Semalam di Arte Plus

Salam,

Bercuti semalaman di sebelah ampang. Tidak jauh dari tempat bermain. Nampak tempat baru dan mewah. Rate cuma Rm224 sahaja.

Cuma kelemahannya terlalu banyak lif dan satu lif cuma ke kolam Lazy River yang mengambil banyak masa.     

Ada 2 kolam, satu outdoor dan satu lagi Lazy River. Mula-mula memang keliru dengan jalan masuk dan laluan-laluan mencari pintu kerana setiap lif ada 2-3 penginapan sahaja. 

Pada malam bulan mengambang ini, suasana di level R dengan pokok-pokok dihiasi dengan lampu warna-warni.

Walaupun tempat ini terlalu banyak securiti dan menggunakan access kad yang terhad, dari segi lain adalah ok sahaja.

kolam outdoor 













pamplet arte plus 

malam di level R 




tak nampak bulan mengambang sebab dilindungi oleh bangunan

sungai Lazy River 








luar kolam nampak bilik 
dari bilik nampak kolam di CP1 level 35 





ruang lobi

Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Permainan Tamat di Elbrus

Salam,


Kesah tentang Elbrus menjelma lagi. Mimpi tak seberapa indah di kala bayangan puncak sudah hampir kembali menggamit memori.

Persiapan membeli tiket melalui Thai Airways(TA) hanya bermula 2 bulan lepas. Hanya sekali sekala memerhatikan di utube suasana yg sejuk di sana.

Gunung Elbrus di Russia adalah gunung tertinggi di benua Eropah. Dengan ketinggian 5642 meter(18510 kaki) ia terletak di selatan Russia merupakan gunung berapi tidak aktif di Wilayah Kaukasus. Setelah mencuba 2 kali iaitu pada 2012 dan 2015, harapan kali 3 bakal membawa satu kejayan dan kenangan terindah.


Hari pertama - Awal awal kena lipak 
TBS - Mineral Vody

Dijangka bangun pukul 3 tapi terbabas 45 minit. Sampai di TBS pada pukul 4.30 pagi dan berharap bas tiba 30 minit kemudian. Jam 5 pagi di pintu 1 bas masih tiada. Datang pegawai bertugas menukar ke pintu 4. Kesian ramai yang merungut di pagi hari kemungkinan terlepas penerbangan.

team elbrus pertama sampai di Klia ... team ke 2 lagi 2 minggu


Tiba di KLIA pukul 6.44 pagi, team sudah check-in dan berkumpul di McD. Di pintu awal dapat bertemu dengan Deeno selaku KP@ketua Program, Ajoy@Zul Yusof dan Dr Shaidan@doc dari Ipoh.


Kami transit di Lapangan Terbang Suwarnabhumi, Bangkok selama kurang 2 jam sebelum meneruskan perjalanan 9 jam menaiki boeing 777.

sampai di Domodedovo airport
bersama doc shaidan aka James Hetfeld vokalist Metallica
di luat airport

Kami tiba Lapangan Terbang Domodedovo, Moscow  semasa masih cerah. Saya dan Ajoy menukar 50 dollar ke 3070 Rubbles(rubs) untuk membeli lokal unlimited sim card dari MTC untuk mendapatkan line berhubung dengan keluarga dan lain-lain.

bergambar  bila semua ada

Kami ditemani oleh Puan Seri Naja@Puan Seri yang tiba sehari lebih awal. Bila semua ada, Deeno memulakan taklimat ringkas tentang objektif dan perjalanan trip ini. Selepas 6 jam baru kami meneruskan lagi 2 jam penerbangan seterusnya ke Mineral Vody di Nalchik walaupun sedikit kekalutan mengurangkan berat ke 23kg di kaunter.

makanan dalam flight

Kami tiba dalam pukul 2 pagi lalu van menunggu untuk ke destinasi seterusnya.

nak masuk ke lokal flight

Hari ke 2 - Rehat dan Outdoor di Ceget
Ceget

bantu KP angkat duffel

Kami sampai di Azau dan menginap di Hotel Legend. Selepas 5 jam rehat dari jet lag, kami keluar makan di kedai paling hujung di sebelah kereta kabel di pekan Ceget sambil menikmati pemandangan dan mengintai cenderamata. 

di hotel legend

Semasa dalam perjalanan pulang ke hotel, ada cawangan kedai outdoor lokal Red Fox yang popular di Russia. Teman-teman pun terus membeli dan membelek apa yang tak cukup atau untuk kegunaan akan datang. 

makan breakfast

Selesai di Red Fox, kami rehat di hotel.

singgah Red Fox beli barang

Hari ke 3 - Latihan pertama acclamatise 
Ceget

Kebiasaannya untuk mendaki gunung tinggi seperti di Gunung Elbrus, pendaki perlu berada di ketinggian yang cukup tinggi iaitu 2500 meter untuk mendapat oksigen sama seperti di paras bawah. Semakin menaik kadar oksigen di dalam badan akan berkurang dan pendaki sukar untuk bernafas.


Oleh itu latihan acclamatise diperlukan oleh badan sekurang-kurangnya 2 minggu berada di paras 2500 meter. Untuk itu kami berlatih di Gunung Ceget. Menaiki 2 kali kereta kabel, kami berjalan terus naik ke puncak Ceget. Untuk 2 trip sebelum ini, saya hanya sampai di separuh sahaja. 




sampai di puncak Gunung Cheget


Selepas turun di pekan Ceget, kami makan di tempat yang biasa dimakan dan singgah di kedai cenderamata di kedai Zulfiya.

Latihan di Gunung Cheget

jumpa Zulfiya di kedai nya


Hari ke 4 - Permulaan yang memenatkan 
Azau - Barrel Hut/Garabashi

dalam perjalanan ke kereta kabel nampak masjid Terskol 

Pagi ini setelah sarapan kami menaiki van menuju ke kereta kabel di Azau dalam 25 minit. Seperti yang pernah di hadapi, ada 2-3 kali perlu angkat dan tukar stesyen. Tahap penat memang mengujakan. Barang-barang di angkat naik dan turun dan diletakkan di kereta kabel secara sendirian sehingga sampai di Barrel Hut.

naik kereta kabel 



Sampai tengahari di Barrel Hut kami memulakan sessi penat badan dengan memasang pakaian trekking pada sebelah petang. Perjalanan hanya dalam 20 minit sahaja tapi itu pun juga cukup memenatkan. Banyak kelemahan dari segi pakaian dan pemasangan serta cara jalan yang betul jelas perlu diperbaiki sebelum yang sebenar nya nanti.












Hari ke 5 - Permulaan yang memenatkan 
Barrel Hut/Garabashi

macam ni nak naik


Pukul 9 pagi, kami meneruskan latihan fasa berikutnya. Dengan pakaian lengkap, kami mensasarkan trekking sehingga ke ketinggian 4800 meter. Baru 15 minit mendaki, datang satu motorcap untuk membantu kami, kata Deeno melalui Liyana kami naik sehingga 4300 meter. Betul-betul tempat kami berhenti, saya dan doc membetulkan crampon kerana crampon perlu dibuka sebelum naik motorcap. Semasa bersiap, datang Pa Am yang tiba-tiba muncul membantu kami. Perjalanan jauh kami yang menaik meniti tapak laluan orang depan.




Kami sampai di satu tempat untuk berehat. Setelah 20 minit rehat, kami turun ke bawah menuju ke satu tempat untuk menaiki motorcap turun semula terus ke Barrel Hut. Menurut kata Deeno berlaku sedikit salah faham seperti biasa di sini kerana motorcap yang di naiki bukan yang dibincangkan dengan Liyana kerana beliau ada berurusan dengan orang sepatutnya.



Pa Am datang membantu team 1 manakala team 2 bakal menyusul seminggu lepas kami pulang lagipun perbincangan mendapatkan guide tempatan gagal 




Malam ini kami rehat kerana terlalu penat dan pendakian ke puncak ditunda sehari. 

bersama pendaki-pendaki dari Aizerbaijan

Hari ke 6 - Latihan 4800 meter 
Barrel Hut/Garabashi


Selepas sarapan, Pa Am ada melihat peralatan. Penat semalam tak hilang, kami turun ke Mir Station untuk makan tengahari. Masing-masing mengidamkan kambing. Di Mir Station, terdapat banyak kedai cenderamata dan pemandangan gunung yang cantik. Kami kemudian makan di Full House cafe dan mampu memesan kebab sahaja.

kambing tak de ... makan kebab je

Deeno dan Ajoy turun ke bawah iaitu Azau untuk menukar duit. Tapi sekembali nya ke Mir Station pada pukul 4 petang, station sudah tutup sejak pukul 3 petang. Mereka jalan kaki naik ke atas menuju ke Garabashi dalam 1.5 jam. Dalam perjalanan ada terdapat memorial monumen perang pada mereka yang terkorban semasa perang dunia ke 2 dahulu. Apapun Ajoy tiba awal 30 minit dari Deeno.


Petang tersebut, kami bersiap untuk malam ini pendakian ke puncak. Setelah bersiap sedia, ada berita buruk di mana angin kuat hampir 60 km/j dan cuaca sedikit buruk jika dipandang ke arah. Jadi untuk hari ini, hajat kami ke puncak tertangguh seketika. Kami meneruskan tidur dan menunggu masa lain untuk ke atas.  

monumen perang antara mir dan garabashi

memenatkan

Hari ke 7 - Permainan menunggu diteruskan 
Barrel Hut/Garabashi

pagi di Garabashi 





Kami bangun lewat hari ini iaitu pukul 8 pagi. Selepas sarapan, doc kata mahu turun ke bawah untuk membeli walking stick baru sambil menukar duit dan mencari kedai outdoor dan makan tengahari.


guna google translator untuk tukar ke english di mir station

Apapun setelah masuk ke tong drum, kami membetulkan tongkat Puan Seri yang tidak dapat lock sejak turun semalam. Ajoy melihat dari utube dan berjaya membetulkan walking stick dan doc tak jadi untuk turun.


Sekitar pukul 1 tengahari, kami makan biasa dan rehat lagi sementara Pa Am dan Puan Sri menuju ke cafe di bawah ini.


Pukul 9.30 malam kami bersiap sedia untuk meneruskan misi mustahil. 2 jam menunggu Rowstuck atau Snowcap tiba mengambil kami dan menghantar di ketinggian 4900 meter.

Hari ke 8 - 7 tahun cerita Elbrus berakhir 
Barrel Hut-Peak

sarapan dah muak dah

Perjalanan pun bermula menaik. Ribut dan angin kuat sesekali datang. Trekking di waktu malam dan curam kadang kala mengganggu kami. Pa Am di depan dan Deeno di belakang.

dalam rowtruck

Perjalanan menaik sehingga ke laluan ke kiri dan menurun sedikit menuju ke tempat terbuka yang dipanggil Sadle Rock. Ada 2 kesilapan di sini iaitu tidak memakai gaiters dan tidak makan walaupun air dan makanan sudah diletakkan di baju. Kesudahannya jari kaki kebas bila angin sejuk masuk ke ruang double boots. Bimbang juga dengan angin masih kuat dan matahari mula membelah malam. Fikiran takut terkena frost bite pun muncul terutama jari kiri kaki sudah terasa. Pandang belakang asyik nak fikir jalan pulang aja. Kami sampai di Sadle Rock dan melihat situasi seterusnya.



Menjelang pukul 9 pagi, ramai beratur di tali. Ada beberapa pendaki yang terjatuh. Seorang wanita kelihatan jatuh perlahan-lahan dalam jarak 100 meter didahului oleh satu beg trekking.


Beg saya tidak dibawa naik supaya tidak membebankan. Sambil di temani oleh Deeno yang tidak putus-putus memberi kata-kata semangat kata-kata yang membawa ramai pendaki yang nak turun tak jadi turun tapi terus naik. Untuk naik ke slope, kami perlu menggunakan ice axe di sebelah kiri dan satu tongkat di sebelah kanan supaya ice axe dapat mengawal apa-apa berlaku supaya tidak jatuh.


Beberapa laluan bertali di sebelah slope sehingga berhabis lalu bersambung dengan jalan bersalji. Akhirnya saya bertemu di tempat saya kali terakhir berenti di tahun 2015. Rupanya pemandangan gunung tersebut bukan puncak sebenar kerana laluan memusing.

rehat dulu

Setelah cuba dan mencuba menggunakan tenaga yang ada, jam 9.48 pagi kami tiba jua di puncak Gunung Elbrus. Begitu ramai pendaki yang lalu samada naik dan turun mahu pun berada di puncak. Kami sentiasa di potong oleh ramai pendaki-pendaki untuk semata-mata sampai di puncak ini. Di puncak yang tidak berapa besar dan hanya satu mercu tanda, ramai bergilir-gilir bergambar. Terasa kebas tangan bila membuka sarung tangan dengan angin yang kuat.


sampai di puncak Elbrus
PS
deeno
ajoi
doc shaidan 

turun sudah
tiba di puncak 

Apapun gambar ada sedikit kurang kerana diri ini kurang upaya untuk menekan gambar. Selepas lama sejuk di puncak, kami turun mencari rowtruck untuk turun ke Barrel Hut.

Waktu turun memang laju. Dari slope ke Sadle Rock sekejap je. Saya di belakang sekali dengan perasaan mengantuk sangat dan jalan perlahan dengan Ajoy di depan sikit. Setelah nampak dari jauh satu rowtruck sedang menunggu, saya dan Ajoy jatuh dari curam. Mujur tak jatuh jauh. Pandang ke atas ada tongkat dan 10 meter ada tongkat satu lagi. Saya cuba melambai ke arah rowstuck tapi tiada respond. Dengan bantuan tenaga lemah yang ada, saya cuba bangun dengan ice axe dan cuba mencapai ke arah tongkat yang terdekat.

Setelah berjaya naik ke laluan yang lebih selesa, saya menuju ke laluan Ajoy yang juga dapat naik. Saya akhirnya sampai ke rowtruck setelah sejam mereka menunggu.

Setelah membayar 60 dollar, kami turun ke Barrel Hut dan bermalam lagi. Makan pun kurang selera dan malam ini kami tidur nyenyak.

Hari ke 9 - Tidak sempat ke Nalchik
Barrel Hut-Mockhba







Selepas subuh, sarapan dan bergambar kami turun ke bawah melalui kereta kabel. Menikmati pemandangan terakhir dan sampai di Azau, kami ke Hotel Legend semula untuik bersih diri dan ke Ceget untuk membeli cenderahati serta memulangkan balik barang yang disewa. Pa Am tinggal di sini untuk meneruskan misi ke 2 iaitu misi belia negara yang melibatkan anaknya Sofea serta bertemu dengan sahabat-sahabat lama.

sudah nak balik ke Moscow

masa nak cari pintu D ni .... katanya kereta hotel dah ronda 2 kali 
makan ni je senang

2 hari tertunda jadi kami tidak ke Nalchik lalu terus ke Lapangan Terbang Mineral Vody untuk ke Moscow pada jam 4 petang. Kami tiba di Moscow pukul 8.30 malam. Kami menginap di Hotel Alexandria lalu makan malam mashed potato dan salad kerana tiada makan halal di sini.

Hari ke 10 - Red Square, Hard Rock dan Outlet Belaya Dacha
Moscow

Pagi sekitar jam 10 kami menuju ke lapangan terbang cuma 10 minit sahaja untuk menyewa kereta yang diatur oleh Deeno serta dipandu nya sendiri. Deeno pernah bercuti lama di Eropah dan mampu menbawa kereta memandu di kiri.










Kami menuju ke Red Square dalam sejam perjalanan tapi hujan agak lebat. Setelah ke Red Square kami ke Arbat Square mencari Hard Rock Cafe. Akhirnya ke Outlet Belaya Dacha. Banyak jenama barangan mewah dan terkemuka ada di sini seperti Pandora, Salomon, Reebok dan lain-lain.


bagai ayam dan itik belum masuk kucing dan binatang lain


di Hard Rock


ronda Moscow nampak orang jalan kaki atas tu 


pemandangan biasa dan cantik di jalanraya
sampai di Outlet Belaya Dacha mercu tanda



Kerana masa sangat terhad kami tidak berjaya menjejakkan kaki ke Red Fox lagi. Dalam bersiap untuk pulang ada sikit kekalutan seperti tertinggal passport dan halangan dari polis lapangan terbang. Apa pun syukur kami dapat naik ke penerbangan seterusnya.

mai pilih di Outlet Belaya Dacha

jalan-jalan Moscow
terima kasih PV Deeno dan Pa Am memberi saya peluang kali ke 3

Hari ke 10 - Pulang ke ganggang
Klia

Kami tiba di Bangkok pukul 11 pagi dan meneruskan penerbangan ke Klia pukul 4.40 petang. Kami tiba di Klia pukul 7.30 malam. Saya selamat tiba di rumah pukul 10.45 malam. Sekian sahaja kali ini.

Sedikit maklumat dari FB Alpine Club Malaysia
Beberapa fakta yang ingin dikongsi kan untuk ekspedisi kali ini:
- peserta paling senior ialah Dr Shaidan berumur 61tahun
- peserta paling muda, Ajoy, 32tahun dan bercadang untuk membuat world7summits Beliau sebelum ini turut mendaki Gn Kilimanjaro.
- Amir Abidin berjaya ke puncak selepas percubaan yang ke-3 sebelum ini pada tahun 2012 & 2015
- PS Najatul Haya merupakan satu-satunya wanita dalam ekspedisi ACM-PVSB kali ini, namun mempunyai kemampuan seperti peserta lain.
- Pendakian semalam merupakan kali yang ke-5 untuk Ilham - Presiden ACM
- Pendakian yang ke-3 untuk Deeno (2x summit, 1x gagal)
- Ekspedisi kali ini merupakan kali yang ke-4 dianjurkan oleh Kelab Jelajah Alpine (ACM) & Puncak Ventures (PVSB)

Gambar dari Deeno, Pa Am, Ajoi dan lain-lain

Wsalam

 photo pn80517_zps08rer6as.gif