Jebel Sham Grand Canyon versi Oman

Salam,

Lagi seminggu mau pulang, saya singgah di Jebel Sham untuk trekking ke Grand Canyon bersama guide Mat Noor dan rakan di sana Shah. Untuk mendaki ke puncak Jebel Sham adalah tidak wajar kerana faktor cuaca yang panas dan puncak nya yang ada kawasan tentera. Dari jauh di tepi jalan kami dapat tengok puncak nya dengan mudah kerana ada bangunan tentera sama macam di Telapak Buruk.

nampak dari jauh puncak jebel sham

 bertiga je
kambing jinak


Beberapa hari kemudian sebelum pulang kami singgah di Matrah iaitu pekan yang terletak di utara Muskat. Matrah juga dipanggil Mutrah atau Mattrah kerana kerajaan Oman tidak menggariskan penggunaan nama yang sepatutnya. Apapun Matrah adalah satu kawasan teluk yang satu ketika merupakan kawasan perang. Ada kubu di sini di atas bukit. Jika anda memandu dari arah bandar ke pantai mungkin ada satu dari 2 kapal pelancong mewah ada di tepi pantai. Kapal tersebut kepunyaan sultan.

makan shawarma ... saiz mini kebab dan harga yang murah utk 2 org 3 riyal je 
kapal mewah sultan 
dalam Suoq 
masjid syiah belakang tu  
papantanda baru Oman

Di sini jugak meriah dengan pelancong kerana Matrah terletak di tepi pantai. Ada papantanda baru dibuat di sini dan pelancong dapat membeli cenderamata di Matrah Suoq sama seperti Central Market. Di Matrah juga ada Masjid Syiah dan mereka sangat mudah dikenali kerana pakaian jubah hitam. Mereka bebas berkeliaran asalkan tidak mengganggu ketenteraman walaupun kerajaan Oman dikatakan adalah penganut Suni.


Beberapa hari sebelum pulang, saya singgah di Carefour untuk membeli kurma, teh dan baju-baju murah. 

Untuk Oman, sebulan di sini pada awal nya sangat membosankan dengan cuaca panas dari 30 darjah sehingga 40 tapi di luar Muskat suhu turun sikit. Sehingga lah saya berjumpa dengan guide Mat Noor segalanya berubah.  

Sehari sebelum pulang kami menjamah makanan roti canai di tepi pantai dan menikmati hujung minggu yang tidak dapat dilupakan. Untuk kembali ke Oman mungkin lain kali tapi saya cadangkan sila guna khidmat guide Mat Noor kerana layanan yang taraf ekslusif sangat menepati ciri-ciri seorang guider dan sangat ramah. Anda tidak akan berasa rugi memilih beliau sebagai guide.

Sekian salam kerinduan pada Oman dan guide Mat Noor.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment