Salam,
Mencapai 100 gunung bagi Hisam dan Gunung ke 200 di Gunung Chingkaget. Susah nak sebut dan ingat nanti. Sabtu pagi singgah di Masjid Al-Ghufraniah di Sungai Siput. Guide Zubir dan ri Grik bersama Wan. Dari kebun kelapa sawit kami bermula pukul 9.45 pagi. Tiba di puncak Gunung Chingkaget pukul 2 petang. Pukul 3.15 petang bergerak menuju ke Gunung Ulu Pari. Menuju ke puncak ada gaung kiri dan kanan serta tanah runtuh. Memang ngeri kalau lalu petang apatah lagi nak turun. Nasib depan tanah runtuh kena turun. Kami tiba di kereta pukul 9.45 malam dan mandi di sungai sebelah.
Pukul 10.30 singgah makan dan selepas makan tidur di Masjid Bawong. Esok Ahad, kami bangun lambat dan bergerak tiba di simpan masuk ke Gunung Simpan dan Hol.
Perjalanan bermula pukul 10.45 pagi. Awal trek agak menaik sebelum jalan berbatu-batu. Kami tiba di puncak Simpan pukul 2.45 petang. Meneruskan perjalanan ke Gunung Hol lalu simpang ke kiri.
Gunung Hol cantik dan ada pemandangan serta rumput tebal.
Sebelum gelap kami tiba di sungai untuk bersihkan diri. Malam makan di tepi jalan sebellum meneruskan perjalanan pulang. Sekian
permulaan di kebun orang
banyak sungai dan air terjun
sampai di puncak Gunung Chingkaget dengan beirut jahanam
baju zubir penuh gunung-gunung yang ada belum naik lagi
gambar beramai-ramai
ada tempat rehat sebelum mula naik ke gaung ke Gunung Ulu Pari
permulaan ke Gunung Simpan dan Hol
atas semua di puncak Gunung Simpan ... nampak puncak Yong Yap dari sini
posing lebih-lebih kat puncak Hol

0 comments:
Post a Comment