Fakta Menarik dari 80 artikel

Salam

Dipetik dari FB John Mohamed

80 artikel menarik untuk dibaca sepanjang PKP

42. Babylon
51. Bosnia
70. MH370
76. Dubai

Artikel tambahan
Warga China yang hilang adalah ejen perang?
Kita Hampiri Kemenangan Di Laut China Selatan
Rakaman Ultra Hilamaya



1. Tambora, tahun tanpa musim panas

1816 Eropah Tanpa Musim Panas

Gunung tambora yang terletak di Pulau Sumbawa di Indonesia merupakan gunung berapi yang telah meletus pada tahun 1815. Gunung berapi ni kalau nak tahu merupakan salah satu gunung yang paling terkenal oleh saintis, kenapa ya? Jom kita kupas topik menarik mengenai Tambora.

Tahun 1815 menjadi ingatan pada masyarakat dan saintis dunia disebabkan oleh letusan yang sangat kuat dan berskala 7, memuntahkan lava dan debu. Debu ni pulak telah tersebar ke serata dunia yang menyebabkan suhu jatuh mendadak, hal ini disebabkan oleh debu gunung berapi tu yang mampu menahan cahaya matahari dan menyebabkan suhu jatuh diseluruh dunia, paling terkesan disebelah Eropah. Gunung Tambora ni meletup pada April 1815, letupan dia memang padu sampai boleh dengar 2600KM jauh nya.

Akibat letusan yang kuat tu, Tsunami saiz sederhana telah menghentam di kawasan berhampiran, dianggarkan 4600 penduduk telah terkorban akibat tsunami tu. Dilaporkan suhu telah menurun sebanyak 0.53C yang mengakibatkan tumbuhan tidak dapat hidup dan haiwan ternakan mati, masa tu lebih kurang 90 ribu orang meninggal akibat kelaparan. Bersediakah kit menghadapi bencana yang serupa pada abad ke 21 ini.....

click link Youtube untuk tengok bagaimana Tambora menyebabkan penduduk Eropah tersiksa akibat letusannya..

https://youtu.be/r676EnIp8yg







2. Pompeii kota maksiat dilaknat tuhan


Gunung berapi Vesuvius yang meletus pada 24 Ogos tahun 79 Masihi di Pompeii meninggalkan kesan yang sangat mendalam, gunung berapi ni meletus selama 2 hari berturut-turut yang menyebabkan bandar Pompeii binasa dan tenggelam oleh debu gunung berapi yang sangat membinasakan.

Pada ketika tu, penduduknya dianggarkan lebih kurang 11 ribu orang dan sedang berada di tahap yang boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan tamadun lain. Ramai yang mati akibat gas beracun dan gas panas dari aliran Pyroclastic yang mencecah 3000 darjah celsuis yang mampu membakar manusia hidup hidup dalam sekelip mata. Ibarat kena letak dalam oven. Seram..

Bukan hanya manusia, malah dijumpai juga haiwan ternakan yang sudah menjadi batu dan keras. Begitu azab sehingga ramai yang tidak sempat lari dan meninggal dalam keadaan mengerikan. Ada yang kelihatan seperti merangkak, seolah olah mahu lari dari azab yang seksa tu. Debu gunung berapi yang setinggi 6 meter telah menyeliputi bandar purba mereka selama ribuan tahun.

Kota purba Pompeii terkenal dengan kegiatan maksiat, lebih 20 rumah pelacuran terdapat disekitar kota itu pada ketika gunung berapi meletus, azab Allah SWT itu benar. Disaat zaman kegemilanganya kota purba Pompeii dihujani dengan debu,asap dan lava panas dari gunung berapi Vesuvius.

“Dan (ingatlah kisah) Luth, ketika ia berkata kepada kaumnya: “Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu sedang kamu melihat(nya). Mengapa kamu mendatangi laki-laki untuk (memenuhi) nafsu(mu), bukan mendatangi wanita? Sebenarnya kamu adalah kaum yang tidak dapat mengetahui (akibat perbuatanmu).” (QS. an-Naml: 54-55).

“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim.”

(QS. Hud: 82-83).









3. Segitiga Bermuda, hilang tanpa jejak


Segi Tiga Bermuda - Misteri disebalik kehilangan tanpa jejak.

Sebut saja nama segi tiga bermuda atau segi tiga syaitan, maka ramai lah yang tahu tentang tempat ini, sangat misteri yang sehingga menjadi bualan ramai orang sehingga kini. Terletak di bahagian barat laut Alantik utara dan mendapat nama sempena nama negara Bermuda.

Tiga tempat yang menjadi titik segi tiga ini iaitu Florida, Bermuda dan Puerto Rico, kawasan ini menjadi misteri sehingga ke hari ini kerana dilaporkan ramai yang hilang secara tiba-tiba. Apakah misteri itu? Mari kita rungkai..

Kehilangan kapal terbang, kapal kargo dan malah sepasukan kapal terbang tentera menjadi bualan hangat. Sesetengah orang mengkaitkan perkara ini dengan UFO malah ada juga mengatakan Dajjal akan keluar dari situ.

Tidak terlepas juga bila ada yang mengatakan kawasan tersebut menjadi misteri kerana kerajaan Atlantis berada dikawasan tersebut. Kawasan segi tiga ini juga merupakan antara kawasan laluan kapal yang tersibuk didunia yang menghala ke Amerika dan benua Eropah.
Dilaporkan sebanyak 300 kapal, 75 buah kapal terbang dan 1000 mangsa dilaporkan hilang tanpa jejak. Sangat misteri.

Mengikut kajian yang dibuat, antara faktor misteri kehilangan banyak kapal dan kapal terbang secara tiba tiba itu dikaitkan dengan keadaan arus teluk itu sendiri, arusnya yang sekuat 6 knot membantu untuk melumpuhkan kapal yang berlayar di kawasan tersebut. Malah ada teori yang mengatakan keadaan cuaca disitu tidak elok.

ini bermakna kawasan perairan disekitar segi tiga bermuda seringkali mengalami cuaca buruk yang mungkin menyebabkan faktor kenapa banyak kapal terbang terhempas. Ada saintis membuat kajian dan mengatakan kawasan segi tiga ini merupakan kawasan yang sering kali dilanda ribut taufan.

Salah satu kapal terbang yang paling terkenal dilaporkan hilang di kawasan tersebut ialah penerbangan 19. Pada tahun 1945 sekumpulan 5 kapal terbang milik tentera Amerika Syarikat telah hilang secara tiba tiba, malah kapal terbang yang menyertai misi menyelamat turut dilaporkan hilang, kapten kapal terbang tersebut sempat menghubungi bilik kawalan dengan memberitahu mereka keliru dan tidak tahu dimana mereka berada kerana kompas mereka dikatakan menjadi gila.

Terdapat pendapat mengatakan apabila memasuki kawasan tersebut, maka segala kelengkapan elektronik tidak berfungsi, kompas juga dikatakan berpusing tidak tentu seolah olah ada kuasa ghaib yang menganggu kawasan tersebut. Mengikut kajian yang telah dibuat, saintis mendapati Bermuda pada waktu ketika dahulu mempunyai sebuah gunung berapi, magma yang mengalir keluar ke permukaan bumi menyebabkan berlakunya gangguan magnetik sehingga mampu mengacau kompas, tidak pasti sama ada boleh menganggu kompas digital yang terdapat pada telefon pintar.

Ada juga berpendapat dibawah laut segi tiga bermuda, ada semacam buih buih methane yang menyebabkan air laut berbuih yang boleh mengakibatkan kapal terperangkap didalam nya. Malah ada juga yang mengatakan ombak raksasa secara tiba tiba datang menghentam kapal kapal yang berada di lautan tersebut.

Saintis dari Universiti Colorado di Amerika Syarikat meneliti radar pada kawasan segi tiga tersebut dan mendapati awan berbentuk hexagon terbentuk dikawasan itu yang disifatkan sebagai bom udara yang meniup selaju 170 batu sejam dan boleh mengakibatkan ombak besar, mana mana kapal dan kapal terbang tidak mampu untuk menghadapi tekanan, ombak dan angin sekuat itu.

Sungguh pun misteri ini sukar diungkap walaupun saintis telah membuat kajian yang lengkap berkenaan kejadian paranormal ini, masih banyak lagi misteri yang belum terjawap kerana lautan di bumi masih banyak lagi yang menyimpan rahsia dan belum diterokai secara meluas oleh saintis.






4. Atlantis di padang pasir sahara?


BAHAGIAN SATU

Richat Strurcture merupakan satu bulatan yang terbentuk di padang pasir di negara Muaritania. Lebih kenali sebagai Eye of Sahara kerana bentuknya yang menyerupai mata dan boleh dilihat dari angkasa lepas, ini menunjukkan Eye of Sahara ni sememangnya besar!

Richat ni dikaitkan dengan teori penemuan kota lagenda Atlantis yang dikatakan telah hilang atau lenyap lebih kurang 11,000-12,000 tahun dahulu. Ada juga yang mengatakan Atlantis ini berada di Greece, Lemuria, malah di Indonesia. Teori terbaru mengatakan Richat merupakan peninggalan kota Atlantis kerana bentuknya yang bulat dan menyerupai cerita Plato. Bagaimana Ceritanya? Jom kita rungkai satu persatu..

Cerita Atlantis telah direkodkan dalam buku Plato iaitu Critias dan Timaeus,Plato telah mendapat maklumat dari seorang bernama Solon, dia ni kalau ikutkan macam level guru. Solon telah pergi ke Mesir untuk menuntut ilmu dan setelah sampai disana, beliau berjumpa dengan orang atasan mesir bernama Sais, jadi orang mesir lah yang menceritakan kisah Atlantis sebuah pulau yang ditelan ombak besar. Plato menceritakan terdapat sebuah kerajaan besar yang berada didalam lingkaran terbahagi kepada air dan tanah dalam bentuk bulatan.

Dikatakan Atlantis merupakan sebuah pulau yang sangat indah, berada dalam lingkaran yang unik, terdapat ribuan armada tentera yang kuat mempunyai tamadun yang hebat dan rakyat jelata yang sangat ramai. Plato juga telah menceritakan Atlantis ini terdiri dari lingkaran kecil dan besar, lebih tepat lagi 2 bulatan tanah dan 3 bulatan air.

kalau dilihat dari udara, kita boleh nampak bentuk bulatnya, tetapi kalau dilihat dari bawah, kita tidak nampak apa-apa, hanya nampak tanah yang landai. Plato menceritakan didalam bukunya, bulatan Atlantis berukuran 127 Stadia, iaitu ukuran lagi bagi orang Greek pada ketika itu. 1 stadia bersamaan 607 kaki. 127 stadia didarab dengan 607 kaki bersamaan 23 kilometer. Apa yang menariknya bulatan di Richat pun 23 kilometer. Kebetulannya tidak terhenti disitu..

Malah Plato juga menceritakan bagaimana keindahan Atlantis, beliau mengatakan Atlantis mempunyai sungai yang mengalir, jika diperhatikan didalam gambar, anda boleh lihat aliran sungai yang mengalir dari atas bukit disebelah selatan Richat. ini menunjukkan bahawa Richat pada sesuatu ketika dahulu merupakan tempat yang indah dan hijau dan bukannya padang pasir, jelas dalam gambar dari satelit kita boleh nampak bukaan seperti aliran air yang masuk dari bawah.

Di dalam buku nya juga, diceritakan bagaimana batuan yang di gali pada kuari mempunyai warna putih,hitam dan merah. Begitulah keadaan bangunan Atlantis, dibina dari batuan berwarna tersebut. Ahli arkeologi telah menjumpai batuan yang mempunyai 3 warna tersebut di Richat. Terdapat dokumentari berkenaan Richat yang di keluarkan pada tahun 2011.

Atlantis dikatakan telah lenyap sekitar 11,000-12,000 tahun dahulu, bertepatkan dengan fenomena Younger Dryars yang telah menyebabkan perubahan iklim yang sangat mendadak pada ketika itu, walhal juga terdapat teori kenapa fenomena Younger Dyrars terjadi, iaitu komet telah jatuh sekitar 12 ribu tahun lalu.

BERSAMBUNG BAHAGIAN 2..





BAHAGIAN 2 -Richat dan Raja Atlas

Topik semalam pasal macam mana Plato dapat cerita Atlantis dari Solon dan apa ciri ciri Atlantis yang diceritakan oleh Plato. Harini kita kupas macam mana kaitan Richat dan Atlas. Siapa Atlas? Jom kita kupas..

Menurut Plato, raja pertama Atlantis adalah seorang yang bernama Atlas, juga merupakan anak Poseidon (Tuhan orang Greek). Secara kebetulannya terdapat satu suku kaum di Mauritania yang dinamakan sebagai kaum Mauri, namun kini kaum tersebut kenali sebagai Berber. Nama Mauritania sendiri berasal dari kaum Mauri. Tambahan lagi, raja Mauritania pada ketika itu bernama Atlas.

Herodotus yang lebih dikenali sebagai 'Bapa Sejarah' kerana beliau antara orang penting dalam mengumpulkan bahan dan koleksi dokumentasi. Dilahirkan pada 484 sebelum masihi dan sangat terkenal pada zaman nya. Kalau anda lihat peta yang dilukis oleh Herodotus ini, anda akan dapat lihat perkataan Mt Atlas dan Atlantes pada peta nya, secara kebetulan pergunungan Atlas yang terletak di Maghreb didiami oleh kaum Beber.

Atlantis bermaksud Bandar Atlas, sempena nama raja yang mengasaskan kota lagenda tersebut. Gunung Atlas, kaum mauri/beber, perkataan Altantes dalam peta Herodotus. Dah nampak persamaan nya? Jom kita pergi selanjutnya..

Plato juga mengatakan terdapat bukaan diselatan Atlantis, begitu juga dengan Richat, terdapat bukaan. Kawasan mauritania juga terdapat lukisan dinding yang mengatakan terdapat haiwan-haiwan seperti Gajah, juga sama seperti cerita Plato. Setakat ini para saintis masih lagi pening tamadun apa yang mendiami kawasan tersebut.

Terdapat bangkai ikan paus yang dijumpai pada padang pasir disekitar Mauritania, ini menunjukkan bahawa kawasan negara ini pernah berada dikawasan lautan. Richat berada pada 300 kaki dari aras laut. Kita sedang bercakap tulang dan bukan nya fossil yang mengambil masa berjuta juta tahun untuk menjadi batu.

Bagaimana sebuah pulau menjadi tanah gersang,kering dan tandus? Kawasan mauritania merupakan satu kawasan yang hijau dan mempunyai tumbuhan serta haiwan haiwan pada ketika itu, tetapi kawasan tanah disekitar benua afrika telah terangkat beberapa milimeter setahun,Ini merupakan perkara yang terjadi pada benua antratika. Komet jatuh ke bumi lebih kurang 12,000 tahun dahulu dipercayai penyebab kenapa peristiwa Younger Dryas terjadi, disebabkan oleh kemusnahan oleh komet tersebut, terjadi satu mega tsunami dan gempa bumi yang kuat pada ketika itu, hampir sama dengan cerita plato yang mengatakan Atlantis tenggelam dalam satu malam.

Tenggelam bermaksud dihempas oleh ombak besar dan kota hebatnya runtuh. Bila kita saksikan video tsunami aceh atau palu, kita dapat lihat bagaimana ombak menghancurkan dan menarik segala benda benda yang ada. Jadi tidak hairan lah kalau kita lihat tidak ada kesan runtuhan atau apa apa peninggalan pada richat ni.

Kalau kita tengok dari google earth, terdapat semacam benda yang telah menghakis kawasan tersebut, bersaiz sangat luas. Kemungkinan besar kesan impak mega tsunami yang menghentam pulau Atlantis.

Ditengah kota atlantis terdapat istana dengan tumbuhan unik dan di diami oleh para pendeta serta golongan bangsawan, manakala bulatan yang lain terdiri dari bala tentera yang berkemungkinan lebih kurang 100,000 tentera laut dan darat, menurut plato terdapat 'trek' latihan ketenteraan didalamnya.

Bulatan paling ramai penduduknya terletak dibahagian luar, mungkin sejuta orang yang diceritakan oleh plato, dinamakan sebagai Downtown atlantis, jual beli tidak henti pagi hingga ke malam. Betapa hebatnya kota lagenda atlantis ini pada waktu itu.

Apa yang dihairankan, jika kita pernah lihat cerita Aquaman, dia sendiri pergi ke sebuah tempat di gurun sahara, kenapa sahara? Secara kebetulannya Richat ni memang berada dikawasan gurun sahara dan tidak ada siapa sangka benda tu kemungkinan Atlantis, dan kenapa afrika? Wakanda dalam cerita black panther juga dikawasan afrika, mempunyai teknologi canggih. Sesuatu yang tidak mungkin dibuat secara kebetulan.






5. Bapa komputer

Al-Khawarizmi - Bapa Al Gebra dan Kod Binari.

01000111 01101111 01101111 01100100 00100000 01001101 01101111 01110010 01101110 01101001 01101110 01100111

Abu Jafar Muhammad Ibn Musa Al-Khwarizmi dilahirkan pada tahun 780 di Khwarizm.gelaran Al-khawarizmi diberikan kerana beliau berasal dari sana. Beliau merupakan seorang ahli matematik serta astronomi yang terkenal pada zamannya. Al-Khawarizmi dikenali sebagai bapa Algebra dan ada juga beri gelaran sebagai bapa sains komputer kerana ilmu matematiknya.

Semasa hayatnya, beliau telah mempelajari astronomi dan matematik dari sumber india, islam dan greek yang terdapat pada zamannya. Setelah habis belajar, beliau telah menyertai bait al hikmah di Baghdad semasa berumur 20 tahun.

Beliau merupakan pengasas Al gebra and aglorithm yang merupakan benda asas dalam dunia teknologi pada abad ke 21 ini. Tulisan beliau yang paling penting ialah Kitab al Mukhtasar fil hisab al-jabr Wal-Muqabla yang merupakan sebuah buku yang berkaitan dengan matematik dan telah banyak di terjemaahkan dalam bahasa lain seperti Eropah malah juga Cina. Ini menunjukkan pada waktu itu Eropah masih lagi 'bergelap' bila berbicara mengenai ilmu, ibarat langit dan bumi.

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawap memulakan konsep nombor yang kita guna pakai sekarang lebih tepat lagi bermula dari 0 hingga 9, hasil kerja beliau dikatakan telah menyelesaikan banyak masalah matematim yang tidak dapat diselesaikan oleh orang eropah pada waktu tersebut yang masih menggunakan angka Roman iaitu i,ii,iii dan sebagainya.

Beliau dikatakan telah menolong pemerintah pada ketika itu dalam menyelesaikan isi padu dan ukur lilit bumi, tidak cukup dengan ilmu matematik dan konsep ciptaannya, beliau juga berjaya dalam bidang astronomi. Pada tahun 820 beliau telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk Zij al-Sindhind,mengandungi 37 bab mengenai perkiraan astronomi serta 117 carta pergerakkan bulan,bumi dan planet.

Anda mungkin hairan dan pelik kenapa saya letak nombor 0 dan 1 pada awal artikel ini bukan? Anda copy semua nombornya dan lawati laman web dibawah ini, paste kan semua nombor dan tekan butang ' Decode binary code to text' dan lihat apa hasilnya. Jika anda dah dapat apa jawapannya, jangan lupa tulis diruangan komen apa hasil nya. Tentu anda rasa tidak ternilai ilmu beliau dalam sistem komputer, tanpa beliau tiada zaman komputer.

https://www.qbit.it/lab/bintext.php




6. Ladang Mayat

Ladang Mayat

Ada satu tempat yang dinamakan sebagai Body Farm, tempat ni merupakan tempat kajian sains macam mana tubuh manusia mereput. Biasanya terdiri dari ahli forensik polis, itu sebab polis boleh anggar berapa hari orang tu mati disebabkan kajian dari body farm ni.

Sebelum tahun 70an, kajian pasal benda ni banyak dilakukan menggunakan babi tapi semua tu berubah bila seorang doktor yang bernama Dr William Bass membuat ladang manusia reput ni pada tahun 1972 dekat Universiti Tennessee, Amerika.

Dia mendapat idea untuk buat ladang ni disebabkan dia pada mulanya dapat satu kerja untuk mengenalpasti mayat pada perang saudara.

Tapi masa tu dia tengok satu kubur milik seorang panglima tentera terusik, bila tengok mayat masih lagi macam baru mati, rupanya mayat tu bukan lah mayat panglima tentera tapi milik orang lain yang dibunuh ditempat lain dan diletakan dalam kubur lama tu.

Rupanya dia silap, mayat nampak baru sebab keranda yang dipakai tu kedap udara dari keadaan mayat masih lagi elok, dari situ lah dia terfikir untuk buat kajian lanjut macam mana manusia ni mati dan mereput untuk membantu pihak forensik.

Kebanyakkan mayat yang ada dekat body farm ni terdiri dari orang yang derma badan untuk sains atau orang yang tiada waris untuk dituntut. Dekat ladang ni ada lebih kurang 1700 mayat untuk dikaji dan dikatakan 4000 lagi menanti, dah ada orang sudi serahkan mayat sendiri untuk dibuat kajian lanjut.

Mayat dibiarkan dalam beberapa cara, contohnya dalam air, dalam semak, dan ada juga mayat diletakan dalam sangkar. Hasil dari kajian tu kita akan tahu perbezaan dan berapa lama untuk mereput.

Contoh apa jadi kalau mayat orang bunuh dan buang dalam sungai atau lombong, jadi polis akan guna maklumat dan data yang diperolehi dari tempat macam ni.

Terdapat 7 tempat macam ni di Amerika dan yang paling besar terletak di Universiti Texas yang seluas 26 ekar.

Sumber:

https://science.howstuffworks.com/body-farm3.htm

https://video.nationalgeographic.com/video/00000144-0a42-d3cb-a96c-7b4f11210000?fbclid=IwAR34NfXwkrivkqPqb_aT9riOU--H3-79lVPRhaotrPypQhlZOC4NgP1vQBU

https://allthatsinteresting.com/body-farms







7. Yellowstone

Super Volcano di Yellowstone bakal meletup?

Yellowstone merupakan taman negara yang terletak di Negeri Wyoming di Amerika Syarikat, merupakan tempat pelancongan yang sentiasa menjadi tarikan orang ramai dan para saintis. Sememangnya sangat indah untuk dilawati kerana kawasannya yang mempunyai geiser dan kawah air panas yang berwarna warni.

Yellowstone mempunyai satu rahsia terpendam yang mungkin ramai tidak tahu iaitu terdapat satu ruangan yang cukup besar dan mengandungi magma atau batuan cair. Tempat ini juga merupakan sebuah gunung berapi yang masih aktif cuma mengambil masa yang agak lama untuk meletus. Ahli sains dan kaji bumi yang membuat kajian berkata, terdapat beberapa gegaran kecil iaitu gempa bumi yang lemah akibat magma yang berada dibawah tanah sedang bergerak. Yellowstone mempunyai takungan magma yang besar dan berukuran hampir 5 batu kedalam bumi dan disalurkan oleh magma dari mantle bumi.

Kawah Yellowstone ini mencapai keluasan 72km yang boleh dilihat dari angkasa, kalau buka google earth anda akan nampak betapa besarnya kawah Yellowstone ini. letusan nya yang terdahulu 2500 kali lebih kuat berbanding letusan gunung berapi St Helen yang terletak di Amerika Syarikat. Gunung berapi ini telah meletus sebanyak 3 kali dalam sejarah nya, 2.1 juta tahun,1.3 juta tahun dan paling terbaru 640,000 ribu tahun dulu.

Letusan yang terdahulu menghamburkan kira kira 1000km kubik padu yang bercampur dengan batu serta debu ke langit. Ini bermakna peluang untuk gunung berapi ini untuk meletus kali ke 4 masih besar dan kemungkinan yang paling hebat. Ini menyebabkan ramai saintis dan ahli kaji bumi risau mengenai perkara ini.

Melalui kajian terbaru dan hasil bacaan saya di internet menunjukkan setiap bulan pasti ada berita terbaru yang akan menyebabkan orang yang sentiasa mengikuti perkembangan Yellowstone akan merasa risau, setiap hari akan direkodkan gempa bumi lemah disekitar Yellowstone tersebut. Para saintis sudah dapat lihat tanda awal kehadiran magma yang menyebabkan pokok disekitar kawasan tersebut mati akibat gas dan suhu tinggi yang mula naik dari bawah tanah.

Kesan buruk akibat letusan Yellowstone ini sangat bahaya, boleh menyebabkan jutaan manusia mati akibat gas dan debu yang sangat beracun, aliran pyroclastic yang mencecah 300kmj dan gas panas setinggi 1000c akan menghancurkan seluruh isi yang terdapat disekitar Yellowstone dan hampir separuh dari negara Amerika akan musnah akibat letusan hebat yang sudah lama menunggu masa untuk meletup dalam abab ke 21 ini.

Beberapa jam selepas letusan berlaku, keadaan disekitar tempat tersebut mula bertukar menjadi gelap segelapnya sehinggakan perlu bantuan lampu, itu pun kalau meletup pada waktu siang. Perubahan iklim yang mendadak akan berlaku dalam tempoh beberapa hari kemudiannya.

Selang beberapa hari, asap dan debu kemudiannya akan dibawa oleh angin dan akan menutup cahaya matahari dibeberapa negara. Akibatnya banyak tanaman dan haiwan ternakan akan musnah akibat kekurangan makanan, wabak dan penyakit akan melanda seluruh dunia pada ketika itu,kejadian ini dinamakan sebagai Volcanic Winter yang disebabkan oleh debu gunung berapi mengandungi sulfur oksida yang mampu menghalang cahaya matahari dari sampai ke permukaan bumi.

Partikel halus dan tajam akibat ledakan gunung berapi ini akan mula masuk didalam lautan,tasik dan sungai yang akan menyebabkan bekalan air bersih tidak dapat disalurkan. Kemungkinan besar pada waktu tersebut akan berlaku kacau bilau yang sangat hebat, mana tidaknya sudahlah makanan dicatu malah air untuk diminum pun hampir kering.Begitu hebat kesan letupan gunung berapi yang berskala mega ini yang akan menyebabkan jutaan manusia mati, ekonomi akan menjadi tidak tentu, harga makanan melambung tinggi secara mendadak, suhu dunia mulai turun. Manusia yang terselamat pada ketika itu mungkin terkapai kapai untuk menyelamatkan diri..







8. Lubang hitam di angkasa

Black Hole merupakan salah satu misteri yang masih lagi mendapat perhatian meluas ahli saintis. Kajian demi kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti apakah sebenarnya black hole.

APAKAH ITU BLACK HOLE?

Teori black hole ini mula mendapat perhatian apabila Einstein yang memperkenalkan teori relativiti, dia mengatakan apabila sesebuah bintang mati, maka bintang tersebut meninggalkan 1 teras yang padat dan mempunyai graviti yang sangat kuat.

Teori black hole ini mula mendapat perhatian apabila Einstein yang memperkenalkan teori relativiti, dia mengatakan apabila sesebuah bintang mati, maka bintang tersebut meninggalkan 1 teras yang padat dan mempunyai graviti yang sangat kuat.

Bintang bintang yang ada terdiri dari hidrogen, bintang yang bersaiz lebih besar dari matahari di galaksi bima sakti akan mula runtuh kerana tarikan graviti yang kuat dan bintang akan mula kehabisan bahan bakarnya.

Apabila bintang ini runtuh maka bintang tersebut akan meletup dan mengeluarkan cahaya yang sangat terang. Letupan tersebut dinamakan sebagai Supernova.

Melalui letupan inilah saintis menjangkakan hayat sesebuah bintang tidak hanya berakhir disitu tapi menjadi sebuah black hole yang sangat besar.

Kematian bintang merupakan satu permulaan bagi black hole yang ada sekarang. Kita tahu orang panggil black hole tapi kenapa black (hitam)?

Disebabkan tarikan graviti yang terlampau kuat, 1 cahaya pun tidak boleh melepasi black hole ini dan memerlukan satu tujahan yang kuat untuk keluar dari black hole, itu sebablah kenapa black hole tidak dapat dilihat, tapi macam mana saintis tahu wujudnya black hole ni?

Saintis tahu kerana mereka mengkaji ruangan disekeliling tempat yang disyaki ada black hole, kalau terdapat gangguan disekitar kawasan tersebut maka benda yang tidak dapat dilihat kita akan boleh agak kehadiran satu tenaga yang kuat dan menarik benda atau tenaga disekelilingnya.

Disebabkan graviti yang kuat, saintis mendapati black hole ini boleh membiaskan cahaya dan melalui cara itu saintis mendapat idea bagaimana untuk mengesan black hole dengan lebih berkesan.

Setiap galaksi mempunyai blackhole nya tersendiri, sama macam galaksi kita, pun ada jugak ditengahnya,Kita sebenarnya hanya berada di lengan Bima Sakti.

GAMBAR BLACK HOLE DIRAKAM.

Baru baru ini kita dikejutkan oleh saintis yang telah berjaya merakam gambar blavk hole buat pertama kalinya dalam sejarah manusia.

Mereka telah menghalakan 8 telescope yang diletakkan diseluruh dunia untuk mengesan dan mengumpulkan seberapa banyak data dari satu kawasan yang dinamakan sebagai Messier 78.

Gambar yang diambil dihasilkan melalui data yang sebesar 5 Petabyte! Tersangat besar bagi sekeping gambar yang bernilai tinggi kerana sudah lama saintis mengkaji black hole.

Lebih 200 saintis telah bekerjasama untuk memastikan gambar tersebut berjaya dihasilkan melalui program Event Horizon Telescope (EHT).

BOLEH TIME TRAVEL?

Mengikut kajian yang dilakukan, black hole sebenarnya dapat membengkokkan masa disekitarnya dan menghasilkan worm hole.

Cara paling mudah untuk faham worm hole.

Ambil 1 kertas dan lipat 2 bahagian, kemudian cocokan ditengah kertas, buka lipatan itu tadi kita akan nampak 2 lubang terhasil.

Lubang yang terhasil tadi dikatakan sebagai jalan pintas untuk ke galaksi lain, sesebuah pesawat mestilah mempunyai enjin dan kuasa tujahan yang cukup kuat dan perlu memiliki enjin yang mampu membawa pesawat tersebut dengan hampir kelajuan cahaya.

Secara am nya, worm hole bertindak sebagai medium untuk pergi ke dimensi lain tapi ini ialah sekadar teori sahaja dan saintis masih lagi mengkaji kebenaranya.





9. Misteri jambatan ram setu

Misteri Jambatan Luar Biasa Hubung India dan Sri Lanka

Di antara kedua negara tersebut iaitu India dan Sri Lanka terdapat satu objek yang menyimpan misteri yang tersendiri, bukan saja penduduk 2 negara tersebut malah ahli arkeologi yang mengkaji benda ni.

Dikenali sebagai jambatan Adam atau nama lainnya disebut sebagai jambatan Rama merupakan kawasan dimana satu keadaan pasir berkumpul atau dikenali sebagai 'Sand Bank'.

Jambatan ini mengikut kajian sains yang terperinci, dikatakan terbina dari batu kapur atau terumbu karang disebabkan laluan disitu agak cetek, dikatakan melalui catatan kuil, jambatan ini berada di atas paras laut dan manusia dapat merentasi lautan sehingga ke Sri Lanka pada abad ke 15.

Pada 1480, dikatakan satu ribut siklon yang menghentam kawasan ini dan menyebabkan jambatan yang ada rosak dan tidak lagi boleh dilalui.

Jambatan yang menghubungkan diantara 2 buah negara ini sepanjang 48 kilometer, di India lokasi nya terletak di Tamil Nadu dan di Sri Lanka terletak di Pulau Mannar.

Mengikut pengkaji agama islam dan kristian, Nabi Adam diturunkan di Sri Lanka dan kemudianya berusaha mencari Hawa selepas mereka dikeluarkan dari syurga kerana memakan buah terlarang.

Kawasan ini mendapat nama Jambatan Adam apabila seorang pemeta dari British menandakan kawasan ini sebagai Adam's Bridge sekitar tahun 1804.

Namun dalam agama Hindu, cerita berkaitan dengan jambatan ini agak lebih jelas diceritakan bagaimana jambatan ini dibina dan kenapa ia dibina.

Dalam hikayat Ramayana, Tuhan Rama telah mengarahkan Vanara iaitu askar monyet untuk menyiapkan jambatan yang akan membolehkan dia ke Sri Lanka.

2 jurutera yang ditugaskan ketika itu disebut sebagai Nala dan Neel, malah ada juga penduduk tempatan yang memanggil jambatan ini sebagai Nala Setu.

Tujuannya hanya satu, untuk menyelamatkan isterinya yang telah diculik oleh Raja Rakhsasa yang bernama Ravana. Jambatan ini boleh dilihat dari angkasa lepas kerana panjangnya jambatan buatan ni.

Saintis yang membuat kajian tentang usia jambatan ini melalui keadah carbon dating 14 mendapati usia cerita dan jambatan tersebut masuk akal, iaitu kira kira 7000 tahun dahulu.

Malah batu yang diletakkan diatas pasir tersebut berusia 7000 tahun manakala pasir yang berada dibawah berusia 4000 tahun, masih menjadi misteri bagaimana batu yang jauh lebih tua berada dikawasan tersebut.

Diceritakan juga monyet membuat jambatan ini dengan menggunakan batu terapung, memang wujud batu terapung ni. Sebut batu kita tahu batu akan tenggelam tapi disebabkan oleh lubang yang banyak pada batu tersebut maka memboleh batu tu terapung didalam air.

Batu terapung tersebut merupakan batuan jenis pumis yang banyak dikawasan gunung berapi,cuma apa yang peliknya bagaimana batuan pumis ini boleh ada.

Kredit : John Mohamed











10. Manusia diawet untuk pameran

Manusia diawet untuk pameran orang ramai.

Beberapa muzium yang mempamerkan manusia sebenar dalam pelbagai aksi. Manusia ni memang betul, maksudnya orang yang mati dibuang kulit dan diawet untuk jadi pameran.

Terdapat beberapa muzium yang dikenali sebagai human body muzium. Muzium unik ini ada di Bangkok, London dan paling terkenal di Amsterdam di Belanda. Mayat manusia yang dijadikan pameran diawet melalui proses khas yang dinamakan sebagai ' Plastination'

Proses yang disebut Plastination ni merupakan satu keadah dimana cecair dalam badan digantikan dengan getah silikon atau plastik melalui kaedah khas yang dicipta oleh Gunther Von Hagens pada tahun 1979.

Melalui cara ini, setiap mayat yang diawet tidak berbau atau reput malah apabila siap di awet kita boleh pegang disebabkan dah jadi plastik.

Kita dapat lihat tubuh badan manusia yang dibuang kulitnya dengan jelas. Segala saraf, organ dalam seperti hati, jantung, buah pinggang, paru paru memang terpapar didepan mata.

Tubuh manusia yang dipamerkan dalam muzium unik ini diambil dari orang yang sudah pun menderma tubuh badan mereka untuk eksperimen sains, maka tidak akan timbul isu keluarga marah atau tidak dapat kebenaran.

Dalam program yang dipanggil sebagai Body Donation, masih ada 13,000 orang yang menunggu giliran untuk tubuh badan mereka dijadikan pameran di muzium ini.

Secara tidak lansung kita boleh belajar mengenai anotomi badan manusia, walaupun nampak seram tapi kalau kita tidak peka dan tidak tahu bagaimana proses awet mayat dilakukan maka dah tentu kita fikir hanyala sekadar plastik.

Kesemua badan manusia yang dipamerkan mempunyai karekter masing masing, contoh ada yang dibuat sedang berlari, memanah, atau menunggang kuda. Dari situ memang boleh nampak kesemua organ dalaman, tidak ada yang ditutup.











11. Tasik pink

Jarang kita tengok atau dengar tasik berwarna pink. Tasik berwarna pink ini merupakan salah satu fenomena semula jadi yang ada di Australia.

Tasik Hiller yang terletak disebuah kepulauan Recherche di Australia yang berkeluasan 600 meter panjang dan 250 meter lebar dipenuhi oleh hutan hutan dan tidak ada manusia atau penempatan di situ.

Tasik ini pertama kali dijumpai oleh Matthew Flinders pada tahun 1802 yang mengambil sampel air tasik tersebut dan membuat catatan dalam buku journal beliau. Beliau menamakan tasik tersebut sebagai Hiller Lake sempena nama sahabat beliau yang meninggal dunia

Tasik Hiller menjadi terkenal dengan keunikan nya iaitu air tasik yang berwarna pink. Macam mana air tasik boleh jadi pink?

Tentu sekali kita perlu melihat komposisi kandungan air dalam tasik tersebut, organisma yang dinamakan sebagai Dunaliella salina yang menyebabkan warna air tasik tersebut bertukar menjadi warna pink.

Keindahan warna tasik ini lebih menarik jika dilihat dari udara, kalau di tepi pantai warna nya tidaklah begitu terang.

Tasik ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk mengambil garam kerana tasik ini mempunyai kepekatan garam yang hampir sama dengan laut mati. Tahap kemasinan tasik ini ialah 10 kali ganda dari normal.

Maksudnya kalau korang berenang, tak tenggelam lah. Soalannya boleh ke mandi? Ya tasik ini selamat untuk mandi tapi airnya jangan ditelan sebab peratusan garam yang sangat tinggi yang akan menyebabkan anggota badan rosak.








12. Superflare landa abad 21

Superflare landa abad ke 21.

Kecanggihan teknologi yang ada pada abad ke 21 ini banyak membantu manusia untuk uruskan kegiatan harian, tidak lagi bergantung pada haiwan seperti burung untuk hantar surat atau kuda untuk bergerak dari destinasi A ke B.

Tapi dalam kecanggihan yang ada, manusia sebenarnya terdedah pada satu ancaman yang cukup membuatkan manusia panik dan melumpuhkan ekonomi setiap negara. Ancaman bukan datang dari negara Korea Utara atau Iran atau Israel tapi dari matahari kita sendiri.

Bumi sebenarnya terdedah pada 'solar flare' atau 'solar storm' atau nama popularnya Corona Mass Ejection matahari akan 'memuntahkan' sinaran kosmik yang mampu merosakkan alatan elektronik yang ada, dan perlu ingat setiap barangan canggih memang diperbuat dari elektronik.

Tapi apakah dengan kehadiran solar flare atau ribut solar ini memberikan impak yang besar pada bumi?

Ya, memang memberi kesan yang amat besar jika tenaga yang dilepaskan oleh matahari itu sangat tinggi, dan sudah ada dalam lipatan sejarah berlakunya serangan ribut solar ini.

Berlaku pada tahun 1859 di Amerika, ribut solar yang berlaku ketika itu memusnahkan sistem telegraph, telegraph ketika itu dianggap seperti internet masa kini.

Apa yang membimbangkan ialah, kajian terbaru yang datanya diambil dari Teleskop Kepler mendapati dalam jangka masa 100 tahun, bumi akan dibadai dengan ribut solar yang cukup kuat.

Kekuatan ribut solar yang dijangka melanda bumi dalam masa 100 tahun lagi akan mematikan banyak alatan elektronik, cuba bayang apabila ribut solar berlaku, kesan magnetik yang cukup kuat sudah mampu membakar alatan elektronik, pergi bank ATM mati, nak telefon kawan, telefon pulak mati, bukak komputer pun sama.

Bukan itu saja, satelit juga akan terjejas teruk, dan mungkin hilang kawalan dan jatuh ke bumi, dari situ kita akan tahu bertapa susahnya nak hidup disebabkan kejadian macam ni. Hampir kesemua benda akan lumpuh dalam sekelip mata sahaja. Mungkin ambil masa yang sangat lama untuk memulihkan kembali sistem yang ada dan kos untuk pulih sistem akan meningkat tinggi.

Tidakkah kita akan rasa panik apabila benda ini akan terjadi? 100 tahun hanya anggaran masa sahaja, tapi hakikatnya ribut solar yang teruk sudah berlaku dan kesan pada ekonomi amatlah teruk ketika itu, kerugian mungkin tidak lagi mencecah bilion tapi Trillion dollar disebabkan hampir kesemua benda yang bersifat elektronik akan musnah.

Sudah tentu rumah atau bangunan tidak ada aliran elektrik disebabkan jana kuasa juga terjejas teruk, waktu tu kita boleh nampak bandar yang dulunya terang kini gelap gelita, paling hampir dengan kejadian ini ialah di Venezuela apabila janakuasa disana mengalami masalah, hampir beberapa hari jutaan orang bergelap.

Apa pun, perkara ini akan tetap terjadi, cuma bersediakah kita menghadapinya?





13. Lanun wanita islam digeruni Sepanyol

Lanun Wanita Islam Digeruni Sepanyol.

Ramai yang kenal lanun terkenal dalam filem Hollywood Pirate Of the Caribbean, tapi korang mesti tak pernah dengar nama Sayyida Al Hurra. Ratu lanun yang hebat dan juga penguasa samudera Mediterrinean.

Kehebatan lanun wanita ini tersangat la sedikit diceritakan dalam lipatan sejarah, namun masih ada yang sudi menceritakan bagaimana kehebatan lanun yang digeruni oleh musuh ketika itu.

Dilahirkan sekitar 1485 di Granada, Sepanyol, nama penuh Sayyida adalah Lalla Aicha. Merupakan seorang ratu yang memerintah daerah Tetouan, Morocco.

Beliau melarikan diri ke Morocco selepas kejatuhan empayar Islam di Sepanyol, pada usia 16 tahun, beliau berkahwin dengan seorang governor yang berkhidmat disana.

Beliau mewarisi pemerintahan di Tetouan selepas kematian suaminya, masih terkenang didalam mindanya kekejaman tentera yang memaksa beliau melarikan diri.

Dendam kesumat menyebabkan beliau mengumpulkan bala tentera lanun dan beliau bekerjasama dengan lanun terkenal, iaitu Barbarossa.

Bersama-sama barbarossa, beliau memulakan peperangan diantara sepanyol dan portugis ketika itu, menengelamkan sebilangan besar kapal angkatan sepanyol dan portugis.

Anak kapal ditawan dan harta harta didalam kapal turut dijarah, malah tawanan turut dijadikan tebusan. Sayyida Al hurra berjaya menakluk sebahagian besar barat lautan Mediterranean manakala Barbarossa di timur.

Pada 1541, beliau telah menerima pinangan dari Raja Morocco yang bernama Ahmed Al Wattasi. Beliau memerintah selama hampir 30 tahun dan digulingkan oleh menantu sendiri pada 1542, harta dan kuasanya dirampas, malah beliau dibuang ke Chefchaouen dan meninggal disana pada 14 Julai 1561.




14. Tasik Nyos, tasik meletup

Tasik Nyos, Pembunuh senyap

Tasik Nyos yang terletak di Cameroon merupakan tasik yang terbentuk akibat kesan ledakkan gunung berapi pada zaman lampau. Tasik ini mempunyai kedalaman 682 kaki mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Tasik boleh meletup? Ya, ramai tak percaya tasik Nyos ini meletup pada tahun 1986. Apakah punca tasik ini meletup?

Kandungan karbon dioksida yang tinggi terkeluar akibat tekanan yang semakin meningkat berada dibawah permukaan air dan akhirnya tasik ini meletup malah menyebabkan gas tersebut tersebar. Ibarat anda goncang sebotol air pepsi atau coke dan buka penutup secara mendadak.

Seramai 1746 orang dan lebih 3000 haiwan ternakan mati akibat terhidu gas yang tidak berwarna malah tiada bau ini. Kejadian ini berlaku pada waktu malam dan menyebabkan tsunami setinggi 25 meter hentam beberapa buah kampung disitu.

Sebanyak 1.6 juta tan gas telah mengalir keluar dari permukaan tasik dengan kelajuan 100kmj dan turun ke kampung dan bandar berdekatan, melemaskan penduduk dan haiwan dalam radius sekitar 25 kilometer dari tempat kejadian.

Karbon dioksida mula mengambil alih okisgen yang terkandung didalam udara dalam tempoh beberapa minit sahaja, ramai yang tidak menyedari kehadiran gas beracun ini kerana tiada bau dan warna.

Ahli kaji bumi yang membuat kajian dikawasan tersebut mendapati, kemungkinan besar tanah runtuh di dasar tasik yang menyebabkan tekanan gas dalam tasik terkeluar dan sekali gus meletup. Air tasik yang kelihatan biru bertukar menjadi merah.

Penduduk yang terselamat dari bencana ini rasa pelik dan hairan bila ada diantara mereka yang pulang bekerja dan mendapati ahli keluarga meninggal dan haiwan ternakan mati, kiri kanan rumah jiran semua meninggal.

Akibat dari kesan yang teruk, pihak berkuasa negara tersebut telah membuat satu kajian lengkap dan cara untuk mengatasi masalah ini.

Mereka telah mengerudi dan memasang paip untuk mengeluarkan gas yang masih lagi terkandung didalam tanah. Paip itu bertujuan membenarkan gas keluar secara semula jadi.







15. Bhopal, tragedi paling teruk

2 Disember 1984, satu tarikh yang akan diingat bagi kebanyakkan mangsa gas beracun di Bhopal, India. Disifatkan sebagai tragedi industri yang paling teruk pernah terjadi dalam sejarah.

Kejadian ini bermula apabila gas beracun yang dikenali sebagai Methyl isocyanate telah bocor dari sebuah kilang yang bernama Union Carbide. Kilang Union Carbide ini merupakan kilang milik Amerika yang pertama di India. Dibina pada tahun 1980 yang memproses racun serangga perosak.

Sebuah tangki besar meletup dan menyebabkan gas tersebut mula mengalir keluar dan menyelimuti bandar dan kampung berdekatan.

Ekoran dari kebocoran yang mengejutkan india dan dunia ketika itu, penduduk setempat mula merasakan sesuatu yang pelik berlaku, mengalami muntah,pening dan sesak nafas malah ada yang berlari di jalan raya.

Dianggarkan 30 tan gas Methyl isocyanate telah dibebaskan dan menyebabkan 600,000 orang dan pekerja kilang tersebut telah menghidu gas berbahaya ini. Ada penduduk yang mati dalam tidur dan ada juga yang mati bergelimpangan di atas jalan raya. Dikatakan stesen keretapi berdekatan dengan tempat kejadian, bila keretapi berhenti penumpang disitu rasa pelik bila tengok ramai yang mati.

Kerajaan India ketika itu menganggarkan seramai 15,000 orang mati dan dianggarkan seramai 3000 orang mati dalam sekelip mata sejurus letupan berlaku. Ramai yang mati disebabkan oleh kegagagalan sistem pernafasan dan organ dalaman.

Sehingga hari ini kesan dari gas beracun tersbut masih lagi boleh dilihat dengan bukti yang nyata. Ada yang cacat semasa lahir dan mengalami masalah kesihatan yang berpanjangan.





16. Gerbang Neraka

Api yang menyala dan tidak pernah padam, api abadi? Ya, banyak tempat yang mempunyai api abadi.

Salah satunya terletak di Turkmenistan, yang digelarkan sebagai Gerbang/Pintu Neraka kerana kawahnya yang sentiasa menyala dan tidak pernah padam.

Tempat ini dipanggil sebagai Kawah Darvazar yang terletak di Derweze, Turkmenistan. Darvazar pun mempunyai maksud Pintu.

Kawah ini mempunyai gas asli yang menjadi sumber nyalaan api yang tidak pernah padam.

Tempat ini merupakan antara tempat yang mempunyai simpanan gas terbesar didunia. Berkeluasan 69 meter dan sedalam 30 meter menjadi tarikan utama dikawasan tersebut.

Kawah ini terhasil akibat kerja kerja pengalian untuk mencari minyak dan gas asli. Kawasan ini mula di terokai pada tahun 1971. Apabila mereka mula menggali, tempat galian tersebut mula runtuh dan membentuk seperti kawah besar.

Gas methane mula bocor dari kawasan tersebut, methane akan menyebabkan manusia lemas kerana gas tersebut mampu mengantikan oksigen di udara jika kandungannya banyak dan kesan nya amatlah teruk.

Ahli geologi dan saintis memikirkan cara bagaimana untuk mengelakkan kebocoran gas yang lebih teruk, maka mereka mengambil keputusan untuk menyalakan api.

Tanggapan mereka bahawa gas tersebut akan habis dalam masa beberapa minggu sahaja, tetapi gas tersebut menyalakan api sehingga hari ini.

Nyalaan api tersebut memang panas, hanya boleh berdiri dalam beberapa minit sahaja, kalau terjatuh dalam lubang tu..

Manusia yang pertama sekali turun ke dalam kawah tersebut adalah George Kourounis, beliau turun ke dalam kawah tersebut dengan memakai suit kalis api dan turun selama 15 minit untuk mengambil sampel tanah.

Tiada siapa yang tahu bilakah api tersebut akan padam kerana jumlah simpanan gas antara yang terbesar didunia.

Tempat ini sesuai dilawati pada waktu malam kerana lebih menarik dengan api yang menerangai kawasan tersebut. Ada yang buat sesi camping disekitar kawasan itu.





17. Sungai yang membunuh

Sebuah sungai di kawasan hutan Amazon yang menjadi tempat suci penduduk asli disekitar itu dikatakan mendidih dan mampu menyebabkan haiwan yang terjatuh ke dalam sungai tersebut mati kepanasan.

Sungai ini juga disebut sebagai Shanay Timpishka yang bermaksud mendidih dengan kepanasan matahari, merujuk pada keanehan sungai tersebut, nama lain bagi sungai ini ialah La Bomba.

Sungai yang terletak di dalam hutan amazon di Peru ini ceritanya bermula apabila sekumpulan pengembara yang mencari harta karun menceritakan tentang bagaimana seekor ular besar yang menelan manusia dan sebuah sungai yang mempunyai air panas.

Secara umum kita tahu bahawa kawasan air panas mempunyai magma yang mampu memanaskan air dibawah permukaan bumi dan berdekatan dengan gunung berapi.

Tetapi sungai ini yang sepanjang 6 kilometer mendidih disepanjang laluannya dan jarak gunung berapi terdekat ialah 700 kilometer.

Sungai yang selebar 25 meter dan sedalam 6 meter ini suhu nya direkodkan 45c sehingga 100c darjah celsius, agak panas dan tidak hairan lah kalau binatang yang jatuh akan mati. Kepanasan air nya melebihi air milo, kopi atau teh panas korang setiap pagi

Sungai yang luar biasa ini sebenarnya mendidih kerana dibawah permukaan bumi hutan tersebut ada geothermal. Rekahan pada permukaan bumi menyebabkan air yang dipanaskan didalam bumi mula keluar, dan ini adalah sebab kenapa ada negara yang tidak mempunyai gunung berapi tapi ada kolam air panas.

Kalau di Malaysia, kita mungkin dah guna mesin air macam Cuckoo atau Coway, tapi masyarakat disana mengambil air sungai ini untuk membuat air teh. Kedengaran agak pelik tapi itu lah realiti.

Manusia masih lagi boleh berenang, cuma masa hujan lebat kerana bercampur dengan air sejuk. Haiwan yang mengambil risiko untuk berenang dalam sungai ini sebenarnya memasakkan kulit mereka dari dalam hingga ke luar.







18. Tasik Cermin

Dataran yang sejauh mata memandang mampu menjadi seperti sebuah cermin besar, itu lah Salar De Uyuni atau juga dikenali sebagai Salar De Tenupa. Tempat ini juga merupakan datatan bergaram paling besar di dunia.

Kawasan ini merupakan sebuah tasik purba yang sudah kering dan meninggalkan sisa garam.

Tempat ini merupakan dataran bergaram yang berkeluasan kira kira 10582 kilometer persegi yang terletak di Bolivia. Perkataan Salar juga bermaksud 'Garam' dalam bahasa Sepanyol.

Kawasan ini dianggarkan mempunyai sekitar 10 billion tan garam .Tasik yang dipenuhi garam ini mengandungi garam dan 1 bahan yang sangat penting iaitu Lithium, ya bahan yang sama untuk membuat bateri, kawasan ini menyimpan sekitar 70 peratus kandungan lithium.

Ramai pelancong yang datang untuk bergambar di tempat ini kerana keunikkannya. Selain dari dataran yang kelihatan seperti cermin, ada juga tempat yang dinamakan sebagai perkuburan kereta api, kereta api ini telah digunakan dalam perlombongan satu ketika dulu.

Tempat ini akan menjadi seperti cermin yang besar apa bila terdapat air di kawasan ini yang merupakan sebuah tasik. Semasa musim hujan, pantulan air menyebabkan kawasan ini saling tidak ubah seakan akan cermin yang membuatkan ramai pelancong yang datang.

Pihak NASA selalu menjadikan tempat ini sebagai tempat rujukan kedudukan satelit mereka kerana keluasan kawasannya yang senang dilihat dari angkasa lepas.







19. Laut Mati

Laut Mati dan Luth

Sering kali kita dengar perkataan Laut Mati, tapi kenapa mati? Mari kita rungkai apa yang membuatkan laut ini dipanggil Mati.

Laut Mati atau Dead Sea diberikan nama sedemikian kerana kepekatan airnya yang sangat masin dan haiwan tidak dapat hidup. Senang cerita laut mati ini penuh dengan garam. Laut Mati sebenarnya seperti Danau kerana bersifat tertutup, tetapi dengan keluasannya yang agak luas, maka dianggap seperti lautan.

Laut Mati juga merupakan tempat yang paling rendah didunia iaitu 430 meter dibawah aras laut. Kedalaman laut mati 304 meter menjadikan laut mati sebagai tempat bergaram paling dalam didunia dan garis pantai nya yang sejauh 135km memukau pengunjung yang datang untuk mandi.

Laut Mati yang bersempadan dengan Jordan, Israel dan juga Palestin ini mengamit manusia yang datang kerana sifat semula jadi air garam yang mampu membuat manusia terapung dan tidak tenggelam. Sebab itu lah manusia senang lemas di dalam air tawar berbanding air laut.

Laut mati ini juga mempunyai kisah dan sejarahnya yang tersendiri. Sekitar laut mati ini juga dahulunya didiami oleh kaum umat nabi Luth.

Umat Nabi Luth yang terkenal dengan perlakuan Homoseksual iaitu minat sesama jenis. Maksudnya lelaki dengan lelaki. Maksudnya? GAY la ni..

Golongan LGBT sudah mula berkembang ribuan tahun, tapi kisah umat Nabi Luth ini merupakan kisah terbaik dengan pengajaran yang ada.

Kisah umat Nabi Luth ada disebutkan didalam Alquran dan juga Bible. Sodom and Gomorah. Allah SWT telah mengutus 2 malaikat untuk menyamar sebagai lelaki yang paras rupanya sangat tampan, Kaumnya telah mendapat khabar dan mereka datang untuk mengarahkan Nabi Luth menyerahkan tetamunya tetapi Nabi Luth enggan berbuat demikian.

Lalu Nabi Luth pun berdoa kepada Allah SWT untuk menurunkam azab yang pedih pada kaumnya yang ingkar dan buat perbuatan keji. Malaikat itu tadi mengarahkan Nabi Luth dan pengikutnya keluar dari kota tersebut dan meninggalkan isteri nya bersama sama orang tidak beriman.

Hancurnya kaum Luth kerana kawasan tersebut diterbalikkan oleh Allah SWT dan dihujani dengan tanah keras dan terbakar. Kajian mendapati ada batu batu yang dijumpai disekitar laut mati, mempunyai campuran belerang, kita tahu belerang memang senang terbakar. Malah kawasan itu juga didapati telah mengalami gempa bumi yang sangat hebat.

Ada juga kajian mendapati sebuah komet telah meletup dikawasan tersebut kira kira 3700 tahun dahulu dan menyebabkan hampir 60,000 orang mati. Saintis yang membuat kajian berkata mereka menjumpai kesan tembikar yang menjadi kaca kerana kepanasan yang melampau.

Kepanasan yang melampau telah menyebabkan manusia mati serta merta ketika itu, memang azab lah kalau manusia terus menjadi debu.

Komet tersebut telah meletup diudara dan menghasilkan impak yang sangat hebat dan mampu membinasakan mana mana kehidupan ketika itu dan batuan komet tersebut menghujani sekitar pesisir Laut Mati.

Sudah ada kajian yang menunjukkan terdapat kota dipesisir Laut Mati, jika kita ke kawasan tersebut, kita boleh lihat kesan peninggalan kota yang menjadi abu, kelihatan seperti rumah yang menjadi debu.









20. Bungker Nuklear bawah tanah.

Dalam post yang lepas ada tulis pasal kubu dibawah White House tapi macam mana bila seorang presiden berjaya dibawa keluar dan ke mana dia bersembunyi jika berlakunya ledakan bom nuklear?

Kawasan negara Amerika yang luas dan besar serta terdapat gunung ganang menjadikan antara tempat sesuai untuk dijadikan kubu bawah tanah. Berikut beberapa senarai antara kubu bawah tanah yang ada di negara Amerika.

1. Greenbrier Resort.

Sebuah pusat peranginan yang dikenali dengan nama greenbrier dijadikan sebagai kubu dibawah tanah. Melalui projek rahsia yang namanya Greek Island ini merupakan perjanjian rahsia antara pihak resort dan kerajaan Amerika sekitar tahun 1950an.

Keluasan Resort ni boleh memuatkan 2 auditorium yang boleh dimasuki 470 dan 130 orang, iaitu 700 orang pada 2 tempat dalam satu masa. Walaupun bersaiz besar hampir 30 tahun untuk orang awam mengetahui lokasi rahsia tersebut.

Tempat ni mempunyai bilik tidur, kelengkapan medik, sistem penapisan udara yang canggih untuk menapis serangan kimia serta pusat penyiaran. Pintu kubu ni setebal 1 meter dan dijaga oleh pihak keselamatan yang menyamar sebagai petugas penyiaran di resort tersebut.

Namun projek rahsia ini didedahkan oleh para wartawan dan sejak dari itu kerajaan mengakui adanya kubu tersebut. Akibat terbongkarnya rahsia besar kubu tersebut dibuat sebagai tempat lawatan.

2. Kompleks Gunung Raven Rock

Terletak di gunung Raven Rock Pennsylvania, kubu ni merupakan sebuah kubu yang dijaga oleh pasukan tentera Amerika. Mendapat jolokan nama Pentagon bawah tanah disebabkan mempunyai rangkaian sambungan telekomunikasi yang berpusat disini untuk askar Amerika sekiranya terjadi apa apa serangan.

Tempat ini dibina semasa perang dingin sebagai tempat perlindungan kecemasan dan sejak dari itu tempat ni terus digunakan oleh pasukan tentera, kiranya pentagon akan dialihkan ke kawasan ni jika berlaku serangan.

3. Kompleks Gunung Cheyenne

Terletak di Colorado Springs, tempat ni merupakan antara yang terkenal dengan kubu dibawah tanah dan juga pangkalan tentera. Selain itu, tempat ni bekas North America Aerospace Defense Center atau NORAD.

Sebuah kompleks yang dibuat sedalam 760 meter dibawah gunung ini mempunyai beberapa bangunan yang dikawal oleh pintu besi yang seberat 25 tan.

Dibina untuk mengukuhkan lagi perlindungan semasa perang dingin, fasiliti ini diperkuatkan dan berkemampuan untuk menahan pelbagai jenis bom serta mempunyai janakuasa, sistem bekalan air, sistem oksigen yang memerlukan pemantauan khusus bagi memastikan kesemua peralatan dapat digunakan semasa bencana nuklear.

4. Deep Underground Command Center

Bertempat disekitar bangunan pentagon, tempat ini dibina khas untuk tujuan ketenteraan pada tahun 1960an. Terletak 1.2 kilometer dibawah tanah dan pusat ini juga dikatakan mampu menahan bom atom yang sekuat 300 megatan tanpa menggugat fasiliti bawah tanah tersebut.

Kubu bawah tanah ni dikatakan dicadangkan oleh presiden J.F Keneddy sebelum dia kena tembak, tempat yang mampu memuatkan seramai 300 orang.

5. Pusat kecemasan operasi gunung Weather.

Tempat ini terbongkar apabila berlakunya nahas kapal terbang pada Disember 1974. Dari situ kerajaan Amerika mengakui terdapat kubu dibawah tanah yang terletak dikawasan tersebut.

Tempat ini dimana sebahagian besar ahli politik Amerika dibawa dengan helikopter untuk berlindung semasa serangan 11 September 2001. Tidak banyak maklumat yang diperolehi disebabkan tempat ni masih lagi beroperasi.









21. Sejarah Tupperware

Tupperware, siapa tak kenal kan dengan jenama yang boleh menyebabkan seseorang kena marah teruk kalau tertinggal atau hilang. Tupperware ni merupakan sebuah syarikat yang berasal dari negara Amerika.

Dicipta oleh seorang lelaki yang bernama Earl Tupper pada tahun 1938 di Leomister Massachusetts apabila dia bekerja di sebuah syarikat plastik, dari situ dia mula membeli mesin acuan plastik dan terciptanya Tupperware.

Setiap bekas Tupperware memiliki penutup kedap udara untuk memastikan makanan yang diletakkan dalam Tupperware kekal segar. Penutup ni dikenali dengan nama jolokan 'Burp seal' disebabkan oleh bunyi yang dihasilkan seakan sendawa.

Tapi pengguna ketika itu tak faham cara nak guna produk ni, jadi seorang wanita yang bernama Brownie Wise telah bertemu dengan Tupper dan memberi cadangan yang kreatif untuk mengadakan Parti Tupperware, matlamat sebenar ialah menerangkan kepada bakal pengguna bagaimana cara untuk menggunakan produk ini.

Maka dari situ bermulalah parti Tupperware yang pertama pada 1949 di Detroit, Amerika. Dengan adanya parti tersebut, produk Tupperware telah diterima ramai oleh pengguna dan dijual secara eksklusif pada parti tersebut.

Parti tersebut dibuat dalam komuniti perumahan, pejabat atau tempat kerja untuk menjual produk jenama Tupperware. Dari sini lah orang kita kenal parti Tupperware yang sememangnya mendapat perhatian ramai terutamanya kaum wanita

Tupper yang terpegun dengan parti yang dianjurkan oleh Brown wise tadi telah mengambil keputusan untuk menjadikan brown wise sebagai timbalan pengarah syarikat Tupperware.

Bekas makanan kedap udara ini juga merupakan pengeluar bekas makanan yang pertama meletakkan huruf Braille pada bahagian bawah produk mereka

Buku Guinness world record meletakkan Tupperware sebagai antara inovasi terbaik pada abad ke 20. Sehingga kini jenama Tupperware terkenal dengan kualiti yang dihasilkan







22. Sejarah Patung CPR

Patung yang selalu kita berlatih untuk membuat CPR mempunyai sejarah yang tersendiri.

Dikenali sebagai L'Inconnue de la Seine yang bermaksud Wanita Yang Tidak dikenali Dari Seine. Sejarahnya bermula apabila mayat seorang wanita yang dijumpai di sungai Seine di Paris sekitar tahun 1880.

Apabila di periksa, tiada kesan kecederaan atau tanda tanda keganasan pada badan mayat, jadi dapat disimpulkan bahawa wanita berkenaan telah terjun ke dalam sungai untuk membunuh diri.

Apabila mayatnya dibawa keluar dari sungai dan dibawa ke tempat ruangan mayat, ketika itu mayat yang tidak dikenali akan diletakan dalam ruangan khas untuk orang ramai membuat pengecaman. Apa yang menakjubkan bila orang ramai mula tertarik dengan wajah wanita ini.

Namun begitu, seseorang dari bilik mayat yang menempatkan mayat wanita misteri ini telah membuat acuan topeng muka disebabkan riak wajah wanita ini.

Indentiti wanita ini tidak dapat dikenal pasti, mayat misteri ini dikatakan berusia sekitar 16 tahun semasa meninggal dunia.

Selepas itu sudah banyak orang yang membuat acuan dari muka wanita ini dan dari situlah tersebarnya patung patung yang mempunyai bentuk muka wanita misteri dari Seine ini.

Wajahnya sering kali dianggap seperti Mona Lisa yang lemas kerana ketenangan riak wajah dan senyumanya yang begitu menarik minat ramai orang ketika itu.

Wajahnya digunakan untuk demo CPR bermula apabila seorang lelaki yang bernama Asmund Laerdal yang juga merupakan pengusaha mainan di Norway.

Pada satu hari, anak lelakinya hampir lemas dan dia sedaya upaya mengeluarkan air dari paru paru anak lelakinya, dan selepas itu ada sekumpulan doktor datang untuk meminta dia membuat satu patung untuk membuat demo teknik yang baru baru ketika itu, yakni CPR.

Maka dari situlah Laerdarl memulakan sejarah penciptaan patung yang bersaiz manusia untuk tujuan demo CPR. Cuma masalah ketika itu, dia memikirkan wajah apa yang patut dia buat?

Setelah lama berfikir, dia teringat akan satu patung yang wajahnya kelihatan tenang yang tergantung di rumah mertuanya. Lalu dia menggunakan wajah wanita misteri tersebut untuk patung CPR.

Diberi nama sebagai Anne, Rescue Annie merupakan patung yang pertama dan paling berjaya untuk simulator pesakit dan berjaya mengajar serta menyelamatkan jutaan orang yang belajar teknik asas CPR.

Impak yang sangat besar dalam industri pembuatan patung dan juga industri perubatan dengan terciptanya satu patung yang wajah sebenarnya diambil dari mangsa mati lemas.





23. Lagenda hantu Nang Nak

Lagenda Nang Nak

Baca je tajuk terus berdiri bulu roma, lagenda hantu Nang Nak ni antara yang paling popular di negara Gajah putih, Thailand. Tapi apa kisah disebalik Nang Nak ni?

Mengikut kisah lagenda yang diceritakan turun temurun di sana, Nak merupakan seorang wanita yang sangat cantik tinggal bersama suaminya yang bernama Mak. Nang Nak bermaksud 'Cik Nak', mereka ni tinggal bersama di satu kawasan tebing sungai yang bernama Phra Khanong, terletak dalam kawasan Bangkok.

Kisah hantu ini bermula pada sekitar pemerintahan Raja Rama Keempat iaitu sekitar tahun 1800, cerita lagenda ini dikisahkan apabila Mak dikerah untuk menyertai peperangan ketika itu, dalam peperangan yang sengit tersebut, Mak telah cedera parah dan dia telah mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok.

Malangnya ketika itu Nak dan bayi yang dikandung meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan anak sulung mereka, waktu tu Mak memang tak tahu yang isteri dia dah meninggal.

Bila dah dapat rawatan di Bangkok, Mak ni balik ke kampung halaman dia. Mak rasa sangat gembira bila tengok isteri dia dah bersalin. Tapi apa yang Mak ni rasa tak senang bila orang kampung bercakap pasal mereka, katanya Mak ni sebenarnya tinggal bersama hantu.

Hanya Mak sahaja yang nampak isteri dan anak dia dan itu sebabnya orang kampung kata dia tinggal dengan hantu. Jadi Mak pada mulanya rasa macam tak percaya, mungkin orang kampung ni iri hati dengan dia.

Namun pada satu hari, bila Nak tengah menyediakan makanan yang dipanggil Nam Phrik, lebih kurang macam sambal belacan jugalah. Bila Nak ni perah limau nipis, limau tu terjatuh, dan Nak ni memanjangkan tangannya untuk ambil limau tu.

Tanpa dia sedari, Mak tengah memerhatikan tangan dia yang panjang tu, dari situlah Mak percaya cerita orang kampung yang sebenarnya isteri dan anak dia dah mati, bertukar menjadi hantu.

Dia tahu yang dia perlu lari dari rumah tu, bila waktu malam menjelma, Mak bagitahu isteri dia yang hantu ni nak pergi tandas. Dia apa lagi terus berlari sekuat hati dan dia dikatakan menyorok dalam semak yang ditumbuhi dengan pokok Naat.

Orang Thailand percaya hantu atau roh jahat ni takkan datang dekat bila ada pokok Naat ni. Mak pulak lari ke sebuah tempat nama dia kuil mahabut, dekat situ pun hantu Nak ni tak boleh masuk sebab orang sana percaya tempat ni merupakan tempat suci.

Nak dapat tahu yang suami dia dah larikan diri,l akibat mulut orang kampung yang bercakap pasal kematian Nak ni. Hantu nak mula mengganggu penduduk kampung tersebut sehingga keadaan kampung tak tenang.

Selepas hantu Nang Nak ni kacau penduduk kampung, pawang akhirnya berjaya tangkap roh hantu ni dan letak dalam tembikar tanah lalu dibuang dalam sungai.

Kalau nak tahu, penduduk disana ada buat tempat sembahan kecil khas untuk Nang Nak ni. Berada dalam kawasan kuil mahabut tu, patung dan juga lukisan gambar Nang Nak dipamerkan dekat situ. Ada orang yang datang untuk meminta hajat dengan membawa kain berwarna dan juga buah, bunga serta colok.







24. Asal usul Aladdin.

Asal usul Aladdin

Kisah Aladdin yang kebanyakannya semua orang tahu, cerita yang terkenal dipetik dari hikayat 1001 satu malam. Cerita Aladdin mengisahkan seorang pemuda miskin yang jatuh cinta pada seorang puteri jelita, tapi dari mana datangnya kisah Aladdin?

Kisah ini bermula apabila seorang lelaki Perancis yang bernama Antoine Galland yang merupakan seorang penulis yang ketika itu sedang mengalih cerita hikayat 1001 satu malam dalam bahasa Perancis.

Antoine dikatakan mendengar cerita dari seorang lelaki Syria yang bernama Hanna Diyab. Dari situlah munculnya latar belakang cerita Aladdin yang mengatakan cerita ini berasal dari China.

Himpunan hikayat 1001 satu malam sebenarnya merupakan himpunan cerita yang di himpunkan dari pelbagai negara dalam satu buku dan tidak semestinya dari negara Arab itu sendiri

Berbalik pada cerita Aladdin tadi, cerita yang disampaikan oleh Hanna Diyab pada Antoine tidak dapat dipastikan kalau dia mereka cerita atau berdasarkan pengalamannya sendiri. Terjemahan Antoine mengatakan Aladdin ini berlatar belakang negara paling jauh tapi mengamalkan budaya Islam.

Pengkaji mengetahui negara yang jauh ketika itu tidak lain tidak bukan, iaitu negara China. Tapi China ni ada ke orang Islam? Ya, Islam telah sampai ke sana berkurun lamanya melalui perdagangan di Laluan Sutera.

Malah terdapat juga beberapa lukisan yang menggambarkan kisah Aladdin ini dengan lukisan masyarakat China, satu etnik yang mengamalkan budaya Islam.

Mengikut cerita asal, Aladdin ni bukan lah seorang yang tiada ibu bapa tapi sebaliknya mempunyai ibu tetapi kematian bapa, bapanya merupakan seorang tukang jahit, malah Aladdin sebenarnya mempunyai 2 jin. Satu dari teko dan satu lagi dari cincin, ibunya merupakan orang yang pertama mengosok teko tersebut untuk mengeluarkan jin.

Jadi macam mana dalam cerita Disney boleh berlatar belakang negara arab? Alkisah bila syarikat Disney mahu membuat set filem yang berlatar belakang negara Iraq, lebih tepat lagi Baghdad pada 1992, tetapi ketika itu Amerika baru habis perang teluk, jadi pihak Disney telah menukar Baghdad menjadi Agrabah.

Ada ura-ura yang mengatakan pihak Amerika sebenarnya menukarkan Baghdad supaya ketegangan kawasan tersebut menjadi reda dan digambarkan sebagai tempat yang sesuai untuk diduduki.








25. Kisah benar beauty and the beast

Cerita fantasi Disney yang terkenal iaitu Beauty and the beast mengisahkan tentang seorang putera yang disumpah. Namun mungkin ada yang tidak tahu kisah benar yang berlaku disebalik kisah ini.

Cerita ini merupakan satu kisah yang betul-betul terjadi sekitar tahun 1500, seorang budak lelaki yang bernama Petrus Gonsalvus mempunyai bulu yang lebat dibahagian mukanya.

Dia yang dilahirkan pada 1537 di pulau Canary mempunyai genetik yang ganjil dikenali sebagai hypertrichosis atau lebih dikenali dengan panggilan sindrom serigala. Sindrom yang ganjil ini menyebabkan seseorang ditumbuhi bulu yang lebat dan tebal disekitar muka, dikatakan kurang dari 100 orang yang mempunyai sindrom ini.

Petrus Gonsalvus ketika itu bernasib malang apabila dikurung dalam sangkar dan dibawa ke Perancis sebagai hadiah pertabalan Raja Henry Kedua. Kemudiaannya dia dikurung didalam penjara bawah tanah, dan ketika itu dia dijadikan bahan kajian oleh doktor, dia juga diberikan daging mentah, namun nasib yang baik menyebelahinya apabila doktor memberitahu yang dia merupakan seorang manusia dan bukannya haiwan.

Dengan itu Raja Henry telah membuat keputusan supaya petrus diberikan pendidikan seperti orang lain dari situ dia mula belajar beberapa bahasa termasuk bahasa latin dan keadaan rupanya tidak sedikit pun menjejaskan dia untuk menjadi seorang yang terkenal dikalangan orang bangsawan.

Setelah raja Henry mangkat, isterinya Catherine De Mieci yang menaiki takhta ketika itu mencari calon isteri untuk Petrus, dengan niat untuk dijadikan bahan ketawa. Dia ingin mencari seorang wanita cantik tanpa memberitahu keadaan sebenar bakal suaminya itu.

Lalu dia menjumpai dengan seorang perempuan yang bernama Catherine, lalu mereka berkahwin dan dikurniakan 7 orang anak, 4 daripada mereka mempunyai sindrom yang sama seperti bapa mereka.

Keluarga mereka diarak di Eropah, tanpa pengetahuan mereka yang sebenarnya keluarga itu dijadikan sebagai tontonan pelik pada golongan tertentu disebabkan oleh faktor wajah berbulu.

Malah beberapa anak mereka juga telah dijadikan sebagai hadiah kepada golongan bangsawan yang lain, mereka dilayan seperti keluarga haiwan dan dijadikan bahan ketawa golongan orang kaya ketika itu.





26. Hantu penanggal

Penanggal, kebanyakan orang sudah kenal dan tahu bila kita sebut nama ni. Penanggal ni merupakan orang yang mengamalkan ilmu hitam, sesuai dengan namanya penanggal ni akan menanggalkan kepala dan badannya .

Meninggalkan badan dan membawa organ seperti usus, jantung, hati dan kepala bersamanya. Penanggal juga dikenali dengan nama berbeza di beberapa buah tempat iaitu balan balan di kawasan Sabah, leyak di Bali, Kuyang di Kalimantan, krasue di Thailand, kasu di Laos dan manabanggal di Filipina.

Penanggal ni juga merupakan manusia biasa yang mempunyai perjanjian tertentu dengan syaitan, perbuatan syirik ini juga membolehkan perempuan tersebut mencabut badannya kalau difikirkan logik memang orang tu dah mati.

Biasanya penanggal ni akan mencari mangsanya seperti perempuan mengandung yang nak bersalin dan kanak-kanak, dikatakan akan menjilat darah ibu yang baru bersalin menggunakan lidahnya yang panjang.

Penanggal juga dikatakan akan merendamkan badannya dalam cuka supaya anggota badan yang keluar tadi kecut dan boleh masuk balik dalam tubuhnya. Diceritakan orang mengenali perempuan yang menjadi penanggal ni dari bau cuka yang cukup kuat pada badannya.

Selain itu juga penanggal diceritakan akan terbang pada waktu malam dengan terdapat cahaya pada anggota badan yang tercabut tu dari situ kita nampak seperti bola api yang terbang.

Orang dulu bila ada perempuan mengandung dia akan letakkan daun mengkuang yang seakan akan gergaji, bila penanggal ni lalu bahagian bawah tersebut akan tersangkut pada daun mengkuang tu dan tidak dapat bergerak.

Ada juga yang kata bila penanggal ni keluar untuk mencari mangsanya, seseorang perlu naik ke rumah tersebut dan terbalikkan badan supaya bila penanggal dah balik rumah dia akan bercantum pada bahagian yang salah.




27. Escobar, Raja dadah

Escobar, Bilionair kokain

Raja kokain terkenal iaitu Pablo Emilio Escobar Gaviria tidak asing lagi untuk orang yang tahu kisah seorang lelaki warga Colombia. Dilahirkan pada 1 Disember 1949, Pablo Escobar merupakan pengasas dan ketua kumpulan dadah yang dikenali sebagai Medellin.

Dibesarkan di Medellin yang juga nama kumpulan yang diasaskan, Pablo Escobar melanjutkan pengajian tetapi tidak berjaya menghabiskan pembelajarannya. Dari situlah titik bermulanya kerjaya Escobar yang akan mendapat perhatian dunia.

Kartel Medellin yang ditubuhkan pada tahun 1976 dibuat untuk tujuan penyeludupan serbuk kokain ke Amerika dan berjaya menyeludup masuk ke Amerika. Sebanyak 80 tan kokain berjaya diseludup masuk ke negara tersebut.

Selain bertindak untuk seludup dadah, kumpulan ini juga terlibat dalam aktiviti gelap seperti menculik dan menjadikan tahanan sebagai tebusan. Hssil dari aktiviti haram ini jugalah yang membolehkan Pablo Escobar menjadi bilionair dengan cepat, kekayaan Escobar dikatakan berjumlah 58 billion dollar atau bersamaan 239 billion ringgit.

Dia juga menggunakan hampir 1000 dollar setiap minggu membeli gelang getah untuk mengikat duit yang diperolehi dan akan disimpan pada gudang yang dibina.

Satu pendapatan yang cukup tinggi dan boleh membiayai apa jua projek yang dilaksanakan termasuklah mengupah orang untuk merompak, membunuh atau menculik sasaran yang dikehendaki.

Ini termasuklah membunuh hakim, pegawai polis serta ahli politik yang menjadi sasaran Escobar kerana menghalang kerja yang dilakukan. Escobar juga menjadi seorang ahli politik terkenal ketika itu, tahun 1982 merupakan tahun dimana Escobar dilantik menjadi ahli politik di Colombia.

Dengan sumber kekayaan yang sebegitu besar, dia membelanjakan wangnya untuk pembinaan rumah rakyat serta padang bola sepak, dia mendapat perhatian yang tinggi daripada penduduk tempatan dan menyanjung Escobar sebagai hero rakyat .

Bagaimanapun Escobar terpalit dengan isu pengeboman bangunan DAS di Bogota, Colombia pada 1989. Sebuah trak yang berisi 500 kilogram dinamit meletup dan mengorbankan 63 orang dan mencederakan 1000 yang lain. Bertujuan untuk membunuh ketua DAS yang bernama Miguel Alfredo Maza Márquez.

Tidak cukup dengan itu, Escobar dan kumpulannya Medellin telah mengebom pesawat Avianca 203 pada 27 November 1989. Pesawat malang tersebut berlepas dari Bogota menuju ke Cali meletup selepas 5 minit terbang. Mengorbankan 107 orang didalam pesawat dan 3 orang dibawah akibat terkena serpihan letupan.

Dia merancang untuk membunuh calon presiden ketika itu yang bernama César Gaviria, tetapi dia bernasib baik tidak berada didalam pesawat tersebut. Selepas kejadian tersebut pihak berkuasa Colombia telah mengarahkan untuk memburu Escobar dan dibantu oleh pihak Amerika disebabkan 2 orang rakyat Amerika terbunuh dalam serangan pesawat tersebut.

Escobar yang melarikan diri ketika itu berjaya ditangkap dan diberi hak istimewa iaitu membuat sebuah rumah sebagai penjaranya sendiri. Namun Escobar dengan liciknya telah Meloloskan diri dan bersembunyi Selama 16 bulan bersama kumpulannya.

Ketika inilah dikatakan Escobar membakar wang sebanyak 2 juta supaya ahli keluarganya tidak sejuk. Pihak berkuasa telah menjejaki Escobar disebuah rumah dan pertempuran hebat telah berlaku. Insiden tembak menembak dengan pihak berkuasa yang dilatih oleh Amerika tersebut berjaya menewaskan pasukan kumpulan Medellin termasuk Escobar sendiri yang ditembak mati pada 1993






28. El Chappo

Nama El Chapo tidak asing lagi bagi mana-mana orang yang tahu kisah lelaki yang berasal dari Mexico ini. El chapo atau nama sebenarnya Joaquín Archivaldo Guzmán Loera lahir disebuah tempat dikawasan berbukit pada 4 april 1957 merupakan seorang ketua kartel dadah yang terkenal di sana.

Dia juga tersenarai dalam beberapa orang yang paling kuat pengaruhnya. Dia dilahirkan di sinaloa dari sebuah keluarga miskin dan sering kali dipukul oleh bapanya. Melalui bapanya jugalah el chapo ni terlibat dalam pengedaran dadah, bermula dengan membantu bapanya menamam ganja sejak dari kecil lagi.

Dia kemudiannya bekerja dengan Héctor Luis Palma Salazar yang juga salah seorang pengedar dadah yang terkenal ketika itu sekitar tahun 70an. Kemudiannya el chapo mengambil peluang untuk menubuhkan kumpulannya yang tersendiri pada 1988.

Dia melihat peluang besar untuk mengedar dadah di Amerika dengan mengorek terowong diantara sempadan kedua negara tersebut. Pelbagai dadah yang diseludup masuk iaitu heroin, methamphetamine, kokain dan lain-lain.

Peluang ini digunapakai dengan maksima yang mungkin dan sebab itulah dia merupakan antara orang yang paling banyak mengeksport dadah ke Amerika. Majalah Forbes pula pernah menyenaraikan el chapo sebagai seseorang yang paling berpengaruh antara 2009 dan 2013. Nama El Rapido juga diberi kerana kepantasan untuk mengedar dadah di sempadan.

Kekayaan el chapo dikatakan berjumlah hampir 14 billion dollar atau bersamaan 58 billion ringgit. Satu angka yang mampu untuk mengurus sebuah negara kecil, kekayaan yang sebesar ini digunakan untuk merasuah orang tertentu seperti polis, pegawai tentera untuk menyenangkan kerja penyeludupan tersebut.

Kumpulan el Chapo juga mengawal 60 peratus pasaran dadah di Mexico dan meraih keuntungan sebanyak 3 billion dollar setiap tahun, menjadikan el Chapo sebagai bilionair yang terkuat di Mexico.

Dia juga terkenal dengan kelicikan untuk melarikan diri daripada penjara. Pada 2015, dia telah lari melalui sebuah lubang yang dikorek dari luar penjara dan tembus melalui bilik mandi. Melalui lubang sempit tersebut dia melarikan diri, isteri dan anak nya dikatakan merupakan mastermind disebalik cerita lari dari penjara.

Terowong sepanjang 1500 network tersebut dikorek oleh orang-orang el chapo dengan mendapat arahan daripada mereka berdua. El chapo menunggu dengan penuh sabar untuk melihat munculnya lubang pada bilik mandinya, beberapa minggu sebelum itu penghuni penjara yang lain mengadu bunyi bising dibawah tanah.

El chapo melarikan diri dengan turun menggunakan tangga dan sebuah motosikal yang diubahsuai untuk mengangkut tanah, destinasi yang dituju ialah sebuah rumah yang dibina untuk el chapo muncul. Orang kepercayaan el chapo telah merasuah penduduk dikawasan itu untuk membina sebuah rumah kecil dan berada 500 meter dari pengawal penjara

Penjara yang menempatkan el chapo ni merupakan penjara yang paling ketat di Mexico dan selama 13 tahun dia berjaya mengelakkan diri daripada ditangkap oleh pihak berkuasa.

Seramai 10,000 polis dan tentera dikerah untuk menjejaki el chapo namun mereka gagal untuk mengesan kartel dadah tersebut. Ramai yang tidak percaya cerita adanya terowong tersebut dan mengejutkan serta memalukan pihak penjara.

Bagaimanapun, el chapo telah ditangkap semula pada 2016 disebuah rumah yang terletak di bandar Los Mochis setelah hampir 6 bulan melarikan diri dari penjara yang ketat.

Biarpun terkenal dengan pengedaran dadah yang terbesar, el chapo juga disanjung tinggi oleh penduduk tempatan kerana dia sering kali menolong orang susah malah dia juga membuat kemudahan asas seperti menurap jalan serta memberi bantuan kewangan pada penduduk yang memerlukan.










29. Misteri kehilangan Jim Thompson

Misteri kehilangan seorang lelaki yang bernama Jim Thompson menjadi antara bualan hangat sekitar tahun 1967. Jim Thompson ni merupakan seorang bekas perisik Amerika.

Nama jim Thompson ni terkenal disebabkan dia orang yang bertanggungjawab menaikkan balik industri sutera di negara Thailand sekitar tahun 50-60an.

Ketika itu dia juga merupakan antara orang Amerika kaya yang terkenal di Asia. Beberapa hari sebelum kehilangannya, dia yang berada di Bangkok pergi bercuti di pulau Pinang dan seterusnya ke Cameron Highlands pada 24 mac.

Dia kemudiannya keluar bersiar-siar di kawasan Cameron Highlands pada 26 Mac dan pada hari tersebut isterinya Helen Ling menyedari bahawa suaminya tidak pulang ke tempat penginapan mereka yang bernama Moon Bunglow.

Semasa hilang Jim Thompson berumur 61 tahun, dan ketika itu usaha pencariannya diteruskan. Seramai 500 orang yang terdiri daripada polis, penunjuk arah orang asli, pelancong dan penduduk tempatan berusaha mencari.

Namun dalam tempoh 11 hari operasi pencarian tidak membuahkan hasil. Polis mendapati tiada maklumat atau petunjuk yang membolehkan mereka meneruskan misi mencari.

Terbaru ada dokumentari yang disiarkan pada 2017 mendakwa mereka mendapat petunjuk terbaru mengenai kehilangannya. Pengarah dokumentari yang bertajuk Who Killed Jim Thompson mendakwa yang sebenarnya jim Thompson dibunuh.

Parti komunis Malaya disyaki membunuh jim Thompson kerana dia ingin berjumpa dengan setiausaha agung komunis tersebut. Ini merupakan pengakuan 'deathbed' seorang lelaki yang bernama Teo Pok Hwa yang juga anggota komunis ketika itu.

Komunis ketika itu mensyaki sesuatu kerana kawasan Cameron Highlands merupakan antara kubu kuat mereka, lagi pun Jim Thompson ni merupakan bekas perisik Amerika.

Ketika itu juga komunis mengalami beberapa halangan dan mereka juga telah mendapat tahu yang Jim Thompson bekas perisik, mereka syak dia dihantar untuk mengumpul maklumat berkenaan komunis.

Keputusan untuk membunuh Jim Thompson ni telah dilakukan dan komunis tidak akan meninggalkan kesan supaya pihak lain tidak syak pihak mereka membuat kerja tersebut.





30. Sejarah Lego

Lego, satu nama yang sangat popular dan melekat di bibir masyarakat. Siapa tak kenal dengan permainan blok yang boleh dicantumkan. Tapi macam mana Lego ni bermula?

Sejarah Lego bermula apabila seorang tukang kayu yang bernama Ole Kirk Christiansen yang dilahirkan pada 1891 dan anak yang ketika itu berusia 12 tahun membuat permainan blok dari kayu di sebuah bengkel kecil pada 1932, dia menamakan permainan tersebut sebagai Lego, Lego merupakan dari 2 perkataan Denmark iaitu Leg Godt.

Dengan hanya bermula dari permainan kayu Lego seterusnya menggunakan bahan plastik dalam pembuatan blok Lego pada tahun 1947. Syarikat Lego ketika itu juga merupakan syarikat dari Denmark yang pertama memiliki mesin suntikan acuan.

Syarikat itu juga berkembang dari 6 orang pekerja menjadi 40 pekerja. Ole kirk ni sebenarnya mendapat idea untuk Lego dari sebuah syarikat mainan British yang dikenali sebagai 'Kiddicraft Self-Locking Building Bricks'.

Dari situ Ole Kirk ni dapat ilham untuk membuat versi mereka sendiri, mereka kemudiannya membuat blok plastik itu tadi yang mempunyai seperti pasak dan berlubang dibawah blok tersebut, maka terhasillah blok Lego yang kita kenali sekarang pada tahun 1958, walaupun pengasasnya sendiri tidak sempat untuk menyaksikan ciptaannya.

Lego ketika itu membuat 2 jenis blok mainan, iaitu kayu dan plastik namun pada 1960 gudang Lego terbakar dan sejak dari itu Lego telah mengalihkan fokus mereka untuk membuat alat mainan dari plastik saja.

Percaya atau tidak Lego mengeluarkan produk yang jitu dari segi ketepatan, setiap lego yang dihasilkan oleh mesin mempunyai ketepatan 0.002 milimeter, dengan itu hanya 18 blok Lego dari 1 juta yang dihasilkan akan mengalami kecacatan.

Jualan Lego masih lagi mendapat tempat dikalangan ibu bapa, jualan tahunan mereka kalau disusun dengan jumlah blok Lego yang terjual mampu mengelilingi bumi sebanyak 5 kali.

Kini terdapat bermacam-macam jenis lego ada kereta yang diperbuat daripada Lego ataupun kapal angkasa star wars. Menara Lego yang tertinggi didunia mempunyai ketinggian 28.7 meter dan memerlukan 465,000 blok Lego itu sendiri.

Hari ini syarikat Lego bukan hanya membuat blok permainan tapi sudah menjangkau dari filem animasi serta mempunyai taman tema sendiri







31. Hutan bunuh diri

Hutan Aokigahara yang terletak di Jepun merupakan hutan yang luar biasa, kenapa? Mari kita rungkai apa yang membuatkan hutan ini luar biasa.

Sebut saja nama Aokigahara pasti ada yang tahu sejarah hutan ini yang menyeramkan dan pastinya membuatkan sesiapa sahaja yang masuk dalam hutan ini rasa meremang.

Berkeluasan 30 kilometer persegi dan terletak di kaki Gunung Fuji yang juga sebuah gunung berapi di Jepun.

APA YANG LUAR BIASA?

Hutan ini dikenali dengan sejarahnya yang tersendiri, iaitu sebagai tempat untuk membunuh diri.

Setiap tahun, pasti banyak manusia yang masuk ke hutan ini dengan satu tujuan, iaitu bunuh diri. Dari tahun ke tahun angka kematian akibat bunuh diri semakin meningkat.

Pada tahun 2003, sebanyak 105 mayat telah dijumpai, ada yang tergantung pada pokok, ada yang rebah di lantai hutan ada yang hanya tinggal daging busuk.

Mengantung diri pada pokok merupakan keadah yang paling banyak ditemui disekitar kawasan seram tersebut, selain itu ada juga yang meminum racun dan mengambil ubat yang berlebihan dos.

Sejak itu pihak berkuasa telah membuat keputusan untuk tidak lagi mengeluarkan statistik angka kematian di hutan tersebut.

Jepun juga merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian disebabkan bunuh diri yang tertinggi didunia.

Dikatakan tempat ini menjadi sebagai salah satu tempat utama untuk membunuh diri bermula sekitar pada tahun 1950an lagi.

Keadaan hutan yang padat dengan pokok kerana tanahnya yang subur dari lava gunung berapi Fuji menyebabkan ada mayat yang sukar ditemui, oleh itu ramai yang imannya lemah digoda syaitan memasukki hutan yang dikatakan berhantu ini.

Pokok pokok tumbuh rapat antara satu sama lain yang menyebabkan cahaya matahari yang sampai ke lantai hutan hanya lah samar samar sahaja menjadikan hutan ini terasa seram dan menakutkan.

Pelbagai barangan peribadi seperti baju, seluar, kasut, jam tangan, bag dan sebagainya dijumpai di hutan ini yang merupakan tinggalan orang membunuh diri.

Ada mayat yang mereput teruk, bau hanyir mayat menusuk hidung, ada mayat yang dimakan binatang buas.

Pihak berkuasa tempatan Jepun meletakan papan tanda untuk menasihati sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk masuk ke hutan untuk bunuh diri.

Islam melarang perbuatan bunuh diri dan melarang sama sekali perbuatan terkutuk ini. Malah diharamkan syurga dan kekal di Neraka Jahannam.











32. Salem Bandar sihir

Salem, Bandar Penyihir

Sebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Salem yang terletak di Massachusetts, Amerika merupakan sebuah bandar yang agak popular bagi penduduk disana.

Popular dengan kisah seram dan misteri di bandar yang juga dikenali sebagai Salem Bandar Penyihir kerana pada tahun 1692 terdapat perbicaraan untuk menghukum penyihir di kawasan tersebut.

Perbicaraan ini bermula apabila penduduk bandar Salem mula menyedari beberapa orang di kawasan tersebut mempelajari ilmu hitam, sejak dari itu ramai yang ditangkap atas tuduhan mempelajari sihir.

Dan ketika itu beberapa orang gadis dikatakan telah dirasuk oleh syaitan dan menyebabkan histeria yang teruk berlaku, setelah dari itu seorang wanita yang bernama Briget Bishop merupakan orang yang pertama ditangkap dan digantung pada tahun tu jugak.

Briget Bishop menjalani hukuman gantung sampai mati, dia digantung pada sebuah pokok di bandar Salem pada 10 Jun 1692.

Diceritakan lebih kurang 200 lelaki,wanita malah kanak kanak ditangkap dan dituduh sebagai penyihir. Malah pada masa tersebut kebanyakkan penduduk mula resah kerana syaitan akan merasuk dan merosakkan agama kristian.

Ketika itu kegiatan memburu penyihir agak popular dikalangan penduduk Eropah, mereka yang ditangkap biasanya akan diseksa supaya penyihir ni mengaku pernah mengamalkan ilmu hitam.

Orang yang didapati bersalah akan dirantaikan pada dinding jail yang gelap,sejuk dan dipenuhi oleh najis tikus.

Kebanyakkan orang yang ditangkap ialah kaum wanita, selain dirantai pada dinding, mereka juga dibogelkan dan diperiksa tubuh badan mereka selain dimalukan.

Paling teruk bila seorang kanak kanak perempuan yang berumur 4 tahun yang bernama Dorothy juga dituduh bersama ibunya. Dorothy menjalani penjara bersama ibunya selama 8 bulan dan ibunya pula dihukum bunuh atas tuduhan sama.

Manakala seorang wanita yang dikenali sebagai Giles Corey yang ketika itu berumur 71 tahun, menerima hukuman kejam apabila kepalanya dihempap oleh batu besar akibat tak nak mengaku kesalahan yang dituduh.

Mayat yang menerima hukuman ini akan dihumban dalam kubur kecil dan tidak mendapat pengkebumian cara orang Kristian ketika itu.

Kini bandar Salem telah mempunyai satu muzium khas untuk memperingati kejadian tersebut untuk tatapan generasi akan datang dan sebuah tugu peringtan dibina dikawasan bandar Salem.

Dalam muzium ini juga ditulis dan ditunjukkan bagaimana orang yang dituduh diseksa dan menjalani hukuman bunuh yang mengerikan satu ketika dulu.










33. Titik tertinggi dan terendah

Titik tertinggi dan terendah di dunia

Gunung Everest merupakan gunung yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 8,848 meter dari aras laut. Gunung Everest mendapat nama dari seorang lelaki British yang bernama Sir George Everest pada 1865.

Di Tibet gunung ini dikenali sebagai Qomolangma yang bermaksud ' Ibu yang Suci'. Mengikut kajian, gunung Everest ni sebenarnya 'tumbuh' sebanyak 0.25 inci setiap tahun.

korang perlu menyediakan duit sekitar RM430,000 untuk kesemua kos, terdapat 17 laluan berbeza tapi hanya 2 laluan yang selalunya digunakan oleh para pendaki.

Data pada tahun 2018 menunjukkan seramai
295 orang telah mati semasa pendakian dan 5294 orang pula telah berjaya sampai ke titik paling tinggi didunia.

Kalau Everest menjadi titik paling tinggi didunia kat mana pulak titik paling rendah? Jawapannya terletak dibawah laut yang dalam.

Tidak lain tak bukan titik semulajadi yang paling rendah tu Jurang Mariana yang berada di Filipina. Dalam jurang ni ialah 11,034 meter. Ya, 11 kilometer, titik paling tinggi hanya 8 kilometer sahaja.

Jurang yang terletak 200 kilometer dari pulau Mariana ni berbentuk seakan-akan bulan sabit dan mempunyai sepanjang 2550 kilometer. Tekanan air di kawasan terendah ni boleh mencapai 15,750 psi atau 1071 kali ganda lebih kuat berbanding tekanan normal atmosfera.

Suhu air pada kedalaman ekstrem ini mencecah 1 hingga 4 darjah celcius, cahaya matahari tidak dapat tembus disebabkan terlalu dalam. Maka hidupan yang ada di sekitar jurang mariana akan mengeluarkan cahaya sendiri dan mempunyai rupa bentuk yang pelik seolah-olah berada di sebuah planet asing.









34. Jurang paling dalam di dunia

Jurang Mariana

Dengan kedalaman mencapai 11 kilometer, jurang mariana merupakan jurang yang paling dalam didunia. Ya! 11 kilometer jauh ke dalam lautan.

Jurang Mariana berada berhampiran dengan Kepulauan Mariana di Filipina dan berbentuk seakan akan bulan sabit sepanjang 2550 kilometer.

Nama jurang yang dikatakan berusia 180 juta tahun ini diambil bersempena pulau mariana iaitu Ratu Mariana yang berasal dari Sepanyol.

Pada tahun 1951 kapal selam Challenger II telah menggunakan sonar yang memudahkan untuk mengukur kedalaman lebih tepat berbanding Challenger I yang ketika itu hanya menggunakan tali.

Secara tepat, ukuran ke dalaman jurang ini ialah 10,994 meter. Lantai jurang tersebut dinamakan sebagai Challenger Deep. Sebagai perbandingan, jika kita letak Gunung Everest di dalamnya, masih ada baki 2 kilometer, maksudnya jurang ini boleh memuatkan gunung everest tersebut dan masih mempunyai ruang kosong.

Apabila mencapai kedalaman yang ekstrem, cahaya matahari sukar untuk menembusi dasar laut. Malah tekanan yang kuat dan 1000 kali ganda dari tekanan permukaan bumi menyebabkan jurang ini memerlukan kapal selam yang perlu direka khas untuk menanmpung tekanan yang hebat. Tekanan yang kuat itu mampu untuk membocorkan kapal selam yang tidak direka khas.

Suhu air di jurang mariana ini 1c hingga 4c sahaja, sejuk kerana matahari tidak dapat sampai kerana terlalu dalam dan keadaan sekitarnya gelap. Gelap bagi manusia tapi bukan gelap untuk haiwan.

Percaya atau tidak,haiwan haiwan tersebut mampu hidup meskpun tekanan yang kuat didasar jurang itu. Dijumpai haiwan haiwan yang rupanya pelik dan seolah olah seperti 'Alien'. Ada haiwan yang mampu mengeluarkan cahaya nya sendiri yang disebut sebagai 'Bioluminescence'.

Jangan terkejut kalau lihat ada ikan yang kepalanya lutsinar, ya kita boleh nampak jelas apa yang ada pada ikan tersebut kerana sifatnya yang lutsinar, nama ikan tersebut dipanggil Spookfish.

Haiwan haiwan pelik yang dijumpai di dasar laut itu mampu hidup kerana dicipta untuk melihat dalam gelap dan mampu menyesuaikan diri dengan air yang sejuk.














35. Amelia Earhart, juruterbang yang hilang

Amelia Earhart : juruterbang wanita yang hilang.

Misteri kehilangan seorang juruterbang wanita terkenal iaitu Amelia Earhart masih lagi menjadi topik yang sering dibincangkan dalam masyarakat yang mengetahui kisah ini. Pelbagai teori yang dibuat semenjak kehilangan wanita ini lebih 80 tahun lepas.

Amelia Earhart yang dilahirkan pada 24 Julai 1897 di Kansas merupakan seorang juruterbang yang hebat ketika itu. Dia merupakan wanita pertama yang terbang secara solo merentasi lautan Atlantik

Dia yang memulakan perjalanan sejauh 3875 kilometer bermula dari Hawaii menuju ke California pada 1935 menjadi sejarah bagi dunia ketika itu, penerbangan bersejarah tersebut mengambil masa 17 jam 7 minit

Selepas kejayaan amelia merentasi lautan Atlantik, dia kemudiannya meneruskan misi bersejarah untuk penerbangan mengelilingi dunia. Pada tahun 1937, dia dan seorang lelaki yang dikenali sebagai Fred Noonan memulakan perjalanan sejauh 47,000 kilometer tersebut.

Pada 1 june, kapal terbang jenis Lockheed Electra telah berlepas dari Miami, kemudiannya dia telah berhenti beberapa kali untuk mengisi minyak dan kemudiannya sampai ke satu kawasan iaitu Lae di New Guinea. Ketika itu, 2 orang tersebut telah terbang sejauh 35,000 kilometer.

Pada tanggal 2 julai, mereka berdua terbang ke sebuah pulau yang bernama howland island yang terletak lebih kurang 4200 kilometer. Namun ketika dalam perjalanan menuju ke sana, Amelia telah membuat satu panggilan radio dan mengatakan bahawa kapal terbang tersebut akan kehabisan minyak.

Sepasukan orang yang ditugaskan mencari kapal terbang tersebut mengandaikan bahawa kemungkinan kapal terbang tersebut telah jatuh lebih kurang 100 kilometer dari pulau Howland, pencarian yang lebih menyeluruh mula dijalankan sepanjang perairan berkenaan.

Setelah beberapa hari berlalu, operasi pencarian kapal terbang dan 2 orang mangsa tersebut telah dihentikan disebabkan tidak dapat mengesan bangkai atau apa apa petunjuk yang membolehkan mereka meneruskan misi itu.

Pelbagai teori aneh, pelik dan luar biasa mula timbul dari kelompok masyarakat ketika itu kerana mendapat liputan meluas oleh pihak akhbar. Ada diantara mereka yang mengatakan bahawa kedua orang tersebut telah diculik oleh tentera Jepun malah ada yang mengatakan pasukan mencari dan menyelamat sebenarnya berada di tempat yang salah.

Apa pun kisah atau cerita yang meniti dibibir orang, 84 tahun selepas kehilangan Amelia Earhart ni adakah kita tidak dapat sebarang petunjuk baru mengenai kes ini. Kes yang sudah lama ini juga merupakan salah satu misteri penerbangan yang belum terungkai, sama seperti MH 370.

Kajian terbaru tentang misteri kehilangan lagenda penerbangan tersebut mendakwa ada pihak yang telah menjumpai tulang di sebuah pulau yang bernama Nikumaroro. Tulang tersebut juga ditemui bersama kasut, pemeriksaan yang dilakukan terhadap 13 tulang tersebut mendapati bahawa tulang itu milik seorang lelaki yang berusia diantara 40-45 tahun.

Tulang tersebut dikatakan telah hilang dan usaha mencari tulang tersebut gagal, namun pada 2018 tulang yang dikatakan hilang tersebut rupanya berada di sebuah muzium di Tarawa, lalu saintis mengambil peluang keemasan ini untuk memeriksa tulang tersebut.

Kajian terperinci dapat dilakukan dengan mudah, mereka mendapati bahawa tulang tersebut milik seorang wanita. Apabila seorang pengkaji membuat ukuran, dia mengatakan ukuran tulang tersebut sangat berkait rapat dengan susuk tubuh Amelia, bagaimanapun pengkaji perlu menghantar sampel DNA supaya boleh mengesahkan adakah itu Amelia Earhart yang sekian lama hilang.





36. Great barrier reef

Negara Australia mempunyai pelbagai keunikan yang tersendiri dan merupakan benua terkecil didunia.

Meskipun dikenali sebagai 'Down Under', negara yang terkenal dengan haiwan Kangaroo ini mempunyai sistem terumbu karang yang terbesar didunia.

Great Barrier Reef yang terdiri dari 2900 terumbu karang lembut dan keras ini dan disekitarnya mempunyai hampir 900 buah pulau. Terletak di laut yang dinamakan sebagai Coral Sea yang berdekatan dengan Queensland.

Terumbu karang ini dihasilkan oleh organisma hidup, sebenarnya terumbu karang ini boleh dianggap sebagai haiwan kerana setiap satu dipenuhi oleh organisma yang dipanggil sebagai 'polyphs'.

Terumbu karang terhasil apabila polyphs tadi melekatkan dirinya pada batuan di dasar lautan, dan akan menyebar serta mengklonkan dirinya. Polyphs tadi akan melekat pada satu sama lain untuk membentuk jaringan yang besar dalam masa yang lama dan boleh mencecah jutaan tahun.

Air yang cetek membolehkan cahaya matahari sampai dan terumbu karang ini untuk mencari makanan, benda ini tidak boleh berjalan tapi ada satu jejari (macam sotong) untuk menangkap algea yang berterbaran disekitar kawasan itu

Polyphs ini mengasingkan kalsium yang ada pada air laut untuk membentuk satu dinding keras bagi tujuan perlindungan dan 'rumah'. Ada terumbu karang yang berusia ratusan malah ada yang mencecah jutaan tahun dahulu.

Terumbu karang mempunyai kadar tumbesaran yang sangat perlahan, selalunya akan tumbuh bercabang cabang seperti pokok. Secara amnya, terumbu karang akan membesar sebanyak 0.5cm sehingga 2cm setiap tahun dan itu sebab lah sistem terumbu karang di Australia ini mengambil masa yang lama untuk menjadi yang terbesar didunia.

Kebiasaanya dijumpai dimana mana lautan disepanjang garisan Equator bumi, dan mempunyai air yang cetak atau lebih kurang 30 meter dan suhu air yang mencapai 16 hingga 32 darjah celsuis

Terumbu karang ini terlalu besar dan boleh dilihat dari angkasa, yang berkeluasan 344,000 kilometer persegi. Untuk pengetahuan semua, Great Barrier Reef ini merupakan struktur yang terbesar pernah dibuat oleh organisma hidup, dan mempunyai panjang lebih kurang 2300 kilometer.

Pelbagai jenis hidupan laut telah menjadikan tempat ini sebagai rumah, oleh itu Great Barrier Reef telah menjadi satu tapak warisan dunia pada tahun 1981 kerana keunikan tempat ini.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, terdapat lebih kurang 400 terumbu karang yang pelbagai jenis dan 1500 spesis ikan dan 20 spesis reptilia, malah haiwan terancam seperti dugong juga hidup dikawasan tersebut, ini termasuk ikan yang menjadi karekter utama dalam filem animasi Nemo.

Tempat ini yang unik menjadikannya sebagai salah satu 'Hotspot' sektor pelancongan utama di Australia, ramai pelancong yang datang untuk melihat sendiri terumbu karang disamping air yang jernih, yang mampu menarik hampir 2 juta pelancong setiap tahun.










37. Australia

Siapa tak kenal dengan negara Australia kan? Negara yang indah dan cantik yang merupakan benua terkecil didunia.

Australia atau dipanggil sebagai 'Down Under' kerana kedudukan geografi yang hampir ke bawah peta globe dunia.

Nama Australia dikatakan diambil dari perkataan Terra Australis yang bermaksud tanah selatan. Namun sehingga abad ke 19, benua terkecil ini dianggap sebagai 'New Holland' oleh penjelajah dari Belanda.

Nama Australia mula mendapat perhatian apabila Matthew Flinders seorang penjelajah Inggeris telah mula memakai nama Australia. Pada 1817, Govenor Lachlan Macquarie telah mengarahkan nama Australia menjadi nama rasmi benua tersebut.

Benua Australia yang dikeliling oleh Lautan Hindi dan Pasific malah berjiran dengan Indonesia serta Papua New Guinea mempunyai garis pantai yang sepanjang 34,218 kilometer.

Australia cukup unik kerana mempunyai gunung, hutan dan padang pasir, malah merupakan benua yang paling kering didunia.

Canberra merupakan Ibu Negara Australia, negara ini mempunyai penduduk lebih kurang 24 juta orang yang kebanyakkanya tertumpu di disepanjang pesisir pantainya.

Orang islam di Australia merangkumi sebanyak 2.6% sahaja atau kira kira 600,000 ribu orang. Walaupun hanyalah minoriti tapi islam disana merupakan agama kedua terbesar selepas kristian.

Berkeluasan 7,682,000 kilometer persegi ini menjadikan Australia sebagai negara ke enam terbesar didunia dan benua terkecil. Sering kali negara ini disebut sebagai Pulau Benua, pulau besar dan benua terkecil.

Antara bandar besar yang terdapat disana ialah Perth, Sydney, Melbourne dan Brisbane. Bandar ini menjadi penggerak ekonomi utama selain Canberra. Sydney merupakan bandar terbesar di negara tersebut.

Australia sebuh negara maju dan merupakan negara ke 14 yang kuat dari segi ekonomi, dengan pendapatan yang tinggi, Australia merupakan negara ke 10 yang tinggi dari segi per kapita.

Negara Australia mempunyai beberapa tempat menarik seperti Uluru atau nama lamanya Ayers Rock. Uluru merupakan sebuah batu pasir yang besar, terletak di wilayah utara Australia iaitu berdekatan dengan Alice Spring.

Uluru yang berketinggian 348 meter dan berkedudukan 863 meter dari aras laut ini merupakan simbol atau ikon utama negara ini. Sesiapa yang dengar nama Australia, batu pasir ini antara yang paling diingati selain haiwan Kangaroo.

Kangaroo merupakan haiwan yang terdapat hanya di Australia, mengikut kajian dibuat terdapat kira kira 34 juta ekor binatang ini.

Haiwan ini merupakan simbol bagi Australia yang diletakkan didalam matawang mereka. Haiwan ini juga mampu berlari selaju 56 kilometer sejam, dengan hanya memakan daun, kangaroo boleh mencapai berat sehingga 90 kilogram.

Selain Uluru, Great Barrier Reef yang merupakan terumbu karang terbesar didunia juga terletak di negara ini. Terlalu besar sehinggakan boleh dilihat dari angkasa. Kawsan terumbu karang ini merupakan tempat popular untuk aktiviti scuba dan snorkelling yang menjana ekonomi setempat.

Di Sydney, terdapat beberapa tempat tarikan pelancong utama seperti Sydney Habour Bridge dan Sydney Opera House.

Sebut Sydney tidak lain tidak bukan Sydney Opera House yang bermain didalam kepala. Tempat yang menarik ramai pelancong ini, merupakan tempat pelbagai acara termasuk pameran seni, tambahan pula reka bentuk bangunan ini sememangnya dibina untuk menampakkan seni reka bina yang unik.

Tidak jauh dari Sydney Opera House ini, ada jambatan yang dikenali sebagai Sydney Hobour Bridge atau paling dikenali sebagai Coathanger.

Siap dibina pada tahun 1932 iaitu kira kira 40 tahun awal dari pembinaan Sydney Opera House. Jambatan yang sepanjang 500 meter ini mempunyai tarikan yang tersendiri, pelancong boleh berjalan diatas jambatan ini dan boleh melihat keadaan panorama yang indah.

Kalau di Melbourne pula, tempat menarik seperti Royal Botanic Garden, Federation Square dan National Gallery of Victoria menjadi antara tempat yang perlu dilawati.

Australia sememangnya antara negara yang perlu dilawati, apa lagi simpan duit dan tunggu MATTA Fair!









38. Giant causeway

Satu tempat menarik di Utara Ireland lebih tepat lagi di Belfast, apa yang menariknya tempat ini ialah struktur geologinya, iaitu batuan yang berbentuk seperti sarang lebah.

Nama tempat ini dipanggil sebagai Giant Causeway. Tempat ini dijumpai oleh seorang Bishop dari Derry yang melawat kawasan tersebut.

Kenapa di namakan sebagai Giant Causeway? Sebab tempat ini ada kisahnya yang tersendiri. Tempat ini dikatakan dibina oleh Gergasi yang bernama Fionn yang telah dicabar untuk berlawan dengan gergasi yang bernama Benandonner, maka Fionn telah membuat laluan tersebut supaya mereka dapat berjumpa.

Batuan yang terdapat dikawasan ini merupakan sisa sisa tinggalan gunung berapi kuno, iaitu aliran lava yang mengalir dan mula menyejuk ribuan tahun.

Apabila batuan tersebut menyejuk dan batuan itu merekah maka terjadi la corak bersegi yang unik. Batuan tersebut disebut sebagai tiang Basalt dan merupakan salah satu benda unik dalam dunia geologi.

Batuan seperti tangga ini tingginya hampir 12 meter, saiz dan ketinggian tiang basalt ini bergantung pada proses sejuk dan kering tiang tersebut.

Kita boleh lihat corak yang hampir sama pada permukaan tanah yang kering, cari kawasan pernah basah, kebiasaannya musim kemarau kita dapat lihat corak sebegini.

Tiang Basalt ni terdapat dibeberapa tempat lain didunia bukan sahaja di Ireland malah ada juga di Amerika.








39. Planet X

Teori planet baru selepas pluto digugurkan menjadi planet terus menjadi bualan hangat didalam komuniti Astronomi seluruh dunia.

Planet X atau planet Nine menjadi topik yang pastinya membuat orang terkedu kerana ahli astronomi sedang dan telah mendapat petunjuk baru tentang kehadiran planet misteri ini.

Dua ahli astronomi dari Caltech iaitu Konstatin Batygin dan Mike Brown membuat kajian lanjut untuk membuktikan kehadiran planet ini melalui model komputer dan pengiraan.

Pencarian planet kesembilan ini bermula secara serious pada tahun 2014 lagi, kerana mereka sudah mendapat sedikit petunjuk mengenai planet tersebut. Kecanggihan peralatan dan satelit yang ada masih tidak mampu memberikan gambaran secara jelas kerana kedudukan planet yang masih lagi samar.

Saiz planet ini dikatakan 10 kali ganda lebih besar dari bumi dan mempunyai orbit yang agak leper, 2 saintis telah mengemukakan teori mereka untuk menjejaki planet baru ini.

Mengikut perkiraan kasar ahli astronomi berdasarkan data yang ada, mereka mendapati planet ini mengambil masa yang agak lama untuk membuat 1 pusingan lengkap untuk mengelilingi matahari.

Planet ini mengambil masa 10,000 hingga 20,000 tahun, tahun ni ialah tahun korang berada dekat bumi, puncanya dari orbit yang membujur menjadikan laluanya agak panjang.

Pencarian planet baru ini melibatkan ramai ahli astronomi dan tempat cerapan diserata dunia untuk mengenal pasti objek yang menjadi petanda sesebuah planet wujud. Dengan kata lain ahli astronomi memerhatikan laluan asteriod (Kuiper Belt Object).

Paling senang nak faham, sesebuah planet yang saiz nya besar mempunyai tarikan graviti yang kuat untuk menganggu apa apa objek disekitat Kuiper Belt tersebut, kalau diperhatikan dengan teliti, terdapat semacam pergerakkan pelik tentulah sesuatu yang besar telah menganggu kawasan tersebut.




40. Crop circles

Crop circle mula terkenal dalam sekitar tahun 70 an, bulatan pada tanaman ini jika dilihat tersangat lah rumit untuk dibuat oleh manusia.

Ramai pada masa tersebut memikirkan isu crop circle yang menjadi antara bualan utama di Amerika ketika itu, corak corak menarik yang terbentuk menjadi tanda tanya pada penduduk atau pengunjung yang melihat corak tersebut.

Ada penduduk mengatakan makhluk asing sengaja meninggalkan corak pelik kerana corak tersebut dikatakan mempunyai mesej atau kod tertentu dan kita perlu merungkai kod tersebut.

Pelbagai corak rumit direka, dari corak geometri hingga la corak wajah manusia, tetapi siapakah yang membuat corak aneh ini? Manusia atau makhluk asing?

Waktu itu, masih lagi hangat diperkatakan tentang kemunculan makhluk asing dan piring terbang, ditambah pula dengan kehadiran corak pelik pada ladang mereka.

Dua orang dikatakan telah bertanggungjawap membuat crop circle iaitu Doug Bower dan Dave Chorley. Mereka dikatakan membuat crop circle pada waktu malam, dengan menggunakan sekeping papan yang diikat dengan tali. Mereka membuat pengakuan pada tahun 1991 dan menerangkan kepada wartawan bagaimana mereka mencipta crop circle hanya menggunakan tali dan papan.

Mereka yang professional pula menggunakan teknologi canggih untuk membuat corak yang lebih rumit, mereka telah menggunakan laser dan juga GPS untuk menentukan garisan lurus dan kedudukan untuk membuat corak corak yang kelihatan sangat sukar untuk manusia cipta.

Teknik mereka akhirnya ditiru kebanyakkan orang dan banyak syarikat telah mengambil peluang untuk membuat 'Marketing Strategy' dengan mengupah orang orang yang mahir membuat corak crop circle.













41. Jackie, si baboon masuk tentera

Bila sebut peperangan sudah tentu kita fikir hanya manusia yang terlibat, dan tentu sekali kita pelik bila ada haiwan yang terlibat sama.

Pelik tapi benar, itu lah yang terjadi pada seekor baboon yang diberi nama sebagai Jackie yang menyertai pasukan tentera Afrika Selatan bersama sama dengan tentera British pada perang dunia yang pertama. Tapi macam mana boleh jadi askar?

Kisahnya bermula apabila seorang lelaki yang bernama Albert Marr secara sukarela ingin menjadi sebahagian tentera Afrika Selatan pada 1915, jadi ketika itu dia bertanyakan pada pegawai tentera samada haiwan peliharaanya boleh ikut sama.

Apa yang mengejutkan bila pegawai tersebut membenarkan Albert membawa bersama baboon tersebut ke Perancis. Jackie ketika itu sangat jinak dan diberi pangkat sebagai Prebet malah menjadi sebagai mascot pasukan tentera siap dengan uniform dan juga topi.

Albert dan Jackie kemudianya menyertai peperangan di kawasan padang pasir di Mesir, Albert ketika itu cedera terkena tembakan, terbaring di tanah sementara menunggu pasukan perubatan, jackie menjilat tempat luka tersebut.

Tentera afrika selatan ketika itu rasa kagum dengan baboon yang sangat setia kepada tuannya. Kemudian mereka berdua ditugaskan untuk menjaga sempadan Perancis.

Disitu lah kepakaran haiwan ini menyerlah apabila dengan menggunakan deria pendengaran dan pengelihatan yang jauh hebat dari manusia biasa, dia berjaya mengesan dengan awal kehadiran musuh.

Pada perang Passchendaele, kubu tentera Albert ketika itu dihujani dengan peluru dan bom, Jackie ketakutab jadi dia buat pelindungan dengan batu malangnya kubu jackie terkena serpihan bom dan meletup.

Tangan kanan dan kaki kiri Jackie cedera teruk, Albert merayu pada doktor untuk selamatkan Jackie, ketika itu doktor pening sebab tak pernah rawat haiwan semasa perang.

Kaki jackie terpaksa dipotong untuk menyelamatkan nyawanya, selepas pembedahan berjaya dilakukan Jackie terus sedar. Apabila perang tamat, mereka berdua ke England apabila Jackie dilayan seperti selebriti ketika itu.

Malah Albert dan Jackie berjaya mengumpul sejumlah besar dana membantu palang merah untuk menolong tentera yang cedera.

Jackie mati pada 22 May 1921, akibat ribut petir dan bunyi guruh yang sangat kuat. Mereka berdua sebenarnya mengalami trauma semasa perang akibat bunyi bom dan letupan serta tembakan.

Manakala Albert pula meninggal pada tahun 1973 pada usia 83 tahun, dengan itu berakhirlah kisah mereka berdua menjadikan satu satunya baboon yang menyertai perang.






42. Babylon

Hanging Garden Of Babylon Tapi Bukan Di Babylon?

Taman tergantung Babylon yang merupakan salah satu 7 benda ajaib di zaman silam, meskipun terkenal dengan taman yang dikatakan kelihatan seperti tergantung apabila dilihat dari jauh ini dikatakan bukan terletak di Babylon.

Cerita mengenai taman tergantung ini diceritakan oleh orang Greek iaitu Diodorus Siculus. Ahli Arkeologi selama ini mencari di tempat yang salah, kemungkinan besar begitu juga dengan Atlantis.

Para arkeologi sendiri tidak dapat pastikan sama ada taman tergantung ini memang wujud atau sekadar cerita fantasi orang zaman dulu, disebabkan kurangnya bukti bukti kukuh yang menunjukkan taman tersebut sebenarnya wujud.

Taman yang indah ini dikatakan dibina oleh Raja Nebuchadnezzar II yang memerintah Babylon sekitar 605 - 562 sebelum masihi, beliau membina taman tersebut kerana isterinya yang bernama Ratu Amytis terlalu rindukan kampung halamanya yang cukup indah dengan kehijuan sekitar kampungnya.

Meskipun begitu taman tergantung yang hebat ini tidak ada dalam teks kuno milik empayar babylon pada ketika itu, malah saintis dan ahli arkeologi sendiri pening, cerita ada tapi bukti bertulis atau gambar pun tiada dalam kawasan tersebut. Malah ada yang mengatakan cerita ini sekadar pelipur lara masyarakat zaman dahulu.

Akan tetapi arkeologi menjumpai sesuatu yang menarik di Museum British, satu keping dinding yang berukiran seolah olah daun atau pokok pada teres kota dan pada tiang tiang besar, apabila diteliti, kota tersebut merupakan sebuah kota milik raja Sennacherib yang memerintah kerajaan Assyria di kawasan Mesopotamia, iaitu lebih kurang 200 tahun sebelum raja Nebuchadnezzar II.

Apa yang dihairankan adalah, ahli arkeologi melihat sendiri bagaimana mereka mempunyai rekod yang sangat jelas mengenai raja mereka membina taman tergantung yang dipenuhi oleh tumbuhan eksotik yang diambil dari pelbagai tempat.

Taman tergantung yang sangat indah tersebut dibina di Nineveh,sebuah kota lama yang terletak di Mosul negara Iraq. Ahli arkeologi mengalami kesukaran untuk masuk ke kawasan atau tapak taman tersebut disebabkan oleh ancaman bom kereta atau pelbagai kegiatan keganasan yang terjadi dikawasan tersebut.

Taman tergantung di Nineveh dikatakan mempunyai oasis yang tersendiri yang menjadi kolam takungan utama untuk sistem aliran air. Air yang banyak diperlukan untuk mengairi tumbuhan yang hidup pada taman tersebut.

Taman tersebut kelihatan seperti amphitheater orang Rom yang merupakan separuh bulatan dan mempunyai teres atau tingkat setinggi 25 meter, pokok dan tumbuhan di bekalkan dengan air melalui sistem Screw, bagaimana mereka mendapat ilham? Dikatakan waktu tersebut mereka telah melihat alam semula jadi, iaitu batang pokok kurma yang mempunyai lingkaran.

Apabila mereka telah membina sistem lingkaran tersebut, maka air akan dapat mengalir masuk kedalam saluran yang dibina. Bagaimana mereka dapat air? Dikatakan terusan sepanjang 80 kilometer dibina semata-mata hanya untuk membekalkan air untuk taman yang unik ini. Sebanyak 300 tan air diperlukan setiap hari untuk memastikan tumbuhan dan pokok dapat hidup dengan baik.

Pasti sesuatu yang menarik perhatian kita kalau taman tergantung moden dibina dengan sistem yang hampir sama.






43. Air terjun tukar objek jadi batu

Sebuah air terjun di Knaresborough yang terletak di England mampu membuatkan objek yang terkena air nya menjadi seperti batu.

Tempat ini dibuka untuk orang ramai pada tahun 1630, waktu itu ramai pengunjung merasakan tempat ini menakjubkan kerana sifat nya yang mampu menjadikan objek objek yang diletakan menjadi seolah olah batu. Malah terdapat rekod yang mengatakan tempat ini sudah dikunjungi sejak tahun 1500 lagi.

Tempat ini juga dikenali sebagai Mother's shipton, bersempena seorang pelacur yang melahirkan bayi nya didalam gua ini. Shipton dikatakan mampu membuat ubat dan juga meramal masa depan.

Kisah seperti ini kita dapat lihat dalam mitos Greek, Medusa yang berkepala ular menukarkan sesiapa sahaja menjadi batu jika melihat matanya.

Tetapi dalam hal ini air yang menjadikan objek tersebut keras seperti batu dalam masa beberapa minggu sahaja. Objek seperti patung beruang, kendi malah basikal di letakkan sebagai daya penarik di tempat itu. Dahulunya tempat ini digeruni kerana dikatakan air terjun ini disumpah oleh ahli sihir.

Tapi apa yang menyebabkan objek tersebut menjadi seperti batu? Mari kita lihat dari sudut sains berbanding cerita khayalan.

Pernah tak tengok air di gua? Air yang menitis secara perlahan lahan sehingga menjadi batu atau lebih dikenali sebagai Stalactite dan Stalagmite. Tempat ini merupakan antara salah satu fenomena geologi yang terdapat di dunia.

Sebenarnya proses di air terjun ini sama sahaja cuma komposisi airnya yang mengandungi mineral ( Calcium Carbonate) yang tinggi dan menyebabkan objek tersebut menjadi keras seperti batu dalam masa yang singkat. Kebiasaanya proses ini mengambil masa beribu tahun di dalam gua batu kapur.

Objek yang besar akan mengambil masa sehingga satu tahun untuk bertukar menjadi seperti batu, manakala objek kecil seperti paku hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja.







44. Taj Mahal

Taj Mahal yang dianggap salah satu binaan terindah di dunia yang terletak di negara India. Sebuah bangunan yang cukup indah menarik jutaan orang untuk singgah ke kompleks makam ini.

Di bina oleh Shah Jehan sebagai makam untuk isteri tercinta beliau iaitu Mumtaz Mahal lalu beliau mengarahkan untuk membina tempat ini pada tahun 1632 di sungai Yamuna, Arga di India.

Pada 1631, isteri beliau telah meninggal dunia semasa melahirkan anak yang ke 14, pembinaan Taj Mahal memakan masa hampir 20 tahun, ketua arkitek bangunan ini ialah Ahmad Lahouri yang juga arkitek kota merah di Delhi.

Seramai 20,000 orang pekerja dari India, Iran, Eropah malah dari Empayar Ottoman dan hampir 1000 ekor gajah bekerja untuk menyiapkan bangunan ini.

Taman utama di kawasan ini telah dibuat seperti di Kota London semasa pemerintahan British, taman yang asalnya terdiri dari pokok bunga ros.

4 menara yang dibina telah dibuat untuk tidak tumbang pada makam, dan kalau tumbang menara ini akan jatuh dikawasan tepinya.

Bangunan Taj Mahal dibina dari jubin putih dan batu permata turut digunakan didalam pembinaanya. Ada yang menceritakan tangan pekerja dan arkitek bangunan ini dipotong tangannya agar hanya terdapat 1 bangunan yang rekabentuknya semacam ini sahaja di dunia, batu pertama yang diletakkan pada bangunan ini telah diambil oleh British sewaktu pemberontakkan pada tahun 1857.

Bangunan ini telah 'disembunyikan' semasa perang dunia kedua dan perang india-pakistan, kerajaan India telah membuat satu kepungan dari besi, juruterbang akan hanya nampak seakan akan timbunan buluh sahaja.

Terdapat sumber yang mengatakan bahawa Shah Jahan mempunyai niat untuk membina 1 lagi Taj Mahal yang bewarna hitam, tetapi dihalang oleh perang yang berlaku diantara anak beliau.

Sembilan tahun sebelum kematian Shah Jahan, perebutan kuasa dan harta berlaku diantara anak beliau, perebutan yang berlaku diantara Dara Shikoh dan Aurangzeb menyebabkan Dara telah dibunuh, dan memenjarakan Shah Jahan untuk menyekat dari terus berkuasa, malah beliau juga dihalang untuk mendekati Taj Mahal.






45. Mansa Musa, lelaki paling kaya

Musa Keita - Lelaki kaya dan Black Panther.

Kenapa ada Black Panther? Ada kaitan ke? Jom baca..

Musa keita atau lebih dikenali sebagai Mansa Musa, mansa yang bermaksud sultan atau raja memerintah di wilayah Mali di Afrika. Dilahirkan pada 1280, terkenal dengan jolokan Manusia Terkaya Didunia.

Mansa Musa menjadi pemerintah di Mali pada tahun 1312, mengambil alih tahta Abu Bakar Kedua yang hilang di lautan semasa mencari penghujung lautan Atlantik. Ketika beliau menjadi raja disana, eropah pada waktu tersebut masa lagi dalam dalam krisis perang saudara dan kekurangan sumber.

Empayar Musa cukup bertuah kerana dikurniakan dengan kekayaan hasil bumi yang cukup banyak, iaitu emas dan juga garam. Beliau berjaya meluaskan empayar perniagaan agung nya hingga ke Mauritania, Senegal, Gambia, Guinea, Burkina Faso, Mali, Niger, Nigeria, dan Chad. Di Timbuktu, beliau menggunakan kekayaan nya untuk membina sekolah, hospital, masjid dan tidak ketinggalan universiti.

Tersangat kaya sehinggakan beliau pergi mekah dengan jarak 4000 batu semata mata untuk menunaikan haji dengan gaya tersendiri. Beliau bersama pengikutnya membawa caravan yang dikatakan sejauh mata memandang, seramai 60,000 caravan dan 1,000 pengikut serta 100 ekor unta membawa emas emas.

Di setiap hentian, beliau mengambil peluang untuk memberikan makanan mewah dan sedikit harta harta nya kepada orang miskin, taraf hartawan la dia ni. Semasa beliau di Mesir, beliau membahagikan emas miliknya kepada orang miskin di sana dan menyebabkan terjadi inflasi. Begitu hebat seorang manusia datang entah dari mana, terus beri emas pada orang miskin.

Kekayaan beliau dianggarkan 400 billion, malah ada yang mengatakan cecah Trillion, kerana 400 billion itu hanya sekadar anggaran. Terlalu kaya sehinggakan ada peta yang menunjukkan mansa musa memegang duit emas. Setelah memerintah selama 25 tahun, beliau meninggal pada tahun 1337. Apa kaitan dengan Black Panther?

Dah lupa ke Black Panther ni raja Wakanda, di Afrika merupakan Hero Marvel paling kaya? Lelaki, Kulit gelap, duduk di Afrika, Kaya raya, teknologi canggih.Kalau kita lihat ceritanya dan kaitan dengan mansa musa ni, kedua dua orang ni mempunyai harta yang jauh melangkaui had, maksudnya sudah melebihi orang lain. Kemungkinan besar kisah Black Panther di adaptasi dari kekayaan Mansa Musa. T'challa juga merupakan manusia terkaya dalam cerita Black Panther, seorang raja di afrika. Ada nampak persamaan tak? Jadi bagaimana Mauritania yang dikaitkan dengan Atlantis pada penulisan lepas menjadi kaya?

Sebab negara Mauritania sendiri kaya dengan hasil sumber alam, malah Mansa Musa sendiri memperolehi kekaayaan dengan takluk Mauritania yang merupakan sebahagian tanah jajahannya. Afrika suatu ketika dahulu merupakan tanah yang sangat indah, subur, dan kaya.

Penjajah di negara mereka lah yang menyebabkan ekonomi mereka miskin, sumber alam dibawa balik ke tanah jajahan dan orang afrika ramai dibawa lari untuk dijadikan hamba abdi.





46. Ribut pasir

Ribut pasir merupakan fenomena alam yang kebiasaannya terjadi di padang pasir. Mungkin ramai la kot yang tak tahu pasal ribut pasir. Jom kita baca apa jadi kalau ribut pasir melanda.

Secara am nya ribut pasir terjadi disebabkan angin,cuaca kering dan tandus, faktor bawaan angin juga menyebabkan berlaku ribut pasir yang teruk di kawasan gurun, terutama gurun sahara. Angin membawa pasir yang longgar pada tanah dan diterbangkan jauh, ada yang sejauh beribu kilometer dan debu tersebut diangkat naik setinggi 20 ribu kaki.

Apabila berlakunya ribut pasir ni, hari yang terang dan jarak penglihatan pun boleh jadi teruk akibat partikel debu yang ada semasa ribut berlaku. Dari jauh kita boleh sudah nampak ribut ni datang, bergulung gulung seolah olah seperti Tsunami! Memang sangat bahaya jika terdedah pada ribut pasir ni, boleh menyebabkan seseorang lemas kerana partikel halus yang masuk ke dalam paru paru.

Keadaan sekitar berubah menjadi warna oren atau merah kerana debu nya menyekat cahaya matahari. Fenomena ini akan menyebabkan satu lagi benda yang paling ditakuti, hari cerah bertukar menjadi malam dalam sekelip mata!

Ribut pasir di wilayah kansu China setinggi 100 meter telah 'menelan' bandar dikawasan tersebut. Ribut tu berkelajuan 17 meter sesaat menyebabkan tahap penglihatan terhad kepada 10 meter.

Apa ertinya dekat sini? Kita semua tahu DUKHAN.. tapi macam mana nak gambarkan Dukhan? Mungkin melalui ribut pasir ni kita boleh agak macam mana keadaan huru hara bila Dukhan tu datang. Hari terang tiba tiba jadi gelap tanpa sebab, tengok luar tingkap tak nampak apa tapi macam berasap, dukhan dikatakan kabus,kabut,asap ,jerebu yang membinasakan manusia dan bertahan lama, jadi apa suasana ketika tu? Ya..kita dah tersangat dekat, menghampiri..

Tonton video ni, tengok macam mana hari siang bertukar menjadi malam dalam sekelip mata..

https://youtu.be/bvBQPKm8JN0

https://youtu.be/_oeV39Kf5IQ

https://youtu.be/8vQMuwRjI6s

https://youtu.be/iD1Ff1h_4so








47. Tasik Natron

Sebuah tasik yang mampu menukarkan sebarang haiwan atau objek menjadi batu di Timur Afrika, pelik kan? Betul dan boleh dijelaskan dengan sains.

Tasik Natron yang terletak di timur benua Afrika atau lebih tepat lagi di Tanzania ini mendapat namanya dari mineral yang ada dikawasan sekitar iaitu Natron yang datang dari debu gunung berapi.

Air tasik ini mengalir masuk, tetapi tidak boleh keluar, dan dengan suhu sekitar yang tinggi maka air tasik akan kering disebabkan proses penguapan berlaku.

Tahap alkali tasik ini diantara PH 9 sehingga PH 10.5 parasnya hampir dengan ammonia, sebabkan oleh kepekatan garam yang tinggi, serta boleh melukakan kulit.

Manakala mata akan rasa pedih, sodium carbonate merupakan bahan yang sana digunakan pada mumia di Mesir. Malah disebabkan itu jugalah tasik ini berwarna merah seperti darah.

Apabila ada haiwan mati disekitar tasik tersebut maka dengan tahap kemasinan dan PH yang tinggi, haiwan tersebut akan menjadi keras seperti batu.








48. Tasik tawar vs tasik masin

Air Tawar vs Air Masin

Tasik Baikal yang terletak di selatan Russia merupakan sebuah tasik yang paling dalam didunia. Tasik ini mempunyai kedalaman 1642 meter dan merupakan tasik yang paling banyak air tawar iaitu 23,615.39 km3, atau lebih kurang 23 peratus jumlah keseluruhan air tawar yang ada di muka bumi.

Kawasan ni mempunyai air yang sangat jernih, malah tasik ini juga merupakan tasik yang ketujuh terbesar didunia. Penduduk dikawasan ini yang dikenali sebagai suku kaum Buryat menjadikan tempat ini sebagai rumah mereka, kebanyakan daripada mereka membela biri biri, lembu dan juga kuda.

Suhu di tasik ini boleh jatuh sehingga -19 darjah celcius pada musim sejuk dan suhu akan naik hanya 14 darjah celcius pada musim panas.

Kawasan tasik baikal ini dikelilingi oleh gunung ganang, pergunungan Baikal di sebelah utara dan Barguzin di sebelah timur laut. Air pada tasik ini disalurkan melalui 330 buah sungai yang sentiasa mengalir untuk memenuhi tasik yang besar ni.

Jadi kita dah tahu dekat mana tasik paling dalam yang juga merupakan tasik yang mempunyai takungan air tawar terbesar didunia, mungkin semua dah tahu kot kat mana tasik paling masin.

Tasik yang paling masin didunia bukan laut mati tapi disebuah tempat yang bernama Gaet’ale. Ingat tak fakta pasal tempat paling kering tu? Gaet’ale ni berada hanya 4 kilometer dari Dallol tu, kawasan ni juga mengeluarkan gas toksik yang bahaya akibat aktiviti gunung berapi.

Gaet’ale ni mempunyai kepekatan garam sehingga 433 PPT ( Parts per thousand) senang cerita 12 kali ganda lebih masin dari air laut normal, manakala laut mati hanya mencapai 337 PPT sahaja.

Kawasan ni berbentuk seperti bulan sabit dan berdiameter hanya sekitar 60 meter. Tasik ini dikatakan terbentuk akibat kejadian gempa bumi pada tahun 2005








49. Attabad, tasik berduka yang cantik

Attabad, Tasik indah yang berduka

Tasik Attabad yang terletak di negara Pakistan mempunyai pemandangan yang begitu menarik, namun apa yang mungkin kita semua tidak tahu ada tragedi dahsyat menimpa kawasan ini.

Tasik ini mempunyai air yang berwarna kebiruan sebenarnya terjadi akibat kesan tanah runtuh di kawasan berkenaan pada tahun 2010. Tanah runtuh tu disebabkan oleh gempa bumi yang kuat berlaku, mengakibatkan aliran sungai Hunza tertutup dengan batu besar.

Air sungai yang tersekat selama 5 bulan tersebut bertukar menjadi sebuah tasik yang sepanjang 21 kilometer dan sedalam 100 meter. Sebanyak 6000 buah rumah tenggelam akibat paras air yang semakin meningkat. Selain itu juga, 20 kilometer lebuh raya yang merentasi banjaran karakoram juga ditenggelami air.

Gempa bumi tersebut mengakibatkan kematian 19 orang ketika itu. Ladang epal yang berusia ratusan tahun, masjid, kuil kesemua ditenggelami air. Jika kita melawat kawasan tasik ini, kita boleh nampak beberapa buah rumah yang tenggelam.

Terdapat kajian yang mendapati benteng halangan yang menyekat sungai tersebut mungkin akan pecah satu hari nanti dan akan mengakibatkan tsunami kecil berlaku di hilir sungai, ini disebabkan oleh faktor geologi kawasan itu tidak stabil. Ini bermakna jika berlaku gempa bumi, mungkin gegaran tu akan menyebabkan halangan tersebut runtuh.

Sudah 10 tahun peristiwa tersebut berlaku, kawasan bencana bertukar menjadi satu kawasan yang popular di Pakistan, penduduk yang terjejas mula menjadi nelayan dan ada juga mengambil kesempatan untuk membuka hotel dan rumah tumpangan disekitar tasik.







50. Dark web

ark web : Apa yang ada?

Internet yang kita gunakan sekarang ni hanya lah bersifat pada permukaan, ibarat permukaan air yang nampak seperti tenang tapi apa yang orang tak tahu ada 2 lapisan lagi yang dikenali sebagai deep dan dark web. Hari ni nak berkongsi pasal dark web tapi dan tapi artikel ini sekadar bacaan, kalau nak cuba masuk silakan tapi risiko korang tanggung sendiri.

Dark web ni tak boleh kita masuk melalui browser biasa contoh macam Safari, Chrome, Firefox dan lain-lain. Kita perlu browser khas yang dipanggil sebagai TOR atau The Onion Router.

Fungsi browser ini dia akan alihkan data korang pada network dia sendiri, ini bermakna lebih banyak web yang disekat boleh diakses, lagi satu bila pakai browser ni dia akan hide kan korang di alam maya, jadi orang tak boleh trace.

Bila korang dah download dan install browser ni, maka secara mudahnya korang boleh search apa apa yang Google tak nampak tapi TOR ni mampu tembus dari deep sampai ke dark web. Cuma nak ingatkan kalau korang tak tahu apa yang korang buat jangan sesekali cuba.

Apa yang mengejutkan bila TOR ni sebenarnya dicipta oleh tentera laut Amerika sendiri dan kerajaan Amerika yang memberikan bantuan dana untuk TOR, kat situ kita dah nampak macam mana kerajaan Amerika ni buat satu platform untuk masuk ke dalam dark web.

Walaupun kita kata orang tak boleh trace tapi agensi risikan macam NSA,FBI,CIA boleh trace. Mereka pakai satu software yang dikenali sebagai XKeyScore. Program ni dibuat khas untuk cari data pengguna tertentu kalau diaorang nak tanpa orang tu sedar yang pihak berkuasa tengah intip apa yang dia search dalam tempoh tertentu.

Secara halusnya dark web ni besar dia 500x ganda dari apa yang browser korang boleh capai maksudnya lebih banyak maklumat yang tersembunyi dari pandangan pengguna biasa macam kita dan untuk orang yang berkepentingan maka TOR jadi macam makanan harian.

Apa je yang ada dalam dark web ni? Kebanyakan yang ada ialah aktiviti jual beli atau perniagaan haram seperti upah bunuh orang, jual organ, jual dadah yang paling orang tahu jual kotak misteri tu. Tapi ada jugak web yang memaparkan pornografi kanak-kanak, tak pelik kalau pedophile ni dapat video dari situ terutama dalam web Pedo Planet.

Dadah dan senjata antara benda yang paling popular dijual dalam dark web ni. Seorang lelaki yang bernama Ross Ulbricht ditangkap sebab jual dadah melalui dark web yang dikenali sebagai Silk Road.

Dia ditangkap pada 2013 dan menjalani penjara seumur hidup. Dia guna username Dread Pirate Roberts dan kekayaan dia ketika itu sekitar 38 juta dollar hasil dari penjualan pelbagai jenis dadah pada website yang dia buat

Senjata api macam ak47 atau m16 banyak dijual dalam pasaran gelap ni, kebanyakan datang dari negara Amerika itu sendiri dan orang yang beli tu dari negara bergolak. Dari pistol sampai la peluru berpandu.

Bukan sekadar dadah tapi data korang pun ada. Contoh terbaik orang jual data kredit card untuk buat credit card palsu, kebanyakan orang yang curi data ni dia campak benda tu dalam dark web untuk orang lain beli. Selain tu benda yang diharamkan pun ada, macam buku konspirasi. Data yang diperolehi biasanya dijual serendah 100 dollar sampai 1200 dollar.

Lebih gila ada perkhidmatan dari hacker untuk godam komputer universiti dan tukar grade cuma jangan pelik kalau ada orang yang berhutang puluh ribu dengan PTPTN tiba tiba nama dia bersih. Selain tu, ada jugak service buat fake degree.

Satu tempat yang bernama Red Room, tempat live tengok orang kena bunuh,rogol atau diseksa hidup hidup, lebih teruk ada juga web yang keluarkan video haiwan macam kucing dipijak sehingga mati.

Dalam satu kes bila Peter Scully ni buat satu web dekat situ untuk menyiksa kanak kanak, dia ni seorang pedo dan orang yang nak tengok dia siksa tu perlu bayar 10,000 dollar. Ada orang sanggup bayar semata-mata nak tengok orang lain kena seksa.

Kebanyakan urusan jual beli ni banyak yang tipu/scam sebabnya orang cepat percaya dengan servis yang dia tawarkan tu. Melalui kajian yang dibuat, pendapat seharian dekat dark web ni mampu mencecah 500 ribu dollar sehari.

Urus niaga dalam dark web ni tak pasal cash tapi pakai crypto currency macam Bitcoin yang lebih efisien. Maksudnya macam ni, segala urus jual beli tu bersifat aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku, kau nak barang aku jual dan kau beli tanpa tahu siapa aku dan aku pun tak minat nak tahu pasal kau.

Apa risikonya bila korang dah mula masuk dalam dark web ni? Risiko dia agak tinggi, sekali dah masuk korang sebenarnya terdedah pada Malware, sekali klik link yang nampak macam menarik, malware tu akan masuk dan install sendiri tanpa korang tahu.

Lepas tu malware akan baca setiap huruf yang korang taip dengan software keylogger. Setiap password, e-mail, no kad pengenalan, no kad debit dengan CCV, dan paling takut bila pengodam boleh tengok korang live melalui webcam laptop. Oh korang kata webcam laptop boleh nampak bila on sebab ada lampu tu kan, itu pun orang boleh matikan lampu tu..

Jadi kalau korang nak masuk tempat gelap ni pastikan korang tahu apa yang korang buat dan faham sedalam dalamnya serta fikir banyak kali. Dark web lebih banyak keburukan dari kebaikan tu sebab browser dan isp korang tapis untuk cegah kita terlibat dalam benda tak elok.




51. Bosnia

Negara Bosnia Herzegovina merupakan negara Balkan yang pernah bergolak akibat perang satu ketika dahulu ini lebih dikenali sebagai Bosnia sahaja dan pernah berada dalam wilayah pemerintahan Ottoman satu ketika dulu.

Sebuah negara yang terletak di sebelah Croatia ini mempunyai penduduk seramai 3 juta orang. Orang islam di sana merupakan majoriti penduduk, negara ini berkeluasan sekitar 51,000 kilometer sahaja.

Penduduk di Bosnia merupakan dari Etnik Bosniak, Serb dan Croat. Pecahan mengikut peratus agama ialah Muslim ( 50.7%) Kristian Ortodok ( 30.75%) dan Kristian Katolik (15.19%).

Bersempadan dengan Croatia, Serbia dan Montenegro, Bosnia boleh dikatakan sebagai terkunci dari lautan kerana terletak ditengah antara beberapa negara yang lain.

Kancah perang yang berlaku pada tahun 1992 hingga 1995 menyaksikan puluh ribu orang terbunuh. Perang ini tercetus kerana perpecahan dalam Yugoslavia itu sendiri, Bosnia telah mengistiharkan referendum untuk merdeka pada tahun 1992.

Akibat itu, gerakkan untuk menghalang Bosnia yang diketuai oleh puak serbia telah dijalankan, malah penghapusan etnik seperti Bosnia dan Croat telah berlaku dan menyebabkan ramai terbunuh, diculik malah wanita dirogol.

Dianggarkan 100,000 orang telah terbunuh sepanjang perang itu, yang menyebabkan fasiliti di negara Bosnia hampir lumpuh sepenuhnya akibat dibom dan dibedil pihak Serbia.

Setelah 20 tahun perang tamat, masih lagi kekal dalam ingatan mereka periswita yang akan kekal dalam lipatan sejarah, kita masih lagi boleh lihat kesan peluru yang menembusi dinding bangunan.

Sarajevo merupakan ibu kota Bosnia yang mempunyai penduduk seramai 300,000 orang. Antara tempat yang popular di sana ialah sebuah jambatan yang dikenali sebagai Stari Most yang terletak di Mostar yang menghubungkan 2 bandar, jambatan ini merupakan simbolik antara orang islam di timur dan orang kristian dibarat Mostar.

Bandar Mostar yang dihuni kira kira seramai 75,000 ribu orang ini merupakan antara bandar yang terbesar di Bosnia selain Sarajevo dan Tuzia.

Jambatan ini merupakan ikon utama di Mostar. Jambatan yang berusia 400 tahun ini dibina pasa abad ke 16 semasa pemerintahan empayar Ottoman. Sungai yang jernih mengalir dibawah jambatan ini dikenali sebagai Neretva.

Direka oleh Miman Hayruddin yang berkonsepkan senibina islam, ini pernah diruntuhkan semasa perang berlaku pada tahun 1993, 60 bedilan pada jambatan ini menyebabkanya runtuh ke dalam sungai.

Namun, selepas perang tamat usaha untuk membina semula jambatan ikonik ini dijalankan, dengan bajet sebanyak 15 juta dollar, jambatan ini berjaya disiapkan pada tahun 2004.

Terkenal dengan acara terjun, jambatan ini memukau sebilangan besar pelancong yang hadir setiap akhir bulan Julai,malah lebih menarik apabila mendapat perhatian pihak Red Bull untuk menjadikan jambatan ini sebahagian tempat kejohanan terjun tebing yang diadakan oleh pihak mereka.














52. Spanish flu

Spanish Flu : Kematian Jutaan Orang

Tahun 1918 merupakan tahun kegelapan yang mula menyelubungi dunia ketika itu. Waktu itu juga merupakan perang dunia Pertama telah meletus. Ribuan askar menyerang negara, ribuan terbunuh, jutaan orang melarikan diri.

Namun tercetusnya perang bukan sahaja mengakibatkan kematian ramai manusia, tapi askar, raja, orang kaya, orang miskin, wanita, lelaki, kanak kanak tidak tahu yang mereka sedang diserang tentera halus yang mereka sendiri tidak sedari mula masuk.

Virus ini merupakan virus yang dikenali sebagai Influenza A iaitu H1N1, virus yang sama juga telah beberapa kali timbul di zaman kita.

Tentera halus tersebut merupakan virus yang membawa maut, tapi adakah virus ini bermula di negara Sepanyol sesuai dengan namanya? Mari kita rungkaikan cerita yang ada fakta. Mengikut kajian yang dilakukan oleh saintis pada 2014, mereka mendapati bahawa virus ini berasal dari negara China.

Ketika itu sebilangan besar buruh China dikerah untuk bekerja. Mereka dibawa dari tanah besar China ke Kanada sekitar tahun 1917-1918. Buruh ni diletakkan dalam gerabak keretapi selama 6 hari, kebanyakan daripada mereka berasal dari kawasan pendalaman di negara China.

Mereka kemudiannya dibawa ke Perancis untuk membuat landasan keretapi, membina jalan, serta memunggah barang dari keretapi. Jumlah buruh yang datang dari sana dianggarkan 90,000 orang.

Wabak maut ini bermula apabila hampir 3000 orang telah dijangkit, waktu itu pihak Kanada 'cop' mereka sebagai orang China yang malas disebabkan oleh keadaan mereka, pihak Kanada tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya sedang berhadapan dengan bom jangka.

Apabila mereka yang sakit ini telah sampai ke Perancis, ramai diantara mereka yang telah mati dan sedang sakit. Ketika itu virus tersebut sudah mula tersebar dikalangan askar. Mereka telah pulang bersama keluarga dan tanpa disedari virus tersebut mula menular dikalangan mereka sendiri.

Dari situlah mereka yang dijangkiti mula menyebarkan virus tersebut pada orang lain. Ramai yang mula rasa tidak sihat, kebanyakan mereka rasa tidak sedap badan, demam panas berpanjangan, batuk kering serta hilang selera makan.

Nama Spanish Flu ini sebenarnya bukanlah virus ini berasal dari Sepanyol, al kisah Sepanyol ketika itu merupakan antara negara yang terkesan akibat wabak ini. Sepanyol merupakan negara yang mempunyai kebebasan bersuara dan melaporkan berita tentang wabak berkenaan di dada akhbar.

Akhbar ketika itu melaporkan satu wabak pelik sedang melanda bandar Madrid, dan orang tempatan ingat wabak ni hanya berkisar di negara mereka sahaja. Lalu nama Spanish Flu telah melekat sehingga ke hari ini.

Di Sepanyol mereka melaporkan peningkatan yang mendadak, 100,000 orang telah dijangkiti dalam tempoh 2 minggu sahaja. Wabak ini telah menyebar ke beberapa buah negara pada musim bunga 1918 di Eropah, ramai yang terkesan dan menyebabkan sebahagian besar sekolah, tempat awam dan kilang terpaksa ditutup.

Pada 25 jun 1918, wabak ini telah sampai ke Britain. Kebanyakan industri yang ada telah lumpuh disebabkan hampir kesemua pekerja telah dijangkiti oleh virus tersebut. Sepanjang 18 bulan virus tersebut tersebar, hampir separuh penduduk dunia ketika itu telah dijangkiti, angka kematian meningkat setiap hari. Dikatakan seramai 50 hingga 100 juta orang telah mati ketika itu

Seramai 220,000 orang telah meninggal di Britain, 675,000 di Amerika manakala di Jepun pula 400,000 ribu. Kematian meningkat tinggi disebabkan oleh terlalu ramai yang tidak mendapat rawatan, mana tidaknya setiap negara yang 'dilawati' oleh virus ini akan menyebabkan ekonomi menjadi teruk dan kekurangan doktor serta jururawat untuk membantu mereka yang sakit.

Banyak kawasan kubur besar telah disiap untuk menanam mereka yang telah mati, lebih ramai diantara mereka yang menunggu masa untuk mati sudah tidak ada harapan untuk sembuh lagi. Biarpun 100 tahun sudah berlalu, kita tidak boleh pandang ringan tentang covid 19 yang sedang hebat melanda dunia ketika ini. Jika tidak dikawal tidak mustahil kita akan mengalami nasib yang sama seperti 100 tahun lepas.

Virus ini telah berjaya dilenyapkan melalui keadah yang hampir sama dengan covid. Ketika itu doktor dan kerajaan juga telah mengarahkan semua orang untuk mencuci tangan, tidak keluar rumah, menjalankan kuarantin dan larangan meludah serta memakai topeng muka.

Dari situ setiap negara yang terjejas telah berjaya mengawal wabak ini, apabila virus H1N1 ini sudah tidak mampu untuk berpindah ke manusia yang lain maka virus tersebut tidak dapat tersebar













53. Mk Ultra

Sebuah experimen yang rahsia dijalankan oleh CIA dikenali sebagai MK Ultra sekitar tahun 1953. Program ni juga mendapat nama jolokan Mind Control. Diketuai oleh Sidney Gottlieb dengan arahan dari ketua CIA ketika itu Allen Welsh Dulles.

Program ini merupakan salah satu rahsia besar CIA ketika itu, dijalankan untuk mengawal minda orang tertentu yang diuji. Pelbagai cara yang digunakan termasuk penggunaan dadah.

Program MK Ultra juga dijalankan untuk mencipta satu ubat atau dadah yang mampu menyebabkan seseorang akan boleh dicuci otak atau mengakui kesalahan dan cara untuk mengetahui bagaimana kesan apabila pihak Soviet, China atau Korea Utara memberikan dadah kepada mangsa tawanan di penjara.

Melalui MK Ultra mereka berpendapat jika berjaya maka boleh diguna-pakai untuk diplomat asing dan sasaran mereka ketika itu adalah Fidel Castro yang merupakan antara musuh terdekat mereka.

Dadah akan disuntik ke dalam badan dengan tujuan pesalah akan menceritakan perkara yang telah berlaku semasa sesi soal siasat. Mereka akan diberikan suntikan tersebut semasa berada di dalam hospital di penjara.

Mk ultra melibatkan beberapa siri kegiatan haram termasuklah menjadikan warganegara Amerika dan Kanada bahan kajian tanpa mereka sedari. Pihak CIA juga menggunakan Lysergic acid diethylamide (LSD) serta serangan seksual dan penderaan keatas mangsa.

Ketika itu CIA menggunakan LSD di rumah pesakit mental, banduan, pelacur dan penagih dadah, mereka ini tergolong dalam kumpulan yang disebut sebagai golongan tidak melawan.

Dikatakan hampir 80 institusi yang terdiri daripada Universiti, penjara, hospital dan syarikat pembuatan ubat terlibat dalam program tersebut.

Selain dadah mereka juga menggunakan teknik hipnosis pada mangsa dibawah pengaruh dadah dan berharap mangsa akan bercakap benar dengan soalan yang ditanya.

Projek yang berjalan selama 20 tahun tersebut dikatakan menelan belanja 20 juta dollar dan satu kematian, ada yang berpendapat lebih banyak kematian tapi berjaya disembunyikan oleh CIA dan orang yang terlibat.




54. Misteri balang batu

Misteri balang batu di Laos

Kehadiran balang batu di Laos menjadi tanya tanya bagi ahli arkeologi, lebih tepat lokasi balang batu ini di sebuah tempat yang bernama xiangkhoung. Tempat ni merupakan salah satu daya tarikan yang terdapat di daerah tersebut.

Pengkaji Perancis yang bernama Madeleine Colani merupakan antara orang yang pertama membuat kajian berkenaan kawasan ini. Dia telah membuat kajian terperinci dan mendapati balang batu tersebut merupakan tempat untuk menyimpan mayat.

Kawasan Xiangkhoung mempunyai lebih kurang 90 tempat yang mempunyai balang batu ni, setiap kawasan tu ada hampir 400 balang. Jika kiraan matematik dilakukan ini bermakna kesemua kawasan itu mempunyai 36,000 balang batu.

Setiap balang yang dijumpai mempunyai ketinggian dan ukur lilit yang berbeza. Ada yang 1 meter dan ada juga mencecah 3 meter. Secara keseluruhannya balang batu ini juga mempunyai tapak yang luas untuk menyokong supaya dapat berdiri tegak.

Balang batu ini juga mempunyai penutup yabg diperbuat dari batu, setiap penutup mempunyai ukiran haiwan yang berbeza. Ada yang diukir gambar harimau, katak dan monyet.

Pengkaji Perancis itu juga mendapati bahawa banyak balang tersebut mempunyai tulang manusia kerana dia menjumpai gigi, tulang serta peralatan kematian. Dia kemudiannya mengatakan bahawa kawasan itu merupakan kubur bagi orang yang hidup di zaman besi sekitar kawasan tersebut. Turut dijumpai balang yang mempunyai lebih dari satu mayat, ini menguatkan lagi teori tersebut.

Pengkaji lain juga mengatakan banyak kawasan yang sejenis ini dijumpai disekitar Asia. Terdapat satu kawasan di India juga mempunyai balang batu yang hampir sama dengan yang ini, terutama di sebuah tempat yang dikenali sebagai Mudhumakkal Thazhi

Oleh itu pengkaji berpendapat bahawa gaya pengkebumian sebegini merupakan salah satu 'budaya' yang dibawa melalui perdagangan, lebih tepat lagi laluan garam. Perdagangan garam dibeberapa tempat sekitar Asia ketika itu menjadi bukti keadah balang batu untuk menempatkan mayat telah tersebar luas disepanjang kawasan yang terlibat.

Sebuah cerita tidak lengkap bila tidak menyebutkan cerita lagenda tempatan. Al kisah sebuah cerita lama yang berkisar tentang kawasan ini. Terdapat satu kaum gergasi yang bertempur, mempunyai seorang raja yang bernama Khun Cheung, raja ini telah bertempur dengan hebat dan berjaya mengalahkan pihak lawan.

Jadi dia mengarahkan agar dibuat satu bekas untuk menyimpan arak supaya rakyatnya boleh minum untuk meraikan kemenangan mereka bersama. Apa pun cerita rakyat atau kajian saintifik yang dilakukan, kawasan ini masih lagi misteri dan memerlukan usaha yang lebih untuk mengetahui kaum manakah yang membuat balang ini.




55. Misteri istana batu karang

Istana batu karang : Misteri atau bukti kekuatan orang putus cinta?

Istana batu karang yang terletak di Florida Amerika syarikat merupakan salah satu tarikan pelancong yang ada di negeri itu. Tapi apa yang hebat sangat pasal istana batu karang ni? Jom kita kita baca apa misteri disebalik istana batu karang ni.

Kawasan ni merupakan kawasan persendirian yang dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Edward Leedskalnin. Dia lahir pada tahun 1887 di Latvia, merupakan seorang imigran yang berpindah ke Amerika ketika itu.

Dia dikatakan membina istana ini yang diperbuat daripada batu karang, mengikut cerita orang tempatan, dia membuat istana tersebut selama 28 tahun tanpa memerlukan pertolongan dari sesiapa. Edward dikatakan kecewa disebabkan oleh cintanya ditolak pada hari perkahwinan mereka.

Dari situlah dia ingin menunjukkan kepada bekas kekasihnya dan dunia yang dia boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Dia membina istana tu dengan menggunakan peralatan paling asas sahaja.

Dia kemudiannya membeli sekeping tanah dan mula membina istana ini. Pada mulanya dia membina Rock Gate iaitu struktur pagar dipahat dari batu karang. Dia membuat istana disebelah malam kerana bekerja di siang hari. Sebanyak 1100 tan batu karang telah dipahat menjadi pelbagai bentuk dikawasan ini.

Apa yang misterinya istana ini, ramai yang mengatakan Edward mengetahui rahsia kuno untuk mengangkat benda berat, malah ada juga teori pelik yang kata Edward ni mempunyai kuasa luar biasa. Teori sedemikian timbul selepas mereka mengetahui istana yang bentuk ganjil tu dibuat oleh 1 orang sahaja.

Pintu yang seberat berpuluh tan mampu ditolak dengan mudah, ramai saintis hairan bagaimana struktur besar tu boleh ditolak dengan mudah, rahsia itu terbongkar apabila pintu tersebut tidak bergerak pada tahun 1968. Apabila diperiksa, mereka mendapati terdapat satu besi yang mempunyai bearing, digunakan untuk memusingkan pintu tersebut.

Pintu tersebut cuba dibaiki tapi malangnya pintu batu karang tu tidak berfungsi sebagai mana Edward buat. Pada 1951, Edward ni telah diserang strok dan meninggal dunia selepas 28 hari dimasukkan ke hospital, dia meninggal disebabkan oleh ginjal nya dijangkiti kuman.

Hakikatnya Edward telah membuktikan bahawa dia mampu membina sesuatu yang luar biasa. Meskipun ramai yang mempunyai teori liar namun kesungguhan orang yang dikecewakan berjaya memukau pelancong yang melawat kawasan tersebut sehingga ke hari ini.





56. Nikola Tesla

Nama Nikola Tesla yang satu ketika dulu kedengaran agak janggal bila disebut dan ramai tidak tahu tentang kehebatan lelaki ini. Dilahirkan pada 10 Julai 1856 merupakan antara pencipta yang terhebat sepanjang zaman.

Dilahirkan di Croatia disebuah kampung yang bernama Smiljan, merupakan anak keempat dari lima adik beradik.

Pada tahun 1882, Tesla telah bekerja dengan sebuah syarikat milik Edison di Paris untuk membaiki alatan Direct Current (DC)dan kemudiannya berpindah ke Amerika 2 tahun kemudian.

Semasa berkerja dengan Thomas Edison, beliau telah menarik minat Edison kerana kebijaksaan dan dikatakan Edison pernah menawarkan 50,000 dolar kepada Tesla untuk memperbaiki sistem DC. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau mengemukan satu solusi Alternate Current (AC) dan meminta wang pada Edison, malah Edison menolak cadangan Tesla.

Tesla membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat Edison, Tesla berjaya mendapatkan dana dan mempunyai hampir 30 patent diatas namanya sendiri. Tesla mendapat perhatian dari George Westinghouse ketika itu dan diambil berkerja.

Janakuasa AC yang pertama di Boston,Amerika dibuka dengan kerjasama antara mereka berdua, malah diberikan lesen untuk motor AC ciptaan beliau dan diberi makmal sendiri.

Thomas Edison rasa amat tidak senang hati dengan berita itu dan mula melancarkan serangan dengan menyarankan pesalah dikenakan hukuman mati dengan menggunakan kerusi yang mempunyai kuasa elektrik AC.

Dikatakan juga Tesla merupakan orang yang pertama mencipta radio sebelum Guglielmo Marconi dan pernah mencipta bot kawalan jauh.

Tesla dan Westinghouse telah memeriahkan pertunjukan di Chicago pada tahun 1891. Pada pertunjukan tersebut, banyak lampu lampu dipasang dan menerangi bandar Chicago, mereka berkerjasama dengan syarikat General Electric untuk memasang generator di air terjun Niagara yang menjadikan janakuasa moden pertama.

Nikola Tesla juga mencipta menara yang mampu mengalirkan elektrik secara tanpa wayar. Menara yang setinggi 187 meter diperbuat dari kayu ini dikatakan kalau di buat lebih banyak mampu mengalirkan tenaga elekrik tanpa wayar keseluruh dunia.

Tesla menghabiskan sisa sia hidupnya di sebuah apartment, dan meninggal pada 7 Januari 1943.




57. Zheng He

Zheng He adalah Cheng Ho

Sebut sahaja nama Zheng He maka ramai terpinga pinga siapakah gerangan beliau? Tapi kalau disebut Cheng Ho maka ramai lah kata 'Oh Laksamana Cheng Ho'. Sebenarnya Zheng He dan Cheng Ho merupakan orang yang sama.

Beliau berasal dari China, dilahirkan pada 1371 di satu daerah bernama Kuyang di Yunnan China pada Dinasti Yuan, nama sebenar beliau adalah Ma He dan merupakan seorang Muslim. Nama Zheng He atau Cheng Ho ini menjadi sebutan di kalangan rakyat Malaysia kerana nama beliau terpahat kerana hubung kait dengan kesultanan Melaka.

Tetapi tahukah anda bahawa Zheng He lah orang yang menemukan Amerika? Ramai yang tidak tahu, jom kita kupas macam mana hebatnya pelayaran beliau sehingga armada Christoper Colombus yang dikatakan hebat dan megah itu kelihatan terlalu kecil bagi armada dari negara tembok besar ini.

Pelayaran yang mahsyur beliau menuju ke lautan Hindi tahun 1405 hingga 1433, Zheng He merupakan orang yang mengepalai rombongan besar tersebut. Sebanyak 7 kali perjalanan yang dibuat oleh beliau, armada hebat nya terdiri dari 317 buah kapal dan lebih dari 30,000 orang. Salah satu kapal hebatnya berukuran 135 meter kali 55 meter, lebih kurang seluas 1 padang bola sepak,lebih 2 kali besar dari kapal Christoper Colombus.

Pelayaran ini merupakan salah satu usaha Dinasti Ming untuk meluaskan pengaruh kuasa kerajaan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan serta memperkenalkan China kepada negara luar. Dalam rombongan tersebut, beliau telah membawa barangan mewah dari China seperti kain sutera, tembikar,emas dan pelbagai barangan mewah untuk diberikan kepada raja disetiap tempat beliau lawati termasuklah Melaka yang menjadi tempat persinggahanya.

Malah raja raja yang dilawati juga telah memberikan harta mewah mereka ada yang berikan seekor Zirafah untuk dibawa balik ke China untuk dipersembahkan kepada raja China. Pelayaran sulung nya bermula pada tahun 1405 hingga 1407 dimana beliau dikatakan telah menewaskan lanun terkenal di Selat Melaka.

Beliau telah melawat lebih kurang 30 buah negara dalam tempoh 28 tahun tersebut, dan pada tahun 1421, beliau dikatakan telah menjumpai Amerika lebih awal dari pelayar Eropah iaitu Christoper Columbus malah lebih menarik lagi apabila beliau dikatakan manusia pertama yang mengelilingi bumi sebelum Ferdinand Magellan.

Satu kajian telah dibuat oleh Gavin Menzies sekitar 90 an menemukan tahun 1421 yang mengatakan Zheng He telah sampai ke Amerika terlebih dahulu. Dari hasil kajian tersebut beliau mula menulis buku yang bertajuk 1421 The Year China Discover America yang dikatakan menjadi kontroversi, ramai yang tidak percaya tentang isu ini kerana beranggapan Christopher Columbus merupakan orang pertama yang menjumpai Amerika. Beliau telah memberikan bukti dan fakta malah dari sudut DNA akan tetapi masih lagi menjadi perdebatan hangat sehingga kini.

Kalau anda perasan penduduk di Kutub Utara muka nya seolah olah macam orang cina, mata nya sepet, berbanding penduduk disekitar diambil contoh orang Russia. Langsung tidak sama! Cuba cari gambar kaum inuit (Eskimo) dalam google dan anda boleh lihat semacam orang cina.










58. Tentera tanah liat

Ukiran patung manusia yang digambarkan sebagai penjaga atau askar untuk maharaja cina yang mangkat telah dijumpai pada tahun 1974.

Patung tanah liat ini dijumpai oleh petani apabila mereka mengorek lubang untuk dijadikan telaga disebuah tempat yang bernama Xian di China

Dibuat pada era Maharaja Qin Shi Huang, maharaja yang menyatukan banyak wilayah China. Setiap satu patung yang dihasilkan cukup unik kerana ketelitian orang yang menghasilkan patung tersebut cukup mahir.

Setiap patung yang dihasilkan tidak sama dengan patung yang lain, dikatakan dibuat berdasarkan rupa sebenar seorang askar ketika itu, tinggi patung ini juga sama tinggi dengan orang sebenar.

Patung ini sebenarnya mempunyai warna, akibat terlalu lama tertanam, maka warna itu telah luntur secara semula jadi. Disifatkan sebagai salah satu keajaiban kelapan di dunia yang dibuat kira kira 2300 tahun dahulu.

Patung ini merupakan askar yang menjaga Maharaja apabila seseorang Maharaja itu mangkat, sebab itulah tidak hanya patung berupa manusia malah patung kuda dan kereta kuda juga dijumpai dikawasan tersebut. Tempat ini mempunyai 4 parit utama dimana ahli arkeologi menjumpai kesemua patung tentera tanah liat ini

70,000 ribu pekerja dan mengambil masa 40 tahun untuk menyiapkan kesemua patung dan kompleks pemakaman diraja itu. Terdapat lebih kurang 8000 patung yang dibuat, 400 kuda, 100 kereta kuda dan 10,000 senjata dijumpai.







59. Tembok besar China

Tembok besar China meruapakan tembok yang terpanjang di dunia yang merentasi 9 wilayah di negara tersebut.

Berusia lebih 2300 tahun, panjang tembok besar China ini menjangkau 21,196 kilometer. Mula dibina sejak Dinasti Zhou sehingga ke Dinasti Ming.

Tujuan utama pembinaan tembok ini ialah untuk menghalang penceroboh dan menjaga keselamatan wilayah dan laluan terpenting iaitu laluan sutera yang menjadi nadi perdagangan China dan negara luar.

Seramai 10 juta orang melawat tembok besa ini, dan Badaling merupakan salah satu tempat dan terkenal yang selalu dilawati. Tembok besar ini kelihatan seakan akan seekor naga yang menjaga wilayah China dari serangan musuh mereka.

Lebar tembok ini kira kira 6 meter yang membolehkan 4 ekor kuda berjalan disepanjang laluan itu dalam satu satu masa. Secara purata tembok ini mencapai ketinggian 7 meter dan 14 meter untuk sesetengah tempat.








60. Misteri Dyatlov pass

Dyatlov Pass, Russia mahu rungkai misteri 60 tahun.

Pergunungan Ural di Russia menyimpan satu rahsia yang masih lagi misteri, mungkin ada yang menonton atau membaca artikel berkenaan Dyatlov Pass ni, bagi yang belum tahu boleh baca kisahnya.

Kejadian ni berlaku pada tahun 1959 apabila sekumpulan pelajar mendaki kawasan gunung, kesembilan orang tersebut merupakan orang yang mempunyai pengalaman dalam mendaki gunung.

Kesemua mereka dari institut politeknik Ural tu tadi berhenti dan mendirikan khemah di lereng gunung Kholat Syakhl, nama kawasan ini pun bermaksud gunung kematian. Dengan keadaan suhu yang sejuk cecah paras beku serta salji yang tebal mereka membuat keputusan untuk tinggal disitu buat sementara waktu sambil menunggu keadaan kembali tenang.

Dipendekkan cerita, kesemua 9 orang ni dijumpai dalam keadaan yang mengerikan, khemah mereka tu seolah olah terkoyak dan kesemua mereka melarikan diri daripada satu benda yang sukar digambarkan.

Kawasan perkhemahan mereka dijumpai pada 26 Februari, memeningkan kepala orang yang melihat keadaan yang berlaku dikawasan tersebut. Barangan yang ada pada khemah tersebut masih lagi utuh, seolah olah mereka ni lari dan tak sempat nak ambil barang tersebut.

Contohnya pendaki yang bernama Semyon Zolotaryov lari dengan memakai baju sejuk tapi sempat untuk mengambil kamera miliknya. Kesemua mereka mati disebabkan oleh hypothermia iaitu kesejukan melampau.

Dua mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan mengerikan berdekatan dengan khemah mereka. Cebisan daging salah seorang daripada mereka masih lagi melekat pada dahan pokok. Manakala ketua kumpulan tersebut Igor Dyatlov yang namanya diambil sempena kejadian ini dijumpai tertiarap dengan kedua tangannya menekap dada dengan kuat.

Ada diantara mereka yang dijumpai dengan mata yang dirobek oleh sesuatu dengan ganas, mereka yang menjumpai kesemua mayat tidak dapat mengesahkan apa yang berlaku.

Kisah ni sudah menjangkau 60 tahun, tapi kisah ni tetap menjadi misteri yang sukar dijawab meskipun pelbagai andaian serta teori yang dibuat. Tapi apa perkembangan kes ini?

Pihak Russia pada awal tahun 2019 telah membuat keputusan untuk membuka kembali fail misteri mereka untuk meneruskan siasatan dan mencari punca sebenar yang berlaku pada kesemua 9 pendaki tersebut.

Jurucakap pihak pendakwaraya berkata mereka perlu mencari bukti kukuh untuk mendapatkan bukti yang akan menamatkan kisah misteri ini, dokumen asal siasatan kes berkenaan setebal 400 halaman muka surat ditunjukkan pada wartawan.

Mereka telah mendapat bantuan daripada keluarga mangsa dan rakan serta akan menggunakan teknologi terkini untuk mengesan sebarang bukti yang mereka tidak dapat lakukan akibat kekangan teknologi ketika itu.

Pihak penyiasat pergi ke kawasan tersebut untuk membuat kajian serta mengambil sampel yang mungkin terlepas pandang 60 tahun untuk membantu menyelesaikan misteri yang sukar untuk dijawab.






61. Yonaguni, piramid Jepun?

Negara Jepun terkenal dengan keindahan alam yang sangat menarik, gunung ganang nya yang memukau jutaan orang yang melawat setiap tahun.

Namun disebalik keindahaan negara Jepun yang terkenal dengan sikap kebersihannya, ada menyimpan satu misteri yang masih tidak dapat dipecahkan sehingga hari ini.

Seorang penyelam yang bernama Kihachiro Aratake telah menjumpai satu monumen besar berdekatan Pulau Yonaguni. Seakan akan piramid bentuk nya. Adakah sebuah piramid yang tenggelam? Mari kita rungkai kisahnya.

Yonaguni merupakan sebuah pulau yang berkeluasan 28 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 1700 orang dan jaraknya hanyalah 100km dari Taiwan

Terdapat satu monumen batu besar yang telah dijumpai secara tidak sengaja pada tahun 1986 oleh penyelam yang mencari lokasi terbaru untuk aktiviti scuba.

Monumen tersebut kelihatan bertingkat dan dikatakan telah dibuat oleh manusia kerana terdapat ukiran dan bentuk bentuk tertentu. Berukuran sebesar 150mx40m ini telah mendapat perhatian dunia kerana bentuknya yang agak unik.

Pakar Geologi dari Universiti Boston telah membuat kajian mengatakan bahawa tempat tersebut terjadi kerana faktor cuaca dan bersifat semula jadi dan manusia telah mengambil kesempatan untuk mengubah batuan tersebut. Tempat misteri ini juga mendapat jolokon Atlantis Jepun kerana berada dibawah laut.

Terdapat seperti tiang, dinding dan ukiran berbentuk seperti penyu yang ada pada batuan tersebut, ramai penyelam telah mengambil peluang untuk melihat secara lebih dekat meskipun arus dikawasan tersebut agak kuat. Terdapat juga seperti tangga dan lorong ditemui disekitar kawasan itu

Seorang pengkaji Jepun mendakwa monumen tersebut merupakan tinggalan benua Mu yang ada satu ketika dahulu, kerana terdapat pelbagai ukiran disekitar batuan tersebut.

Ukiran pada batuan Yonaguni dipercayai berusia sekitar 10,000 tahun dahulu iaitu semasa zaman ais terakhir, dan pulau Yonaguni ini dahulunya bersambung dengan Taiwan kerana paras air laut pada ketika itu lebih rendah.

Monumen ini kekal misteri hingga ke harini ini, perlu lebih banyak penyelidikan saintifik untuk menentukan usia dan kenapa serta bagaimana orang terdahulu membuat ukiran tersebut.









62. Pembunuh zodiak yang misteri

Misteri pembunuh zodiac tidak terungkai

Pembunuhan misteri yang dilakukan pada akhir tahun 1960 hingga awal 1970 banyak mengejutkan orang ketika itu. Pembunuh yang meninggalkan nota yang bercorak pelik dan tidak dapat diterjemahkan oleh mana mana orang.

Digelar sebagai Pembunuh Zodiak, melakukan pembunuhan di sekitar utara California dan dikatakan 5 mangsa menjadi korban ketika itu, Bagaimanapun si pembunuh mengakui telah membunuh seramai 37 orang.

Apa yang pelik bila pembunuh tidak meninggalkan kesan cap jari atau apa apa yang boleh dijadikan bahan bukti utama. Saksi mendakwa ada melihat kelibat seorang lelaki dalam umur lingkungan 35-40 tahun dan berkaca mata sebelum kejadian bunuh berlaku.

Kejadian pertama pembunuhan bersiri ini melibatkan pasangan yang bernama David Faraday dan Betty Lou Jensen. Mereka berdua dibunuh pada malam 20 Disember 1968 di Tasik Herman, California.

Selang 7 bulan selepas mangsa pertama, pembunuh misteri telah menembak mati pasangan kekasih, Darlene Ferrin mati di tempat kejadian manakala pasangan nya Mike terselamat dari tembakan yang dilepaskan kearah mereka.

Pembunuh bersiri ini menghantar sepucuk surat pada polis dengan ugutan untuk membunuh lebih ramai mangsa, polis ketika itu pening kepala kerana kekurangan bukti dan suspek.

Setiap surat yang dihantar mengandungi pesanan yang tersembunyi, biasanya surat tersebut mempunyai bentuk bulat, empat segi, huruf roman dan sebagainya. Polis percaya pesanan tersembunyi tersebut merupakan identiti pembunuh misteri, tapi tidak berjaya dipecahkan oleh pihak polis.

Hanya satu baris sahaja yang dapat dipecahkan oleh pihak polis iaitu pembunuh memberitahu dia melakukan pembunuhan merupakan satu kerja yang menyeronokan bagi pembunuh.

Ada beberapa suspek utama bagi kes ini ialah seorang pembunuh yang dikenali sebagai Arthur Leigh Allen yang kebetulan tinggal berhampiran dengan tempat mangsa pertama dibunuh.

Malah dijumpai mesin taip yang sama digunakan oleh pembunuh yang menghantar surat ke balai polis Riverside selepas membunuh seorang remaja 18 tahun.

Walaupun kes ini nampak begitu rumit untuk diselesaikan, namun dengan kecanggihan teknologi seperti pengecaman DNA dilakukan maka peratusan untuk memburu suspek semakin tinggi.






63. Misteri pulau Oak

Misteri Harta Pulau Oak

Pulau Oak yang terletak di Kanada, berkeluasan 140 ekar ini dikatakan menyimpan misteri dan sejarahnya yang tersendiri.

Terdapat banyak spekulasi yang mengatakan wujudnya harta karun yang ditanam disekitar pulau tersebut. Siapa yang menanam harta tu?

Pulau ini dikatakan tempat Kapten Kidd menyimpan harta yang ditanam disekitar pulau ini.

Kapten Kidd atau nama panjangnya Kapten William Kidd merupakan pelaut Scotland yang menunggu masa untuk menerima hukuman akibat kegiatan lanun.

Sejak abad ke 19 lagi telah ramai orang cuba untuk mencari lokasi sebenar harta yang disembunyikan oleh Kapten Kidd, terdapat beberapa orang membuat kerja kerja penggalian namun mereka ada menjumpai benda selain harta ataupun wang.

Harta yang ditanam oleh Kapten Kidd dikatakan berjumlah 2 juta dollar atau lebih kurang RM8 juta, cerita ini tersebar apabila salah sorang penduduk tempatan yang bernama Daniel McGinnis yang menceritakan tentang harta karun yang tertanam pada pulau tersebut.

Daniel Mcginnis menjumpai satu lekukan di atas tanah pada tahun 1795, jadi dia membuat keputusan untuk mengorek kawasan tu, tapi dia hanya mampu korek sedalam 25 kaki sahaja tanpa menjumpai harta tertanam.

Pengalian seterusnya pada tahun 1803 disambung dengan mengali lebih dalam, malangnya terpaksa dihentikan kerana air telah masuk ke dalam lubang yang mereka korek.

Berlegar teori mengatakan Kapten Kidd telah membuat perangkap air untuk menghalang sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk mengambil harta tersebut.

Sudah ramai yang mati semasa mencari harta karun ini, pelbagai usaha pencarian dilakukan namun sehingga kini harta yang tertanam masih belum dapat dipastikan, kalau ada orang nak gali rasanya boleh buat soil scanning dulu, kita boleh nampak apa yang ada dibawah tanah.

Walaupun ramai yang terkorban, mereka tetap tidak putus asa untuk melakukan pencarian pada zaman moden diteruskan kerana ramai yang percaya harta tersebut masih lagi tertanam dibawah lubang tersebut





64. Pengasas Maggi

Siapa yang tak kenal dengan jenama maggi kan. Mee Maggi sedap dimakan, mee segera yang dikatakan hanya ambil 2 minit untuk dimasak. Mungkin ramai yang ingat maggi tu hanyalah mee segera, tapi ramai yang tak tahu maggi ni sebenarnya nama pengasas syarikat tersebut.

Julius Michael Johannes Maggi yang dilahirkan pada 9 Oktober 1846 merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Switzerland. Maggi ni pada ketika itu hanyalah syarikat yang mengeluarkan tepung gandum, dalam pada masa yang sama Julius Maggi ni melihat keadaan semasa yang berlaku dan mula berfikir sejenak.

Dia mendapati kaum wanita yang menyediakan makanan untuk keluarga mereka, dari situ Julius Maggi ni dapat idea untuk hasilkan makanan yang bermutu tinggi dan cepat untuk dimasak.

Dia kemudiannya bekerjasama dengan seorang pakar yang bernama Fridolin Schuler, dia ni mempunyai konsep untuk meningkatkan mutu makanan bagi golongan pekerja. Melalui bantuan Julius maggi ni lah mereka mengeluarkan produk kekacang pada tahun 1884, namun produk tersebut tidak mendapat sambutan orang ramai, mereka tidak berputus asa.

2 tahun selepas itu mereka berdua pula mengeluarkan produk sup segera yang. Usaha mereka ketika itu mendapat perhatian dari kerajaan Switzerland malah pihak kerajaan ketika itu menyokong penuh projek yang dilaksanakan. Dari sinilah lahirnya produk sup kekacang mereka untuk membantu para wanita menyiapkan makan dengan lebih cepat untuk keluarga.

Kemudiannya Maggi mengeluarkan beberapa sup dan sos yang dijadikan sebagai penambah selera dalam masakan, kejayaan itu telah membawa Maggi ke peringkat antarabangsa. Pada 1888, syarikat maggi telah membuka beberapa cawangan di Amerika, Itali, Perancis dan lain-lain.

Nestle kemudiannya membeli syarikat Maggi pada tahun 1947, kedua syarikat yang berasal dari Switzerland ini kemudiannya berkembang pesat dalam industri makanan, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang ketika itu kekurangan zat makanan.

Julius Maggi meninggal pada tahun 1912 disebabkan oleh strok, dia telah berkahwin sebanyak 2 kali mempunyai 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki. Jasa Maggi sangatlah besar untuk golongan pekerja ketika itu, kini maggi telah menjadi satu jenama yang tidak asing bagi ramai orang, pelbagai produk yang dikeluarkan dari mee segera sehingga lah perencah makanan.





65. Levi's jeans

Jenama seluar jeans Levi's siapa yang tak kenal kan. Levi Strauss dilahirkan pada 26 Januari 1829 di Buttenheim Jerman, ketika berusia 16 tahun, dia telah kehilangan ayah disebabkan oleh penyakit TB.

2 tahun lepas itu dia bersama emak dan adik beradik yang lain telah berpindah ke Amerika. Disana mereka telah ditemukan dengan 2 orang lagi adik beradik mereka iaitu Jonas dan Louis yang menjalankan perniagaan disana.

Dari situ bermulalah kisah perjalanan seluar Jean yang dikenali ramai. Levi telah mempelajari selok belok dunia pakaian dan perniagaan dengan abangnya. Pada tahun 1872, seorang pelanggannya yang bernama Jacob Davis telah menulis sepucuk surat, Jacod ni merupakan pelanggan yang sentiasa membeli pakaian dari Levi ketika itu meminta pertolongan dari Levi.

Jacob telah meletakkan besi kecil di tepi poket seluar supaya lebih tahan lama dan tidak mudah terkoyak. Jacob ni telah meminta supaya levi memberikan sedikit wang untuk menampung kos membuat paten ciptaan tersebut.

Pada May 20, 1873 patent mereka berdua telah diluluskan dari situ mereka telah menggunakan kain Denim, kain denim tersebut dicelup dengan warna biru supaya tidak nampak kesan kotoran.

Bermulanya era seluar jean yang lebih kukuh dan bermutu tinggi, Levi Strauss menjadi jutawan dengan pakaian denim. Dia meninggal pada 26 September 1902 dengan aset berjumlah hampir 6 juta dollar ketika itu.







66. Raksasa Kraken

Kraken satu nama yang tidak asing bagi kebanyakan masyarakat, rata rata orang mengetahui kisah lagenda sotong gergasi yang dikatakan suka menyerang kapal-kapal yang sedang berlayar di lautan yang luas. Namun begitu apakah sains disebalik misteri lagenda Kraken yang berusia ratusan tahun ini?

Raksasa laut ini ditakuti oleh ramai pelayar disebabkan oleh sotong ini kelihatan seperti pulau dan menarik minat pelayar untuk mendekati 'pulau' tersebut. Kisah Kraken ini pernah dicatatkan oleh seorang raja Norway yang bernama Sverre pada tahun 1180.

Selalunya bila sebut lagenda atau sebarang kisah sebegini, tentunya mereka sebenarnya melihat satu perkara yang benar-benar terjadi didepan mata dan dari situ sebuah cerita mula muncul berkenaan Kraken ini.

Lagenda Norse dari Norway ini menamakan raksasa tersebut sebagai Kraken, krake dalam bahasa Norway bermaksud sotong. Kraken ni sangat besar, ada yang mengatakan kraken ni lebih panjang dari 10 buah kapal, dari situlah pelayar dari jauh akan nampak keadaan Kraken yang timbul kelihatan seperti sebuah pulau.

Pelayar yang dirinya tertipu kemungkinan besar telah mendekati 'umpan' kraken tersebut. Ada yang menceritakan kalau kawasan lautan tiba tiba mengeluarkan buih dan ikan timbul dipermukaan air, itu bermakna kraken akan timbul bila bila masa.

Seorang Bishop yang bernama Erik Pontoppidan telah menulis secara terperinci dalam bukunya yang bertajuk The Natural History of Norway pada sekitar tahun 1750an. Dalam buku tersebut dia menceritakan bagaimana kraken ni makan sebegitu banyak ikan.

Masyarakat ketika itu merasakan kehadiran sotong besar ini menganggu dan menakutkan mereka untuk ke laut samada berlayar atau menangkap ikan. Sekitar tahun 1853 seekor sotong besar telah terdampar di pantai Denmark, sotong itu kemudiannya dikenali sebagai Architeuthis dux.

Sotong gergasi ini sebenarnya telah lama berada di lautan yang sangat dalam, ketika itu manusia telah meneroka segenap pelusuk dunia melalui daratan dan lautan tapi tidak dibawah laut yang tersangat dalam.

Kehadiran sotong tersebut menguatkan lagi cerita lagenda Norway yang sememangnya popular di kalangan pelayar. Architeuthis dux ini boleh membesar sehingga 13 meter dan sesetengah daripadanya dikatakan boleh mencapai 20 meter panjang.

Sotong jenis ini hidup dibawah lautan dalam yang gelap, kajian mendapati sotong yang mempunyai berat hampir 220 kilogram ini boleh ditemui pada kedalaman 800 meter, kalau sotong jenis ini mampu membesar sebegitu rupa, tidak hairanlah keadaan zaman dulu kala kalau pelayar menceritakan tentang sotong yang besar menangkap kapal atau bot mereka.

Kajian mendapati sotong ni akan menangkap ikan paus, hasil kajian dari paus yang terdampar mereka mendapati terdapat kesan tentacle pada badan ikan paus tersebut. Ini menunjukkan bahawa sotong tersebut mampu untuk makan ikan paus yang agak besar.

Tidak hairanlah sampai sekarang hanya 5 peratus sahaja lautan yang telah diterokai oleh manusia, masih ada 95 peratus kawasan yang tidak diketahui jenis atau spesis apa yang sedang hidup dibawah sana.






67. Megalodon.

Bumi, jutaan tahun dulu mempunyai pelbagai jenis haiwan yang disifatkan sebagai raksasa kerana saiz yang besar, mungkin kita hanya tahu tentang haiwan dinosaur yang sudah cukup popular dikalangan masyarakat tempatan.

Namun terdapat sejenis ikan jerung yang dikenali sebagai Megalodon, haiwan ni cukup besar untuk diletakkan dalam golongan haiwan raksasa. Pupus kira kira 2.6 juta tahun yang lalu, Megalodon ini merupakan raksasa yang dikatakan boleh membesar sehingga 18 meter panjang.

Louis Agassiz merupakan orang yang memberikan nama haiwan ganas ini sebagai Megalodon, nama ini sebenarnya membawa maksud gigi yang besar disebabkan oleh penemuan gigi haiwan tersebut.

Megalodon ini satu ketika dahulu berenang di kebanyakan lautan bumi kecuali dikawasan sejuk, pupus kerana air laut yang surut dan terjadinya zaman ais. Ikan yang ganas ini berkemungkinan makan hidupan laut yang lain seperti ikan paus.

Hidupan purba ini menggunakan gigi yang sangat kuat dan tajam untuk mencengkam mangsa, untuk perbandingan manusia hanya mampu mengigit dengan kekuatan 1317 newton.

Manakala megalodon ini pula mampu mengigit mangsanya dengan kekuatan 180,000 newton, berlipat kali ganda lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan manusia normal.

Kajian yang dibuat juga mendapati bahawa ikan jerung ini juga dikatakan mempunyai 276 gigi pada rahangnya dan antara haiwan purba yang paling ganas di dalam lautan.

Dalam kajian yang dijalankan, megalodon ini dikatakan mempunyai berat badan yang boleh mencapai hampir 60 metrik tan dan mampu berenang di dalam lautan sehingga 18 kilometer sejam.

Masih banyak yang tidak diketahui berkenaan megalodon ni dan kajian lanjutan masih lagi berjalan untuk memastikan agar jerung gergasi ini lebih banyak fakta saintifik.






68. Chicxulub, kawah yang memusnahkan dinosaur

Kawah Chicxulub merupakan kesan impak dari komet yang jatuh ke bumi lebih kurang 66 juta tahun dahulu, nama kawah ini diambil dari sebuah tempat yang bernama Chicxulub di Semenanjung Yucatan di negara Mexico.

Saiz komet tersebut dianggarkan sebesar 80 kilometer telah menghentam bumi. Apabila saintis membuat kajian terperinci, didapati masa komet ini jatuh berpadanan dengan kejadian yang di sebut K-pg (Creataceous-paleogene).

Kawah yang selebar 150 kilometer dan kedalaman 20 kilometer ini dijumpai oleh 2 orang pengkaji iaitu Antonio Camargo dan Glen Penfield pada tahun 70an. Pada mula mereka berdua ditugaskan untuk membuat kajian tentang cari gali minyak untuk sebuah syarikat Petroleum di Mexico.

Peristiwa dasyat ini juga menyebabkan perubahan iklim serta hampir 75% kehidupan yang dibumi pada waktu itu mati akibat ledakan komet tersebut.Saintis juga beranggapan K-pg ini merupakan penyebab utama mengapa sebilangan besar Dinosaur pupus.

Apa apa yang berada dalam sekitar 1000 kilometer dari kawasan tersebut akan terbakar serta merta akibat api yang merebak begitu cepat sekali, haiwan besar pun tidak mampu lari dan terbang dengan pantas. Ledakkan tersebut bersamaan 191,793 gigatons TNT lebih kuat dari bom terbesar pernah diletupkan iaitu bom Tsar.

Selepas api, Impak kuat tersebut menyebabkan berlaku nya mega tsunami yang dianggarkan setinggi 100 meter menghala ke negara amerika dan negara disekitarnya. Tak cukup tsunami dan api, gempa bumi kuat lebih kurang 10 skala richter mengegar tanah dan gunung berapi meletus akibat bumi melepaskan tekanan yang sudah sekian lama terpendam. Bayangkan 4 benda terjadi hampir serentak. Sukar untuk dibayangkan kalau terjadi pada abad ke 21 ini

Pada ketika itu, banyak kawasan telah terbakar dan mengalami kemusnahan yang amat teruk, terjadi Volcanic Winter yang menutup seluruh dunia yang menyebabkan tanaman tidak dapat hidup. Dikatakan debu tebal telah menutup bumi waktu itu bertahan agak lama, tidak hairan la kalau matahari tak dapat tembus sebab debu terlalu tebal, dikatakan haiwan haiwan termasuk dinosaur pupus akibat gas beracun.





69. Faroe Islands

Faroe Islands yang terletak di dalam negara Denmark ini merupakan sebuah pulau yang cukup indah, keindahan alam semulajadi memukau sesiapa yang berkunjung ke pulau ini.

Faroe Islands ini merupakan satu gugusan pulau yang terdiri daripada 18 buah pulau yang lain, keluasan keseluruhan kawasan ini menjangkau 1400 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 52,000 orang.

Kawasan pulau ini mempunyai suhu yang rendah iaitu sekitar 3 hingga 10 darjah celcius, selalunya akan berangin, sejuk dan berawan sepanjang tahun menjadikan pulau ini kelihatan begitu tenang dan nyaman.

Bilangan biri biri disini mengatasi bilangan penduduk tempatan, jumlah biri biri disini dianggarkan sebanyak 70,000 ekor dan memenuhi di kawasan berbukit sekitar kepulauan ini.

Bandar terbesar di Faroe Islands ini dikenali sebagai Tórshavn yang mempunyai penduduk seramai 20,000 orang. Nama bandar ni diambil bersempena nama tuhan orang Norse iaitu Thor.

Industri utama di kawasan ini ialah perikanan, pelancongan serta perkapalan yang membawa ekonomi pulau ini ke arah yang lebih maju, meskipun ekonominya yang agak pesat kadar jenayah di sini sangatlah rendah sehinggakan tiada penjara yang dibina di kawasan kepulauan ini.







70. MH370

BAHAGIAN SATU - PERINCIAN KEHILANGAN PESAWAT

Misteri kehilangan pesawat penerbangan malaysia (MAS) MH370 menjadi perbualan hangat masyarakat dunia sehingga kini. Kehilangan yang penuh misteri apabila pesawat ini tidak diketahui nasib dan punca sebenar.

Juruterbang yang mengemudi MH370 bukanlah orang yang tiada pengalaman, Kapten Zaharie Ahmad Shah mempunyai lebih 18,000 jam penerbangan manakala pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid mempunyai 2,763 jam masa penerbangan.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju ke Beijing,China pada 8 mac 2014. Kejadian yang menimpa pesawat ini merupakan perkara yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Penerbangan MH370 berlepas dari KLIA pada jam 12.41 pagi waktu Malaysia dengan membawa penumpang seramai 227 orang dan 12 anak kapal yang terdiri dari 14 buah negara dan 153 orang warga China.

Pesawat ini dikatakan hilang selepas 40 minit berlepas dari KLIA, dan sebelum itu juruterbang ada membuat perhubungan kali terakhir dengan unit kawalan udara.

Diantara pesawat dan menara kawalan, hanya pesanan ringkas yang berbunyi Selamat malam malaysia MH370 dari ketinggian 30,000 kaki dan selepas itu tiada lagi kedengaran dari pesawat ini.

Bagaimanapun mengikut kajian dan laporan yang dikeluarkan,lepas itu perkara pelik terjadi apabila MH370 mula membuat pusingan U untuk berpatah balik ke semenanjung, transponder yang memberi kedudukan pesawat telah dimatikan.

Pada pukul 1:52 pagi MH370 dikesan telah melalui Pulau Pinang, walaupun transponder dimatikan,pesawat ini masih dikesan melalui radar tentera Malaysia selama satu jam.

Selepas itu MH370 dikatakan bergerak selama 5 jam ke arah lautan Hindi, dan berjaya dikesan melalui ping yang diterima oleh satelit.

Ahli keluarga mangsa menuntut pihak bertanggungjawap memastikan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera kerana tiada mayat yang dijumpai, ramai yang beranggap mangsa masih hidup.





BAHAGIAN DUA - TEORI

Apa pun cerita disebalik kisah MH370 ini, sudah tentu ramai yang tertanya tanya apa sebenarnya yang berlaku dan menyebabkan terjadinya sejarah pencarian kapal terbang paling mahal dalam sejarah.

Pelbagai teori yang dikemukan, sama ada kelakar atau masuk akal semuanya diceritakan melalui media. Ada yang mengatakan MH370 telah diculik oleh UFO, ada juga teori MH370 dibawa ke kawasan tentera Amerika di Diego Garcia.

Jadi apa teori yang menjadi bualan hangat sepanjang 5 tahun kehilangan MH370? Mari kita lihat apa teori paling menarik.

Mengikut kajian dari Dr Sally Leivesly yang juga merupakan pakar anti pengganas Britain mengemukan pendapat yang menarik.

Dia mengatakan bahawa pesawat MH370 ini merupakan pesawat pertama didunia yang digodam secara digital.

Pengodam akan menggunakan 'exploit' iaitu cara memasukan sistem kapal terbang dengan memasukan kod tertentu untuk mengawal pesawat.

Dengan cara ini pesawat akan dapat dikawal dari jauh disebabkan oleh sistem pesawat yang menggunakan kaedah yang disebut sebagai Fly By Wire iaitu menggunakan alatan elektronik untun membantu penerbangan.

Pelik ke tidak seorang yang dinamakan pakar anti pengganas tahu macam mana kapal terbang yang boleh digodam dan dikawal secara jauh, siap kata yang pertama didunia, itu sangat lah terasa hebat bila orang boleh godam kapal terbang dan kawal. Tentunya ada niat yang tersembunyi yang dinafikan oleh pihak tertentu.

Teori lain juga mengatakan penduduk di kepulauan Maldives nampak kapal terbang sedang terbakar dan terhempas di lautan berdekatan dengan pulau mereka, jadi bila disemak perjalanan MH370 yang dikatakan kali terakhir dikesan menuju ke lautan Hindi.

Tapi saksi penduduk kata nampak pesawat terbakar, tidak mungkin ada 2 pesawat yang mengalami nasib sama pada waktu yang sama, apa yang pelik tidak ada orang mencari dikawasan tersebut.

Laporan setebal 1500 muka surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia berhubung kejadian ini mengatakan kapal terbang tersebut berada dalam kawalan manual.

Sudah beberapa keping bangkai pesawat yang dijumpai di sekitar Pulai Reunion yang terletak lautan Hindi sekitar tahun 2017 memberi petunjuk bahawa kapal terbang tersebut menjunam ke dalam lautan.

Kini kita sudah berada di tahun 2019, 5 tahun dengan penuh misteri dan teka teki apa yang berlaku, jadi apa yang penyiasat peroleh pada tahun ini?

Pada 17 julai 2019, akhbar The Telegraph melaporkan ada muatan misteri yang diletakan didalam senarai kargo yang seberat 89 kilogram. Menurut akhbar itu lagi, muatan di dalam pesawat tersebut sudah melebihi apa yang sepatutnya dibawa.

Manakala Berita Harian pada 14 Julai 2019 memetik sebuah akhbar luar negara Daily Mail yang melaporkan penyiasat dari Perancis diberikan begitu banyak data dan dari situ mereka membuat kesimpulan awal yang mengatakan juruterbang melakukan pembunuhan dan kemudianya membunuh diri merupakan alasan paling munasabah.

Bagaimanapun ahli keluarga dan sahabat juruterbang Kapten Zaharie menolak teori liar tanpa asas yang keluarkan oleh pihak penyiasat.

Ada juga teori yang mengatakan pesawat ini membawa kargo rahsia yang akan diturunkan di China, maka terdapat cubaan rampasan berlaku dan menyebabkan juruterbang terpaksa mengemudi secara manual.

Apapu teori demi teori bersilih ganti setiap tahun, kita hanya mampu berharap misteri MH370 akan terungkai untuk memahami apa yang berlaku dan sekali gus menamatkan pencarian yang sudah menelan belanja berjuta juta ringgit.

Sumber Rujukan

https://www.thesun.co.uk/news/9605854/missing-flight-mh370-mystery-turn-explained/

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2019/07/584620/semakin-banyak-bukti-mh370-adalah-kes-bunuh-diri?fbclid=IwAR3yj9FqVd8kUfUs3kH_Z06Rea0OIIp9ho4xolJ95jYScpWEcWQILzmPFKo

https://www.thestar.com.my/news/nation/2019/03/08/mh370-remains-worlds-greatest-aviation-mystery/?fbclid=IwAR1LuPc2VrgJK82HW1y0WivZEozWqOu4jy9PtgijJ65w4bN6BvNscvjVffw

https://www.thesun.co.uk/news/5123350/mh370-was-the-first-remote-hijacking-and-carried-out-to-stop-jet-delivering-secret-cargo-to-china-author-claims/

https://www.thesun.co.uk/news/8756553/malaysia-airlines-mh370-pilot-plane-air-traffic-control/

https://amp.businessinsider.com/malaysian-airlines-mh370-deliberately-crashed-evidence-2019-6







71. Hindenburg yang malang

Hindeburg yang malang

Kapal udara LZ 129 Hindeburg yang mampu membawa lebih kurang 100 orang telah terbakar di udara pada 6 Mei 1937.

Kapal udara ini telah terbang buat pertama kalinya dalam sejarah pada tahun 1936 dan telah berjaya membuat 62 kali penerbangan percubaan dan panjangnya lebih kurang 237 meter atau lebih kurang bersamaan dengan 30 tingkat bangunan.Kapal udara ini telah dibina oleh syarikat Zeppelin dari Jerman yang ketika itu dibawah pemerintahan Nazi.

Kebanyakkan penumpang pada hari tersebut terdiri dari ahli perniagaan yang berpengaruh. Hanya orang yang betul betul mampu dan kaya sahaja boleh menaiki kapal udara ini. Waktu itu harga tiket nya lebih kurang 400 dollar, atau bersamaan 5000 dollar dengan nilai sekarang.

Kapal udara ini dapat terbang kerana menggunakan gas hidrogren yang lebih ringan dari udara dan mampu mengangkat kapal udara yang besar ini, tapi kelemahanya ialah gas ini mudah terbakar, terdapat 16 bag yang diisi dengan hidrogen pada badan kapal udara, lebih kurang 200,000 cubic meter.

Perjalan kapal udara ini bermula dari Holland dan menuju ke lakehurst di Amerika, perjalanan sejauh 6500 kilometer ini hanya mengambil masa 2 hari untuk sampai berbanding kapal biasa untuk merentasi lautan atlantik.

Ramai wartawan telah menunggu di Lakers, amerika syarikat untuk melihat kapal udara ini membuat pendaratan.

Namun pada petang 6 mei tersebut, kapal udara terbabit terbakar dan meletup. Seramai 36 orang telah terkorban dalam kejadian malang tersebut.

Hanya 34 saat sahaja diperlukan,kapal udara tersebut telah terbakar sepenuhnya. Tapi apakah punca yang mampu membakar sepantas itu?

Hidrogen yang diisi didalam kapal udara tersebut yang menjadi punca macam mana kapal udara tersebut terbakar dengan pantas, hidrogrn dikatakan mampu membakar 9 meter sesaat. Tetapi hidrogen perlu bocor untuk menyebabkan kebakaran.

Hasil siasatan mendapati, wayar yang mendokong badan kapal udara tersebut telah putus dan menembusi beberapa bahagian badan kapal menyebabkan gas hidrogen bocor.

Hari tersebut merupakan hari yang ada cuaca buruk, kapal udara tersebut telah melalui perjalanan jauh dan mengumpul beribu ribu elektrik statik.

Badan kapal udara tersebut dibuat dari kapas dan kain linen yang dicat dengan kalis air. Bahan bahan ini masih lagi menyimpan cas elektrik yang banyak dan telah menyebabkan aliran elektrik.

Syarikat Zepplin mempunyai rekod penerbangan yang cemerlang dari syarikat lain yang turut sama membina kapal udara jenis ini, selepas kejadian tersebut kapal udara jenis ini tidak lagi digunakan, kejadian ini lebih kurang jet super sonic Concorde satu ketika dulu yang terhempas.








72. Fakta hutan amazon

Fakta hutan Amazon

🌎 Merupakan hutan hujan yang terbesar didunia.

🌎 Mempunyai hampir 16,000 spesis pokok dan 390 billion batang pokok.

🌎 2/3 hutan Amazon ada di Brazil.

🌎 Terdapat 2.5 juta spesis serangga

🌎 Mencapai keluasan 5.5 juta kilometer persegi dan mampu memuatkan UK sebanyak 17x.

🌎 Hutan hujan Amazon sangat tebal dan lantai hutan sentiasa gelap. Air hujan akan ambil masa 10 minit untuk sampai ke lantai hutan akibat pokok yang terlalu tebal.

🌎 3000 buah yang tumbuh didalam hutan ini boleh dimakan.

🌎 Merentasi 9 buah negara

🌎 400-500 kaum penduduk asli tinggal didalam hutan dan 50 kaum tidak pernah mendapat perhubungan dunia luar.

🌎 Pelbagai haiwan berbisa seperti anaconda, katak beracun, belut elektrik dan pelbagai jenis haiwan lagi tinggal di hutan ini.

🌎 Sungai Amazon merupakan sungai yang kedua terpanjang didunia.


73. Tempat paling berhantu di Australia

Tempat paling berhantu di Australia

Hospital mental Aradale yang terletak di Ararat, Victoria di Australia merupakan salah satu tempat paling berhantu di benua terkecil itu.

Terletak lebih kurang 250 kilometer dari Melbourne, hospital yang menempatkan pesakit mental dan 'penjara' bagi penjenayah yang melakukan kekejaman.

Hospital ini yang menjalankan operasinya pada tahun 1865 mampu menempatkan lebih 900 pesakit dalam satu masa dan jaga oleh 500 jururawat. Kawasan tertutup ini terdapat 63 buah bangunan didalamnya.

Dikatakan hampir 13,000 ribu orang telah mati di hospital ini dalam tempoh 130 tahun. Banyak pesakit disitu yang diseksa, dikurung dalam kotak kecil dan diikat pada kerusi ada yang dikenakan arus elektrik pada badan yang dikenali sebagai ECT atau electricshock therapy.

Sejak ditutup pada 1998, ramai yang mula mendekati bangunan hospital ini untuk melihat sendiri keadaan didalamnya. Ada yang mengatakan kedengaran bunyi ketukan pada dinding, bukan ketukan biasa tapi bunyi hentakan kepala yang kuat, kebiasannya dibuat oleh pesakit.

Satu ward yang dinamakan sebagai ' J ward' yang merupakan tempat pembunuh terkenal iaitu Bill Walace yang membunuh rakannya dengan kejam akibat pergaduhan mengenai rokok dan dihukum penjara selama 64 tahun, dia mati ketika berusia 107 tahun.

Malah J ward itu juga dikatakan berhantu apabila 3 pesalah yang dikenakan hukuman gantung dan ditanam secara menegak di kawasan hospital tersebut, dan roh 3 pesalah tersebut dikatakan merayau rayau disekitar kawasan hospital ini.

Ada pelawat yang datang selalunya akan rasa pening dan bermacam macam yang jadi, contohnya di bilik Supritendent yang membunuh diri dengan meminum racun Cyanide.

Orang yang memasuki bilik tersebut akan rasa lidahnya agak pahit, tidak tahu kenapa. Doktor membunuh diri, doktor tersebut dikatakan bernama Dr William L Mullen yang mati pada tahun 1912

Pelawat yang datang seringkali 'disambut' oleh lembaga yang dikatakan roh jururawat yang bernama Kerry. Kadangkala pelawat hospital ini akan rasa seperti diperhatikan, kemana saja atau sudut dilawati maka perasaan tu akan mula menebal.

Ada pelawat juga mendengar seperti jam berdetik dan kedengaran suara yang sayup memanggil dari jauh tanpa mengetahui siapa yang dipanggil.







74. Negara Austria

Negara Austria yang terletak di tengah Eropah dan mempunyai keluasan 83,879 kilometer persegi, lebih dikenali sebagai 'Land Of Mozart'

Diapit dengan Czech, Jerman, Itali, Hungary dan Slovokia, mempunyai penduduk seramai 9 juta orang.

Bendera Austria yang mempunyai tiga jalur merah putih merupakan antara bendera yang tertua didunia. Menjadikan Vienna sebagai Ibu Negara, dan rumah kepada hampir suku penduduk Austria.

Austria juga merupakan salah sebuah negara yang mencapai taraf kehidupan yang tinggi di Eropah.

Mempunyai 9 wilayah iaitu Vienna, Burgenland, Carinthia, Austria Bawah, Austria Atas, Tyrol, Vorarlberg, Salzburg, dan Styria.

Komposer musik ternama dari Austria adalah Joseph Haydn, Franz Liszt, Johann Strauss, Franz Schubert, dan Wolfgang Mozart. Malah pelakon Terminator Arnold Schwarzenegger juga berasal dari Austria.

Austria tidak ada pantai kerana terkunci diantara negara lain tapi negara ini memiliki landskap yang indah dengan gunung ganang lebih tepat lagi pergunungan Alps, sektor pelancong di Austria mampu menyumbang 1 billion dollar setahun.

Perpustakaan Negara yang terletak di Vienna merupakan antara yang tertua didunia dan mempunyai lebih kurang 2 juta buku.

Negara ini menjana hampir 60 peratus tenaga elektrik daripada tenaga yang boleh diperbaharui, menjadikan Austria sebagai antara negara yang mempunyai kualiti udara yang bersih.









75. Negara Tuvalu

Tuvalu atau nama lamanya Ellice Island merupakan sebuah negara yang berada di lautan Pasifik. Negara yang mempunyai penduduk seramai 11,000 orang ni hanya berkeluasan 26 kilometer persegi.

Negara yang keempat terkecil di dunia ini juga sedang diancam kenaikan paras air laut yang disebabkan oleh pemanasan global. Tuvalu ni sebenarnya mempunyai cerita yang agak menarik dari segi ekonominya.

Kalau internet di Malaysia, kita akan guna MY tapi di Tuvalu mereka akan guna .TV, negara ni sebenarnya dapat hasil yang agak lumayan apabila sebuah syarikat yang bernama DotTV membeli hak tanda nama .TV dari negara tersebut dengan jumlah 50 juta dollar selama 12 tahun.

Melalui hasil tersebut, kerajaan Tuvalu berjaya menyediakan bekalan elektrik yang lebih baik di pulau berhampiran, perkataan TV ketika itu merupakan satu nama yang semua orang akan kenal.

Suhu dinegara ini sekitar 27-29 darjah celcius dengan taburan hujan sebanyak 2500 milimeter. Kebanyakan penduduk di sini akan menangkap ikan, penanaman pisang dan membela haiwan namun kerajaan negara mereka meningkatkan bahan makanan yang diimport untuk menjamin bekalan makanan rakyatnya.

Kawasan kerajaan terletak di kawasan yang dikenali sebagai Funafuti Atoll, 1/3 rakyat Tuvalu menetapkan dikawasan ini. Tuvalu juga merupakan sebuah negara yang 'kurus' kerana faktor geografi yang unik, negara ini kalau dilihat dari udara hanya memanjang sahaja, dipenuhi oleh pokok kelapa.






76. Dubai

Dubai merupakan salah satu bandar yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong seluruh dunia. Dubai juga antara bandar padat yang ada di United Arab Emirates, kawasan Dubai ini mempunyai penduduk seramai 3.8 juta orang yang menetap di bandar serba mewah ini.

Dalam 3.8 juta orang itu, warga asing merangkumi hampir 75 peratus dari jumlah keseluruhan tersebut, kiranya Dubai ini merupakan satu tempat dimana warga asing dari pelbagai negara bekerja disini.

Kawasan ini satu ketika dulu merupakan kawasan perkampungan nelayan yang mungkin orang tidak melihat potensinya untuk membangun, namun apabila minyak ditemui pada 1966, Dubai yang tandus seterusnya menjadi antara salah satu tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Berkeluasan 4,114 kilometer persegi, iaitu 3 kali ganda lebih luas dari Bandar London ini membangun dengan pesat. Kawasan yang serba mewah ini mempunyai pencakar langit yang hebat seperti Burj khalifa yang berketinggian 830 meter.

Di Dubai juga letaknya beberapa struktur mega seperti hotel bertaraf 7 bintang iaitu burj al arab, manakala Dubai Mall merupakan antara pusat membeli belah yang terbesar di dunia, mempunyai kira-kira 1200 kedai dan 120 tempat makan. Selain itu juga pulau buatan manusia yang terbesar didunia iaitu Palm Jumeirah juga terletak di sini

Sumber air utama untuk Dubai berasal dari air laut yang di proses untuk membuang garam, hanya 1 peratus sahaja air bawah tanah digunakan di sini. Pada tahun 1968, hanya 13 buah kereta didaftarkan di Dubai, 50 tahun kemudian jutaan kereta sudah ada di Dubai.







77. Switzerland

Switzerland merupakan salah satu negara yang alam semulajadi yang sangat memukau sesiapa sahaja yang datang melancong ke negara ini. Negara ini mempunyai 1500 tasik iaitu kira-kira 6 peratus dari jumlah keseluruhan air tawar di Eropah.

Selain keindahan alam semulajadi, negara ini juga terkenal dengan jam, coklat dan juga cheese. Switzerland mempunyai penduduk seramai 8,582,000 orang dan berkeluasan sekitar 41,285 kilometer persegi.

Bern merupakan ibu negara Switzerland yang mempunyai penduduk seramai 420,000 orang, namun bandar terbesar di sana ialah Zurich, penduduk disana hampir 1.3 juta orang.

Negara ini mempunyai 208 gunung melebihi paras 3000 meter, gunung tertinggi di Switzerland ialah Dufour-Spitze yang berketinggian 4634 meter. Gunung Matterhorn yang berketinggian 4478 meter merupakan antara gunung yang paling popular di negara ini.

Gunung Matterhorn merupakan logo coklat terkenal iaitu Toblerone. Sungai yang Rhine terpanjang di negara ini ialah sungai Rhine yang sepanjang 375 kilometer.


Negara ini juga mempunyai terowong yang paling panjang didunia, iaitu 57 kilometer yang dikenali sebagai Gotthard mengambil masa 17 tahun untuk siap dengan kos sebanyak 12 billion dollar.

Rakyat Switzerland merupakan penggemar coklat, mereka akan makan lebih kurang 11 kilogram coklat dalam masa setahun, negara ini juga mempunyai 18 buah syarikat coklat dan antara bahan yang di eksport keluar.







78. Planet Marikh

Planet Marikh merupakan planet yang keempat jaraknya dari matahari, dalam bahasa Inggeris planet ini dinamakan sempena tuhan peperangan orang Rom. Marikh berwarna merah disebabkan oleh kehadiran besi oksida pada batuan dan tanah.

Sejak ribuan tahun yang dulu, manusia sudah mencerap planet ini, planet Marikh diukir pada siling kubur Firaun Seti Pertama, manakala orang China ketika era Dinasti Zhou dan Qin sudah mencerap pergerakan planet ini.

Kalau dibumi gunung yang tertinggi ialah Gunung Everest yang mencapai 8848 meter manakala di Marikh gunung yang paling tinggi dikenali sebagai Olympus Mons dengan ketinggian yang sangat ekstrem iaitu 21 kilometer, 3 kali lebih tinggi daripada gunung Everest.

Gunung Olympus Mons ini sebenarnya merupakan sebuah gunung berapi, melalui beberapa kajian yang dilakukan, saintis mendapati bahawa gunung ini masih aktif. Tidak dapat dibayangkan kalau gunung terbesar dalam sistem suria ini meletus.

Planet merah ini mempunyai 2 bulan yang bernama Phobos berukuran 22 kilometer dan Deimos 12 kilometer. Satu hari di planet ini bersamaan 24 jam 34 minit manakala 1 tahun di Marikh bersamaan 687 hari di bumi.

Marikh dikatakan akan mempunyai gelang sekitar 20-40 juta tahun lagi disebabkan oleh bulanya Phobos akan ditarik dan pecah oleh graviti planet ini, jadi marikh akan kelihatan seperti plant Zuhal.

Planet yang terletak kira-kira 186.92 juta kilometer dari bumi ini mempunyai ribut pasir yang paling besar dalam sistem suria dan boleh bertahan selama beberapa bulan di planet tersebut.

Manusia telah melakukan pelbagai kajian dan menghantar robot ke planet ini untuk mencari kewujudan air. Saintis yang membuat kajian mendapati planet Marikh menyimpan air pada kawasan kutub dan kemungkinan air tersebut masin untuk mengelakkan dari meruap dan membeku.







79. Haiwan prasejarah mosasaurs

Nama haiwan purba ni Mosasaurus yang hidup pada zaman akhir Cretaceous kira kira 66 hingga 70 juta tahun yang lalu, fossil haiwan ini dijumpai buat pertama kali pada tahun 1764

Fossil berkenaan dijumpai sebuah kuari yang terletak di kawasan gunung Saint Peter di Belanda. Pada awal penemuan fossil haiwan ini, tulang yang dijumpai tersebut diandaikan sebagai ikan paus.

Seorang lelaki yang bernama William Conybeare telah menamakan haiwan ini sebagai Mosasaurus pada tahun 1822. Kajian lanjut dijalankan oleh Georges Cuvier mendapati bahawa rangka tersebut bukanlah aligator ataupun ikan paus tapi milik kepada satu haiwan prasejarah.

Mosasaurus hoffmannii merupakan spesies yang terbesar dalam kalangan haiwan prasejarah ini, boleh mencapai 17 meter panjang. Satu fossil telah dipamerkan di Kanada yang dinamakan sebagai Bruce sepanjang 13 meter.

Haiwan ni dikatakan mempunyai berat hampir 5000 kilogram, pernah hidup di mana mana lautan di bumi ketika itu dan akan menjadikan ikan, sotong serta reptilia kecil sebagai makanan utama





80. Letupan Tunguska

Pada 30 Jun 1908, penduduk di satu kawasan di Siberia yang dikenali sebagai Tunguska dikejutkan oleh satu bunyi yang tersangat kuat berhampiran bukit di kawasan sungai Podkamennaya

Penduduk dikawasan tersebut telah melihat satu cahaya yang seterang matahari telah bergerak pada langit, dikatakan selepas 10 minit mereka melihat cahaya tersebut, satu bunyi kuat telah berlaku dan mengegarkan kawasan tersebut.

Penduduk yang tinggal dikawasan itu telah terpelanting akibat gelombang gegaran yang terhasil serta memecahkan cermin rumah dalam jarak 60 kilometer jauhnya.

Sejurus letupan tersebut, pihak berkuasa telah mencari kawasan letupan untuk mencari punca sebenar, mereka mendapati letupan itu telah meranapkan hampir 2000 kilometer persegi kawasan hutan.

Pada 1927 seorang pengkaji yang bernama Leonid kulik dari pihak Soviet telah menjalankan kajian lanjut mengenai apa yang berlaku pada 1908, dia telah memasuki kawasan tersebut, lalu dia melihat ranapnya pokok dikawasan letupan yang seluas 50 kilometer.

Dia telah menemubual penduduk dikawasan yang dikatakan terdapat letupan kuat itu lalu dia mendapati bahawa peristiwa tersebut berlaku disebabkan komet yang meletup di udara.

Komet tersebut dikatakan bersaiz satu padang bola sepak bergerak 15 kilometer sesaat ke arah kawasan hutan, laporan tidak rasmi menyebut 3 orang telah meninggal dunia disebabkan oleh letupan tersebut.

Letupan tersebut telah menyebabkan gegaran kuat dibeberapa tempat dan direkodkan pada alat seismic dengan kekuatan berukuran 5.0 pada skala Richter iaitu lebih kurang gempa bumi sederhana.

Letupan telah memusnahkan hampir 80 juta pokok pine dan menyamai 15 megatan TNT iaitu lebih kuat berbanding bom nuklear yang pernah digugurkan di Jepun.










Warga China yang hilang adalah ejen perang?

KONFLIK di antara Negara China dan Amerika Syarikat yang sedang memuncak di Laut China Selatan berupaya melarat menjadi peperangan yang meluas.

Menurut Al Jazeera, Tentera Laut Amerika telah mengesahkan pada 20 April lepas 2 kapal perang mereka, USS America dan USS Bunker Hill sedang beroperasi berhampiran dengan perairan yang dituntut oleh Malaysia dan China.

Minggu lepas, kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8, telah dilihat berada berhampiran kapal milik Petronas, West Capella. Kejadian ini membuat Amerika menggesa China supaya tidak membuli di perairan yang dipertikaikan dan berhenti memprovokasi operasi mencari gali minyak dan gas.

Pada 20 April lepas, Vietnam telah memprotes kerana China telah mewujudkan 2 daerah pentadbiran di 2 buah pulau yang dipertikaikan iaitu Pulau Paracel dan Pulau Spratly. Pada tahun 1974, China dan Vietnam (ketika itu Vietnam Selatan) telah berperang untuk merebut Pulau Paracel. China telah berjaya menguasai pulau itu di dalam pertempuran yang mengorbankan 53 tentera Vietnam dan 18 tentera China.

Jabatan Negara Amerika (US State Department) telah mendakwa China mengambil kesempatan ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha-usaha melawan pandemik Covid-19. Sementara China telah melaporkan angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau kapal perang Amerika, USS Barry, dari perairan Pulau Paracel. Mereka mendakwa provokasi oleh Amerika ini mencabulkan kedaulatan mereka dan meningkatkan lagi risiko keselamatan di rantau ini.

Januari lepas pula China telah membidas Amerika kerana mendakwa satu provokasi telah berlaku apabila kapal perang USS Montgomery belayar melalui perairan Kepulauan Spratly.

Akibat perkembangan-perkembangan terkini, terdapat mereka yang meramalkan Perang Dunia Ketiga boleh bermula akibat konflik di Laut China Selatan.

China begitu agresif mahu menguasai lautan tersebut dengan menuntut kepulauan-kepulauan kecil dan perairan di sekitarnya yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil galian. Sementara Amerika, sebagai kuasa besar sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melihat tindakan China sebagai usaha untuk menjadi “Big Brother” di rantau ini.

Perang dagang di antara kedua-dua negara dan dakwaan pentadbiran Trump terhadap China berhubung pandemik Covid-19 boleh melarat menjadi konflik yang lebih besar. Hanya satu insiden seperti berlaku berbalas tembak di antara 2 kapal perang boleh mencetuskan satu konflik dan akhirnya peperangan.

Jika ini berlaku kemungkinan besar ia tidak akan terhad di lautan tetapi kemungkinan besar akan melarat ke daratan dan melibatkan negara-negara di Asia Tenggara. Kedua-dua negara sudah tentu mahu mewujudkan pengkalan-pengkalan di darat mereka.

Bagi Malaysia ini amat membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 76,258 warga China yang telah masuk ke negara kita dan tidak ada rekod mereka meninggalkannya. Adakah kehilangan ini di atas sebab-sebab ekonomi, politik, peribadi atau terdapat sebab-sebab lain yang boleh mengancam keselamatan negara?

Sebelum Jepun menduduki Malaya pada Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Jepun telah datang dan menetap di negara kita. Menurut Brian Bridges dalam “Britain and Japanese Espionage in Pre-War Malaya: The Shinozaki Case” (1986), pada permulaan abad ke 20 terdapat hanya 1,000 rakyat Jepun di Malaya tetapi pada awal tahun 30an bilangan ini telah meningkat kepada lebih 6,000 orang. Mereka menjadi nelayan, tukang gunting, tukang gambar dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.

Ian Morrison di dalam Malayan Postscript (London, 1942) menulis di hampir setiap bandar atau kampung yang penting di seluruh Malaya akan terdapat satu atau dua kedai Jepun. Setelah Jepun berjaya menduduki Malaya dalam tahun 1942 baharulah disedari ada di antara mereka yang merupakan pegawai tentera Jepun atau pengintip yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk tentera Jepun.

Justeru itu kerajaan tidak boleh memandangkan ringan kehilangan warga negara China itu. Di zaman yang begitu canggih hari ini mana-mana negara tidak perlu menghantar rakyat mereka untuk melakukan kerja-kerja risikan kerana ia dapat dilakukan menggunakan peralatan jarak jauh seperti satelit. Walau bagaimanapun selagi kita gagal menjejaki mereka selagi itu keselamatan negara dihantui dengan pelbagai persoalan. Tambahan pula jika meletus peperangan.

Kita perlu belajar dari sejarah kerana sesiapa yang enggan belajar dari pengalaman lampau maka mereka akan terperangkap untuk kali kedua.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing ( REACH )- HARAKAHDAILY 29/4/2020

Kita Hampiri Kemenangan Di Laut China Selatan

1. Alhamdulillah! Khabar gembira dari Laut China Selatan buat seluruh rakyat Malaysia.  Meski pun diganggu hebat oleh kapal-kapal China, kita semakin hampir untuk mencapai kemenangan selepas hampir lima bulan Petronas menjalankan kerja eksplorasi di sana.

2. Sejak Disember 2019 lalu, Petronas melalui kapal West Capella telah menjalankan kerja eksplorasi di dua lapangan minyak dan gas iaitu Arapaima-1 di blok ND1 dan Lala-1 di blok ND2. Kronologi ini dicatat rapi oleh portal Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI). 

3. Kemenangan pertama kita terhasil pada Mac lalu selepas kita berjaya menyelesaikan kerja eksplorasi di Arapaima-1.  Perlu diingat, ketika itu China mengirim kapal raksasa (Monster) sebesar 4,000-tan iaitu Zhaoduan-class 5305 dan juga kapal pengawal pantai (CCG) Haijing 5202 dan 5203 untuk menghancurkan usaha kita.

4. Tentera kita telah bertindak balas dengan luar biasa apabila mengerahkan KD Jebat sebesar 2,270-tan yang berjaya menghimpit kapal China ke sudut sukar pada Januari 2020.

5. KD Jebat telah dibantu oleh KD Kelantan serta kapal 45 meter milik Maritim Malaysia iaitu KM Bagan Datuk.

6. Akibat kegagalan mereka untuk memusnahkan usaha eksplorasi kita di blok Arapaima-1, China telah menjadi berang dan menghantar kapal pemusnah Type 052B Wuhan (169) serta meningkatkan gangguan ke atas kapal-kapal kita di blok Lala-1 pula melalui Haiyang Dizhi 8 dan juga kapal pengawal pantai CCG 1105 dan 4203.

7. Tidak hairanlah apabila dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA 6), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52 ke wilayah kita - malah Kapal Frigat Australia, Kelas Anzac, HMAS Parramatta turut serta.

8. Hari ini, data menunjukkan kapal TLDM KA Bunga Mas Lima terus memberi sokongan melindungi kapal West Capella yang dikontrak oleh Petronas, meski pun terus diasak hebat oleh gangguan kapal China.

9. Kita kini semakin hampir dengan kemenangan.  Sebaik sahaja eksplorasi Petronas di blok Lala-1 selesai seperti mana yang dijadualkan dalam bulan Mei 2020 ini juga, sejarah akan tercipta bahawa sesungguhnya kita telah berjaya mempertahankan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan meski pun cuba diganggu dan dimusnahkan oleh kuasa besar!

Sama-sama kita doakan semoga Allah terus perkasakan dan peliharakan para perwira kita yang tidak gentar mempertahakan kedaulatan dan kepentingan nasional kita di Laut China Selatan ini: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), dan juga Petronas.

Kalian wira negara, Semoga Allah peliharakan kalian semua!

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.


Rakaman Ultra Hilamaya

Ahli Aerial Cinema di Teton Gravity Research mengeluarkan rakaman ultra HD pertama Himalaya, yang ditembak dari ketinggian 20,000 kaki, dengan sistem GSS C520. Ia dikatakan sebagai sistem kamera Gyro-Stabilized yang paling maju di dunia. Difilemkan dari helikopter dengan kru terbang dari Kathmandu dengan jarak 4,600 hingga 24,000 kaki.

Menakjubkan. Tidak pernah melihat Himalaya begitu indah. Bersama Mt. Puncak Everest dan berdekatan.



 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment