Fakta Menarik dari 200 artikel

Salam

Dipetik dari FB John Mohamed

200 artikel menarik untuk dibaca sepanjang PKP


1. Semut meletup
2. Thermometer tertinggi didunia
3. Laluan paling banyak selekoh
4. Kenapa hujan ada bau?
5. Kilat panah pasir
6. Distichiasis, bulu mata lebat
7. Jalan paling lurus
8. Istana harry potter
9. Wanita boleh melihat banyak warna
10. Muzium janin
11. Bagaimana pop corn boleh dijual dekat wayang?
12. Mastiff anjing paling mahal
13. Pengasah pensil
14. Minyak kitar semula
15. Tompok plastik di lautan
16. Tasik obor²
17. Warna bunga pada sinar UV
18. Bugatti Cheron dari lego
19. Harpy, burung helang besar
20. Labah labah paling besar
21. Pistol gincu
22. Angsa jadi polis
23. Lapangan terbang Denver
24. Hotel tertua di dunia
25. Pencipta papan Ouija
26. Joker
27. Patung berhantu
28. Terusan jernih di Thailand
29. Nomophobia
30. Tanam bayi dalam pokok
31. Platipus
32. Oasis di China
33. Peti simpanan benih
34. Restoran salah order
35. Mulut gua terbesar di dunia
36. Hotel bentuk kapal
37. Epal ungu
38. Tasik van
39. Gurun sahara
40. Operation London bridge
41. Tasik tompok
42. Alat akustik sebelum radar
43. Berlian hitam
44. Pencipta bekas pringle
45. Gunung padang
46. Bina hidroelektrik sendiri
47. Kulit armadillo Kalis peluru
48. Pertemuan 2 sungai
49. Simulasi bedah mayat
50. Tak boleh ambil gambar menara Eiffel
51. Air force One
52. Congo dandy
53. Setem unik
54. Tasik Loktak
55. Kereta kebal Samsung
56. Gunung Roraima
57. Udara dalam tin
58. Tebuk kepala
59. Lampu barbershop
60. Babirusa
61. Itik gergasi
62. Wine tertua didunia
63. Burung Albatrosses
64. Minyak sawit
65. Cendawan macam jari mayat
66. Rama Rama
67. Kampung biru
68. Bandar padat di india
69. Pilot berkulit hitam pertama
70. Lokasi filem starwars
71. Buang otak pada mumia
72. Jalan seram
73. Karpet mutiara
74. Tangga curam
75. Bulu merak
76. Pasang lampu, pekerjaan yang pupus
77. Lampu untuk penduduk miskin
78. Tukang kejut tidur
79. Burung racun
80. Lemak pada kaki gajah
81. Gelas nano teknologi
82. Stunt double filem marvel
83. Rumput bawah microskop
84. Kopi
85. Dino di Malaysia
86. Kampung unik di belanda
87. Nyamuk
88. Dadah flaka
89. Kabut membunuh
90. Berapa nilai organ
91. Hari gelap disangka kiamat
92. Microburst
93. Gempa bumi
94. La palma tsunami raksasa
95. Telur sotong
96. Diego Garcia
97. Pulau buaya
98. Paus bowhead
99. Hutan pokok bengkok
100. Hidupan laut seperti pikachu
101. Bubble Boy
102. Tumbuhan kalis kemarau
103. Brachiosaurus
104. Titanaboa, ular gergasi
105. Buaya pra sejarah
106. Semut panda
107. Pulau Raja Ampat
108. Macam mana pasang Transmission tower?
109. Faroe Islands
110. Gunung K2
111. Telefon bimbit pertama
112. Pokok paling beracun di dunia
113. Kambing tanduk pelik
114. Chameleon terkecil didunia
115. Kucing paling tua di dunia
116. Bunga tulip
117. Sejarah Colgate
118. Jambatan golden gate
119. Haiwan guna fotosintesis
120. Millpu, kawasan unik di Peru
121. Boracay
122. Watak sesame Street
123. Saluran darah pada muka
124. Kaum Yonamami
125. 23 Haiwan albino
126. Sungai Yangtze
127. Pantai maho
128. Negara Tuvalu
129. Fungsi kening
130. Gurun unik
131. Corak salji
132. Cicak tokek
133. Penyu Caretta
134. Stadium dengan pandangan indah
135. Ikan sardin berhijrah
136. Gunung berapi sejuk
137. Asap terbakar jadi hujan
138. Awan Lenticular
139. Mengkarung unik
140. Olms
141. Maldives
142. Hidupan paling panjang didunia.
143. Burung belatok
144. Unta
145. Bahan padat paling ringan
146. Sejarah bubble wrap
147. Koala
148. Bersin dan batuk
149. Sniper rifle paling power
150. Hutan amazon
151. Fakta otak
152. Beruk gergasi
153. Fobia lipas
154. Fobia guruh
155. Fobia lautan dalam
156. Fobia tinggi
157. Fobia mengandung
158. Fobia dengan cinta
159. Fobia darah
160. Fobia lubang161. Tsunami paling tinggi
162. Kenapa tayar warna hitam
163. Hidupan laut yang unik
164. Badan manusia terbakar dengan sendirinya
165. Kekuatan kokokan ayam jantan
166. Bunyi paling kuat pernah didengar oleh manusia
167. Doktor bedah yang hebat
168. Lelaki singa
169. Tunnel of love
170. Gurun pokok mati
171. Berapa banyak serangga burung makan?
172. Asal usul rantaian makanan
173. Rumah dalam cerita UP
174. Amerika bom gunung berapi
175. Landasan paling panjang vs paling bahaya
176. Bangunan paling kurus
177. Sel kanser payudara
178. Pasir pantai merah
179. Kambing biri-biri paling comel
180. Bulan, galaksi Bima sakti dan lava
181. Haiwan hidup tanpa oksigen
182. Bunga paling kecil
183. Jumlah bakteria di dunia
184. Kereta burung unta
185. Siapa cipta picagari?
186. Kesan parut akibat kilat
187. Ulat makan plastik
188. Gigi paling kuat didunia
189. Hospital kapal
190. Taman negara yang tak boleh masuk
191. Hutan batu
192. Cendawan paling beracun
193. Burung paling laju di dunia
194. Udang lipan
195. Lelaki bertanduk
196. Banjaran Andes
197. Orkid Darth Vader
198. Air terjun paling besar didunia
199. Heterochromia, mata yang unik
200. 607 tahun untuk jelalah kesemua pulau.


Info Tambahan
LightHouse
Belalang Juta
Termometer
Snake Plant
John F Kennedy


1. Semut meletup

Tahukah anda?

Ada sejenis semut yang mampu meletupkan dirinya apabila ada musuh yang menyerang kawasan atau sarang.

Nama saintifiknya disebut sebagai Colobopsis saundersi atau lebih dikenali sebagai Malaysia Explode Ant. Semut jenis ini banyak buat sarang dekat atas pokok dan boleh dijumpai dikawasan hutan Borneo.

Semut pekerja akan meletupkan bahagian ekor yang akan mengeluarkan cecair kuning terang dan melekit malah mempunyai toksin, apa yang peliknya bila cecair kuning itu dikeluarkan, baunya semacam bau kari.






2. Thermometer tertinggi didunia

Tahukah anda?

Termometer yang tertinggi didunia terletak di Baker, California dengan ketinggian 41 meter. Dibuat bersempena dengan suhu tertinggi yang dicatatkan di kawasan tersebut iaitu 57 darjah celcius




3. Laluan paling banyak selekoh

Tahukah anda?

Laluan yang menghubungkan antara Carolina utara dan Tennessee di Amerika yang dikenali sebagai Deals Gap mempunyai 318 selekoh, laluan ini sepanjang 18 kilometer terkenal dengan nama jolokan Ekor Naga disebabkan oleh selekohnya yang banyak.






4. Kenapa hujan ada bau?

Tahukah anda?

Bau yang terhasil dari tanah selepas hujan dikenali sebagai petrichor. Bau ini dihasilkan oleh bakteria yang dikenali dengan nama streptomyces, bakteria ini menghasilkan sejenis molekul yang disebut sebagai Geomin. Benda ni akan dibebaskan apabila air hujan terkena tanah.

Disamping tanah, tumbuhan juga memainkan peranan yang penting, ada tumbuhan yang mengeluarkan minyak dan akan diserap oleh tanah, minyak ni dikeluarkan untuk memperlahan pertumbuhan apabila kurang air terutamanya musim kemarau

Kalau perasan bila hujan mula turun bau tu akan rasa kuat begitu juga selepas hujan. Terapi percuma yang alam semulajadi berikan untuk kita supaya lebih tenang.




5. Kilat panah pasir

Tahukah anda?

Inilah yang berlaku apabila kilat menyambar pasir. Suhu kilat yang terlalu tinggi menyebabkan pasir membentuk sejenis kaca yang dipanggil Fulgurite. Tapi Fulgurite ni sangat jarang dijumpai dan hanya terjadi bila adanya kilat menyambar pasir.





6. Distichiasis, bulu mata lebat

Tahukah anda?

Distichiasis merupakan satu penyakit ganjil dimana penghidapnya mengalami pertumbuhan bulu mata yang lebat. Bulu mata yang lebat boleh tumbuh pada kesemua 4 kelopak mata atau salah satu daripadanya.

Berpunca dari mutasi genetik FoxC2 pada kromosom 16. Penghidap akan mengalami kegatalan pada mata, pandangan kabur, pedih pada bahagian kelopak mata.





7. Jalan paling lurus

Tahukah anda?

Jalan yang paling lurus didunia terletak di Arab Saudi, jalan yang menghubungkan Al Batha dan Haradh ini sepanjang 252 kilometer melalui padang pasir Rub Al Khali yang terbentang luas kiri dan kanan jalan.




8. Istana harry potter

Tahukah anda?

Istana Alnwick yang berada di England pernah menjadi tempat lokasi 2 filem Harry Potter, istana ni digambarkan sebagai Sekolah Sihir Hogwart.

Istana yang berusia 1000 tahun tersebut merupakan tempat dimana Harry Potter dan rakannya belajar menaiki penyapu terbang. Selain dari filem Harry Potter, tempat ini juga menjadi set lokasi penggambaran beberapa filem lain.






9. Wanita boleh melihat banyak warna

Tahukah anda?

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh kolej perubatan Wisconsin mendapati kaum wanita sebenarnya mampu melihat lebih banyak warna berbanding lelaki. malah mereka juga mendapati wanita juga lebih cenderung untuk melihat warna dengan lebih baik.

Kaum wanita juga dikatakan mampu melihat 100 juta warna yang berbeza berbanding lelaki, mereka juga dilahirkan dengan 4 sel warna berbanding lelaki hanya 3.

Itulah sebabnya kenapa kaum wanita terutama yang bertudung mempunyai tudung dengan warna yang berbeza.




10. Muzium janin

Sebuah muzium yang berada di Tambov Rusia mempunyai tarikan tersendiri. Muzium ini merupakan tempat pengumpulan bahan yang pelik. Dikenali dengan nama Museum Of Sins

Pemilik muzium ini dikenali sebagai Yuri Shchukin. Dia yang juga ahli patologi mengumpul pelbagai jenis janin serta tatoo pada kulit hampir 30 tahun lamanya.

Antara pameran yang ada ialah, janin yang cacat semasa dalam perut, paru paru manusia yang teruk akibat kesan asap rokok, anggota badan yang cacat dipamerkan disini.











11. Bagaimana pop corn boleh dijual dekat wayang?

Tahukah anda?

Macam mana timbul popcorn dan wayang? Al kisah dulunya wayang/pementasan teater dianggap hanya orang yang tertentu sahaja boleh pergi tengok. Maksudnya orang yang kaya dan bangsawan mampu tengok benda macam ni.

Namun semua tu berubah apabila wayang ni senakin berkembang pesat maka pada 1927 hampir semua orang mampu tengok wayang. Dari situ ramai yang pergi bawa makanan mereka.

Penjual popcorn mula nampak potensi untuk membuka gerai di kaki lima panggung wayang. Lalu pengusaha panggung wayang mendapat idea untuk jual didalam kawasan panggung tu sendiri.

Pop corn merupakan makanan yang sesuai semasa wayang kerana tidak mengganggu mereka untuk melihat cerita, tambah lagi bila pop corn itu sendiri merupakan makanan yang agak murah dan senang dimasak




12. Mastiff anjing paling mahal

Tahukah anda?

Anjing Mastiff Tibet merupakan antara anjing yang termahal didunia. Di negara China baka ini dikatakan dijual sehingga 4 juta ringgit. Seekor anjing ini mampu mencapai berat sehingga 80 kilogram.







13. Pengasah pensil

Tahukah anda?

Kita semua pernah menulis menggunakan pensil dan kita perlu menajamkan mata pensil tersebut tapi siapakah yang menciptakan alat pengasah pensil?

Pengasah pensil dicipta oleh seorang ahli matematik Perancis yang bernama Bernard Lassimonne mereka dan seterusnya patent kan alat tersebut pada 20 Oktober 1828 dan diberi nama sebagai Taille Crayon. Sebelum terciptanya alat ini, kebanyakan orang akan menggunakan pisau untuk mengasah pensil.

Kemudiannya seorang lelaki dari Amerika yang bernama John lee love menghasilkan pengasah pensil yang mudah alih pada 1894, antara yang paling terkenal di kalangan masyarakat. Pengasah pensil ini memerlukan seseorang untuk memusingkan tuil supaya 'gergaji' didalam bergerak.




14. Minyak kitar semula

Kotor dan jijik tapi itulah hakikatnya berlaku di China ada golongan yang membuat duit dengan kitar semula minyak masak untuk kegunaan harian. Mereka yang membuat kerja sebegini biasanya akan mendapatkan bekalan minyak dari restoran dan juga sisa kumbahan yang ada dalam parit dan juga lemak haiwan

Mereka kemudiannya akan kumpulkan minyak tersebut untuk ditapis, minyak akan diasingkan dengan air melalui cara memanaskan dan tekanan, selepas minyak diasingkan bahan kimia Bentotite dimasukkan untuk membuang sisa yang masih ada, kemudiannya peluntur akan dimasukkan untuk hasilkan minyak jernih.

Kebanyakan minyak tersebut akan dijual di serata negara China, pembeli utamanya ialah restoren kerana minyak ini jauh lebih murah berbanding minyak baru sekali gus dapat menjimatkan kos mereka tanpa menghiraukan kesihatan pelanggan.

Minyak tersebut yang diambil dari pelbagai sumber merbahaya pada orang yang makan makanan yang digoreng atau dimasak menggunakan minyak tersebut.

Orang yang makan hasil penggunaan minyak tersebut akan mengalami cirit-birit, sakit badan dan terdedah pada risiko kanser yang tinggi jika diamalkan secara berterusan.

Kerajaan China telah memandang serius dalam kes ini, dan mengharamkan pembuatan serta penjualan minyak yang dikitar semula. Ramai yang telah ditangkap dan dipenjarakan demi mengatasi masalah ini.

Minyak kitar semula dikatakan berasal dari negara Taiwan pada 1985, ketika itu seramai 22 orang ditahan. Mereka menjalankan aktiviti kitar semula minyak tersebut selama 10 tahun.






15. Tompok plastik di lautan

Plastik satu bahan yang sangat popular digunakan dalam setiap pembuatan segala macam benda, dari perkakasan rumah sehingga alat elektronik itu sendiri.

Namun plastik merupakan bahan yang sangat tahan lama, dengan ini membawa masalah pada manusia, plastik mengambil masa begitu lama untuk mengurai walaupun ditanam.

Lautan Pasifik mempunyai satu masalah besar iaitu terdapat satu tompokan besar sampah yang terapung pada permukaan laut yang dinamakan sebagai Pasific plastic garbage patch.

Kawasan ini merupakan sampah yang terapung terbesar didunia, berada diantara pulau Hawaii dan California. Ditemui pada tahun 1997 Charles Moore sewaktu dia belayar pulang ke Los Angeles. Dia menemui botol plastik dan sebilangan besar plastik yang terapung.

Kebanyakan plastik yang dijumpai merupakan microplastik, iaitu plastik yang bersaiz kecil. Melalui kajian yang dijalankan, mereka mendapati kawasan sampah ini berkeluasan 1.6 juta kilometer persegi iaitu 3 kali ganda lebih besar dari negara Perancis dan dikatakan mempunyai 1.8 trillon plastik.

Selain sampah plastik, peralatan memancing dan jaring antara penyumbang terbesar masalah dikawasan tersebut. Microplastik ini terjadi apabila satu plastik besar yang kemudiannya pecah disebabkan oleh faktor suhu, cuaca, arus dan haiwan yang makan plastik tersebut akan mula menjadi cebisan plastik kecil.

Setiap tahun hampir 2.41 juta tan sisa plastik masuk ke dalam laut melalui sungai yang tercemar. Dari situ plastik mula dibawa oleh arus laut dan terapung ditengah lautan, kesannya pada hidupan akuatik sangat besar.

Haiwan laut seperti penyu, ikan paus merupakan antara mangsa yang menjadikan plastik sebagai makanan. Haiwan ni akan makan plastik dan bahan tersebut tidak mampu untuk dicerna oleh perut haiwan dan menyebabkan tercekik.

Disamping itu, jaring dan tali akan menyebabkan haiwan tersangkut atau terperangkap apabila melalui kawasan yang mempunyai bahan tersebut dan akan dibawa ke mana sahaja haiwan tersebut berenang.









16. Tasik obor²

Tahukah anda?

Sebuah tasik yang mempunyai begitu banyak obor-obor berada di Palau. Tasik obor-obor ini juga bersambung ke laut melalui rekahan batu kapur dibawah tanah.

Tasik yang dikatakan berusia 12,000 tahun ini mempunyai 2 spesis obor-obor iaitu Aurelia dan Mastigias. Obor obor ini tdak mampu mencederakan manusia, tempat ini menjadi rumah kepada jutaan obor-obor yang menjadi tarikan pelancong.

Sekitar 2016 tasik ini ditutup kerana masalah kemarau, populasi obor obor berkurangan mendadak. Walaubagaimanapun pada awal tahun kawasan ini mula dibuka disebabkan kehadiran ribuan obor obor.






17. Warna bunga pada sinar UV

Bunga dan tumbuhan yang biasa sebenarnya akan bercahaya bila dilihat melalui cahaya ultraungu. Mata manusia tidak dapat melihat cahaya ini tapi kebanyakan haiwan mampu melihatnya. Seakan akan pandora dalam cerita Avatar.






18. Bugatti Cheron dari lego

Tahukah anda?

Lego menghasilkan sebuah kereta Bugatti Cheron yang diperbuat daripada Lego. Kereta Lego ni boleh dipandu seperti kereta biasa tapi kelajuan kereta ini hanya sekitar 60kmj saja.

Badan kereta ini diperbuat dari Lego Technic, ribuan Lego disusun dan membentuk replika kereta Buggati tersebut. Kereta ini digerakkan dengan menggunakan 2304 LEGO Power Function Motor dan menghasilkan 5.3 kuasa kuda saja







19. Harpy, burung helang besar

Harpy : Burung helang terbesar

Burung helang Harpy atau nama saintifiknya dipanggil Harpia harpyja merupakan antara yang terbesar di dunia. Burung helang dari jenis ini banyak di jumpai disekitar Amerika selatan dari Mexico hingga ke Brazil.

Burung helang betina biasanya lebih besar dari yang jantan, berat badannya mampu mencecah sehingga 10 kilogram, manakala yang jantan hanya 5 kilogram. Tinggi haiwan ini pula antara 89 hingga 105cm

Spesis ini akan menjadikan haiwan seperti tikus,burung kecil, monyet,tupai sebagai makanan. Menggunakan kuku yang sangat tajam untuk mencengkam haiwan lain. Burung helang betina mampu mengangkat monyet yang seberat 7 kilogram dengan mudah.

Selain itu, burung ini juga akan membuat sarang pada pokok yang paling tinggi di dalam hutan. Sarang akan dibuat menggunakan ranting kayu, tumbuhan hutan serta bulu binatang yang di makan. Selalunya burung ini
akan menggunakan sarangnya berulang kali.

Jangka hayat burung ini sekitar 25 hingga 35 tahun dalam keadaan liar dan boleh menahan lapar selama satu minggu. Mempunyai sepasang mata yang cukup tajam, mampu mengesan haiwan buruan pada jarak 200 meter dan boleh terbang dengan kelajuan hampir 100kmj





20. Labah labah paling besar

Tahukah anda?

Labah-labah dari spesis Heteropoda maxima merupakan antara yang paling besar didunia, kakinya mampu mencecah 30cm panjang. Spesis ini pertama kali di rekodkan apabila ditemui pada semua gua di Laos.





21. Pistol gincu

Tahukah anda?

Gincu ini mempunyai merupakan salah satu alat yang digunakan oleh pengintip KGB pada era perang dingin sekitar tahun 60an.

Pistol yang menyerupai gincu ini digunakan oleh pengintip wanita dan mempunyai satu peluru sahaja. Pistol jenis ini amat kecil dan senang dibawa, dikesan semasa seseorang yang membawa alat ini melalui sempadan untuk ke Jerman barat, pihak Amerika telah berjaya mengesan alat ini semasa membuat pemeriksaan.




22. Angsa jadi polis

Pihak polis di China telah menggunakan angsa untuk menggantikan anjing di daerah Xinjiamlng. Polis China berkata angsa lebih berani untuk mengejar penjenayah, setelah angsa digunapakai mereka mendapati haiwan tersebut lebih efektif berbanding anjing malah mereka mendapati angsa juga mempunyai pendengaran yang lebih baik




23. Lapangan terbang Denver

Pihak polis di China telah menggunakan angsa untuk menggantikan anjing di daerah Xinjiamlng. Polis China berkata angsa lebih berani untuk mengejar penjenayah, setelah angsa digunapakai mereka mendapati haiwan tersebut lebih efektif berbanding anjing malah mereka mendapati angsa juga mempunyai pendengaran yang lebih baikaDenver : lapangan terbang Freemason & Illuminati?

Lapangan terbang Denver atau singkatannya DEN di Amerika mempunyai satu misteri yang sukar untuk dijawab oleh orang biasa. Lapangan terbang yang menelan belanja 4 billion dollar ini menjadi topik hangat perbualan sesetengah orang.

Topik hangat yang diceritakan tersebut tidak lain tidak bukan berkenaan pengaruh Freemason dan Illuminati yang ada dan orang ramai boleh lihat sendiri.

Lapangan terbang Denver mempunyai tarikan yang sangat pelik dan tidak logik dibuat pada sesebuah lapangan terbang. Tarikan tersebut ialah lukisan yang ganjil serta arca seni yang menakutkan.

Di kawasan luar ada patung kuda besar yang dibuat, mata kuda tersebut berwarna merah yang kelihatan amat pelik. Manakala dibahagian dalamnya mempunyai beberapa lukisan yang menggambarkan seolah-olah seperti dalam keadaan tertekan akibat tentera yang ganas menyiksa tahanan.

Selain itu ada arca patung yang kelihatan seperti syaitan keluar dari bagasi, pengunjung lapangan terbang tersebut menamakan patung tu sebagai Lucifer kerana wajahnya yang menakutkan.

Kawasan ini apabila dilihat melalui udara, buka Google Earth atau map kita boleh nampak rekaan tempat ini seakan akan swastika, satu simbol yang diagungkan oleh Nazi satu ketika dulu. malah tarikh pembukaan tempat ini juga menjadi kontroversi.

Tempat ini dibuka pada 19 march 1994, apabila tarikh ini dicampurkan, 1+9+1+9+9+4 bersamaan dengan 33. Nombor 33 pula merupakan level tertinggi dalam organisasi Freemason iaitu 33rd degree, apa yang mengejutkan adanya satu tempat khas dengan logo Freemason.

Pada tempat tu ditulis New World Airport Commission, ramai yang beranggapan bahawa lapangan terbang ini ditaja oleh golongan Freemason dan Illuminati untuk membina satu lapangan terbang khas untuk golongan mereka.

Pelbagai teori seperti tempat ini sebenarnya mempunyai bilik kebal sedalam 5 tingkat dibawah tanah dan dikatakan menjadi punca kenapa lapangan terbang ini kosnya bertambah sehingga 4 billion dollar.









24. Hotel tertua di dunia

Tahukah anda?

Di Jepun terdapat sebuah hotel yang berusia lebih 1300 dan merupakan hotel yang tertua didunia yang masih lagi menjalankan perniagaan. Hotel tersebut dikenali dengan nama Nishiyama Onsen Keiunkan, terkenal dengan kolam air panasnya. Air panas tersebut merupakan air panas semulajadi yang diambil dari mata air Hakuho.

Hotel yang diuruskan oleh 52 generasi ini berada di Hayakawa,Jepun diasaskan pada tahun 705. Terletak pada kaki gunung Akaishi, hotel ini mempunyai 37 buah bilik yang menawarkan pemandangan indah, kali terakhir diubahsuai pada 1997 dan masih lagi mengekalkan ciri ciri tradisional Jepun.






25. Pencipta papan Ouija

Tahukah anda?

Papan Ouija atau lebih dikenali dengan nama Spirit dikalangan orang Malaysia, pencipta papan Ouija ini merupakan seorang lelaki yang bernama Elijah Bond yang lahir pada 23 Januari 1847 di Bel Air, Maryland Amerika.

Papan Ouija ni dicipta oleh Elijah dan telah mendapat hak cipta pada tahun 1891. Papan ni dikatakan boleh menyeru roh orang yang sudah meninggal dunia.

Dia meninggal pada usia 74 tahun. Perhatikan kubur dia dibahagian belakang mempunyai papan Ouija yang merupakan ciptaannya






26. Joker

Tahukah anda?

Cerita Joker dah keluar kan, tapi ada satu cerita yang orang kata macam mana Joker ni dapat inspirasi. Satu filem yang berjudul The Man Who Laugh diterbitkan pada tahun 1928.

Cerita seram ni berkisar tentang seorang badut yang yang jahat, watak badut tersebut dilakonkan oleh Conrad Veidt. Dari filem tahun 1928 ni lah DC comic dikatakan mendapat ilham untuk mencipta karakter Joker.




27. Patung berhantu

ahukah anda?

Kelihatan macam patung mainan kanak kanak biasa, tapi ada kisah disebalik patung ni. Nama patung ni Robert, dipamerkan pada Museum East Martello.

Patung ni dikatakan berhantu, dulu patung ni milik Robert Eugene Otto. Dikatakan boleh bergerak sendiri, mengubah bentuk mukanya dan ketawa kecil. Sebuah filem yang diadaptasi dari cerita Robert ini dikeluarkan pada tahun 2015





28. Terusan jernih di Thailand

Jika korang ke Krabi Thailand, satu tempat yang dikenali sebagai tha pom klong song nam yang juga membawa maksud 2 terusan ini mempunyai pokok paya bakau dan air yang jernih. Air yang jernih tu mengalir turun dari gunung batu kapur berdekatan, kawasan ini juga mempunyai restoran dan kedai cenderamata.

Selain tu korang boleh berjalan dekat titi yang disediakan tapi kawasan ni tak dibenarkan mandi, masuk ke sini berbayar. Air dia makin jernih kehijauan bila masuk lagi ke dalam hutan paya bakau. Harga tiket nak masuk kawasan ini RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.










29. Nomophobia

Nomophobia merupakan satu phobia dimana seseorang rasa tidak senang atau resah apabila tidak memegang telefon dalam jangka masa tertentu. Ini disebabkan oleh ketagihan telefon yang teruk, malah kajian mendapati aplikasi yang dicipta memerlukan perhatian khusus dari pengguna. Itu sebabnya dicipta 'notification' yang memberi isyarat untuk pengguna melihat telefon mereka setiap masa.




30. Tanam bayi dalam pokok

ahukah anda?

Di selatan Sulawesi atau lebih tepat lagi di Tana Toraja, Indonesia terdapat satu ritual yang menyeramkan dilakukan oleh penduduk di sana.

Ritual menanam bayi dalam pokok yang besar, jika berlaku sebarang kematian bayi,maka dicari satu pokok besar dan ditebuk lubang. Bayi tersebut akan dibaluti dengan kain dan akan dimasukkan ke dalam lubang yang ditebuk tadi.

Lubang tersebut akan ditutup dengan menggunakan daun kelapa sawit. Masyarakat sekitar percaya, pokok tersebut akan menyerap bayi tu. Hanya bayi yang belum tumbuh gigi akan ditanam dengan cara sebegini.

Disamping itu mereka beranggapan bahawa roh bayi tersebut akan dibawa oleh angin. Setiap pokok besar yang dipilih akan digunakan untuk mayat bayi jika terdapat sebarang lagi kematian dan ada pokok yang mampu memuatkan 20 mayat bayi.





31. Platipus

Tahukah anda?

Semua tahu pasal Platypus yang merupakan sejenis mamalia yang bertelur, haiwan ini hanya ditemui pada benua Australia sahaja, banyak mendiami tebing sungai.

Haiwan yang unik ini mempunyai paruh seperti itik dan boleh membesar sehingga 15 inci tapi walaupun platypus ni nampak comel sebenarnya haiwan ni mempunyai sengat dibawah tapak kakinya dan sangat berbisa.

Jangka hayat seekor platypus mampu mencecah 20 tahun jika dibela dan hanya 12 tahun jika dibiarkan liar. Platypus ni makan cacing, cengkerang, larva sebagai makanan utama.

Haiwan mamalia tapi bertelur dikenali dengan istilah 'Monotremes'. Setakat ini terdapat 5 spesies monotremes iaitu Platypus dan 4 spesies Echidna yang seakan landak.





32. Oasis di China

Tahukah anda?

China memang terkenal dengan pelbagai benda atau tempat yang pelik dan unik, Contohnya seperti Tasik Bulan Sabit ini yang berada di Wilayah Gansu dan dikatakan berusia 2000 tahun.

Tasik ini dinamakan sebagai Yueyaquan pada era pemerintahan Dinasti Qing. Kedalaman tasik ini mampu mencecah 7 meter dan beberapa kali air tasik ini berkurangan. Kerajaan China mengambil langkah proaktif untuk mengembalikan paras air yang asal.

Keindahan tempat ini sangat memukau mata pelancong yang datang disebabkan oleh adanya oasis yang berbentuk seperti bulan sabit yang berada di gurun Gobi






33. Peti simpanan benih

Peti simpanan benih tumbuhan

Di Norway terdapat satu tempat yang dikawal rapi. Tempat ini merupakan tempat penyimpanan benih jika berlaku sebarang malapetaka yang melanda dunia.

Terletak pada sebuah pulau yang bernama Spitsbergen iaitu kira kira 1300 kilometer dari kutub utara. Tempat ini dikenali dengan nama Svalbard Global Seed Vault yang dibuka pada 26 February 2008 dengan menelan belanja sebanyak 8 juta dollar.

Tempat penyimpanan ini mempunyai lebih kurang 900,000 benih dari pelbagai tumbuhan yang diambil dari seluruh dunia untuk tujuan pengumpulan. Tempat ini dibina untuk menampung kira kira 2.5 billion benih dalam satu masa. Sebanyak 100 buah negara mengambil bahagian untuk menderma benih tumbuhan mereka untuk dijaga disini.

Setiap satu variasi tumbuhan yang ada akan diletakkan 500 biji benih ini bermakna jika berlaku malapetaka seperti ledakan Yellowstone yang mampu menyebabkan suhu dunia rendah dan pelbagai jenis tanaman diancam kepupusan, maka tempat ini bertindak sebagai sokongan.

Kawasan yang dipilih juga merupakan kawasan yang bebas banjir ataupun gempa bumi, suhu didalam tempat ini diturunkan lagi dengan suhu purata -18c, kawasan Norway dipilih kerana jika berlaku kecemasan tempat ini masih mampu untuk mengekalkan suhu sejuk biasanya iaitu sekitar -5.

Namun begitu tempat ini tidak dapat untuk menyimpan tanaman seperti kelapa kerana kelapa merupakan tumbuhan yang tidak boleh disejukkan.






34. Restoran salah order

Tahukah anda?

Biasanya kalau dapat makanan yang selain kita pesan dah tentu kita marah kan, tapi sebaliknya berlaku di negara Jepun. Ada satu restoran yang dikenali dengan nama Mistaken Order.

Sesuai dengan namanya, restoran ini akan hantar makanan yang lain dari korang pesan. Contoh nak makan sushi tapi yang sampai Ramen. Pelanggan disini tidak akan marah pelayan tersebut.

Restoran unik ni dikendalikan oleh orang yang menghidap Dementia, memberikan peluang kerjaya pada pesakit disamping memberi kesedaran umum kepada masyarakat Jepun.






35. Mulut gua terbesar di dunia

Tahukah anda?

Gruta Casa de Pedra merupakan sebuah gua yang terletak di Brazil atau lebih tepat lagi pada Taman Negeri Alto Rebiera. Gua ni merupakan gua yang cukup unik.

Unik disebabkan oleh 'mulut' gua ini merupakan yang terbesar didunia dan berketinggian 172 meter manakala panjang gua ini lebih kurang 2930 meter.





36. Hotel bentuk kapal

Tahukah anda?

Dari jauh kita dah nampak pelik, kenapa kapal tu ada atas bukit, inilah salah satu tempat menarik yang korang kena lawat bila ke Korea selatan yang dibuka pada 2002

Tempat ni nama dia Sun Cruise & Yatch yang terletak Jeongdojing. Tempat ni sebenarnya sebuah resort yang memiliki bilik sebanyak 211 buah dan 6 restoran.

Rekaan berbentuk kapal macam ni dikatakan yang pertama didunia, selain reka bentuk yang unik, resort kapal ni juga menyediakan pelbagai fasiliti seperti gym, padang golf, gelanggang bola tampar.

Suasana dalam resort ni juga dibuat seolah olah macam kapal persiaran betul, siap dengan bunyi ombak dan kolam renangnya guna air laut.








37. Epal ungu

Tahukah anda?

Biasanya kita tengok buah epal warna merah atau hijau tapi di pergunungan tibet ada buah epal yang warnanya seperti ungu kehitaman, buah epal ini jarang ditemui kecuali di tibet atau China. Harganya boleh mencecah RM30 sebiji.

Pokok epal jenis ini memerlukan suhu yang agak sejuk untuk berbuah sebab itulah pokoknya banyak tumbuh di kawasan pergunungan tibet yang mempunyai suhu yang agak rendah sepanjang tahun.




38. Tasik van

Tahukah anda?

Keindahan tasik Van yang terletak di negara Turki rupanya menyimpan rahsia yang tersembunyi. Tasik yang seluas 3755 kilometer persegi tersebut mempunyai sebuah istana lama yang dikatakan berusia lebih kurang 3000 tahun.

Sepasukan penyelam menemui istana tersebut pada dasar tasik dan berjaya menemui dinding batu setinggi 13 kaki yang sepanjang 1 kilometer.

Mengikut kajian yang dilakukan, istana tersebut mungkin peninggalan sebuah tamadun yang dikenali dengan nama Tushpa yang menjadikan tasik Van ini sebagai pusatnya.






39. Gurun sahara

Tahukah anda?

Gurun sahara merupakan salah satu gurun yang terluas di dunia yang berkeluasan kira-kira 9 juta kilometer persegi. Kawasan ini dulunya dipenuhi oleh hutan yang sangat hijau dengan pelbagai tumbuhan dan haiwan serta terdapat penempatan manusia.

Kawasan ini bertukar menjadi gurun sekitar 4000 tahun yang lepas akibat perubahan paksi bumi diantara 22.1 dan 24.5 darjah dalam kitaran setiap 41,000 tahun. Selepas 41,000 tahun sudah habis maka kawasan gurun ini akan mula menghijau.

Walaupun dengan cuaca panas yang ekstrem, terdapat lebih kurang 2 juta penduduk yang mendiami kawasan gurun sahara ini. Kebanyakan dari mereka terdiri daripada kaum nomad yang akan berpindah.

Cuaca pada siang hari boleh mencecah sehingga 58 darjah dan pada waktu malam kadangkala boleh turun sehingga -6 disebabkan oleh ketiadaan awan.

Kawasan ini merupakan antara yang paling kurang menerima hujan iaitu kurang dari 2 centimeter setahun. Manakala salji pula biasanya terbentuk pada gunung yang tinggi.

Gurun sahara yang merentasi 11 buah negara ini juga mempunyai bukit pasir antara yang tertinggi di dunia seperti yang terdapat di Algeria yang setinggi 400 meter.

Ribut pasir disekitar kawasan gurun ini juga kerap berlaku dan ribut ini sebenarnya boleh dilihat dari angkasa lepas,boleh nampak deruan angin ribut pasir.





40. Operation London bridge

Tahukah anda?

Operation London Bridge akan digunakan oleh pihak berkuasa British apabila berlakunya kematian Ratu Elizabeth II. Manakala kod London Bridge is down akan digunakan untuk memberitahu tentang kematian ratu British tersebut. Beberapa kod yang digunakan seperti Hyde park corner untuk George IV dan Tay Briged untuk puteri Diana.

Selepas mendapat pengesahan dari doktor, maka satu tempat rahsia yang dikenali dengan nama Foreign Office's Global Response Centre akan mengeluarkan berita rasmi untuk negara mereka dan 36 buah negara Komanwel yang Malaysia juga salah satu ahlinya.

Stesen tv BBC akan mula menggunakan sistem khas yang dikenali sebagai Radio Alert Transmission System atau RATS. Dicipta pada 1930 untuk menyampaikan berita dalam masa kecemasan akan digunakan.




41. Tasik tompok

Tahukah anda?

Tasik Kliluk yang berada di negara Kanada juga dikenali sebagai tasik bertompok disebabkan oleh beberapa mineral yang ada pada tasik tersebut.

Antara mineral itu ialah magnesium sulfate, calcium, dan sodium sulfates. Apabila musim kemarau, air tasik akan kering dan meninggalkan tompok tompok air. Semasa perang dunia pertama, garam di kawasan ini diambil untuk dijadikan sebagai bahan letupan.





42. Alat akustik sebelum radar

Tahukah anda?

Ini lah cara untuk mengesan kehadiran kapal terbang musuh sebelum terciptanya radar, banyak digunakan pada perang dunia pertama. Alat akustik ni mampu mengesan bunyi enjin kapal terbang dan tentera yang bertugas akan memberi amaran awal kepada orang lain.






43. Berlian hitam

Tahukah anda?

Sebut berlian kita mesti tahu yang warnanya putih dan lut sinar, tapi ada objek yang dipanggil sebagai berlian hitam yang dikenali sebagai Carbonados.

Carbonados ni merupakan berlian yang berwarna hitam, apa yang pelik hanya dijumpai pada Afrika tengah dan juga Brazil. Hanya 2 tempat ini yang mempunyai banyak Carbonados.

Lebih hairan bila saintis sendiri pening bagaimana Carbonados ni terhasil, tidak sama dengan berlian yang dihasilkan di dalam bumi dengan tekanan yang cukup kuat dan lama. Maka saintis menganggap Carbonados ni merupakan bahan yang terdapat dalam komet yang jatuh ke bumi.

Struktur Carbonados ni lebih kukuh dari berlian biasa, dan kebiasaannya digunakan dalam alatan memotong disebabkan oleh kekuatan yang ada.




44. Pencipta bekas pringle

Tahukah anda?

Fredric Baur merupakan orang yang mencipta bekas kentang Pringles yang dilahirkan pada 1918. Dia memperkenalkan kentang yang disusun dalam bekas silinder pada 1970 dan ketika dia meninggal pada 4 mei 2008, abu mayatnya diletakkan dalam bekas asal Pringles yang dipelopori olehnya sendiri.




45. Gunung padang

Gunung padang yang terletak di Barat Jawa Indonesia dipercayai oleh sebilangan orang sebagai piramid yang tertua di dunia. Kawasan gunung padang ini mempunyai ribuan batu batu besar yang guna batuan gunung berapi yang dulunya berdiri kukuh di atas gunung tersebut.

Gunung padang sebenarnya bukanlah seperti gunung lain yang telah tinggi tapi sebenarnya merupakan tanah yang tinggi dan berteres, strukturnya kelihatan seperti piramid.

Kajian menyeluruh termasuk membuat imbasan ke dalam tanah menggunakan Ground Penetrating Radar menunjukkan tempat ini bukan sekadar buatan manusia malah bertingkat yang dibina sejak berkurun lamanya.

Terdapat lebih kurang 5 lapisan yang dibina, mengikut kajian yang dilakukan menunjukkan usia piramid ini lebih dari 10,000 tahun dan ada yang kata hampir 20,000 tahun dulu. Kemungkinan waktu gunung padang dibina Pentas Sunda masih ada.

Piramid ini menurut kajian yang dikatakan dibina oleh tamadun yang mampu membina tempat ini dan belum dijumpai, maksudnya mungkin ada tamadun yang sudah hilang.

Tujuan tempat ini dibina masih lagi misteri, dan ada yang kata mungkin terdapat kubur di tengah-tengah struktur seperti di China. Jika tarikh carbon dating yang diambil sampelnya iaitu pada lapisan paling dalam dikira, ini bermakna gunung padang itu sendiri sudah bermula lebih awal dari tamadun Mesopotamia dan juga zaman Ais yang terakhir Jadi gunung padang sebenarnya sudah mendahului piramid di Giza, Stonehenge serta Gobekli Tepe dari segi usia.

Namun status gunung padang ini masih lagi memerlukan kajian yang rapi dan teliti untuk mengesahkan sebagai tapak tertua di dunia.




46. Bina hidroelektrik sendiri

Seorang lelaki yang bernama John Magiro yang berasal dari kenya membuat janakuasa hidroelektrik bersaiz kecil di kampungnya yang terletak Mathioya.

Dia yang berusia 21 tahun membuat hidroelektrik bersaiz kecil disebabkan kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik, dia meminjam sh6,000 kira kira RM250 dari ibunya.

Berbekalkan modal RM250 tersebut, dia membuat hidroelektrik menggunakan barangan basikal terpakai. Dia kemudiannya membina janakuasa tersebut pada sungai Godo.

Walaupun tahap pembelajaran semasa di sekolah tidak lah begitu memberangsangkan namun dengan niat dan kerja keras hasilnya dia dapat menerangkan 300 buah rumah di yang dulunya tiada bekalan elektrik. Siapa sangka remaja ini mampu mengubah kehidupan orang lain di usia muda.





47. Kulit armadillo Kalis peluru

Tahukah anda?

Haiwan armadillo ni mempunyai kulit yang agak tebal untuk melindungi badannya, haiwan ni hanya makan serangga kecil tapi percaya atau tidak peluru yang bersaiz kecil seperti .38 tidak mampu untuk menembusi kulit keras tersebut.

Pada tahun 2015 seorang lelaki yang berasal dari Texas, Amerika dikejarkan ke hospital kerana peluru yang ditembak sebanyak 3 kali untuk membunuh armadillo telah terpelanting dan terkena pada rahangnya.




48. Pertemuan 2 sungai

Selalu kita tengok laut yang bertemu tapi warna lain kan, yang ni sungai bertemu dan warnanya tidak bercampur disebabkan perbezaan ketumpatan dan suhu air serta kelajuan air yang mengalir.











49. Simulasi bedah mayat

Kalau dulu doktor belajar anotomi badan manusia melalui mayat tapi dah masuk abad ke 21 ni sebuah syarikat yang berpangkalan di Tampa Amerika yang dikenali sebagai Syn Daver diaorang buat badan lengkap dari bahan sintetik.

Patung ni juga merupakan simulator bagi doktor bedah, harga patung ni 40,000 dollar dan direka khas supaya doktor boleh 'bedah'. Lepas dibedah akan ada alat ganti yang lain. Struktur badan dibuat nisbah 1:1 untuk membolehkan doktor yang dilatih tu rasa seperti manusia betul.

Bukan sahaja manusia tapi syarikat ni juga dah buat untuk haiwan macam anjing jadi dah tak perlu nak juga haiwan atau manusia betul





50. Tak boleh ambil gambar menara Eiffel

Tahukah anda?

Kalau ke Kota Paris mestilah wajib gambar selfie ada latarbelakang menara Eiffel. Tapi apa yang korang tak tahu ialah kalau amik gambar menara ni pada waktu malam sebenarnya menjadi satu kesalahan.

Sebab mengikut Société d’Exploitation de la Tour Eiffel (SETE) lampu menara tu tergolong dalam hak cipta, selagi korang amik gambar yang jenis Non profit masih selamat. Tapi yang profit memang akan ada masalah sebab lampu/cahaya tu dianggap seni.

Ikut peraturan kesatuan Eropah, pemilikan hak cipta akan luput setelah 70 tahun kematian pemegangnya. Lampu di menara Eiffel dipasang oleh Pierre Bideau pada 1985 dan masih hidup.





51. Air force One

Air Force One : Rumah Putih Di Udara

Selain kereta seorang presiden Amerika juga mempunyai kapal terbang yang juga direka khas untuk kegunaan rasmi negara tersebut. Sebagai seorang antara paling penting didunia, presiden Amerika perlu untuk bergerak kemana sahaja untuk lawatan rasmi diseluruh dunia.

Kapal terbang yang paling dikenali iaitu Boeing 747-200B atau lebih dikenali oleh orang ramai sebagai Air Force One. Nama tersebut hanyalah merupakan kod panggilan kapal terbang.

Kapal terbang yang berwarna biru putih ini menjadi simbol presiden Amerika bila berkunjung ke mana-mana negara, seperti kereta Cadillac One, kapal terbang ini juga dibuat 2 biji untuk kelirukan musuh. Cara yang hampir sama.

Pesawat yang diubahsuai untuk kegunaan rasmi negara Uncle Sam ini juga mampu mengisi minyak 35 ribu kaki di udara seperti jet pejuang dengan bantuan pesawat tanker minyak. Risiko agak tinggi bila bawak orang kenamaan untuk berhenti di mana mana lapangan terbang. Selagi minyak ada kapal terbang ini mampu mendarat di mana saja yang perlu jika berlaku serangan nuklear disana .

Jika semasa penerbangan seorang presiden tidak sihat, dalam kapal terbang ni sudah lengkap dengan hospital bergerak, kalau nak buat pembedahan pun boleh. Doktor pakar yang dilantik akan bergerak kemana sahaja, selain itu ada peti sejuk yang menyimpan darah presiden untuk kegunaan apabila semasa kecederaan yang menyebabkan kehilangan banyak darah.

Pesawat yang seluas 4000 kaki persegi ini mempunyai 3 tingkat yang menempatkan pejabat Presiden, bilik rehat yang cukup selesa. Boleh dikatakan kapal terbang ini merupakan pejabat bergerak untuk presiden, beliau juga mampu membuat ucapan secara langsung dari kapal terbang jika perlu.

Mampu terbang dengan kelajuan 976 kilometer sejam dan mempunyai 2 buah dapur memasak yang mampu menyediakan makanan untuk hampir 100 orang dalam satu masa, chef akan menyediakan makanan untuk krew dan presiden semasa di udara.

Pertahanan kapal terbang ini tidak banyak yang diketahui tapi ada yang mengatakan mampu untuk menahan letupan nuklear semasa di udara dan kalau peluru berpandu menyasarkan kapal terbang ni, sistem elektronik kapal terbang mampu untuk halang serangan.

Alat komunikasi juga disediakan untuk perhubungan antara presiden dan orang kenamaan lain,jadi percaya atau tak dalam kapal terbang ni ada 85 buah telefon.

Kalau kapal terbang ni bergerak kemana mana negara, kosnya mencecah RM 234,864.00 SEJAM. Bayangkan kalau penerbangan yang lama dan cecah 10 jam, kiralah sendiri. Kos ini termasuk minyak, makanan, krew dan perkhidmatan lain. Satu pesawat ni boleh bawa 100 orang dan itu sebab lah 2 dapur diperlukan tadi.

Kapal terbang Air Force One yang baru dan akan membawa Donald Trump dikatakan kosnya mencecah 21 billion ringgit. Satu angka yang tersangat mahal untuk pesawat, bukan satu tapi perlu dibuat dua. Kos mahal apabila seorang presiden meminta rekaan khas didalam pesawat atau dilengkapi alatan paling canggih.







52. Congo dandy

Secara umum kita tahu yang kebanyakan negara Afrika terdiri dari negara yang miskin,tapi dalam keadaan miskin ramai diantara kita yang tak sedar kehadiran budaya tersendiri.

Budaya tersebut dikenali sebagai Congo Dandy, sebab budaya ni tersebar luas di negara Congo, nama lain budaya ni ialah La Sape, iaitu sekumpulan orang yang mengenakan fashion menarik dan sanggup berhabis duit. Boleh dikatakan benda ni sebagai hobi tapi lama-lama jadi macam budaya untuk sesetengah orang.

Orang yang terlibat dalam Dandy ni akan habiskan duit diaorang untuk beli baju, kasut, seluar dan pelbagai aksesori lain. Mereka habiskan gaji untuk beli barangan macam ni demi nak nampak menarik dan unik biar pun dengan harga keseluruhan pakaian tu mampu beli tanah.

Pakaian yang diaorang guna tu bukan biasa, tapi yang ada branded di import dari luar negara, mereka sanggup berjimat, ikat perut berlapar untuk beli barang mahal yang diaorang nak.






53. Setem unik

Tahukah anda?

Negara Barbados ini akan abadikan penduduk yang mencecah 100 tahun dalam bentuk setem sebagai cara menghargai mereka. Sebanyak 27 keping setem yang berharga 65 sen yang dicetak khas mempunyai wajah orang yang umurnya melebihi 100 tahun, ada yang dah meninggal ada yang masih hidup.




54. Tasik Loktak

Tasik Loktak terletak di Manipur india merupakan satu-satunya taman negara yang terapung didunia. Tasik yang memukau ini berada di taman negara Keibul.

Berkeluasan 35 kilometer persegi dan kedalaman tasik ini boleh mencecah sehingga 15 kaki. Disekitar tasik ini terdapat tumbuhan yang dikenali sebagai 'phumdis' yang banyak tumbuh didalam air.

Kawasan ini juga merupakan penduduk seramai hampir 3000 orang yang tinggal berhampiran tasik. Penduduk juga menjadikan tasik ini sebagai mata pencarian mereka dengan menangkap ikan.

Ada penduduk yang membuat rumah diatas pulau di sekitar tasik. Terdapat 425 spesis haiwan antaranya 100 spesis burung, dan 233 spesis tumbuhan. Kawasan ini diisytiharkan sebagai taman negara pada tahun 1977







55. Kereta kebal Samsung

Tasik Loktak terletak di Manipur india merupakan satu-satunya taman negara yang terapung didunia. Tasik yang memukau ini berada di taman negara Keibul.

Berkeluasan 35 kilometer persegi dan kedalaman tasik ini boleh mencecah sehingga 15 kaki. Disekitar tasik ini terdapat tumbuhan yang dikenali sebagai 'phumdis' yang banyak tumbuh didalam air.
Tahukah anda?

Samsung, sebut je mesti ingat telefon pintar,peti sejuk atau mesin basuh. Tapi apa yang kita jarang tahu ialah samsung sebenarnya mempunyai anak syarikat yang buat kereta kebal, melalui syarikat Samsung techwin ini la beberapa kereta kebal dikeluarkan seperti K9 Thunder, helikopter dan pelbagai jenis alatan persenjataan untuk tentera korea.
Kawasan ini juga merupakan penduduk seramai hampir 3000 orang yang tinggal berhampiran tasik. Penduduk juga menjadikan tasik ini sebagai mata pencarian mereka dengan menangkap ikan.

Ada penduduk yang membuat rumah diatas pulau di sekitar tasik. Terdapat 425 spesis haiwan antaranya 100 spesis burung, dan 233 spesis tumbuhan. Kawasan ini diisytiharkan sebagai taman negara pada tahun 1977





56. Gunung Roraima

Tahukah anda?

Gunung Roraima yang terletak diantara 3 negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana merupakan antara batuan yang tertua didunia, dianggarkan berusia 2 bilion tahun.

Gunung ini juga menjadi inspirasi pada Sir Author Conan Doyle untuk menulisnya buku yang bertajuk The Lost World pada 1912.

Kawasan ini juga dipenuhi oleh flora dan fauna yang sangat jarang ditemui, hampir setiap hari tempat ini menerima hujan. Disebabkan oleh permukaan yang mendatar air sentiasa jatuh je bawah. Air terjun tertinggi didunia juga berada dikawasan ini.

Pendaki memerlukan 3 hari untuk merentas hutan yang sangat tebal, berketinggian 2772 meter dan sepanjang 14 kilometer. Pendaki akan dapat melihat keindahan yang tidak ternilai bila sampai ke kemuncaknya.







57. Udara dalam tin

Jual udara segar dalam tin.Kedengaran macam gila, itu lah yang dilakukan oleh sesetengah orang yang mengambil peluang menjual udara segar dan dijual di China.

Negara China dah lama mengalami masalah pencemaran udara yang sangat teruk. Sehinggakan ada yang mengambil kesempatan buat bisnes macam tu. Ada yang dari Kanada, eksport udara segar ke China.

Udara segar tu diambil dari pergunungan dan dibotolkan atau di letak dalam tin. Ramai yang beli sebab nak sedut udara bersih. Bila ada yang niaga udara tu menunjukkan kita semakin terkebelakang. Benda percuma tapi perlu dibayar.

Satu botol udara bersih dari Kanada tu berharga hampir 100 ringgit untuk 8 liter udara, agak mahal untuk udara bersih tapi apakan daya orang lebih memerlukan perlu bayar harga tu.

Udara yang kotor dan berjerebu sampai jarak penglihatan sangat terhad, mereka buat skrin untuk paparkan pemandangan langit biru sebab penduduknya dah lama tak nampak langit biru tu.









58. Tebuk kepala

Tahukah anda?

Orang dulu kala menebuk lubang pada bahagian tengkorak, dikenali sebagai trepanation. Proses ni melibatkan orang yang sakit, kepala akan ditebuk menggunakan benda yang tajam.

Keadah ni digunakan untuk merawat penyakit, banyak tempat yang amalkan cara ni sejak ribuan tahun, dari China sampai lah ke Afrika. Ahli arkeologi banyak jumpa tengkorak yang berlubang dekat kepala menunjukkan benda ni sememangnya dipraktikkan secara meluas.

Bila pesakit rasa pening kepala yang teruk contoh migrain atau darah tinggi, ada jugak kes sawan dan penyakit gila. Kepala dia akan ditebuk untuk kurangkan rasa sakit tu.






59. Lampu barbershop

Tahukah anda?

Setiap kali pergi gunting rambut mesti kita nampak lampu yang berpusing ni. Tapi terfikir tak kenapa warna dia macam tu?

Barberpole ni mempunyai 2 atau tiga warna, iaitu merah, putih dan biru. Zaman dulu tempat gunting rambut ni bukan sekadar potong rambut je tapi kedai gunting rambut juga jadi 'klinik'.

Disebabkan kemahiran dan gunting yang tajam, tukang gunting jadi orang yang menolong untuk membalut dan merawat luka, malah kegiatan 'bloodletting' juga akan dibuat dekat situ. Bloodletting ni orang buat untuk keluarkan darah, zaman tu bloodletting ni antara paling popular.

Warna merah mewakili darah, warna putih mewakili bandage/pembalut dan biru mewakili urat yang dipotong semasa bloodletting dilakukan.





60. Babirusa

Tahukah anda?

Sejenis spesies khinzir yang dikenali sebagai Babirusa yang banyak dijumpai di kepulauan Indonesia mempunyai taring yang memanjang dan kadangkala tercucuk pada tengkoraknya sendiri.





61. Itik gergasi

Tahukah anda?

Itik getah yang terbesar di dunia ni setinggi 6 tingkat bangunan dan seberat 11 tan. Hampir 2 jam diperlukan untuk mengepam udara ke dalam itik ini, kalau cuaca sejuk akan memerlukan 2x ganda masa disebabkan oleh udara sejuk lebih tumpat.





62. Wine tertua didunia

Tahukah anda?

Wine tertua didunia yang berusia hampir 1650 tahun dikenali sebagai Römerwein. Botol wine yang bersaiz 1.5 liter ini dijumpai dalam kubur seorang bangsawan Rom di Jerman yang digali. Botol ini dipamerkan di muzium Speyer,Jerman. Sehingga kini, botol wine tersebut tidak pernah dibuka dan tidak tahu bagaimana rasa dan keadaannya.




63. Burung Albatrosses

Albatrosses merupakan burung yang sangat unik kerana menghabiskan 80% masa hidupnya terbang di udara, burung ini akan mendarat di darat hanya untuk mengawan. Lebih menarik burung ini mampu terbang sejauh 10,000 kilometer dan boleh menggellilingi bumi dalam masa 45 hari

Mempunyai jangka hayat selama 60 tahun, namun bergantung pada spesis, dikatakan terdapat hampir 22 spesis. Mempunyai berat badan yang mencapai 22 kilogram dan apabila terbang mampu mencapai sehingga 100 kilometer sejam.

Burung ini akan makan sotong kecil, ikan, ketam. Tambahan lagi burung ni mampu minum air laut, garam akan diserap melalui darah dan akan berkumpul pada kelenjar garam dan akan dibuang melalui paruh dengan menggoncangkan kepalanya.





64. Minyak sawit

Tahukah anda?

Kelapa sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineensis merupakan tumbuhan yang dapat menghasilkan minyak. Sawit secara umumnya ditanam di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara Afrika. Namun apa kelebihan minyak kelapa sawit ni?

Dalam minyak kelapa sawit ni mempunyai vitamin E, dan vitamin E pada minyak sawit mengandungi tocotrienol dan bahan yang ini yang mengandungi antioksidan membantu mengurangkan risiko kanser selain membantu menyihatkan kulit. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Bhabha Atomic Research Centre di India, buah kelapa sawit yang berwarna kemerahan disebabkan mengandungi Beta Carotene yang tinggi. Beta Carotene dapat meningkatkan tenaga seseorang dan minyak kelapa sawit antara sumbernya.

Minyak kelapa sawit juga digunakan dalam proses pembuatan aiskrim dan juga coklat, sebenarnya banyak kegunaannya cuma kita tidak tahu sejarah menyatakan kelapa sawit digunakan sejak 5000 tahun dulu barat Afrika, dan ahli arkeologi pernah menjumpai minyak kelapa sawit ini di dalam kubur di Abydos Mesir.Minyak kelapa sawit merupakan salah satu komoditi yang diniagakan sewaktu zaman Mesir purba.




65. Cendawan macam jari mayat

Sejenis kulat yang dikenali sebagai Xylaria polymorpha nampak macam jari orang yang dah mati tertonjol keluar dari tanah. Setiap 'jari' tu berukuran 3 hingga 8cm panjang dan banyak tumbuh disekitar pokok yang mati.





66. Rama Rama

Tahukah anda?

Bila sebut Rama Rama mesti korang ingat yang hidupan tu hanya cari makanan dekat bunga je kan.. tapi kalau nak tahu rama rama juga akan dapatkan makanan dia dari bangkai dan juga najis.





67. Kampung biru

Tahukah anda?

Di Morocco, terdapat satu perkampungan yang bernama Chefchaouen. Kawasan ini mendapat jolokan nama sebagai 'Kampung Biru' disebabkan oleh setiap rumah atau bangunan dicat dengan warna biru.

Mengikut teori, penduduk Yahudi yang melarikan diri dari Hitler telah mengecat kediaman dengan warna biru untuk untuk melambangkan syurga, namun menurut penduduk setempat, cat biru digunakan untuk menarik pelancong untuk ke sana.

Bandar ini juga terkenal dengan penghasilan ganja, ramai yang ke kawasan ini untuk membeli ganja dan menikmati pemandangan yang cukup menarik sambil menghisap ganja yang dibeli ditepi lorong tadi







68. Bandar padat di india

Mumbai, India atau nama lamanya Bombay merupakan ibu negeri Maharastra, antara bandar yang paling padat didunia dengan jumlah penduduk 14,350,000. Bayangkan bagaimana 76,790 orang tinggal didalam 1 kilometer persegi.

Kebiasaannya rumah yang dibuat jaraknya tersangatlah rapat antara satu sama lain dan disebabkan oleh itu kemudahan asas sukar disediakan, kalau berlaku kebakaran api akan cepat merebak ke rumah yang lain.





69. Pilot berkulit hitam pertama

Tahukah anda?

Ahmet Ali Çelikten tercatat sebagai salah seorang juruterbang berkulit hitam pertama didunia. Dilahirkan pada 1883 di Izmir Turki dan meninggal dunia pada 1969 ketika berusia 86 tahun.





70. Lokasi filem starwars

Tahukah anda?

Yang korang tengok ni bukannya peninggalan kota purba, tapi sebuah bandar yang dibuat untuk cerita star wars yang terletak di Tunisia.

George lucas yang datang ke Tunisia pada 1976 dan memilih tempat ini sebagai lokasi penggambaran. Tempat ni digambarkan sebagai planet Tatooine yang mengambil nama sempena sebuah bandar Tunisia yang bernama Tataouine.






71. Buang otak pada mumia

Tahukah anda?

Otak orang yang akan dimumiakan perlu dibuang terlebih dahulu menggunakan cangkuk yang dimasukkan melalui hidung dan otak yang hancur tadi akan keluar melalui hidung. Organ dalaman seperti jantung, paru paru, perut juga akan dibuang kecuali hati. Hati tidak dibuang kerana orang mesir kuno mempercayai hati lah yang mempunyai kepintaran dan perasaan yang akan diperlukan untuk kehidupan selepas mati.




72. Jalan seram

Tahukah anda?

Sebuah jalan kecil yang akan tenggelam 2 kali sehari di Perancis, laluan yang dikenali Paasage Du Gois yang menghubungkan antara Noirmoutier dan Beauvoir-sur-Mer

Laluan yang dijumpai pada 1701 sepanjang 4 kilometer ini menarik ribuan orang untuk melihat dan melalui jalan ini yang akan tenggelam apabila air pasang. Laluan akan dibuka bila air surut, kenderaan mempunyai masa 1 jam saja untuk lintas Dianggap antara jalan yang merbahaya didunia.







73. Karpet mutiara

Tahukah anda?

Karpet yang bertahtakan mutiara dan berlian dari India ini merupakan ilham maharaja Khanderao Gaekwad pada 1865. Karpet yang dikenali sebagai 'karpet mutiara dari Baroda' yang dibuat secara terperinci sebenarnya akan diletakkan diatas makam Nabi Muhammad SAW, namun hajat maharaja tersebut tidak dapat ditunaikan disebabkan dia mangkat terlebih dahulu. Pada 2009, karpet ini dilelong dengan harga tinggi iaitu RM20.8 juta.





74. Tangga curam

Tahukah anda?

Sebuah kubu yang dinamakan sebagai Prabalgad terletak di India yang berketinggian 700 meter ini menarik sejumlah besar pendaki untuk naik ke atas puncak nya. Pendaki perlu melalui tangga kecil dan memanjat batuan untuk sampai, lebih bahaya jika naik bila waktu musim monsoon.

Hujan lebat dan suasana berkabus serta keadaan tangga yang licin menyebabkan risiko untuk jatuh lebih tinggi. Setiap tahun tempat ini pasti mendapat angka korban yang baru,namun sedikit pun tidak menghalang manusia ke sana.







75. Bulu merak

Tahukah anda?

Kelihatan seperti benang yang dijalin tapi dalam gambar ni sebenarnya bulu seekor burung merak yang dilihat melalui microscope. Tak sangka bulu dia macam benang warna warni.







76. Pasang lampu, pekerjaan yang pupus

Tahukah anda?

Satu ketika dulu terdapat satu pekerjaan yang dinamakan sebagai pencucuh lampu. Kerja orang ni macam nama dia lah, hidupkan lampu jalan. Kebiasaannya orang yang bekerja macam ni dia bawak tangga untuk panjat tiang lampu. Waktu tu lampu masih pakai minyak tanah dan juga gas, lama kelamaan kerjaya dalam bidang ni pupus selepas adanya elektrik.

Mereka dibayar dengan gaji 2 dollar sehari ketika itu untuk menghidupkan lebih kurang 80 tiang lampu. Di kota London kerja macam ni sangat popular sehinggakan ada keluarga yang membuat kerja yang sama dari generasi ke generasi. Ada juga yang buat side income tangkap serangga yang tertarik dengan lampu, ditangkap dan dijual dari situ pencucuh lampu tadi dapat duit lebih.






77. Lampu untuk penduduk miskin

Tahukah anda?

Di negara miskin seperti Brazil dan Filipina, penduduk setempat membuat 'lampu' dari 3 bahan iaitu botol minuman lut sinar, air bersih dan sedikit peluntur. Air dicampurkan dengan peluntur agar lumut tidak membiak didalam air.

Kebiasaannya rumah orang miskin disana gelap kerana rumah mereka tiada bekalan eletrik, malah disiang hari pun gelap. Jadi mereka membuat lubang yang muat untuk botol dan menutup lubang yang ada untuk elakkan bocor bila hujan.

Botol tersebut menjadi terang seperti lampu apabila terkena cahaya matahari, cerah seperti lampu elektrik biasa. Kaedah ini sangat membantu penduduk miskin untuk membuat kerja seharian tanpa menggunakan minyak tanah yang boleh dipakai ketika waktu malam.





78. Tukang kejut tidur

Tahukah anda?

Pada sekitar tahun 1920 di Britain dan Ireland, ada orang yang mengambil upah untuk mengejutkan orang yang tidur supaya mereka bangun dan tidak terlewat pergi bekerja. Orang yang mengambil upah biasanya mengetuk tingkap dengan menggunakan buluh, malah ada yang meniup kacang pada tingkap.

Biasanya mereka yang jadi tukang kejut ni boleh dilihat di sekitar bandar besar kerana terdapat banyak kilang ketika itu. Tukang kejut ni biasanya sudah berumur yang masih ingin mencari wang.Nampak kelakar tapi itulah punca mata pencarian zaman dulu sebelum adanya jam loceng.





79. Burung racun

Tahukah anda?

Pitohui dichrous merupakan sejenis burung mempunyai racun pada bulunya, susah nak percaya burung pun ada yang beracun tapi itulah hakikatnya. Burung jenis ini banyak dijumpai dekat Papua New Guinea, burung yang mempunyai warna terang ini menghasilkan racun untuk melindungi diri daripada musuh, warna yang terang selalu menjadi amaran awal supaya haiwan lain tak mendekati.




80. Lemak pada kaki gajah

Pernah tak terfikir macam mana kaki seekor gajah mampu tampung berat badan yang mencecah 6000 kilogram, jawapanya dalam gambar ni kita boleh lihat yang kuning tu sebenarnya lemak yang membuatkan kaki gajah lebih selesa untuk berjalan walaupun badan berat, bertindak sebagai kusyen lembut


81. Gelas nano teknologi

Apa yang pelik tentang gelas ni? Nama Gelas Lycurgus diambil sempena salah seorang pemimpin Rome pada ketika itu.

Apa yang menariknya tentang gelas ini ialah terdapat 2 warna yang berbeza jika dilihat dari sudut yang berbeza.

Warna merah akan kelihatan jika ada cahaya dari belakang dari warna hijau jika dari depan, ramai yang hairan bagaimana mereka mencipta benda ni.

Mengikut kajian yang dibuat, mereka dapati orang zaman dulu sudah mula pandai dari segi nanoteknologi, gelas ini dihasilkan dengan memasukkan partikel emas dan perak dimasukkan semasa proses pembuatannya.

Gelas ini yang berusia 1600 tahun mempunyai kandungan emas 31%, Perak 66% dan tembaga 2% telah dikenal pasti sebagai bahan utama untuk membuat gelas ini.

Namun, proses lengkap bagaimana gelas ini dibuat masih lagi menjadi tanda tanya ramai saintis dan orang awam yang pernah melihatnya.

Perkataan nano itu sendiri berasal dari Greek yang bermaksud kecil, jika zaman moden abad ke 21 kita baru faham mengenai dunia nano, orang zaman dulu beribu tahun sudah mula gunapakai teknologi yang mampu membuatkan orang zaman sekarang rasa pelik.

Sebenarnya manusia zaman sekarang hanya lah menjumpai semula teknologi zaman lampau dan memperbaharui teknologi tersebut dan kita semestinya silap tentang dunia 'Purba'.





82. Stunt double filem marvel

Dah tengok filem Marvel kan? Mungkin ada tak tahu yang sebenarnya pelakon Hollywood tak banyak yang buat stunt sendiri. Jom kita lihat 'kembar' mereka di set. Diaorg ni adalah Stunt Double, orang yang melakukan aksi stunt, selalunya mereka ambil yang seiras dengan pelakon utama.






83. Rumput bawah microskop

Apa benda yang nampak happy sangat ni. Lembu suka sangat makan, rupanya Rumput apabila dilihat dibawah microscope. Kelihatan seperti emoji 😃


84. Kopi

Kopi merupakan salah satu minuman kegemaran rakyat Malaysia tapi dimana kopi ini bermula?

Terdapat 120 jenis spesis pokok kopi, tapi hanya 2 jenis sahaja yang paling popular iaitu Arabica dan Robusta.

Sejarah kopi tidak ketahui dengan lebih jelas, bermacam macam versi yang ada termasuklah ada yang mengatakan bahawa kopi dijumpai oleh Sheikh Omar yang berkebolehan untuk mengubat orang, dia telah dibuang dari Mocha,Yaman di padang pasir.

Dia sangat lapar dan cuba memakan beberapa biji buahan tapi dia rasa terlalu pahit, jadi dia telah memasak biji kopi tersebut sehingga keras dan memasukkan ke dalam air, dia kemudiannya meminum air tersebut dan rasa bertenaga dan dia berjaga selama beberapa hari. Dari situ lah kopi mula mendapat nama kerana kesannya.

Penanaman dan perdagangan kopi mula berjalan dengan rancak, nama kopi berasal dari perkataan Arab iaitu Qahveh dan nama sebuah tempat di Yaman iaitu Kaffa. Pada abad ke 16, kopi mula tersebar luas ke pelusuk tanah Arab dan dalam pada masa yang sama, banyak kedai yang menjual minuman kopi ini. Tanah yang subur di Yaman membantu meningkatkan kualiti kopi yang dihasilkan.

Kopi merupakan minuman tradisi orang Arab dan bukannya minuman tradisi orang di negara barat, lazim kita tahu rangkaian Starbuck menjadi pilihan ramai, tapi ramai juga yang tidak tahu kopi bukannya dari barat, barat cuma meng'hipster'kan kopi sahaja

Percaya atau tidak, komoditi kopi merupakan yang kedua terbesar selepas minyak, jadi kopi merupakan salah satu bahan keperluan dunia. Dari Yaman, kopi telah tersebar di negara Balkan dan seterusnya ke negara barat seperti Itali, Sepanyol dan Amerika.

KEBAIKAN KOPI

Melalui beberapa kajian yang telah dibuat, saintis mendapati seseorang yang minum kopi mampu membakar lemak yang ada.

Malah kajian mendapati kopi yang diminum mampu mengurangkan penyakit kencing manis tahap 2, itu pun bergantung pada jumlah gula atau susu yang diletakkan dalam kopi.

Selain itu juga kopi mampu mencegah penyakit parkinson dan juga melawan beberapa jenis kanser seperti kanser hati, jika seseorang minum lebih kurang 3 cawan kopi setiap hari dia mampu mengurangkan kanser hati sebanyak 50%

Pengkaji dari Havard membuat kajian lanjut mengenai kopi dam jantung, mereka mendapati orang yang minum kopi lebih sukar untuk terkena serangan jantung.
Kopi yang mengandungi antioksidan yang mampu mencegah dan melawan penyakit tertentu.





85. Dino di Malaysia

Malaysia ada Dinosaur tak? Ya, memang ada

Penemuan gigi Dinosaur yang dianggarkan berusia 140 juta tahun pada tahun 2012 di hutan Pahang, Gigi Dinosaur dari jenis pemakan ikan dipanggil sebagai Spinosaurus dijumpai oleh Dr Masatoshi Sone, seorang saintis dari Jepun.



86. Kampung unik di belanda

Tenang dan mendamaikan, itu lah perkataan yang mampu diungkapkan bila anda ke sebuah kawasan perkampungan unik di Giethoorn di Belanda.

Kawasan kampung nya digelar Venice di Belanda kerana pengangkutan utama disitu hanyalah boat atau basikal dan dikelilingi oleh air. Salah satu tempat menarik untuk dilawati jika anda ke Belanda.








87. Nyamuk

Tahukah anda? JANGAN TEPUK SCREEN PHONE ANDA!

Seekor nyamuk betina sedang menghisap darah, perhatikan badannya yang penuh dengan darah. Nyamuk membawa pelbagai penyakit seperti Malaria, Denggi, Zika, demam kuning.

Hanya nyamuk betina sahaja menghisap darah, nyamuk betina juga mampu bertelur sebanyak 300 biji dalam satu satu masa. terdapat lebih kurang 3500 spesis nyamuk di dunia.

Seekor nyamuk hanya mampu terbang 1.5 kmj sejam sahaja. Sayapnya pula mampu bergerak 600 kali sesaat, itu lah sebab bunyi nya agak kuat pada telinga.

Nyamuk ialah haiwan yang menghisap darah, tapi tahukah anda virus HIV tidak dapat memberi kesan kepada nyamuk kerana virus itu tidak dapat mengklonkan dirinya sendiri dalam badan seekor nyamuk.

Pakaian hitam selalunya menjadi tarikan kerana warna hitam mampu mengekakalkan haba badan.




88. Dadah flaka

Flakka - Dadah Zombie. Jangan lupa tengok video kesan flakka.

Alpha-pyrrolidinovalerophenone (a-pvp) atau lebih dikenali sebagai Flakka merupakan sejenis dadah sentetik yang mampu membuatkan penagih menjadi gila dan tingkah laku seperti zombie. Seram kan?

Dadah Flakka ini lebih bahaya dari dadah lain kerana kesan yang dibawa oleh bahan ini, kesan nya sama seperti cocaine tapi lebih teruk dari itu. Dadah ini kelihatan seperi garam atau gula pasir, kadang kadang ditambah gula untuk menampakkan seperti gula gula.

Flakka dicipta untuk menyerupai tumbuhan yang diberi nama Khat yang banyak digunakan di negara timur tengah, pengeluar dadah ini membuat Cathinone tiruan di dalam makmal. Flakka dipercayai dihasilkan di negeri China secara meluas dan penggunaannya telah merebak ke negara barat seperti Amerika.

Flakka mula meningkat di negara barat pada tahun 2014 dan mula mendapat nama dalam industri dadah jalanan tetapi selepas itu semakin kurang kes yang dilaporkan, dadah ini masih boleh didapati dari penyeludupan haram yang berleluasa.

Flakka mendapat nama dari perkataan Sepanyol iaitu 'la flaca' yang bermaksud wanita cantik. Kesan dadah jenis ini boleh berlarutan sehingga beberapa jam tetapi sesetengah kes boleh menyebabkan kesan yang tetap. Maksudnya ambil dadah ini jadi gila, bila dadah dah habis dalam badan, otak terus jadi gila.

Buah pinggang antara organ dalamam yang paling terkesan kerana gagal menapis bahan tosiknya yang kuat, sehinggakan mengalami kerosakkan buah pinggang yang serious dan menyebabkan penagih terpaksa cuci buah pinggang sepanjang hayat nya.

Dadah ini boleh diambil melalui keadah sedutan, suntikan atau dihidu. Kemudian dadah tersebut mula merangsang otak dan menyebabkan suhu badan naik ( jadi panas) dan mengakibatkan tingkah laku yang ganas. Denyutan jantung mula meningkat dan tekanan darah akan meningkat dan mula berhalusinasi.

Ada mangsa dadah ini yang mengigit orang lain kerana kesan dari halusinasi. Itu sebab dadah ini dinamakan sebagai dadah zombie kerana kelakuan kasar ganas dan pelik.

Dalam video, kita dapat melihat manusia yang mengambil dadah ini seolah olah mempunyai tenaga luar biasa dan seperti watak hero Marvel Incredible Hulk yang mampu merempuh apa saja tanpa rasa sakit.








89. Kabut membunuh

Kabut yang membunuh

Terjadi pada 5 december 1952 di Kota London menyebabkan hampir 12,000 ribu orang meninggal dunia.

Kejadian berpunca disebabkan oleh penduduk ketika itu membakar arang untuk memanaskan rumah akibat musim sejuk,penduduk ketika itu telah menukar dari kayu kepada arang batu

Kejadian yang teruk ini berlaku selama 5 hari tersebut telah menyebabkan jerebu yang sangat teruk pada ketika itu, jarak penglihatan sangatlah terhad.

Jerebu yang terhasil menyebabkan penduduk London ketika itu sukar untuk berjalan kerana jerebu terlalu tebal dan hitam.

Kebanyakkan perkhidmatan awam seperti kapal terbang dan keretapi telah diberhentikan sementara waktu akibat kesan jerebu yang teruk tersebut

Apabila arang dibakar dalam keadaan kuantiti banyak maka asap arang tersebut membebaskan sulfur dan karbon monoksida yang melemaskan paru paru.

Asid sulfurik apabila bercampur dengan akan menyebabkan kerosakkan organ dalaman, manakala karbon dioksida akan 'membalut' hemoglobin yang akan membantutkan darah membawa oksigen keseluruhan badan.













90. Berapa nilai organ

Sehari dua ni kita dengar pembunuhan seorang kanak kanak dan lebih menyayat hati bila organ dalaman diambil. Sindiket penyeludupan organ dalaman memang benar benar berlaku. Buah pinggang, hati, mata, jantung antara paling mahal. Dah tiba masa kita untuk peka pada orang tersayang terutama kanak kanak.

Ada mangsa yang diculik mengalami kesukaran untuk hidup disebabkan organ dalaman mereka dicuri dan dijual untuk mendapatkan keuntungan besar, kalau tak dibunuh akan dibiarkan tersiksa sehingga mati. Ada yang dijanjikan sejumlah wang besar untuk 1 buah pinggang, dipersetujui dan organ dalaman terus diambil, lebih kurang cerita rakyat China jual buah pinggang kerana nak beli iPhone.

Harga organ dalamam seperti buah pinggang boleh mencecah puluh ribu ringgit, untuk proses pemindahan buh pinggang yang rosak ini dilakukan secara haram, tidak hairan kalau mangsa culik di negara bergolak organ dalamamnya dijual. Share sebanyak mungkin info ini supaya orang diluar sana tahu, ada pihak menunggu untuk menjual organ dalaman secara haram..


91. Hari gelap disangka kiamat

Berlaku pada 19 May 1780 di New England, penduduk mula panik apabila mereka sedar matahari tiba tiba hilang dari pandangan, kegelapan yang menakutkan mereka. Hari yang cerah bertukar malam ini dapat dilihat dari New England hinggalah ke beberapa bahagian di Kanada.

Gelap, ibarat malam, haiwan haiwan keliru kerana gelap yang tidak disangka. Beberapa hari sebelum terjadinya kegelapan ini, penduduk melihat matahari bertukar menjadi merah dan langit menjadi warna oren. Pada malam harinya bulan kelihatan merah juga. Apa punca nya?

Hutan terbakar dikatakan berlaku beberapa hari sebelum tempat tersebut menjadi gelap sehinggakan penduduk menjadi panik seketika. Gelap tersebut berlanjutan sehingga malam keesokkannya. Asap yang sangat tebal memungkinkan perkara sebegini berlaku kerana faktor pencemaran udara yang sangat teruk.

Ramai penduduk ketakutan disebabkan mereka ingat bahawa kiamat sudah menghampiri mereka. Peristiwa ini dinamakan sebagai The Dark Day Of 1780.





92. Microburst

Fenomena alam yang dipanggil Bom Hujan atau lebih dikenali sebagai Wet Mircoburst ini sememangnya bahaya kerana awan melepaskan sejumlah besar air, ibarat menghempas air ke daratan dan menyebabkan berlakunya angin kencang secara tiba tiba.

Microburst ini akan menyebabkan berlaku kerosakkan dalam sekitar 3 kilometer dan boleh menghasilkan angin lebih 100km sejam. So lepas ni kalau hujan renyai dan tiba tiba kena ribut tu, itulah petanda Microburst atau Bom Hujan telah jatuh ke kawasan tersebut.

Tengok video pada link ni.

Bagaimana microburst ni jatuh

https://youtu.be/a_G2KRzha7o

Impak semasa microburst (Ribut)

https://youtu.be/WOSFgUFXUCs



93. Gempa bumi

Gempa bumi atau bumi bergegar sering kali menjadi perhatian setiap masyarakat dan menjadi tajuk utama berita kerana gegarannya yang mampu menghancurkan isi dunia. Kekuatan yang boleh di ukur yang disebut sebagai Skala Richter yang diperkenalkan oleh Charles F. Richter pada 1930 an.

Gempa bumi juga diukur dengan kekuatan dari 1 hingga sembilan,kalau terjadi kekuatan 10, maka sudah pasti akan terjadi mushibah yang sangat besar, kerugian mungkin capai 1 trillion.

Gempa bumi terjadi apabila batuan didalam bumi yang memerangkap tenaga geseran yang beribu tahun malah ada yang mencecah jutaan tahun terlepas dan menyebabkan tanah dikawasan tersebut bergerak dan bergegar.

Berapa lama gegaran ini terasa? Bergantung kepada kedalaman dan kekuatan itu sendiri serta gelombang (Shock Wave) yang terhasil, ada lebih kurang 10 saat dan ada 1 minit. Kalau gegaran tersebut contohnya 20 minit maka tempat itu pastinya jadi padang jarak padang terukur kerana setiap bangunan dikawasan tersebut akan ranap dan tidak mampu menahan goncangan kuat terjadi.

'Shock wave' boleh bergerak didalam tanah dengan laju dan penduduk di sekitar radius tempat berlakunya gempa bumi boleh dirasai, sebagai contoh gempa bumi di Acheh pada tahun 2004 dan gegaranya terasa sehingga di Kuala Lumpur malah di Johor. Jaraknya jauh tapi gegarannya kita boleh rasa kalau duduk di bangunan tinggi.

Shock wave yang bergerak sahaja kita akan jadi panik, sebab dalan tempoh beberapa saat kita akan merasakan bangunan bergoyang, biasanya apabila gempa bumi yang terjadi melebihi dari 4.0 pada skala richter, bayangkan kalau 10.0? Bergegar seluruh kawasan tersebut.

Saintis yang membuat kajian ini dinamakan sebagai Seismologist, orang ataupun pakar yang bertanggungjawap untuk bekerjasama dengan arkitek untuk membina dan mereka bangunan kalis gempa bumi disamping membuat kajian tentang gempa bumi dan sifatnya.

Gempa bumi biasanya terjadi hampir setiap hari, dan boleh berlaku dimana-mana, cuma yang menjadi panik apabila terjadi dikawasan yang belum pernah atau jarang terjadi. Biasanya gempa bumi ini terjadi sangat lemah dan kita seakan akan tidak perasan gegaran yang terjadi.

Apabila satu gempa bumi besar terjadi, maka gempa bumi yang kekuatan lebih kecil akan menyusul kerana tanah dan tekanan didalam bumi masih lagi belum pulih.

Contoh mudah kita ambil, satu gempa bumi berlaku dengan kekuatan 8.5 pada skala richter berlaku, dan selepas beberapa jam satu gempa bumi dengan kekuatan 4.0 akan mungkin berlaku dan kekerapan akan meningkat. Tidak hairan lah kalau kita lihat di media massa melaporkan kerapnya terjadi gempa bumi dan disusuli dengan gempa lebih kecil.

Salah satu gempa bumi terkuat ialah gempa di Valdivia di Chile pada 22 May 1960 dengan kekuatan 9.6 pada skala richter dan gegaran terjadi hampir 10 minit!

Gegaran yang lama tersebut menyebabkan kematian mencecah 7,000 orang dan kerugian dianggarkan berbillion ringgit kesan dari gempa bumi tersebut, malah puluhan ribu yang hilang tempat tinggal. Gempa tersebut telah menghasilkan tsunami yang bersaiz sederhana pada sekitar pantai Chile dan menyebabkan ratusan orang mati.

Antara gempa paling terburuk pernah berlaku ialah pada 26 Januari 1556 yang berlaku di daerah Shaanxi, China yang menyebabkan kematian 800,000 orang ketika itu. Bukti sejarah yang ditulis oleh orang China ketika itu merekodnya runtuhnya bukit dan mengubah landskap sekitar nya malah terjadi banjir, kemungkinan besar tsunami melanda kawasan tersebut.

Negara jiran kita Indonesia seringkali terjadi gemla bumi dan Malaysia kemungkinan besar akan menerima kesan dari gelombang Shock Wave yang juga mampu meruntuhkan bangunan dikawasan sekitar malah terdedah juga dengan ancaman Tsunami sebagai mana yang telah berlaku pada 2004 dahulu.

Kejadian gempa yang kerap berlaku ini sememangnya bertepatan dengan tanda tanda kiamat yang akan pasti terjadi kerana sudah disebut oleh Nabi Muhammad 1400 tahun dahulu, mungkin hari ini kita rasa gegaran kecil berlaku, dan akan sampai masa dan waktu bila gegaran kuat akan berlaku hampir setiap hari. Menandakan bumi kita sudah mulai bersedia untuk menghancurkan seluruh isi pada permukaannya.

“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang gunung-gunung, maka katakanlah, “Tuhan-ku akan Menghancurkannya (pada hari Kiamat) sehancur-hancurnya, kemudian Dia akan Menjadikan (bekas gunung-gunung) itu rata sama sekali.” (Thaha 105-106)







94. La palma tsunami raksasa

La Palma cetus Tsunami terbesar

La Palma merupakan sebuah pulau yang terletak di gugusan kepulauan Canary yang merupakan sebuah gunung berapi yang sedang menunggu giliran untuk meletus. Terletak lebih kurang 700km dari afrika dan merupakan sebuah gunung berapi yang dianggap masih baru, terbentuk kira kira 4 juta tahun dahulu. Gunung berapi ini pernah meletup pada tahun 1949 dan 1971.

Akibat letusan yang terdahulu, terdapat satu 'fault line' yang merupakan rekahan besar sehinggakan manusia boleh melalui kawasan tersebut dan sepanjang 9 batu telah terbentuk. Para saintis percaya apabila rekahan ini mula terbuka sedikit demi sedikit akibat ledakan atau mungkin gempa bumi akan mengakibatkan 500 billion ton tanah akan runtuh ke dalam laut.

Tanah yang mengelongsor itu tadi akan masuk ke dalam laut dan mengakibatkan terbentuknya satu dinding air (tsunami) setinggi 900 meter, iaitu lebih tinggi dari Burj Khalifa yang merupakan bangunan tertinggi didunia pada ketika ini. Kekuatan runtuhan tersebut akan mengakibatkan tsunami berkelajuan 720kmj dan menghala ke arah Amerika, Afrika dan Eropah.

Setelah beberapa jam berlaku runtuh tanah tersebut, orang ramai yang berada di pesisir pantai akan mula perasan yang air laut surut secara tiba-tiba, ini merupakan tanda awal kehadiran tsunami mega yang bakal menghetam mereka dengan kemusnahan yang amat dasyat sekali.

Para saintis dan ahli kaji bumi menganggarkan kesannya lebih teruk dari apa yang berlaku pada tsunami yang berlaku pada tahun 2004 lalu. Menyebabkan hampir 300,000 orang mati di sekitar lautan Hindi pada ketika itu.





95. Telur sotong

Tahukah anda?

Seekor sotong kurita akan mengeluarkan 100,000 telur. Setiap telur sotong ini hanya sebesar sebutir beras. Sotong jenis ini biasanya akan mati apabila telur itu menetas. Sotong ni akan mengambil masa sehingga 53 bulan untuk menunggu telurnya menetas.





96. Diego Garcia

Tahukah anda?

Masih ingat lagi tak bila pesawat MH370 hilang dan khabar angin mula mengatakan pesawat malang tu dibawa ke Diego Garcia. Apa benda Diego Garcia ni?

Tempat yang kenali sebagai Diego Garcia merupakan satu kawasan Atoll yang terletak di tengah lautan Hindi dan merupakan pulau yang terbesar dalam kepulauan Chagos.

Pulau yang seluas 30 kilometer persegi ini menjadi pangkalan tentera milik Amerika dan disifatkan pangkalan rahsia yang strategik.

Untuk memberi jalan pangkalan tentera yang baru, pihak tentera telah mengarahkan penduduk asal disitu yang seramai 2000 orang supaya berpindah ke tempat lain.

Dianggarkan seramai 5000 orang tentera tinggal di Diego Garcia yang rata rata dari negara Britain dan Amerika. Tempat ini juga mempunyai 'launch pad' peluru berpandu yang dilancarkan untuk menyerang negara iraq,afganistan dan pernah digunakan semasa perang teluk.





97. Pulau buaya

Tahukah anda?

Sebuah pulau yang dikenali sebagai Pulau Ramree yang terletak di Myammar dan berkeluasan sekitar 1350 kilometer persegi mempunyai sejarah hitam yang tersendiri.

Ketika perang dunia kedua hampir tamat, dikatakan seramai 1000 tentera jepun menyeberang kawasan paya di pulau ini. Apa yang menanti mereka di kawasan paya tu?

Rupanya askar Jepun tak tahu yang kawasan paya tu banyak buaya air masin, kebanyakkan dari mereka dimakan oleh buaya, dari cerita mangsa yang terselamat, hanya 20 orang yang selamat dari 1000 orang tadi.

Kejadian ngeri ni mendapat nama sebagai peristiwa paling malang menimpa manusia yang kena makan dengan buaya.





98. Paus bowhead

Tahukah anda?

ikan paus yang dikenali sebagai 'Bowhead' mempunyai jangka hayat selama 200 tahun. Ikan paus jenis ini akan makan zoooplankton sebanyak 2 ton sehari.

Hidup dikawasan artik yang sejuk dan berais, gelaran bowhead diberikan disebabkan oleh dihujung mulutnya yang kelihatan seperti anak panah yang digunakan untuk mengetuk ais yang berat dan besar.

Ikan ini boleh membesar sehingga 20 meter panjang dan seberat 100 tan, ikan paus jenis ini juga merupakan antara ikan paus terbesar didunia.





99. Hutan pokok bengkok

Tahukah anda?

Ada sebuah hutan yang hampir kesemua pokok membengkok di Poland. Hutan yang terletak di Gryfino ditanam dengan pokok pine sebanyak 400 batang pada 1930.

Apa yang menjadi misterinya bila hampir kesemua pokok bengkok, malah ada khabar angin mengatakan pokok berkenaan sengaja dibuat begitu atas sebab tidak diketahui apa tujuannya.

Malah ada juga mengatakan adanya anomali graviti menyebabkan pokok tumbuh macam tu, tapi dakwaan tersebut sehingga sampai hari ini masih tiada bukti kukuh.





100. Hidupan laut seperti pikachu

Tahukah anda?

Sejenis hidupan laut yang dinamakan sebagai 'Pikachu Nudibranch' merupakan sejenis lintah yang kelihatan seperti Pikachu.

Hidupan laut ini boleh dijumpai di perairan Afrika sehingga ke Indonesia, malah ada juga yang mengatakan haiwan ni dijumpai di teluk Mexico.






101. Bubble Boy

Seorang kanak-kanak yang bernama David Phillip Vetter dilahirkan pada 21 September 1971 diberikan nama jolokan sebagai 'Bubble Boy' kerana dia terpaksa diletakkan dalam tempat khas disebabkan oleh penyakit Severe combined immunodeficiency atau singkatannya SCID.

SCID ni menyebabkan seseorang yang menghidap penyakit ini amat bahaya kerana imunisasi yang sangat kurang dan terdedah pada penyakit berjangkit. Makanan, lampin, baju perlu di steril terlebih dahulu sebelum diberikan kepada kanak-kanak tersebut untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kuman.

Penjaganya perlu memasukkan tangan ke dalam sarung tangan khas sebelum memegang David, dan tempat khas tersebut menggunakan pam udara yang bunyinya agak bising, jadi sebarang komunikasi dengan david tentunya sukar.

David telah menerima pemindahan tulang dari kakaknya Katherine, namun pembedahan itu menyebabkan berlakunya jangkitan kuman, dia meninggal pada 25 Februari 1984 ketika berusia 12 tahun.







102. Tumbuhan kalis kemarau

Tumbuhan ni nama saintifiknya dikenali sebagai Welwitschia Mirabilis, boleh ditemui di kawasan gurun Namibia. Tumbuhan unik ini ditemui oleh ahli botani Austria yang bernama Friedrich Welwitsch pada tahun 1859.

Tumbuhan ni boleh mencapai 2 meter tinggi dan 8 meter lebar, manakala jangka hayat tumbuhan ini ialah 1500 tahun dan boleh hidup tanpa air selama 5 tahun.






103. Brachiosaurus

Dinosaur yang dikenali sebagai Brachiosaurus altithorax merupakan antara dinosaur yang terbesar pernah berjalan di muka bumi. Dinosaur jenis ini dijumpai buat pertama kali oleh Elmer Samuel Riggs yang juga seorang ahli paleontologi dari Amerika.

Dia menjumpai fossil dinosaur ini pada tahun 1900 di sebuah lembah berhampiran sungai Colorado di Amerika. Dinosaur jenis ini mempunyai leher yang panjang dan boleh mencapai berat antara 30 hingga 45 metrik tan, manakala tinggi haiwan ini boleh mencapai 16 meter.

Melalui kajian yang dilakukan, dinosaur ini merupakan dari jenis yang makan tumbuhan, brachiosaurus akan mencari pokok yang tinggi untuk memakan daun dan memerlukan antara 200 hingga 400 kilogram daun setiap hari untuk hidup.






104. Titanaboa, ular gergasi

Titanoboa merupakan sejenis ular besar yang telah pupus, ular ini hidup lebih kurang 60 juta tahun dahulu di kawasan La Guajira, Colombia. Nama saintifik bagi ular ini ialah Titanoboa cerrejonensis.

Sepasukan saintis yang diketuai oleh Jonathan Bloch dari Universiti Florida menjumpai 28 rangka tulang ular ini pada tahun 2009 dalam lombong arang batu yang terletak di La Guajira.

Panjang ular ini dikatakan mencecah sehingga 13 meter manakala berat ular ini dianggarkan sekitar 1135 kilogram, ular ini dikatakan lebih suka untuk tinggal dikawasan yang berair dan menghabiskan masanya didalam air seperti ular Anaconda.







105. Buaya pra sejarah

Sarcosuchus merupakan satu nama bagi sejenis buaya yang hidup sekitar 133 juta tahun dahulu di kawasan Afrika dan Amerika Selatan. Buaya ini boleh mencapai berat 4.3 tan dan boleh membesar sehingga 9.5 meter panjang.

Rangka haiwan ini pertama kali dijumpai apabila sepasukan paleontologi Perancis yang diketuai oleh Albert-Félix de Lapparent
membuat kajian di kawasan gurun Sahara sekitar tahun 1946 hingga 1969.

Pada 1964, pasukan dari Perancis juga telah menemui fossil Sarcosuchus yang hampir lengkap di kawasan yang bernama Gadoufaoua terletak dalam negara Niger.






106. Semut panda

Euspinolia militaris merupakan sejenis tebuan yang boleh dijumpai di hutan negara Chile dan Argentina. Hanya spesis betina yang tidak mempunyai sayap dan haiwan ini lebih dikenali sebagai Panda Ant kerana warna yang seakan-akan seekor panda.

Tebuan jenis ini pertama kali dijumpai pada tahun 1938 di dalam hutan negara Chile, haiwan ni juga boleh membesar sehingga 8 milimeter panjang.






107. Pulau Raja Ampat

Indonesia memiliki pelbagai tempat tarikan pelancong, mungkin korang biasa pergi ke Bali, namun apa kata korang tukar selera dan pergi ke satu kawasan yang dikenali sebagai Raja Ampat.

Raja Ampat ni sebenarnya kawasan kepulauan yang terdiri daripada 1500 buah pulau kecil yang terletak di Papua Barat, kawasan ini juga mempunyai penduduk sekitar 50,000 orang.

Kawasan pulau ini mendapat nama apabila seorang wanita menjumpai 7 biji telur, dari 7 biji telur tersebut 4 menjadi raja yang bernama Waigeo, Batanta, Salawati, dan Misool yang juga merupakan nama 4 buah pulau utama disana. Manakala 3 lagi jadi hantu, perempuan dan batu.






108. Macam mana pasang Transmission tower?

Helicopter jenis model 234UT Chinook digunakan untuk angkut transmission tower yang besar tu di kawasan yang sukar dimasuki orang, contoh kawasan yang berbukit.


109. Faroe Islands

Faroe Islands yang terletak di dalam negara Denmark ini merupakan sebuah pulau yang cukup indah, keindahan alam semulajadi memukau sesiapa yang berkunjung ke pulau ini.

Faroe Islands ini merupakan satu gugusan pulau yang terdiri daripada 18 buah pulau yang lain, keluasan keseluruhan kawasan ini menjangkau 1400 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 52,000 orang.

Kawasan pulau ini mempunyai suhu yang rendah iaitu sekitar 3 hingga 10 darjah celcius, selalunya akan berangin, sejuk dan berawan sepanjang tahun menjadikan pulau ini kelihatan begitu tenang dan nyaman.

Bilangan biri biri disini mengatasi bilangan penduduk tempatan, jumlah biri biri disini dianggarkan sebanyak 70,000 ekor dan memenuhi di kawasan berbukit sekitar kepulauan ini.

Bandar terbesar di Faroe Islands ini dikenali sebagai Tórshavn yang mempunyai penduduk seramai 20,000 orang. Nama bandar ni diambil bersempena nama tuhan orang Norse iaitu Thor.

Industri utama di kawasan ini ialah perikanan, pelancongan serta perkapalan yang membawa ekonomi pulau ini ke arah yang lebih maju, meskipun ekonominya yang agak pesat kadar jenayah di sini sangatlah rendah sehinggakan tiada penjara yang dibina di kawasan kepulauan ini.







110. Gunung K2

Gunung yang bernama K2 merupakan gunung yang kedua tertinggi didunia,gunung ini terletak di Banjaran Karakoram yang sepanjang 500 kilometer. Berketinggian 8611 meter dari aras laut gunung ini pertama kali puncaknya ditawan pada 1954 oleh dua pendaki dari Itali iaitu Lino Lacedelli dan Achille Compagnoni.

K2 yang terletak diantara sempadan China dan Pakistan hanya berjaya ditawan oleh 367 orang dan seramai 86 pendaki telah mati semasa mendaki gunung kedua tertinggi ini. Nama K2 ini sebenarnya datang dari hasil kajian pasukan peninjau Eropah pada 1856, Thomas Montgomerie telah letakkan tanda pergunungan dikawasan Karakoram yang ditandakan dengan K1 sehingga K5.






111. Telefon bimbit pertama

DynaTac 8000x merupakan antara sebuah telefon bimbit yang pertama di dunia, telefon ini dikeluarkan oleh syarikat ternama di Amerika iaitu Motorola. Motorola mengeluarkan telefon bimbit ini pada tahun 1983 dan ketika itu berharga hampir 4000 dollar.

Telefon yang saiznya agak besar dibandingkan dengan telefon pintar pada 2020 ni seberat 1 kilogram yang memerlukan kira-kira 10 jam untuk membuat satu cas penuh, manakala masa berbual hanyalah sekitar 30 minit sahaja dan boleh menyimpan 30 nombor.






112. Pokok paling beracun di dunia

Pokok yang nama saintifiknya Hippomane mancinella atau lebih dikenali sebagai Manchineel merupakan antara pokok yang paling bahaya di dunia.

Pokok ini banyak dijumpai sekitar kawasan negara Amerika terutama di bahagian utara dan selatan negara tersebut. Pokok ni bahaya pada manusia kerana hampir kesemua bahagian pokok ni mengandungi racun.

Buahnya yang kelihatan seperti Epal kalau dimakan akan menyebabkan kematian, getah pokok ini yang berwarna putih akan menyebabkan seseorang tu melepuh pada bahagian kulit.

Begitu juga bila seseorang berteduh dibawah pokok ini semasa hujan, air yang mengalir dari pokok ini akan menyebabkan seseorang rasa gatal dan melepuh disekitar kulit. Pokok yang setinggi 15 meter ini biasanya tumbuh dikawasan pantai atau paya.






113. Kambing tanduk pelik

Sejenis kambing yang dikenali sebagai markhor atau nama saintifiknya Capra falconeri mempunyai tanduk yang unik. Kambing ini boleh dijumpai di sekitar kawasan asia tengah, banjaran karakoram dan juga kawasan pergunungan Himalaya.

Markhor ni merupakan haiwan kebangsaan bagi negara Pakistan. Perkataan Markhor membawa maksud pemakan ular yang diambil dari bahasa Parsi kerana terdapat satu lagenda yang menceritakan kambing ini makan ular dan dari situ tanduknya menyerupai ular yang sedang melingkar.

Haiwan ni boleh mencapai berat sehingga 110 kilogram dan kebiasaannya akan dijumpai pada paras ketinggian antara 600 hingga 3600 meter. Markhor ni mempunyai jangka hayat antara 10 hingga 13 tahun






114. Chameleon terkecil didunia

Brookesia micra merupakan sejenis chameleons yang paling kecil didunia, berukuran kira-kira 29 milimeter. Haiwan ni hanya terdapat di kepulauan Nosy Hara yang terletak di Antsiranana, Madagascar.

Pasukan saintis menemui spesies ini semasa membuat kajian pada tahun 2003 sehingga 2007, haiwan ni sangat sukar untuk dikesan disebabkan oleh saiz yang terlalu kecil, haiwan disifatkan sebagai antara yang terancam di sana.






115. Kucing paling tua di dunia

Seekor kucing yang dinamakan sebagai Creme Puff merupakan kucing paling lama hidup yang pernah rekodkan. Kucing ini lahir pada 3 Ogos 1967 dan mati 6 Ogos 2005 ketika berusia 38 tahun. Creme puff yang usianya 38 dalam dunia haiwan bersamaan lebih kurang 168 tahun usia manusia.


116. Bunga tulip

Bunga tulip merupakan satu bunga yang cantik banyak ditanam di negara Belanda, bunga ini mempunyai kira-kira 150 spesis, tulip dikatakan berasal dari Asia tengah dan dibawa ke turki lalu dari situ negara Belanda telah menanam bunga ini secara tetap untuk tujuan eksport.

Negara Belanda merupakan satu-satunya negara yang menjadikan tulip sebagai satu bahan komersial yang boleh di eksport, sebanyak 3 billion tulip akan di eksport setiap tahun.

Bunga ini juga merupakan bunga kebangsaan bagi negara Afghanistan dan juga Turki, tulip yang dapat hidup lebih 2 tahun ini akan mekar setiap kali musim bunga dan bertahan selama 3 hingga 7 hari sahaja.

Setiap warna tulip mempunyai simbol yang berbeza. Warna merah digunakan sebagai lambang cinta, putih pula menandakan meminta maaf manakala ungu bermaksud kesetiaan.

Bunga tulip pernah menjadi satu simbol kemewahan, pada tahun 1600 harga bunga ini melonjak 10 kali ganda lebih tinggi dari gaji pekerja biasa ketika itu, perkara ni dipanggil sebagai Tulip Mania.






117. Sejarah Colgate

Tiap pagi gosok gigi guna ubat gigi jenama Colgate tapi tahu tak yang sebenarnya ubat gigi tu pengasanya hanya menjual sabun sebelum mencipta nama. Pengasasnya bernama William Colgate yang dilahirkan pada 25 Januari 1783 di Kent, Britain.

Keluarga William Colgate ni lari dari Britain akibat perang saudara dan menuju ke Amerika. Ketika berusia 19 tahun dia telah memulakan perniagaan untuk dengan rakannya yang bernama Ralph Maher untuk menghasilkan sabun dan lilin, namun perniagaan tersebut tidak berjalan dengan lancar.

Pada tahun 1804, dia telah berpindah ke New York sebagai tukang membuat sabun, dari situ dia telah belajar untuk membuat sabun dengan teliti, 2 tahun selepas itu, dia telah memulakan perniagaan sendiri dalam industri pembuatan sabun dan lilin, dari situlah titik permulaan yang baik untuk dirinya.

Sekitar tahun 1820, dia telah berjaya membuka kilang di satu kawasan yang dikenali sebagai Jersey, melalui adanya kilang tersebut, dia dapat memberi fokus pada penghasilan sabun dan lilin dengan kualiti yang tinggi.

Dia dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai antara orang yang paling kaya di kawasan tersebut. Pada 1833 dia mengalami serangan jantung yang teruk dan terpaksa bersara dari dunia perniagaan, perniagaan miliknya diuruskan oleh anaknya sendiri yang bernama Samuel Colgate.

Selepas kematiannya pada 1857, anaknya meneruskan tradisi keluarga dalam pembuatan sabun, namun pada tahun 1873, Colgate telah memulakan perniagaan menjual ubat gigi yang beraroma. Ubat gigi tersebut diletakkan di dalam balang kecil, kemudiannya pada tahun 1896, barulah ubat gigi yang berada dalam tuib seperti yang ada pada zaman ini mula dikeluarkan.

Dari situ jenama Colgate telah berkembang pesat diseluruh dunia, sampaikan jenama lain pun dipanggil Colgate jugak






118. Jambatan golden gate

Golden Gate Bridge merupakan salah satu jambatan yang paling banyak gambarnya dirakam. Jambatan yang terletak di negara Amerika ini sepanjang 2.7 kilometer dan setinggi 227 meter, mula dibina pada 5 Januari 1933.

Jambatan ini dibuka untuk lalu lintas pada 27 Mei 1937 dan ketika itu jambatan ini merupakan panjang dan paling tinggi di dunia. Laluan hebat ini menghubungkan antara kawasan San Francisco ke daerah Marin, kawasan ini seterusnya menjadi salah satu mercu tanda di California.

Direka oleh ketua jurutera yang bernama Joseph Strauss sekitar tahun 1921, jambatan ini mempunyai warna yang unik, iaitu satu warna yang dipanggil sebagai 'oren antarabangsa' yang kelihatan seperti warna merah.

Warna ni dipilih untuk tujuan keselamatan, kawasan jambatan yang dibina merupakan kawasan yang berkabus, melalui warna yang dipilih, kita boleh nampak perbezaan antara kabus, gunung ganang dan jambatan itu sendiri.

Selain itu ada kontroversi yang melanda jambatan ini, seramai 1500 orang dikatakan telah terjun untuk membunuh diri, jambatan popular ini sememangnya merupakan 'port' popular untuk membunuh diri di kawasan San Francisco.






119. Haiwan guna fotosintesis

Ingat perkataan fotosintesis masa belajar sains dulu? Selalunya cikgu akan terangkan hanya daun yang buat proses ni. Tapi sebenarnya bukan sahaja daun, ada sejenis haiwan yang kelihatan seperti lintah yang dikenali dengan nama saintifiknya Elysia chlorotica.

Haiwan yang hidup dalam kawasan berpaya ni mempunyai mekanisma yang hampir sama seperti daun iaitu menyerap cahaya matahari, itu sebab haiwan ni berwarna hijau dan kelihatan seperti daun.

Malah haiwan yang sangat jarang dijumpai ni mempunyai chloroplast yang membantu untuk menukarkan karbon dioksida kepada karbohidrat. Mempunyai jangka hayat sehingga 9 bulan sahaja dan boleh dijumpai sekitar kawasan Amerika Utara dan boleh membesar sehingga 6 Centimetre panjang.




120. Millpu, kawasan unik di Peru

Terdapat satu kawasan di Peru yang bernama Ayacucho mempunyai satu 'permata' yang tersembunyi dari pandangan orang ramai. Seseorang perlu mendaki selama 30 minit untuk sampai ke satu kawasan yang dikenali sebagai Millpu.

Sepanjang perjalanan tersebut pendaki disajikan dengan panorama gunung ganang yang indah. Kawasan ni mempunyai hampir 20 takungan air yang seperti kolam, airnya sangat jernih dan sejuk serta air yang berwarna kehijauan.







121. Boracay

Boracay merupakan antara 7,641 buah pulau yang dimiliki oleh negara Filipina, pulau yang cantik ni hanyalah 7 kilometer panjang dan 1 kilometer lebar. Pulau yang menjadi tarikan pelancong ini juga mempunyai penduduk seramai 30,000 orang. Kawasan pantai yang dikenali sebagai White sand yang sepanjang 4 kilometer merupakan antara tarikan utama dikawasan ini





122. Watak sesame Street

Terfikir macam mana watak Sesame Street ni dikawal? Sebenarnya watak seperti Elmo, Cookie monster, Oscar, Ernie, Bert dan lain-lain mempunyai pengendali yang juga akan bercakap mengikut skrip yang ditetapkan.

Manakala Big Bird yang berwarna kuning tu pulak, dipakai seperti maskot. Maskot big bird ni sangat unik kerana bulu yang terdapat pada badan karakter tu sebenarnya menggunakan 4000 bulu ayam belanda.

Sesame Street ni telah berjaya disiarkan dalam 70 bahasa dan ditayangkan hampir 150 buah negara serta mempunyai lebih kurang 4500 episod.






123. Saluran darah pada muka

Dalam gambar ni secara jelas kita dapat lihat saluran darah pada bahagian muka manusia. Beribu saluran darah tapi satu pun tak tersimpul antara satu sama lain.


124. Kaum Yonamami

Satu kaum yang dikenali sebagai Yanomami berada di hutan Amazon bersempadan dengan negara Venezuela dan Brazil. Kaum ini berjumlah kira-kira 35,000 orang yang menetap hampir 250 buah kampung.

Kaum Yanomami tidak mempercayai kematian, mereka mengatakan kematian yang berlaku sebenarnya disebabkan oleh dukun yang mempunyai niat tertentu menghantar semangat yang jahat untuk menyerang kawasan mereka.

Jadi setiap kali berlaku kematian, mereka akan membawa mayat tersebut dan dibiarkan didalam hutan selama 30 hingga 45 hari, mereka menutup mayat tersebut menggunakan daun. Apabila sudah capai waktu 45 hari tersebut, mereka akan membakar mayat.

Abu yang terhasil dari mayat yang dibakar itu tadi akan diletakkan di dalam sup yang dibuat menggunakan pisang, kesemua orang perlu minum sup tersebut sebagai tanda kasih sayang pada yang telah meninggal dunia.





125. 23 Haiwan albino

Albino dalam dunia haiwan, memang unik sangat.
























126. Sungai Yangtze

Yangtze merupakan nama bagi sebuah sungai yang paling panjang di Asia. Terletak di negara China dan sungai ini bermula dari pergunungan Tanggula di Tibet, perkataan Yangtze membawa maksud anak kepada lautan.

Sungai yang sepanjang 6300 kilometer ini akan mengalir keluar ke lautan China timur di sebelah Shanghai, penduduk tempatan menggunakan perkataan Chang Jiang yang bermaksud sungai panjang.

Penduduk disekitar sungai tersebut mendapat manfaat yang besar dari aliran sungai ini membantu untuk menyuburkan tanaman dan juga perjalanan ke daerah lain di China.

Merangkumi kawasan seluas 448 juta ekar ini mempunyai pelbagai corak flora dan fauna yang sangat menarik. Terdapat 378 jenis ikan, 166 jenis reptilia, 280 jenis mamalia dan 145 jenis amphibia.

Kawasan disekitar sungai ini juga disifatkan sebagai jelapang padi bagi negara China, sebanyak 70 peratus tanaman yang di tanam sekitar sungai ini merupakan padi, tidak lupa juga penduduk setempat yang menjadikan tanah subur itu untuk menanam jagung, gandum dan juga kapas.






127. Pantai maho

Pantai Maho yang berada di pulau saint Martin ini terkenal dengan sebuah lapangan terbang yang bernama Lapangan terbang antarabangsa Princess Juliana, uniknya kawasan ini ialah ramai yang pergi ke kawasan pantai untuk melihat kapal terbang mendarat dan berlepas secara dekat.

Kawasan ni sebenarnya sangat bahaya kerana tujahan angin dari enjin kapal terbang akan menyebabkan kecederaan sesorang, malah ada kejadian yang menimpa pelancong dari New Zealand yang mati disebabkan cedera parah di kepala akibat tercampak.





128. Negara Tuvalu

Tuvalu atau nama lamanya Ellice Island merupakan sebuah negara yang berada di lautan Pasifik. Negara yang mempunyai penduduk seramai 11,000 orang ni hanya berkeluasan 26 kilometer persegi.

Negara yang keempat terkecil di dunia ini juga sedang diancam kenaikan paras air laut yang disebabkan oleh pemanasan global. Tuvalu ni sebenarnya mempunyai cerita yang agak menarik dari segi ekonominya.

Kalau internet di Malaysia, kita akan guna MY tapi di Tuvalu mereka akan guna .TV, negara ni sebenarnya dapat hasil yang agak lumayan apabila sebuah syarikat yang bernama DotTV membeli hak tanda nama .TV dari negara tersebut dengan jumlah 50 juta dollar selama 12 tahun.

Melalui hasil tersebut, kerajaan Tuvalu berjaya menyediakan bekalan elektrik yang lebih baik di pulau berhampiran, perkataan TV ketika itu merupakan satu nama yang semua orang akan kenal.

Suhu dinegara ini sekitar 27-29 darjah celcius dengan taburan hujan sebanyak 2500 milimeter. Kebanyakan penduduk di sini akan menangkap ikan, penanaman pisang dan membela haiwan namun kerajaan negara mereka meningkatkan bahan makanan yang diimport untuk menjamin bekalan makanan rakyatnya.

Kawasan kerajaan terletak di kawasan yang dikenali sebagai Funafuti Atoll, 1/3 rakyat Tuvalu menetapkan dikawasan ini. Tuvalu juga merupakan sebuah negara yang 'kurus' kerana faktor geografi yang unik, negara ini kalau dilihat dari udara hanya memanjang sahaja, dipenuhi oleh pokok kelapa.






129. Fungsi kening

Kenapa manusia ada kening? Fungsi kening ni sebenarnya untuk halang peluh, air atau apa saja untuk masuk ke dalam kawasan mata, kalau perasan kening ni agak melengkung untuk alihkan bendasing tu jauh dari mata dan manusia akan tetap boleh melihat dengan jelas tanpa sebarang gangguan.


130. Gurun unik

Sebuah taman negara yang dikenali sebagai Lençóis Maranhenses terletak di negara Brazil, kawasan seluas 1550 kilometer persegi ini mempunyai satu kawasan gurun yang unik di mana pada bulan Mei hingga September, hujan akan turun dan memenuhi kawasan ini dengan air yang jernih.






131. Corak salji

Corak salji yang pelbagai bentuk, mungkin ada yang nampak corak ni dekat remote aircond atau dalam cerita Frozen. Setiap salji memiliki corak yang pelbagai, kita nampak halus, putih semacam Air Batu Campur dekat kedai, hakikatnya bermacam-macam corak yang ada.


132. Cicak tokek

Uroplatus phantasticus merupakan nama saintifik bagi sejenis cicak tokek yang ada di negara Madagascar. Seekor tokek jenis ini akan membesar sehingga 90 milimeter panjang akan keluar pada waktu malam untuk mencari serangga.

Mempunyai jangka hayat hidup selama 4 tahun, tokek ni juga boleh menyamar sebagai daun untuk memburu mangsanya di dalam hutan. Cicak ini tidak mempunyai kelopak mata, jadi cicak ni akan guna lidahnya yang panjang untuk membersihkan debu atau kotoran pada bahagian mata.





133. Penyu Caretta

Satu spesis penyu yang dikenali sebagai Caretta caretta mampu menahan nafas selama 10 jam semasa berada di dalam laut. Kalau dibandingkan dengan manusia, seorang manusia biasa hanya mampu boleh menahan nafas selama 4 minit sahaja.

Seorang manusia yang melatih diri untuk menyelam boleh menahan nafas selama 24 minit seperti seorang lelaki bernama Aleix Segura Vendrell yang juga pemegang rekod dunia.

Penyu jenis ini boleh mencapai berat 130 kilogram, malah ada yang dijumpai mencapai berat sehingga 450 kilogram, selain itu juga penyu ini mempunyai jangka hayat sehingga 67 tahun.




134. Stadium dengan pandangan indah

Pemandangan indah sebuah stadium yang dikenali dengan nama Estadio BBVA Bancomer, stadium yang berada di negara Mexico ini boleh menampung seramai 53,500 orang dibuka pada 2 Ogos 2015 dengan kos berjumlah 200 juta dollar


135. Ikan sardin berhijrah

Pada bulan Jun hingga Julai setiap tahun, satu penghijrahan besar-besaran berlaku yang melibatkan ikan sardin. Berbilion bilion ikan sardin dari jenis Sardinops sagax akan bergerak dalam kumpulan yang amat besar .

Ikan ini akan bergerak dari tebing Agulhas yang terletak di Afrika sehingga ke negara Mozambique dengan mengikut arus lautan yang sejuk. Ikan sardin dikatakan lebih suka air laut yang sejuk iaitu bersuhu antara 20 hingga 14 darjah celcius.

Ikan sardin dari Afrika selatan ini berada dalam kumpulan yang boleh mencecah sejauh 7 kilometer panjang dan selebar 1.5 kilometer lebar. Walaubagaimanapun, saintis masih lagi membuat kajian lanjut mengenai perkara ini, terdapat teori-teori yang saling tidak kena dengan faktor kenapa ikan sardin membuat penghijrahan besar-besaran.





136. Gunung berapi sejuk

Sebuah gunung berapi yang bernama Oi Doinyo Lengai terletak di Tanzania mengeluarkan lava berwarna hitam berbeza apa yang kita tahu tentang gunung berapi yang mempunyai lava warna merah.

Gunung berapi yang setinggi hampir 3 kilometer ini juga merupakan satu-satunya gunung berapi yang memancutkan lava berwarna hitam. Ini disebabkan oleh satu bahan yang dikenali sebagai Carbonatite yang terhasil dalam ruangan magma.

Oi doinyo lengai juga mempunyai lava yang paling sejuk jika dibandingkan dengan yang lain. Purata suhu lava mencecah 1000 darjah celcius, tetapi disini suhunya berkurangan hampir separuh dan tidak melebihi 600 darjah celcius.

Dikatakan seorang lelaki telah terjatuh didalam lava tersebut pada 2008 dan dia kemudiannya naik ke permukaan dengan kaki dan tangannya melecur.






137. Asap terbakar jadi hujan

Setiap kali nampak hutan terbakar kita akan nampak asap tu akan naik menjulang tinggi ke udara. Asap tu sebenarnya telah bertukar menjadi sejenis awan yang dikenali sebagai Pyrocumulus.

Awan jenis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 8 kilometer dan terhasil akibat kebakaran hutan atau letusan gunung berapi, udara yang panas akan naik ke atas. Kalau awan ni berat maka akan turun hujan disekitar kawasan kebakaran tu, keadaan ini boleh membantu pihak bomba untuk mengatasi masalah kebakaran hutan.

Bagaimanapun ada sesetengah kes yang mempunyai fenomena yang disebut sebagai 'Dry Lightning' iaitu satu keadaan dimana kilat akan berlaku tanpa hujan dan kilat tersebut akan menyambar di kawasan sekitar dan memulakan kebakaran yang baru.






138. Awan Lenticular

Altocumulus lenticularis atau lebih dikenali sebagai awan Lenticular ni boleh berlaku di kawasan pergunungan. Awan ini terbentuk disebabkan oleh pergerakan angin yang terhalang oleh gunung ganang lalu menjadi seperti pusaran.

Awan Lenticular ni biasanya merbahaya pada kapal terbang kerana awan ini menghasilkan keadaan udara yang tidak stabil. Selain itu juga awan jenis ini mampu bertahan sehingga beberapa jam dan berhari hari.





139. Mengkarung unik

Selalu kita baca haiwan ada yang bertelur dan yang beranak, tapi tu spesis berlainan. Tapi benda ni tak terpakai bagi sejenis mengkarung yang nama saintifiknya Saiphos equalis.

Mengkarung ni berasal dari negara Australia, 1 spesis haiwan ni boleh beranak atau bertelur dalam pada masa yang sama. Saintis yang membuat kajian mendapati bahawa haiwan ni kalau berada di kawasan pesisir pantai akan mengeluarkan telur, kalau hidup di kawasan pergunungan yang sejuk dan lembab akan beranak, Saintis memanggil perkara ni sebagai bimodal reproduction.





140. Olms

Olms atau nama saintifiknya Proteus anguinus merupakan sejenis salamander yang hidup di dalam gua. Haiwan ni hanya boleh dijumpai di pergunungan Dinaric iaitu satu kawasan pergunungan yang merangkumi negara itali, Slovenia, Croatia dan Herzegovina.

Apa yang menariknya tentang haiwan yang kelihatan seperti naga ni ialah, ia mampu untuk hidup tanpa makan selama 10 tahun malah haiwan amphibia ini juga dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu 100 tahun.

Pengkaji mendapati olms juga mampu berdiam diri selama bertahun-tahun tanpa bergerak sedikit pun, yang paling lama pernah dikaji ialah sekitar 2569 hari atau lebih kurang 7 tahun

Haiwan ni boleh membesar sehingga 30 Centimetre tapi ada specimen yang dijumpai boleh mencapai 40 Centimetre, haiwan yang buta ni sebenarnya akan mendengar bunyi untuk bergerak, olms akan menggunakan 'telinga' untuk mengesan frekuensi yang rendah.





141. Maldives

Republik Maldives merupakan sebuah negara yang sering dikunjungi pelancong disebabkan oleh negara ini mempunyai pulau dan pesisir pantai yang cukup memukau pandangan.

Negara yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama islam ini berkeluasan hampir 300 kilometer persegi dan penduduk disekitar negara ini dianggarkan berjumlah hampir 400,000 orang.

Maldives juga merupakan antara sebuah negara yang berkedudukan paling rendah didunia, iaitu 1.5 meter di atas paras laut, disebabkan oleh faktor geografi yang sebegini, negara kecil ini sebenarnya lebih terdedah dengan pemanasan global dan paras air laut meningkat.

Maldives mempunyai lebih kurang 1190 buah pulau, 80 daripadanya merupakan pulau yang mempunyai resort dan 200 pulau yang lain menjadi rumah kepada banyak penduduk Maldives.

Negara islam yang terkecil didunia ini juga mempunyai begitu banyak tempat untuk para penyelam melihat keindahan didalam laut, perkataan Atoll juga berasal dari bahasa Maldives yang membawa maksud pembentukan seperti cincin.

Negara ini juga sebenarnya sebuah negara yang paling landai didunia, selain itu mereka yang datang ke sini tidak perlu takut disebabkan oleh faktor jenayah yang sangat kurang dan dianggap antara negara yang paling selamat untuk melancong.









142. Hidupan paling panjang didunia.

Sejenis hidupan laut yang dikenali sebagai siphonophore, hidupan ni seperti ini akan bergantung satu sama lain seperti koloni dan membentuk seperti rantaian yang panjang. Dalam gambar ni kita nampak siphonophore ni melingkar, dijumpai didalam lautan Australia yang sepanjang 45 meter.





143. Burung belatok

Mesti yang kenal burung woodpecker ni kan. Burung ni boleh mematuk pokok untuk mencari serangga, burung ni membuat lubang kecil pada pokok, 20 patukan dalam masa satu saat atau hampir 12,000 dalam sehari. Tapi burung ni tak sakit kepala ke? Jom kita baca fakta sains pasal burung ni.

Burung Woodpecker Sebenarnya mempunyai lidah yang agak panjang iaitu 4 inci. Lidah yang panjang tu akan membalut otak burung ini, kiranya lidah tu berfungsi sebagai 'shock absorber' untuk melindungi dari sebarang kecederaan.

Tambahan lagi burung ni juga mempunyai tengkorak yang kuat, gegaran yang diterima oleh burung ini boleh mencapai sehingga 1500 daya tekanan graviti (G Force). Untuk perbandingan manusia hanya boleh menerima sekitar 5G sahaja.




144. Unta

Unta merupakan seekor haiwan yang mampu bertahan lama di padang pasir atau kawasan yang jarang mempunyai sumber air. Seekor unta pula boleh hidup tanpa air atau makanan selama 6 bulan.

Unta sebenarnya tidak menyimpan air di dalam bonggolnya, tetapi haiwan ini sebenarnya menyimpan lemak yang akan ditukarkan menjadi tenaga untuk terus hidup. Kalau unta ni guna lemak tu, kita akan nampak bonggol unta akan jatuh dan senget ke sebelah bahagian. Bonggol ni akan jadi tinggi balik apabila unta makan atau minum.

Haiwan ini boleh membawa barang sehingga
270 kilogram, unta boleh dikatakan sebagai kapal kargo di padang pasir, unta dewasa pula boleh mencapai berat sehingga 1000 kilogram. Bila unta ni jumpa air, seekor unta boleh minum 113 liter dalam masa 13 minit sahaja. Hebat kan?






145. Bahan padat paling ringan

Sejenis bahan yang dikenali sebagai Aerogel merupakan bahan yang solid paling ringan didunia. Arogel ni dicipta pada tahun 1930 disebuah makmal kajian milik NASA yang berada di Cleveland, Amerika. Individu yang bertanggungjawab untuk mencipta aerogel ini bernama Samuel Stephen Kistler.

Aerogel ni diperbuat dari silica, besi oksida, dan pelbagai jenis bahan lain. Secara asasnya aerogel ni sebenarnya merupakan satu cecair, tapi cecair tersebut digantikan dengan gas tapi masih mengekalkan ciri-ciri cecair yang keras seperti gel.

Sebab itulah kadangkala dipanggil sebagai asap beku disebabkan oleh keadaan dan rupa bentuknya yang lutsinar. Aerogel ni merupakan bahan yang kalis api serta mampu dijadikan bahan penebat haba yang baik.

Kajian yang dilakukan oleh saintis mendapati aerogel ni mampu menahan suhu yang tinggi dan juga rendah. Mereka mendapati aerogel mampu bertahan dalam suhu yang ekstrem iaitu 900 darjah celcius dan -198 darjah celcius. Ini bermakna aerogel boleh digunakan untuk salut apa apa bahan binaan, contoh buat penempatan untuk saintis kaji dikawasan kutub.

Disebabkan faktor boleh bertahan dalam keadaan suhu tinggi, kemungkinan besar aerogel boleh juga digunakan dalam pembuatan baju kalis api untuk digunakan oleh pihak bomba.





146. Sejarah bubble wrap

Siapa yang tak kenal bubble wrap ni kan. Setiap kali nak bungkus barang benda ni mesti wajib ada kan. Apa cerita disebalik bubble wrap ni?

Bubble wrap ni dicipta oleh 2 orang lelaki yang bernama Alfred Fielding dan Marc Chavannes pada tahun 1957. Percaya atau tidak, benda ni sebenarnya dipasarkan sebagai kertas dinding di rumah, namun produk mereka tidak berjaya mendapat tempat di pasaran.

2 orang ni kemudiannya menubuhkan syarikat sendiri yang bernama Air Sealed Corp, dan mereka berdua mendapati bahawa produk mereka tu sebenarnya boleh digunakan untuk membalut barang.

Setelah menyedari produk mereka ni boleh balut barang, mereka kemudiannya berjaya mendapatkan pelanggan yang pertama, iaitu IBM yang merupakan sebuah syarikat komputer yang terkemuka.

Bubble wrap kemudiannya digunakan untuk membalut komputer dari model IBM 1401 semasa penghantaran komputer tersebut, dari situ sebuah produk yang asalnya untuk tujuan kertas dinding di rumah bertukar menjadi sebuah produk yang dikatakan perlu ada semasa membuat pembukusan barangan.




147. Koala

Haiwan comey ni semua dah kenal, terutama yang dah pergi Australia tu. Korang sebut Koala, tapi mungkin ramai yang tak tahu apa maksud Koala ni kan. Sebenarnya koala ni seekor haiwan yang sangat unik.

Koala ni pada asalnya merupakan satu perkataan dari penduduk asal Australia yang bermaksud tak minum air. Pelik pulak kenapa tak minum air. Mari kita baca kenapa pasal tak minum air ni.

Koala ni merupakan haiwan yang tak minum air, sesuai dengan nama dia. Lagipun haiwan ni pada habitat asalnya tak akan pergi ke kawasan yang ada air sebab takut haiwan lain seperti buaya, aligator dan sebagainya makan koala.

Jadi koala ni akan dapat air melalui makanan sebagai contoh koala akan makan daun eucalyptus, daun ni mempunyai 55 peratus kandungan air. Dari situ haiwan ni akan dapat maintain air dalam badan dengan cukup.





148. Bersin dan batuk

Pernah batuk dan bersin? Waktu PKP Covid 19 ni mari kita lihat sedikit fakta menarik pasal batuk dan bersin ni. Setiap kali korang batuk, manusia akan mengeluarkan lebih kurang 3000 titisan air dan kelajuan titisan air tu boleh mencapai 50 kilometer sejam.

Manakala untuk bersin, seseorang yang bersin sebenarnya telah mengeluarkan 100,000 titisan air, kelajuan sesorang bersin boleh mencapai 160 kilometer sejam.

Ada orang yang akan bersin apabila melihat cahaya matahari, keadaan ini disebut sebagai
Autosomal Compelling Helio-Ophthalmic Outburst atau lebih dikenali dengan nama photosneezia, keadaan ini berlaku hampir 18-36 peratus penduduk dunia.




149. Sniper rifle paling power

SVLK-14S merupakan sniper rifle buatan Russia yang mampu menembak sasaran sejauh 2.5 kilometer. Badan rifle ni diperbuat dari campuran plastik, fiberglass, Kevlar serta aluminium alloy yang kukuh.

Senjata yang seberat 10 kilogram ini diperbuat satu persatu seperti sebuah kereta mewah Ferrari atau Porsche untuk menjaga kualiti. Menggunakan peluru .408 CheyTac, peluru tersebut akan bergerak selaju 900 meter sesaat. Senjata ni berharga sekitar RM126,908 untuk set lengkap.

Seseorang yang menjadi target dari senjata ini sememangnya tidak mampu menahan kekuatan dan kelajuan peluru tu, tidak ada baju kalis peluru yang mampu untuk melindungi seseorang dari SVLK-14S. Senjata ni mampu beroperasi di kawasan bersuhu ekstrem iaitu -40 dan 60 darjah celcius. Ini bermakna senjata buatan Russia ini sesuai digunakan di banyak medan tempur.





150. Hutan amazon

Hutan amazon merupakan hutan tropika yang terbesar di dunia yang berkeluasan kira-kira 5.5 juta kilometer persegi. Kawasan yang luas tu sebenarnya mampu memuatkan negara UK dan Ireland sebanyak 17 kali.

Dalam kawasan ini, terdapat satu sungai iaitu sungai Amazon yang mengalir sejauh 6804 kilometer. Sungai ini merupakan sungai yang kedua terpanjang di dunia selepas sungai Nile.

Kawasan yang besar ini juga mempunyai penduduk asli, seramai 400-500 suku kaum Amerindian menjadikan hutan amazon ni sebagai rumah mereka dan mereka telah duduk di hutan ini sudah ribuan tahun. Meskipun begitu ada diantara mereka yang tidak pernah berhubung langsung dengan dunia luar.

Hutan amazon juga kaya dengan flora dan fauna. Terdapat lebih kurang 40,000 spesis tumbuhan, 1300 jenis burung, 3000 jenis ikan, 430 mamalia dan yang paling banyak ialah serangga yang mencapai 2.5 juta spesis yang berlainan.

Jika suhu bumi naik 3 darjah celcius disebabkan oleh pemanasan global, 75 peratus kawasan hutan amazon akan lenyap sepenuhnya disebabkan oleh kekurangan hujan.

Hutan amazon ni sebenarnya sebuah hutan yang cukup tebal, bayangkanlah lantai hutan sentiasa gelap disebabkan oleh pokok yang tumbuh tinggi dan berbentuk seperti kanopi menutup cahaya matahari dari sampai ke lantai hutan.

Apabila hujan turun, air hujan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk jatuh ke lantai hutan, pelik tapi benar kerana pokok dan daun yang terlalu rapat sehinggakan air hujan pun ambil masa yang lama untuk turun ke bawah.





151. Fakta otak

Otak ikan paus sperma mempunyai otak yang seberat 7 kilogram, manakala otak yang ringan pula dimiliki oleh Microcebus murinus sejenis lemur di Madagascar yang seberat 2 gram sahaja.

Untuk perbandingan otak manusia seberat 1.2 kilogram secara purata dan merangkumi 2 peratus dari jumlah berat badan seseorang. Otak orang lelaki dikatakan 100 gram lebih berat dari otak kaum wanita.

Neuron otak manusia menghantar isyarat pada neuron lain yang dikenali sebagai neurotransmitters pada kelajuan 430 kilometer sejam.

Manakala otak seekor gajah hanya seberat 4.7 kilogram dari jumlah itu hanya 0.1 peratus dari jumlah keseluruhan berat badan seekor gajah.


152. Beruk gergasi

Gigantopithecus merupakan sejenis beruk gergasi yang pupus 100,000 tahun dahulu disebabkan oleh perubahan iklim. Fossil yang ditemui menunjukkan beruk ini mempunyai ketinggian kira-kira 3 meter dan berat 500 kilogram.

Haiwan ni dikatakan banyak dijumpai di kawasan hutan di dalam negara China sekitar 2.6 juta tahun yang lalu. Gigi beruk gergasi ni dijumpai oleh seorang ahli paleontologi Belanda yang bernama Gustav Heinrich Ralph von Koenigswald di sebuah kedai ubat tradisional di China.

Gigi haiwan ini biasanya dibuat ubat dan disangka gigi dari seekor naga, lebih banyak penemuan fossil berjaya ditemui di gua gua negara China, Utara Vietnam dan juga Thailand.





153. Fobia lipas

Katsaridaphobia merupakan satu nama fobia yang kebanyakannya orang ada. Phobia ni merupakan seseorang yang takut lipas, boleh dikatakan agak ramai yang geli atau takut lipas. Korang takut lipas tak? 🤪


154. Fobia guruh

Tahukah anda?

Astraphobia merupakan satu fobia dimana mereka yang tergolong dalam kumpulan ini akan takut dengar atau melihat kilat dan bunyi guruh yang kuat. Fobia ni tidak hanya berlaku pada kanak-kanak tapi juga orang dewasa, biasanya mereka akan berdebar bila guruh dan kilat berlaku terutama bila ribut elektrik melanda.





155. Fobia lautan dalam

Tahukah anda?

thalassophobia merupakan fobia apabila melihat laut atau tasik yang dalam. Biasa terjadi bila melihat air yang berwarna biru pekat atau hijau yang akan menyebabkan seseorang itu takut dengan kedalaman air.





156. Fobia tinggi

Tahukah anda?

acrophobia merupakan salah satu fobia yang takut pada ketinggian. Orang yang mempunyai acrophobia tidak akan mendekati tempat yang tinggi, contohnya Skywalk yang ada kaca dan boleh tengok bawah atau ditepi koridor bangunan tinggi.






157. Fobia mengandung

Korang tahu tak?

Tokophobia merupakan seseorang yang fobia untuk mengandung atau melahirkan anak. Orang yang mempunyai fobia ini akan rasa takut dan resah apabila melihat bilik bersalin, jarum atau apa apa yang melibatkan proses kelahiran.


158. Fobia dengan cinta

Korang tahu tak?

Gamophobia merupakan satu fobia dimana seseorang itu rasa takut untuk berkahwin, biasanya disebabkan oleh tidak yakin pada pasangan atau takut dapat pasangan yang salah.


159. Fobia darah

Pernah dengar kan orang cakap macam ni ' aku tak boleh tengok darah, rasa nak pengsan' sebenarnya orang tu mempunyai satu fobia yang dikenali sebagai HEMOPHOBIA, dimana seseorang tu akan mengalami ketakutan yang teruk bila nampak banyak darah.




160. Fobia lubang

Trypophobia sejenis fobia yang menyebabkan seseorang rasa takut atau geli melihat lubang. Terutama kalau sesuatu benda itu ada banyak lubang.

Otak mereka menafsirkan benda tersebut sebagai bahaya dan ada yang mengalami serangan panik.





161. Tsunami paling tinggi

Pada 10 malam 9 Julai 1958, Alaska digegarkan oleh gempa bumi yang berukuran 7.7 pada skala Richter, gempa bumi yang kuat tu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan kemudiannya menggelongsor ke dalam teluk Lituya.

Kesannya ialah kejadian megatsunami yang disifatkan sebagai antara yang paling tinggi pernah berlaku. Tsunami tu setinggi 524 meter, kalau nak bayangkan, menara berkembar Petronas KLCC tu tingginya hanya 452 meter, Tsunami ni lebih tinggi dari KLCC.

Impak megatsunami tersebut menyebabkan jutaan pokok dikawasan tersebut tercabut kerana kelajuan air yang sangat deras , walaupun begitu hanya 5 orang sahaja yang meninggal dunia.

Bayangkan kalau kejadian yang sama tu berlaku di kawasan penduduk padat. Dari jauh kita boleh nampak ombak lebih tinggi dari pencakar langit datang





162. Kenapa tayar warna hitam

Kalau ada yang terfikir kenapa tayar kereta ni warna hitam, warna tersebut datangnya dari satu bahan yang dikenali sebagai Carbon Black, benda ni digunakan untuk menambah kekuatan dan daya tahan tayar dari kesan panas jalanraya. Itu sebab lah tayar mampu tahan lama bila berada di jalan tar yang sangat panas terutama dekat negara yang suhu hariannya mencecah 40 darjah celcius.




163. Hidupan laut yang unik

Chondrocladia lyra merupakan sejenis hidupan laut yang unik, hidupan ni biasanya akan dijumpai pada paras 3300-3500 meter dibawah laut. C. lyra ni dijumpai pada tahun 2012 di perairan berhampiran dengan negeri California.

Hidupan unik ni akan menggunakan cangkuk yang ada untuk memerangkap haiwan kecil, kalau ada yang sangkut, c.lyra ni akan menguraikan haiwan tu melalui rongga kecil yang terdapat pada hidupan tu. Siapa sangka nampak macam biasa tapi sebenarnya benda ni merupakan karnivor.




164. Badan manusia terbakar dengan sendirinya

Pelik tapi benar, dalam dunia ni ada je benda pelik yang berlaku, mungkin antara korang ada yang belum pernah dengar istilah manusia terbakar secara tiba-tiba atau spontaneous human combustion.

Benda ni berlaku secara tiba-tiba dan tidak diketahui dari mana puncanya. Apa yang berlaku ialah, badan seseorang tu boleh terbakar secara tiba-tiba. Bukan sengaja cari lighter pergi bakar diri tapi satu keadaan misteri yang tidak dapat dijelaskan dengan terperinci.

Istilah ni bermula pada tahun 1641 apabila seorang doktor yang berasal dari Denmark bernama Thomas Bartholin membuat rumusan tentang kematian seorang pahlawan itali yang bernama Polonus Vorstius.

Polonus ni dikatakan minum beberapa gelas arak yang kuat bersama ibubapanya di rumah mereka yanh terletak di Milan, dia kemudiannya dikatakan sendawa dan mengeluarkan api, lalu badannya pulak terbakar seolah-olah dibakar oleh orang lain.

Pada tahun 2010, kejadian yang hampir sama berlaku di negara Ireland, apabila seorang lelaki yang bernama Michael Faherty yang ketika itu berusia 76 tahun didapati mati terbakar di rumahnya yang terletak di Galway.

Dia mati akibat terdapat kesan terbakar yang sangat teruk dan terbaring. Keadaan yang pelik berlaku itu meninggalkan kesan pada siling dan lantai, bilik dimana tempat mayat tersebut dijumpai tidak terbakar.

Beratus-ratus kes yang dilaporkan sejak penemuan perkara misteri ni berlaku, hampir kesemua kes melibatkan kematian akibat kesan terbakar yang sangat teruk.





165. Kekuatan kokokan ayam jantan

Seekor ayam jantan yang berkokok mungkin hanya biasa bagi kita yelah dia nak berkokok kan nak buat macam mana. Tapi apa sains disebalik ayam berkokok ni?

Ayam jantan yang berkokok sebenarnya bunyi tersebut mampu mencapai tahap bunyi yang kuat iaitu 100 decibel atau lebih kurang bunyi hon kereta kita. Tapi, ayam ni tak pekak ke dengan bunyi kuat macam tu?

Kajian dibuat pada tengkorak ayam dan pengkaji mendapati ayam memilik 'palam telinga' atau senang cakap Ear Plug. Ada satu tisu pada bahagian telinga ayam ni akan mula tertutup apabila ayam nak berkokok, kawasan tersebut dikenali sebagai auditory canal yang akan tertutup bila paruh ayam mula terbuka, dari situ benda ni akan lindung ayam dari bunyi yang kuat.



 

166. Bunyi paling kuat pernah didengar oleh manusia

Bunyi yang paling kuat pernah didengari oleh manusia adalah bunyi letupan gunung berapi Krakatoa yang meletus pada 27 ogos 1883. Pada pagi tersebut lebih kurang pukul 10 pagi, gunung berapi tu meletus dengan hebat, bunyi yang dihasilkan seterusnya mengelilingi bumi sebanyak 4 kali.

Kekuatan bunyi tu berukuran 170 decibel, untuk perbandingan bunyi hon kereta sekitar 100db manakala bunyi enjin jet 150db dan manusia hanya mampu menahan 130db sahaja. Bunyi tersebut telah memecahkan gegendang telinga pelayar yang berada didalam sebuah kapal yang bernama Norham castle, kapal tersebut berada lebih kurang 60 kilometer jauhnya.

Ini bermakna hampir kesemua orang yang tinggal di sekitar kawasan tersebut menjadi pekak serta merta disebabkan oleh bunyi yang terlalu kuat. Bukan itu sahaja, Krakatoa ni juga menghasilkan 'shock wave' yang kuat bersamaan kira kira 10,000 bom hidrogen.


167. Doktor bedah yang hebat

Alla Levushkina merupakan seorang doktor bedah yang hebat dan seorang pakar bedah yang tertua di Rusia. Lahir pada 5 may 1927 di Ryazan, Rusia. Sebelum meninggal dunia dia melakukan sekurang-kurangnya 4 pembedahan setiap hari. Dia yang tidak berkahwin mengatakan kerjanya bukanlah satu pekerjaan tapi gaya hidupnya yang suka menolong orang lain.

Dia yang bekerja di sebuah hospital di Ryazan tinggal disebuah flat bersama dengan anak saudaranya yang OKU dan 8 ekor kucing ini telah membuat 10,000 pembedahan sepanjang 67 tahun perkhidmatannya sebagai doktor dan lebih menakjubkan bila tiada seorang pun pesakitnya yang mati semasa pembedahan dilakukan. Dia meninggal dunia pada 23 January 2020 disebabkan oleh masalah kesihatan ketika berumur 92 tahun






168. Lelaki singa

Seorang lelaki yang bernama Stephan Bibrowski atau lebih popular dipanggil Lionel lelaki berwajah singa ini lahir pada tahun 1890 di Poland, seluruh tubuhnya mempunyai rambut tebal dan orang ketika itu anggap stephan ni sebagai 'singa'.

Bulu yang tebal dan lebat tumbuh dikawasan badan dan mukanya merupakan satu keadaan yang sangat jarang berlaku iaitu Hypertrichosis, keadaan ini akan menyebabkan seseorang mempunyai rambut yang tumbuh tidak terkawal.

Ketika berusia 4 tahun, dia diserahkan oleh seorang lelaki yang bernama Sedlmayer, kemudiannya dia membawa Stephan ni untuk tujuan pertunjukan di seluruh Eropah. Ketika itu badan Stephan ditumbuhi rambut panjang yang menceceh 10 centimeter kecuali dibahagian tapak tangan dan kaki.

Dia kemudiannya berpindah ke Amerika dan menjadi sangat popular disana pada 1920, kemudiannya bersara dan menetap di Berlin Jerman. Dia meninggal pada tahun 1932 akibat serangan jantung.




169. Tunnel of love

Mungkin ada yang pernah nampak gambar ni tapi tak tahu dekat mana kan. Lokasi gambar ni merupakan satu laluan keretapi yang terletak di Klevan, Ukraine. Uniknya tempat ni ialah kawasannya yang ditumbuhi oleh pokok yang membentuk seperti gerbang.

Tempat ni dipanggil sebagai Tunnel Of Love kerana disifatkan sebagai kawasan romantik di Klevan. Laluan ni sepanjang 5 kilometer dan merupakan laluan ke Orzhiv.







170. Gurun pokok mati

Deadvlei merupakan sebuah kawasan yang terletak di Negara Namibia, kawasan ni sangat terkenal dengan pokok-pokoknya yang mati. Dikelilingi oleh gumuk pasir yang tertinggi didunia, gumuk pasir tersebut boleh mencecah 200-400 meter.

Kawasan ni dahulunya merupakan sebuah takungan air yang terjadi disebabkan oleh hujan lebat dan menyebabkan sungai Tsauchab melimpah. Keadaan ini membolehkan sejenis pokok yang nama saintifiknya Vachellia erioloba tumbuh.

Apabila berlakunya perubahan iklim, kawasan ini menjadi kering kontang dan air menjadi semakin kering, pokok yang mati disitu dikatakan berusia hampir 700 tahun






171. Berapa banyak serangga burung makan?

Burung-burung yang ada di muka bumi ni dianggarkan makan sebanyak 20,000,000,000,000,000 ekor serangga, ya 20 quadrillion dalam setahun.




172. Asal usul rantaian makanan

Ingat lagi tak masa belajar sains dekat sekolah dulu ada ditunjukkan rantaian makanan? Daun dimakan oleh ulat, ulat dimakan oleh burung. Sebenarnya kalau nak tahu seorang ilmuwan islam yang sebenarnya memperkenalkan konsep rantai makanan ni, nama ilmuwan itu adalah al jahiz yang dilahirkan pada 776, dia memperkenalkan konsep itu dalam bukunya Al Hayawan pada kurun ke 10 dan kemudiannya di popularkan oleh Charles Elton pada tahun 1927.




173. Rumah dalam cerita UP

Mungkin ramai antara kita yang dah tengok cerita animasi UP yang rumah diangkat dengan belon tu kan, tapi ada juga yang tak tahu sebenarnya cerita kartun tersebut mempunyai 'cerita' berdasarkan kejadian yang betul-betul berlaku.

Kisahnya seorang wanita yang bernama Edith Macefield mempunyai sebuah rumah yang dikatakan berusia 100 tahun lebih di Seattle, Amerika. kawasan rumah tersebut mula dibangunkan oleh pihak pemaju, pada 2006 dia sebenarnya telah ditawarkan oleh pihak pemaju sebanyak 1 juta dollar sebagai wang pampasan.

Namun, dia yang sangat sayang pada tanah dan rumahnya tu telah menolak jumlah yang cukup besar tu. Perkara ni telah menjadi kejadian sensasi di Amerika ketika itu, Edith berkata dia tidak mahu berpindah dan wang bukanlah segala-galanya.

Edith meninggal dunia pada tahun 2008 akibat kanser pankreas di rumahnya, sebagai mana yang dihajati oleh Edith sendiri dan rumah tersebut masih kekal disana.






174. Amerika bom gunung berapi

Tentera Amerika pernah menggugurkan beberapa biji bom untuk mengalihkan aliran lava yang mengalir dari gunung berapi yang terbesar didunia iaitu Mouna Loa yang berada di kepulauan Hawaii.

2 strategi yang dilakukan oleh pihak tentera pada tahun 1935 dan 1942, bagaimanapun cara tersebut tidak menjadi. Bagaimanapun seorang pendaki telah menemui salah satu bom yang digugurkan pada bulan Februari tahun ini, bom tersebut sudah berkarat dan tidak meletup.

Bom yang dijumpai merupakan bom yang digugurkan pada tahun 1935 yang mengandungi 161 kilogram bahan letupan. Idea untuk meletupkan bom ini datang dari seorang pengkaji gunung berapi yang bernama Thomas A Jaggar yang membuat rancangan dan seterusnya meminta bantuan dari tentera udara Amerika. Dengar macam cerita sains fiksyen?





175. Landasan paling panjang vs paling bahaya

Landasan paling panjang vs paling bahaya

Landasan kapal terbang yang paling panjang didunia terletak di negara China, lebih tepat lagi di Qamdo Bamda. Landasan ini berukuran 5500 meter, lapangan terbang Qamdo Bamda terletak lebih kurang 4400 meter dari aras laut dan memerlukan landasan yang panjang untuk kapal terbang berlepas disebabkan oleh paras ketinggian lapangan terbang tersebut yang mengurangkan daya angkat sesebuah kapal terbang tersebut.

Lapangan terbang Tenzing–Hillary atau lebih dikenali sebagai Lukla tersenarai antara lapangan terbang yang paling bahaya didunia, tempat ni terletak di Nepal. Kawasan ni sangat popular dikalangan pendaki gunung Everest kerana inilah lapangan terbang yang membawa pendaki untuk ke Kathmandu.

Lapangan terbang ni dibina pada tahun 1964 dibawah pengawasan Edmund Hillary, kalau perasan ada namanya pada lapangan terbang ni. Tenzing dan Hillary ni merupakan orang yang pertama sampai ke kemuncak gunung Everest.






176. Bangunan paling kurus

Sebuah bangunan yang dikenali dengan nama Steinway Tower yang setinggi 84 tingkat merupakan bangunan pencakar langit yang paling 'kurus' didunia. Bangunan ni berada di New York mula dibina pada 2014 dan dijangka siap pada 2020 dengan jumlah kos sebanyak 2 billion dollar.





177. Sel kanser payudara

Apa ni? Pelik semacam je. Ni lah sel kanser payudara yang menyebabkan kematian ramai kaum wanita diluar sana. Pengesanan awal mampu merawat kanser ini dengan lebih berkesan.


178. Pasir pantai merah

Sebuah pulau yang dikenali dengan nama Hormuz berada di Negara Iran mempunyai pasir pantai yang berwarna merah. Keadaan itu berlaku disebabkan oleh kehadiran besi oksida yang mencapai 70%. Kebanyakan tanah dikawasan ini diambil untuk kegunaan industri seperti kaca, kosmetik dan pewarna.

Pulau yang sebesar 42 kilometer persegi ini sangat panas apabila tiba musim panas, suhu di pulau ini boleh naik sehingga 42 darjah celcius. Pulau ini pernah dikunjungi oleh penjelajah tersohor dunia iaitu ibn battuta dan laksamana cheng ho pada kurun ke 15.





179. Kambing biri-biri paling comel

Valais Blacknose merupakan kambing yang berasal dari satu kawasan di Switzerland yang bernama Valais. Kambing jantan mempunyai berat sehingga 130 kilogram manakala betina pula mencapai 90 kilogram. Dianggap sebagai kambing paling comel didunia.







180. Bulan, galaksi Bima sakti dan lava

Dalam gambar ni kita nampak galaksi bima sakti, lava dan bulan. Jom baca fakta menarik tentang 3 benda ni.

Galaksi Bima Sakti
- mempunyai lebih kurang 200 billion bintang, galaksi yang kita diami ni sebenarnya bersaiz sederhana kalau nak bandingkan dengan satu galaksi yang bernama IC1101, dalam galaksi dianggarkan ada 100 trillion bintang.

Kebanyakan galaksi mempunyai Black Hole nya tersendiri, sama juga seperti yang kita punya. Terletak ditengah galaksi, dinamakan sebagai Sagittarius A yang mempunyai diameter 44 juta kilometer

Galaksi Bima Sakti dan sebuah lagi galaksi yang dikenali sebagai Andromeda sedang bergerak dengan kelajuan 120 kilometer sesaat dan dijangka akan bertembung 4 billion tahun lagi.

Sebuah planet yang dikenali sebagai Keper-186f dijumpai pada tahun 2005 merupakan sebuah planet yang berada dihujung galaksi, jaraknya? 4.730 trillion kilometre.

Lava
Lava merupakan satu cecair panas yang keluar dari dalam bumi, magma yang panas akan keluar disebabkan oleh tekanan yang sangat tinggi dan dikeluarkan oleh gunung berapi.

Suhu lava biasanya akan mencecah sehingga 1000 darjah celcius manakala suhu lava yang sedang sejuk mempunyai suhu antara 650-800 darjah celcius.

Kelajuan lava yang mengalir boleh mencecah sehingga 100 kilometer sejam seperti yang berlaku di Congo pada 1977, penduduk dikawasan tersebut sedang tidur dan ramai antara mereka yang tidak sempat menyelamatkan diri.

Pancutan lava dari gunung berapi yang direkodkan pada 1999 merupakan yang paling tinggi, iaitu 2000 meter sewaktu gunung Etna yang berada di Itali meletus.

Bulan
Batuan yang kecil ini merupakan satelit semulajadi jadi yang mengelilingi bumi dan merupakan bulan yang ke 5 terbesar didalam sistem solar kita

Mons Huygens merupakan gunung yang paling tinggi di bulan dengan ketinggian 4700 meter, di bumi gunung paling tinggi iaitu Everest berketinggian 8848 meter.

Satelit semulajadi ini akan mengorbit bumi selama 27.3 hari dan berdiameter 3475 kilometer

Seperti bumi, bulan juga mempunyai gempa. Gempa bulan ni juga akan mengakibatkan berlakunya rekahan, sama seperti di bumi.

Suhu permukaan bulan boleh mencapai 123 darjah celcius pada siang dan akan jatuh sehingga negatif 233 darjah celcius pada sebelah malam.


181. Haiwan hidup tanpa oksigen

Ramai yang tahu manusia, haiwan perlukan oksigen untuk bernafas. Tapi berapa ramai yang belum tahu ada parasit yang tidak memerlukan oksigen. Nama parasit tu ialah Henneguya salminicola.

Parasit ni hidup didalam ikan salmon, kajian dari Universiti Oregon mendapati parasit ini akan mencuri nutrisi dari badan salmon tersebut, penemuan terbaru ini membuktikan terdapat hidupan yang tidak menggunakan oksigen.

Saintis masih lagi mengkaji bagaimana hidupan ini mampu hidup tanpa menggunakan oksigen kerana genome Mitochondria yang bertindak menukarkan oksigen kepada tenaga tidak ada pada Henneguya salminicola.




182. Bunga paling kecil

Bunga terbesar semua dah tahu, tapi berapa ramai yang masih tak tahu bunga terkecil didunia kan. Jawapannya ialah Wolffia globosa, tumbuhan ni merupakan tumbuhan yang berbunga paling kecil dan berukuran antara 0.1–0.2 mm. Wolffia globosa ni terdapat banyak dipermukaan air dan kebanyakan negara akan ada tumbuhan ni.




183. Jumlah bakteria di dunia

Jumlah bakteria yang terdapat di bumi dianggarkan sebanyak 5,000,000,000,000,000,000,000,000,000,000, iaitu 5 juta trilion trilion. Bakteria ni ada setiap pelusuk muka bumi, dari bawah laut sampai la udara. Kebanyakan bakteria ni berukuran dari 0.5 hingga 2.0 micrometer.




184. Kereta burung unta

Pernah tengok kereta kuda? Pernah tengok kereta lembu? Tapi berapa ramai yang belum tengok kereta burung unta ni, dalam gambar ni kita boleh nampak seorang polis tengah tahan lelaki yang naik kereta burung unta ni, biasanya polis tahan sebab kenderaan tu terlalu laju. Sebagai fakta, seekor burung unta mampu berlari selaju 70 kilometer sejam.





185. Siapa cipta picagari?

Bila pergi hospital mesti ramai yang diantara kita ni takut tengok jarum picagari kan. Tapi apa yang mungkin korang tak tahu, jarum tu atau dipanggil syringe dicipta oleh seorang ilmuwan Islam yang bernama Ammar ibn 'Ali al-Mawsili' pada abad ke 9, ketika itu dia mencipta syringe tersebut menggunakan kaca yang berlubang untuk menarik selaput katarak pada mata.




186. Kesan parut akibat kilat

Kesan parut akibat disambar petir. Tidak ramai yang mampu selamat dari panahan petir, kebanyakkan mereka akan mengalami serangan jantung, lumpuh, tidak boleh bernafas disebabkan oleh arus elektrik yang terlalu tinggi. kulit yang terbakar ini mempunyai corak yang dikenali sebagai Lichtenberg, suhu petir pula mencecah 27,000 darjah celcius, iaitu 5x ganda dari suhu permukaan matahari.


187. Ulat makan plastik

Manusia menghasilkan lebih kurang 300 juta plastik setiap tahun, plastik merupakan satu bahan yang mengambil masa sangat lama untuk terurai. Saintis telah membuat kajian untuk mengurangkan atau menghapuskan plastik dengan cara paling berkesan, melalui kajian yang dilakukan, saintis mendapati sejenis ulat beluncas yang dikenali dengan nama saintifiknya Galleria Mellonella yang mampu makan plastik

Ulat beluncas ini juga dikenali dengan nama Wax worm disebabkan oleh ulat ini ada di sarang lebah. Ulat ni lebih gemar makan lilin (wax) jadi plastik dan lilin juga mempunyai kandungan yang sama. Walaubagaimanapun, kajian ini masih lagi memerlukan kajian yang lebih mendalam untuk menilai keberkesanan ulat ini pada plastik.


188. Gigi paling kuat didunia

Siput laut yang dikenali sebagai Limpet mempunyai gigi yang tajam, melalui hasil kajian oleh universiti Portsmouth mendapati, gigi limpet ini sebenarnya lebih kuat dari sutera yang dihasilkan oleh labah labah dan apabila diuji oleh universiti tersebut gigi limpet ni 5 kali ganda lebih kuat dari sutera, lebih menakjubkan apabila ujian tekanan dibuat dan gigi limpet mampu menahan tekanan ekstrem yang menukarkan karbon menjadi berlian.






189. Hospital kapal

Tentera laut Amerika mempunyai beberapa buah kapal yang diubahsuai menjadi hospital terapung. Salah satu kapal tersebut dikenali sebagai USNS Comfort mampu memuatkan seramai 700 anggota perubatan serta 12 bilik pembedahan dan boleh merawat seramai 1000 pesakit dalam satu masa.

Kapal ni sekarang ditempatkan di New York untuk membantu pesakit Covid 19 di sana. Amerika mencatatkan bilangan pesakit covid paling ramai didunia dengan jumlah melebihi 100,000 orang.






190. Taman negara yang tak boleh masuk

Sperrgebiet merupakan sebuah taman negara yang terletak di Negara Namibia, taman negara ni sebenarnya tidak boleh dimasuki oleh pelancong. Pelik kan? Buat taman negara tapi tak boleh masuk.

Sebenarnya, kawasan ni mempunyai lombong berlian, perkataan Sperrgebiet merupakan dari bahasa Jerman yang bermaksud kawasan larangan. Pihak Jerman datang ke Namibia untuk membina lombong berlian

Kawasan ni juga antara kawasan yang paling banyak berlian didunia sehingga ada yang menyelinap masuk ketika waktu bulan penuh supaya senang nampak berlian yang berkilau akibat pantulan cahaya bulan. Hanya 5% sahaja kawasan ini diterokai dan sebab itulah mereka sangat menjaga taman negara ni. Kawalan disekitar taman negara ini memang sangat ketat, seseorang yang ditangkap boleh dipenjara selama 15 tahun




191. Hutan batu

Di Madagascar terdapat satu kawasan yang mempunyai geologi yang unik, kawasan yang dikenali sebagai Stone Forest ini terdiri dari ribuan formasi batu kapur yang tajam berdiri tinggi seolah olah jarum batu. Ada formasi yang mencecah sehingga 2600 kaki atau bersamaan dengan 792 meter, Stone Forest ni berkeluasan 666 kilometer persegi

Kawasan ni sangat sukar untuk dimasuki, memerlukan perjalanan selama 5 hari. Orang tempatan menamakan tempat ini sebagai tsingys yang membawa maksud " seseorang tidak boleh berkaki ayam" disebabkan terdapat batu yang tajam.







192. Cendawan paling beracun

Amanita phalloides merupakan nama saintifik bagi cendawan yang paling beracun di dunia. Cendawan ni boleh menahan suhu panas dan kalau korang makan, kesannya akan mula timbul selepas 6 hingga ke 12 jam. Racun didalam cendawan ini akan memusnahkan sel badan manusia dengan cepat.

Antara tanda keracunan cendawan ini ialah, berak berdarah, muntah yang teruk, sakit perut, pening kepala serta akan menyebabkan rasa haus yang teruk. Pope Clement VII meninggal dunia pada tahun 1534 disebabkan termakan secara tidak sengaja.





193. Burung paling laju di dunia

Burung helang Falcon atau nama saintifiknya Falco peregrinus merupakan antara burung yang paling pantas didunia. Burung ni boleh terbang tinggi dan akan menjunam dengan kelajuan 389 kilometer sejam.

Burung ni banyak terdapat di merata tempat kecuali di Antartika, kebanyakan burung ini akan berpindah tempat dan melakukan perjalanan sejauh 24,000 kilometer dalam setahun.




194. Udang lipan

Udang lipan atau Mantis Shrimp dianggap peninju hebat di laut. Udang ni boleh menumbuk mangsa dengan laju sehinggakan air disekeliling menjadi panas serta menghasilkan buih yang bahaya. Benda ni dikenali sebagai Cavitation, bukan sahaja mampu membunuh hidupan lain, malah turut merosakkan bilah kipas kapal.




195. Lelaki bertanduk

Seorang petani dari China yang bernama Wang mempunyai 'tanduk' dibelakang kepalanya. Tanduk tersebut yang sepanjang 13 inci dikatakan terhasil akibat badannya mengeluarkan satu protein yang dikenali sebagai Keratin dengan banyak dan menyebabkan kepala petani tersebut mengeluarkan 'tanduk'. Gambar wang yang masih lagi mempunyai tanduk diambil pada tahun 1930



196. Banjaran Andes

Banjaran gunung Andes merupakan yang paling panjang didunia. Meliputi kawasan sejauh 7000 kilometer yang merentasi 7 buah negara. Puncak tertinggi banjaran Andes ini terletak di gunung Aconcagua yang setinggi 6962 meter.




197. Orkid Darth Vader

Orkid yang dikenali dengan nama saintifik Aristolochia Salvadorensis kelihatan seperti wajah Darth Vader dari filem Star wars. Orkid jenis ini banyak tumbuh disekitar kawasan Amerika selatan terutamanya di El Salvador.





198. Air terjun paling besar didunia

Ramai yang tahu air terjun tertinggi didunia, tapi berapa ramai yang tahu kat mana letaknya air terjun terbesar di dunia? Jawapannya terletak di bawah laut diantara Greenland dan Iceland. Kawasan ni dikenali sebagai Denmark Strait yang berkeluasan 130 kilometer.

Denmark Strait ni sebenarnya pertemuan antara air bersuhu panas dari laut Nordic dengan air bersuhu sejuk yang mengalir dari laut Irminger. Air yang suhu sejuk tu mempunyai ketumpatan yang tinggi dan akan turun ke lantai laut dengan ketinggian 3505.2 metre atau bersamaan 3 kilometer, Air terjun ni mampu mengalirkan air sebanyak 172 juta kaki kubik sesaat.


199. Heterochromia, mata yang unik

Heterochromia merupakan salah satu keganjilan yang boleh berlaku pada seseorang. Hetero bermaksud beza manakala Chromia bermaksud warna. Perbezaan warna yang ketara ini menyebabkan seseorang kelihatan unik, walaupun begitu heterochromia tidak mendatangkan kesan pada seseorang yang ada benda ni.

Benda ni terjadi disebabkan oleh mutasi genetik semasa peringkat janin atau mempunyai Horner's syndrome. Biasanya seseorang tu mempunyai perbezaan warna mata yang ketara, contoh mata kiri coklat mata kanan biru.

Haiwan juga mempunyai heterochromia, kita boleh nampak dengan jelas dengan ini. Tuan haiwan dan haiwannya mempunyai kondisi yang sama.




200. 607 tahun untuk jelalah kesemua pulau.

Sweden merupakan antara negara yang paling banyak pulau didunia. Terdapat hampir 221,800 buah pulau di negara tersebut, kebanyakan pulau tersebut tidak berpenghuni. Kalau korang pergi 1 pulau setiap hari, maksudnya korang memerlukan 607 tahun untuk habiskan semua pulau tu.





LightHouse

Sedikit info Light house

tahukah anda setiap light house memancarkan flashing patern, rythm, ketinggian, dan jarak pencaran yg tidak sama?

Setiap ahli pelayaran kena betul2 master kedudukan light house kawasan yg dia selalu lalu. Saya dulu terpaksa hafal sepanjang selat melaka. Sebab situ playground saya dulu

Fungsi light house:
1. Navigation vessel waktu malam.
2. Landmark kawasan. ( Berdasarkan flashing)

Siapa yang senggara?
Di malaysia tanggungjawab ini diletakkan kepada jabatan laut. Ianya kawasan larangan. Kalau korang hiking, panjat light house, selfie, siap sedia lah tidur lokap.




Belalang Juta

Belalang Juta Bakal Mengakibatkan Krisis Baru Makanan Dunia 2020?

Sejak 2018, belalang juta telah mula membiak dan menyerang tanaman di semenanjung Arab kemudian merebak ke Afrika pada tahun 2019. Pada tahun 2020 belalang juta ini bergerak membiak lagi ke arah timur menuju ke Pakistan dan India. Sudah ada berita belalang juta ini telah ada di China.

Belalang ini akan makan apa sahaja tanaman yang ada dan mengakibatkan kerosakan yang dahsyat. Setiap kawanan mempunyai sehingga 80 juta ekor belalang dan mampu makan tumbuhan seberat 492 juta kg tumbuhan sehari.

2018

● Taufan pada bulan Mei dan Oktober membawa hujan lebat yang membentuk keadaan pembiakan yang baik di Kawasan Kosong di Semenanjung Arab selatan selama sekurang-kurangnya sembilan bulan sejak bulan Jun.
● Akibatnya, tiga generasi pembiakan berlaku yang tidak dapat dikesan dan tidak dikawal.

2019

● JANUARI: kawanan pertama meninggalkan Kawasan Kosong ke Yaman dan Arab Saudi, sampai ke barat daya Iran di mana hujan lebat turun.
● FEBRUARI-JUN: pembiakan musim bunga yang meluas di Yaman, Arab Saudi dan Iran menyebabkan sejumlah besar kawanan terbentuk. Operasi kawalan kurang berjaya di Iran dan Yaman.
● JUN-DISEMBER: kawanan menyerang wilayah perbatasan Indo-Pakistan dari Iran dan sehingga tiga generasi. Ini berlaku kerana monsun yang lebih lama daripada biasa, sehingga menimbulkan sejumlah kawanan yang lebih besar; Di Yaman, kawanan membentuk dan bergerak ke Utara Somalia dan Ethiopia di mana pembiakan berlaku dan lebih banyak kawanan terbentuk.
● OKTOBER-DISEMBER: kawanan belalang juta ini bergerak dari Ethiopia dan Utara Somalia ke Eritrea, Djibouti, Timur Ethiopia, Ogaden, Tengah dan Selatan Somalia untuk sampai ke Barat Daya Kenya; rantaian dan gerombolan belalang juta terbentuk di sepanjang kawasan dataran pantai Laut Merah di Yaman, Arab Saudi, Eritrea dan Sudan.

2020

● JANUARI: Kawanan terus menyerang, merebak, matang dan bertelur di Ethiopia dan Kenya. Penetasan berlaku di Barat Daya Somalia. Kawanan lain bergerak ke pedalaman Yaman dan Arab Saudi.
● FEBRUARI: kawanan berterusan membiak di Kenya, Uganda dan Sudan Selatan. Beberapa kawanan sampai ke Tanzania. Penetasan yang meluas berlaku di Kenya. Kawanan lain mencapai sehingga ke kedua-dua belah Teluk Parsi.
● MAC: penetasan yang meluas menyebabkan generasi baru kawanan terbentuk di Ethiopia dan Kenya. Beberapa kawanan menyerang Uganda dan Sudan Selatan. Pengawanan dan menetas berlaku meluas di Iran Selatan.
● APRIL:
Kawanan belalang juta dilaporkan berada di Utara India Rajasthan sehingga ke Maharashtra.
● MEI:
Kawanan belalang terus menuju masuk ke kawasan lebih jauh di India menuju ke China. Pihak China dilaporkan telah mengeluarkan arahan berjaga-jaga.

https://www.nationalgeographic.com/animals/invertebrates/group/locusts/?fbclid=IwAR0JtOJn608KGTevXv82-a7jWq2Npf_tY95H_THbWN5o_4mHmEIfvbLPeJk

Sumber info: FAO dan National Geografic





Termometer

Tahukah anda yg contactless thermometer yg ramai org guna tu sebenarnya x jitu.....sebabnya heat input dia dah diskaun disebabkan suhu persekitaran.....thermometer yg terbaik adalah jenis letak kat ketiak tu.....melainkan anda gunakan FLIR atau thermometer industri yg lebih mahal....cumanya anda kena tahu laa skin factor.



Snake Plant

“Rumah Kurang HABUK”- Ini Kelebihan Pokok ‘Snake Plant’ Yang Diiktiraf NASA

5 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG SNAKE PLANT

1. Antara pokok hidup paling POPULAR yang diiktiraf oleh NASA bukan hanya kerana senang dijaga namun kebaikan yang diberi kepada manusia.

2. Snake plant bukan hanya membebaskan OKSIGEN tetapi mampu menyingkirkan karbon dioksida serta menapis TOKSIN beracun dalam udara seperti formaldehyde, benzene dan trichlorethylene.

3. Yang paling BEST, semenjak ada snake plant atas rak, habuk semakin berkurang. Kalau tidak setiap hari perlu kena lap habuk.

4. Snake plant sering disebut ‘Hard To Kill’. Sesuai sangat bagi mereka yang baru berjinak buat dekorasi rumah dengan pokok hidup. Yang rasa ‘tangan panas’ pun boleh cuba tanam.

5. Snake plant sangat senang hidup walaupun tidak ada akar, potong bahagaian bawah daun menyerong. Mudah tumbuh bila tanam dalam pasu.

6. Bagi anda yang ada masalah susah tidur, letak sepokok snake plant dekat katil, ia mampu memberikan oksigen dan menyerap segala toksin beracun dalam bilik.

Semoga bermanfaat.






John F Kennedy

29 Mei memperingati tarikh lahir mendiang presiden John F. Kennedy. Selain dari Hadiah Pulitzer, dia juga merupakan presiden termuda yang terpilih untuk memegang jawatan, dan merupakan salah seorang presiden paling popular sepanjang masa.

The Kennedy Files adalah siri sepuluh episod yang didedikasikan untuk Keluarga Kennedy yang terkenal dan kontroversial, berikutan kemenangan, penipuan, dan tragedi mereka selama empat generasi.







 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment