Jalan-jalan ke Penang


Salam,

Awal Disember pada hari Jumaat dan musim hujan yang tidak menentu ini, kami sekeluarga bergerak ke Pulau Pinang untuk menghadiri acara perkahwinan anak buah di Bukit Mertajam. Awal pagi kami lalu laluan baru iaitu Rawang by-pass dan masuk ke tol Sungai Buaya maka dapat jimat tol sikit. Seperti biasa kami singgah di Kuala Sepetang tapi datang terlalu awal dan kami cuma singgah di kedai mee rebus sahaja.


Selepas itu kami singgah di kampung seperti biasa sebelum bergerak ke pulau melalui jambatan baru iaitu Sultan Halim. Hujan lebat semasa di jambatan dan kami menginap di Hotel Rainbow. Pukul 5.30 petang tiba tapi parking tak cukup di hotel ini. 


Hari Sabtu kami meronda ke Georgetown singgah di sebelah stadium untuk makanan dan beli jajan di Cowrasta. Cowrasta sekarang ada menyediakan parking berbumbung di belakang tapi agak sempit. Namun pengunjung agak kurang mungkin sebulan lepas Pulau Pinang banjir teruk. 

Kami tidak singgah di esplanade atau padang kota seperti biasa kerana cuaca tak menentu dan terus pulang ke hotel.



kolam hotel sebelah 


Ahad kami terus keluar ke jambatan Pulau Pinang dan sesat sekejap untuk mencari kenduri kahwin yang terletak di Masjid Alma di Bukit Mertajam. Selepas makan kami menginap di Hotel Iconic di Iconic area yang terletak di tidak jauh dari hiway PLUS.


Isnin kami menerima berita Pak Andak yang sakit 3 minggu telah pulang ke rahmatullah dan kami segera singgah di kampung semula. Jenazah disembahyangkan di Masjid Kampung Tua di sebelah atau dalam 1 kilometer dari rumahnya. Selepas itu kami bergerak ke Kuala Kangsar untuk makan ais kepam di warung Telaga.



Dah makan kami pun pulang semula ke rumah. Sekian.



 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment