Warpu-Rock-Terbakar di Cameron Highland: Guide kagum

Salam, 

Peserta dan gambar , Kak Pah, Naza, Abang Man, Sham Red X, Azie, Jaa(Azhar), Times, Yus dan Atiqah.
 

Warpu-Rock-Terbakar 

Semalam sabtu 22 Ogos, Kami seramai 10 orang di mana 2 dari Johor Bahru merangka untuk ke Cameron Highland untuk sekian kali. Kak Pah selaku gogo dari Kulai bersama Naza menaiki bas dari JB ke TBS bertemu Jaa atu Azhar dan Yus terus ke Masjid Lojing di Cameron. Kami 2 kereta lagi bergerak 9 malam melalui Tapah dan Simpang Pulai. Tersilap tempat menunggu Saya, Times dan Azie bergerak dari Surau Sungai Burung ke Masjid Lojing dalam 30 minit perjalanan. Pagi sejuk di masjid kami tidur dalam kereta sementara menunggu solat subuh berbunyi.

Lepas solat subuh, kami bersiap dan sarapan sendiri sebelum bergerak menuju ke permulaan trek. Sebelum bertolak, kami bertemu Kay Sos yang berurusan dengan Kak Pah. Awal ada trek yang melalui kebun dan lewat 30 minit tapi Kak Pah memilih trip yang dipanggil laluan legend. Kay Sos mengarahkan Din dan Black membawa kami dalam 30 minit perjalanan. 

pagi di Masjid Lojing





Gunung Warpu yang terletak di sebelah Kelantan dengan permulaan yang sama telah saya naiki 10 tahun lepas. Bersama trip satu lagi yang diuruskan juga oleh Kay kami bergambar dan sama-sama melalui laluan berpaip serta lecak dengan air setinggi paras lutut yang awal nya naik laluan bertangga.



bersama geng Liverpool dari team Kay
tangga permulaan



Habis laluan paip yang memilih memori yang tak pernah padam bila melihat air yang pernah kami perlu seberang 11 tahun yang lalu iaitu semasa menyertai trip Reverse V2 atau RV2 dulu. Kemudian kami naik ke atas yang kalau dulu ada Kem Kabin tapi sekarang sudah menjadi kebun sebesar tanah. 

seksa petama adalah naik tangga

seksa kedua adalah mengharungi laluan paip yang banyak air






Kami potong menaik ke kebun tersebut sebelum sampai di pintu gerbang yang dahulunya masih berdaun. Sampai di simpang kami ada 30 minit untuk tiba di puncak.

Dulu ada kem kabin tapi kini sudah jadi kebun








turun sudah .. inilah tempat jatuh lagi dikenang, bersama arwah Ramli kami hanyut untuk merentasi sungai  dengan kaki terbang dan menggunakan tangan untuk bergerak

Ngam pukul 10 pagi kami sampai tapi puncak sangat berbeza dengan dahulu. Oleh kerana 10 peserta, semua turun cepat dan sampai ke tangga dalam pukul 11.15 pagi. Kami menuju ke Masjid Lojing dan membawa kereta ke Surau Sungai Burung untuk ke Gunung Rock tapi jalan melalui Brinchang jem teruk dan beza sejam lari dari jadual.

taklimat sebelum naik Gunung Rock

Sampai di surau kami cepat-cepat makan dan solat tapi hujan turun lebat. Sebelum hujan reda sikit, kami meneruskan perjalanan ke tempat permulaan di sebelah satu lagi dimana kalau naik di belakang surau perlu kebun orang tapi untuk laluan ini kami harus bergerak membelah kebun orang jugak cepat masa dapat dikurangkan.   




Oleh kerana masih hujan gambar permulaan kurang. Semasa hujan sudah reda kami jalan melalui pintu gerbang dan terus menuju ke puncak dalam 35 minit perjalanan. Untuk Gunung Rock, ia terletak di belah Pahang begitu juga Gunung Terbakar nanti. Puncak Gunung Rock kecil jadi kami tidak lama bergambar dan turun keluar seorang demi seorang.












Hujan reda jadi pemandangan kebun sangat cantik. Walaupun perjalanan naik memang naik dan turun terus turun kami tiada masalah kelewatan. Cuma melalui kenderaan turun ke Habu sahaja yang jem. Sampai di Habu, rupa-rupanya permulaan trek bermula dari tepi jalan besar. Sebelum ini ke Tanah Rata kami hanya lalu sahaja.

permulaan di jalan utama


pijak atas ni
kereta tu takkan turun lagi dengsn sendiri nya


gunung ni tajam menaik tiada diskaun

Oleh kerana perjalanan cuma 45 minit dan menaik, kami bermula pukul 5.55 petang. Hanya menaik sahaja melalui pijakan berbatu sepanjang 70 peratus pendakian, selebihnya kami guna tali merah yang hampir reput. Selesai di tali cuma 3 minit untuk sampai ke puncak Gunung Terbakar yang lebih luas sedikit. Apapun pemandangan tiada kerana sudah berkabus. Untuk ketiga-tiga gunung saya tidak menaikkan Drone kerana tiada tempat sesuai dan mengejar masa.

Kami turun dan sampai ke bawah antara pukul 7.30 malam ke 7.45 malam lalu makan malam di kedai berhampiran. Selesai 3 gunung dalam sehari walaupun hujan dan jem melambatkan pergerakan dan 2 guide kami sangat puas hati dan pulang terus ke Ipoh.






Selepas makan kami bermalam di Apartment di Tanah Rata. Esok nya kami sarapan lalu sebelum keluar dan singgah makan scone di KHM di sebelah Sungai Pauh. Walaupun jem sepanjang ke KHM mahupun ke mana-mana di Cameron ini tapi kami tetap harungi juga. Kami kemudian pulang menuju ke laluan masing-masing. Sekian  
 

photo pn80517_zps08rer6as.gif

0 comments:

Post a Comment