COVID-19 : Serangan Pandemik di seluruh dunia

Salam,


Kali terakhir dunia terkena wabak besar yang di panggil Pandemik adalah SARS pada 2003 dulu tapi tidak menular ke seluruh dunia. Wabak Ebola yang bermula di Afrika pada tahun 1976 juga masih aktif tapi terkawal dan hanya masih berada di benua Afrika sahaja,  Begitu juga wabak MERS yang bermula di Arab Saudi pada tahun 2012 dan berakhir selama 6 tahun.

Menurut South China Post, data kerajaan China berjaya menjejaki individu pertama yang dijangkiti COVID-19. Terdapat laporan menyatakan beliau  sudah sah positif virus berkenaan pada 17 November lagi. Individu berumur 55 tahun tersebut berasal dari Wilayah Hubei, China di mana tempat pertama bermula COVID-19.

Sebulan kemudian sekurang-kurangnya 5 kes setiap hari dilaporkan dan pakar-pakar hanya dapat mengesan pada hujung Disember tahun lepas. Setakat ini dilaporkan 170,000 kes diseluruh dunia.

Permulaan COVID-19

Corona Virus Decease atau COVID-19 merupakan penyakit yang menular disebabkan sindrom pernafasan coronavirus SARS-CoV 2.

Antara gejala biasa adalah demam, batuk dan sesak nafas. Beberapa gejala kecil akan menjadi besar sehingga mengganggu organ utama. Gejala disebarkan melalui batuk dan bersin manakala kesan akan didapati pada hari 2 sehingga hari ke 14. Serangan COVID-19 akan berkesan pada yang berusia kerana sistem badan manusia semakin lemah bila memasuki usia 50.

Perutusan PM berkenaan COVID-19 pada 17 Mac 2020

tarikh permulaan COVID-19 di Malaysia


Di Malaysia, kes COVID-19 pertama di kesan semasa perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling. Selepas tu kes naik mendadak menjadi 428 kes.

Baca ulasan Perintah Berkurung di sini.

Itali merupakan negara terjejas paling teruk di luar China dengan merekodkan 250 kematian sehari. Baca di sini.

Dunia menghadapi masalah COVID-19.Baca di sini.


Semalam pada 17 Mac, 2 kes kematian di Malaysia dicatatkan satu di Johor Bahru dan satu lagi di Kuching.

Parodi COVID-19

Bermula pada hari ini 18 Mac selama 2 minggu , kerajaan mengumumkan untuk pelaksanaan perintah kawalan pergerakan iaitu mengikut Akta Pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit dan Akta Polis 1967 bahawasanya di larang menyeluruh menyertai pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara melibatkan aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Baca cara bagitau anak2 di sini.

Pesanan Papa Zola dan pipi di sini.
Pesanan Ustaz
Padanan dari gambar-gambar

Antara Selebriti terkenal yang sudah dijangkiti adalah:-

1. Idris Elba(Pelakon Britain)
2. Tom Hank(Pelakon US)
3. Mikel Arteta(Pengurus Kelab Bolasepak Arsenal FC)
4. Isteri Pedro Sanchez( Perdana Menteri Spain)
5. Sophie Trudeau(Isteri Perdana Menteri Kanada)
6. Kristofer Hivju(Pelakon Game of Throne)
7. Peter Dutton(Menteri Australia)
8. Paolo Maldini dan Anak(Legenda Bola Sepak AC Milan Dan Itali)
9. Pablo Dybala(Pemain Bolasepak Kelab Juventus, Itali)

Sekian

 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment