Cuti-cuti Utara - Kangar dan Alor Setar

Salam 

Sebelum menghadapi cuti sekolah di awal tahun depan dan cuti panjang ini, kami sekeluarga ada merancang bercuti. Kami memilih haluan ke utara.

Tiba pada hari kejadian, perjalanan kami terus ke Arau menaiki ETS pada pukul 11.30 malam di Platform 2 KL Sentral. Tempat duduk selesa ada tempat plak untuk mengecas disediakan tapi lampu terang sedikit mengganggu. 

di KL Sentral 


Jumaat

Tiba di Arau pukul 5 pagi tapi kereta sewa yang dicari melalui laman facebook ke sesawang di sini  tidak menjawab panggilan walaupun sudah dihubungi malam semalam. Apa pun alternatif ke2 melalui nurkasih homestay yang juga menyediakan kereta sewa menjadi pilihan tepat.



Selepas solat jumaat kami dan perut merasa lapar, kami menuju ke kawasan makanan sedap di Ladang Nipah Kipli yang berjarak 30 minit dari homestay. Tempat dan makanan banyak pilihan di sini cuma sedikit ke atas. 


Selepas makan kami ke Perlis Herbal Forest. Teringat tahun lepas sekitar mac saya melalui jalan yang sama menaiki Wang Gunung dan menikmati pemandangan di atas sana. Selepas masuk ke dalam kami di kenakan bayaran yang agak murah. Sambil bergambar kami bergerak sekeliling di kawasan yang tidak besar.





Sekitar pukul 6 petang kami bergerak ke Kuala Perlis. Kami singgah di Masjid Terapung Al Husain untuk bergambar.


di Masjid Terapung Al Hussain 

Selepas bergambar kami ke lokasi makan ikan bakar di Lynda Ikan Bakar. Di perlis banyak sangat di jual masakan ikan bakar. Kuala Perlis terletak di tepi pantai dan salah satu laluan feri ke Langkawi dan merupakan laluan tempat kenderaan ke Langkawi melalui pengangkutan yang dipanggil Roro di sebelah Masjid Terapung. Tapi walau apapun harga yang saya bayar untuk makan 7 orang sekeluarga adalah RM84.




ada taman permainan di sebelah .... layan jap 


Selesai makan, kami pulang dan aktiviti tamat.

Sabtu 

Hari ini kami bergerak ke Gua Kelam dan singgah bersarapan dalam perjalanan. Di sepanjang perjalanan kami dapat tengok sawah padi di kiri dan kanan. Di Gua Kelam, kami masuk sehingga ke hujung gua sepanjang 400 meter.


gayat


alisha gayat







bergambar dengan anak-anak 






Selesai di Gua Kelam, kami ke Padang Besar yang tidak jauh dari sini. Kami tiba di sini sekitar pukul 1 tengahari tapi orang sangat ramai. Untuk makan di gerai yang banyak pun susah untuk mendapatkan meja yang kosong. Di sini kami membeli sedikit makanan dan saya membeli kasut sukan yang murah. 


Padang Besar yang padat dengan orang ramai 

Oleh kerana tiada lagi aktiviti kami pulang semula ke homestay tapi singgah dulu mendobi. Malam nya kami keluar makan sambil menyaksikan perlawanan akhir bolasepak Piala AFF antara Malaysia lawan Vietnam di kedai berhampiran.

Ahad

Hari ini kami ke Ladang Anggur di laluan yang sama ke Perlis Herbal. Tapi kami sarapan dahulu di Restoran Eta yang tidak jauh dari homestay.

sarapan pagi di warunf Eta

Malangnya di Ladang Anggur sudah tiada aktiviti dan kami bercadang ke Alor Setar dalam kurang sejam dari sini.





Setiba di Alor Setar kami ke Pekan Rabu membeli jajan.  Kami kemudian ke Menara Alor Setar melihat pemandangan dari atas.



alisha pusing-pusing

Turun dari menara, kami singgah di taman permainan dan menonton wayang di Aman Central di sebelah menara sebelum pulang semula ke homestay.



pesan laksa di tingkat bawah di Aman Central .... kata nya sedap tapi memang sedap

Sebelum sampai kami makan dulu di Kuala Perlis.


malam di Kuala Perlis

Isnin

bergambar di Chaler Nurkasih sebelum keluar

Hari terakhir kami menaiki ETS semula di Stesyen Arau pada pukul 11.30 pagi dan tiba di KL Sentral pukul 5 petang.






ada tempat solat dalam tren

Sekian perjalanan ke utara.


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment