COVID-19 : Siri PKP Bah 1

Salam ,

Masuk minggu ke 6 atau sebulan setengah sudah kita menjalani kuarantin di rumah yang dipanggil  PKP atau perintah kawalan pergerakan. Sekiranya kawasan itu diwartakan zon merah maka kawasan tersebut ada pembawa Covid -19 dan tidak dibenarkan keluar rumah dan berkurung iaitu bahasa mudahnya dipanggil PKPD selama 14 hari.

Selama 2 bulan ini, hanya Ketua Pengarah Kesihatan Ybhg Datuk Dr Noor Hisyam Bin Abdullah dan Menteri Kanan Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Bin Yaakob sahaja muncul di television memberi ucapan semasa setiap hari selain Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.   

Kebiasaan nya Dr Noor Hisyam muncul pada pukul 5.30 petang memberi statistik semasa pesakit yang mengidap Covid-19 hari ini, jumlah kematian, jumlah sembuh dan lain-lain berkaitan.

Sementara di Telegram MKN atau Majlis Keselamatan Negara diwujudkan untuk memberitahu status semasa, memantau berita palsu dan  memberi maklumat terkini tentang Covid-19 yang bermula pada 12 Mac iaitu 6 hari sebelum PKP pertama di laksanakan pada 18 Mac.

Berikut adalah inisiatif dari MKN yang di ambil dari Telegram MKN yang menjadi sumber makumat utama sepanjang Covid-19 berlaku di Malaysia.


12 Mac 2020



#COVID19 : AMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN DAN KEBERSIHAN DIRI

ANTARA SARANAN KKM:

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

3. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

4. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

5. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.


#COVID-19 Statistik terbaru WHO dikemaskini 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.

Wabak di Eropah semakin serius dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

AS umum sekatan perjalanan ke Eropah kecuali UK.


Penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia adalah terkawal, tegas Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr Adham Baba.

Malaysia masih di peringkat early containment walaupun pertambahan kes termasuk kes kluster baru melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Sri Petaling.

KKM dalam bersiapsiaga bagi menghadapi kemungkinan jangkitan menjadi semakin serius.

56 hospital KKM seluruh negara sudah bersedia untuk merawat pesakit.

Hospital Sg Buloh misalnya mampu merawat 772 pesakit dalam satu masa, kata Dr Adham selepas melawat HSgBuloh.

Bagusnya tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam nak kurangkan kerisauan tentang #COVID-19 ni. Mereka siap sediakan website khas untuk kita periksa tahap risiko untuk terkena jangkitan.

Klik je kat sini:

https://www.doctoroncall.com.my/coronavirus/how-to-find-out-if-i-have-coronavirus-online-test .




13 Mac 2020

Statistik pertama dari MKN



Wisma Putra mengenal pasti 11 orang rakyat Malaysia di luar negara dijangkiti COVID-19. Jumlah ini melibatkan 9 rakyat Malaysia di Singapura (2 telah dibenar keluar, 7 masih dirawat di Singapura) dan 2 rakyat Malaysia di Jepun (kedua-dua telah pulang ke Malaysia).


Inilah Nasihatku, Buat Sahabat Jema'ah Tabligh Yang Dikasihi

1. Kami rafa'kan syukur kepada-Nya atas nikmat dan kurnia yang tidak terhingga.

2. Nasihat khas ini saya tujukan kepada rakan dan ikhwah yang menghadiri Ijtima' Tabligh di Masjid Seri Petaling pada 28 Februari - 1 Mac yang lalu.

3. Saya mengambil cakna dan amat prihatin akan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah. Tambahan pula, saya baru sahaja sembah menghadap Baginda sebelum solat Jumaat dan itulah yang ditekankannya.

4. Justeru, pergilah ke hospital atau klinik kesihatan yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan.

5. Semoga wabak COVID-19 berarak pergi dan sinar kegembiraan dengan nikmat kesihatan singgah berlabuh ke bumi Malaysia.

6. Saudaraku, saya amat sayang kepada anda semua yang sentiasa memikirkan nasib ummah.

YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Menteri di JPM


NOTIS PENTING!

PARA PENGGUNA YANG DIHARGAI,

KTMB INGIN MEMAKLUMKAN BAHAWA BERITA YANG SEDANG TULAR BERKAITAN DENGAN NOTIS PENGGANTUNGAN PERKHIDMATAN ETS DAN KOMUTER EKORAN ISU COVID-19 ADALAH PALSU.

INI ADALAH EKORAN PENYEBARAN BERITA PALSU TERSEBUT YANG MULA TULAR MELALUI APLIKASI WHATSAPP TENGAH HARI TADI.

PIHAK KTMB MENGGESA ORANG RAMAI MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KTMB, IAITU FACEBOOK (KTM BERHAD), TWITTER (@KTM_BERHAD), INSTAGRAM (@KTMBOFFICIAL) DAN PUSAT PANGGILAN KTMB DI TALIAN 03-2267 1200.

TERIMA KASIH.





Rakyat Malaysia di luar negeri dinasihatkan untuk berdaftar dengan Pejabat Perwakilan Malaysia.


Saksikan siaran langsung perutusan khas #COVID19 di @BernamaTV pada 9 malam ini 16 Mac.


Bermula hari ini, rakyat dari Iran, Itali dan Republik Korea tidak dibenarkan masuk ke Malaysia.

Warganegara lain yg datang dari tiga negara itu juga tidak dibenarkan masuk dan tidak dibenarkan transit di pintu masuk antarabangsa.

Sekatan yang telah diumumkan sblm ini, kekal


Nasihat perjalanan di pintu masuk Malaysia - Singapura sempena musim cuti sekolah.

Pelawat juga adalah dinasihatkan untuk sentiasa mengambil langkah - langkah bersesuaian bagi melindungi diri dari dijangkiti wabak Covid-19. #jomberingat

Seorang lelaki yang didakwa 'lari' dari Klinik Kesihatan Bukit Naga di Seksyen 32 di Shah Alam pada Khamis selepas disyaki dijangkiti #COVID19 telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut - Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin

Semua perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan ditangguh atau dibatal ikut kesesuaian hingga 30 April 2020 - PM Tan Sri Muhyiddin

Elakkan hadiri sebarang bentuk perhimpunan boleh dedahkan diri kepada jangkitan #COVID19 - PM Tan Sri Muhyiddin

Rakyat dinasihat ambil langkah boleh hindarkan diri sendiri, anak serta keluarga daripada dijangkiti COVID-19 - PM Muhyiddin

#COVIDー19 Statistik terkini WHO jam 6pm, 13 Mac 2020.

Peningkatan jumlah kes ketara di negara-negara Eropah.

Kes di Itali melebihi 12,000 dgn kematian lebih 1,000 org dgn kadar kematian 8.15%.

Peru, Greece, Cyprus, Austria dan Mesir- negara berlaku kematian pertama.


Perkembangan terkini COVID-19 kluster perhimpunan Tabligh di Seri Petaling melalui pengesanan kes positif dan pengasingan untuk rawatan.

14 Mac 2020

JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah hari ini meminta rakyat Malaysia agar bersatu susulan kebimbangan yang melanda





#COVID19 Pada 12 Mac 2020, enam pesakit telah sembuh dan discaj dari wad iaitu kes ke-27, 28, 31, 32, 34 dan 53.

Seorang lagi pesakit sembuh dan discaj 13 Mac.

Keseluruhan 33 pesakit sembuh setakat ini. Info pesakit terbaru akan dimasukkan dlm infografik berikutnya.



Dikala KKM bekerja keras nak memberi info yang tepat untuk mengelakkan jangkitan COVID19, ada pulak manusia-manusia yang memberi info yang tiada kajian keberkesanan.

Cukup-cukuplah.


#Sukan #Badminton
Susulan penularan Covid-19, @BA_Malaysia memutuskan menangguhkan Kejohanan Badminton TERBUKA MALAYSIA CELCOM AXIATA yang sepatutnya berlangsung pada 31 Mac-5 April ini.
Tarikh baharu kejohanan itu akan diputuskan nanti.


Salam sejahtera dan salam hormat.

Peringatan mesra: Semua peserta Perhimpunan Tabligh Sri Petaling 27Feb-1Mac segera menghubungi CPRC jabatan kesihatan negeri atau pejabat kesihatan daerah yang berdekatan. Terima kasih.
#Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama



Sarawak sudah mencatat 3 kes Covid-19. Walau bagaimanapun jangan panik; mohon ikuti langkah berjaga-jaga dari WHO dan KKM yang akan bantu mengurangkan risiko pendedahan kepada penyakit ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang Covid-19, sila hubungi talian hotline Covid-19.




KKM ingin menasihatkan AJK & pengurusan masjid & surau utk mengambil langkah2 pencegahan & pembersihan masjid & surau masing2.
Disarankan pihak pengurusan masjid & surau kerap membersihkan karpet, pintu & railing menggunakan bahan pencuci dan disinfectant.



Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan ada mengeluarkan statistik berkaitan jumlah individu di negeri itu yang disyaki dijangkiti COVID-19 kepada orang awam mahupun media.

Ahli jemaah tabligh yg telah menghadiri perhimpunan ijtimak di Masjid Sri Petaling di Selangor, dr 27 Feb hingga 1 March 2020 disarankan tidak solat berjemaah di masjid & surau atau menghadiri solat Jumaat terutamanya jika mereka mempunyai gejala & sehingga mereka disahkan sihat.


PESERTA PROGRAM WACANA FATWA HALAL PADA 5 MAC 2020 YANG LALU DIGESA HADIR MELAKUKAN SARINGAN KESIHATAN.

Susulan daripada 2 kes positif COVID-19 di Labuan, Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan kini sedang giat mengesan kontak kepada kes untuk tujuan saringan.

Sehubungan dengan itu, Pengarah Kesihatan Negeri WP Labuan, Dr Ismuni Bohari memohon kerjasama kepada seluruh masyarakat W.P Labuan yang telah hadir ke PROGRAM WACANAN FATWA HALAL anjuran Pejabat Mufti dan Perbadanan Labuan pada 5 Mac 2020 yang lalu untuk melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Membedai pada HARI INI (14/03/2020) bermula pukul 8.00 PAGI hingga 3.00 PETANG.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah masjid yang menghadiri program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, di ibu negara, pada 28 Feb lepas, diminta tampil menyalurkan maklumat kepada KKM bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata ketika ini hanya kira-kira 1,500 peserta yang berdaftar dengan Ahli Jawatankuasa masjid berkenaan.

Tiada klinik kesihatan sekitar Seremban yang ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes COVID-19 seperti ditularkan di media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak Khamis lalu.
Pemangku Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid menjelaskan semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.

Bagaimanapun, katanya terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki COVID-19.


Statistik Kes yang sah mengikut negeri : Jumlah Keseluruhan 197 (as of 13/03/2020), 6 pm



KERATAN AKHBAR PILIHAN: INDIVIDU INGKAR KUARANTIN BAWA RISIKO KESELAMATAN

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti berikut.


Statistik terkini COVID-19

Polis mengarahkan penduduk Petaling Jaya untuk menangguhkan semua perhimpunan dan perjumpaan penduduk berikutan kebimbangan penularan COVID-19 di daerah tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, sekiranya mendesak, perjumpaan penduduk boleh diadakan namun secara individu atau kumpulan yang kecil.

"Polis turut menasihatkan orang ramai agar menggunakan topeng muka di tempat awam dan menjaga amalan kebersihan diri seperti cuci tangan dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini, Brunei mengesahkan seorang pesakit COVID-19 di negara itu menghadiri ijtima tabligh antarabangsa di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan jumlah peserta tabligh di Masjid itu adalah seramai 16,000 orang.

BACA: COVID-19: Itali catat rekod 250 kematian dalam 24 jam

Mengulas lanjut, Nik Ezanee berkata, satu mesyuarat koordinasi disertai beberapa agensi dan penguatkuasa daerah Petaling Jaya akan diadakan pada Selasa minggu hadapan.

"Mesyuarat itu akan disertai polis, bomba, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Kesihatan Petaling Jaya untuk menghadapi COVID-19.

"Pihak polis sedang membantu Jabatan Kesihatan Petaling Jaya untuk mengesan individu yang disyaki mangsa virus tersebut," jelasnya.

Pada Jumaat, KKM mengesahkan terdapat 39 pertambahan kes baharu COVID-19 yang mana 34 daripada kes baharu ini dikaitkan dengan perhimpunan tabligh tersebut.

Dengan jumlah itu, Itali kini menjadi negara tertinggi dari segi jumlah kematian dalam tempoh sehari.



#COVID19 Statistik WHO dikemaskini 10am, 14 Mac 2020.

Eropah kini menjadi pusat wabak COVID-19 yang telah diisytiharkan pandemik.

Kes dan kematian meningkat ketara di Itali, Sepanyol, Perancis dan terbaru di Jerman.

Di Korea Selatan, wabak makin terkawal. Malaysia 197 kes.


Negeri Sarawak mencatatkan 6 kes jangkitan wabak Covid-19 baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 9 orang disahkan positif sejak semalam.



𝟲 𝗞𝗘𝗦 𝗣𝗢𝗦𝗜𝗧𝗜𝗙 COVID-19

Limbang - 2 kes positif
Kuching - 4 kes positif
Jumlah keseluruhan 𝟵 𝗸𝗲𝘀 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳 COVID-19 di Sarawak

Sumber JPBN Sarawak

#COVID19 #khabardariSarawak
#sodiakroks


Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran (MTHQA) Peringkat Antarabangsa Tahun 1441H yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.


Ketahui dan Fahami maksud Kontak Rapat.


(i) Tabung COVID-19 dilancarkan dengan geran pelancaran ​sebanyak RM1 juta. Pihak swasta, badan sukarela serta ​orang perseorangan digalakkan untuk memberi ​sumbangan kepada tabung ini demi keprihatinan terhadap ​kebajikan rakyat yang terkesan dengan penularan COVID-​19.⁣

(ii) Tabung ini bertujuan untuk memberi bantuan wang ihsan ​kepada mereka dalam tempoh menjalani Home ​Surveillance (HS) selama 14 hari atau menjalani rawatan di ​hospital ekoran positif COVID-19 yang didaftarkan oleh ​KKM.⁣


⁣(iii) Sumbangan bantuan sebanyak RM100 sehari akan ​diberikan kepada individu yang tidak mempunyai ​pendapatan tetap atau tiada gaji sepanjang proses HS dan ​rawatan tersebut.⁣

#coronavirus #COVID19

#COVID19: 33 individu sembuh & dibenarkan pulang sehingga semalam.

Jemaah tabligh yg hadir perhimpunan ijtimak di Masjid Jamek Sri Petaling 27 Feb-1 Mac dinasihatkan tidak solat jemaah di masjid & surau / hadir solat Jumaat jika ada gejala sehingga disahkan sihat. - KP Kesihatan https://t.co/aQ2YTB9VzI


KKM akan memaklumkan kenyataan media statistik Harian COVID-19 pd setiap 5 pm. Kes-kes yang di laporkan adalah sebelum jam 12 tengah hari pd hari yang sama. Kes-kes selepas masa tersebut akan terkumpul dilaporkan keesokan hari sebelum jam 12 tengah hari. Sila ambil maklum. https://t.co/AndqdIIe7K

Semua hospital kerajaan di Terengganu memendekkan waktu lawatan berkuat kuasa hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 di Malaysia.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata ia adalah antara langkah pencegahan yang perlu diambil bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga hospital.

"Para pelawat yang mengalami gejala seperti demam atau batuk atau selesema juga tidak digalakkan melawat pesakit yang berada di hospital," katanya.


Selain itu, katanya bilangan pelawat yang hadir ke semua hospital di Terengganu juga akan dikurangkan dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun tidak dibenarkan untuk melawat hospital.

Semua peserta program tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 28 Feb lalu dinasihatkan untuk tidak solat berjemaah di masjid atau surau di Pahang sehingga disahkan bebas dari COVID-19. - Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman https://t.co/dZZ13sr2bV

Semua peserta program tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur, pada 28 Feb lalu dinasihatkan untuk tidak solat berjemaah di masjid atau surau






Hospital-hospital KKM telah memendekkan waktu lawatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan #COVID19

Sila dapatkan maklumat di hospital berdekatan anda.

Elakkan ke hospital jika tiada urusan penting terutama golongan berisiko tinggi.

Lawatan kerja YB Menteri Kesihatan Malaysia di Hospital Permai, Johor Bahru berhubung situasi semasa jangkitan penyakit coronavirus (Covid-19) di Malaysia

Orang ramai diseru tidak sertai perhimpunan awam lebih 50 orang bagi mengelak penularan jangkitan #COVID19

Ini cara terbaik untuk mengawal COVID-19 drpd menjadi lebih serius.

Dijangka ramai positif virus itu selepas sertai perhimpunan tabligh di Seri Petaling. -@DrAdhamBaba


Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mendedahkan, ada jemaah tabligh negeri itu memberikan pelbagai alasan apabila diminta membuat pemeriksaan kesihatan berikutan penularan jangkitan COVID-19 ketika ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jemaah masjid yang menghadiri program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, ibu negara pada 28 Februari lalu

18 pegawai dan anggota polis dikuarantin kerana disyaki menunjukkan simptom COVID-19 - Bukit Aman - Bernama

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa dua (2) kes (kes ke-35

TERKINI: 41 kes baru #COVID19 dilaporkan di Malaysia, 14 Mac 2020.

Ini menjadikan 238 kes keseluruhan termasuk 35 yang telah sembuh.

Sebahagian besar kes baru ini berkait dgn kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Kenyataan rasmi KKM menyusul.



Situasi semasa #COVIDー19 di Malaysia, 14 Mac 2020.

1. 41 kes baru menjadikan 238 keseluruhan setakat ini.
2. Dua kes telah sembuh menjadikan 35 pesakit telah sembuh dan discaj.
3. 5 pesakit sedang dirawat di ICU.
4. Elakkan perhimpunan awam.
5. Hospital had waktu melawat.



COVID-19 : Panduan mengendalikan majlis

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk



Terkini COVID-19 kluster tabligh di masjid Jamek Sri Petaling Kuala Lumour, sehingga jam 12 tengah hari 14 March 2030, adalah 77 kes. Negeri Sabah mencatatksn jumlah kes tertinggi setakat ini ialah 26 kes

Pohon sebar luas channel telegram MKN Rasmi

Informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Terima kasih.

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan


Situasi Terkini Covid 19 setakat jam 12 Tengahari.


COVID-19 : Apa itu Endemik, Epidemik dan Pandemik.

Saksikan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia esok bersama Dr. Dalila Roslan pada pukul 8.30 pagi di TV1.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

15 Mac 2020



Jika ada penumpang yg batuk dgn kerap tanpa menutup mulut dan tiada ruang untuk anda jarakkan diri, palingkan muka anda agar tidak terkena 'droplet'.

Basuh tangan dgn air dan sabun selepas keluar dari kenderaan itu atau guna hand sanitizer jika tiada akses kpd air.

Kementerian Wanita dan Keluarga diberi tanggungjawab untuk menjaga serta mengurus hal ehwal kebajikan rakyat Malaysia yang akan dibawa pulang dari Itali dan Iran susulan penularan #COVID19 - Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun



Sewaktu orang lain menjauhkan diri, mereka perlu mendekati pesakit dan indvidu yang disyaki untuk melakukan proses saringan , pengambilan sampel dan merawat pesakit.

Ia bukan satu tugas yang mudah. Dengan persekitaran yang panas terik, mereka perlu bermandi peluh setiap kali menyarungkan pakaian perlindungan khas ini.

Pakaian perlindungan ini perlu ditukar untuk setiap pesakit. Memakainya mungkin boleh dilakukan dengan pantas, untuk membukanya (degowning) memerlukan langkah yang tertib dan berhati hati bagi mengelakkan pemukaan pakaian yang telah tercemar dari menyentuh tubuh.
.
Sekiranya anda perlu disaring dan diambil sampel, berikan kerjasama baik kepada mereka. Jangan ambil gambar secara sembunyi untuk tujuan penyebaran berita palsu.

Penutupan sementara Masjid Al Munawwarah dekat Seksyen 27, Shah Alam dibuat selepas seorang jemaah didapati poisitif jangkitan COVID-19

#onenews- 15032020-COVID-19: Jangan Percaya Hebahan Tidak Sahih Di Media Sosial https://t.co/cIyuqo7oJZ #COVID19 #coronavirus #CoronavirusOutbreak #ONKongsi https://t.co/NCRyQLwxt3

Sekatan perjalanan di beberapa negara - Perdana Menteri Tan Sri @MuhyiddinYassin #COVIDー19 #coronavirus https://t.co/7BjOmhunrA

[InfoGrafik]: Langkah pencegahan wabak COVID-19 di pusat beli-belah https://t.co/jTTW6Xgahn


Status terkini global #COVID19 , 15 Mac 2020

Negara Itali masih mempunyai kematian yang tertinggi iaitu 1,441 dengan kadar peratusan 6.8%

Sebanyak 10 penambahan negara yang disenaraikan mempunyai wabak COVID-19 menjadikan 146 negara terkesan dengan wabak ini.


Fikir dahulu sebelum sebar dan kongsi sesuatu maklumat atau berita.

Jadilah netizen yang bijak!

#beritapalsu
#COVID19
#KKM
#MCMC
#PDRM
#sebenarnyamy
#tidakpastijangankongsi

Ikuti channel telegram MKN Rasmi

Informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Terima kasih

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan


11 new positive COVID 19 cases in Sarawak

Total Positive COVID-19 cases in Sarawak: 20 cases

Kuching - 1 new positive cases
Sarikei - 1 new positive cases
Bintulu - 1 new positive cases
Miri - 8 new positive cases (linked to religious gathering at Sri Petaling Mosque)


MAKLUMAN TERKINI : Penutupan sementara semua kaunter MM2H berkuatkuasa serta merta sehingga 30 April 2020 #mymotac


KENYATAAN TERBARU DARI JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA NEGERI SARAWAK

Semua keraian kerajaan dan awam yang dihadiri lebih 50 orang perlu ditangguh ke suatu tarikh lain.



Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Majlis Keselamatan Negara menyeru kepada semua rakyat Malaysia menyebarluaskan mesej ini kepada mereka yang telah menghadiri 'Ijtimak Tabligh' di Masjid Seri Petaling Kuala Lumpur dari 28 Feb - hingga 1 Mac 2020 segera menjalani pemeriksaan di pejabat kesihatan daerah masing-masing bagi membendung penularan jangkitan COVID-19.

Semua perhimpunan ditangguhkan atau dibatalkan mengikut kesesuaian sehingga 30 April 2020 - PM Muhyiddin Yassin #COVIDー19 #COVID19malaysia #coronavirus https://t.co/rJbWVaBH3K


Perhatian semua!



PENGUMUMAN PENTING

Mohon kerjasama peserta Ijtimak Jord Qudama' & Ulama Malaysia yg telah berlangsung di Masjid Sri Petaling, KL pada 27/2/2020 hingga 3/3/2020 untuk segera menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital yang disenaraikan dengan kadar segera.

TERKINI: 190 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 15 Mac 2020.

Ini menjadikan 428 keseluruhan termasuk 42 kes sembuh dan discaj.

Sebahagian besar kes baru ini berkait dgn kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Kenyataan penuh menyusul.



TERKINI: 190 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 15 Mac 2020.

Ini menjadikan 428 keseluruhan termasuk 42 kes sembuh dan discaj.

Sebahagian besar kes baru ini berkait dgn kes kluster perhimpunan di Sri Petaling




Tujuh pesakit telah sembuh dan discaj hari ini.

Kesemua mereka warga tempatan dan berkait kes kluster ke-26 dan kes -33.

Ini menjadikan 42 kes sembuh keseluruhan setakat ini.


UniSZA nafi kenyataan tular mengenai #COVIDー19









KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN KDNKA

Kejayaan Operasi Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).







Mesej yang tular diatas adalah mesej palsu.



Salam sejahtera...

Jangan panik, KKM sedang bergiat mencari kes-kes positif. Ini adalah salah satu kaedah untuk membendung penularan kes COVID-19 di Malaysia... Mohon sesiapa merupakan kontak rapat dengan kes-kes positif untuk bekerjasama dengan pihak kesihatan daerah dan negeri..

Buat masa sekarang, ikutilah nasihat KKM...

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. Orang ramai tidak melancong ke negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

- CPRC KKM


Situasi terkini COVID-19 setakat jam 5 petang 15 Mac 2020.

Mohon kerjasama peserta Ijtimak Jord Qudama' & Ulama Malaysia yg telah berlangsung di Masjid Sri Petaling, KL pada 27/2/2020 hingga 3/3/2020 untuk segera menjalani ujian saringan Covid-19 di hospital yang disenaraikan dengan kadar segera.

TIDAK PERLU ADA PANIC BUYING "Masyarakat dimohon agar TIDAK PERLU MEMBUAT PEMBELIAN PANIK BARANGAN KEPERLUAN " Yakinlah, pada usaha KEMENTERIAN KESIHATAN




KEBANGSAAN BAGI HAL EHWAL UGAMA ISLAM MALAYSIA (MKI) DAN TAKLIMAT KHAS KEPADA PIMPINAN JEMAAH TABLIGH MALAYSIA MENGENAI ISU COVID-19

Kenyataan dwibahasa disediakan di pautan: https://t.co/l8EhbnrvQl https://t.co/dBRZAXPd9X

Terdapat Mesyuarat Tergempar Bagi Isytihar Darurat Kerana COVID-19 Adalah Palsu https://t.co/C3eoYwpvIT

SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kandungan mesej tersebut adalah palsu. SUMBER: Twitter Rasmi KKM




Hero2 yang bekerja keras untuk membantu menguruskan #COVID19

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua warga #KKM , dan penjawat awam yang terlibat secara langsung dan tak langsung.

Sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini ditunda kerana #COVIDー19 - Bukit Aman



Berita ini adalah palsu. Mohon tidak dikongsi dan disebarkan. Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM)1998.

PENGUMUMAN PENTING #COVID-19 Mohon kerjasama peserta Ijtimak Jord Qudama' & Ulama Malaysia yang telah berlangsung di Masjid Sri Petaling, KL pada 27/2/2020


Keputusan pandangan hukum #COVID-19 akan dipersembahkan kepada Agong - Menteri Agama @drzul_albakri https://t.co/qxB7OKJ0Ey


16 Mac 2020



Kenyataan Media oleh kepimpinan Tabligh Malaysia dari Markas Utama Sri Petaling.

Sambutan Hari Polis ke-213 pada 25 Mac ini ditunda ke satu tarikh baharu - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman


Bagaimana COVID-19 Merebak?

- Kebanyakan berjangkit daripada individu ke individu melalui titisan penafasan apabila yang berjangkit batuk atau bersin.

- Sentuhan pada permukaan yang dicemari virus.

Sumber: @KKMPutrajaya

#COVID19




Langkah pencegahan COVID-19 di Sekolah dan Tempat Kerja.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk


Sentiasa menjaga etika ketika batuk dan bersin.

Kita terapkan sikap berkasih sayang, kegembiraan, hormat-menghormati dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.


Tidak kira siapa pun anda, menjadi tugas kita semua bersama-sama mencegah penularan wabak COVID19. Sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan dan patuhi arahan pihak berkuasa. #COVID19

Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana yang akan menjadi mangsa bukan hanya anda tetapi sesiapa sahaja akibat dari sikap mementingkan diri sendiri.

#COVID19 #FightCovid19 #ArtortoiseMY

MHS menasihati penganut yang menghadiri sambutan keagamaan Masi Magam di Teluk Bahang, Pulau Pinang Jumaat lalu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan


Simptom-simptom Jangkitan Coronavirus (COVID-19) Sumber: @KKMPutrajaya #COVID19 #JabatanPenerangan #SayangiMalaysiaku https://t.co/Lg2jBsZ1Zd


#COVIDー19 Statistik terkini WHO dikemaskini 8am, 16 Mac 2020.

Kematian di Itali hampir mencecah 2,000 dan Sepanyol, kematian meningkat ketara menghampiri 300 orang.

Filipina, walaupun jumlah kes 140, kematian agak tinggi (11) dgn kadar kematian 7.9%.

Pusat Sains Negara & Planetarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan. Pasti ramai para pelajar ingin mengunjung pada minggu cuti sekolah.


PERHATIAN : Permohonan lawatan ke Parlimen Malaysia adalah dibekukan buat sementara waktu berkuatkuasa serta merta ekoran penularan wabak Covid-19.


Buat masa ini, 79 org rakyat 🇲🇾 dari Itali & 48 org dari Iran akan dibawa pulang. Jumlah dari Itali berbeza dgn jumlah keseluruhan rakyat kita




Kedutaan @MYembassyRome & Iran juga telah tubuhkan Emergency Response Team (ERT) bagi menyelaras usaha bawa pulang rakyat 🇲🇾 serta bekerjasama

Polis sedang berusaha mengesan individu yang menyebarkan maklumat palsu berhubung infografik ‘Covid-19 Hour #MalaysiaLockDown’ yang tular dalam media sosial. #BERITAPALSU #COVIDー19



Ada mesej tular yg mengatakan perintah berkurung bakal diadakan, dan diletakkan link kepada berita Malaysiakini.

MESEJ CADANGAN BELI BARANG KEPERLUAN ASAS DAN PERINTAH BERKURUNG ADALAH PALSU

TIDAK PERLU ADA PANIC BUYING "Masyarakat dimohon agar TIDAK PERLU MEMBUAT PEMBELIAN PANIK BARANGAN KEPERLUAN " Yakinlah, pada usaha KEMENTERIAN KESIHATAN


lakukan saringan Covid-19 https://t.co/qW0Mcaxj9V #RTM #BeritaRTM #COVID19 https://t.co/MzYdaY526Z


Kenyataan Media berhubung Cadangan Penangguhan / Penjadualan Semula 3 Bulan Pembayaran Pinjaman Di Bawah Skim Mikro Kredit Untuk Para Usahawan Wanita Daripada Golongan B40.

Semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat fardu berjemaah dan solat Jumaat di Negeri Sembilan ditangguhkan 10 hari bermula Selasa - Mufti Negeri Sembilan


Bukit Aman tubuh pasukan Task Force khas pantau situasi wabak #COVID-19 di seluruh negara - Ketua Polis Negara




Elak pembelian panik, boleh cetus kesan negatif kepada harga barang #BHnasional #COVID19 #coronavirus https://t.co/KQxb3hYseq


Statistik Terkini Kluster COVID 19 Sarawak

Jumlah keseluruhan positif COVID 19 di Sarawak ialah sebanyak 34 kes.


Mesej ini adalah palsu. Mohon tidak dikongsi dan disebarkan. Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM)1998.


Bertenang usah panik.

Tidak kira siapa pun anda, menjadi tugas kita semua bersama-sama mencegah penularan wabak COVID19. Sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan dan patuhi arahan pihak berkuasa. #COVID19

Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana yang akan menjadi mangsa bukan hanya anda tetapi sesiapa sahaja akibat dari sikap mementingkan diri sendiri.

JADILAH VAKSIN BUKAN VIRUS

PERHATIAN.

Percayalah, tiada guna lockdown satu negara kalau ramai antara kita yang masih belum mampu lockdown nafsu diri sendiri dari menyebarkan informasi dan berita-berita palsu yang memburukkan keadaan.

Percayalah, kebimbangan utama semua dan majoriti dari kita sekarang bukan hanya bimbang dijangkiti virus tetapi juga kebimbangan dipenuhi oleh virus berita dan serangan fakta-fakta palsu.

Maka, berhentilah forward atau menyebarkan perkara dan info yang kita sendiri tidak pasti kesahihannya atau kita bukan pakar berkenaannya.

Kesan maklumat atau berita palsu boleh mendatangkan bahaya lebih besar malah memberikan tekanan kepada pihak-pihak bertanggungjawab untuk menangani krisis ini.

Bayangkan masa berjam-jam pihak berkuasa untuk memantau dan memperjelaskan setiap berita palsu yang tersebar seluruh negara. Masa berharga ini sebaiknya digunakan bagi kerja-kerja mencari dan mengimplimentasi penyelesaian krisis yang lebih besar.

Jadilah warganegara yang bertanggungjawab dan bertoleransi dengan membantu mengurangkan kesan akibat krisis bukan menambahkan lagi kekusutan mencari jalan penyelesaian.

Vaksin utama kepada virus berita palsu adalah dengan sentiasa merujuk kepada sumber yang sah. Telegram MKN adalah antaranya.

Jadilah vaksin bukan virus.

Mudah kan?

Boleh kan?

:+1::blush:

-Capt Inspirasi-


Our friends and family working in the healthcare services need your help to keep the number of those infected w #COVIDー19 low. Priority of services must go to those who need it most. Help them to help u. They need our support. Don't go out unless you need to.


Jangan Panik :relaxed:

Tidak kira siapa pun anda, menjadi tugas kita semua bersama-sama mencegah penularan wabak COVID19. Sentiasa ambil langkah-langkah pencegahan dan patuhi arahan pihak berkuasa. #COVID19

Jadilah individu yang bertanggungjawab kerana yang akan menjadi mangsa bukan hanya anda tetapi sesiapa sahaja akibat dari sikap mementingkan diri sendiri.

TERKINI: 125 lagi kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia, 16 Mac 2020.

95 drpd 125 kes ini berkaitan kes kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Keseluruhan 553 kes setakat ini:
1. 511 sedang dirawat (12 ICU)
2. 42 telah sembuh

Kenyataan penuh KKM menyusul.


#COVIDー19 Ringkasan situasi terkini di Malaysia, 16 Mac 2020.

KKM telah memasuki tahap pembendungan akhir iaitu membendung penularan jangkitan daripada menjadi lebih serius di Malaysia. - Menteri Kesihatan, YB Dato' Sri @DrAdhamBaba



KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)⁣

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA COVID-19⁣

KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)⁣

PENANGGUHAN SEMUA AKTIVITI KEAGAMAAN DI MASJID DAN SURAU SERTA PANDUAN PENGURUSAN JENAZAH MANGSA COVID-19

Rakyat Malaysia, ini tanggung jawab anda:
1.Mengamalkan tahap kebersihan yg optimum pada setiap masa, seperti kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitiser). Ini merupakan cara yang efektif dalam memutuskan transmisi jangkitan penyakit.

2.Mengamalkan etika batuk (cough etiquette) yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh tangan dengan serta merta. Ini dapat mengelakkan penularan jangkitan penyakit kepada orang lain.
3.Menangguhkan penganjurkan perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

4.Tidak menghadiri perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering).

5.Mengamalkan jarak sosial (social distancing) sekurang-kurangnya 1 meter dari orang lain.

6.Menangguhkan perjalanan ke wilayah atau bandar yang diisytiharkan mengalami penularan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China (seperti yang dimaklumkan sebelum ini)

mahupun di Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran. Ini bagi mengelakkan diri dari terdedah dengan jangkitan penyakit.

KKM akan mengemaskini maklumat dari semasa ke semasa dan hanya maklumat yang dikeluarkan KKM adalah sahih. - @DrAdhamBaba



Situasi Semasa #Covid19

1. Terdapat 125 kes baru dilaporkan, 16 Mac 2020. 95 daripada jumlah itu berkaitan dgn kluster perhimpunan tabligh

2. 12 kes sedang dirawat di ICU

3. KKM telah masuki tahap pembendungan akhir.


Menyahut seruan KKM dan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa MKI, jom tonton dan dengar video dan audio kuliah saya di Youtube dan Spotify:⁣

Youtube ⁣
https://t.co/AQX6E9xEee⁣

Spotify⁣
https://t.co/pgRsOLJwkv https://t.co/Di5YU8ulIy

#COVID19 Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman mengenai situasi semasa penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia pada jam 9, malam ini (Isnin, 16 Mac 2020).

Pengumuman ini akan disiarkan secara langsung di semua stesen tv.


16 MAC 2020 - KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI MENGENAI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN EKONOMI BIL.1/2020.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

#JabatanPerdanaMenteri
#JPM
#MajlisTindakanEkonomi
#EconomicActionCouncil
#EAC https://t.co/cJ3H6sawUy



#COVID19 Sebanyak 553 kes di Malaysia setakat 16 Mac 2020 termasuk 42 yang telah sembuh.

Kebanyakan kes gelombang kedua ini dari kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Pengesanan peserta dan kontak rapat kepada kes positif masih berjalan bagi mengawal drpd merebak. https://t.co/wNOebPOs69

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pengurusan COVID-19 kini diletakkan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan perkembangan terkini wabak itu di Malaysia.




Special art created by Dr Hanis, from KAED, IIUM. Thank you to all @KKMPutrajaya and MOH personnel, who have been working hard to battle with #covid19 for country @OfficialIIUM

Situasi Semasa #COVID19 di Malaysia https://t.co/JIOCa0EJjt @KKMPutrajaya @DGHisham @JPenerangan @jpmgov_ @kkmm_gov @MyHEALTHKKM @DrAdhamBaba


No need for panic buying; government will ensure food is available at all times - PM Muhyiddin


Apa yang seorang pekerja perlu tahu sekiranya dijangkiti #COVID-19? Ketahui hak anda sebgai seorang pekerja. Sekiranya pihak majikan gagal mematuhi

Selamat Sejahtera/大家好/வணக்கம்,

Dipohon kerjasama semua untuk sebarkan link channel telegram MKN Rasmi ini kepada umum. Penyebaran informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

在此恳请大家的合作一起把国家安全委员会 (Majlis Keselamatan Negara)的官方Telegram 频道链接宣传出去。以便将真实和准确的国家安全信息传达给人民大众。

இந்த அதிகாரப்பூà®°்வ MKN Telegram இணைப்பை பொதுமக்களுக்கு பரப்ப அனைத்து ஒத்துà®´ைப்புà®®் கோரப்படுகிறது. இது ஒரு தேசிய பாதுகாப்பு பற்à®±ிய உண்à®®ையான மற்à®±ுà®®் துல்லியமான தகவல்களை மக்களுக்கு தெà®°ிவிப்பதற்கான à®®ுயற்சி.

Terima kasih/谢谢/நன்à®±ி.

https://t.me/MKNRasmi

Mohon sebarkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan

KKM menggesa agar:

1. Semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19.

2. Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, dinasihatkan agar tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang padat termasuk aktiviti keagamaan.

2. Individu yang bergejala dinasihatkan menjarakkan diri (social distancing) sekurang-kurangnya satu meter bila berhadapan dengan individu lain.

3. KKM menasihatkan Orang ramai tidak melancong keluar negara terutamanya negara-negara yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19.

4. Rakyat Malaysia yang bergejala jangkitan saluran pernafasan tidak melawat kawasan-kawasan lain di Malaysia semasa cuti sekolah.

Amalkan langkah-langkah pencegahan dan jaga kebersihan diri.

- KPK KKM -



Sehingga 12:00 tgh hari, 16 Mac 2020, terdapat 125 kes baru dilaporkan, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 553 kes.125 kes baru yg dilaporkan hari ini, & 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dgn kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. https://t.co/KHR3MkDUeg

MKN menasihatkan agar semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap situasi Covid-19 yang sedang melanda.

Kerajaan tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk menjalankan imunisasi Covid-19 dari rumah ke rumah.
JANGAN BENARKAN sesiapa untuk masuk ke rumah anda untuk tujuan tersebut. Sila ambil perhatian dan tindakan sewajarnya.

Terima kasih.


Sepatutnya VS Hakikatnya

#COVID19 #OrangKita kredit to #artortoisemy

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara - Muhyiddin


“PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali uang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).

- YAB PM


Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi:

Pusat Pengurusan Operasi Negara

Talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok. (17 Mac 2020).


Salam sejahtera dan salam hormat. Ini adalah “perintah kawalan pergerakkan” dan bukan “perintah berkurung”.

Ini adalah salah satu strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit berkurang dan ini seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.

Bawa bertenang dan jangan panik!

NO FEAR, NO RUMOR, NO STIGMA

#mycombatcovid

- CPRC KKM


17 Mac 2020



Sektor yang dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang akan Bermula pada 18 Mac Hingga 31 Mac 2020

COVID-19, dr noor hisham, KKM, perintah kawalan pergerakan, sekatan

Perintah larangan meliputi:

1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan

hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit, kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam,
penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa

Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan

dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self
quarantine) selama 14 hari;

3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh,

sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan


6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air,
elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran,

kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan,
pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.



Apa yang dimaksudkan dengan Social distancing?

Social distancing ialah satu amalan menjarakkan diri antara individu untuk mengurangkan penularan jangkitan atau wabak.

Sebagai contoh, menutup bangunan dan membatalkan majlis atau upacara.

Social distancing: What does it mean?

Social distancing is a practise reducing close contact between people to slow the spread of infections or deseases.

e.g limiting large groups of people coming together, closing buildings and canceling events.


Salam sejahtera dan salam hormat..

Sehingga kini, KKM telah mengesan 8,786 orang peserta kumpulan tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, di mana 3,439 bilangan sampel telah diambil.

Dengan 95 kes COVID-19 baharu di kalangan kluster ini, jumlah kes kini meningkat ke 338 kes. Kenaikan tertinggi adalah di WP Kuala Lumpur (22 kes), Kelantan (12 kes) dan Pahang (10 kes).

- KPK KKM -




Jaga jarak sosial anda sekiranya anda bergejala.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk



Social distancing at workplace.

:white_check_mark: No handshake policy
:white_check_mark: Defer large meetings and events
:white_check_mark: Consider opening windows
:white_check_mark: Limit food handling and sharing of food in the workplace

Let's Stop Spreading COVID-19

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

:no_entry_sign:STOP PANIC BUYING Bekalan makanan masih mencukupi #KPDNHEP #COVID19 #COVID19malaysia #panicbuying


17 Mac - Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara. #RTM #BeritaRTM #COVID19



Rakyat Malaysia diminta Jangan Panik :relaxed:



#COVIDー19 Statistik seluruh dunia dikeluarkan WHO, 17 Mac 2020.

Jumlah kematian keseluruhan 6,442 dengan purata kadar kematian 3.55%.

Kadar kematian tertinggi Itali (6.47%), Iran (4.83), China (3.95%) dan Sepanyol (2.9%).

Wabak COVID-19 Korea Selafan makin terkawal.


5 sebab penting kenapa perlu hentikan panic buying:point_down:🏻 #KPDNHEP #COVID19 #COVID19malaysia #panicbuying



Jangan Bimbang :relaxed:, Fahami Perintah Kawalan Pergerakan

8786 peserta ijtima tabligh sudah dikesan sehingga 17 Mac. Sehingga kini, KKM telah mengesan 8,786 orang peserta kumpulan tabligh yang menghadiri



#TERKINI COVID-19: SARAWAK CATAT LAPAN KES POSITIF LAGI, JUMLAH TERKINI 42 KES POSITIF


KENYATAAN MEDIA PKPMP - PANDUAN PENGENDALIAN KES-KES DI MAHKAMAH SELURUH MALAYSIA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN




Agong titah semua rakyat Malaysia patuhi Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 hingga 31 Mac- Istana Negara


Sidang Media: Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador https://www.facebook.com/MajlisKeselamatanNegara/videos/214120306613500/

TERKINI: 17 Mac. 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia menjadikan 673 kes.

95 drpd kes baru itu berkait dengan kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Manakala 7 lagi pesakit telah sembuh menjadikan 49 setakat ini.

Kenyataan penuh menyusul.

TERKINI: Dua kematian #COVIDー19 iaitu kes ke-178 dan kes ke-358 dilaporkan di CPRC, hari ini, 17 Mac.

1. Kes ke-178 lelaki warga Malaysia berumur 34 thn yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Beliau bergejala mulai 5 Mac & dirawat di Hospital Permai

pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disah meninggal dunia hari ini.

2. Kes ke-358 lelaki warga tempatan 60thn mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hosp. Umum Sarawak pd 14 Mac.

Kesihatan mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac.

Rakyat diminta jangan keliru dengan Perintah Kawalan Pergerakan dan 'Lockdown'. Rakyat masih boleh keluar dari rumah untuk dapatkan barangan keperluan. https://t.co/telXewVLhR


Ringkasan situasi semasa #COVIDー19 di Malaysia, 17 Mac 2020.

Kes baru 120 yang mana 95 berkait kes kluster perhimpunan Sri Petaling.

7 lagi sembuh menjadikan 49 keseluruhan telah sembuh.

2 kematian lelaki warga tempatan.

@DrAdhamBaba https://t.co/iXC4dMdo6U


PDRM akan sediakan borang untuk orang ramai isi sekiranya ingin pulang ke kampung - KPN


Bank Negara akan terus menyediakan mudah tunai mencukupi dalam pasaran pertukaran asing, bon dan wang bagi memastikan perantaraan kewangan tanpa gangguan


Situasi Terkini Covid 17 Mac 2020

Apa beza Ironman dengan Pengamal Perubatan? Ironman selamatkan orang dalam filem, Pengamal Perubatan selamatkan mangsa-mangsa #COVID19 





#COVID19 disease has spread all over Malaysia and killed two local men so far.

Currently, 622 patients are receiving treatment in hospital with 12 in intensive care unit.

Malaysians, please distance yourselves from crowded places to prevent infections.



Gunakan peluang ini untuk kita solat berjamaah bersama-sama ahli keluarga.


“Assalamualaikum YB Dato Dato Tuan/Puan. Untuk makluman semua, viral yg mengatakan bahawa tentera telah membuka hospital medan di Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu berikutan kes kematian di Johor disebabkan Covid-19 adalah palsu. Gambar2 tersebut adalah semasa batalion Perubatan membuka hospital medan di HSA disebabkan bilik bedah hospital HSA terbakar pd tahun 2017. Mohon di abaikan viral ini”.
-Brig Jen Dato Haji Zawawi bin Haji Adam
Panglima 7 Briged Inf Johor-

Tuan Puan jangan bersesak-sesak dekat balai polis untuk isi borang kebenaran rentas negeri
Lepas tu tidak practice sosial distancing🤦🏼‍♂️
Tujuan larangan dan perintah kawalan pergerakan adalah untuk bendung menularan Covid19.
#KekalTenang dan #HapusCOVID19
Kredit HakimAwani



Penjelasan ringkas dari PDRM,

18 Mac 2020

#COVID-19 POSTING PILIHAN: PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN Bacaan lanjut menerusi pautan: https://t.co/3eeA0CDMyi



[Infographics] Restriction of Movement Order (Dos & Don’ts) [Infografik] Perintah Kawalan Pergerakan (antara isu berbangkit)



Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini - KPN

Jangan serbu balai polis, arahan mengisi borang ditarik balik sementara waktu - KPN #AWANInews #KekalTenang #HapusCOVID19 https://t.co/7GRxAXOtct


18 Mac - Penangguhan sementara pelaksanaan permit pengecualian kawalan pergerakan di bawah perintah kawalan pergerakan. #KPN #PDRM #BeritaRTM #RTM



Duduk Diam-Diam di Rumah, Stay Safe, Patuhi Arahan Pihak Berkuasa

YDP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melawat ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) KKM
:blush:




COVID-19 | Berita Palsu, 40 Kertas Siasatan Dibuka

Sehingga 17 Mac 2020 PDRM telah membuka 40 kertas siasatan berhubung berita palsu penularan wabak COVID-19.

11 kes telah diambil tindakan undang-undang.

Manakala 26 kes dalam siasatan.


Untuk makluman semua warga IPT, sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan.
Boleh terus menghubungi Bilik Gerakan KPT yg beroperasi 24 jam

Di talian:
03-8870 6777
03-8870 6949
03-8870 6628
03-8870 6623

Salam sejahtera dan salam hormat.

Kes global makin meningkat dengan jumlah kes sebanyak 197,830 melibatkan 152 buah negara. Negara Itali mencatat 31,506 kes, kedua tertinggi selepas negara China diikuti dengan negara Iran (16,169), Spain (11,826), Germany (9,360), South Korea ( 8,413), France (7,695) dan USA (6,362).

Jumlah kematian secara global adalah 7,944 kes iaitu sebanyak 4.02%. Kadar sembuh adalah sebanyak 49.42%.

- CPRC KKM


#COVID-19

KERATAN AKHBAR PILIHAN: MASYARAKAT PERLU JALANKAN PERANAN BANTU KERAJAAN BENDUNG COVID-19

Kuala Lumpur, 18 Mac 2020- Orang ramai perlu jalankan peranan membantu kerajaan bagi membendung jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, berkata semua pihak perlu patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dalam memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuat kuasa mulai tengah malam tadi sehingga 31 Mac ini.

“Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk pelanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan”, katanya.


Patuhi Arahan Pihak Berkuasa.


#7Nasihat sewaktu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan.
Kita boleh!!!!:muscle::muscle::muscle::muscle: https://t.co/P2hh50DsFC


Video mudah untuk faham mengenai Perintah Kawalan Pergerakan



COVID-19:OPERASI FASILITI KESIHATAN SWASTA

Sektor jagaan kesihatan/perubatan telah disenaraikan sebagai perkhidmatan penting negara yang dibuka.

Sekiranya terdapat fasiliti yang perlu mengubah waktu operasi, sila maklumkan ke @CKAPS_KKM.

@KKMPutrajaya
@DrAdhamBaba
@DGHisham https://t.co/8RoHI8CP7X


Stay At Home, Patuhi Arahan Pihak Berkuasa



Kawalan Pergerakan Dan Perhimpunan

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA
JABATAN PERDANA MENTERI
18 MAC 2020



Hari ini adalah hari pertama "perintah kawalan pergerakan" di negara kita. Dengan kata-kata mudah, "sila duduk di rumah" dan jarakkan diri anda daripada orang lain.

Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19. Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah, berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.

Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini, yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap "tidak kisah".

Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius. "Duduk di rumah dan jangan keluar "

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan. Kita saling membantu dan bekerjasama mengekang penularan COVID-19 di Malaysia.



#COVID-19 KENYATAAN MEDIA PENGARAH JSJ Siasatan Ke Atas Kes-Kes Penyebaran Khabar Angin dan Berita Tidak Sahih Berhubung Isu Novel Coronavirus (COVID-19). Sumber @PDRMsia



Penularan wabak #COVID19 semakin membimbangkan di seluruh dunia menyebabkan phk berkuasa mengambil bbrp tindakan utk mbendung pertambahan kes.

Sementara itu di Malaysia, Perintah Kawalan Pergerakan tlh dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bkuat kuasa 18.3.2020 sehingga *31.3.2020.

Ini adalah langkah utk memutuskan rangkaian jangkitan COVID19 dan utk mengelakkan gelombang yg lbh besar dari berlaku.

Namun jika ada golongan yg bersikap acuh tak acuh & tidak kisah seperti ini tidak mustahil Malaysia bakal berhadapan situasi sukar yang tidak dapat dibayangkan.

Oleh itu, tolonglah beri kerjasama dengan mematuhi dan ambil serius dengan Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ambil iktibar dengan apa yang sudah berlaku kepada negara lain.

"Duduk rumah dan jangan keluar".

#COVID19 #coronavirus #KitaJagaKita kredit to #ArtortoiseMY


Tiada jururawat bernama Ayu di Hospital Shah Alam (HSA) dijangkiti #COVIDー19

Hentikan menyebar maklumat palsu ketika kita sedang berhadapan krisis kerana ia memburukkan lagi keadaan.

#StaySafeStayHome https://t.co/pCpxjcuRRm


#COVIDー19 Statistik terbaru WHO, 18 Mac 2020.

Kematian mencecah hampir 8,000 di seluruh dunia dan hampir 200,000 dijangkiti virus itu.

Kematian di Itali lebih 2,500 dgn kadar kematian 7.9% mengatasi China 4%.

Malaysia 2 kematian dan 49 sembuh dgn kadar kematian 0.3%. https://t.co/p3O8VLY3oT

Semua hospital KKM telah memendekkan waktu lawatan bagi mengelak penularan jangkitan #COVID19 di hospital. Golongan berisiko tinggi perlu elak ke hospital



Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988



Berita ini adalah palsu. Mohon tidak dikongsi dan disebarkan. Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM)1998.
@jpmgov_
@JPenerangan
@SKMM_MCMC
@KKMPutrajaya
@DGHisham https://t.co/tdKcRCz50W


Sila laporkan sebarang pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan ke Bilik Gerakan KDN ataupun mana-mana Balai Polis terdekat.

#kementeriandalamnegeri #kdn
Keselamatan #tanggungjawabbersama https://t.co/VSSWgTpNoC

Berikut talian bantuan mengenai Covid-19 yang boleh dihubungi di IPT masing-masing:

KENYATAAN MEDIA MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, JABATAN PERDANA MENTERI BERKAITAN SEKTOR PEMBUATAN KRITIKAL YANG DIBENARKAN BEROPERASI - 18 MAC 2020


Rayuan KP Kesihatan kepada semua Rakyat Malaysia

TERKINI: 117 kes baru #COVID19 di Malaysia menjadikan 790 kes, 18 Mac 2020.

11 lagi telah pulih menjadikan 60 pesakit telah pulih dan discaj.

80 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

Kenyataan penuh menyusul.


Situasi terkini #COVID19 di Malaysia setakat 18 March 2020, 12 tengah hari : 117 kes baru dilaporkan hari menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 790 kes. Dari 117 kes, jemaah tabligh terlibat adalah 80 dan jumlah kumulatif kes tabligh adalah 513 kes. https://t.co/BkIa08nNuR


Pesanan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham berkenaan COVID-19 https://t.co/ScRxdMM8rp

Sekiranya terdapat sebarang soalan berbangkit berkaitan pekerjaan dan perburuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sila hubungi hotline




#COVID19 : 117 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes meningkat kepada 790 kes - Menteri Kesihatan DS Dr Adham Baba

Saksikan Perutusan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di @BernamaTV pada pukul 8 malam ini



18 Mac - Aktiviti berfaedah yang boleh kita lakukan ketika tempoh #PerintahKawalanPergerakan @PNM_Rasmi #BeritaRTM


Sempena #PerintahKawalanPergerakan, YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) akan mengadakan siri kuliah atas talian (online) #NgajiDenganMenteri



Situasi terkini COVID-19

Perintah Kawalan Pergerakan : "Just stay at home. Protect your family & yourself" - PM Muhyiddin @MuhyiddinYassin


PM MUHYIDDIN MINTA RAKYAT BERADA DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN


[Infografik] Peraturan-peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit [Infographics] Prevention & Control of Infectious Diseases


Usaha pihak berkuasa untuk mengekang penularan wabak #COVID19 dengan melaksanakan #PerintahKawalanPergerakan (PKP) yang bermula hari ini, nampaknya tidak dapat menghalang rakyat yang terus berdegil dan keluar rumah tanpa urusan penting.

Malah lebih mengecewakan apabila ada yang santai melepak di restoran tanpa memikirkan kesan yang akan terjadi akibat dari sikap tidak ambil peduli ini.

Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia ni? Jangan menyesal di kemudian hari nanti.

#covid19 #coronavirus
kredit to #artortoiseMY

Bagaimana COVID-19 Merebak? Ini adalah penjelasan bagaimana Covid-19 merebak dan kenapa kita perlu duduk diam-diam di rumah dan mengehadkan pergerakan


[Infografik] Perintah Kawalan Pergerakan untuk sektor peruncitan @bernamadotcom #covid19 malaysia



“There’s only a small window of opportunity for Malaysia to stem the rapid spread of #COVID19 , if we missed it, chances are the third wave will be unleashed”. We may have to extend the movement control order & as whether we succeed or not, it’s up to you, so please stay at home https://t.co/qbDOSBEQ6S

[Infografik] Perintah Kawalan Pergerakan (industri pembuatan) [Infographics] Movement Control Order (manufacturing sector)



Agama ini ada bahagian-bahagiannya, seperti aqidah, ibadah dan akhlak.

Bab Aqidah = Yakin, Covid-19 hanyalah makhluk, Allah sahaja berkuasa. :heavy_check_mark:

Bab Ibadah= Solat dirumah, Fiqh cegah wabak:heavy_check_mark:

Bab akhlak= Elak jangkiti orang lain, ikut peraturan. :heavy_check_mark:

Barulah betul cara beragama!

19 Mac 2020



Dear Malaysians,

Please,

"Just Stay At Home.
Protect Your Family And Yourself.
Stay Put Where You Are." :pray:

@MuhyiddinYassin

#COVID19 #coronavirus #JustStayatHome #PerintahKawalanPergerakan kredit to #artortoiseMY https://t.co/jSnJSVB49G

This is me and my friends. Since angka pesakit yang dijangkiti covid-19 semakin banyak kat malaysia ni i have to tell you all this.



























PSA ini dibawakan khas oleh Kapten Kebenaran dan anaknya yang tak suka menjangkiti dan disakiti. Duduk diam-diam tau! === SERTAI KUTIPAN DERMA ‘CROWDFUNDING’




Talian Hotline CPRC Kebangsaan



Saksikan sidang media khas oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, pukul 11.30 pagi ini secara langsung di Facebook @RTM_Malaysia @IsmailSabri60 @MINDEFMalaysia


Pegawai Polis DiRaja Malaysia dan RELA telah dilantik sebagai pegawai diberi kuasa di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit



Berita ini adalah palsu. Mohon tidak dikongsi dan disebarkan. Harus diingat mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia (AKM)1998.
@jpmgov_
@JPenerangan
@SKMM_MCMC
@KKMPutrajaya
@DGHisham https://t.co/tdKcRCz50W


2020.

Kematian di Itali hampir 3K dgn kadar kematian 8.34%.

Kematian di Iran, Sepanyol dan Perancis terus meningkat.

Indonesia, kematian tertinggi di Asean dgn 19 (8.4%) dan Filipina 14 (7%), Malaysia 2 (0.25%). https://t.co/26DHxCxhqb


Pusat Panggilan Talian Kasih 15999 di bawah KPWKM
sudah dibuka sepenuhnya.

Keluargalah pertahanan yang paling kuat untuk rakyat dalam menghadapi cabaran ini. Dengan sokongan padu daripada keluarga, Insya Allah kita boleh hadapi bersama-sama

#StayAtHome
#DudukDalamRumah https://t.co/ZPd272yqYg




Meninjau situasi di Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara bagi melihat pengendalian maklumat berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan.


ATM nafi ada helikopter tentera digunakan untuk membuat semburan disinfeksi #COVID-19 di seluruh negara - Panglima ATM


Just stay at home

Bagi pertanyaan lanjut mengenai perkhidmatan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh berpandukan maklumat berikut.


Sedih dan kecewa. Ramai staf kesihatan terpaksa dikuarantin ketika fasiliti KKM sangat memerlukan khidmat mereka. 




Penafian penularan berita pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. https://t.co/QsAJgf3P3V



Jom sahut saranan pihak Jakim



KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)⁣

GERAK KERJA #MUSAADAHCOVID19 MULA DIJALANKAN


Bantu Petugas KKM, Just Stay At Home!


KENYATAAN MEDIA MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
BAYARAN BANTUAN BULANAN JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT BAGI BULAN APRIL DISEGERAKAN #COVID19malaysia #Covid_19 #KPWKM


Mari Kita dengar testimoni dan nasihat salah seorang jemaah tabligh yang selesai dikuarantin.

Statistik menunjukkan 4,000 jemaah tabligh belum jalani saringan. Tolong jalani pemeriksaan, patuh kepada arahan pihak berkuasa.
Kredit to Duan Jeng Jeng





#COVID-19 : Sehingga 12 tengah malam 19 Mac 2020, 10,553 ahli jemaah tabligh yang hadir majlis perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling telah diperiksa, 4,986 sampel diambil dan 513 positif. Seorang jemaah tabligh berumur 34 tahun telah meninggal dunia kelmarin. KKM menyeru ahli jemaah tabligh yang belum tampil untuk diperiksa untuk tampil untuk diperiksa oleh KKM.

- KPK, KKM


Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan

#JUSTSTAYATHOME
#HANYADUDUKDIRUMAH

RAYUAN BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA.
MELAYU CINA INDIA DAN SELAINNYA.

TOLONG JANGAN PENTING DIRI. 14 HARI UNTUK KITA KEMBALI NORMAL DENGAN IKUTI SEGALA ARAHAN.

JANGAN JADIKAN 14 HARI INI MENJADI BUBUR UNTUK SELAMANYA.

BAHASA MELAYU

1. Kekal berada di rumah
2. Jaga Jarak anda
3. Patuhi Arahan semasa
4. Elakkan berita palsu

#melayu

BAHASA CINA

1. Kekal dirumah
待在家里
2. JagaJarak
保持人与人距离
3. Patuh arahan
遵守规则
4. Elakkan berita palsu
别传不实讯息

#Cina

BAHASA INDIA
1.Kekal dirumah
அமைதியாக வீட்டில் உட்காà®°்ந்து கொள்ளுங்கள்
2. Jaga jarak
எல்லோà®°ிடமுà®®் தூரத்தை பராமரிக்கவுà®®்
3. Patuh arahan
விதிகளைப் பின்பற்றவுà®®்
4. Elakkan berita palsu
வதந்தி செய்திகளைத் தவிà®°்க்கவுà®®்

#India

LOGHAT

TERENGGANU
#COVID-19
1. Dok diang2 dumoh deh
2. Dok jauh skek dari orang, 1 meter deh
3. Dok soh beng kumpul ramai2 ah
4. Dengor hok kherajaang royat tu
5. Tohok berite hok belebong

#ganukite

KELANTAN
#COVID-19

1. Dok dumah .. Jange tubit
2. Tulung sengoti
3. Mapuh kalu degil

#gomokelategomo

JAWA
#COVID-19

1. Nang ngumah wae usah metu
2. Usah cerek kare wong
3. Ojo rame rame
4. Diru’ngoe kerajaan ngomong
5. Seng ngapusi jar ke

PERAK
#COVID-19

1. Duduk diam dalam rumah, usah keluor-keluor
2. Usah ngenden dekat orang, jarak 1 meter
3. Usah le kumpui ramai-ramai mengkome oii
4. Ate dengor je le arahan kerajaan tu
5. Jangan seborkan berita palesu

NEGERI SEMBILAN
#COVID-19

1. Dok ontok2 kek ghumah
2. Jaghak 1 meter
3. Jangan kumpul ghamai2
4. Dongar apo yg PM kobaan
5. Padam beghito palsu

#hobenjanghoben

SARAWAK
#COVID-19

1. Diam ajak dalam umah
2. Jarak 1 meter
3. Iboh begumpol rami rami
4. Dengar arahan perentah
5. Hapuskan berita sik benar

#bujangsenang

SIAM
#COVID-19

1. อยู่แต่ในบ้าน
2. ระยะห่าง 1 เมตร
3. อย่ารวมตัวกันหรืออยู่ที่คนเยอะๆ
3. ทำตามคำสั่งของรัฐบาล
4. หยุดข่าวลือ

#sawadeekap

ADA LAGI BAHASA YANG ANDA TIDAK FAHAM UNTUK DI IKUTI?
ATAU ANDA SEMEMANGNYA PENTINGKAN DIRI.

SEBAR UNTUK KEBAIKAN BERSAMA.
KITA BERSAMA BEBASKAN MALAYSIA DARI VIRUS INI.

RAKYAT MALAYSIA SATU HATI

#MALAYSIABEBASCOVID19
#JOMCAKNA
#JANGANPENTINGDIRI
:exclamation::exclamation::exclamation:



Kenyataan media @MarkasATM mengenai penularan berita palsu #COVID-19



Duduk rumah, Just stay at :house_with_garden:

Terkini 15 kes positif #COVID19 telah sembuh dan dibenarkan discaj dari wad. Ini menjadikan jumlah sembuh dan discaj sebanyak 75 kes.



Tiada seorang pun warganegara Indonesia tersenarai daripada jumlah 900 kes positif di Malaysia.

Bagi perhimpunan di Sulawesi, KKM sedia maklum 83 rakyat Malaysia berada di sana dan akan dikuarantin apabila mereka pulang.

Salam sejahtera dan salam hormat..

Ringkasan Kes COVID-19 pada 19.3.2020:

Kes dilaporkan: 110

Jumlah keseluruhan di Malaysia: 900

Kes sembuh: 15

Jumlah keseluruhan yang sembuh: 75

Jumlah kes di ICU: 20

Jumlah kematian: 2

Kes yang masih di hospital menerima rawatan: 821

- CPRC KKM

PM @MuhyiddinYassin umum peruntukan tambahan RM160 juta kepada Kementerian Kesihatan untuk disalur kepada 26 hospital rujukan #COVID19



Penerangan mengenai perkhidmatan perlu


110 kes baru dilaporkan, menjadikan kes keseluruhan sebanyak 900 kes.

Daripada 110 kes terbaru ini, 63 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. https://t.co/QqGnBDQFHs

Selangor catat kes positif tertinggi sebanyak 223 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (123), Sabah (112) dan Johor (101).
Sumber CPRC



Hukuman PENJARA enam (6) bulan atau DENDA RM1,000.00 akan dikenakan sekiranya orang awam atau majikan didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

#kementeriandalamnegeri #kdn
Keselamatan #tanggungjawabbersama https://t.co/sPe7HEPtBB











SIARAN AKHBAR: 138 Rakyat Malaysia di India telah selamat tiba di tanah air.


Pengawalan Pergerakan. Duduk Di Rumah. Stay At Home. Tolong jangan sebarkan lagi virus ini.
#dudukrumah #stayathome https://t.co/pAYtaIpu1y

‘’Apakah sumbangan anda pada negara?”

“Saya duduk Di rumah ketika covid-19 melanda negara”


COVID-19 : Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan https://t.co/XvjNzkxwIT



Sempena #PerintahKawalanPergerakan, YB Menteri di JPM (Agama) akan mengadakan siri kuliah online #NgajiDenganMenteri dengan tajuk Sejarah Imam 4 Mazhab.

Jom sama-sama ikuti di FB dan Youtube Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri pada jam 8.45 malam ini!


Anda duduk diam di rumah biar kami bekerja untuk anda. #KitaJagaKita #PerintahKawalanPergerakan 🥰kredit
#artortoiseMY


Jangan terpedaya dengan sebaran berita palsu yang menggunakan nama MKN. Ingat pastikan sahih, baru kongsi !



Ini adalah maklumat link rasmi MKN, selain daripada ini ianya palsu.


Bilangan kes COVID-19 mengikut negeri setakat 12 tgh hari 19 March 2020. Kes COVID-19 telah menular di semua negeri di Malaysia dan dijangkakan akan semakin meningkat. Sila bantu KKM bersama memutuskan rangkaian jangkitan ini dengan duduk di rumah dan jangan keluar. https://t.co/YzMJKk6guY

Sidang Media Khas Berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato' Sri @IsmailSabri60.


KUANTAN: Kerajaan Pahang mengetatkan larangan Perintah Kawalan Pergerakan dengan menutup beberapa premis perniagaan bermula jam 7 malam di lima daerah


Pesanan ikhlas daripada Bernama TV :kissing_heart: #perangiCOVID19 #stayathome #kekaldirumah


Kenyataan Media @MarkasATM, 19 Mac 2020: PENULARAN HEBAHAN BERITA PALSU DAN VIDEO ATURGERAK ASET ANGKATAN TENTERA MALAYSIA



20 Mac 2020




Perhatian kepada semua pesakit dan pelawat





TALIAN HOTLINE

Talian Hotline Kementerian-Kementerian Dibuka Bagi Memudahkan Orang Ramai Berurusan.

#JabatanPerdanaMenteri
#JPM
#COVID19
#PerintahKawalanPergerakan
#malaysiabebascovid19
#dudukrumah
#socialdistance
#KeepCalmStayHome https://t.co/FIDYCiLIu0


Kematian di Itali melepasi China dengan kadar kematian meningkat kepada 8.3%.

Filipina lapor 3 kematian baru manakala tiada kes kematian baru di Indonesia.

USA, Perancis, UK dan Sepanyol antara negara yang terus rekodkan kes kematian.

Perkara Yang Boleh Anda Lalukan di Rumah Semasa Perintah Larangan Pergerakan 18 - 31 Mac 2020



YDP Agong berkenan memandu sendiri meninjau keadaan persekitaran Kuala Lumpur semasa Perintah Kawalan Pergerakan.

Baginda juga meninjau lokasi tugasan PDRM membuat sekatan jalan raya di sekitar ibu negara sempena arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Video: Istana Negara

Saya ingin menggesa orang ramai / pesakit agar jujur ​​dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka.

Kami mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan dan / atau gejala mereka. Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.

Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur ​​dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami.

- KPK KKM -




Talian Hotline Agensi Kerajaan



Ringkasan Sidang Media Khas Menteri Pertahanan kemaskini

TERKINI: 130 kes baru dilaporkan menjadikan 1,030 keseluruhan, 20 Mac 2020.

Daripada 130 kes baru itu, 48 kes berkait kes kluster tabligh.

12 lagi kes telah sembuh menjadikan 87 telah sembuh.

26 pesakit dalam ICU.

Kenyataan penuh menyusul.



Bermula daripada Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi, Angkatan Tentera Malaysia akan ditugaskan untuk membantu Polis Diraja Malaysia dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan. #DudukRumah #JustStayAtHome


Pecahan keseluruhan 1,030 kes di Malaysia setakat 20 Mac 2020.

PUI - 204
Kontak rapat - 177
Kluster tabligh - 624
ILI/SARI - 23
Misi kemanusiaan - 2
Sumber KKM


Dukacita dimaklumkan seorang lagi pesakit #COVID19 telah meninggal dunia.

Pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan 58thn dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini.

Ini menjadikan 3 kematian di Malaysia setakat ini.
Sumber KKM


Kemungkinan anda akan mengalami kesulitan untuk melayari Portal Rasmi MKN buat masa ini. Keadaan ini disebabkan oleh kemasukan trafik yang tinggi secara serentak. Pasukan kami sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Kami mohon maaf atas kesulitan dan terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada MKN!

21 Mac 2020


Amalkan langkah pencegahan untuk elakkan jangkitan COVID-19.

Bantulah Malaysia putuskan rantaian COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia @KKMPutrajaya https://t.co/UEYJ1LdI4j


#COVID-19

KERJASAMA PDRM DAN ATM BAGI MEMASTIKAN RAKYAT PATUHI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Bermula hari Ahad, 22 Mac 2020 jam 12.01 pagi ini, Polis Diraja Malaysia akan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.


Golongan berisiko tinggi yang memiliki sistem imuniti badan yang rendah.

Golongan ini paling mudah terdedah dan risiko dijangkiti #COVID-19.

Anak-anak, lindungi ibu bapa anda. Jangan merayau dan bawa pulang penyakit corona virus ini.

Duduk rumah. Lindungi diri dan keluarga.


#DudukRumah #JustStayAtHome


Just stay at home, only come when you need us :relaxed:


MKN siapsiaga bersama ATM, PDRM dan agensi keselamatan lain membendung penularan wabak COVID-19! #PemikiranStrategikPuncaKemenangan #DudukRumah

Titah YDPA Rakyat Perlu Patuh Perintah Larangan Pergerakan


SEBENARNYA: Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berita tersebut adalah berita palsu. KKM tidak pernah memohon sumbangan daripada orang ramai



Hentikan penyebaran berita palsu! Bantu kami untuk putuskan rantaian penularan berita palsu. Kita satu hati memerangi berita tidak benar!! Pastikan Sahih, Baru Kongsi!!

Dukacita dimaklumkan, sepanjang tempoh 24 jam lalu, dua (2) kematian kes COVID19 dilaporkan.

Kes kematian ketiga telah dimaklumkan malam tadi di Twitter KKMPutrajaya.

Kes kematian keempat melibatkan kes ke-238, seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 50 tahun.

Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hsptl Melaka pada 12 Mac.

Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi


KENYATAAN AKHBAR @KKMPutrajaya MENGENAI SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT COVID-19 DI MALAYSIA


Di saat kritikal begini, penularan berita palsu dan fakta tidak benar adalah perkara yang paling tidak bertanggungjawab. Hentikanlah pengedaran khabar angin, berita sangsi yang belum diketahui kebenarannya. Lakukan peranan anda, bantu kami hentikan jenayah ini. Ingat! Pastikan Sahih, Baru Kongsi!!



MKN mengambil maklum akan kesukaran orang ramai untuk menembusi talian Hotline MKN 03-8888 2010. Pasukan MKN telah mula menambah kapasiti talian Hotline dan dipohon untuk orang ramai terus bersabar. MKN juga boleh dihubungi melalui emel covid19.mkn@1govuc.gov.my. Terima kasih atas sokongan anda!



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan kandungan rakaman suara yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kononnya anggotanya diberi kebenaran untuk memukul orang awam ketika menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan - Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan empat (4) lagi kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan KKM. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak lapan (8) sehingga kini. Pertambahan kes tersebut adalah seperti berikut:

- Kes kematian kelima adalah melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun warganegara Malaysia yang telah dimasukkan ke Borneo Medical Centre pada 16 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk selama 5 hari. Pada hari kedua, beliau mengalami kesukaran bernafas namun keluarga tidak mempersetujui beliau diberi bantuan alat pernafasan. Beliau dibawa pulang oleh keluarga pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 18 Mac 2020. Beliau mempunyai kontak dengan dua orang lagi yang disahkan positif iaitu anak lelaki dan anak perempuan beliau.

- Kes kematian keenam pula melibatkan anak perempuan kes kematian kelima. Kes ini melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 40 tahun yang dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac 2020 setelah mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac 2020. Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun, mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu. Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang pada 21 Mac 2020.

- Kes kematian kelapan pula adalah melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster tabligh. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam sejak 12 Mac 2020. Beliau telah dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac 2020 setelah didapati keadaan kesihatan merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 21 Mac2020 pada jam 4.00 petang.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

‎Ø¥ِنَّا لِلّهِ وَØ¥ِنَّـا Ø¥ِلَيْهِ رَاجِعُونَ

KP KKM
DG Hisham




#COVIDー19 Lapan kematian dilaporkan di Malaysia setakat jam 8pm, 21 Mac 2020.

8 deaths reported in Malaysia as of 8pm, Mar 21, 2020.

Sumber KKM


Statistk #COVIDー19 di seluruh dunia yang dikeluarkan WHO, 21 Mac 2020.

Kematian seluruh dunia melebihi 11,000 orang dengan purata kadar kematian 4%.

Kematian di Itali melebihi China dgn kadar kematian 8.6%.

Indonesia dengan 32 kematian dan kadar kematian paling tinggi.


[Infografik] Situasi terkini COVID-19 (Setakat 9 malam, 21 Mac 2020)

22 Mac 2020


Situasi 22 Mac 2020 Jam 9 Pagi


MKN memandang serius penggunaan nama dan logo rasmi MKN secara salah dengan tujuan menimbulkan kekeliruan dan keresahan orang ramai mengenai situasi semasa negara. Semua laman palsu di Facebook/Twitter/Whatsapp/Telegram akan dipantau dan tindakan tegas dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Bantu kami untuk melaporkan sebarang laman palsu selain yang dinyatakan di atas bagi membendung penularan yang tidak bertanggungjawab ini. Rakyat Malaysia Bersatu Menentang Berita Palsu!




Jumlah Keseluruhan Taburan Kes Covid 19 Di Malaysia


Jom Digital!

Pautan untuk perkhidmatan atau maklumat yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia:
1. https://www.bnm.gov.my
2. https://www.bnm.gov.my/msb
3. Laman sesawang eCCRIS di https://eccris.bnm.gov.my/
4. eLINK (Borang Sesawang) di https://telelink.bnm.gov.my/
5. BNMTELELINK (Pusat Perhubungan)
Tel: 1-300-88-5465 (1-300-88-LINK)
Luar Negara: +603 - 21741717
Waktu Operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang (Isnin-Jumaat)

#jomdigital #stayathome

Hentikan Rantaian Jangkitan COVID-19


Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.

Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.

Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.
Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.


Ø¥ِنَّا لِلّهِ وَØ¥ِنَّـا Ø¥ِلَيْهِ رَاجِعُونَ

KP KKM



#COVIDー19 Sembilan kematian di Malaysia setakat jam 2pm, 22 Mac 2020. https://t.co/5uJHc3lPTa


Beli Barang Online je!

Perangi COVID-19, ingatlah yang tersayang.

Antara pilihan pautan pembelian atas talian untuk mendapatkan keperluan harian:

Lazada - https://www.lazada.com.my/shop/lazada-mall-store/
Shopee - https://shopee.com.my/mall
Presto Mall - https://www.prestomall.com/
Tesco - https://eshop.tesco.com.my/groceries/
Mydin - https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Redtick - https://shop.redtick.com/
MyGrocer - https://mygroser.com/en/index
Jaya Grocer - https://www.jayagrocer.com/
Potboy Groceries - https://potboy.com.my/
Pantry Express - https://www.pantryexpress.my/
The Little Mart - https://www.thelittlemart.com/
TM Farms - https://www.tmorganicfarms.com/
Everleaf – https://www.everleafstore.com/

Nota: Senarai pilihan pembelian atas talian di atas adalah bagi kemudahan rujukan pembeli sahaja. Masih terdapat banyak lagi pilihan pembelian atas talian yang lain. Pembeli juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kaedah pembelian atas talian yang selamat.

Dukacita dimaklumkan, terdapat pertambahan dua (2) kematian pada 22 Mac 2020, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 10 kes.

Kes kematian ke-9 seorang lelaki berumur 48 tahun, dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki. Beliau dirawat di ICU Hospital Tuanku Fauziah, Perlis

Kes kematian kesepuluh seorang lelaki berumur 74 tahun dari kluster tabligh. Beliau dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang pd 13 Mac dan diberikan bantuan alat pernafasan sebelum meningga dunia pd jam 4.05pm. Kedua-dua kes adalah warganegara Malaysia.

25 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pd 22 Mac 2020. Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 139 kes.

Terdapat 123 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif #COVID19 meningkat 1,306. - @DGHisham


Ringkasan #COVID-19 di Malaysia setakat 22 Mac 2020. https://t.co/DU3W8ILDjf



Sebanyak 10 kematian akibat #COVID19 di Malaysia, setakat jam 6pm, 22 Mac 2020.


Jumlah Kes Mengikut Negeri 22/3/2020 setakat jam 5 Petang


Situasi terkini 22 Mac 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 123 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 1,306 kes.


#COVIDー19 alert.

Mereka yang terlibat, sila hubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim 04- 4949121. https://t.co/TTmGM9raT0


23 Mac 2020

Kepentingan Jarak Sosial dalam Pencegahan COVID-19. Jarak sosial merupakan satu cara yang berkesan untuk memutuskan rantaian penyebaran COVID-19.



KENYATAAN MEDIA : PENGLIBATAN ATM MEMBANTU PDRM ADALAH WAJAR BAGI MEMPERTINGKATKAN PENGUATKUASAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

#MinDefMalaysia
#KitaJagaKita
#DudukRumah https://t.co/VrsirwjpWM


Terima Kasih, Hargai Pengorbanan Mereka.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas (11) orang setakat ini.

Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM


Talian Hospital Rujukan Covid-19

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (23 Mac 2020)

1. Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencapai kadar pematuhan 92%

2. Penglibatan PDRM bersama ATM, RELA & APM telah mengadakan sekatan jalan raya sebanyak 1903. Ini merupakan peningkatan sebanyak 98%


3. Sebanyak 120,615 kenderaan diperiksa & dinasihati utk mematuhi PKP. Pihak PDRM juga telah membuat sebanyak 1,719 hebahan di seluruh negara.  

4. Pergerakan orang ramai dari satu negeri ke satu negeri atau dari daerah ke daerah lain adalah tidak dibenarkan sama sekali.


5. Bagi pekerja-pekerja di sektor perkhidmatan keperluan (essential services), Ketua Setiausaha Kementerian akan mengeluarkan surat kebenaran untuk kegunaan penjawat awam yang perlu berkhidmat. Bagi pihak swasta, surat kebenaran perlu dikeluarkan oleh pihak majikan

6. Kerajaan menetapkan perkhidmatan kenderaan awam hanya dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 10 pagi & 5 ptg hingga 10 mlm

7. Kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling topeng muka di bawah RM 2.00. KPDNHEP diminta utk ambil tindakan selanjutnya dgn kadar segera


8. Sektor-sektor terlibat dalam industri makanan masih beroperasi seperti biasa bagi memastikan bekalan makanan & keperluan rakyat sentiasa mencukupi

9. Kerajaan peruntuk RM12,297,450 untuk menyediakan makanan kepada 74,530 pelajar dengan kos bantuan RM15 sehari selama 11 hari.


10. Stesen minyak diwajibkan sedia cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) untuk pengguna.

🇲🇾 Menteri Kanan (Pertahanan),
YB Dato' Sri @IsmailSabri60

𝐊𝐎𝐋𝐀𝐁𝐎𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐓𝐌 & 𝐏𝐃𝐑𝐌

Penglibatan ATM membantu PDRM ketika Perintah Kawalan Pergerakan menjadikan penugasan kedua-dua pasukan keselamatan negara lebih mantap.

Pastikan kita semua mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan penularan wabak COVID19.

#COVID19
#StayAtHome
#RestrictedMovementOrder
#perintahkawalanpergerakan



Kami sentiasa ada demi anda... Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan ... Please stay at home...

#ATMSentiasaBersepadu
#TenteraBentengPertahananNegara
#KedaulatanNegaraTanggungjawaBersama
#StayHealthyProtectYourself
#StayAtHome https://t.co/KJ1N8O3bea


𝐓𝐈𝐏𝐒 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐄𝐆𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐁𝐀𝐊 𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗

Amalkan tips yang diberikan supaya kita dapat mencegah penularan wabak COVID19.

Kita mampu lakukannya :+1:🏾

#StayAtHome
#RestrictedMovementOrder
#perintahkawalanpergerakan


74,530 Pelajar Terima Bantuan Makanan

TERKINI: 212 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,518 kes setakat 23 Mac 2020.

Daripada 212 kes baru, 123 dari kluster tabligh manakala selebihnya kontak rapat, PUI dan masih dlm siasatan.

57 dalam ICU termasuk 27 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 20 pesakit #COVIDー19 telah sembuh dan dibenarkan pulang sehingga 23 Mac 2020.

Ini menjadikan 159 pesakit COVID-19 telah berjaya sembuh dan discaj hospital.

Tahniah dan terima kasih kepada anggota kesihatan KKM.

TERKINI: Dukacita dimaklumkan jumlah kematian akibat #COVIDー19 di negara kita setakat ini ialah 14 orang.

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga mereka.

Kes kematian ke-12 merupakan kes ke-1114 berumur 70 tahun
lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Jamek dan dirawat di
Hospital Kluang. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac
2020.

Kes kematian ke-13 merupakan kes ke-1006 berumur 49 tahun
lelaki warganegara Malaysia. Beliau merupakan anak kepada
kes ke-1031 yang dirawat di Hospital Umum Sarawak. Beliau
disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020.

Kes kematian ke-14 merupakan kes ke-595 berumur 51 tahun
perempuan warganegara Malaysia. Beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh dan dirawat di Hospital Miri. Beliau disahkan meninggal dunia pada
23 Mac 2020.

Pihak KKM telah berjaya memperolehi stok bekalan
PPE sebanyak 33 juta unit yang dapat menampung penggunaan di semua fasiliti kesihatan dan akan diedarkan dalam minggu ini.

Selain itu, pihak kerajaan juga telah menerima sumbangan
bekalan PPE daripada pelbagai

pihak dan sejumlah 3 juta unit PPE sedang diagihkan ke fasiliti-fasiliti kesihatan mengikut keperluan.

Pihak KKM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak atas sumbangan mereka. - KPK @DGHisham


Ringkasan #COVIDー19 di Malaysia setakat 23 Mac 2020.


Taburan kes #COVIDー19 di Malaysia mengikut negeri setakat 23 Mac 2020.

Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor mencatat kes tertinggi. https://t.co/BRDKmXSXZ9




Setakat 23 Mac 2020, sebanyak 14 kematian akibat #COVIDー19 dicatatkan di Malaysia.

@DrAdhamBaba
@DGHisham https://t.co/oE9pW6gavN

Setakat ini, 940 drpd 1,518 kes positif keseluruhan atau bersamaan 62% adalah kes kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling.

Justeru, KKM menyeru jemaah tabligh yang belum melakukan saringan kesihatan, segera berbuat demikian.

Mereka akan disaring walaupun tiada simptom.

COVID-19: Petronas sumbang peralatan perubatan RM20 juta kepada hospital.



#COVID-19

DEMI RAKYAT DAN NEGARA, SELURUH JIWA RAGA MEREKA PERTARUHKAN

Inilah wajah-wajah mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan.

Seperti kalian, mereka juga mempunyai anak, ibu, bapa, suami atau isteri yang setia menunggu kepulangan di rumah.

Namun dalam keadaan genting ini, rakyat dan negara menjadi keutamaan. Meskipun paling berisiko dijangkiti virus, tidak sedikitpun mereka mengeluh, apatah lagi mempersoalkan tanggungjawab yang terpikul di bahu.

Langkah pencegahan telah diambil dan selebihnya diserahkan kepada Sang Pencipta untuk berlindung. Misi mereka hanya satu - pecahkan rantaian dan hapuskan COVID-19 agar masyarakat dan negara dapat kembali aman dan sejahtera seperti biasa.

Apa pula yang kalian perlu lakukan?

Duduklah di dalam rumah dan amalkan kebersihan diri serta ahli keluarga. Itu sahaja pengorbanan anda yang mereka harapkan. Hanya itu sahaja!

Bantu dan berikanlah sepenuh kerjasama kepada para petugas barisan hadapan demi kesejahteraan kita semua. Bantulah mereka wahai rakyat

Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 23 Mac 2020. Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 5,400 manakala Indonesia kadar kematian




KENYATAAN MEDIA – COVID-19:

TIADA TREN ANTARA BANDAR, NEGERI

#KTMB #ETS #Komuter #Intercity #SkyparkLink #KTMKargo #KTMBprihatin


#COVID-19

PIC OF THE DAY

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan Op COVID-19 di Sungai Buloh, Selangor berehat seketika bagi mengalas perut sebelum menyambung semula tugas sekatan jalan raya dan rondaan.

Biarpun hanya menjamah nasi bungkus, ia tidak sedikitpun mematahkan semangat mereka untuk terus memastikan masyarakat patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan yang diarahkan oleh kerajaan.

Usaha sama yang terjalin antara kedua-dua agensi menampakkan hasil positif di mana lebih 92% rakyat Malaysia kini mematuhi perintah tersebut.

Sumber: Ipd Sungai Buloh

#PolisDirajaMalaysia
#AngkatanTenteraMalaysia
#PDRM
#ATM
#23032020


Situasi 23 Mac 2020 #COVID19 di Malaysia : Sebanyak 212 kes baru menjadikan jumlah keseluruhan 1,518 kes.

20 kes telah pulih menjadikan 159 pesakit telah pulih dan discaj.

123 daripada kes baru yang dilaporkan hari ini berkait kes kluster perhimpunan di Sri Petaling.

57 pesakit positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

4 kematian dicatatkan iaitu kes ke-1070, 1114, 1006 dan kes ke-595 menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 14 kes.

Jangan risikokan diri anda dan keluarga jangkitan COVID-19.

Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

#RestrictedMovementOrder
#perintahkawalanpergerakan
#StayAtHome

24 Mac 2020



PALSU: Tersebar luas sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan Kementerian Dalam Negeri



Perdana Menteri akan melaksanakan beberapa inisiatif yang dapat membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh rakyat pada ketika ini.

Ini adalah sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi & Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif.


#COVID19
#StayAtHome
#RestrictedMovementOrder
#perintahkawalanpergerakan

𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐈 𝐆𝐎𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

Siapakah golongan-golongan yang berisiko tinggi terkena jangkitan wabak COVID19?

#StayAtHome

Dukacita dimaklumkan terdapat satu (1) kematian baru dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 15 kes.



Kes kematian ke-15 ini merupakan kes ke-1519, lelaki warganegara Malaysia berumur 71 tahun berasal dari Melaka. Beliau disyaki mempunyai kontak dengan kes positif COVID19 (kes ke-703, yang telah menghadiri perjumpaan tabligh di Masjid Seri Petaling). Beliau mempunyai sejarah penyakit kronik dan telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 5.35 pagi, 24 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.



NOTIS PENTING


Mulai esok, 25 Mac 2020, semua perkhidmatan KTM Berhad iaitu ETS, KTM Intercity, KTM Komuter dan Skypark Link akan mengalami pengurangan beberapa lagi perkhidmatan. https://t.co/8n13xWMeRA

Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (24 Mac 2020)

1. Pematuhan rakyat terhadap PKP kini meningkat kepada 95 peratus

2. #PerintahKawalanPergerakan: Tindakan undang-undang akan diambil kepada mereka yang gagal patuhi arahan pihak polis

3. Org ramai yg berada di kampung diminta terus berada di kampung & jangan pulang ke bandar buat masa ini.

4. SOP khas akan dirancang utk kwsn zon merah & berisiko tinggi

5. Menjelang hari gaji yg akan dibayar oleh kerajaan/majikan, rakyat diminta tidak berpusu-pusu ke bank

6. Satu special task force yang dipengerusikan oleh Menteri Kanan MITI untuk pastikan bekalan makanan tidak terputus

🇲🇾 Menteri Kanan (Pertahanan )
YB Dato' Sri @IsmailSabri60

[Video] #COVID-19: Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador melancarkan penggunaan dron

Ada mesej yang berlegar dan tular mengenai saman RM 200 untuk mereka yang tidak memakai topeng muka dan saman RM 300 sekiranya menaiki kenderaan lebih dari seorang. MESEJ TERSEBUT ADALAH PALSU.

Terdapat 4 rakaman audio (suara lelaki yang tidak dikenali bernama Wan) yang telah menggunakan nama Majlis Keselamatan Negara telah ditularkan oleh pihak tidak bertanggungjawab dan sekiranya anda mendapat rakaman-rakaman audio tersebut, AUDIO TERSEBUT ADALAH PALSU.



SIASATAN KEATAS BERITA PALSU

TERKINI: 106 kes baru #COVIDー19 dilaporkan di Malaysia menjadikan 1,624 kes keseluruhan, 24 Mac 2020.

Daripada 106 kes itu, 43 dari kluster tabligh selebihnya iaitu 63 lain-lain kluster yg masih dlm siasatan.

64 pesakit di ICU termasuk 24 memerlukan bantuan pernafasan.

24 lagi pesakit #COVIDー19 di Malaysia telah sembuh dan discaj hospital.

Ini menjadikan 183 pesakit sembuh keseluruhan atau 11.3%.

Tahniah dan terima kasih kepada kakitangan kesihatan KKM. - KPK @DGHisham

setakat ini ialah 15.

Daripada 15 kematian itu, 10 kematian atau 67% adalah kluster tabligh manakala selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Ringkasan #COVIDー19 di Malaysia setakat 24 Mac 2020.




Mohon Jujur, Jangan Sembunyikan Maklumat Covid-19, Bantulah Kami Untuk Membantu Anda

Seramai 8,954 jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling telah disaring.

Daripada jumlah itu:

1. 986 atau 11% didapati positif

2. 5,245 didapati negatif

3. 2,704 masih 'pending'

FAKE News juga sangat merbahaya tetapi orang kita sukakannya. Kenapa?

#Virus #Covid19 #OrangKita kredit #artortoiseMY


KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL ISLAM)

SERUAN SOLAT HAJAT KEPADA UMAT ISLAM DI MALAYSIA


Statistik #COVIDー19 di seluruh dunia dikeluarkan WHO, 24 Mac 2020.

Kematian di Itali tertinggi di dunia melebihi 6,000 orang dengan kadar kematian 9.5%.

Pertambahan kematian di negara Eropah - Sepanyol, Jerman dan Perancis.

Malaysia (15) dgn kadar kematian 0.9%.


Kekal di rumah untuk hentikan penularan dan sentiasa mempraktikkan langkah-langkah pencegahan bagi melindungi diri dari dijangkiti wabak COVID-19. #DudukRumah #KitaJagaKita



Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 16 orang setakat ini.

Kes kematian ke-16 (kes ke-1334) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Namun, beliau telah disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.


25 Mac 2020



SELAMAT HARI POLIS KE-213

25 Mac setiap tahun merupakan Hari Polis dan pada tahun ini pertama kali dalam sejarah @PDRMsia tidak dapat menyambut Peringatan Hari Polis berikutan negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana ancaman wabak #COVID19

Malah Polis adalah salah satu barisan hadapan yang mempertaruhkan nyawa menggalas tanggungjawab yang diamanahkan demi memerangi penularan wabak ini.

Oleh itu, sewajarnya pengorbanam mereka kita hargai dengan mematuhi arahan pihak berkuasa dalam menghadapi situasi sukar ini bersama-sama.

"Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada"


Kredit to artoise


Kenyataan Media Perdana Menteri


#COVIDー19 Taburan kes positif dan kematian mengikut negeri setakat jam 10am, 25 Mac 2020



Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 25 Mac 2020 jam 1 petang

Langkah-langkah untuk Membantu Individu, PKS dan Syarikat Korporat yang Terjejas oleh Wabak COVID-19

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM


𝐏𝐃𝐑𝐌 𝐒𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐏 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐎𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Meskipun terpaksa berhadapan dengan risiko yang boleh mengancam nyawa sendiri, walaupun badai datang melanda, bercerai jasad dan nyawa, PDRM sanggup melakukan apa sahaja demi kesejahteraan dan kepentingan masyarakat seluruhnya.

Diharapkan setiap anggota PDRM bersemangat dalam melaksanakan PKP agar rantaian penularan COVID-19 berjaya diputuskan.

#StayAtHome
#RestrictedMovementOrder
#perintahkawalanpergerakan
#PDRM
#COVID19

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. - YAB PM, Tan Sri @MuhyiddinYassin


14 hari tambahan Perintah Kawalan Pergerakan hingga 14 April 2020... Adalah amanah yang perlu digalas sebaiknya oleh ATM dan PDRM. Anda pula memegang amanah untuk bersama mematuhi perintah yang dikeluarkan dalam usaha kita menangani wabak COVID 19.
#StayHealthyProtectYourself

Berikut merupakan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial. TAK PASTI JANGAN SEBAR!



COVID-19 : Pemakluman berita palsu


Doa Buat Seluruh Rakyat Malaysia
"Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya Allah"

"Kami bermohon kepada-Mu Ya Allah Lindungilah kami, Selamatkanlah kami, Sejahterakanlah hidup kami"



Rakyat Malaysia Jangan Panik.
Duduklah dirumah.








Antara petikan perutusan Khas YAB Perdana Menteri
25 Mac 2020

PALSU. FAKE. :rage:



TERKINI: 172 kes baru dilaporkan menjadikan 1,796 kes seluruhan termasuk 199 yang telah sembuh.

45 pesakit dirawat di ICU termasuk 34 menggunakan alat bantuan pernafasan.

Drpd 172 kes baru, 71 dari kluster perhimpunan di Sri Petaling selebihnya kluster lain yang dlm siasatan.

Jumlah kematian akibat #COVIDー19 di Malaysia setakat ini ialah 19 orang.

16 lagi pesakit #COVIDー19 telah sembuh dan dicaj hospital.

Ini menjadikan 199 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital, setakat ini.

73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.

47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.

Lain-lain - sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
Kakitangan hospital yang dijangkiti #COVID19 melibatkan:

Hospital Teluk Intan, Perak, seramai 37 orang.

Selebihnya di Hospital Putrajaya, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kelantan, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang dan Hospital Selayang.


Ringkasan #COVIDー19 di Malaysia setakat 25 Mac 2020.


KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat 16 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 199 kes.

Setakat 25 Mac jam 12:00 tgh hari, terdapat 172 kes baru menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah 1,796 kes. Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 34 kes memerlukan bantuan pernafasan.

KP KKM

PROGRAM FOOD BANK MALAYSIA🥒🌶🥬🥩 Misi penghantaran bahan makanan & minuman ke IPT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19:point_down:🏻 #KPDNHEP #StayHome #IPT #foodbank


SIARAN AKHBAR: PERKEMBANGAN TERKINI BERKAITAN RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI LUAR NEGARA BERIKUTAN PENULARAN PANDEMIK COVID-19 @HishammuddinH2O



Taburan kes positif #COVIDー19 dan kematian mengikut negeri setakat jam 5pm, 25 Mac 2020.


Statistik COVID-19 terkini bagi seluruh dunia.

Negara Itali telah mencatatkan kes yang tinggi iaitu 69,176 kes dengan kadar kematian 9.9% atau 6,820 kes. Purata kes kematian di dunia adalah 4.5%.

Negara Malaysia mempunyai 1,796 kes setakat hari ini. Daripada jumlah ini sebanyak 199 kes yang sembuh atau 11.1 % dan 19 kes kematian atau 1.1%.

#COVID-19 : Kenduri kahwin sebab utama 60 peratus petugas KKM positif - @DGHisham https://t.co/fslffRv5jD #stayhome #dudukrumah #PerintahKawalanPergerakan

Mohon rakyat Malaysia menyebarluaskan lagi maklumat mengenai situasi terkini COVID-19 dengan mengikuti dan mempromosi saluran Telegram, Facebook, Twitter, Instagram MKN Rasmi.

Informasi mengenai keselamatan negara dan usaha menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Terima kasih

Majlis Keselamatan Negara bertanggungjawab menyelaraskan dasar-dasar berkaitan keselamatan negara dan arahan mengenai langkah-langkah keselamatan



Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 20 kes.

Kes kematian ke-20 ini merupakan kes ke-780, lelaki warganegara Malaysia berumur 76 tahun. Beliau telah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling. Beliau telah dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai, Kelantan mulai 18 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 4.35 petang, 25 Mac 2020.

KKM ingin mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

Ø¥ِنَّا لِلّهِ وَØ¥ِنَّـا Ø¥ِلَيْهِ رَاجِعون
KP KKM


26 Mac 2020


Ubat COVID-19?

Seramai 9,026 org drpd kluster perhimpunan di Masjid Sri Petaling telah disaring, setakat 12pm, 25 Mac 2020.

Daripada jumlah itu:
1. 1,057 didapati positif
2. 5,625 didapati negatif
3. 2,704 masih 'pending'.

*Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

PADAH SOROK 223,000 UNIT TOPENG MUKA DAN MENJUAL LEBIH HARGA MAKSIMUM " Dalam situasi tekanan keperluan Topeng Muka kini, ada pihak tidak bertanggungjawab





BNM: Langkah-langkah untuk membantu individu,PKS dan syarikat korporat yang terjejas oleh wabak #COVID19




Sebarang perkongsian atau penyebaran BERITA PALSU adalah satu jenayah.

Fikir dahulu dan pastikan maklumat tersebut sahih sebelum sebarkan kepada kenalan anda . Jgn libatkan diri sehingga boleh menggugat ketenteraman awam & keselamatan negara.

Katakan tidak kepada BERITA PALSU!

*DG of Health Newsflash*

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020. Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

- KPK KKM


KKM dengan kerjasama MERCY Malaysia menyediakan perkhidmatan sokongan psikososial kpd rakyat Malaysia.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat COVID-19 boleh hubungi:

@DrAdhamBaba
@MERCYMalaysia

Sumber KKM


Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.
Sumber CPRC

SIARAN AKHBAR 81 RAKYAT MALAYSIA YANG DIREPATRIASI DARI ITALI SELAMAT TIBA DI MALAYSIA Sumber: KEMENTERIAN LUAR NEGERI MALAYSIA #JabatanPerdanaMenteri



#COVID19: Agong, Permaisuri jalani saringan kesihatan dan disahkan negatif, kini kuarantin diri selama 14 hari mulai semalam

2 lelaki dipenjara ingkar PKP

KOTA KINABALU: Dua lelaki menjadi individu pertama di Sabah didenda dan dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini kerana menghalang anggota polis yang menjalankan tugas penguatkuasaan PKP.

Penganggur dipenjara tiga bulan kerana langgar Perintah Kawalan Pergerakan di Melaka #PerintahKawalanPergerakan #PKP



Hati-hati dengan berita palsu

Seramai 80 anggota kesihatan KKM dijangkiti #COVID2019 iaitu:

1. Hosp. Teluk Intan (39)
2. Hosp. Selayang (5)
3. HRPZ ll, Kota Bahru (4)
4. Hosp. Seri Manjung (3)
5. HTJ Seremban (3)
6. Hosp Shah Alam (2)

Manakala 24 fasiliti kesihatan lain dengan masing-masing 1 kes.

Sumber KKM


Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (26 Mac 2020)

1. Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih 95 peratus, menunjukkan masih ramai yg ingkar
⁣⁣
2. Lanjutan PKP bergantung kpd kepatuhan rakyat

3. 110 tangkapan oleh Polis semalam kpd mereka yg ingkar PKP

4. Pemeriksaan mengejut ke atas 163,487 kenderaan oleh pihak polis di 1,719 kawasan semalam

5. Proses nyahcemar kuman kini akan dilakukan oleh PBT, Bomba dan ATM selain KKM dan PDRM di premis-premis awam dan kawasan berisiko tinggi

6. Pihak polis akan dibekalkan alat pengesan suhu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

7. Kerajaan akan beri secara percuma topeng muka kepada frontliners dan 8.3 juta isi rumah

8. Tabung COVID-19 kini cecah RM 8 juta

9. MKN bincang prosedur baharu dalam menyekat penularan wabak COVID-19

10. Setiap mesyuarat MKN negeri akan dihadiri seorang menteri

11. Ketua Polis Negara beri jaminan tiada sekatan bagi kenderaan menghantar makanan, akan diberi laluan mudah

12. Kementerian Luar kaji SOP untuk permudah bawa pulang warganegara yang terkandas di luar negara

13. #FakeNews : Kerajaan amik langkah terbaik tangani berita palsu






KENYATAAN MEDIA⁣

PELAKSANAAN SOLAT HAJAT SERENTAK DI SELURUH NEGARA⁣

UPDATE: Sebanyak 235 kes baru #COVID19 iaitu kes harian tertinggi menjadikan keseluruhan 2,031 setakat 12pm, 26 Mac.

60 drpd kes baru itu dari kluster perhimpunan di Seri Petaling, selebihnya dlm siasatan.

45 pesakit di ICU (32 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan).

UPDATE: Jumlah kematian akibat #COVID19 di negara kita terus meningkat kepada 23 orang, setakat 5pm ini.

Kes kematian ke-22 merupakan kes ke-1797, lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan mempunyai kontak rapat dengan kes positif #COVID19.

Kes kematian ke-23 merupakan kes ke-1840, lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai later belakang penyakit kronik.

Kes beliau masih dalam siasatan sekiranya mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster COVID19.

UPDATE: Seramai :two::one::five:pesakit #COVID19 di negara ini berjaya disembuh dan dibenarkan keluar hospital setakat 12pm, 26 Mac 2020.

Ini termasuk :one::six: lagi pesakit terbaru yang telah sembuh dan discaj.

Tahniah:+1: dan terima kasih :pray:kepada anggota kesihatan KKM.




Status terkini COVID-19 (26 Mac 2020)

• 16 kes pulih
• 235 kes baharu, jumlah kumulatif 2,031 kes
• 45 kes di ICU, 32 kes perlukan bantuan pernafasan
• 4 kes kematian



Ingat ya! Penangguhan bayaran balik pinjaman tak melibatkan orang tengah. #jangantertipu

Juga tak perlu ke bank! #stayathome


Beli Barang Online je!

Perangi COVID-19, ingatlah yang tersayang.

Antara pilihan pautan pembelian atas talian untuk mendapatkan keperluan harian:

Lazada - https://www.lazada.com.my/shop/lazada-
Shopee - https://shopee.com.my/mall
Presto Mall - https://www.prestomall.com/
Tesco - https://eshop.tesco.com.my/groceries/
Mydin - https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Redtick - https://shop.redtick.com/
MyGrocer - https://mygroser.com/en/index
Jaya Grocer - https://www.jayagrocer.com/
Potboy Groceries - https://potboy.com.my/
Pantry Express - https://www.pantryexpress.my/
The Little Mart - https://www.thelittlemart.com/
TM Farms - https://www.tmorganicfarms.com/
Everleaf – https://www.everleafstore.com/

Nota: Senarai pilihan pembelian atas talian di atas adalah bagi kemudahan rujukan pembeli sahaja. Masih terdapat banyak lagi pilihan pembelian atas talian yang lain. Pembeli juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kaedah pembelian atas talian yang selamat.


Beli Barang Online je!

Perangi COVID-19, ingatlah yang tersayang.

Antara pilihan pautan pembelian atas talian untuk mendapatkan keperluan harian:

Lazada - https://www.lazada.com.my/shop/lazada-mall-store/
Shopee - https://shopee.com.my/mall
Presto Mall - https://www.prestomall.com/
Tesco - https://eshop.tesco.com.my/groceries/
Mydin - https://www.mydin.com.my/online-store/onlinestore
Redtick - https://shop.redtick.com/
MyGrocer - https://mygroser.com/en/index
Jaya Grocer - https://www.jayagrocer.com/
Potboy Groceries - https://potboy.com.my/
Pantry Express - https://www.pantryexpress.my/
The Little Mart - https://www.thelittlemart.com/
TM Farms - https://www.tmorganicfarms.com/
Everleaf – https://www.everleafstore.com/

Nota: Senarai pilihan pembelian atas talian di atas adalah bagi kemudahan rujukan pembeli sahaja. Masih terdapat banyak lagi pilihan pembelian atas talian yang lain. Pembeli juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kaedah pembelian atas talian yang selamat.


[Infografik] #COVIDー19: Kes di Malaysia (Tempoh: 11-26 Mac, 2020) [Infographics] #COVIDー19: Cases in Malaysia (Period: March 11-26, 2020) #COVID19


Sedang berlangsung sekarang Mesyuarat Krisis melibatkan Menteri Pertahanan, Menteri Kesihatan,
Polis DiRaja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan Pejabat Perdana Menteri.

We stay at work for you
You stay at home for us

#stayathome
#DudukRumah


Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enhanced Movement Control Order) telah dilaksanakan di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ini susulan jumlah kes positif yang tinggi di dua kawasan tersebut.

Perintah ini berkuatkuasa tengah malam ini 27 Mac - 9 April 2020.

-semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup

-PDRM, ATM, APM, dan RELA akan mengawal seluruh kawasan.

Sumber KKM


Status COVID-19 bagi seluruh dunia 26 Mac 2020.

Negara Amerika Syarikat telah mempunyai jumlah kes yang tinggi dengan jumlah 65,778 kes dan hampir menghampiri negara Itali dengan jumlah kes 74,386.




Taburan bilangan kes jangkitan tertinggi COVID-19 di Malaysia. Kenalilah kawasan “Hot Spots” mengikut daerah di setiap negeri di Malaysia.

Sehingga 26 Mac 2020 jam 12:00 tengah hari, terdapat 235 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,031 kes. Berdasarkan siasatan awal, daripada 235 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 60 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan di Seri Petaling. Manakala baki 175 kes masih lagi dalam siasatan.
�Sehingga kini, seramai 45 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

27 Mac 2020

[Infografik] Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan [Infographics]: Enhanced Movement Control Order (Emco) #PerintahKawalanPergerakan #MovementControlOrder #COVID2019


Perdana Menteri dijangka mengumumkan pakej rangsangan baru bagi menangani COVID-19 kira-kira pukul 3 petang ini (27 Mac) di Astro 502, myFreeview 121, unifi TV 631, LIVE FB & Youtube Bernama TV.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Kita harus jaga jarak sosial semasa di dalam atau diluar rumah. Sumber:@MyHEALTHKKM @KKMPutrajaya @JPenerangan @jpmgov_ @kpkt_gov


Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 24 orang setakat ini.

Kes kematian ke-24 (kes ke-1056) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal bulan Mac 2020.

Beliau telah mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

KP KKM

Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia petang ini.



Sebaiknya rujuk fakta daripada sumber yang sahih sekiranya terdapat keraguan mengenai sesuatu berita. Ayuh kita bersama-sama perangi berita palsu. Sum...


Tonton video ini untuk mengetahui tentang penutup mulut dan hidung: 1. Jenis - jenis 2. Siapa perlu pakai 3. Cara pemakaian 4. Tip pemakaian



Lanjutan Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (Jabatan Penjara Malaysia)



Daerah yang tiada kes COVID-19 (sehingga 26 Mac 2020, 12 pm)

Kekalkan daerah anda bebas COVID-19.

#coronavirus
#COVID19
#sihatmilikku
#walkthetalk

SUMBER KKM


𝐏𝐊𝐏 : 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐈𝐍 𝐓𝐄𝐆𝐀𝐒

Semakin ramai yang ditahan di seluruh negara sejak Perintah Kawalan Pergerakan mula dikuatkuasa 18 Mac lalu sehingga kini, kerana ingkar arahan itu.



Taburan kes #COVID19 mengikut negeri dan daerah setakat 12pm, 26 Mac. Kes melebihi 41 adalah zon merah manakala jumlah kes antara 20 hingga 40



#𝐂𝐎𝐕𝐈𝐃𝟏𝟗 : 𝐖𝐇𝐎 𝐏𝐔𝐉𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpuas hati dengan kesiapsiagaan 



KAWALAN PERGERAKAN | 33 ditangkap ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan di Johor.


PENAFIAN MESEJ TULAR FULLY LOCKDOWN


PERUNTUKAN TAMBAHAN RM 1 BILION UNTUK KKM




BANTUAN TUNAI KEPADA M40, B40, DAN INDIVIDU BUJANG



BANTUAN 'ONE OFF' RM 200 KEPADA PELAJAR IPTA DAN IPTS



PENANGGUHAN PEMBAYARAN PTPTN DAN PTPTK SELAMA 6 BULAN

TERKINI: Wabak #COVID19 di Malaysia, 27 Mac 2020.

130 jumlah kes baru.

2,161 kes keseluruhan setakat hari ini.

54 pesakit di ICU termasuk 34 pesakit bergantung kepada alat bantuan pernafasan. - KPK @DGHisham

TERKINI: Bilangan pesakit #COVID19 yang berjaya disembuhkan di 🇲🇾 terus :balloon:meningkat kepada :two::five::nine:

Ini termasuk 44 pesakit terbaru yg telah sembuh dan discaj. :balloon:

:balloon:Kita ulang dan akan terus ulang ucapan terima kasih dan tahniah kpd pasukan perubatan KKM. :balloon:

TERKINI: Kematian akibat wabak #COVID19 di Malaysia 5pm, 27 Mac 2020.

Kematian terus meningkat kepada :two::six:

Sebahagian besar kematian adalah golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
Kes kematian ke 25 (pesakit 2,032) ialah lelaki tempatan berumur 83thn yg mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun pd 25 Mac dan disahkan meninggal pd 26 Mac jam 6.55pm.

Kes kematian ke-26 (pesakit 1,321) lelaki tempatan 53thn.

Beliau adalah kontak rapat kpd kes positif kes ke-1,309.

Dirawat di Hospital Sg Buloh pd 22 Mac dan disahkan meninggal dunia 27 Mac jam 10.30am.

Salam takziah drpd KKM kpd keluarga pesakit.

Sehingga jam 12 tengah hari ini, Daerah Kluang, Johor melaporkan sebanyak 88 kes positif COVID-19, dengan 74 adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu
Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di dua kawasan itu bertujuan membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penulasan COVID-19.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes secara aktif (active case detection) dari rumah ke rumah dilaksanakan, selain aktiviti nyahkuman dijalankan di kawasan berkaitan.

KKM sasar 300 sampel ujian diambil setiap hari bermula
hari ini. Persampelan diutamakan kpd kontak rapat, individu bergejala dan golongan berisiko.

Siasatan awal KKM mendapati terdapat 4 kluster di Kampung Dato Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato Ibrahim Majid, di Simpang Renggam, Kluang.

Ia melibatkan 4 individu yg pernah menghadiri perhimpunan di Seri Petaling dan menghadiri kenduri di dua kawasan itu. - @DGHisham


5pm, 27 Mac 2020.

Stay at home to stay safe.

KKM



Tidak pasti jangan kongsi. Laporkan berita palsu kepada PDRM untuk diambil tindakan

KENYATAAN MEDIA
PEMAKLUMAN PENDENGARAN KES SECARA DALAM TALIAN SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MOVEMENT CONTROL ORDER) TAHUN 2020

KENYATAAN MEDIA: INDUSTRI TELEKOMUNIKASI TAWAR PAKEJ KHAS DAN KOMITMEN BERNILAI RM1 BILION #COVID19 #KKMM #MCMC #Penyiaran #PerintahKawalanPergerakan



Ingkar sekatan Perintah Kawalan Pergerakan.

11 lelaki yang masih berdegil jogging sekitar Jalan Mont Kiara dan Jalan Desa Kiara ditahan hari ini.

Pecahan tangkapan :
2-Malaysia
1- United Kingdom
1- Amerika Syarikat
4- Jepun
2- Korea
1- India.

Tindakan seorang lelaki membuat pusingan U selepas diarah berpatah balik ke Sandakan oleh polis dalam sekatan jalan raya di Kinabatangan berikutan PKP

Ramai yang tertanya-tanya cara memohon bantuan yang YAB Perdana Menteri umum petang tadi. Maklumat akan dikongsi dari semasa ke semasa. Berhati-hati dengan scammers dan maklumat palsu.

28 Mac 2020

The latest Tweets from USIM Library (@USIMLibrary). Ini adalah Twitter Rasmi bagi Perpustakaan USIM.
This is the Official Twitter for USIM Library





Sekiranya anda mengalami masalah atau gangguan emosi ketika ini. Hubungi Khas Kaunseling Covid-19 di Talian Kasih 15999 & Whatsapp Talian Kasih


#COVID19 : MALAYSIA TERPILIH UNTUK PENGGUNAAN UBAT REMDESIVIR Malaysia antara negara yang dipilih Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 


SPEECH BY
YAB TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN

PRIME MINISTER OF MALAYSIA

PRIHATIN RAKYAT ECONOMIC STIMULUS PACKAGE (PRIHATIN)


A major cleaning and disinfection exercise was carried out on Saturday (March 28) in the vicinity of the Seri Petaling Mosque in Sri Petaling.

Some 100 Kuala Lumpur City Hall (DBKL) and Alam Flora personnel were on the ground with specialised equipment to sanitise the area following a directive from the National Security Council (MKN) and Health Ministry.

KP KKM

Hospital Tuanku Fuziah (HTR) menggunakan termometer dahi ketika proses saringan kesihatan. Dakwaan kononnya HTF mengguna termometer yang dimasukkan


Sidang Media Khas - Perintah Kawalan Pergerakan (28 Mac 2020)

1. Peratusan pematuhan meningkat ke 97 peratus berikutan tindakan tegas pihak keselamatan terhadap mereka yg ingkar

2. 162 tangkapan pada Khamis & 320 tangkapan pada Jumaat kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan

3. 240,544 kenderaan telah diperiksa dalam 1045 sekatan jalan raya di seluruh negara semalam

4. Lima masjid ingkar PKP, laksana solat jumaat

5. Pihak berkuasa buka kertas siasatan terhadap 363 penjualan palsu dalam talian & 144 berkaitan berita palsu


6. Setakat ini tiada perintah berkurung dikeluarkan oleh kerajaan

7. KPKT bertanggungjawab laksana proses nyah cemar di seluruh negara bermula 30 Mac ini terutama di kawasan berisiko tinggi

8. Kerajaan komited bawa pulang rakyat Msia di luar negara, 2612 telah dibawa pulang setakat ini

9. 12 pesawat komersial bawa pulang rakyat Malaysia di India dalam masa terdekat

10. #FakeNews : SKMM dan PDRM telah buka 7 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu

11. NGO diminta hantar bantuan terus ke Pejabat Kebajikan Daerah

12. PKPD dilaksanakan di dua kampung di Simpang Renggam, Kluang berikutan penambahan jumlah positif COVID-19

13. Masih terdapat kemasukan warga asing masuk melalui "jalan tikus"

SEKITAR OPERASI PEMBERSIHAN DISINFEKSI KAWASAN SRI PETALING, KUALA LUMPUR Operasi telah dilaksanakan pada 28 MAC 2020 (Sabtu) bermula seawal jam 8:00


Berdasarkan semakan dan penilaian MCMC, khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada pihak Maybank dengan shortcode 66628 adalah benar. 


KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENJADUALAN SEMULA PEPERIKSAAN BAWAH KENDALIAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DISEBABKAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

PKP : JALAN-JALAN TIKUS DIKENALPASTI @IsmailSabri60 @JPenerangan @SKMM_MCMC @kkmm_gov @kpkt_gov

Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020. Jumlah terbaru pesakit discaj: :heart: :six::one::heart: Jumlah keseluruhan pesakit telah sembuh dan discaj hospital


Perkembangan terkini #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020.

Bilangan kes baru -159

Jumlah keseluruhan kes - 2,320

Pesakit di ICU : 73 orang (54 orang bantuan alat pernafasan)

#COVID19 Perkembangan terkini di Malaysia, 28 Mac 2020.

Dukacita dimaklumkan terdapat satu lagi kematian menjadikan 27 kematian setakat ini.

Salam takziah daripada KKM kepada keluarga pesakit.

Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki
warganegara Malaysia berumur 61 tahun.

Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan

kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020.

Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi. - KPK @DGHisham

Laporan media yang mendakwa seorang pesakit #COVID19 membunuh diri di sebuah hospital adalah tidak benar.

Memang berlaku kes bunuh diri tetapi tidak melibatkan pesakit #COVID19 - KPK @DGHisham

PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN) : RM 250 BILION YANG AKAN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA @jpmgov_ @MuhyiddinYassin


Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020.


Penyataan yang meragukan dan penyebaran maklumat tidak tentusah boleh mengelirukan masyarakat dan memberikan impak kepada negara. MKN melihat dengan serius perkara ini dan mengharapkan masyarakat turut mengambil tindakan untuk menghentikan penularan yang meragukan. Tentukan Sahih, Baru Kongsi!

Selangor catat bilangan kes harian tertinggi setakat jam 12pm, hari ini.

33 kes baru direkodkan menjadi keseluruhan 579 kes, tertinggi di Malaysia.

2. Johor (26) (285 kes)
3. Sabah (15) (197)
4. Negeri Sembilan (15) (153)
5. Kelantan (10) (108).

🇲🇾Keseluruhan kes 2,320.

KKM PUTRAJAYA

Ringkasan penularan jangkitan #COVID19 di Malaysia, 28 Mac 2020.





Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan berita yang tersebar mengenai kawasan-kawasan diseluruh negara yang dikategorikan sebagai red zone dan yellow zone dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tindakan tegas akan diambil bagi penyebar berita palsu dan berita tidak ditentusahkan. Tentukan Sahih, Baru Kongsi!

(sambung Bah 2)


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment