Salaam,
Coretan untuk mu sahabat.
Perkenalan kami bermula di USPD pada tahun 1997 di mana saya
pada masa itu kekal di USPD dan dia baru tiba dari salah satu syarikat DRB dan
baru kawin. Dia menaiki moto gamma masa itu. Selepas projek system SAP live di
USPD, kami ditempatkan di bahagian hardware peripheral iaitu bahagian computer
hardware bersama 2 lagi staff iaitu Kongkap dan Rosli dan boss kami En
Hishamuddin. USPD kemudian di tukar nama ke nama sekarang iaitu Proton Edar.
Sekitar tahun 1999 kelab USPD ditubuhkan dengan arwah Abang
Johari Kassim(Joe) sebagai presiden dan Sheikh Aidilfitri sebagai naib
presiden. Banyak trip kami ikut kelab seperti ke hiking di Sg Pisang, berkayak
di Empangan Klang Gate, Rafting di Kuala Kubu serta Ulu Dong di Pahang. 2
minggu sebelum saya kawin pada tahun 2000 kami ikut kelab mendaki Gunung Nuang.
Selepas saya kawin, kami ikut Abg Joe ke Sabah mendaki
Gunung Kinabalu semasa merdeka tahun tersebut dan kami membawa isteri
masing-masing ke Hatyai anjuran arwah Abang Najib. Dia membawa ibu nya sendiri serta adik dia.
Ibu dia cina mualaf agak jenis ikut suka je. Kadang-kadang tengok dia layan ibu
dia tanya nak makan apa.
Perjalanan kami untuk melihat dunia terhenti kerana saya
menyambut 3 kelahiran dalam masa 5 tahun. Dia pernah cerita pada saya gunung
yang pertama dia naik adalah Gunung Korbu pada tahun 1990 selama seminggu
dengan membawa baju berlainan setiap hari.
Kami bekerja seperti biasa sehinggalah saya tergerak hati
untuk mendaki gunung kerana aktiviti yang diatur oleh kelab USPD agak santai
dan tidak melibatkan gunung-gunung. Mungkin kerana tergerak untuk memulakan
langkah, saya bertanya pada seorang sahabat tentang OGKL dan melalui arwah Abg Joe
sendiri kerana beliau adalah anli OGKL.
Setelah lama-lama memikirkan masa yang sesuai kami pun
berhasrat bertanya pada ajk OGKL ketika itu dan tirp ke Banjaran Nakawan pada
bulan ogos 2005 maka bermulalah aktiviti kami ke utara iaitu ke Perlis dengan
menaiki keretapi selama 12 jam dari KL Sentral.
Apabila kami merasa serasi dengan ahli-ahli kelab, kami meneruskan
pulak trip seterusnya dari OGKL iaitu ke Gunung Berembun selepas hari raya
sekitar November dan tema di puncak pun berbaju melayu.
Pada tahun berikutnya iaitu 2006, kami tidak bersedia
mendaki keluar negara iaitu ke Gunung Daik walaupun kami banyak mengikuti
trip-trip OGKL dalam negara. Pada Februari 2006 kami berkenalan dengan Khairul
atau Tukang Taip serta Ona, Che Din , Zuhara dan kami mendaki ke Gunung Irau. Mereka ada
kumpulan sendiri iaitu Chakcibor. Pada bulan April dia bersama Arrey pakat-pakat
mendaki Gunung Yong Yap dan bersama OGKL ke Chamah Ulu Sepat pada Jun. Sepanjang
perkenalan itu, kami semua mendaki Gunung Liang Timur Barat dan Gunung Bujang
Melaka.
Pada tahun berikutnya iaitu 2007 baru lah kami mengorak
langkah dengn mengembangkan sayap bersama OGKL di trip Rinjani-Agung. Saya
masih ingat lagi sewaktu kami pertama kali jejak ke Pulau Lombok. Kami berdua order
mee rebus di gerai-gerai tepi jalan pada tengah malam selepas rombongan sampai
untuk check-in. Rupa-rupanya mee cup biasa sahaja atau indomie.
Pertama kali saya melihat apabila dia memberitahu amboi
cantiknya danau segara anak semasa kami bangun pagi selepas turun dari puncak
Rinjani. Masa ni la KP atau Presiden Deeno menggelar dia manusia ade 5 kuda
sebab dia sangat laju walaupun kuat isap rokok.
Seterusnya kami ke Gunung Agung dan menghabiskan trip
pertama kami di Pulau Bali. Pada hari merdeka tahun tersebut kami mengikuti rombongan
ke Murud anjuran Deeno yang buat pertama kali nya pergi ke sana. Inilah kali
pertama kali permulaan Big5 bersama.
Tahun berikutnya pada 2008. Kami mengikuti rombongan OGKL ke
Bromo Semeru Arjung Welirang. Kata dia trip kali ini adalah kenangan terindah
beliau. Dapat tengok belirang secara dekat. Dia beli topi tutup kepala dengan
harga murah dan membuat Deeno rasa bersalah sebab membeli di tempat lain lebih
awal dengan harga lagi mahal. Trip ini kami mengharungi 21 jam dan 24 jam
berjalan di Semeru semasa naik dan turun terus dan Arjuno-Welirang.
Kami juga mengikuti rombongan OGKL mendaki Gunung Trusmadi
dam Tambuyukon. Malang bagi dia, katanya banyak kerja terpaksa balik awal
sebelum naik ke Gunung Tambuyukon.
Pada tahun tersebut juga Deeno mengajak kami mendaki ke Gunung
Fansipan di Vietnam. Maka seronok lah dia. Kami dapat tengok pasar Bacha di
Utara Vietnam pada hari Ahad dan ke Halong Bay selepas turun dari Lau Chai.
Namun pada tahun berikutnya dia sangat sibuk dengan kerja
dan kelab USPD atau Proton Edar. Mula mengurangkan aktiviti mendaki di luar
negara kerana terpilih sebagai Presiden kelab selama beberapa penggal. Kami sempat
ke Gunung Mulu pada bulan mac.
Apapun tahun 2010 kami bermula garang dengan mengikuti trip
GBBB iaitu Gunung Gerah Bieh Bilah Belatuh dan Apad Runan yang mana kami
berjalan selama 47 jam tanpa henti. Dah pertama kali saya mengetuai trip ke Gunung
Kerinci di Jambi, Sumatera. Dalam trip tu dia bersama Fahmi, Azlia dan Zuhara
serta Apis. Alhamdullillah dalam 6 hari kami dapat naik Gunung Tujuh serta ke
Bukit Tinggi mendaki Gunung Marapi serta Gunung Singgalang. Saya tau kompress adalah
kesukaan dia dan dia selalu membantu terutama bab masak. Seterusnya tahun ini
kami bersama Apis dan Thahar mendaki Trans Jelawang 9 puncak dan saya mengetuai
lagi ke seberang iaitu ke Gunung Gede dan Pangrango di hujung tahun.
Pada tahun 2011 dia mengikuti trip ke EBC anjuran Qobin. Trip ini mereka terkandas sehingga puasa hari pertama sebab cuaca. Di
sini lah potensi dia dilihat oleh Qobin. Dia tak de masalah AQUT. Awal tahun dalam
bulan mac semasa mendaki Gunung Nambuyokong,
kami dikejutkan dengan pemergian Arwah Zaidi Bidin. Kami sama-sama
mendaki Gunung Fansipan dan Apad Runan diketuai oleh Deeno.
Pada tahun 2012 pula selepas kerja-kerja kelab dia
tinggalkan, kami ikut Deeno ke Gunung Lawu dan Merapi tapi tidak sempat ke Merbabu.
Tahun ini saya sambung semula mengetuai ke Gunung Dempo di Palembang. Kata dia
trip ni agak adventure sebab dapat naik keretapi semasa balik.
Pada tahun 2013, dia terpilih menjadi anak Felda untuk cabaran
ke Gunung Everest namun faktor usia dan kuat hisap rokok nya tu dia cuma
menjadi kru sahaja selama 2 bulan. Al kesah nya dia pelupa sehingga passpot
lupa nak cop. Selepas tiba semula di Katmandu sambil di temani Apip, dia ke
airport buat pengesahan tiba. Untuk trip tersebut juga Deeno yang menjadi jurulatih pendaki Felda turut mengadakan trip EBC untuk rakan-rakan maka kami pun bertemu di laluan trek di Tungla. Kami sama-sama sampai ke base camp.
Hujung tahun tersebut saya mengetuai lagi trip ke Sulawesi tapi cuaca agak mendung. Kami mendaki Gunung Bawakareng serta 2 lagi gunung daypack. Kat sini dia berkaki ayam sahaja semasa turun sebab macam biasa tahap konfiden dia tinggi untuk tidak membawa kasut. Kata guide gunung ini senang je dan dia memutuskan memakan sendel sahaja. Di Sulawesi juga ada makanan yang dicustomizekan atau dibuahsuai. Dia serta Apis sangat suka makan seperti karipap dan pisang goreng cheese yang ketika itu belum terkenal lagi di Malaysia.
Hujung tahun tersebut saya mengetuai lagi trip ke Sulawesi tapi cuaca agak mendung. Kami mendaki Gunung Bawakareng serta 2 lagi gunung daypack. Kat sini dia berkaki ayam sahaja semasa turun sebab macam biasa tahap konfiden dia tinggi untuk tidak membawa kasut. Kata guide gunung ini senang je dan dia memutuskan memakan sendel sahaja. Di Sulawesi juga ada makanan yang dicustomizekan atau dibuahsuai. Dia serta Apis sangat suka makan seperti karipap dan pisang goreng cheese yang ketika itu belum terkenal lagi di Malaysia.
Pada tahun 2014, saya sibuk kerja di Brunei. Namun perancangan Deeno untuk ke Gunung Kilimanjaro di Tanzania Afrika diterima. Kami tiba awal bersama Abang Ayob dan Sobrie. Hari-hari awal kami ke Tasik Victoria dan melawat savanah di sebelah Nairobi dan Masai Mara dalam 300 kilometer dari Nairobi selepas mendaki. Selepas balik dari tasik Victoria, kami mencari kompleks terbesar di Kenya. Terdapat satu kat sana. Kami tiba lewat dan hendak solat jamak sebab masa dah suntuk. Di kompleks kami tanya jaga tapi tak paham. Kami cari sendiri tempat untuk solat dan termasuk ke satu tempat larangan. Malangnya kami ditangkap dan mahu diserahkan ke pejabat.
Apapun syukur kami dilepaskan. Masa pulang tayar pancit tapi kami sempat tiba
di airport. Kami transit di Abu Dhabi. Oleh kerana lewat, kami semua seramai 18
orang tinggal di hotel 5 bintang sebelum dapat masuk.
Pada tahun 2015, kami ikut Faizal ke Gunung Raung semasa
raya cina. Bersama rakan-rakan baik kami, maka dapat lah kami tiba di puncak
walau ade kesulitan sikit. Di Gunung Raung, terdapat satu laluan yang dipanggil
titian silaturrahim hampir sama macam di Gunung Agung iaitu gaung di kiri dan
kanan. Kami tau dia cukup gayat di tempat tinggi. Ada satu masa dia menggunakan
tangan sekali untuk jalan.
Pada bulan September kami merancang ikut Pa am menerusi acara
tahunan Puncak Ventures ke Russia mendaki Gunung Elbrus. Suka tengok dia ikut
sebab pada tahun 2012 saya pergi tak sampai. Kerana kami sahabat, dia meminta
dahulu kan duit tiket nanti dia bayar lepas dapat bonus. Alhamdullillah dia
sampai tapi saya masih gagal lagi. Ini kali pertama tengok dia pancit teruk.
Walaupun kami sudah bersedia namun faktor cepat lapar lah menjadi masalah dia.
Saya melihat dia jalan 5-10 langkah kemudian duduk beberapa kali. Kalau di
Malaysia dipanggil beginner. Dan ini juga pertama kali saya temankan dia atau
jaga dia dari belakang. Selebihnya selain trip ini dia yang jaga kawan-kawan. Kalau
tak silap pada tahun ini jugak dia diajak oleh Apip ke Australia mendaki Gunung
Koskuiszko. Katanya dia langar kereta semasa hendak reverse. Syukur dia cuma bayar
sahaja dan tidak kena saman.
Dan tiba pada tahun lepas saya merancang selama 3 tahun
tertangguh untuk mendaki ke Gunung Latimojong serta Gunung Sesean di Tana
Toraja. Banyak perancangan dia ubah seperti mendaki Gunung Nenemori yang
terletak di laluan yang sama di Latimojong.
Perkenalan kami dengan Kicok semasa mendaki Gunung Kilimanjaro
membawa kepada perancangan kami seterusnya iaitu Gunung Damavand di Iran.
Sekitar bulan mac 2016 sewaktu Airasia mula-mula membuka lembaran menerokai
Tehran, Kicok ada mencadangkan kami untuk mendaki ke Gunung Damavand. Seperti
biasa oleh kerana dia sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan saya akan sentiasa
mengajak dia kalau dia free. Alhamdullillah dia sentiasa ceria atau ada slot bila
bab mendaki memang akan ikut bahkan pada tahun ini banyak aktiviti mendaki yang
dia buat sendiri. Antaranya mendaki Gunung Belumut dan Gunung Cemendong serta
Gunung Gua RImau. Ada juga dia bawak budak-budak sekolah mendaki di gunung-gunung
ini. Gunung terakhir kami di Malaysia adalah Gunung Lerek guide Fendi. Ada juga
dia membantu trip orang lain mencari peserta seperti ke Gunung Cantik Centuk
katanya dulu tak sampai.
Apapun kali ini dia tak bersedia sangat kerana peralatannya
banyak yang dipinjamkan dari teman-teman kami.
Dan bila kami tiba di Iran bermula lah kisah-kisah yang kita
semua sudah tau ceritanya.
Untuk dia Allahyarham Ramli Bin Abd Majid, sesungguhnya sahabat
yang mengenali semua doakan yang terbaik. Semoga ditempatkan di kalangan orang
beriman dan sampai masa kita akan dijemput juga nanti. Kenangan lebih 60 trip dan mendaki 125 puncak-puncak gunung di Malaysia dan luar negara akan kekal menjadi memori indah milik kita. Suka duka marah sedih ada masa tak sampai puncak, berebut nak charge hp, bersesak dalam kereta, tayar pancit, tersesat tersasar turun dari merapi dan sesat juga bersama abang othman, tersasar di laluan semasa Transpek v2 pun antara kesah kita.
Antara yang terkesan ketiadaan ini adalah isteri sudah
pasti, kakak-kakak dan abang-abang serta anak-anak buah yang selalu ikut mendaki
sama. Antara sahabat yang selain saya yang telah lama mengenali dan usaha-usaha
untuk membawa balik jenazah adalah Kicok. Begitu juga Kepet yang kehilangan sahabat nya Arwah Syed serta rakan-rakan trip ke Iran. Kerana apa kerana saya yang mengajak
dia dan Kicok yang mengetuai sebagai guide atas rasa tanggungjawab. Kami akan
cuba sedaya yang mampu dan alhamdullillah dah ketemu jasad dia akhirnya.
Salam sayang kami yang akan sentiasa merindui mu Ramli Bin Abd
Majid. In sya Allah ada masa akan ku singgah di pusara mu jika ada masa
terluang nanti.
Tiada lagi ungkapan bila ada Ramli ... Amir talk ikut ke .... atau bila ada Amir .... Ramli tak ikut ke ... sebab kita sudah tau dia ada di mana.
Tiada lagi ungkapan bila ada Ramli ... Amir talk ikut ke .... atau bila ada Amir .... Ramli tak ikut ke ... sebab kita sudah tau dia ada di mana.
We loved him a lot but Allah SWT loved him more.
ReplyDeleteSemoga rohnya di cucuri rahmat Allah...sedih...namun itu semua dh ditakdirkan olehNya..dalam sedih, kita redha...
ReplyDeleteTidak diingati telah berapa kali sama2 mendaki gunung dengan kalian berdua tetapi semua pengalaman itu kekal melekat di minda saya insyaAllah sampai akhir hayat saya.
ReplyDeleteBelasungkawa buat abang Ramli Majid. Moga Tuhan mengampuni segala dosa2mu dan meletakkan rohnya disamping hamba2Nya yang dikasihi
Allah lebih menyayangi arwah Ramli sahabat kita ni...arwah sgt baik...beli Honda Accord dia pun dgn aku...suka bergurau wp riak muka serius....aku rindu senda gurau dia....suami isteri sgt baik....x kedekut...sedihnya...x terkata....
ReplyDelete