Lambaian terakhir semasa PKPP di KMPP

Salam,

Sempena pembukaan dan perubahan PKP ke PKPP dengan syarat dibenarkan keluar bersyarat setelah 3 bulan duduk di rumah dan bekerja ikut jadual yang diberikan, panggilan mengambil barang setelah tamat belajar untuk Ika ditetapkan selama 3 hari dan 2 hari terakhir dibenarkan mengambil barang. Syarat merentas negeri sudah dibenarkan. Peluang ini digunakan untuk saya mengambil barang dengan menyewa kereta yang lebih besar sedikit iaitu Exora. 

Setelah kereta sewa Exora sampai, kami bercadang bergerak awal pagi setelah mengambil lesen memandu Ika untuk di perbaharuan di JPJ Wangsa Maju dengan pertolongan kawan mak sedara supaya boleh membawa kereta juga selain membaharui setelah tamat tempoh.

Sekitar pukul 10 pagi baru kami bergerak berlima supaya barang yang banyak dapat dimuatkan ke dalam kereta. Laluan ke Latar menuju ke Tol Taman Rimba Templer tiba-tiba Ika terlupa perkara penting iaitu Kad matriks dalam beg. Maka kereta buat U-turn dan mengambil semula di rumah. Ika tidak keuar takut tok dia bercakap tanpa henti-henti. Untuk kali ke 2 yang jarang-jarang kami lakukan kami meneruskan perjalanan semula. Sedang kami sampai sahaja di Tol Taman Rimba Templer pertama di laluan pertama tadi, kereta Exora tiba-tiba hilang pick-up dan berhenti di tengah-tengah Tol. Kereta Exora tidak boleh distart dan ditolak ke tepi oleh 2 pengawal.  Saya menelepon tuan punya kenderaan yang sebenarnya disewa melalui adiknya. Dia juga tinggal berhampiran dan mengenali mak mertua saya. Bersama sahabat dia Rashid, kami memindah barang ke Van Hiace dan pulak ke rumah. Dalam perjalanan Ika mengambil keputusan bawa kereta sendiri sahaja. Untuk itu kereta perlu dihantar servis termasuk tukar tayar yang bergari bunga terkeluar dan wiper. Wiper selepas ditukar tidak mampu berfungsi dan salah satu akan melanggar sebelah nya. 

Jadi untuk kali ke 3 pukul 2 petang selepas solat dan makanan, kami bergerak lagi terus ke Pulau Pinang. Kami tiba di Bertam pukul 5.30 petang lalu makan dan berjumpa dengan kawan Ika.

Tak lama kemudian kami bermalam di homestay yang disewa oleh kawan Ika. Malam Ika keluar membeli makanan dan durian manakala saya tertinggal barang sendiri lalu singgah ke Mydin untuk membeli sedikit barang nasib cuma semalaman sahaja. Musim durian tiba semasa PKPP jadi kami mengambil kesempatan untuk merasai durian. Ika membawa 2 bungkus sekitar 7 biji saiz sederhana jenis kampung dan kawin dalam RM30-40. Murah juga masa ini sebab durian yang di jual di sekitar Kuala Lumpur dipanggil harga Yahudi oleh sesetengah orang. Homestay yang disewa adalah RM250 semalam.

Pagi esok nya selepas sarapan dan menuju ke tengahari kami singgah ke KMPP untuk mengambil barang melalui laluan singkat. Maka penuh satu kereta manakala homestay terpaksa keluar kerana penyewa baru nak masuk jadi yang tinggal singgah sementara di rumah kawan Ika. 

Urusan selesai selepas kami susun barang, singgah ke Kedai Jeruk Pak Ali dan balik kampung bertemu saudara mara.

Perjalanan di teruskan tapi hujan lebat dan Wiper mengalami masalah sehingga patah dan tercabut lalu jatuh dan hilang di hiway PLUS. Alhamdulillah kami sampai di rumah pukul 11.30 malam dengan selamat. Sekian

rosak di tol Latar atau Tol Taman Rimba Templer

sampai di Bertam makan Char Kuay Tiaw dan kambing Set 
bagi nama kucing makan
homestay yang besar  

Mydin cuma 5 minit 
ni durian kampung ... rasa biasa biasa sahaja
hidangan durian kampung dan kawin 



sarapan pagi roti canai dan nasi lemak biasa ... 
bilik Ika

penuh muat barang dalam kereta 


 photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment