Seharian di Gunung Behrang di Behrang

Salam,

Perjalanan ke Tanjung Malim cuma mengambil sejam 10 minit dari rumah. Berdua bersama Cik Ros, 
kami bergerak ke Diamond Creek di persinggahan Kelab Deltar Outdoor My. Saya terpaksa bergerak pada hari Ahad kerana sibuk pada hari sabtu dan kebetulan CORE ADV diketuai oleh Zuhairi Zainal atau Eri telah mengubah tarikh kerana malam ahad tersebut ada makan malam Gunung Online.

Saya tiba di DOM pukul 4.10 pagi. Kami bersiap sarapan dan bergerak menaiki pacuan 4 roda pukul 8 pagi selama 30 minit. Diwaktu yang sama tidak jauh dari sini, kumpulan kami diketuai oleh abang Othman baru turun dari Gunung Behrang dan akan ke Gunung Condong hari ini. 

Jadi semalam hujan di awal pagi dan laluan menjadi licin. 

Dari ketinggian 400 meter melalui beberapa sungai kecil dan menaik. Kami melalui kem WWC tapi terlepas Kem Darurat kerana bukan di laluan. Pukul 2 petang kami tiba di puncak pada ketinggian 1500 meter seperti tertulis di papan tanda. Puncak Behrang tiada beirut dan tertutup pemandangan serta tidak besar.

Selepas rehat, makan dan menunggu orang belakang saya mengambil kesempatan untuk solat di bawah. 

Rata-rata peserta tidak lah kami kenal cuma sebagai pendaki kami mudah mesra.

Pukul 3.40 petang kami turun. Saya turut dengan Zika yang agak baru dalam pendakian dan kami terbabas di satu simpang namun apabila berpatah balik tidak jauh. 

Sebelum maghrib kami berhenti rehat seketika dan meneruskan perjalanan ke permulaan. Kami tiba sebelum pukul 9 malam dan tiba di DOM 9.20 malam. Bilik air agak terhad lalu saya singgah ke masjid berhampiran. Selepas siap dan makan di DOM kami bergerak pulang ke rumah. Sekian 

Gambar dari peserta-peserta.

dah sampai starting point
bersiap
naik gunung bermula dengan turun dulu 
jumpa air terjun dalam 30 minit jalan

meredah jalan berbatu

spesis liar 


bersama zika 
rehat dan makan ringan-ringan  
singgah di kem WWC sebelum tu 
sampai di puncak


hisham punya clone



team lepak

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment