Trans Slim di CNY

Salam,

Setelah 3 bulan menunggu hutan-hutan di Perak atau Pahang dibuka semula, perasaan mendaki mula datang berlegar-legar. Ketika perancangan untuk ke mana di tahun baru cina samada bersama keluarga atau keluar ke hutan menambah koleksi.

basecamp DOM

Tahun ini Raya Cina jatuh pada hari jumaat dan agak sedikit rugi dari segi cuti. Memilih trip Trans Slim bersama Deltar Outdoor My atau DOM yang beroperasi di Tanjung Malim di rasakan sesuai. 

taklimat dan suai kenal

Seramai 14 orang bersama 2 guide Arif dan Mat Pie dan seorang pembantu Gan saya bersama Othman Naim yang mencadangkan pada saya bergerak di pagi Khamis. Rata-rata turut serta pendaki yang tidak kami kenali.

taklimat perjalanan selepas diturun ke starting point

Semasa suai kenal sebelum berangkat, kami bergabung dengan ramai rakan-rakan dari Johor Bahru. Ipoh, Rawang.


Sedikit kelewatan bagai merencatkan perjalanan kami. Kami bergerak sekitar pukul 10.20 pagi dan tiba di Empangan Sungai Dara pukul 10.40 pagi. 


Pukul 1.10 tengahari kami tiba di Lubut Antu. Perjalanan ke Lubuk Antu agak mendatar dan ramai masih di mood laju.

sampai di kemsite untuk makan tengahari

Menghampiri ke Kem 7E, pergerakan sudah mula perlahan kerana hujan sudah turun membasahi trek. 20 minit sebelum tiba, hujan terus mencurah-curah dan perjalanan asal ke puncak Liang tertangguh malam ini dan saya malas untuk mengeluarkan baju hujan. Fly di pasang untuk memberi ruang peserta supaya tidak kena hypoterma atau tak tahan sejuk dan lagi 2 jam ke puncak Liang.  


Setelah berbincang, kami diminta bangun pukul 5 pagi dan bergerak 7 pagi.

pagi di 7E

Perjalanan yang pernah di lalui 12 tahun dulu pantas diingati.

bonsai mula kelihatan

Menghampiri ketinggian 1800 meter, trek berubah ke bonsai dan 10 minit terakhir makin kejam menaik.

di puncak Liang East

Saya tiba di puncak Liang Timur pukul 9.30 pagi di ketinggian 1933 meter. Puncak Liang masih sama seperti dulu. Cuma selepas sampai, langit di liputi awan. Kami yang tiba awal sempat disajikan dengan pertunjukan beberapa ekor burung helang yang terbang dengan jarak dekat dengan kami.


Sekitar sejam baru orang terakhir tiba.

di puncak Liang West

Kami bergambar dan bergerak menuju ke Liang Barat dalam 5 minit sahaja. Juga dengan puncak tertutup serta ketinggian yang hampir sama dan sktruktur sama keadaan nya beberapa tahun dulu.


Bermula pukul 11 pagi sehingga ke petang , saya berseorangan dan sekali sekala bertembung dengan abang Man di depan. Yang di belakang langsung tak nampak bayang cuma dengar suara dari jauh sahaja sehinggalah  tiba di last water point Tumang Batak pukul 3.30 petang. Sejam lebih sebelum sampai, kami lalu kem duit iaitu satu kem rehat tanpa air.

bidin di kem duit

Keadaan trek nya lebih turun dan kurang naik. Namun trek yang yang dirintis dan memberi jalur yang mudah dengan tanda riben yg jelas walaupun jalan seorang dan terdapat beberapa kali balak menghalang.   



Sungai di sini agak cetek dan cukup untuk masak air dan bermalam. Sambil datang seorang demi seorang dan selepas solat kami meneruskan perjalanan sejam lebih menaik untuk ke puncak Gunung Tumang Batak. Pukul 4.50 petang bermula dan masih berjalan seorang, tiba di satu laluan berbatu di kiri untuk melangkah ke kanan dan saya terpaksa menarik beg kerana terdapat halangan di paras pinggang dan kepala di tempat sama.

Apa pun sejam lebih mengharungi menaik, saya tiba di puncak Tumbang Batak di ketinggian 2083 meter. Puncak nya tidaklah besar dan tertutup tapi terdapat banyak papantanda dengan ketinggian berbeza-beza. 

Selepas bergambar dan sebelum maghrib kami bergerak turun menuju ke Kem Dengkur. Dalam perjalanan turun kami di tindih batu-batu besar di kiri dan kanan. Beg yang dibawa berbunyi diseret meredah batu-batu besar. Terdengar kata semalam kami berhenti cerita  orang asli batak telah tumbang di sini dan bermalam di batu-batu yang terletak di celah-celah ini.

Berjalan malam atau OT sudah pun dijangka sejak semalam. Bila menjelang malam, kami bergerak bersama kerana takut di depan atau ada antara pendaki yang tersasar simpang atau diganggu hidupan hutan. Tapi perjalanan yang lama selepas turun dari Liang tadi telah memakan sedikit tenaga kami. Pergerakan menjadi agak perlahan. Kami turun berhati-hati. Kata Arif, untuk sampai ke Kem Dengkur cuma 1.3 kilometer atau 800 meter sahaja tapi setelah di amati, laluannya adalah berbentul C. Jadi kami mengerah tenaga malam ini.



di puncak Tumbang Batak

Perjalanan kami walaupun perlahan tapi jarang berhenti dan bila berhenti tidak lama sangat. Kami di depan bergerak dan tiba Kem Dengkur pukul 12.30 tengah malam.

geng JB. 3 dari padanya geng nyando

Kem agak jauh dari air dan perjalanan mengambil air selama 10 minit. Setelah solat, kami makan dan bersiap untuk tidur setelah penat mengharungi satu perjalanan 17.5 jam yang sudah lama dirindui.


Hari berikut nya kami bergerak selewat 10.30 pagi menuju ke puncak Gunung Condong Gelinting. Cuaca yang berangin dan kadang-kadang mendung saya bergerak di belakang sekali.


Sehingga 30 minit terakhir, hujan turun dengan lebat dan kami dalam perjalanan menaik. Oleh kerana tidak mau lagi menahan sejuk, saya mengeluarkan baju hujan dan bertahan sampai hujan berhenti.

di puncak Condong Gelinting

Lama menunggu, saya bergerak naik dan tiba kesejukan di ketinggian 1830 meter puncak Gunung Condong Gelinting. Mat Pie menyediakan daging kicap dimakan dengan nasi dan hidangan air kopi untuk menaikkan semangat semula. Selepas solat, kami bergambar dan mula bergerak turun ke Kem Sungai Durian. Sepanjang menurun, kami dapat melihat bentuk Gunung Tumang Batak cuma di sebelah sahaja bagaikan mengharungi perjalanan yang sukar menuju puncaknya. Dalam beberapa jam berjalan, laluan turun terpaksa menggunakan tali.

terpegun dengan kecantikan pemandangan gunung-gunung yang jarang-jarang dapat disaksikan di depan mata

Menjelang petang kami dihidangkan dengan pemandangan gunung ganang yang memukau di kanan kami seperti Gunung Batu Putih di hujung sekali.


30 minit kami bergerak terdapat satu lagi pemandangan di kiri. Laluan tersebut baru dirintis oleh Arif untuk trip kami ini sesuai dengan masa nya di waktu senja. Kami terpaksa naik di satu bukit yang sempit untuk bergambar.

senja nan merah

Perjalanan menuju ke ketinggian 800 meter agak tidak stabil kerana perjalanan turun naik bermain di sekitar 1500 meter. 
kemsite sungai durian

Akhirnya kedengaran bunyi air sungai dan kami tiba di Kem Sungai Durian pukul 1.30 pagi. Pagi tersebut saya masak meggi dan milo kerana kelaparan.



Di hari terakhir kami bangun lewat. Saya mandi dan rakan-rakan sempat menjemur pakaian masing-masing. Kami bergerak keluar 12.30 tengahari.


Awal perjalanan agak keliru dan Arif patah balik dan berjaya menjejaki trek asal. Pukul 3.30 petang, kami tiba di air terjun Sungai Merah. Kami semua mandi kecuali Mat Pie yang menyediakan makanan.

cross sungai 

Pukul 5 petang kami bergerak dan tiba di penghujung Sungai Gelinting. Ayah Arif sudah menunggu kami di situ dan kami keluar menuju ke Empangan Sungai Gelinting, bergambar dan menuju terus ke DOM untuk mandi dan bersiap.



Selepas makan dan penutup pukul 9 malam, kami pulang ke haluan masing-masing. Saya tiba di rumah pukul 11.30 malam. Sekian sahaja perjalanan trip Trans Slim. 

Nota: gambar-gambar dari wassap rakan-rakan

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment