Perjalanan Akitiviti Talamau - Terkehel di kaki kanan

Salam, 


Mendaki ke Gunung Talamau bukan lah alternatif bagi saya cuma sekadar menikmati salah satu dari beratus gunung di Indonesia walaupun hanya di Sumatera. Pada masa yang sama ada teman-teman memilih ke 3 sisters di Tawau atau macam-macam trip yang belum lagi sampai tapi hati ini memilih di laluan yang tidak asing iaitu di bumi Indonesia. Meskipun sakit kaki kiri hampir-hampir sembuh tapi rasa ketakutan andai ada kecederaan lain datang tetap ada dan yang di takuti sampai juga.

Gunung Talamau hanya lah tertinggi di Kabupaten Pasaman Barat, tidak nama besar seperti  gunung-gunung berstatus 7 submit tapi tentangan nya tetap ada. Bagi  trip Orang Gunung Kuala Lumpur atau OGKL, dari 13 yang membeli tiket cuma 10 dapat meneruskan perjalanan. 10 orang antaranya Khairul Nizam(ijam selaku KP), Pak Teh, Abam Roslan@Che Lan, Roslee Musa, Azhari@Bulat serta isterinya Lin, Sue ibu amani, Besek Sarina@Spy dan Syairah@Ude.  

terbang menuju ke Padang

27april2019


Semasa hampir masuk ke pesawat, dapat berita yang tiket Ude bermasalah dari Ijam. Ude menggunakan applikasi android di telefon untuk check-in sahaja tapi kali ini tidak ada penerbangan pergi untuk pagi ini walaupun semalam nya ada nampak 11 pagi waktu berlepas. Kes ini agak ganjil juga kerana tidak pernah berlaku pada kami yang menggunakan website.

terkoyak tali beg

Apabila tiba awal seawal 11.10 pagi di Bandara Minangkabau di Padang waktu tempatan, semasa mengambil sessi beg, beg Sue sudah terputus di ke2-2 ikatan. Kami sangka perbuatan khianat dari krew Airasia kerana potongan nya sama di kiri dan kanan. Tapi Ijam sempat mencuba dan memotong di bawah nya dan ternyata memang tali beg sudah reput. Mungkin ini kes terpencil kerana jarang berlaku tali putus tapi Ijam ada bawa satu tali gantung yang digunakan oleh Sue untuk mengikat keseluruhan beg.

sampai di bandara Minangkabau
susun beg dalam mobil

Sekitar 30 minit menunggu Yogi, guide kami pun sampai lalu membawa kami keluar dari bandara. Ada 3 mobil  di mana 1 darinya hanya mengisi beg@tas.

makan nasi padang dulu

Sekitar 1.40 tengahari kami berhenti dan makan nasi padang di tepi laut melalui jalan pintas. Dalam masa yang sama mobil akan berhenti membeli barang keperluan dan singgah solat serta membeli Pulsa. Di sini saya membeli 5 gb berharga 35k rupiah yang boleh dipakai selama sebulan. Murahkan.

isi minyak tepi jalan je

Selanjutnya mobil berhenti rehat lagi pada pukul 7.15 malam untuk makan malam nasi padang lagi tapi ekslusif sedikit. Jam 10 malam baru kami sampai di basecamp Talamau, Desa Pinaga.

makan lagi

Kata Yogi kami perlu berjalan lagi 2 jam untuk ke starting point tapi sebenarnya biar esok sahaja kerana sudah penat mengharungi 8 jam dalam mobil. Kami kemudian masuk ke basecamp Talamau dan bertemu dengn ayah Andri yang merupakan orang perantara naik Gunung Talamau.

tengok budak sunat

Selepas bersiap dan rehat saya bersama Pak Teh dan Che Lan berjalan di sebelah kerana ada upacara sunat. Apa yang menariknya sepanjang dari bandara ke sini ada banyak majlis kenduri kahwin di jalan raya. Sambil bersembang dan mengopi, Pak Teh cuba berduet nyanyi tapi sudah tutup dan kami pun pulang.

28april2019

Seawal 6 pagi kami sudah solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan. Agak menariknya di sini bilik air atau kamar kecil nya di bawah adalah kolam air tapi untuk membuang air besar harus turun ke longkang atau tempat terbuka jadi disarankan untuk membuang bagi yang tidak biasa adalah waktu malam takut kena intai.


Jam 8 pagi kami bersarapan lontong yang dibeil oleh Yogi dan kru-krunya. Antara nama-nama kru Yogi adalah Rizki, Nget. Antri dan Rahmat@mamat. Mereka semua dari karimbo team yang muda-muda dan kurus-kurus. 


bergambar dahulu

Untuk pakej kali ini kami adalah lebih pada konsep pendaki pelancong iaitu tidak perlu bawa resyen, atau berat-berat atau boleh menjadi boss seperti meminta air kopi apa yang mahu janji boleh disediakan.

naik lori

Jam 8.20 pagi kami bergerak naik lori kebun selama 3 kilometer di ketinggian bawah lagi iaitu 230 mdpl. Kami dapat melihat tanaman-tanaman seperti jagung serta pemandangan puncak Talamau di kiri.

Tiba di starting point pada pukul 8.45 pagi kami mula berjalan. Perjalanan tanah merah menyusuri sungai kecil dan trek memacak terus. Sebelum sampai ke Pos 1 Harimau Campo, ada 2 laluan bertali harus naik. Jam 9.20 pagi kami sampai di Pos 1 Harimau Campo berketinggian 710 mdpl. Waktu ini Bulat bergerak di belakang. Ijam dan Roslee juga di belakang dan bila sampai di Pos 1, kasut mereka sudah ternganga.

sampai dalam kurang sejam

Kata Bulat beliau bermasalah dengan fizikal. Setelah berbincang dan mengambil kata putus, Bulat tidak mahu meneruskan perjalanan. Lin yang sudah menyapu solar atau diesel di kasut kerana ada pacat di trek ini terpaksa ikut turun ditemani oleh Mamat. Jadi 11.15 pagi kami bergerak dari Pos 1 Harimau Campo  tanpa Bulat dan Lin tapi Mamat akan naik semula.

Perjalanan ke Pos 2 Rindu Alam atas kertas adalah 3 jam. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti beberapa kali. Yogi awalnya ada bersama kami manakala krunya kadang-kadang ada. Hanya Antri yang meneman kami di depan. Ada satu ketika kami hampir sampai di Pos 2 Rindu Alam tanpa kru Yogi. Jadi kami yang awal menunggu pun terlena ke dunia lain. Rasa lama tertidur sehingga Antri sampai dan memberitahu kami tidur sebelah Pos 2 Rindu Alam sambil menunjukkan signboard Rindu Alam dalam 40 meter sahaja.


Jadi pukul 2.15 petang kami sampai di  Pos 2 Rindu Alam berketinggian 1100 mdpl dan menunggu kru-kru Yogi sampai. Kata Ijam kami harus tidur di Pos 3 Bumi Sarasah supaya esok dapat sampai awal di puncak. Selepas menunggu tidak juga sampai kerana kami mahu makan tengahari takut lambat dan dengarnya mahu dimasak dahulu nasi dan lauknya. Hanya Antri yang turun dan naik mengambil tas-tas besar mereka al maklum kami sekarang pendaki pelancong.


Sampai awal di Pos 2 Rindu Alam

Untuk ke Pos 3 Bumi Sarasah dengan beg besar kami perlu 3 jam lagi jadi dijangkakan akan gelap untuk sampai ke sana jadi bila kru-kru Yogi masih belum kelihatan maka kami buat keputusan untuk bermalam di Pos 2 Rindu Alam sahaja. Sebelum gelap, kami sudah siap makan beberapa kali.

lalu bermalam di sini

Di Pos 2 Rindu Alam ada sungai kecil mengalir dalam 70 meter di bawah. saya masih terbayangkan bila aksi Pak Teh di Korea berulang di sini. Hanya yang tau sahaja tau kisah ini.

mana-mana tempat sampah sentiasa ada

Untuk malam ni, 3 kemah di bentang sebelah menyebelah dan tak perlu buka pagi esok kerana kami ada satu malam lagi di sini. Jadi esok kami dijangka bekerja keras untuk sampai ke puncak dan tiba sebaik gelap.

29april2019

Hari ini ramai bangun pagi sebab sudah tidur awal. Yogi tidak naik dan hanya menyediakan makanan sahaja. 

Pos3 Bumi Sarasah sepatutnya bermalam

Seawal jam 7.08 pagi selepas sarapan sikit indomie goreng dan sup, kami bergerak daypack menuju ke puncak. Katanya 3 jam dari sini tapi kami sampai awal 9.40 pagi di Pos 3 Bumi Sarasah pada ketinggian 1880 mdpl.

ingat dan sampai rupanya baru kat level 2500 mdpl
panas dan sedikit lapar ... muka ada sikit keras dan tajam

Setelah rehat 20 minit dan bergambar, kami meneruskan perjalanan dan pada 1.20 tengahari kami sampai di Pos 4 Paninjauan pada ketinggian 2500 mdpl. Dalam perjalanan ke sini ada pokok-pokok besar sebagai tanda aras untuk sampai. Che Lan di belakang sudah nampak kepenatan tapi dapat sampai juga.

sampai di telaga


Setelah puas melayan batu-batu dan menaik memacak tinggi, baru lah kami tiba di padang Sirinjano pukul 3 petang. Di padang ini ada 13 telaga atau tasik iaitu Telaga Putri Sangka Bulan, Telaga Tapian Sutan Bagindo, Telaga Putri Mambang Surau, Telaga Siuntuang Sudah, Telaga Puti Bungsu, Telaga Rajo Dewa, Telaga Satwa, Telaga Lumuik, Telaga Biru ,Telaga Mandeh Rubiah, Telaga Mambang Langik, Telaga Cindua Mato dan Telaga Bulan Perindu. Tapi dari bawah nampak 2 telaga dan dari atas ada 3. Tidak jauh dari padang ini di kiri dan dari jauh atas nya ada kubah dan itulah puncak Gunung Talamau.




Sebaik tiba di telaga pertama, kami bergambar dan berjalan sebelum rehat sebentar di pinggir Pos 5 Rajawali Putih di ketinggian 2880 mdpl. Selepas solat dan  makan sikit lagi indomie dan masak air kopi, kami bergerak ke atas pukul 5 petang melalui signboard Pos 5 Rajawali Putih




Pukul 5.30 petang baru lah kami sampai di puncak Trimartha yang berketinggian 2982 mdpl. Kelihatan  puncak Beirut kubah masjid tegak berdiri di puncak ini tanpa bendera Indonesia.


Setelah bergambar dan ucapan kami turun ke bawah semula selepas sejam. Kadang-kadang ada kabus menutupi pemandangan telaga serta kelihatan Gunung Sago, Marapi, Singgalang serta Tandikat di hujung sana. Kata Ijam, Yogi akan tunggu kami di Pos 3 Bumi Sarasah dengan nasi dan lauk terhidang sama.

Video di puncak

Beberapa minit selepas turun dari puncak Talamau, musibah pun datang. Sedang kaki kiri selamat mendarat ke rumput dari pijat batu, kaki kanan tiada tempat pijak dan bila pijak kaki kanan terkena kejutan lalu terkehel. Masa ini belum rasa apa-apa kerana baru kena.



video guna drone dari KP Ijam 

Semasa sampai di padang Roslee tercedera berdarah di lutut kanan nya. Ke2-2 lututnya terkena hentakan cuma salah satu nya berdarah. Jadi Roslee ada 2 masalah baru iaitu kasut yang tapak sudah tanggal dan lutut yang sakit bila berjalan. Manakala kaki kanan saya sudah terasa kesakitan. Pada awal nya setiap kali turun menggunakan kan kaki kanan untuk cecah tanah, tahap kesakitan nya tinggi. Jadi saya kena guna kaki kiri untuk lebih laju sedikit walaupun kaki kiri yang cedera sebulan lepas.

pemandangan dari Pos 4 Paninjauan
Video  di Pos 4 Paninjauan

Semasa sampai di Pos 4 Paninjauan, saya meminta pain killer 400 mg sebijik untuk telan tapi tak berhasil. Kemudian meminta 2 biji 500 mg masih tiada reaksi. Kali ini saya terus berjalan sahaja. Bila jumpa tempat curam, saya terpaksa duduk dan turun sampai seret seluar.

Apapun 8.34 malam kami  sampai di Pos 3 Bumi Sarasah tapi kelibat Yogi tidak kelihatan. Che Lan kelihatan mengantuk dan asyik bertanya kemah sebelum tiba di Pos 3 lagi. Apa pun kami perlu lagi 3 jam untuk tiba di Pos 2 Rindu Alam. Rakan-rakan di depan terpaksa berhenti dan menunggu sejam atau 2 jam untuk semua berkumpul. 

Apa pun dengan sabar atau ada yang mungkin pendam kesabaran. kami sampai di Pos 2 Rindu Alam pada pukul 1 pagi. Ada yang mengantuk lalu tidur tanpa menjamah makanan. Ada yang termenung kepenatan dan ada yang lapar terus makan nasi yang hanya berlaukkan sardin. Untuk esok kata Ijam kami boleh mula lewat dari biasa kerana ramai yang penat.  

30april2019

sudah mau turun

Kami bangun lewat dari biasa. Sekitar 8 pagi kami bersarapan pecal@mee sanggul kuah kacang cair. Jam 10.40 pagi baru kami turun ke Pos 1 Harimau Campo.



di Pos 1 harimau Campo
hujan sudah mau turun 

Apa pun perjalanan turun agak landai dan 2.10 petang kami sudah sampai. Sambil menunggu Yogi sampai, kami meneruskan perjalanan turun. Hujan sudah turun lebat selepas kami menyusuri sungai.

bersama Pak Andri dan ayahnya

Sehingga jam 3.45 petang barulah kami sampai di tempat naik lori. Hanya setengah jam sampai di basecamp, kami bersiap dan solat. Kami dapat bergambar di pintu gerbang dan singgah makan Bakso Yanto 25 minit selepas basecamp.

bergambar di pintu gerbang

bakso dulu

Malam nya kami lalu di laluan kelok 44 dan tiba di Bukittinggi untuk bermalam dan bertemu Bulat dan Lin di sana. Oleh kerana sudah ada yang lapar kami keluar menuju ke jam gadang dan makan pagi di Jambatan Pah Peh sebelum pulang ke Hotel Kartini iaitu hotel 3 bintang.

laluan berliku kelok 44 


makan pagi ... lapar

1mei2019

kali ke 2 di Bukittinggi

Kali pertama singgah di Bukittinggi adalah pada may 2010 semasa turun dari Gunung Kerinci langsung bergegas ke Bukittinggi untuk mendaki Singgalang.

beli baju di bukittinggi

Selepas sarapan lontong, kami  meronda di pekan Bukittinggi. Hari ini adalah hari cuti iaitu 1 mei jadi di Bukittinggi atau mungkin seluruh Indonesia meraikan hari buruh dengan berjalan-jalan di luar. Kami menuju ke Jam gadang untuk bergambar dan ke pasar untuk membeli cenderahati. Selesai membeli tidak lama kemudian semua pulang ke hotel untuk bersiap menuju ke padang. Tapi kami ada singgah di satu kawasan untuk membeli jajan. Pukul 2.20 petang mobil tiba di Bandara Minangkabau.

singgah sebelum balik
Gunung Singgalang di sana

4 petang saya bersama Roslee pulang ke KLIA2 manakala yang lain bermalam di Padang. Sekian untuk trip OGKL kali ini. Jumpa di lain trip.

jumpa di lain trip

Tips, kejadian atau baik pulih.
1. Dari 13 peserta beli tiket hanya 7 berjaya sampai ke puncak Talamau
2. Nasi Padang memang makanan terkenal tapi ada kelemahan dia iaitu kena bayar semua sekali makanan yang dihidang tidak kesah banyak atau sikit ikut harga serta kualiti lauk ada yang tidak panas
3. Boleh bawah wang sedikit kerana di pasar Bukittinggi peniaga boleh terima Ringgit. 
4. Boleh minta untuk naik Gunung Pasaman cuma alasannya gunung ini tiada air. Tapi harus ingat Gunung Raung 3 hari pendakian juga tiada air 
5. Untuk membuang air besar di basecamp, bilik air tidak disediakan. Hanya membuang ke sungai@longkang besar.

Kelemahan guide
1. Karimat@alas tidur setiap seorang. Tak perlu kerana peserta memang ada sendiri.
2. Bawak beg galas terlalu besar bagi saiz badan yang tak sesuai. Ini berlaku di Pos 2 Rindu Alam di mana hampir beberapa jam menunggu kru sampai 
3. Masak air dan pilih air satu per satu. Biasa sekali masak peserta akan minum apa sahaja air atau kopi
4. Makanan untuk tenaga kurang. Kami hanya makan mee dalam 3-4 suap sama ada sarapan mahupun makan tengahari yang lewat pada hari ke puncak
5. Janji makanan disediakan di Pos 3 Bumi Sarasah selepas 14 jam berjalan tidak dipenuhi meskipun guide sendiri kata tunggu di Pos 3
6. Kurang komunikasi antara kru dan peserta. Jadi kru akan berjalan terlalu jauh ke depan dari peserta atau berkomunikasi sesama mereka 
7. Masa. Peserta menunggu kru untuk bersiap walaupun sudah diberitahu waktu berjalan atau makan atau mana-mana waktu perjanjian bersama.

Gambar dari interim KP Ijam , Spy dan lain-lain.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment