Kejadian Kayak Berlanggo di Sungai Perak

Salam,


Permulaan tahun 2018 semasa kebanyakan hutan di Malaysia masih ditutup, saya mengikuti OGKL ke acara kayak di Sungai Perak. Turut serta adalah seramai 26 orang peserta diketuai oleh Jay mengikuti acara ini bersama abang Ayien Carlos yang merupakan salah seorang pegawai perhilitan Perak dan juga sebagai juru pandu kami. Abang Ayien ditemani oleh beberapa orang crewnya. Kami berehat di D'Tebin Bota iaitu tempat rekreasi yang diusahakan oleh beliau sendiri.

Pukul 8.40 pagi kami menaiki pacuan 4 roda ke Dataran Sayong di Kuala Kangsar. Selepas sampai dan mengeluarkan 13 kayak dari lori serta taklimat berkenaan perjalanan yang terlewat satu jam dari jadual asal. Kami bergerak menyusuri arus deras Sungai Perak. Ada yang awal-awal terbalik kayak kerana over comfident. 

Di awal perjalanan, abang Ayien ade menerangkan kedudukan-kedudukan seperti Masjid Ubudiah dan makam diraja serta Gunung Bubu yang tertetak lurus sungai, 

Asal nya sekitar 50 km perjalanan tetapi setelah dihitung semula menjadi 63.3 km. Memang akan patah tangan dan kulit berkala-kala bagi yang tidak bersedia dari segi fizikal dan menutup kulit.

Kami ditemani oleh seorang pengkayak solo yang menjalani latihan di sini.

Sekitar pukul 2 petang kami tiba di jeti kecil di Manong untuk makan tengahari, rehat dan solat.

Hujan mula turun lebat petanda air akan deras dan kami perlu berhati-hati.

Apa yang membimbangkan adalah kebanyakan peserta tidak membawa lampu headlamp. Selepas hujan reda, kami beberapa kali berkumpul untuk bersama-sama sampai ke D'Tebin Bota. Laluan sungai kali ini lebih berliku dan sebelum sampai ke Manong tadi. 

Kami menempuh 2 jambatan dan tiba di Parit sekitar pukul 6.30 petang. Nampak gayanya hari akan gelap tak lama lagi. Dan masing-masing berkayak rapat-rapat supaya tidak berpecah dan berpisah jauh. Kata abang Ayien, sungai Perak ada sedalam 25 kaki  dan sangat lebar. Beliau juga memberitahu sekiranya nampak jambatan di Bota maka kami sudah tiba di D'Tebin Bota di kanan nya. 

Apa pun tidak jauh dari tempat penamat, beberapa kayak telah memasuki benteng pasir lalu kayak tenggelam. Saya merupakan kayak ke 4 tiba di tempat kejadian dengan tiada membawa headlamp juga. Di depan saya adalah Wak iaitu kawan Sobrie yang pernah berkayak semasa di Pulau Song Song 2014 dulu.

Semasa kejadian kami cuma sekitar 20 minit lagi untuk tiba di D'Tebin Bota. Saya terdengar suara mengarahkan kayak ke kanan. Saya keliru kerana tiada laluan di sana. Apapun kayak kami sudah berlanggar benteng pasir. Air sudah mula masuk dan akan menyedut kayak ke dalam sungai. Sementara Wak sudah terjun sebaik berlanggar. Saya tak pasti siapa yang memberi arahan begitu kerana tidak jauh sahaja iaitu satu tong sahaja kami dapat keluar dari benteng. Sedutan tersebut membawa saya masuk ke dalam Sungai Perak dan ditutup oleh kayak sendiri.

Saya terbayangkan keluarga serta sempat mengucap Kalimah Allah dalam hati. Nasib ada life jacket dan setelah beberapa kali menolak kayak keluar dari atas kepala, kayak tersebut terbalik dan pergi dengan sendirinya di bawa arus deras atau berlanggar dengan kayak lain yang baru tiba. Saya berada di sisi tepi tong biru manakala Wak di bawah paip sambil memanggil untuk diselamatkan. Tempat pemegang hanya ada satu dan saya berpaut pada satu itu sahaja. Semasa menunggu di situ saya nampak dry beg warna kuning yang saya sangka saya punya lalu di bawa arus deras, Sedang ada kekalutan di sebelah sana katanya ada kayak datang dan melanggar juga benteng pasir. Wak yang kepenatan datang ke tempat saya dan memegang di tempat sama serta meronta-ronta. Saya cuba menenangkan beliau supaya berpaut sementara saya cuba ke sebelah tong biru. Mujur terdapat satu lagi tempat berpaut dan saya ke sana.

Tiba-tiba ternampak ketua program Jay di sebelah manakala Sobrie sudah berada di atas tong biru. Sobrie yang kepenatan  menaikkan kami satu per satu dan kami duduk di atas paip. Abang Ayien yang berada di sekitar cuba mengarahkan apa yang perlu dilakukan sambil Jay memberitahu untuk mencari rakan kayak nya iaitu Hairi. Jay dan Niza yang berada di tempat yang dekat juga mencari rakan kayak iaitu Mia, Setelah lama mereka mencari kayak, terdapat satu kayak yang berada di sekitar lalu diserahkan untuk Sobrie bergerak meneruskan perjalanan.

Terdengar suara di tebing terdapat beberapa orang di sana. Kemudian bot datang membawa saya dan Wak serta Jay ke depan dan bertemu rakan -rakan yang jugak hanyut dengan kayak tapi sudah selamat ke tebing. Jay mencari Hairi dan Mia tapi tiada. Keadaan cemas sedikit kerana Hairi tiada di tempat gelap manakala Mia juga tiada. Ada yang memberitahu mereka sudah sah bergerak awal meneruskan perjalanan, Keadaan kalut kerana masing-masing tidak dapat mengesahkan kedudukan mereka,    

Nina yang turut berapa di situ menelepon Arrey kerana Arrey dijangka sudah sampai dan telepon masih boleh dihubungi. Kami kemudian menunggu Hilux orang kampung untuk di bawa ke D'Tebin Bota.

Setelah sampai di sana, baru lah keadaan reda kerana semua selamat. Beg saya dan Wak di bawa oleh kayak tersebut entah di mana dan kunci kereta Sobrie ada pada Wak. Jadi pada malam tersebut kami satu kereta 4 orang iaitu saya, Sobrie yang bawa kereta serta Tok Gajoh dan Wak tiada baju untuk digunakan.

Apapun syukur rakan-rakan membantu memberi baju seluar dan selimut untuk tidur.

Keesokan nya Hairi dan saya pergi ke balai polis Parit untuk membuat laporan kehilangan dan melihat tempat kejadian semula. Sekitar pukul 10 pagi ada taklimat post mortem dan saya diberitahu barang-barang saya sudah dijumpai oleh orang kampung, Kami bergegas ke Kampung Gajah yang terletak 30 minit dari D'Tebin Bota, Apapun syukur sekali lagi barang-barang saya selamat tapi basah dan telepon di masuki air.

Setelah selesai, kami semua siap untuk balik. Kereta yang dipandu Sobrie membawa kami ke Parit dan Ipoh untuk makan malam sebelum meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing untuik pulang.

Dibawah adalah gambar-gambar rawak sekitar acara kayak.

di D'Tebin Bota 

sarapan pagi 



tiba di Dataran Sayong 




penerangan dari guide Abang Ayien 






Wak nak bergambar
makan dan rehat dulu di Manong 
meneruskan perjalanan dalam keadaan hujan

rehat dulu 
senja di Sungai Perak

tempat kejadian
bukan duduk dalam ni abie
singgah Parit lagi ... macam balik kampung 
tempat laluan kami semalam 
makan chicken chop di thumbscafe di Ipoh

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment