Fakta Siri 1

Salam

Dipetik dari FB John Mohamed





Telur dari rama rama

Telur dari rama rama yang dikenali sebagai Nymphalis antiopa memiliki bentuk yang unik








Bora bora

Bora bora merupakan sebuah pulau yang terletak di lautan Pasifik, pulau ini berkeluasan sekitar 38 kilometer persegi. Pulau ini sangat terkenal dengan airnya yang jernih serta dikunjungi ramai pelancong setiap tahun.

Nama pulau ini pada asalnya dipanggil sebagai Pora pora yang bermaksud ' Yang pertama dilahirkan' dalam bahasa Tahiti. Seorang penjelajah berbangsa Belanda iaitu Jacob Roggeveen telah sampai ke kawasan ini dan memanggil pulau ini sebagai Bora Bora pada 1722.

Pulau ini mempunyai penduduk seramai 10,600 orang, industri pelancongan merupakan antara penyumbang ekonomi terbesar di pulau ini. Pulau ini juga mempunyai 2 gunung iaitu gunung Pahia dan Otemanu. Gunung Otemanu merupakan gunung paling tinggi di pulau ini dengan ketinggian 727 meter.

Separuh dari jumlah penduduk di kawasan pulau ini merupakan orang yang berusia dibawah 20 tahun. Selain itu juga, pulau ini tidak mempunyai ular yang berbisa, jadi sesuai untuk orang yang fobia pada ular

Pelancong yang datang boleh menikmati pemandangan yang cukup memukau dari dalam air hingga ke kawasan pergunungan di pulau ini.








Maggie Dickson

Seorang wanita yang dikenali sebagai Maggie Dickson dilahirkan pada 1702 di Middelburgh, Scotland. Pada tahun 1723 dia bekerja disebuah Inn yang terletak di Keslo, dia kemudiannya menjalinkan hubungan cinta dengan anak pemilik inn tersebut.

Hasil hubungan tersebut dia telah mengandung, Maggie dipercayai menyembunyikan kandungannya itu dan bayi tersebut lahir dalam keadaan pramatang. Lalu dia membuat keputusan untuk meninggalkan bayi tersebut di sebuah sungai yang bernama Sungai Tweed.

Bayi yang ditinggalkan telah dijumpai oleh orang ramai dan bayi tersebut telah meninggal dunia, hasil siasatan mendapati Maggie telah membuang bayi itu dan dia kemudiannya dibicarakan di Edinburgh. Semasa perbicaraan tersebut, terdapat bukti yang mengatakan bayinya itu masih lagi hidup semasa dibuang

Dia telah dijatuhi hukuman gantung kerana membunuh bayi sendiri, pada 2 September 1724, dia telah dijatuhi hukuman gantung. Ahli keluarganya telah 'berperang' dengan sekumpulan pelajar perubatan untuk mendapatkan badan Maggie tersebut untuk dibuat kajian.

Setelah selesai hukuman gantung, mayat Maggie telah diletakkan di dalam keranda untuk upacara pengkebumian, namun orang yang menguruskan upacara tersebut berhenti untuk minum disebuah pub menyedari keranda itu seakan-akan bergerak, lalu mereka mendapati Maggie sebenarnya tidak mati.

Dia telah terlepas dari hukuman gantung dan hidup 40 tahun selepas hari kejadian hukumnya itu. Ada yang mengatakan dia selamat dari hukuman gantung tersebut kerana tukang pembuat tali gantung mempunyai hubungan rapat dengan Maggie, apa pun kisahnya nama Maggi Dickson terpahat dalam sejarah.


Oblivion

Kalau ada yang pernah tengok cerita Oblivion yang dikeluarkan pada tahun 2013 lakonan Tom Cruise mesti perasan rumah Jack Harper (Tom Cruise) tu berada diatas awan. Kalau nak tahu orang yang buat cerita tu menggunakan pemandangan yang sebenar tanpa CGI.

Krew filem telah pergi ke sebuah gunung yang bernama Haleakala, gunung ni terletak di Hawaii. Mereka kemudiannya akan rekod pergerakan awan, matahari terbit, tenggelam dan bintang dikawasan tersebut dan seterusnya akan membuat 'projection' pada skrin besar, dari situ semua benda yang mereka rakam akan digunakan sebagai latar belakang di rumah Jack Harper yang dikenali sebagai Sky Tower.







Hogwarts Express

Dalam cerita Harry Potter, mesti korang perasaan yang Harry naik keretapi tu kan. Dalam cerita tersebut keretapi tu dipanggil sebagai Hogwarts Express. Tapi mungkin ada yang tak tahu sebenarnya keretapi tu betul-betul wujud.

Dalam dunia sebenar, keretapi ni dikenali sebagai Jacobite steam train. Laluan keretapi ini bermula dari Fort William hingga ke Mallaig yang berada didalam negara Scotland.






Kulit rosak

Dalam gambar ni kita boleh nampak macam mana sinar UV dari matahari merosakkan kulit muka kita. Gambar ni diambil menggunakan kamera khas.






Nyakim Gatwech

Ramai yang post pasal Nyakim Gatwech ni, dia memang berkulit gelap tapi tidak la sampai masuk dalam Guinness World Book Of Record. Diaorang tak buat penilaian siapa kulit paling gelap. Kalau Nyakim ni paling gelap, siapa paling cerah?











Gunung Terkecil di dunia

Mungkin ramai yang tahu kat mana gunung paling tinggi didunia, tapi dalam pada masa yang sama terfikir tak kat mana gunung paling kecil di dunia? Jawapannya terletak di Victoria, Australia. Gunung tu dikenali sebagai Wycheproof yang mempunyai ketinggian 43 meter.





Pantai Papakōlea

Pantai Papakōlea yang terletak di Kau, Hawaii merupakan pantai yang unik kerana warna pasir nya yang hijau. Warna pasir ini datangnya dari mineral yang dikenali sebagai oveline, benda ni merupakan salah satu komponen mineral yang terdapat dalam lava gunung berapi.









 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment