Gunung Relau kali ke 3 daypack dalam satu bulan

Salam,

Gunung Relau merupakan jejak ke gunung tanpa beirut di Kampar. Menggunakan laluan yang sama ke Gunung Bujang Melaka selang kurang 30 minit ke kanan dari laluan sebenar. 

Pendakian kali ini adalah melalui Team Cekodok yang dibawa oleh Leya Derahman dan gogo Arman. Malam Sabtu dari LRT Gombak saya menaiki kereta Arman menuju ke Sg Buloh untuk makan malam bersama teman-teman yang akan turut serta. 

Dari situ pergerakan menuju ke Masjid An Nur di tepi jalan lama selepas melalui Pekan Kampar. Kereta di letakkan di luar kerana ada pasar tani di sebelah pagi nanti. Masjid ini besar tapi tempat saya tidur tidak sejuk dan ada agas datang sekitar pukul 3 pagi dan mana yang tidak membawa selimut tidur akan beralih ke tempat lain yang lebih sejuk.

Pukul 7.45 pagi dalam 4 kereta termasuk 4 pelajar dari UTP atau Universiti Teknologi Petronas serta 5 rakan pendaki berbangsa Cina turut bergerak ke permulaan trek di kaki Gunung Bujang Melaka.

Setelah bersiap dan meletakkan kereta di tepi jalan, kami naik ke atas. Terdapat 2 laluan simpang ke Gunung Relau. Kami lalu yang di atas tetapi yang di atas tidak dibenarkan oleh orang asli yang memiliki tanah di sini. Jadi kami melalui satu sungai yang cetek untuk terus naik. Pacat kecil ada yang mengigil tapi tidak serius. Di simpang ke Gunung Relau ada papantanda sementara berbentuk pelastik di pokok-pokok. Bermula pukul 8 pagi selama 2 jam setengah saya tiba awal di puncak. Ada puncak lama dan tidak jauh di atas baru jumpa puncak sebenar. Di kedua-dua puncak terdapat banyak kotak kelongsor peluru tinggalan penjajah dulu yang tidak dibuang. 

Oleh kerana kami yang awal sampai dan menunggu yang lain masih bergerak, saya tidur sekejap di ground yag disediakan.

Selesai bergambar kami turun menuju ke air terjun yang sepatutnya kami lalu semasa naik. Air terjun sangat menarik di sini dengan air nya yang kurang deras dan cetek.

Sekitar pukul 5.30 kami sudah turun keluar dan menuju ke masjid untuk bersiap dan makan malam di seberang jalan sebelum pulang ke haluan masing-masing. Sekian.

di masjid An Nur
macam peniaga haram tak de permit menjual
di kaki Gunung Bujang Melaka
brief dari Leya


sampai di rumah orang asli dan tak pasti ada orang di dalam

ni simpang antara ke bujang melaka di kiri dan ke relau jalan lama
lalu sungai 




ada papantanda
sampai di puncak pertama



ni banyak kotak peluru kata nya

bersama Arman

air terjun yang cantik jugak








makan malam western di seberang masjid

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment