Pendakian Gunung Argopuro dan Kelud oleh om-om ku

Salam,

Selepas melewati Gunung Tambora di Pulau Sumbawa, kami bersama Merys rakan petualang dari Surabaya mula mencari destinasi seterusnya. Gunung Argopuro di Surabaya di Jawa Timur menjadi pertaruhan kerana merupakan antara gunung-gunung yang melebihi 3000 meter seperti 12 gunung tertinggi di Malaysia. Setahun kami merancang untuk ke sana dengan mencari waktu serta maklumat perjalanan dan kos-kos permit serta kenderaan. Pada tahun 2015 semasa pertama kali berkenalan dengan Merys di Gunung Raung dan dalam perjalanan pulang menuju ke Lapangan Terbang Juanda di pagi hari, kami melihat sebentuk gunung yang indah sama seperti pemandangan biasa kami sebagai pendaki di sebelah kiri. Atas faktor ketiadaan rakan kolaborasi juga penantian ke Argopuro tertangguh tahun lepas maka pada bulan mac tahun ini saya mendapat ilham untuk membawa rakan-rakan sekali lagi menikmati panorama mendaki Gunung Argopuro melewati jalur basecamp Baderan di perbatasan Kabupaten Situbondo dan turun ke Bremi di Probolinggo atas nasihat Merys.


Sebelum memulakan pendakian Argopuro, terdengar kisah-kisah seram di sebalik nama dan sejarah terajis yang berlaku di sini. Di berhampiran puncak Argopuro terdapat bangunan, candi atau kuil-kuil lama yang di panggil Pura dan sebab itulah sekarang nama ditukar ke Argupuro. Di sebelah timur terdapat 5 kawah. Tempat ini ada tinggi dan ada rendah yang di panggil alun-alun dan nama panggilan adalah Sijeding. Salah satu dari 3 puncak Gunung Argopuro ini dinamakan Puncak Rengganis akibat pergolakan dari peperangan antara suami baru dengan suami lama seorang puteri raja yang cantik bernama Dewi Rengganis.  Mengikut mitos beliau lari menyelamatkan diri ke sini untuk berlindung. Cerita ini berterusan diceritakan turun temurun dan para pengkaji sejarah datang untuk menjaga dan memelihara kawasan ini.

Perjalanan kami bermula pada malam Jumaat 27 April lepas. Perancangan selama 2 bulan dari segi logistik untuk memudahkan perjalanan kami sudah diatur. Kami tiba di Lapangan Terbang Juanda pukul 10.30 malam sejam waktu lewat di Malaysia. Saya Fuad serta Apis ditemani oleh Fahmi, Haji Azam dan Thahar menemui Merys dan kami bergerak menaiki keselesaan van Elf bersupirkan oleh Mas Edi yang muat 16 orang menuju ke basecamp Baderan. Kami singgah di cafe, membeli makanan dan tidur sepanjang 6 jam perjalanan tapi tidak dapat membeli sim kard lokal kerana waktu sudah lewat.

basecamp Baderan
papan tanda masuk 

30 minit selepas solat subuh kami tiba di Baderan. Selepas mendaftar permit, Merys sudah memesan sarapan pagi dan makanan tengahari. Untung kami di sini adalah Merys menjadi perantaraan dan kerana ini kami dapat pengurangan pembayaran permit dari 3 hari ke 2 hari. Sekitar awal pendakian dahulu jalur Argopuro adalah 4 hari perjalanan tapi kini segalanya sudah dapat dikurangkan dengan kemudahan ojek iaitu motosikal yang sudah diubah suai.


kanak-kanak ke sekolah

Selesai sarapan dan menyusun barangan, kami bergerak sejam awal menaiki ojek-ojek. Perjalanan menaiki ojek menuntut suatu perjuangan yang tinggi. Pengalaman semasa di Raung menjadi iktibar namun kali ini lebih berganda azabnya. Pada awal perjalanan selama 30 minit kami melihat pemandangan biasa. Seksaan pertama kami berhenti rehat dan berkumpul untuk ke simpang menaik di sebelah kiri. Ada lebihan barang terpaksa di bahagi-bahagikan kepada rakan-rakan.

Menuju ke 30 minit kemudian kami mengharungi jalur sempit. Kami tiba di mata air 1 atau pos 1 untuk berehat. Masih ada baki 2 jam lagi. Ini merupakan tempat bermalam bagi yang berjalan kaki. Ada ojek yang ditukar rantai pada tayar kerana licin dan mendaki. Di sini ada rakan kami yang sudah koyak seluar dan kepenatan.


laluan berliku dan menyakitkan kaki dan tangan 
depan laluan menaik ... bersiap sedia pasang rantai tayar

Laluan seterusnya ojek melalui laluan yang cukup ngam-ngam. Ada masa kaki kanan dan kiri melanggar tebing tanah dan menanggung kepedihan. Jalur beberapa kali menaik dengan kekuatan henjutan ojek dan kadang-kadang kami terterbang dan turun untuk membantu menolak ojek kerana jalur terlalu tinggi. Kadang-kadang kaki dapat mengelak dari tersadung di tebing tapi muka terhantuk ke pemandu ojek sehingga bibir luka.

rehat di mata air 2 
kemsite mata air 2

Kami berhenti lagi ke mata air 2 atau pos 2. Kali ini tidak tunggu di belakang kerana rehat cuma 10 minit.



rehat tunggu rakan belakang

Kami sampai ke savana pertama dan rehat serta mengambil gambar dengan pemandangan yang indah dan menunggu rakan-rakan yang belum tiba. Di savana pertama ini terdapat satu pohon besar seakan Pelawangan di Rinjani untuk berteduh.


ada halangan terpaksa turun dan ojek kena lalu perlahan lahan
di atas trek di sebelah kiri ini kelihatan sungai mengalir



Perjalanan seterusnya menuju ke Cikasur tempat kami diturunkan. Perjalanan di sini masih suasana savana dan terdapat sungai di bawah dapat di lihat di sebelah kiri. Ironinya di Cikasur terdapat tinggalan lapangan terbang.

rehat dulu sebelum jalan 
Pak Mitra mencuba beban barang

Perancangan kami sentiasa bertukar-tukar kerana Merys kata tempat ini cantik untuk bermalam kerana dapat tengok bintang. Kadang-kadang kata mahu bermalam di Cikasur atau Cicento atau terus ke Rawa Embek. Namun masa mencemburui kami kerana dijangka tiba lewat. Setelah ojek-ojek beredar, kami berkenalan dengan Pak Mitra yang menjadi porter kami. Pak Mitra menggunakan 2 karungan guni dan menggandar di bahu untuk memikul barangan kami.


Setelah rehat dengan memasak air teh dalam kurang sejam kami bergerak ke kem seterusnya di Cicentor.  Di Cikasur ini ketinggian pun sudah mencecah 2400 meter. Laluan trek di liputi lalang-lalang separa pinggang sepanjang trek terbuka ini tapi jalur nya tidak lebar.

sampai di Cicentor
rehat, makan dan solat 


Kami tiba di Cicentor pukul 3 petang dan perlu menyeberang sungai sambil berkira-kira untuk bermalam di sini atau tidak sambil menunggu rakan-rakan belakang tiba. Kemsite ini mula sejuk tapi mudah ambil air dan atasnya ada pondok dan tiada pendaki lain selain kami. Setelah semua tiba kami solat jamak berjamaah dan berbincang untuk memutuskan masak meggi dan menuju ke Rawa Embek yang katanya tidak sejuk. Perjalanan ke Rawa Embek ditemani oleh bulan mengambang penuh kerana beberapa hari lagi kami akan menyambut pertengahan nisfu syaaban iaitu lagi 2 minggu untuk umat islam mula berpuasa.

tempat paling sejuk di muka bumi

Rawa bermaksud tempat berkubang manakala Embek adalah laungan kambing. Maka mungkin disitu nama kemsite ini diberikan. Suasana kemsite yang bersebelahan air dan luas sesuai untuk bermalam.

Chef Fahmi memulakan tugas dalam kesejukan

Selesai makan kami meneruskan perjalanan sehingga sejam setengah iaitu 30 minit awal dari jangkaan. Suasana baru maghrib pada pukul 6.05 petang dan sejuk di ketinggian sekitar 2800 meter. Jangkaan tidak sejuk oleh Merys gagal menepati ramalan kerana ramai sudah tidak dapat menahan kesejukan. Nasi yang di masak menjadi antah dan kekuatan api pada dapur menjadi 30 peratus sahaja. Apis membawa bersama kemah tesco yang boleh muat 4-5 orang.


Hari untuk menuju ke puncak Argopuro sudah tiba. Matahari datang dari arah belakang kemah menyuburkan tanah dan mengurangkan kesejukan.



Video pertama

Selepas bersiap, kami bergerak selama sejam menuju ke Savana Loceng atau Simpang Argupuro dengan laluan masih separa tutup dan alun-alun atau laluan turun dan naik sikit-sikit. Sepanjang pagi ini bunyi deruan angin sangat jelas.

bergambar dulu sebelum ke Rengganis

Di Savana Loceng kami berdaypack menuju puncak Rengganis manakala Pak Mitra tunggu menjaga tas kami. Untuk naik ke sana cuma 15 minit tapi pemandangan kawah menuju ke puncak menambah masa kami. Di puncak Rengganis yang tinggi 2950 meter, kami bergambar bersama banner OGKL 25 tahun.






tiba di puncak Rengganis


Kami turun semula ke Savana Loceng dan memasak makanan tengahari. Selepas makan serta rehat menikmati pemandangan serta kedatangan beberapa petualang yang baru tiba dari Cicentor, kami bergerak ke atas dalam 30 minit menaik ke puncak Argopuro.


makan tengahari

Di puncak yang berketinggian 3088 meter ini kami bergambar semula. Di puncak ini jugak hanya dikelilingi pokok-pokok tinggi.

tiba di puncak Argopuro
bergambar secara kumpulan





Syukur cuma sehari lebih kami sudah tiba di sini. Dan tiba di laluan yang berliku kami turun terus menuju ke Taman Hidup selama 5 jam. Kurang 15 minit dari puncak Argopuro kami singgah di puncak Hyang.

kecil je tak muat semua

Kami tidak sempat bergambar beramai-ramai kerana puncaknya sempit.

solat dulu walau tak de air sebab memang sampai lepas maghrib

Kami berjalan selama 2 jam melewati kem Kali Putih dan di Cemara Lima sebelum berhenti untuk solat. Selepas solat kami berjalan sehingga ke Taman Hidup sejam selepas maghrib. Apa pun kisah misteri Taman Hidup ada di cerita kan di sini kisah dan kaitannya dengan Dewi Rengganis.

kemsite Taman Hidup

Ketinggian ketika ini adalah kurang seribu meter dari puncak di mana jalur ini membawa kami terus turun. Semasa makan malam Apis mencadangkan kami mendaki ke Gunung Kelud bagi menggantikan Kawah Ijen yang ternyata jauh sehingga ke hujung Jawa dan sudah hampir ke Bali.

sarapan pagi sebelum turun awal

Kemsite kami yang luas terletak di Taman Hidup yang memiliki kawah serta satu pondok kecil di tepinya. Saya dan Merys bergerak awal keesokannya atas urusan peribadi.

pemandangan tasik di Taman Hidup


Kami tiba di Pondok Ladang 2 jam perjalanan turun. Jalur nya adalah berbentuk Z tapi ada jalan potong dan jalan potong juga ada jalan sebelah.

tiba di pondok

Dengan jarak cuma 40 minit tapi saya memilih untuk menaiki ojek yang ditumpang dari petani-petani yang bekerja di tepi jalan. Jalan turun tersebut curam dan kami jatuh tapi tidak lah teruk.

ada kerja dan kena cepat sampai tu yang naik ojek tapi jatuh pulak

Kami tiba di padang di Bremi dan van Elf sudah siap menunggu kami. Dalam 2 jam lebih kemudian rakan-rakan lain tiba.

tiba di Bremi untuk bersih kan diri

Selepas mandi sungai dan bersiap, kami makan nasi goreng dan meninggalkan desa Bremi dan kesejukan Gunung Argopuro. Kami tidak sempat untuk singgah di basecamp Bremi dan melawat candi yang bersebelahan lalu kami bergerak keluar untuk makan. Kami singgah di Rawon Nguling Probolinggo untuk makan tengahari yang lewat.

rehat dan makan dalam perjalanan
makan dulu

Setiba di pinggir Malang dalam pukul 8 malam kami singgah lagi kedai makan kali ini kami makan ikan Gurami atau ikan Kalui. Selesai makan kami bergerak ke kaki Gunung Kelud. Kata Merys dia tidak pasti laluan masuk. Kami tiba di pintu masuk Kabupaten Kendiri pukul 2 pagi tapi ada palang yang menutup jalan. Sementara itu Fahmi memasak air dan Apis merancang untuk kami bergerak dahulu.

Selepas pintu di buka van Elf masuk ke dalam tapi Apis tiada. Merys kelihatan mencari Apis di sekitar dan mengetuk pintu hampir di setiap rumah. Apapun Apis sudah menunaikan solat subuh di masjid di bawah.

sesat sampai ke Kendiri tapi sampai juga ke permulaan Gunung Kelud

Perjalanan diteruskan dan agak jauh dari jangkaan. Rupanya di tempat paling atas adalah tempat menikmati pemandangan yang bukan jalur ke puncak Gunung Kelud. Pak Edi kemudian bertanya penduduk sekitar dan memandu ke arah yang betul dan kami tiba di permulaan trek Gunung Kelud. Kami kerugian masa lebih dari 6 jam kerana sesat tiba di permulaan.

Setelah siap, kami bergerak menaiki ojek dalam 5 minit untuk ke pintu gerbang lalu bergambar. Kami ditemani anak-anak tempatan menaik laluan menaik dari ketinggian 780 meter.

gambar di pintu gerbang Gunung Kelud

Perjalanan adalah menaik tapi tidak terlalu tinggi.


Di pos 2 kami rehat sebentar dan meneruskan perjalanan ke pos 3.

rehat di pos 2 selepas sejam jalan

Di pos 3 tempat terlalu terbuka dan panas. Saya dan Apis di depan cuba mencari tempat redup tapi tiada. Setelah semua tiba kami meneruskan perjalanan. Perjalanan menurun dan memacak semula dengan menggunakan tali serta trek yang berbatu gunung.

di pos 3 kawasan terbuka

Kami tiba di simpang pada tengahari. Simpang tersebut di kiri menuju ke puncak Gajahmungkur manakala di kanan adalah ke puncak Sumbing.



Di sini terdapat panorama 360 darjah. Setelah bergambar di puncak Gajahmungkur, 3 dari kami meneruskan perjalanan ke puncak Sumbing manakala yang lain turun berteduh di bawah menyediakan makanan dan minuman.

di puncak Gajahmungkur



simpang antara puncak Gajahmungkur dan puncak Sumbing

Ternyata sangkaan saya tepat kerana bila kita dapat melihat jalur yang sampai hujung dari jauh maka saya dapat menganggarkan cuma 15 minit untuk ke sana. Apapun puncak Gunung Kelud tidak dapat didaki kerana memerlukan peralatan teknikal sama mendaki Gunung Daik.

gambar dari puncak Gajahmungkur

Tidak lama kemudian yang sampai menceritakan mereka dapat menikmati pemandangan kawah yang bukan berwarna hijau seperti kata Merys yang sudah tiba di sini sebelumnya.



gambar-gambar kawah puncak Sumbing


rehat di tepian 
Video kedua termasuk di puncak Argopuro

Selepas makan kami turun dan tiba di pintu gerbang dalam masa sejam lebih sahaja sampai menaiki ojek untuk ke permulaan trek. Kami sempat membeli sedikit cenderahati dan bersiap solat serta  menuju keluar. Perjalanan selama 6 jam lagi ke lapangan terbang dan kami berhenti makan.

singgah makan sebelum pulang

Pukul 8 malam  kami bergerak dan sekitar pukul 1 pagi tiba di rumah Merys. Merys kemudian memperkenalkan ayahnya yang sudah pencen. Merys kemudian membawa kami keluar bersiar-siar di bandar Surabaya. Inilah kali pertama saya dapat menikmati keindahan bandar Surabaya yang pesat membangun setelah 2 kali tiba di sini. Sejam meronda kami singgah di Mc Donald nak sembang-sembang sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Juanda untuk pulang.

Apapun kenangan terindah di kesejukan Gunung Argopuro dan bersiar-siar di bandar Surabaya bersama Merys adalah satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Sekian sahaja untuk ekspedisi kali ini berjumpa di lain trip. Apapun apabila pulang kami ada seminggu untuk menghadapi pililhanraya dan memilih barisan untuk menerajui negara, Maka selamat mengundi.

Gambar-gambar adalah di rakan-rakan bersama.

Antara perkara-perkara menarik di sini:-
1. Terdapat 4-6 penerbangan sehari ke sini dan masih sempat pilih yang harga yang paling rendah
2. Sekiranya ke Argopuro elok pulang melalui Bali jika merancang menaiki Kawah Ijen kerana jarak ke Surabaya adalah 7 jam sedangkan ke Bali adalah mungkin 3 jam
3. Untuk mendapat pengurangan kos harus turut serta ada petualang tempatan yang berjiwa petualang yang mampu menjadi perantaraan yang baik
4. Disyorkan melalui jalur Baderan yang mendatar manakala jalur Bremi sebagai alternatif turun.
5. Jumlah kos trip termasuk ke Gunung Kelud, makanan di kedai dan van Elf 16 tempat duduk adalah  sekitar minimum RM675 seorang bergantung bilangan peserta dan keadaan semasa. Van Elf selama sepanjang trip adalah 4 juta Rp. Boleh hubungi pak supir Edi di sini
6. Upah porter sekitar 400k Rp - 500k Rp yang bertindak sebagai guide. Porter akan memikul sarung atau cara gandar ke bahu
7. Pertama kali tidak dapat menikmati Bakso dan jalan-jalan ke toko outdoor.
8. Upah ojek dari bascamp Baderan ke Cikasur adalah 300k Rp seorang manakala turun di Bremi adalah 20k Rp sahaja
9.  Permit masuk dari Baderan adalah 200k Rp bagi pelawat dan menjadi 375k Rp di hujung minggu manakala warganegara adalah antara 20k Rp ke 50k Rp sahaja. Ini sama seperti mendaki Gunung Semeru atau mana-mana gunung popular.

Wsalam

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment