Batu Mera dan Fakir Terbang ... best best bestttttt

Salam ,

Batu merah atau Red stone serta Fakir Terbang atau Poor Fly. Begitu lah nama yang mudah di convertkan ke Bahasa Ingris. Asalnya bermalam tapi kami cadang esok pagi baru naik dan ternyata tak payah bawak load maka kami cepat sampai.

Terletak di Tasik Pedu, tasik yang kini sudah menjadi sejarah selepas perang kerana tiada lagi aktiviti hiruk piruk bersama kawan atau keluarga menikmati riadah bersama. Tiada lagi aktiviti jet ski, tubing mahu pun kayak bahkan tiada tempat menginap lagi. Hanya dibiar lembu-lembu berkeliaran meragut tanah tandus tidak dijaga melalui jambatan buruk dan jalan terbiar. Minggu sebelum nya baru saya menyaksikan sendiri kesan kemelesatan tempat pelancongan di Bukit Merah terbiar menambah senarai terbaru satu lagi projek terbengkalai Mimaland. Harap ada orang kaya datang melabur dan membangunkan semula tempat-tempat ini.

Apapun perjalanan ke utara dengan 2 buat kereta selama 5-6 jam di jumaat malam sabtu menuju ke pagi juga satu cabaran pemandu. 

Dari Ipoh serta orang kampung jugak akan berangkat sama lalu kami tiba di Masjid Muazam Shah, Kuala Nerang. Nyamuk sedikit terbang di telinga tapi kami tak kesah kerana sudah lali.


Di masjid, kami solat subuh dan sarapan sambil berkenalan dengan kak Intan selaku co operator untuk trip kali ini. 

Laluan ke Tasik Pedu selama 30 minit di sebelah kiri serta pandangan sawah padi sangat menarik di sini. Di simpang laluan ada sekumpulan kereta berhenti melihat burung menggunakan kamera atau teropong mahal mereka.

Di permulaan trek pemandu arah Abang Nas atau Ayin atau Nazri yang sebaya saya beza 4 bulan memulakan mukadimah pagi. Ingat kan laluan kiri rupa-rupanya di kanan.

pintu masuk mesti jumpa ni 

Trek Gunung Batu Merah jugak mempunyai batu besar tapi tidak di laluan. Tiada punca air kerana musim panas yang lama sehingga kering tapi terdapat laluan air. Trek yang berangin sepoi-sepoi bahasa kadang-kadang datang 5 minit sekali bagai mengimbangi panas yang mula mencelah.








Kami di temani oleh pendaki-pendaki dari utara yang begitu ramah namun awal-awal ini kami masih tidak mengenali semuanya.




Tiba di puncak Gunung Batu Merah pada ketinggian 540 meter, acara lain menggunakan tali untuk abseiling diuruskan oleh Abang Nas serta crew-crew nya. Ramai yang gayat, seriau payah nak adjust tapi berkat semangat dari rakan-rakan semua nya jadi mudah.






Kami turun ke bawah pukul 4.20 petang dah terus menuju ke pintu masuk Tasik Pedu untuk meneruskan langkahan seterusnya ke Gunung Fakir Terbang. Dengan tiada air dan penat tak hilang, kami cuba menunda aktiviti pukul 6 petang ini ke esok pagi. Terbaik untuk semua kerana tanpa memikul air dari bawah dengan beg berat untuk ke puncak bermalam di Fakir Terbang, Abang Naz memilih untuk bermalam di tepi tasik. Malam kami di hidangkan lauk masakan yang sedap sambil menikmati bintang-bintang yang jarang-jarang dapat dilihat.


Malang pula datang bila sekumpulan kindzir cuba membuat onar dan provokasi tapi ada rakan yang nampak dan kami cuba memasang api untuk melidungi dari serangan nya.

van armadillo yang mampu mengisi pergi 9 balik 15

Esok nya pukul 7 pagi kami menaik van ke permulaan perjalanan di dalam tepi tasik. Dari sini tidak jauh cuma 15 minit sahaja atau 40 minit berjalan kaki. Gunung Fakir Terbang tidak memberi banyak diskaun untuk rehat. Sama seperti Batu Merah, gunung yang rendah tapi menaik yang memacak di berikan. ada 1-2 tempat memerlukan tali untuk naik. Tapi seronok di pagi hari adalah angin yang datang sejak semalam.

Kami tiba di satu gua atau batu yang besar di mana hanya 10 minit untuk ke atas tempat tengok pemandangan. Di sini terdapat batu sempadan negara memisahkan Kedah dan Siam. Dari jauh nampak tasik yang indah dengan bentuk-bentuk pulau.




menjelajah Banjaran Singgora iaitu pemisah Siam dan Kedah 









Selepas bergambar di tasik kami menujuk puncak lagi 10 minit tidak jauh dari sini. Kami tiba di ketinggian 574 meter. Yang sedikit ganjilnya walaupun puncak nya luas tapi beirutnya terpisah dengan satu batang besi nya sekitar 15 meter. Mungkin gajah yang alih kan.

Selama 2 jam kami di sini sekali lagi acara abseil fresh berlangsung.

makan ngadap tasik

Sebahagian kami tidak mengambil bahagian kerana mau cepat turun tapi kami perlu melalui trans iaitu satu laluan turun di sebelah lain. Turun awal-awal terus mengelongsor kerana banyak batu-batu kecil. Tapi trek turun adalah terus turun sampai ke bawah selama sejam lebih. Kami pun menaiki van menuju ke kereta. Apa pun terima kasih pada Abang Naz dan crew-crewnya yang menyediakan masakan kampung ala-ala ikan goreng

Apa cadangan cendol durian terpaksa dilupakan kerana masa yang suntuk di mana perjalanan 6 jam pulang. Sekian trip kali ini. Aktiviti hardcore akan menyusul nanti di bulan akan datang.


  




 

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment