Kemalangan Infiniti

Salam ,

Biasanya kemalangan akan melibatkan sedar waktu kejadian semasa memandu kereta atau menaiki motorsikal. Jika memandu akan melanggar sesuatu dan jika membawa motor pasti jatuh.

Apapun kes kali ini agak misteri. Menaiki motorsikal seperti biasa semasa pulang dari Bangi membawa satu tragedi yang sedikit mengganggu. 

Semasa membawa motorsikal minggu lepas pada 21 June yang lalu, tiba-tiba terbaring. 5 minit selepas sedar, rupa-rupanya terbaring dari jalan raya Plus selatan di sebelah divider. Kata orang pertama memberitahu saya melanggar kereta tetapi kereta tersebut berlalu sudah. Datang orang berkutnya iaitu pelajar Uniten membawa saya ke tepi dan ke Petronas berhampiran. Motorsikal kemudian dibawa ke Petronas berhampiran. Pelajar tersebut menelepon ambulan dan ambulan menghantar ke HUKM di wan kecemasan. Masuk ke wad pemeriksaan dengan ramai pesakit, saya menjalani pemeriksaan rutin dan ada darah tinggi.

Tak sangka setelah 3 hari berpuasa, ada darah tinggi. Saya kemudian ditempatkan di wad pemerhatian di bawah@groundfloor.

Apapun saya menghubungi abang saya dan beliau datang melihat. Malam nya setelah dibenarkan pulang, saya menghubungi adik pula dan beliau datang sebelum tengah malam.

Yang menjadi kemushkilan adalah adakah saya terkena microsleep atau mengantuk semasa menaiki motorsikal?  Saya tidak merasa melambung atau melanggar sesuatu semasa kejadian.

Setelah bertanya pada beberapa rakan pun mereka ada menghadapi masalah yang sama yang ada masih bertongkat. Apapun syukur , nyawa masih panjang. 









 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment