Pertama kali 3 gunung tidak sampai atas

Salam,

(nama gunung dirahsiakan)
Pada musim yang suam suam kuku atau hujan turun sehingga banjir, kami merancang satu trip. Salah satu gunung tersebut pernah juga kami sampai ke puncak nya 4 tahun lepas tapi tidak kisah lah kerana ada 2 lagi gunung yang menanti. 

Kali ini tugas membeli makanan di pikul oleh saya manakala yang lain nya oleh ketua program seperti fly dan ground tapi beliau tidak ikut. Kami sampai di masjid sebelah dataran untuk berehat sambil menunggu beberapa kereta tiba.

Sekitar 6 pagi lebih lepas subuh kami sarapan dan menunggu guide serta beberapa rakannya sampai dan powil. Permulaan agak lewat sehingga kami sampai di starting point. Di masjid semasa menaiki powil tadi yang juga merupakan kampung pada rakan kami yang tidak ikut.

Selepas semua siap, kami menaiki powil ke starting point melalui kampung orang. Sampai di sana yang merupakan laluan menaiki bot semasa kami pulang dahulu. Kata guide, kami guna jalan sebelah untuk masuk.

Sekitar pukul 9.30 pagi perjalanan bermula. Perjalanan mendatar kemudian menaik, kami berehat 2 kali sebelum sampai di atas di tempat batu untuk berehat sekali lagi. 

Masa ini salah seorang peserta sudah tidak sedarkan diri kerana muatan beg yang banyak dan badan terkejut sebab lambat panas dan tidak beraktiviti selama 9 bulan. Sekitar sejam peserta baru dapat dipulihkan dan disuruh turun menaiki bot manakala kami meneruskan ke tempat terakhir ada air sekitar sejam lagi perjalanan.

Asal nya perlu bermalam di persimpangan lagi tapi kata guide elok rehat di sini kerana sungai ada air banyak. Jadi kami harus ke seberang sungai untuk mendirikan khemah. Selepas makan tengahari, hanya 4 peserta sahaja naik diketuai oleh guide dan 3 sahabatnya manakala saya dan 2 lagi tunggu di kemsite kerana kami sudah naik dahulu. Jadi pukul 3.30 petang mereka yang ikut mula bergerak. 

Pukul 5 petang kami menyediakan makan malam awal. Syukur awal kerana sebaik habis memasak, hujan turun dengan lebat dan air sungai mula menjadi kepala air yang deras. Di khemah satu lagi air mula memasuki dalam khemah dan terpaksa memasang satu lagi fly. Pun air masih masuk jadi kami memasang satu lagi fly jadi ade 3 fly berlapis untuk satu khemah. Kata kawan tadi di sungai ada satu batu besar maka jika batu besar dipenuhi air maka kami perlu tinggalkan tempat ini dan membawa barang penting.

kemsite 

Syukur hujan beransur reda dan selepas pukul 10 malam cahaya dari sebelah sungai disuluhkan menanda peserta yang ikut ke puncak sudah sampai semula ke kemsite. Lauk makanan dan air sudah dipanaskan. Sessi makan malam pun bermula. Esok kata guide kami perlu bergerak pukul 9 pagi. Pagi saya bangun menyediakan air dan memanaskan roti prata yang sudah mengecil.


Kami bergerak pukul 9.30 pagi tanpa kawan-kawan guide. Guide berseorangan sambil dibantu oleh peserta yang ada parang. Sehingga pukul 1 tengahari belum ada tanda-tanda untuk sampai ke puncak yang setinggi 1k meter. Keputusan perlu dibuat sekiranya pukul 2 masih belum melepasi target jadi kami harus berpatah balik. Iya ngam pukul 2 dengan buloh masih tebal dan guide yang terjatuh ke gaung tadi sudah memberitahu yang kami harus patah balik. Untuk ke gunung satu lagi pun simpang tidak kelihatan jugak.  Kami turun sikit dan berehat untuk makan tengahari. 

pertama kali berkenalan dengan salah seorang blogger sobriyaacob.com ... tekan disini.

Separuh dari masa perjalanan tadi kami sudah tiba di kemsite semula. Selepas bersiap untuk keluar pukul  6 petang darkemsite, powil menunggu kami selepas 45 minit bergerak.

makan malam disalah satu port outdoor berkumpul 

Jadi sampaitu sahaja yang harus diceritakan. Sekian

(nama samaran gunung adalah spesis semut takool dan home)


photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment