60 jenis masakan sepanjang PKP

Salam,

Dipetik dari FB Nurhayati Abd Malek

60 jenis masakan sepanjang PKP





1. Pisang Karamel Bersos Kastard

Pisang Karamel bersos Kastard Nenas

Resipi oleh: Nurhayati Abd Malek

Bahan pisang karamel:
1 sisir pisang
Sedikit Butter/Mentega
1 sudu besar gula

Bahan sos kastard:
2 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
½ cawan air kosong
Secubit garam
Gula secukupnya
1 cawan nenas


Inilah bahan²nya. Ada pisang, susu cair, nenas, gula. Allah! Tepung kastard aku lupa nak letak. Kau orang sediakanlah ye.

Gula aku guna gula merah. Boleh saja guna gula putih. Tak dak masalah. Tak dak sapa nak marah aihhh


Ok, first kita nak caramalized kan pisangnya dulu. So, kita letakkan butter atau mentega.


Dah elok butter cair boleh lah kita susun atur pisangnya begini. Terpulang pada kalian mahu belah dua dulu ke pisangnya atau tidak. Aku kan rajin, jadi aku letak je semua sebiji². Kahkah

Lepastu tabur saja gula tadi


Biarkan saja begitu. Lepas gula dah cair bolehlah dibalik balikkan pisangnya agar kesemua bahagian masak sempurna. Dah cukup masak? Pisang karamel is done!

Ketepikan kejap. Masuk esbok. Jom kita buat kuah pulak.


Dalam periuk lain masukkan 2 tin susu cair bersama 1 sudu besar tepung kastard yang sudah dibancuh dengan ½ cawan air.


Gaulkan hingga kuah pekat sedikit.


Masukkan nenas dan gaul. Kemudian tutup api barulah masukkan gula. Kenapa tutup api baru masuk gula? Untuk elakkan susu senang hangus.

Susu cair memang mudah hangit nak nak bila awal² dah diletakkan gula. Bila hangit pahitlah rasa dia.


Begini keadaannya. Dah siap! Boleh lah di sejukkan kesemuanya dulu.


Tada! Haa inilah dia hasilnya pisang karamel kita. Sejuk ni baru keluar dari esbok. Yummy!

Bau dia memang naik, yelah sebab kita dah panggang dia dengan butter tadi kan.


Haa beginilah hasilnya bila dah dituangkan sos kastard nenas kita. Memang enak sungguh dimakan waktu petang. Sambil² tunggu anak balik sekolah tu. Udahlah panas terik nih.
Nyaman tekak..

2. Spaghetti Bolognese Ala Kampung

SPEGETI BOLOGNESE ALA KAMPUNG Cara saya,

Bahan- bahannya:

1 Bungkus Spaghetti
1 Bungkus Daging hancur
15 Batang Cili api (kaw-kaw pedas!)
1 Labu bawang merah
3 Ulas bawang putih
2 Tin Sos Prego
1 SB Sos Cili
Gula dan garam secukupnya

Cara- cara ada pada setiap gambar.

Nota: Resepi ni kalau buat untuk budak² pandai lah korang adjust kepedasannya.


First thing first, sediakan lah dulu bahan-bahan nya. Benda ni sempoi dan sekejap je buat dia.

Yang penting daging tu korang dah keluar kan awal dari esbok supaya tak lah beku masa nak masak.

Cili ikut korang lah. Suka pedas letaklah banyak k.


Rebus spegeti:

Make sure air dah panas sikit baru masukkan spegeti.

Perlahan kan api, masukkan minyak masak sedikit, supaya dia tak melekat di kemudian hari. Eh. Tak melekat bila dah dikeluarkan.

Bila dah masak, korang tapis dan lalukan spegeti dengan air sejuk. Yang ni nak buat boleh tak buat pun takpe, aku tak marah. Opsyenel.

Ni supaya dia tak overcook je.


Bawang merah, bawang putih dicincang halus. Cili api ditumbuk. Tapi kalau nak cepat korang blend je kesemuanya.

Kita yang buat dia kan? Rasa sama je, nama pun ala kampung.

Panaskan minyak kat kuali, kemudia masuk je ketiga bahan tu. Kacau sampai naik bau.


Kemudian masukkan sos prego.

Ni ikut korang, kalau suka yang cendawan pun boleh je.

Nak guna jenama lain? Pun boleh! Suka hati, takde pantang larang.


Dah kosong setin, korang masukkan air kosong dalam tin tu dan tuang dalam kuali tadi. Dan gaul kan rata.

Sama macam tin kedua jugak, buat langkah yang sama.


Masukkan daging kisar. Daging lembu habis pulak kat maiden, dapatlah ayam. Boleh lah janji kenyang.

Gaul sampai ayam masak.


Masukkan sos cili. Sos cili habis, tinggal sos cili Thai. Takpe kita belasah!


Perisakan.

Masukkan garam pink khas dari Aura Kasih. Terima kasih Aura Kasih. Bertambah sedap masakan harini.

Garam toksah banyak, sebab sos dan prego tadi dah ada rasa. Korang agak² lah ye.

Takde garam pink? Garam biasa pun boleh. Nak garam AK jugak? Piyem tengah.


Taraaa! Siaplah, boleh dimakan sudah. Pedasss meleleh ayaq mata wehh.


Close up sikit sebab anak² kata sedap. Ini saja lunch kami tuk tengaharini. Dan dah habis!

3. Vege Korean Wrap

Bila weekend je tak tahu nak sarapan apa. Nah resipi buat yang sukakan kelainan! Nak bawa pergi ofis boleh, nak buat bekal anak pun boleh. Yang penting sedap!

Vege Korean Wrap by Nurhayati Abd Malek

Bahan yang korang kena sedia:
Wraps
Cendawan tiram
Salad
Tomato
Timun Jepun
Karot
Sos Korea (Adabi)
Butter

Cara masakan sempoi je weh! Boleh tengok pada setiap gambar di bahagian kapsyen.


First, korang sediakanlah semua bahan-bahannya. Sempoi je! Wrap tu kau orang boleh pilih nak yang mana. Aku pilih perisa garlic.


Karot, tomato dan timun kau racik lah begini. Kalau nak dadu pun boleh je. Tapi aku lebih suka begini. Senang nak susun.


Masukkan butter dalam pan.


Masukkan sos Korea dari adabi ni. Jangan banyak. Pedas hoi.


Kemudian masukkan pula cendawan tiram yang kau suruh suami kau carikkan tadi.

Tapi sebelum tu, cuci bersih dulu sebelum masukkan. 


Gaul, gaul, dan gaul sambil tunggu cendawan masak dan layu sedikit.


Err jujurnya aku lupa nak ambil gambar panaskan wrap ni sebelum susun atur bahan² dia. Kau orang buatlah ye.

Bila dah panaskan wrap atas pan barulah susunkan segala bahannya begini. Ikut kau orang nak tambah dressing apa. 


Nak wrap begini? Tipnya kau kena guna lebih kurang tiga keping wrap. Kalau guna satu keping memang tak cantik gulungannya. Sebab kepingan wrap jenama mission ni kecil je.

Makanya. Letak wrap dua bahagian di belakang, susun atas dan bawah. Kemudian gulungkan dan tambah di bahagian depan.


Tada! Setelah dipotong. Sedapppp! Sos korea dah pedasss tak perlu dah letak sos lain melainkan jika kau suka mayo atau mustard.

4. Nasi Bukhari Sempoi

Hari ini kita masak masakan dari Timur tengah. Nasi Bukhari ayam. Tak ada rempah bukhari? Jangan risau kita buat sendiri saja rempahnya. Jom ke dapur!

NASI BUKHARI SEMPOI By Nurhayati Abd Malek

Sediakan bahan-bahannya:
½ ekor ayam di potong dan di goreng.
(Letak garam dan serbuk kunyit sikit je)
5 Cawan Beras Basmathi faiza

Bahan tumis:
3 Biji bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang putih (dimayang halus)
½ inch halia (dimayang halus)
2 sudu besar rempah kurma ayam
1 sudu kecil rempah kari
½ tin Tomato puree (250gm)
½ cawan susu cair
150gm minyak sapi
1 kiub pati ayam
garam secukup rasa

*Air mengikut sukatan beras
1 cawan beras = 1 cawan air

Langkahnya pula mudah ja:

1. Cuci beras dan tos kan. Masukkan beras dan sukatan air ke dalam periuk nasi. (Boleh rendam seketika untuk bagi beras panjang). Taknak pun takpa.

2. Dalam kuali, panaskan minyak sapi. Masukkan bawang, rempah kurma dan puri tomato. Gaulkan.

3. Masukkan kiub pati ayam dan garam kan. Masukkan susu cair. Tunggu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan ke dalam periuk nasi tadi. Tekan suis rice cooker.

4. Gaulkan dan tutup periuk nasi selama 5 minit. Kemudian masukkan ayam yg telah di goreng tadi. Gaulkan perlahan dan tutup. Tunggu hingga masak.

5. Siap dihidang! Taburkan kismis, badam, dan gajus yg telah digoreng.

*Ketika nasi masih panas. Gaul dengan menggunakan chopstick atau garfu 2 mata untuk mengelakkan nasi hancur.


Aajom! Sediakan bahan-bahannya. Saya masukkan kentang sedikit. Anak-anak hantu kentang.

Jika mahu masukkan kentang bolehlah potongkan kecil sedikit agar mudah empuk.


Ayam yang sudah dilumur kunyit dan garam tadi digorengkan.


Dalam kuali yg sama goreng ayam (kurangkan minyak sedikit), saya masukkan terus minyak sapi.

Jika tiada minyak sapi boleh guna butter atau majerin.


Masukkan segala jenis bawang.


Masukkan halia pula. Gaulkan hingga naik bau.


Masukkan rempah kurma. Rempah ye bukan buah. Mentang-mentang dah nak Ramadan. Aje Yusuf Taiyoob saje yang diingatnya nanti.


Okey masukkan puri tomato!


Garemmm. Kalau ada kiub ayam masukkan sekali.


Susu cair pulak.


Dah naik minyak masukkan lah dalam periuk nasi elok elok. Tekan suis masak dan gaul sikit bagi rata. Tutup periuk, biaq lah lima minit


Susun ayam atasnya pulak. Tak perlu gaul pun. Letak je atasnya tau.


Siaplah Nasi Bukharinya. Mudah je kan. Bau pun semerbak. Ni guna ayam. Kalau guna daging lagilah kaw. Nak² daging kambing. Fuh, terbaikkk. Selamat mencuba ya!

5. Kerabu Telur Thai Style




6. Kari Laksa Ketam




7. Ikan Masak Sos Karamel Kari




8. Ayam BBQ Ala Melayu




9. Numee Gardenia Goreng




10. Asam Podeh Nogori




11. Puding Buah Naga




12. Coq Jagung Bilis




13. Chicken Cordon Bleu Sempoi




14. Pengat Pisang menggamit memori




15. Ayam Goreng Kunyit Rangup Diluar Lembut Di Dalam



16. Nasi Beriani Mantul



17. Coq Udang Confirm Sedap




18. Red Velvet Kapkek




19. Tomyam Ayam Sedap Hoii




20. Roti Bun Gebus




21. Checkered Bread Blueberry & Strawberry




22. Puding Blueberry Cincau




23. Asam Pedas Thailand (Kheng Som)




24. Coq kentang Rangup




25. Homemade Potato Chip




26. Ayam Paprik sempoi




27. Ayam Ungkep



28. Asam Kari




29. Laksa Sarawak




30. Rendang Cili Api



31. Biskut Sarang Trolls




32. Sosej Roll Cheezy Nestum




33. Eskrem Neskepe




34. Coq Peneram



35. Kuih Gunting Rangup



36. Nasi Minyak



37. Cucur Bilis Kentang



38. Ayam Masak Beriani




39. Karipap Kentang Rangup Rapuh




40. Roti Kukus dan Sangkaya



41. Traditional Sweet Scone



42. Roti Bakar Bangkok



43. Salted Mini Bun



44. Churros With butterscotch sauce




45. Classic Cheesecake



46. Kek Marble




47. Kuih Lapis



48. American Hotcakes




49. Homemade Pizza




50. Wadai Kiping




51. Resipi Cakoi paling agung




52. Sambal Lonteh Jawa




53. Jagung Keju Leleh



54. Donat Rangup di luar Lembut di dalam




55. Nasi Goreng Kerabu




56. Cucur Viral



57. Asas Doh Manis



58. Strawberry yoghurt ice cream



59. Egg Quiche with beef patties




60. Mi Goreng Sardin










 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment