Salam ,
(Gambar diambil dari diri sendiri dan peserta)
Permulaan tahun baru dapat mendaki itu pun masih ada masalah kesihatan seperti selsema dan kurang sehat. Trip OGKL daypack ini bersama 22 orang peserta menuju ke Masjid Kota Gelanggi di Jerantut, Pahang.
berkumpul di Terminal Putra LRT Gombak
Van mertua Sharu
Kami bersama 3 kereta dan 1 van yang dipandu oleh naib Presiden saudara Sharu yang menyewa dari ayah mertua nya menaiki 4WD untuk masuk ke permulaan trek sekitar 2 setengah jam. Kata guide kami ini Cikgu Awe dan penolongnya Shukur kami potong 6 kilometer melalui laluan trek lori pembalak yang tidak stabil yang mana kami terpaksa turun 2 kali takut 4WD tergolek.
taklimat dari Cikgu Awe
Tiba permulaan selepas taklimat dari Cikgu Awe, kami bergerak pukul 10.05 pagi. Dari 350 meter ade simpang ke kiri lalu kami jalan melalui 2 resam. Ada masa naik dan turun juga.
bunga petai
sarang burung
antara resam yang dilalui
Perjalanan selama 3 jam dengan trek yang cantik serta berangin dengan cuaca yang panas dan terdapat satu view point di sini. Pukul 1 tengahari kami sampai di puncak yang agak besar memanjang dan ada sedikit view gunung-gunung di kiri. Syukur semua peserta baik-baik sahaja.
Ada periuk kera comel di sini
ada kawasan orang siam bermalam di sini
tengok ada view di sebelah kanan nampak gunung lerek la gunung irong la
Kami sempat makan tidur dan berehat agak lama. Pukul 3 petang baru kami turun dan tiba di semula di tempat turun pukul 4.30 petang. Sebelum hampir turun, ada penyengat sudah menunggu kami dan ade beberapa rakan yang terkena sengat. Ada yang masa naik pun sudah kena. Jalan pulang agak laju dari jalan pergi kerana ada jentera sudah merata kan jalan dan 4WD ada melalui jalan potong ke sungai.
Kami tiba di masjid pukul 6.12 petang lalu bersiap untuk keluar makan dan penutup. Ada yang pulang ke haluan masing-masing, ada yang akan pulang ke Kluang dan ada yang bermalam untuk menyertai trek esok melihat bunga pakma di Raub.
sudah turun sampai ke 4WD
Sekian sahaja permulaan trip kali ini. Moga saya dapat sehat untuk meneruskan trip seterusnya nanti.
0 comments:
Post a Comment