Salam,
Sempena permulaan persekolahan yang akan bermula pada pertengahan Julai nanti serta kemasukan ke universiti akan datang, kami sekeluarga keluar dari kesibukan kota dan memanafaatkan PKPP. Negeri-negeri di pantai timur menjadi pilihan destinasi dalam negeri memandangkan tidak boleh keluar negara lagi.
Kali terakhir ke Kota Bharu mungkin lebih 10 tahun lalu semasa belum ada lebuhraya pantai timur(LPT) lagi. Persiapan dengan menyewa kenderaan lebih besar, kedai-kedai makan yang rating tinggi serta mencari pantai atau port mengambil gambar yang lawa-lawa giat di cari. Penginapan homestay ditempah untuk kepuasan anak-anak tidur dengan lebih selesa.
Hari pertama, kami bergerak pukul 4.40 pagi menuju ke Kuantan untuk berehat di RnR dan solat subuh. Menuju ke pukul 8.40 pagi rehat di RnR Paka sambil kakak Ikha memandu sehingga ke Kota Bharu. Ada juga singgah membeli sarapan pagi di Besut.
Sampai di Kota Bharu pukul 11.30 pagi kami sarapan di Kedai Din Tokyo. Kedai ini ada rating tinggi tapi agak mengecewakan dari segi servis. Di sini kami makan Roti Bakar, mee goreng campur telur goreng, Telur Taliban serta roti sandwich biasa. Kami menambah makanan sedikit di kedai berhampiran iaitu di Subway.
telur taliban kata nye
singgah di Kedai Din Tokyo
saya bagi rating sangat rendah kerana servis tidak bagus makanan sedap tidak buat
Seterusnya kami memilih ke Pengkalan Kubur dari Rantai Panjang kerana lebih dekat sikit. Hampir keluar dari Kota Bharu ada kemalangan di bawah jambatan tapi tidak panjang.
Di Waze, tercatat sekolah lalu kami pusing dan sampai malang nya Pengkalan Kubur walaupun baru di buka sempena kelonggaran PKPP tetap tiada tempat letak kenderaan. Jadi kami hanya lalu sahaja dan keluar menuju semula ke Kota Bharu untuk check-in di Homestay Ahmad D'Perdana di Jalan Sri Gemilang. Sambil lalu kami singgah tepi jalan beli makanan. Kelantan kaya dengan masyarakat yang meniaga makanan seperti keropok lekor serta ayam percik dan lain-lain.
di pintu keluar

Malam nya kami makan di Cafe Hostel Pantai yang terletak di Pantai Cahaya Bulan dalam 15 minit perjalanan. Asal kedai ini kecil tapi kemudian diperluaskan menjadi beberapa bahagian.
Walaupun besar tapi kami cuma dapat meja dihujung sekali serta memiliki pelanggan yang ramai. Jadi dekat 2 jam baru kami selesai makan walaupun masakan nya sedap juga. Malamnya semasa pagi di homestay kami terdekat bunyi almari di tolak di tingkat atas. Agak seram juga tapi kami tidak hiraukan.
suasana bilik yang baik
malam di tingkat 17
Walaupun besar tapi kami cuma dapat meja dihujung sekali serta memiliki pelanggan yang ramai. Jadi dekat 2 jam baru kami selesai makan walaupun masakan nya sedap juga. Malamnya semasa pagi di homestay kami terdekat bunyi almari di tolak di tingkat atas. Agak seram juga tapi kami tidak hiraukan.
Hari Ke 2, saya bangun awal untuk berjumpa dengan rakan se ITM Kuantan dulu. Saya berjalan ke Masjid An Nur dalam 300 meter dan semasa bertemu dengan Wan Zamanhuri terdapat kemalangan lagi yang mellibatkan 3 mat salleh dengan orang naik motor melintasi trafik. Polis datang mengambil keterangan dan saya sempat berbual dengan Wan sebelum beliau pulang untuk bekerja waktu pagi yang sepatutnya cuti.
Pukul 8 pagi ada juga merancang jumpa rakan tapi tidak berjaya semasa saya bersarapan di Kopitiam Kita yang terletak satu kilometer sahaja. Makanan sangat banyak dan pelanggan pun sentiasa ramai dengan ruang makanan yang besar.
tak dapat merasa kuba guling asli kerana hanya di Kelantan sahaja wujud
Kopitiam Kita ni banyak pilihan dan sedap saya bagi rating tinggi walaupun tiada dalam jadual
dari arah homestay
Selepas jumpa Wan saya singgah sarapan di Kopitiam Kita untuk bertemu dengan seorang lain rakan tapi masa tidak mencukupi. Saya kemudian singgah di Pasar Siti Khadijah untuk membeli baju anak-anak dan segera pulang ke homestay.
singgah di Pasar Siti Khadijah
Di tingkat 17 kami dapat menikmati pemandangan Kota Bharu serta sekitarnya.
Selepas check-out, kami menuju ke Mee Celup RM1. Selera Kelantan di sini murah dengan harga yang juga berpatutan. Anak-anak makan dan memesan macam-macam makanan dan kami belanja cuma RM19 sahaja. Pada masa ini pintu kenderaan ada sedikit masalah iaitu tidak boleh tutup sepenuhnya.
Kami teruskan perjalanan ke Pantai Senok yang terletak di Bachok dalam 25 minit perjalanan ke pantai. Pantai Senok popular dengan tempat seperti di Korea iaitu pokok-pokok tinggi tersusun kemas.
Dalam pukul 2 petang kami bergerak ke Tanah Merah untuk ke Jambatan Guillemad yang kelihatan di sebelah jambatan kenderaan dengan sekitar 5 kilometer lagi perjalanan. Jambatan ini dibina pada tahun 1920 merentasi Sungai Kelantan. Jalan ke Tanah Merah ini juga merupakan jalan ke Grik di Perak.
Selesai di sini, kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk check-in di Casa Paradise di Apartment Ladang Tok Pelam. Waktu malam kami bergerak ke ArRizq Kitchen. Menu special makanan campur-campur berharga RM79.90 dipesan untuk dimakan oleh kami sekeluarga. Sedap dan boleh tahan juga.
Hari ke 3, saya pergi membeli sarapan di Nasi Dagang Atas Tol di kampung nama pun sama Atas Tol. Jalan perjalanan dalam 30 minit. Sampai sahaja seperti dijangka ramai orang beratur dan saya bungkus sahaja yang lebih cepat.
Bagi ke apartment dan bersiap lalu kami merancang pergi melawat Taman Tamadun Islam cuma menaiki bot cruise sahaja. Sampai sahaja diberitau waktu bot beroperasi adalah pukul 3 petang. Jadi kami merancang untuk datang kemudian lalu kami singgah di Kedai Keropok Losong berhampiran.
tunggu bungkus
rating tinggi sebab memang sedap
Bagi ke apartment dan bersiap lalu kami merancang pergi melawat Taman Tamadun Islam cuma menaiki bot cruise sahaja. Sampai sahaja diberitau waktu bot beroperasi adalah pukul 3 petang. Jadi kami merancang untuk datang kemudian lalu kami singgah di Kedai Keropok Losong berhampiran.
Selesai membeli, kami singgah di Pantai Batu Buruk untuk rehat dan makan A&W di tempat kami melawat dulu. Suasana agak berbeza tapi masih sama macam dulu. Di pantai ada beberapa buaian dan anak-anak tidak membuang masa menaiki buaian tersebut.
Selepas rehat di Pantai Batu Buruk, kami kembali semula Taman Tamadun Islam. Hujan mula turun lebat. Sampai di kaunter mereka bagitau kena tempah untuk pukul 5.45 petang pula dan kemungkinan hujan samada reda atau tidak berenti. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke hostel dan membeli kek birthday Akmal.
Petang nya kami tidak jadi ke Taman Tamadun Islam tapi menuju ke Warung Pok Nong yang terletak di Gong Badak. Laluan melalui sebelah kanan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dalam 30 minit perjalanan. Bila sampai kelihatan ramai sudah beratur panjang dan kedai akan tutup pukul 8 malam nanti. Kedai hanya dipisahkan dengan pantai dan jalan raya terdapat beberapa buaian jugak dengan pemandangan Pulau Redang di depan. Selesai makan kami pulang melalui jalan tepi pantai yang melalui Jambatan Angkat Terengganu.
Hari ke 4 kami siap sedia untuk pulang. Sebelum pulang kami singgah dulu ke Pasar Payang dan membeli kuih akok di tepi jalan. Malangnya laluan jem menuju terus ke pasar jadi kami patah balik lalu menyerahkan kunci bilik pada tuan penyewa. tidak jauh dari situ ada laluan juga ke jambatan angkat lalu kami singgah mengambil gambar-gambar.
Selepas rehat di Pantai Batu Buruk, kami kembali semula Taman Tamadun Islam. Hujan mula turun lebat. Sampai di kaunter mereka bagitau kena tempah untuk pukul 5.45 petang pula dan kemungkinan hujan samada reda atau tidak berenti. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke hostel dan membeli kek birthday Akmal.
rating tinggi sebab puas makan
sambut birthday Akmal di homestay
bergambar kenangan di jambatan angkat
Hari ke 4 kami siap sedia untuk pulang. Sebelum pulang kami singgah dulu ke Pasar Payang dan membeli kuih akok di tepi jalan. Malangnya laluan jem menuju terus ke pasar jadi kami patah balik lalu menyerahkan kunci bilik pada tuan penyewa. tidak jauh dari situ ada laluan juga ke jambatan angkat lalu kami singgah mengambil gambar-gambar.
singgah rumah tok gajoh di Kuantan
Selesai di jambatan kami bergerak ke Kuantan melalui lebuhraya di laluan ke Gong Badak. Perjalanan 2 jam lebih kami menuju ke rumah Tok Gajoh sebelum bergerak pulang ke rumah dan tiba pukul 9 malam. Jalan mula jem selepas Tol Bentong ke Tol Gombak tapi masih bergerak.
Sekian.