Kabut Serangkai Mawar di Behrang

Salam ,

Setelah pulang dari Russia, tiada trip yang terdekat. Hampir 2 bulan mereput mencari trip yang belum naik. Rata-rata teman-teman sudah melakukan trip yang besar-besar tapi bila sibuk bekerja, maka masa bekerja diutamakan.

Kelmarin Core Adventure diketuai oleh Zuhairi atau Erri telah membuka trip ke Gunung Kabut dan Gunung Behrang untuk peserta turut serta. Oleh kerana tahun lepas saya sudah ke Behrang, maka kami hanya ke Kabut sahaja.

Perjalanan dari LRT Gombak menumpang kereta Cikgu Ros bersama Azie dan Abang Othman Naim. Hanya sejam sahaja ke DOM iaitu Deltar Outdoor My. Kami tiba pukul 1.45 pagi cuma tidur dan bangun 4.15 pagi lalu bersiap menaiki salah satu dari 3 4wd pukul 5.40 pagi. Kami tiba sejam di starting point lalu solat subuh, sarapan sendiri dan dengar taklimat dari gogo. Bersama Farhan@Paan selaku guide serta Jinggo di belakang@ sweeper seramai 27 orang.

Sejam perjalanan balak di ketinggian sekira 340 meter menuju ke pintu rimba dengan jalan menaik sikit demi sikit. Dari sini ke Kem Chum kami rehat pukul 9.50 pagi pada ketinggian 930 meter. Mengikut kata Erri, kami awal tiba dari Kem ini sejam dari jadual. 

Setelah rehat tidak lama, kami bergerak menuju ke puncak. Akhirnya kami tiba di ketinggian 1137 meter. Kawasan puncak agak besar dan bezanya beirut berbentuk batu besar bersaiz segitiga.

Makan tengahari disediakan serta air. Setelah bergambar kami turun dan tiba di starting point pada pukul 5 petang dalam 3 jam perjalanan. Sebelum sampai di pintu rimba anggaran 60 meter ada seekor ular berada berhampiran kami di sebelah kanan. Awal mahu turun tapi menuju masuk ke jalan lain lalu berlalu,

Sambil menunggu satu 4wd dari Megu dan Arip tiba, kami basahkan badan di sungai sebelah kiri kerana sungai redup dan di trek sebelah terlalu terbuka dan panas.

Sampai di DOM kami satu kereta balik awal dan saya tiba di rumah pukul 9.30 malam.

Gambar-gambar dari rakan-rakan trip.

Sekian untuk trip kali ini.

sampai di DOM
di puncak batu segi 3 
sebelum subuh dah gerak
solat subuh sebelum bermula 
matahari bakal muncul tak lama lagi 
dengar taklimat dulu

simpang masuk ke pintu rimba



ray of lights katanya 
cakar rimau ke cakar beruang ni  

ambil gamba rare 

dari arah sisi beirut berbatu 
sakai head banging dari paan dan erri 
    


menikmati tembikai  


paan  
Cikgu Shakey dah lama tak jumpa 
geng geng next next gunung 

cikgu Zul dari Kluang, jauh datang 


rehat macam biasa 

bersama Simon dan madam dari Penang 
gambar berkumpulan di puncak  
rehat di Kem Chum 

ular dikesan semasa turun

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment