabi. Oleh kerana lewat, kami semua seramai 18 orang tinggal di hotel 5 bintang sebelum dapat masuk.    


Pada tahun 2015, kami ikut Faizal ke Gunung Raung semasa raya cina. Bersama rakan-rakan baik kami, maka dapat lah kami tiba di puncak walau ade kesulitan sikit. Di Gunung Raung, terdapat satu laluan yang dipanggil titian silaturrahim hampir sama macam di Gunung Agung iaitu gaung di kiri dan kanan. Kami tau dia cukup gayat di tempat tinggi. Ada satu masa dia menggunakan tangan sekali untuk jalan.  


Pada bulan September kami merancang ikut Pa am menerusi acara tahunan Puncak Ventures ke Russia mendaki Gunung Elbrus. Suka tengok dia ikut sebab pada tahun 2012 saya pergi tak sampai. Kerana kami sahabat, dia meminta dahulu kan duit tiket nanti dia bayar lepas dapat bonus. Alhamdullillah dia sampai tapi saya masih gagal lagi. Ini kali pertama tengok dia pancit teruk. Walaupun kami sudah bersedia namun faktor cepat lapar lah menjadi masalah dia. Saya melihat dia jalan 5-10 langkah kemudian duduk beberapa kali. Kalau di Malaysia dipanggil beginner. Dan ini juga pertama kali saya temankan dia atau jaga dia dari belakang. Selebihnya selain trip ini dia yang jaga kawan-kawan. Kalau tak silap pada tahun ini jugak dia diajak oleh Apip ke Australia mendaki Gunung Koskuiszko. Katanya dia langar kereta semasa hendak reverse. Syukur dia cuma bayar sahaja dan tidak kena saman.

Dan tiba pada tahun lepas saya merancang selama 3 tahun tertangguh untuk mendaki ke Gunung Latimojong serta Gunung Sesean di Tana Toraja. Banyak perancangan dia ubah seperti mendaki Gunung Nenemori yang terletak di laluan yang sama di Latimojong.


Perkenalan kami dengan Kicok semasa mendaki Gunung Kilimanjaro membawa kepada perancangan kami seterusnya iaitu Gunung Damavand di Iran. Sekitar bulan mac 2016 sewaktu Airasia mula-mula membuka lembaran menerokai Tehran, Kicok ada mencadangkan kami untuk mendaki ke Gunung Damavand. Seperti biasa oleh kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan saya akan sentiasa mengajak dia kalau dia free. Alhamdullillah dia sentiasa ceria atau ada slot bila bab mendaki memang akan ikut bahkan pada tahun ini banyak aktiviti mendaki yang dia buat sendiri. Antaranya mendaki Gunung Belumut dan Gunung Cemendong serta Gunung Gua RImau. Ada juga dia bawak budak-budak sekolah mendaki di gunung-gunung ini. Gunung terakhir kami di Malaysia adalah Gunung Lerek guide Fendi. Ada juga dia membantu trip orang lain mencari peserta seperti ke Gunung Cantik Centuk katanya dulu tak sampai.

Apapun kali ini dia tak bersedia sangat kerana peralatannya banyak yang dipinjamkan dari teman-teman kami.

Dan bila kami tiba di Iran bermula lah kisah-kisah yang kita semua sudah tau ceritanya.

Untuk dia Allahyarham Ramli Bin Abd Majid, sesungguhnya sahabat yang mengenali semua doakan yang terbaik. Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman dan sampai masa kita akan dijemput juga nanti. Kenangan lebih 60 trip dan mendaki 125 puncak-puncak gunung di Malaysia dan luar negara akan kekal menjadi memori indah milik kita. Suka duka marah sedih ada masa tak sampai puncak, berebut nak charge hp, bersesak dalam kereta, tayar pancit, tersesat tersasar turun dari merapi dan sesat juga bersama abang othman, tersasar di laluan semasa Transpek v2 pun antara kesah kita.

Antara yang terkesan ketiadaan ini adalah isteri sudah pasti, kakak-kakak dan abang-abang serta anak-anak buah yang selalu ikut mendaki sama. Antara sahabat yang selain saya yang telah lama mengenali dan usaha-usaha untuk membawa balik jenazah adalah Kicok. Begitu juga Kepet yang kehilangan sahabat nya Arwah Syed serta rakan-rakan trip ke Iran. Kerana apa kerana saya yang mengajak dia dan Kicok yang mengetuai sebagai guide atas rasa tanggungjawab. Kami akan cuba sedaya yang mampu dan alhamdullillah dah ketemu jasad dia akhirnya.

Salam sayang kami yang akan sentiasa merindui mu Ramli Bin Abd Majid. In sya Allah ada masa akan ku singgah di pusara mu jika ada masa terluang nanti.

Tiada lagi ungkapan bila ada Ramli ... Amir talk ikut ke .... atau bila ada Amir .... Ramli tak ikut ke ... sebab kita sudah tau dia ada di mana.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif