Salam,
Latihan persediaan ke Annapurna Basecamp atau ABC dikelolakan Tuan Penasehat yang juga boss Puncak Ventures atau PV saudara Deeno. Gunung latihan adalah Gunung Angsi yang terletak di Tanjung Ipoh di daerah Kuala Pilah di Negeri Sembilan melalui jalur Bukit Putus. Ia juga merupakan tarikan di Hutan Rekreasi Ulu Bendol dan semua pendaki boleh naik bila-bila masa.
Turut serta trip anjuran PV ini adalah dari team ABC seramai 3 orang, team 50 tahun Kilimanjaro seramai 7 orang, team TV3 seramai 6 orang, team Pearl Haya seramai 7 orang dan team PV sendiri seramai 8 orang dan jumlah sekitar 30 orang. Oleh kerana ramai dan termasuk dari kumpulan selain kami dan individu lain yang mendaki maka password Cikgu Jojet digunakan. Banyak rakan-rakan lama jumpa seperti Husin Lempoyan dari trip Elbrus 2012, Cikgu Jojet dari trip Murud serta Bentara Guru.
Untuk masuk, kami perlu membayar RM5 sahaja dan boleh membayar di pintu masuk. Ketinggian Gunung Angsi adalah 825 meter dan untuk tiba di atas sekitar 1-3 jam. Ini merupakan kali ke2 saya mendaki Gunung Angsi dan kali pertama adalah pada 2010 bersama arwah Ramli dan Apis. Cerita nya di sini.
Di bawah adalah sekira gambar-gambar dari Jay, Deeno, Cikgu Jojet dan diri sendiri.
pintu masuk di Bukit Putus
team 50 tahun kilimanjaro
besar tak la tpi ramai jugak
pacak jugak
lagi 18 minit katanya
rehat sambil layan view
tiba di puncak
suasana di puncak
eh ada drama pulak dengan pak usin
bersama team ABC
bersama team 50 tahun @Kili ... depa dah habih makanan tunggu deeno tak sampai nak turun dah
gambar ramai-ramai di puncak
bersama watak pembantu PV Jay aka naib presiden OGKL
ada view
bersama geng x krisma
sembang cite lama trip2 OGKL
Sekian

0 comments:
Post a Comment