Gunung Relau kali ke 3 daypack dalam satu bulan

Salam,

Gunung Relau merupakan jejak ke gunung tanpa beirut di Kampar. Menggunakan laluan yang sama ke Gunung Bujang Melaka selang kurang 30 minit ke kanan dari laluan sebenar. 

Pendakian kali ini adalah melalui Team Cekodok yang dibawa oleh Leya Derahman dan gogo Arman. Malam Sabtu dari LRT Gombak saya menaiki kereta Arman menuju ke Sg Buloh untuk makan malam bersama teman-teman yang akan turut serta. 

Dari situ pergerakan menuju ke Masjid An Nur di tepi jalan lama selepas melalui Pekan Kampar. Kereta di letakkan di luar kerana ada pasar tani di sebelah pagi nanti. Masjid ini besar tapi tempat saya tidur tidak sejuk dan ada agas datang sekitar pukul 3 pagi dan mana yang tidak membawa selimut tidur akan beralih ke tempat lain yang lebih sejuk.

Pukul 7.45 pagi dalam 4 kereta termasuk 4 pelajar dari UTP atau Universiti Teknologi Petronas serta 5 rakan pendaki berbangsa Cina turut bergerak ke permulaan trek di kaki Gunung Bujang Melaka.

Setelah bersiap dan meletakkan kereta di tepi jalan, kami naik ke atas. Terdapat 2 laluan simpang ke Gunung Relau. Kami lalu yang di atas tetapi yang di atas tidak dibenarkan oleh orang asli yang memiliki tanah di sini. Jadi kami melalui satu sungai yang cetek untuk terus naik. Pacat kecil ada yang mengigil tapi tidak serius. Di simpang ke Gunung Relau ada papantanda sementara berbentuk pelastik di pokok-pokok. Bermula pukul 8 pagi selama 2 jam setengah saya tiba awal di puncak. Ada puncak lama dan tidak jauh di atas baru jumpa puncak sebenar. Di kedua-dua puncak terdapat banyak kotak kelongsor peluru tinggalan penjajah dulu yang tidak dibuang. 

Oleh kerana kami yang awal sampai dan menunggu yang lain masih bergerak, saya tidur sekejap di ground yag disediakan.

Selesai bergambar kami turun menuju ke air terjun yang sepatutnya kami lalu semasa naik. Air terjun sangat menarik di sini dengan air nya yang kurang deras dan cetek.

Sekitar pukul 5.30 kami sudah turun keluar dan menuju ke masjid untuk bersiap dan makan malam di seberang jalan sebelum pulang ke haluan masing-masing. Sekian.

di masjid An Nur
macam peniaga haram tak de permit menjual
di kaki Gunung Bujang Melaka
brief dari Leya


sampai di rumah orang asli dan tak pasti ada orang di dalam

ni simpang antara ke bujang melaka di kiri dan ke relau jalan lama
lalu sungai 




ada papantanda
sampai di puncak pertama



ni banyak kotak peluru kata nya

bersama Arman

air terjun yang cantik jugak








makan malam western di seberang masjid

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

Gunung Sambau balik hari lagi

Salam,

(Gambar diambil dari diri sendiri dan peserta)




Untuk kali ke 2 dalam sebulan, trip daypack kali ini misi bersama OGKL diteruskan. Van PV ekspress 14 seater dipandu oleh pemandu sendiri AJ turut serta bersama. 3 peserta tarik diri kerana masalah masing-masing tinggal 23 orang. Ada yang datang dari Kedah dan Perlis.


Kami bergerak ke Masjid Jamek Behrang Ulu dan tiba pukul 2 pagi.

briefing awal pagi

Selepas subuh kami bergerak lewat dari jadual asal. Sampai di separuh jalan kami sarapan di Warung Kak Nab dan sekitarnya di Pos Slim. Melalui laluan yang sama ke Gunung Kerjol & Sanggul dan Trans Slim van menuju ke Chalet Pos Keding untuk meletak kenderaan di sana.

lalu lagi sekali

di Chalet Pos Keding
jalan lah

Selepas penerangan dan guide Ainol yang dibantu oleh Kassim yang pertama kali bersama OGKL, pukul 9.20 pagi kami mula bergerak di ketinggian sekitar 350 mdpl. Sejam pertama adalah jalan balak yang kalau turun mesti sakit kaki. Kami tiba di CP1 di Pondok Buruk.





meniiti titian usang




angin sepoi-sepoi
makan tengahari

Selepas rehat kami meneruskan perjalanan sehingga tiba di CP2 pukul 12.30 tengahari. Kami makan, regroup dan reschedule perjalanan kerana pergerakan sedikit lambat.

antara spesis ditemui 








jalan sama-sama

Masuk pusingan ke 3, kami bergerak menaik sehingga sampai di tempat tertinggi pada pukul 3 petang yang berketinggian 1110 meter. Puncak terpaksa ditebas sedikit kerana semak.

sampai di puncak bersih kan lalang dan pasang papantanda



hepi nampak
versi penuh
\


Selepas solat dan bergambar kami turun bergerak pukul 4.30 petang. Kami tiba semula di Chalet Pos Keding pukul 8.50 malam dan kembali semula ke Masjid Jamek Behrang Ulu.


Selepas bersiap kami bergerak pukul 11 malam makan di Tg Malim untuk makan dan sessi port mortem.



Pukul 2 pagi baru kami tiba di LRT Gombak dan pulang ke rumah masing-masing. Sekian


 photo pn80517_zps08rer6as.gif