Jalan jalan balik kampung lagi

Salaam,

Setelah terlepas 2 cuti hari isnin, pada hari Malaysia yang lalu, saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di Semanggol. Rancangan mendaki ke Gunung Semanggol tidak menjadi mungkin lain kali. 

Sebelum sampai, sarapan dulu di Kuala Kangsar. Tempat agak menarik. 








Selepas sarapan kami sampai di kampung dan menanti kakak di sana. Pukul 12 kami bersiap untuk ke Bukit Mertajam untuk bermalam di sana. Setiba di Bukit Mertajamm kami gagal menjumpai kawasan menginap di Bandar Perda. Kami tidak sedar tempat ini sedang renovate kerana pihak pengurusan hanya menghantar email sahaja untuk makluman.

Kami pulang semula ke Semanggol. Esok nya ada kenduri doa selamat keluarga Allahyarham Sudin iaitu ibu bapa pada mertua saya.





Selepas jam 12.30 selesai kenduri kami bergerak ke Sungai Petani untuk bermalam di Swiss Inn yang sudah di tempah malam tadi. Swiss Inn agak baik tempat nya serta luas dalam 100 meter persegi sesuai untuk beramai dan bentang toto. Isnin cuti hari Malaysia kami menghantar kakak semula ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dalam 30 minit perjalanan. Selepas makan tengahari di Sungai Dua saya menghantar kereta ke bengkel berdekatan untuk pemeriksaan clutch.  




Selepas kereta siap dalam 4.30 petang kami bergerak pulang. Apabila memeriksa di google maps tentang jalan jem sepanjang highway saya mengambil keputusan untuk menyimpang ke laluan pantai barat iaitu dari Kuala Kangsar menuju Bruas dan terus ke Teluk Intan. Jalan dari lorong kampung tanpa lampu jalan bertukar ke highway separuh siap melalui 2 tol percuma sehingga Tanjung Karang.






Kami makan malam dan selamat sampai ke rumah pukul 12 tengah malam. Sekian.



 photo pn80517_zps08rer6as.gif