Sehari di Oman

Salam, 

Menjelang hari semakin hampir dengan persiapan ke trip ABC, saya dikejutkan pulak berita terpaksa ke Oman. Semua persediaan musnah dan fokus jatuh merudum. Perkara yang dirancang bertahun tetap berjalan tapi saya tidak dapat mengikutinya.

Musim cuti 3 hari yang jarang-jarang berlaku di bulan lain selain pertengahan September dan raya cina habis semuanya terbengkalai. Apapun hidup perlulditeruskan dan saya membawa haluan diri ke Oman pada hari Sabtu 1 September.

Oman terletak di tenggara asia timur tengah. Oman merupakan negara yang panas dan berpasir sama seperti di semua negara timur tengah. Oman adalah negara berketuakan sultan dan negara yang ada minyak. Oleh kerana harga minyak semakin tidak menentu sekarang ini, Oman membuka peluang-peluang perniagaan kepada negara-negara luar tapi mesti atas nama orang tempatan jika membuka perniagaan. Ciri-ciri oman sama seperti negara Brunei cuma rakyat nya orang arab dan sedikit kasar.

Suhu di sini sangat panas sekitar 35-40 darjah tapi bila tiba di luar Muskat jadi kurang namun bulan lepas lebih panas. Ungkapan Muskat adalah Maskat. Kerajaan Oman merupakan negara berkecuali dalam konflik yang berlaku di timur tengah. Kerajaan Oman sekarang ini memberi bantuan kepada rakyat Yemen yang terletak di sebelah bawah nya akibat perang saudara yang tercetus sejak 2015. Oleh itu dapat di lihat di hotel saya duduk ada ramai yang tiada kaki berjalan di sana sini.

Minggu pertama saya tidak ke mana-mana namun minggu ke 2 saya di teman oleh En Mat Nor, rakan senegara yang diperkenalkan oleh kawan kepada kawan abang Othman Naim yang transit untuk mendaki Gunung Kilimanjaro di Tanzania. En Mat Nor tinggal di Oman sejak setahun lepas kerana mengikuti isteri bekerja di sini.

lokasi Kopi Coffee

Kopi Coffee Restoran iaitu satu-satunya retoran selera melayu menjadi pilihan. Kami pesan nasi lemak tapi sudah habis lalu memesan kuey tiaw goreng sahaja. Selepas makan kami menuju ke timur membelah bukit di permulaannya.

laluan membelah bukit

Mulanya kami ke ke Wadi Tiwi. Negara-negara timur tengah tidak mempunyai sungai yang menampung air dan keperluan air yang banyak namun apabila hujan, ia membentuk kawasan takungan air seperti kolam atau lombong atau tasik. Kawasan takungan air ini dinamakan Wadi. Biasanya wadi ini sangat jernih dan tidak kotor. Biasanya pelancong ramai datang untuk mandi atau sekiranya wadi jauh ke dalam, mereka melalui abseiling. Dan bila hujung minggu penduduk tempatan akan memasang kemah di sebelah Wadi.

Di Oman ada beberapa wadi terkenal seperti Wadi Al Arbiyeen, Wadi Al Shab dan banyak lagi. Di sini tiada gangguan binatang kecuali biri-biri dan jarang-jarang terjumpa keldai.    

mula untuk jalan

Wadi Tiwi bukanlah terkenal tapi En Mat Nor merupakan orang Malaysia yang terawal sampai ke sana atas alasan pernah membawa pelancong yang bekerja di pencawang ke dalam kawasan-kawasan pedalaman serta menerokai sendiri tempat-tempat baru.

kawasan tadahan air Wadi Tiwi 


Selepas keluar dari simpang dalam sejam lebih perjalanan kami lalu di kanan selama 30-45 minit lagi. Lorong ke Wadi Tiwi sangat sempit dan biasa nya hanya kenderaan 4 roda sahaja boleh lalu. 



Bila tiba di tempat wadi, kami berjalan lagi selama 15 minit. Wadi yang kami pergi sangat jernih dan dasar air jauh ke bawah.

laluan pemandangan di kampung

Selepas melawat kawasan wadi, kami pun pulang ke ke bandar. Tapi jika meneruskan perjalanan lagi, kami dapat singgah di kawasan simpanan penyu bertelur di pantai Ras Al Jinz. Penyu datang beramai-ramai dan mudah bertelur tanpa gangguan binatang lain dan sebab itu ia banyak sekitar 300 ekor.

Kami singgah di pantai Finn. Pantai Finn sangat cantik dan banyak kawasan boleh lalu dan berhenti. Sebenarnya dari Muskat, selepas 40 minit baru kami nampak laut di kiri. Jadi bila pulang ia di kanan. Di tepi pantai ada banyak padang bola. Kami dapat melihat laut walapun dari jauh. 

keluar simpang 
pantai Fin

Seterusnya kami singgah di Bimma Sink Hole. Kata En Mat Nor, ia adalah kawasan jatuhan meteor berzaman yang lalu lalu membentuk satu kawasan takungan air yang besar. Bimma Sink Hole ini terasa masin berkemungkian terletak sebelah pantai tapi bukan di ketinggian dasar laut yang sana. Tapi ada beberapa lagi tempat yang dipanggil Sink Hole selain sini.

Bimma Sink Hole 


Apapun seharian kami diakhiri dengan makan kedai nari arab di bandar Muskat sekitar 6 riyal untuk 2 orang makan.


nasi arab portion besar boleh makan untuk 2 orang  


video di hari kejadian

Sekian catatan tidak seberapa. Pada yang mahu mencari tour guide di Muskat boleh hubungi En Mat Nor di talian+60126390769 atau +95879369393.

Wsalam.


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment