Rabung - van ekpress

Salam,


Dengan kekuatan 7 peserta( Thina dari Kuantan dan Rohaiza dari Alor Star ) dan 4 AJK, kami menuju ke Gua Musang dalam pukul 11 malam. Ada yang meletakkan kereta di LRT Gombak dan saya memilih di rumah Cikgu Ros di Taman Melati. Ekspedisi ke Gunung Rabung ini adalah kali ke-3 dari OGKL atau Orang Gunung Kuala Lumpur iaitu pada 2003 dan 2011. Di ekspedisi ke 2 dulu ada diselitkan acara abseling. Pihak OGKL menggunakan 2 guide dari PMGM iaitu Ahmad Hafiz aka Mad dan juga Hafiz pelajar MSU sek13 Shah Alam. Oleh kerana perjalanan jauh sekitar 5-6 jam, pihak OGKL menyediakan van yang disewa dan dipandu oleh Topeng.


ada aktiviti balak 

Dari LRT Gombak kami berkumpul dan bergerak pukul 11.20 malam. Kami singgah di Bentong untuk makan dan rehat lalu tiba di RnR Lama Gua Musang untuk transit. Selepas subuh kami sarapan dan bergerak menuju ke kaki Gunung Rabung. Terlepas agak jauh dari simpang Rabung kami berpatah balik ke jalan asal. Ikut kata guide, ada 3 sungai yang sama harus dilalui. Jalan yang tidak rata dan berlubang, maka pemandu powil berhenti selepas sungai ke 2.


Sekitar 10.40 pagi kami memulakan perjalanan menuju ke Sungai Milo yang tidak jauh dalam 30 minit sahaja. Ketinggian di sini adalah sekitar 350 mdpl. Perjalanan diteruskan menuju ke check point(CP) Lorong Tikus. Selepas habis jalan batu, laluan licin berbatu besar menanti. Semalam kata orang tempatan hujan jadi trek agak licin dan kami mencari pemijak yang berlubang dari yang rata kerana sangat licin.


check dalam tak ... powil takut nak lalu
tutup longkang nak kasi powil jalan

Kami berehat setelah 55 minit berjalan kerana terdapat satu kawasan yang sesuai untuk rehat. Kami sepakat untuk makan tengahari terus sebelum meneruskan perjalanan. Laluan permatang resam menaik sedikit. Kata Mad ada simpang menaik ke kanan dan ada laluan.

di Sungai Milo


Ada yang meneruskan perjalanan dan menjumpai CP Lorong Tikus yang terletak di depan lagi dalam 500 meter dari sini. Dari CP Lorong Tikus kami menuju ke CP Kaki Kor. Dari Kaki Kor yang setinggi 730 mdpl menuju ke CP Kor agak tinggi tapi tidak jauh.

jauh datang

Dari CP Kor menuju ke CP Permatang juga tidak jauh. Kebanyak CP ke CP adalah antara 30 minit ke sejam tapi dari Permatang ke CP Buloh sekitar 45 minit.

rehat dulu

lalu CP helipad tiada tempat rehat

Dari jarak jangkaan seterusnya kami menjangkakan tiba di Kem Taman dalam 7.20 malam tapi dari CP Buloh ke CP Helipad cuma dalam 10 minit dan dari CP Helipad ke Kem Taman dengan jalan sudah sedikit lantai, kami tiba di Kem Taman dalam pukul 6 petang. Kem Taman terdapat waterpoint tidak jauh dari sini. Perjalanan petang dengan bunyi seperti mahu hujan tapi alhamdullillah tidak turun.

kemsite bermalam

Malam makan nasi ayam kunyit yang sudah siap disediakan, telur dadar serta sup sayur jadi kami tidur awal seawal pukul 10 malam lampu sudah ditutup.

Esok nya seawal jam 3, kami sudah bangun untuk bersiap. Pukul 4.15 kami bergerak naik ke atas menuju ke puncak pukul 6 pagi yang berketinggian 1539 meter. Tiada beirut hanya tiang dengan 2 bendera Malaysia sahaja. Dalam 2 minit dari puncak ada satu viewpoint untuk melihat Gunung Tahan.



antara peserta-peserta di puncak Gunung Rabung

Sekitar pukul 7.40 pagi kami semua turun menuju semula ke Kem Taman untuk bersiap keluar. Dalam pukul 1 tengahari, saya sudah sampai ke Sungai Milo untuk mandi dan berehat serta menunggu rakan-rakan belakang tiba.

tu dia view Gunung Rabung dari jalan raya
ada air terjun dalam beberapa hari perjalanan seperti yang diberitahu di signboard ni

Pukul 3.20 kami bergerak menuju ke tempat powil menurunkan kami dan kami tiba di RnR Lama Gua Musang dalam 4.30 petang. Thina yang memandu dari Kuantan bergerak awal dan kami yang menunggu van Core dibawa oleh Amin dijangka sampai pukul 7.30 malam. 

makan malam dan penutup

Sessi taklimat ringkas diadakan di sini sebelum pulang. Selepas bergerak pulang, Kami menuju ke LRT Gombak pukul 1 pagi dan pulang ke rumah masing-masing.

Sekian.

Nota: Gambar-gambar dari rakan-rakan.

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment