Pilong-Tenuk-Palok - mencari daypack di Grik

Salam ,

Seminggu lepas Rabung, muncul trip daypack yang jauh sehingga di Grik. Kereta diletakan di apartment sebelah LRT Gombak. Van balik semasa trip Rabung beroperasi lagi untuk trip ini. Bergerak pukul 11 malam kami tiba di Masjid Grik pukul 4 pagi. Selepas subuh Dr Zamri dan Ina dari Sitiawan muncul menjadi kan semua 12 orang. Kami sarapan di sebelah masjid.

Selepas guide Zubir tiba kami bergerak ke jeti Tasik Banding menaiki bot. Signboard Royal Belum berdiri megah di sini. Sebenarnya lokasi permulaan adalah sebelah tapi tiada laluan jadi alternatif menggunakan laluan tasik digunakan. Dalam 40 minit 2 bot kami tiba di tebing pukul 10.30 pagi. Tanpa menberi peluang, jalan terus menaik. 2 kali lalu jalan balak, berpanas di tengahari, kami tiba di puncak pukul 1 tengahari dalam ketinggian 729 meter.

Turun tidak lama dalam sejam. Bot kami menuju ke Pulau Tali Kail untuk makan tengahari dan rehat. Kami kemudian menuju ke jeti dan bergerak ke air terjun untuk membersihkan badan.

Setelah siap kami menuju ke RnR Grik untuk makan malam. Sepatutnya kami bermalam di menara perhilitan tidak jauh dari air terjun tapi ada orang di sana. Jadi malam nya kami merancang tidur di Jeti housebot tapi sudah penuh. Kemudian Zubir mengesahkan ada homestay yang masih kosong lalu kami menuju ke Grik kurang 4 km untuk sampai.

Esoknya kami bersiap menuju ke kaki Gunung Tenuk yang terletak di tepi jalan utama. Sama macam Pilong, jalan bertangga maka kami teruskan dengan menaik. Sebelum sampai ke puncak terdapat seekor gajah berehat dan sedang lalu di depan kami. Kami meneruskan perjalanan setelah laluan dipastikan selamat lalu menuju ke puncak sekitar pukul 11.45 pagi di ketinggian 487 meter. Puncak nya adalah panjang.

Selesai di sini kami turun dan menuju ke jeti untuk makan tenghari di jeti. Selepas solat, kami bergerak ke Hotel Banding iaitu hotel tinggalan untuk permulaan ke Gunung Palok. Perjalanan awal juga menaik selama sejam dan kami tiba pukul 4 petang di ketinggian sekitar 480 meter. Menuju ke puncak di atas nya kami dapat melihat Tasik Banding yang dipisahkan oleh 2 tasik iaitu Temenggor dan Banding.

Setelah turun kami menuju ke air terjun untuk bersiap. Kami menuju ke Grik untuk malam makan dan berpisah dengan Ina dan Dr Zamri serta Zubir yang bakal menamatkan zaman bujangnya bulan depan.

Kami sampai di LRT Gombak pukul 1 pagi. Sekian sahaja perjalanan kami ini untuk persediaan trip yang bakal menyusul minggu depannya. 
   
Gambar-gambar rawak dari rakan-rakan yang ikut.

di Tasik Banding




houseboat

Starting point yang pacak


senang je . tau tau dah sampai



sudah mau ke next destination
singgah makan di Pulau Tali Kail 




trail ke Tenuk





trail tenuk tapi gajah yg lalu





hotel hantu yang dilelong RM22 juta


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment