Aktiviti Pergunungan di Malaysia

Salam,

Aktiviti pergunungan menjadi hobi riadah yang semakin popular di Malaysia. Namun di sebalik kisah hutan tersebut, terdapat aktiviti yang memusnahkan hutan-hutan di Malaysia oleh manusia sendiri seperti membuang sampah dengan tidak membawa keluar, kerakusan pembalak haram sehingga botak hutan dan sungai menjadi keruh dan haiwan keluar dari habitatnya serta banyak lagi.
  
Apa pun boleh baca kisah pergunungan Malaysia di sini.

Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Serangan Pandemik COVID-19 di seluruh dunia

Salam,


Kali terakhir dunia terkena wabak besar yang di panggil Pandemik adalah SARS pada 2003 dulu tapi tidak menular ke seluruh dunia. Wabak Ebola yang bermula di Afrika pada tahun 1976 juga masih aktif tapi terkawal dan hanya masih berada di benua Afrika sahaja,  Begitu juga wabak MERS yang bermula di Arab Saudi pada tahun 2012 dan berakhir selama 6 tahun.

Menurut South China Post, data kerajaan China berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti COVID-19. Terdapat laporan menyatakan beliau  sudah sah positif virus berkenaan pada 17 November lagi. Individu berumur 55 tahun tersebut berasal dari Wilayah Hubei, China di mana tempat pertama bermula COVID-19.

Sebulan kemudian sekurang-kurangnya 5 kes setiap hari dilaporkan dan pakar-pakar hanya dapat mengesan pada hujung Disember tahun lepas. Setakat ini dilaporkan 170,000 kes diseluruh dunia.

Permulaan COVID-19

Corona Virus Decease atau COVID-19 merupakan penyakit yang menular disebabkan sindrom pernafasan coronavirus SARS-CoV 2.

Antara gejala biasa adalah demam, batuk dan sesak nafas. Beberapa gejala kecil akan menjadi besar sehingga mengganggu organ utama. Gejala disebarkan melalui batuk dan bersin manakala kesan akan didapati pada hari 2 sehingga hari ke 14. Serangan COVID-19 akan berkesan pada yang berusia kerana sistem badan manusia semakin lemah bila memasuki usia 50.

Perutusan PM berkenaan COVID-19 pada 17 Mac 2020

tarikh permulaan COVID-19 di Malaysia


Di Malaysia, kes COVID-19 pertama di kesan semasa perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Selepas tu kes naik mendadak menjadi 428 kes.

Baca ulasan Perintah Berkurung di sini.

Itali merupakan negara terjejas paling teruk di luar China dengan merekodkan 250 kematian sehari. Baca di sini.

Dunia menghadapi masalah COVID-19.Baca di sini.


Semalam pada 17 Mac, 2 kes kematian di Malaysia dicatatkan satu di Johor Bahru dan satu lagi di Kuching.

Parodi COVID-19

Bermula pada hari ini 18 Mac selama 2 minggu , kerajaan mengumumkan untuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan iaitu mengikut Akta Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan Akta Polis 1967 bahawasanya di larang menyeluruh menyertai pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara melibatkan aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Baca cara bagitau anak2 di sini.

Pesanan Papa Zola dan pipi di sini.
Pesanan Ustaz
Padanan dari gambar-gambar

Antara Selebriti terkenal yang sudah dijangkiti adalah:-

1. Idris Elba(Pelakon Britain)
2. Tom Hank(Pelakon US)
3. Mikel Arteta(Pengurus Kelab Bolasepak Arsenal FC)
4. Isteri Pedro Sanchez( Perdana Menteri Spain)
5. Sophie Trudeau(Isteri Perdana Menteri Kanada)
6. Kristofer Hivju(Pelakon Game of Throne)
7. Peter Dutton(Menteri Australia)
8. Paolo Maldini dan Anak(Legenda Bola Sepak AC Milan Dan Itali)
9. Pablo Dybala(Pemain Bolasepak Kelab Juventus, Itali)

Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Cuti-cuti Penang lagi

Salam, 

Cuti sekolah kali ini kami ke Pulau Pinang lagi untuk berjumpa dengan kakak Ikha kerana bulan ini kakak Ikha tak balik. Dengan serangan Covid '19 yang melanda Malaysia dan dunia, semua orang tidak dibenarkan keluar negara dan ke tempat ramai orang.

Perjalanan ke utara, kami singgah dulul ke kampung di Gunung Semanggol. Semalam dapat berita kakak Ikha tidak dapat keluar dari pengumuman Hal Ehwal Pelajar namun hari ini dilonggarkan sedikit dengan syarat keluar bersama waris.

Selesai urusan di kampung, kami ke Kepala Batas lalu bertemu kawan kakak Ikha dan keluarganya. Kami singgah di Restoran Top Guruh untuk menjadi selera sotong bakar yang bersaiz besar.

Pukul 3 lebih kami bergerak ke pulau untuk mendaftar di Artes Cozy Maison. Proses mendaftar di apartment ini pada mulanya agak cerewek kerana diberitahu ada 3 bilik di agoda.com tapi saya seperti biasa mendaftar untuk 2 dewasa sahaja. Untuk pertama kalinya saya dihubungi oleh pemilik apartment dan ini pertama kali terjadi sepanjang menginap di luar kawasan rumah. Rupanya apartment ini dijual kepada pembeli dan menggunakan agoda sebagai platform untuk mencari penyewa. Pembeli adalah bernama Shirley yang menetap di satu rumah di pulau juga tapi buat masa ini sedang outstation ke Johor. 

Apapun awalnya saya disuruh membayar untuk 3 bilik kerana termasuk 5 lagi anak-anak tapi saya mengesahan yang kami hanya menggunakan satu bilik sahaja. Beliau bersetuju kemudiannya.

Apapun ada beberapa kekurangan yang agak ketara bila menginap di apartment ini walaupun ruang nya luas dan selesa. Antaranya lif yang sempit , lambat dan menunggu yang panas. Sama yang ada di Ampang, setiap apartment mempunyai lif masing-masing tapi tidak praktikal. Manakala di kolam di tingkat 6, kerusi rehat hanya ada bebeberapa sahaja sedangkan kolamnya besar. 

Hari ini rehat sahaja dan makanan di beli di gerai berhampiran.

Esoknya ahad pagi anak-anak mandi kolam. Sehingga pukul 3 petang baru kami keluar ke Espalande untuk makanan cendol dan rojak serta bergambar. Kami ke KMPP untuk menghantar kakak Ikha semula dan kami singgah makan lalu pulang ke Artes Cozy di Gelugor.

Pagi Isnin mandi kolam lagi tapi tidak lama. Sehingga pukul 12 tengahari kami check-out dan bergerak menuju ke Kuala Kangsar. Melalui jalan lama, kami singgah makan laksa dan cendol.

Selesai makan kami menuju ke Chalet Kampong Senawar untuk bermalam. Untuk ke sini, perlu lalu Masjid Ubudiah dan terus ke Muzium Diraja Perak yang berwarna kuning. Dalam 1 setengah kilometer melalui Sungai Perak kami masuk ke kanan dan berhenti di depan chalet.

Tidak banyak gambar kali ini kerana cuaca panas di luar. Percubaan mandi sungai gagal kerana jauh. Sekitar jam 6 kami keluar untuk makan malam awal kerana laluan ke sini gelap. Nak makan ais kepal ramai, pusing-pusing akhirnya ke laluan Manong. Restoran yang menyediakan makanan sedap tapi tutup adn kami pelanggan terakhir. Malam nya mendengar pengumuman dari Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin berkenaan COVID'19 yang sedang mengganas di seluruh Malaysia dan dunia.

Hari Selasa pagi air tiada lalu kami mandi di Masjid Ubudiah. Kakak Ikha memberitahu pelajar mendapat pelepasan untuk pulang ke rumah masing-masing. Pukul 11 kami keluar lalu singgah di Jambatan Victoria dalam 6 kilometer perjalanan. Selesai bergambar kami bergerak dan singgah makan di Tapah di tepi jalan lama. Sekitar pukul 5 petang baru sampai rumah dan esoknya berkuatkuasalah larangan perintah berkurung COVID'19 selama 2 minggu. Sekian  

pagi di gelugor
dari atas atas tingkat 13A. 

mandi kolam







masuk gym tapi kena pakai kasut






















mau naik dah

notis berkenaan covid
makan pasembur@rojak di esplanade dengan mamak yang kurang dari segi kebersihan




banyak burung-burung di sini

























hiway tepi laut
hantar kakak Ikha balik ke KMPP

singgah makan di Kepala Batas
singgah makan malam


sambung mandi
kesukaan Alisha



lalu jambatan pertama
laksa tepi jalan
Muzium Diraja Perak@Istana Kenangan
kuih koci perak
chalet kampong Senawar




jambatan Victoria















singgah makan tengahari 


 photo pn80517_zps08rer6as.gif