Gunung Sunting Buloh di Bruas Perak

Salam,


Selepas hampir 6 bulan semenjak Covid 19 menyerang dunia dan negara, duduk di rumah menjadi rutin marhaen. Hampir sebulan yang lalu kerajaan memberi kelonggaran membenarkan beberapa aktiviti sukan tapi mengikut SOP yang sudah ditetapkan. Untuk aktiviti memasuki hutan, antara SOP nya adalah tidak dibenarkan bermalam. 

Menurut kata kp trip Nizar@Ferhad idea asal ke gunung ini adalah dari saya sendiri. Untuk itu seramai 25 orang asal nya bakal mengikuti trip ini. Memandangkan saya hanya mengenali seorang sahaja dari kalangan peserta saya memilih untuk memandu sendiri sahaja ke pekan Bruas.

Menariknya tentang pekan Bruas ini, ia adalah bekas tapak peninggalan emas pada 1200 tahun dahulu. Sehebat kerajaan Srivijaya yang menguasai perairan laut dan kerajaan antara Malaysia dan Indonesia dahulu terdapat kerajaan yang dipanggil Kerajaan Gangga Negara di sini. Sejarahnya boleh rujuk di sini.

Kali terakhir memandu secara solo lebih sejam membawa kereta dan pada waktu malam adalah semasa 27 tahun yang lalu. Terdapat 2 laluan ke Bruas kalau dari Lembah Klang di mana satu dari nya melalui PLUS keluar ke Bidor atau Batu Gajah paling hujung. Dari sini akan melalui susur jalan kampung yang gelap dan seram lebih-lebih lagi memandu pada waktu malam. Hanya lori-lori hati kering sahaja berani memandu di sini kerana dengan jalan gelap dan binatang yang berkumpulan seperti lembu mungkin datang dari arah tak disangka.

Satu lagi laluan adalah melalui Latar terus ke Kuala Selangor dengan 3 tol. Dari simpang ini ke simpang Kuala Selangor-Klang sudah beberapa bulan siap dan jalan lurus dan sangat cantik walaupun gelap. Sampai di Kuala Selangor jalan terus lagi sehingga ke Sekinchan dan ke Teluk Intan tapi laluan tidak sempurna dan masih dalam pembinaan sehingga selepas berjumpa tol pertama Kg Lekir. Lebuhraya Pantai Barat(LPB) ini sudah memulakan pembinaan sejak tahun 2014 lagi mengikuti beberapa fasa sama macam pembinaan PLUS dahulu pada tahun 1981 lagi. 


Walaupun gelap tapi jalan satu lorong adalah lurus dan cantik.Ada 2 lagi tol sebelum masuk ke simpang ke kanan melalui papantanda ke Beruas. Dalam 2-3 minit laluan memasuki ke kiri dan terus sampai ke tol terakhir di Bruas. 


Beza antara PLUS dan LPB adalah jarak dalam waze di mana PLUS sampai awal 20 minit tapi terpaksa melalui jalan kampung yang gelap dan berbengkuk manakala LPB lurus dari awal tapi kedua-duanya gelap. Dari segi tol, PLUS mengira jarak manakala LPB menetapkan harga di tol masing-masing sama macam tol-tol di laluan Guthrie.

Untuk memandu secara solo, saya memilih LPB dan pilihan saya sangat tepat kerana tak yakin ada gangguan tidak disangka mengikut bila pernah melalui waktu malam semasa musim raya dahulu dan melihat kisah pemandu lain dalam youtube

Dari Batu Caves dan saya bergerak pukul 9.30 malam dan tiba ke Bruas selama 3 jam perjalanan tanpa henti. Di pekan Bruas kami bertemu dengan Ainul pembantu Ferhad dan beberapa rakan mereka untuk rehat dan minum-minum. Kami singgah di Masjid As-Saadah dan berehat serta tidur di luar masjid walaupun pintu masjid buka tapi kami ikut SOP untuk tidur di kereta sahaja.

Mengikut kata Ainul, jalan berbeza sedikit dari yang sebelum ini. Pergerakan bermula sekitar 9.20 pagi sehingga kami ke kiri memasuki kebun. Pada awal perjalanan, masih santai namun bila memasuk pintu gerbang yang terletak di kanan, laluan jahat menaik bermula. 

Seperti biasa ada masa kami akan berhenti untuk menunggu rakan di belakang tiba. Kami menghormati pesanan SOP supaya ada jarak 1 meter. Mungkin ada yang tidak memakai mask kerana agak rimas tapi yang penting ada penjarakkan.   


Selepas menebas di awalnya dan melalui jalan lain, tiba-tiba kami sampai ke puncak dengan laluan berbentuk C sejam lebih awal. Gunung Sunting Buloh hanya sekitar 408 meter tapi dengan pokok tinggi di atas. Saya menaikkan Drone Mini lalu mengambil video dari atas pokok paling tinggi dan pemandangan sekeliling serta mengambil gambar di puncak.
Kami makan tengah hari lalu bergambar dan turun awal juga. Kami tiba di rumah tempat kereta diletakkan pada pukul 3 petang. Sessi penutup diadakan lalu saya kembali ke masjid untuk bersiap ke Kuala Kangsar. Dalam perjalanan turun tadi mak mertua telepon memberitahu untuk singgah ke rumah arwah Toki Chu ada kenduri kawin anaknya. Oleh kerana saya solo, jadi mudah untuk saya bergerak. 

Perjalanan ke Kuala Kangsar cuma sejam lalu saya tiba di Kampung Kati. Pukul 6 petang baru saya bergerak pulang melalui PLUS.

Sekian bertemu lagi untuk acara seterusnya.
Salam.

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment