Berduri dan Begantong tak sama

Salam,

Hampir 4 tahun yang lalu nama Gunung Begantong di laluan semasa berada puncak Gunung Duri sangat bermain di kepala. Dulu kami nampak satu lorong menurun tapi tiada di kalangan penebas tegar dari mana-mana pendaki tempatan yang dapat meneruskan arah ke puncaknya. Kini ada dengar sudah diwar-warkan puncak Gunung Begantong sudah ada laluan sendiri.

Eddie Jones dari Core Adventure ada menawarkan trip tersebut. Tapi trip tersebut harus melalui Gunung Duri jalan mahu tidak mahu harus lalu jalan yang sama.

Saya cuma dapat mengesahkan penyertaan sehari sebelum kerana aktiviti yang sepatutnya berlangsung sabtu petang dibatalkan. 

Setelah selesai membayar dan esoknya saya tiba di pejabat Core seawal 9.10 malam. Lewat malam hujan sedikit, saya menaiki kereta pelajar MSU, Ihsan dan ditumpang juga oleh Juju.

Sebelum sampai di tol Sungkai, jalan jem teruk lalu kami keluar ke jalan lama di sebelah. Kami masuk semula dari Bidor dan berenti rehat di RnR Tapah untuk makan dan rehat.

6 pagi saya bangun untuk bersiap dan solat. Kami tiba di Shell Ringlet dalam 8 pagi untuk menyusun semua kereta sebelum  masuk ke simpang kiri ke Gunung Duri. Kami meletak kereta di Sekolah Tamil iaitu di permulaan berjalan. Selepas team dari Kay Ahmad dari SOS tiba, taklimat di mulakan oleh Eddie. Seramai 40 orang menyertai trip ini yang sebilangan kecil akan menyertai TNT iaitu Team North Trail yang termasuk Gunung Shoid dan Kasai serta gunung yang hampir dalam 10 hari di hutan. 

Tepat 10.40 pagi kami semua bergerak. Laluan pertama adalah pintu masuk kebun yang dipenuhi oleh kuda yang dibela di padang-padang besar. Selepas melepasi kebun, kami ke kanan lalu naik ke pintu rimba.

Jalan naik sedikit dari resam ke resam. Kurang sejam menaik, laluan menuju ke puncak tipu pertama dan seterusnya. Banyak puncak-puncal tipu di sini. Sehingga kami sampai ke puncak Gunung Duri dalam 3 jam tapi jika tolak menunggu orang belakang boleh jadi 2 jam sahaja. Hujan sedikit lebat dan kami makan di puncak bila hujan sudah reda.

Sambung perjalanan ke Gunung Begantong trek menurun sahaja. Kata Eddie, dijangka sampai dalam sejam dan laluan menurun. Namun adakala naik tapi lebih menurun. Ada jalan yang tidak jelas dan geng menebas mula melibas. Adakala dengar bunyi air di kanan samada kuat atau biasa atau tiada bunyi tapi datang balik bunyi air.

Sehingga sekitar pukul 5.20 petang baru kami tiba di Kem Final 18. Kemsite diluaskan lagi kerana ada ramai. Ada tidur hamok dan berkemah dan 2 ground besar bersebelah di bentang.

Kata Eddie sebelum tu, jika orang terakhir sampai sebelum 3.30 petang, kami akan lajak ke puncak Begantong tapi nampaknya esok pagi lah.

Di sebelah kami ada tidur awal dan menunggu makanan malam siap.

Pagi esok nya pukul 8.50 selepas sarapan, kami bergerak naik dalam sejam perjalanan. Puncak Gunung Begantong tidak lah tinggi seperti puncak Gunung Duri.   

Selepas bergambar, kami semua turun dengan laju nya lalu tiba semula di kemsite Final 18. Kenapa dinamakan Kem Final 18 adalah sebab Eddie yang merupakan kumpulan pertama membuka kemsite di sini bersama rakan-rakan universiti yang dibawa dan mereka menghadapi peperiksaan terakhir pada tahun 2018 yang lepas.

Sebaik bersiap untuk jalan dan selesai makan, hujan turun dengan lebat. Jalan menaik menjadi licin dan ramai lah mula tergelincir dan pergerakan pun perlahanan. Apa pun saya tidak perasan kami sudah melintasi Kem Singgah lalu tiba semula di puncak Gunung Duri. Perjalanan agak mengelirukan dan mudah lupa jalan semalam dan jam di tangan juga agak berubah.

Selepas rehat tidak lama, kami turun semula. Perjalanan turun menuju ke Sekolah Tamil ada yang sampai dalam seawal 2 jam tapi saya tiba tambah setengah jam kemudian.

Ada yang cedera dan ada yang siap awal lalu bergerak pulang dahulu. Yang lambat tiba lalu kami bersiap keluar dari Ringlet menuju ke kedai makan sebelum sampai tol Plus.

Selepas selesai makan, kami bergerak dahulu dan saya sampai di rumah sekitar pukul 2 pagi, Sekian perjalanan trip ke 2 gunung. Jumpa lagi di gunung seterusnya.   





































 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment