Gunung Ulu Sungkai

Salam, 

Setelah sebulan terperangkap di Oman, saya membuka langkah menuju ke Sungkai. Desakan kerja yang sangat tidak memudahkan, maka ruang ini sahaja yang tinggal untuk merealisasi sekali lagi aktiviti mendaki.

Bulan Oktober merupakan bulan perubahan musim dan hujan setiap hari  di sekitar Kuala Lumpur. 


Akhirnya saya ketemui masa untuk mendaki ke Gunung Ulu Sungkai. Setelah beberapa rakan gagal untuk bersama, saya berjuang untuk tiba di Hospital Sungai Buloh. Dari sini saya menaiki kereta bersama KP gantian, Sham dan Atiqah. Kami tiba di Rumah Hasif di Felda Trolak di jalan lama ke Ipoh dalam sejam.


Hasif merupakan rakan DOM atau Delta Outdoor. Pagi subuh hari kami di jamu mee hoon serta kuih sambil menunggu rakan-rakan dari Ipoh dan Penang tiba seperti Khirman, Azam@Optimum Prime and Yuz serta Simon dan Wani.

gambar dari Faiz ... guide dan assisten

Semua sudah tiba dan Kami menunggu Cikgu Nik menaiki 4x4 menuju ke pintu masuk Sungai Klah Hot Spring. Kebetulan Larian Delta Ulu Sungkai juga berlaku masa yang sama jadi kami tidak naik 4x4 dan menggunakan 3 kereta untuk parking.


Untuk trip kali ini Hafifi atau Mat Pie menjadi operator antara peserta dan guide. Guide untuk trip kali ini adalah Tahir dibantu oleh Afiq.


Kami bergerak pukul 10.15 pagi dan kata Sham kami akan tiba di kemsite Kancil pukul 4 lebih. Ternyata kami tiba pukul 12 tengahari dan terlalu awal. Kem Kancil ada air yang cukup untuk masak dan mandi. 

cite pokok dan khasiat

Setelah khemah di pasang, makan tengahari serta solat, pukul 2.30 petang kami bergerak ke puncak Ulu Sungkai yang cuma 2 jam.

azam pura-pura pengsan

Puncak Ulu Sungkai agak luas tapi kurang pemandangan.   

original ahli next next gunung please

Malam nya Mat Pie menyedialan kamben barbeque. Hujan sepanjang malam ke pagi dan tidak menjejaskan khemah kami.

gambar ramai-ramai di puncak 

Esok nya kami bergerak pukul 10 pagi menuju ke air terjun. Sementara menunggu 4x4 datang kami puas mandi.


Setelah 4x4 datang, kami bergerak keluar menuju ke keret di Sungai Klah Hot Spring. Aman yang duduk di belakang jatuh dari tempat duduk tapi mujur kenderaan tidak laju. Bila tiba di sana , ubah disapu tapi Dia pengsan selama 5 minit. Kami menghantar nye ke Hospital Slim tapi keadaan nya baik.  Setelah semua selesai kami pulang ke haluan masing-masing. Malang sedikit bila kereta yang diletak di Hospital Sungai Buloh hampir dikopak tapi tiada apa-apa.

aman pengsan

Sekian untuk kali ini. Moga ada lagi trip selepas November kerana angin monsun yang menyebabkan sungai naik dan banyak hutan di tutup. p

Gambar-gambar dari peserta.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment